Anda di halaman 1dari 4

PENULISAN JURNAL

MINGGU 11

Isu yang difokuskan


Minggu ini merupakan minggu kedua terakhir sebelum saya menamatkan
praktikum fasa dua di Sekolah Kebangsaan Tanjong Mas. Bersyukur saya ke hadrat
Ilahi kerana pada minggu ini, pengajaran dan kawalan kelas saya semakin baik
terutamanya bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Semasa menjalankan aktiviti-
aktiviti pembelajaran, semua murid berjaya melibatkan diri tetapi terlalu banyak
aktiviti yang diadakan bagi sesuatu pengajaran menyebabkan murid berasa tertekan
dan juga kefahaman yang rendah terhadap arahan aktiviti menyebabkan mereka
mudah bosan dan tidak berminat untuk melibatkan diri mereka. Aktiviti yang terlalu
mudah pula akan menyebabkan masa akan menjadi lebih banyak terluang dan murid
cenderung untuk bersembang. Hal ini jelas menunjukkan bahawa aktiviti yang guru
pilih adalah tidak sesuai dengan tahap murid.

Analisis yang difokuskan


Pada mulanya saya berasa gembira kerana dapat kawalan kelas semakin
baik. Namun aktiviti yang dijalankan mungkin tidak bersesuain dengan tahap kognitif
murid. Terdapat sebahagian aktiviti terlalu sukar dan ada antaranya terlalu senang
sehingga mereka bosan. Jika hal ini berterusan, murid akan berasa kurang berminat
untuk mengikuti kelas yang diajar oleh saya. Oleh itu saya perlu menggunakan
aktiviti yang berlainan untuk kedua-dua kelas yang saya ajar mengikut kesesuaian.

Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian


Lepas)
Dalam bidang pendidikan, menurut Esah (2004) tugas pengajar ialah
mendidik dan membentuk murid yang mempunyai perbezaan dari segi kebolehan
kognitif, afektif dan psikomotor. Ini bermakna murid yang diajar oleh guru adalah
berbeza kebolehan intelek, kesediaan emosi dan kebolehan fizikalnya. Oleh itu,
kemahiran dan kaedah tertentu yang digunakan dalam pengajaran belum pasti lagi
sesuai dengan kesemua murid dalam kelas itu. Al-Ghazali (1939) juga menegaskan
guru mestilah mengajar dengan jelas kepada yang lambat faham, mengajar daripada
mudah kepada kompleks serta sentiasa memberi idea dan pandangan yang dapat
membimbing murid. Pengajaran ilmu syariat mestilah dimulai dengan menghafal
serta memahami, kemudian meyakini dan membenarkannya (al-Ghazali, 1939).
Hardaker dan Sabki (2012) menyokong pandangan al-Ghazali dengan menegaskan
hafalan merupakan asas kepada penghayatan ilmu. Menurut AlGhazali (1939)
penggabungan ilmu intelektual dan ilmu syariat adalah penting kerana kedua-duanya
amat diperlukan dan saling berhubung.

Kepelbagaian aktiviti yang melibatkan guru dan murid boleh dilaksanakan


dalam bilik darjah (Abdull Sukor, 2008). Penggunaan pelbagai lokasi seperti surau,
kelas, kawasan sekitar sekolah juga membantu murid untuk belajar selaras dengan
pendekatan yang digunakan oleh Rasulullah s.a.w (Abdul Ghafar & Jaffary, 2009;
Wan Idros et al., 2011). Berkaitan perbezaan individu dalam bilik darjah, menurut Al-
Nahlawi (1979) guru juga perlu bersabar dalam menyampaikan ilmu pengetahuan.
Ini kerana proses pengajaran perlu dilakukan dengan berulang-ulang bagi
memastikan pelajar memahami kandungan pengajaran yang disampaikan.
Rasulullah s.a.w juga memberi garis panduan etika seorang guru seharusnya jujur,
peramah, ikhlas, memudahkan pengajaran terhadap murid (Ibrahim, 2012). Menurut
Abdul Salam (2010) Imam al-Ghazali menyatakan guru perlu memerhatikan masalah
yang dihadapi oleh muridnya, kemudian atas dasar inilah penyelesaian dibentuk. Ali
Murad (2003) berpendapat guru hendaklah mengambil berat sekiranya terdapat
pelajar kurang upaya dalam bilik darjah agar proses pengajaran menjadi
pengalaman yang menggembirakan mereka.

Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah


Selepas analisis dibuat, saya berpendapat bahawa saya perlu membuat
penambahbaikan dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Saya perlu menjalankan
aktiviti yang memerlukan penglibatan yang lebih menyeluruh daripada murid dan
bervariasi iaitu tidak hanya tertumpu kepada satu kemahiran belajar sahaja. Saya
juga perlu menggunakan aktiviti yang berbeza bagi kelas yang saya ajar
berdasarkan tahap kemampuan mereka.

Tempoh masa penyelesaian


Masalah merancang aktiviti yang sesuai dengan kemampuan murid akan saya
perbaiki secara beransur-ansur sepanjang latihan praktikum guru di sekolah ini.

Tindakan susulan
Selepas melakukan rujukan daripada bahan-bahan yang lepas serta
perbincangan dengan guru pembimbing dan juga rakan guru pelatih, saya telah
berjaya memotivasikan diri saya supaya dapat mneyediakan aktitiviti yang lebih
menyeronokkan di dalam kelas. Selain itu, saya juga akan cuba untuk sentiasa
menerapkan nilai-nilai murni dalam diri murid melalui setiap aktiviti. Hal ini saya
lakukan dengan harapan agar murid dapat memikirkan rasional setiap aktiviti yang
saya jalankan.

Tarikh tindakan susulan dilaksanakan


25 Oktober 2018

Keberkesanan langkah yang dicadangkan


Beberapa aktiviti atau strategi pembelajaran boleh digunakan sepanjang
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas iaitu pembelajaran secara kumpulan
kecil, bekerja secara koperatif, simulasi, perbincangan, penyelesaian masalah, dan
penulisan. Pembelajaran aktif menggalakkan pelajar bergerak aktif mengumpul
maklumat pembelajaran. Maklumat pembelajaran tersebut diterima oleh pelajar
dengan cara bercakap dan mendengar, menulis, membaca dan membuat refleksi.
Guru menjadikan pembelajaran bertambah menarik dengan bantuan teknologi
pendidikan, alat bantu mengajar, sumber rujukan luar dan lain-lain untuk
menyampaikan isi pembelajaran kepada pelajar.

Meyers dan Jones turut menyatakan bahawa pembelajaran melibatkan


proses aktif untuk memahami tentang sesuatu. Proses pendidikan melibatkan
perkembangan pengetahuan diri dan pembelajaran menjadi bermakna apabila
seseorang dapat belajar secara aktif untuk membina pemahaman mereka tentang
sesuatu perkara. Konsep ini adalah berdasarkan kepada teori Piaget yang
menyatakan kanak-kanak tidak menerima pengetahuan secara pasif tetapi menerima
dan membina pengetahuan baru melalui aktiviti. Fisiologi kanak-kanak berinteraksi
dengan persekitaran luar untuk membentuk pengetahuan baru. Tanpa mengambil
kira latar belakang pelajar, umur, dan kebolehan pelajar, pelajar dirangsang belajar
melalui pembelajaran aktif menggunakan elemen asas yang dinyatakan di atas
dengan bantuan guru, rakan-rakan dan bahan-bahan pengajaran di dalam kelas
untuk membina struktur minda tersendiri mengenai pengajaran yang disampaikan
oleh guru

Kesimpulan/ Refleksi (Kesan tindakan (perlu) dan halangan (jika ada)


Sebagai seorang guru, kita mestilah tahu bahawa setiap individu murid itu
mempunyai budaya, latar belakang keluarga, dan tahap sosioekonomi yang berbeza-
beza yang mana ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada pembelajaran mereka.
Dalam konteks kepelbagaian ini, di mana pertumbuhan dan perkembangan
seseorang pelajar itu mempunyai kesan yang sangat kuat dalam menyusuri arus
pembelajaran mereka. Ia juga adalah satu impak yang sangat penting kepada pelajar
untuk mencapai kejayaan daripada hasil pembelajaran mereka di sekolah. Oleh yang
demikian pemahaman yang mendalam akan kepelbagaian murid yang wujud
sekarang bukan hanya dilihat dari segi tahap pembelajaran mereka bahkan juga
pemerhatian yang teliti perlu diberikan kepada budaya, etnik, bangsa, agama, latar
belakang keluarga, sosioekonomi dan terutama sekali kepada gaya pembelajaran
setiap daripada mereka dengan menitikberatkan kepada minat, bakat, pengalaman
serta kemahiran yang diperolehi dalam membantu murid mencapai hasil
pembelajaran.

Kepelbagaian yang wujud antara murid perlu dikaji difahami dengan


sebaiknya dalam membantu untuk memahami gaya pembelajaran dan diselitkan
dengan latar belakang budaya setiap orang murid dalam menentukan strategi
pengajaran yang lebih berkesan. Hal ini adalah kerana ia saling berkait rapat antara
satu sama lain untuk pembelajaran murid.

Rujukan
Chong, O. S., Mahamod, Z., & Yamat, H. (2016). Faktor jantina, kaum, aliran kelas
dan hubungannya dengan kecerdasan emosi murid dalam mempelajari Bahasa
Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 3(1), 12-23.

Anda mungkin juga menyukai