Anda di halaman 1dari 2

Jelaskan kesan positif permainan tra.

ini terhadap aspek jasmani, emosi dan


intelektual.

1. Aspek Jasmani

 Permainan tradisional memberi peluang yang terbaik kepada pengamalnya untuk


membina dan mengekalkan tahap kesihatan fizikal.
 Permainan tradisional yang menggunakan fizikal dapat membantu kita membina
kecergasan berasaskan kesihatan dan kemahiran seperti kekuatan kardiovaskular,
kenlenturan, daya tahan otot, kekuatan otot, ketangkasan, imbangan, koordinasi,
kuasa, masa tindak balas dan kelajuan.
 Sebagai contoh, permainan tradisional seperti galah panjang, baling selipar dan
sepak raga boleh meningkatkan tahap kecergasan seseorang.

2. Aspek Emosi

 Dari aspek emosi, permainan tradisional dapat dijadikan sebagai alat hiburan untuk
mengisi masa lapang dan menyihatkan tubuh badan seseorang.
 Permainan tradisional dapat menghiburkan seseorang kerana permainan ini
menyeronokkan dan dimainkan secara berkumpulan.
 Sebagai contoh, permainan congkak yang memerlukan dua orang untuk
memainkannya dan begitu juga permainan sepak raga yang perlu dimainkan secara
berkumpulan.
 Secara tidak langsung, permainan tradisional ini dapat mengurangkan stress
seseorang malahan dapat menyihatkan tubuh badan seseorang.

3. Aspek Intelektual

 Dari aspek intelektual, permainan tradisional merupakan warisan budaya Malaysia


yang tidak ternilai harganya.
 Hal ini adalah kerana permainan tradisional merupakan warisan nenek moyang kita
yang melambangkan adat, budaya dan identiti sesuatu bangsa.
 Melalui permainan tradisional ini, generasi muda dapat mengenali budaya warisan
mereka, dan berasa bangga atas permainan tradisional yang diwarisi.
 Permainan tradisional seperti permainan dam dan congkak adalah permainan yang
meminta pemainnya berfikir. Oleh itu mendorong pemainnya menggunakan fikiran
dalam menyelesaikan masalah.
 Permainan tradisional seperti permainan wau membolehkan pemainnya
menggunakan kreativiti dalam membina wau.
 Oleh itu, kita perlu melestarikan warisan permainan ini secara turun-temurun untuk
tatapan generasi akan datang.