Anda di halaman 1dari 3

Gajah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Jump to navigationJump to search

Gajah

Julat zaman: Pliosen–Sekarang

PreЄ

Pg

N
Gajah Afrika di Taman Negara Mikumi, Tanzania

Pengelasan saintifik

Alam: Animalia

Filum: Chordata

Subfilum: Vertebrata

Kelas: Mammalia

Keluarga: Elephantidae
Gray, 18211

genus

• Loxodonta
• Elephas

Gajah merupakan mamalia besar daripada keluarga Elephantidae dan order Proboscidea.
Secara tradisional, terdapat dua spesies yang diakui, iaitu gajah Afrika (Loxodonta africana)
dan gajah Asia (Elephas maximus), walaupun beberapa bukti menunjukkan bahawa gajah
semak Afrika dan gajah hutan Afrika merupakan spesies yang berbeza
(L. africana dan L. cyclotis). Gajah tersebar di seluruh Afrika sub-Sahara, Asia Selatan, dan Asia
Tenggara. Elephantidae adalah satu-satunya keluarga daripada order Proboscidea yang masih
ada; keluarga lain yang kini sudah pupus termasuk mammoth dan mastodon. Gajah Afrika jantan
merupakan haiwan darat terbesar dengan tinggi yang dapat mencapai 4 m (13 ka) dan jisim
hingga 7,000 kg (15,000 lb). Gajah mempunyai ciri-ciri khusus, dengan yang paling mencolok
adalah belalai yang digunakan untuk banyak perkara, terutamanya untuk bernafas, menyedut
air, dan mengambil benda. Gigi kacipnya tumbuh menjadi gading yang dapat digunakan sebagai
senjata dan alat untuk memindahkan benda atau menggali. Daun telinganya yang besar
membantu mengatur suhu tubuhnya. Gajah Afrika mempunyai telinga yang lebih besar dan
punggung yang cekung, sementara telinga gajah Asia lebih kecil dan punggungnya cembung.
Gajah merupakan haiwan herbivor yang dapat ditemui di berbagai habitat, seperti savana,
hutan, gurun, dan paya. Gajah cenderung berada di tepi air. Gajah dianggap sebagai spesies
kunci kerana impaknya terhadap alam sekitar. Haiwan-haiwan lain cenderung menjaga jarak
daripada gajah, dan pemangsa seperti singa, harimau. dubuk, dan anjing liar biasanya hanya
menyerang gajah muda. Gajah betina cenderung hidup dalam kawanan keluarga, yang terdiri
daripada satu betina dengan anak-anaknya atau beberapa betina yang berkerabat beserta anak-
anaknya. kawanan ini dipimpin oleh individu gajah yang dipanggil matriark, yang biasanya
merupakan betina tertua. Gajah mempunyai struktur kawanan pecah gabung (fission-fusion
society), iaitu ketika kawanan-kawanan keluarga bertemu untuk bersosial. Gajah jantan
meninggalkan kawanan keluarganya ketika telah mencapai zaman baligh, dan akan tinggal
sendiri atau bersama jantan lain. Jantan dewasa biasanya berinteraksi dengan kawanan
keluarga ketika sedang mencari pasangan dan memasuki tahap peningkatan testosteron dan
agresi yang dipanggil musth, yang membantu jantan mencapai dominasi dan keupayaan
membiak. Anak gajah merupakan pusat perhatian kawanan keluarga dan bergantung pada
induknya selama lebih kurang tiga tahun. Gajah dapat hidup selama 70 tahun di alam bebas.
Gajah berkomunikasi melalui sentuhan, penglihatan, menghidu, dan suara; gajah menggunakan
komunikasi infrabunyi dan seismik untuk jarak jauh. Kecerdasan gajah telah dibandingkan
dengan kecerdasan primat, ikan paus dan lumba-lumba. Gajah nampaknya
mempunyai kesedaran diri dan menunjukkan empati kepada gajah lain yang hampir atau sudah
mati.

Anda mungkin juga menyukai