Anda di halaman 1dari 1

KONSEP PSH

Pembelajaran sepanjang hayat (PSH), merupakan satu pendemokrasian


pendidikany ang merangkumi program pemerolehan pengetahuan, kemahiran dan
kompetensi sama ada secara formal atau tidak formal berdasarkan pengalaman dan latihan
ditempat kerja (Wahid Razzaly,et.al., 2007). Pembelajaran sepanjang hayat itu merupakan
satu proses pendidikan yang berterusan di mana setiap individu mempunyai peluang untuk
menyambung pelajaran selepas tamat sistem persekolahan sebenar. Ia boleh jadi secara
sepenuh masa atau secara sambilan dan juga mengandungi pelajaran berbentuk vokasional
atau bukan vokasional. Menurut Jarvis (1995), pembelajaran sepanjang hayat bermaksud
proses melengkapkan personalitali, sosial, dan pembangunan profesional sepanjang hayat
individu bertujuan untuk meninggikan kualiti individu tersebut dan masyarakat sekelilingnya.

LANGKAH PSH