Anda di halaman 1dari 2

Pemimpin adalah individu manusia yang diamanahkan memimpin subordinat

(pengikutnya) ke arah mencapai matlamat yang ditetapkan. Pendekatan mempengaruhi


subordinat melalui proses ransangan untuk mereka berusaha secara relahati bagi mencapai
matlamat bersama menampilkan ciri kepimpinan yang baik dan unggul. Penyerlahan
penampilan keupayaan (kebolehan dan pencapaian) individu pemimpin dalam menjayakan
kepimpinannya dikenalpasti sebagai stail kepimpinan. Di sekolah, kepimpinan adalah satu
aspek tingkahlaku dan juga sejenis pengaruh (Ramaiah 1999). Kepimpinan Guru Besar adalah
bergantung kepada kedudukan formal dalam struktur organisasi sekolah. Kepimpinan jenis ini
dinamakan kepimpinan formal. Jawatan Guru Besar diberi pengiktirafan dan status yang
berwibawa dalam kedudukan organisasi sekolah sebagai ketua sekolah serta mempunyai
kuasa atas segala aspek pengurusan sekolah.

Pemimpin atau pengurus sekolah boleh menangani kepelbagaian sosiobudaya yang


wujud di sekolah melalui Pesatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Contohnya, melalui penganjuran
aktiviti sekolah di bawah naungan PIBG seperti sukan antara rumah, Hari Keluarga dan
sebagainya. Hal ini secara tidak langsung dapat mewujudkan perasaan saling hormat-
menghormati dalam kalangan warga sekolah dan ibu bapa murid. Maka, persekitaran
pembelajaran yang menyeronokkan juga dapat diwujudkan. Ibu bapa dan guru bekerjasama
menjayakan aktiviti sekolah bagi menangani kepelbagaian sosiobudaya agar murid-murid yang
berbilang kaum dapat bersama dan bersatu hati dalam segala bidang yang mereka ceburi serta
dapat mengelakkan mereka daripada menyisihkan murid-murid yang tidak sama bangsa
dengan mereka melalui aktiviti yang dijalankan.

Selain itu, untuk mengatasi kepelbagaian sosiobudaya, pengurus sekolah juga haruslah
menitikberatkan keadilan dalam penstrukturan organisasi sekolah. Penstrukturan organisasi
sekolah yang baik sememangnya mempengaruhi keamanan sesebuah sekolah lebih-lebih lagi
dengan keadaan murid yang berlainan agama, bangsa dan budaya. Organisasi sekolah yang
terdiri daripada guru besar, penolong kanan pentadbiran, penolong kanan hal ehwal murid,
penolong kanan kokurikulum dan kakitangan sekolah harus dipilih berdasarkan kelayakan tanpa
melakukan diskriminasi dari segi bangsa atau jantina. Sebagai contoh, kaum wanita juga perlu
diberi peluang untuk mentadbir sekolah kerana pada zaman yang serba maju ini, kaum wanita
juga mempunyai kredibiliti yang sama seperti kaum lelaki. Tidak lupa juga, golongan-golongan
muda perlu diberi peluang untuk mencuba melibatkan diri dalam pengurusan sekolah. Oleh itu,
pihak atasan tidak seharusnya memandang rendah akan kebolehan golongan yang lebih muda
dalam memegang jawatan pengurus sekolah untuk mengatasi kepelbagaian sosiobudaya ini.
Pengambilan pekerja bagi kakitangan sekolah juga haruslah seimbang dari segi bangsa, jantina
atau umur atau kerana hal inilah yang dapat menjadikan sesebuah sekolah itu unik dengan
kepelbagaian budaya dari pelbagai kaum.

Seterusnya, struktur kelas yang diatur di sekolah. Dalam setiap kelas sepatutnya
mempunyai mempunyai murid yang pelbagai bangsa. Oleh itu, murid dapat bergaul dengan
bangsa-bangsa lain selain dari bangsanya sendiri. Bukan iu sahaja, dalam pembahagian kelas
tidak seharusnya membahagikan pelajar mengikut pencapaian akademik. Contohnya dalam
kelas 5A, semua pelajar yang mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang sahaja
manakala pelajar yang mempunyai pencapaian akademik yang kurang diletakkan di kelas yang
hujung-hujung seperti kelas 5C, 5D dan sebagainya. Hal ini menyebabkan kurang persaingan
antara pelajar. Selain itu, jangan mengongkong pergerakan dan pergaulan pelajar di dalam
kelas. contohnya, apabila membat aktiviti dalam kumpulan, pelajar perempuan mesti dengan
pelajar perempuan, pelajar lelaki mesti dengan pelajar lelaki. Oleh itu, dengan adanya struktur
kelas yang betul dapat mengelakkan berlakunya konflik sosiobudaya dalam kalangan pelajar.

Disamping itu juga, bahasa juga memainkan peranan yang penting dalam menangani
kepelbagaian sosiobudaya yang berlaku dalam sesebuah sekolah. Contohnya, jika sesebuah
sekolah itu merupakan sekolah kebangsaan, maka bahasa kebangsaan hendaklah
dititikberatkan dalam komunikasi seharian komuniti di sekolah. Contohnya, di dalam kelas,
sebaik-baiknya guru dan murid-murid hendaklah menggunakan bahasa kebangsaa. Hal ini
demikian adalah untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran walaupun terdapat
pelbagai kaum di dalam kelas tersebut supaya satu persekitaran yang kondusif dapat terbentuk.
Hasilnya, jurang yang berlaku akibat daripada penggunaan bahasa atau dialek yang berlainan
boleh dikurangkan.

Kesimpulannya, seorang pemimpin yang berkarisma mampu melonjakkan lagi


perpaduan di antara kaum walaupun memiliki sosiobudaya yang berbeza. Hal ini kerana
kepelbagaian sosiobudaya telah memberi implikasi yang meluas kepada perlaksanaan
pengajaran dan pembelajaran. Ianya memberi kesan kepada murid, guru,sekolah dan kurikulum
tersirat. Oleh itu pemimpin perlu bersikap proaktif dalam menjana idea dan aktiviti-aktiviti untuk
merapatkan silaturrahim dalam kalangan warga sekolah. Bukan itu sahaja, pemimpin hendaklah
memberikan contoh yang baik di hadapan murid-murid tentang budaya perlu diperluaskan dan
menghormatinya perlu diterapkan.