Anda di halaman 1dari 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR

TUGASAN KERJA KURSUS

TAHUN AKADEMIK: 2019

Program: PISMP Nama Pelajar :

Kod: PACK3013 Sem / Tahun : Sem.1 Tahun 4

Nama Kursus: Ambilan : Jun 2016


Pengurusan Acara
Unit : Elektif Terbuka BM

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar

1. Penulisan Esei (1000 pp) 9/9/19 25/9/19

2. Penulisan Skrip Pengacaraan 13/9/19 23/9/19


(600 pp)

3. Penganjuran/Pengendalian Majlis 7/10/19 10/10/19

Hasil Pembelajaran Kursus

1. Menjelaskan definisi dan kepentingan pengurusan acara dengan merujuk pelbagai


sumber (C2, LO1, LO6, LL1)

2. Menghuraikan tatacara, organisasi dan pengurusan seranta dalam menguruskan


acara dengan berkesan (C5, LO3, CTPS2)

3. Menghasilkan skrip pengacaraan menggunakan format yang betul mengikut konteks


dan etiket berdasarkan jadual pengurusan acara, dengan merujuk pelbagai sumber
(C6, LO6,LO8, LL2, EM3)

4. Mengendalikan majlis berdasarkan garis panduan dan tatatertib acara secara


berkumpulan (C5, LO4, LO5, CS4, TS4)

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3, dan 4

1
Objektif Kerja Kursus

1. Menjelaskan takrif pengurusan acara dan kepentingannya serta membuat penilaian


terhadap pengurusan acara satu program atau majlis di IPGKRM.

2. Menghasilkan skrip pengacaraan majlis berdasarkan atur cara yang telah


disediakan.

3. Menganjur dan mengendalikan majlis Makan Malam secara berkumpulan.

TUGASAN (Markah 100%)

Pelaksanaan majlis atau program yang berkualiti bukan sahaja memberi impak kepada imej
kepada sesebuah organisasi tetapi juga merupakan elemen penting dalam meningkatkan
reputasi organisasi pada peringkat negeri, kebangsaan mahupun antarabangsa. Program
atau majlis yang dianjurkan seperti seminar, syarahan, ceramah, pelancaran buku,
sambutan bulan kemerdekaan, majlis anugerah,majlis penghargaan dan lain-lain akan
melibatkan tetamu jemputan daripada luar organisasi. Oleh yang demikian, semua majlis
atau program tersebut perlu dilaksanakan secara profesional dan memberi impak yang
positif kepada imej organisasi. Sehubungan dengan itu, ilmu pengurusan acara perlu
dikuasai oleh semua pihak agar acara atau majlis yang dilaksanakan dapat diurus dengan
baik dan cekap.

Berdasarkan penyataaan di atas, anda dikehendaki melaksanakan tugsan yang berikut:

Tugasan 1 – Penulisan Esei 1 (markah 40%)

Anda perlu meneliti satu program atau majlis yang dilaksanakan di IPGKRM. Berdasarkan
majlis tersebut, anda dikehendaki:

Menulis esei yang panjangnya lebih kurang 1000 patah perkataan dengan membincangkan
takrif pengurusan acara dan kepentingannya serta membuat justifikasi tentang kekuatan,
kelemahan dan cadangan penambahbaikan pengurusan majlis tersebut.

Tugasan 2 – Penulisan Skrip Pengacaraan ( markah 30%)

Anda dikehendaki menyediakan skrip pengacaraan mengikut format yang betul


berdasarkan satu atur cara majlis yang telah disediakan.

Tugasan 3 – Penganjuran/ Pengendalian Majlis ( markah 30%)

Secara berkumpulan, anda dikehendaki mengendalikan majlis Makan Malam berdasarkan


garis panduan dan tatacara yang telah ditetaapkan. Anda juga dikehendaki menyediakan
laporan majlis tersebut berdasarkan jawatankuasa yang ditetapkan dalam kertas kerja yang
telah disediakan.

2
Arahan Pelaksanaan Tugasan:

Tugasan 1 – Penulisan Esei 1

Meneliti satu program atau majlis yang dilaksanakan di IPGKRM. Berdasarkan majlis
tersebut, tulis esei yang panjangnya lebih kurang 1000 patah perkataan untuk
membincangkan takrif pengurusan acara dan kepentingannya serta membuat justifikasi
tentang kekuatan, kelemahan dan cadangan penambahbaikan terhadap majlis tersebut
dengan mengambil kira kriteria berikut:

i. Mempamerkan pemahaman yang jitu dan menyeluruh terhadap soalan tugasan


ii. Menghuraikan kandungan tugasan dan membuat justifikasi yang amat jelas dengan
contoh-contoh yang berkaitan.
iii. Keseluruhan pengolahan perlu menunjukkan keaslian dan sokongan ilmiah.
iv. Rujukan perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi kehendak
tugasan.
v. Esei haruslah menunjukkan keaslian, kematangan dan bermutu ilmiah.
vi. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali.
vii. Maklumat boleh dipaparkan dalam sebarang bentuk visual (grafik).
viii. Halaman hadapan perlu mengikut templet terkini.
ix. Esei perlu bertaip dengan saiz fon Arial 11, dan langkau 1.5 baris.
x. Rujukan prosedur mengikut format dan gaya APA (American Psychological
Association).
xi. Penulisan adalah dalam bentuk esei yang mengandungi lebih kurang 1,000 patah
perkataan (6 muka surat) tidak termasuk lampiran semua bahan sokongan seperti
gambar, carta, jadual dan sebagainya.
xii. Kriteria penilaian seperti yang dilampirkan.

Tugasan 2 – Penulisan Skrip Pengacaraan

Anda dikehendaki menyediakan skrip pengacaraan mengikut format yang betul


berdasarkan satu atur cara majlis yang telah disediakan.

i. Panjang skrip lebih kurang 600 patah perkataan.


ii. Skrip perlu ditulis dengan kemas dan bersesuaian dengan majlis yang diadakan.
iii. Skrip boleh dimasukkan puisi tradisional seperti pantun, gurindam, pepatah,
perbilangan adat dan sebagainya yang bersesuaian.
iv. Skrip perlu ditulis berdasarkan format yang telah ditentukan.
v. Skrip perlu disediakan berdasarkan atur cara majlis yang diadakan (sertakan atur
cara atau buku program majlis berkenaan)
vi. Memasukkan puisi tradisional yang berkaitan dalam teks yang ditulis.
vii. Menggunakan kata sapaan yang tepat.
viii. Menunjukkan keaslian dalam penulisan.
ix. Menunjukkan kreativiti dalam pengolahan skrip

3
Tugasan 3 – Penganjuran/ Pengendalian Majlis

Secara berkumpulan, anda dikehendaki mengendalikan majlis Makan Malam berdasarkan


garis panduan dan tatacara Pengurusan Acara yang ditetapkan. Anda juga dikehendaki
menyediakan laporan majlis tersebut berdasarkan jawatankuasa yang ditetapkan dalam
kertas kerja yang telah disediakan mengikut kriteria yang berikut:

i. Melaksanakan majlis berdasarkan tema yang telah ditetapkan.


ii. Pengurusan acara dibuat langkah demi langkah berdasarkan kertas kerja yang telah
disediakan.
iii. Bergerak aktif dalam jawatankuasa yang dianggotai.
iii. Setiap ahli jawatankuasa dikehendaki menyediakan laporan bertulis berkaitan
pelaksanaan majlis.
iv. Gambar sebagai bahan bukti pelaksanaan majlis perlu disertakan.

Disediakan oleh Disemak oleh:

(AMANAH BINTI MOHD NOOR) (SITI NORMANISEH BINTI ZAKARIA)


Penyelaras Kursus: PACK3013 Pakar Bidang: Pengajian Melayu
Jabatan:Pengajian Melayu Jabatan : Pengajian Melayu
IPG Kampus Raja Melewar IPG Kampus Raja Melewar

Disahkan oleh:

(AZMI BIN AYUB)


Ketua Jabatan
Jabatan Pengajian Melayu
IPG Kampus Raja Melewar

4
Lampiran

MAJLIS GRADUASI
TAHUN 6 2018

8.00 pg - Ketibaan murid dan guru ( mengambil tempat duduk)


8.10 pg - Ketibaan dif - dif kehormat (Persembahan Silat )
8.20 pg - Perarakan masuk tetamu kehormat dan murid Tahun 6
8.25 pg - Nyanyian lagu Negaraku dan lagu Sekolah
8.30 pg - Persembahan Sambut Tamu ( Tarian Sambut Tamu)
- Salutasi Pengacara Majlis
- Bacaan doa
- Ucapan wakil murid Tahun 6
- Ucapan Alu-aluan Pengerusi PIBG
- Ucapan dan Perasmian oleh Guru Besar
9.30 pg - Persembahan murid ( Sajak )
- Penyampaian hadiah (Kurikulum)
 Sijil Kurikulum Kedudukan dalam kelas
 Mata pelajaran terbaik
 Kehadiran terbaik
 Peserta terbaik Kem Bestari Solat
 Anugerah Murid Berpotensi (Pemulihan)
- Persembahan Murid ( Nasyid )
- Penyampaian hadiah
 Anugerah NILAM
 Anugerah Sahsiah Terbaik 2018
 Tokoh Kokurikulum 2018
 Tokoh Murid 2018
- Persembahan Murid ( Bicara Berirama )
- Penyampaian Sijil Graduasi murid Tahun 6
- Persembahan Khas Murid Tahun 6 2018
- Sesi bergambar
- Jamuan
12.30 tgh - Majlis Bersurai

Anda mungkin juga menyukai