Anda di halaman 1dari 13

4

INTERNSHIP

1. KONSEP

Internship ialah peringkat transisi profesional yang bertujuan untuk mengaitkan pengalaman
amalan profesional pelajar dengan tugas guru permulaan. Pelajar dikehendaki merancang,
melaksana dan menilai aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di
dalam dan di luar bilik darjah serta aktiviti rutin sekolah yang telah menjadi budaya sekolah.
Pada peringkat ini, pelajar perlu menunjukkan sifat kepemimpinan dalam pengurusan
pelbagai aktiviti sekolah dengan bimbingan pensyarah pembimbing. Internship juga
memberi peluang kepada pelajar untuk meningkatkan keyakinan diri, jati diri, ketahanan diri,
membentuk sifat kepemimpinan dan memupuk nilai profesionalisme keguruan ke arah
melahirkan guru permulaan yang berkesan.

2. OBJEKTIF

Melalui program internship, pelajar akan dapat:


a) Merancang, mengurus dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
dalam situasi sebenar di sekolah
b) Menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan, akauntabiliti dan
integriti dalam melaksanakan tugas
c) Membina hubungan dan kerjasama dengan rakan sejawat untuk meningkatkan
kejelekitan pasukan
d) Berkomunikasi secara berkesan dengan komuniti sekolah dalam pelbagai situasi
e) Menguruskan masa, emosi dan tekanan secara berkesan sesuai dengan sahsiah
seorang guru
f) Membuat refleksi dan menilai amalan pengajaran dan pembelajaran di luar bilik
darjah serta menjana idea baru untuk penambahbaikan yang berterusan
g) Menunjukkan usaha menangani pelbagai cabaran untuk memenuhi kehendak
program pendidikan semasa
h) Menampilkan ciri-ciri kepemimpinan bersesuaian dengan tanggungjawab yang
diberikan.
i) Menunjukkan inisiatif ke arah meningkatkan nilai profesionalisme keguruan
secara berterusan.

3. PROSEDUR PELAKSANAAN

(i) Syarat

(a) Pelajar telah menyempurnakan Pengalaman Berasaskan Sekolah


(PBS) dan praktikum mengikut struktur kursus yang telah ditetapkan.
(b) Pelajar yang gagal dikehendaki mengulang keseluruhan internship.

(ii) Tempoh

Pelajar perlu menjalani internship selama empat minggu dalam semester lapan.

(iii) Bilangan Waktu Mengajar

a) Minimum 2 waktu seminggu

1
b) Maksimum 4 waktu seminggu
c) Pelajar wajib mengajar mata pelajaran major.
d) Pelajar major prasekolah dikehendaki mengajar 1 hari pengajaran sepenuhnya
dalam seminggu.

4. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

(i) Pelajar
a. Menyediakan kertas cadangan/kertas kerja bagi projek/aktiviti yang akan
dilaksanakan sebelum menjalani Internship.
b. Menghadiri taklimat yang dikendalikan oleh Unit Praktikum/Unit Amalan
Profesional IPG.
c. Memahami, menghayati dan berusaha mencapai matlamat dan objektif
Internship.
d. Berbincang dengan pengurus sekolah dan mentor untuk mencapai
persefahaman dan persetujuan tentang projek/aktiviti yang akan
dilaksanakan.
e. Membina hubungan profesional dengan pengurus sekolah, guru-guru dan
staf sokongan di sekolah.
f. Mematuhi dan mengamalkan Etika Profesion Perguruan, peraturan IPG,
dan peraturan sekolah.
g. Hadir ke sekolah dan terlibat dengan aktiviti anjuran sekolah di sepanjang
tempoh Internship.
h. Menandatangani buku rekod kehadiran pada setiap hari persekolahan.
i.Mendapatkan Dokumen Standard Kurikulum semasa.
j. Menulis persediaan mengajar mengikut format yang digunakan oleh guru
di sekolah mengikut bilangan waktu mengajar yang telah ditetapkan.
k. Melaksanakan projek atau aktiviti yang dicadangkan secara individu.
Projek atau aktiviti hendaklah praktikal, boleh disempurnakan dalam masa
empat minggu, tidak mengganggu pentadbiran sekolah dan proses P&P
serta tidak melibatkan kos yang tinggi.
l. Menyediakan kertas cadangan anggaran 2000 patah perkataan yang
menjelaskan tentang objektif, strategi dan pelan tindakan projek/aktiviti
yang ditetapkan dan dipersetujui oleh pihak sekolah.
m. Menilai keberkesanan projek/aktiviti yang telah dilaksanakan.
n. Membuat laporan bertulis dengan anggaran 2000 patah perkataan
mengenai projek/aktiviti yang dijalankan berdasarkan panduan yang
disediakan dan serahkan kepada pihak pengurusan sekolah
(Lampiran 1).
o. Mengamalkan penulisan refleksi bagi setiap aktiviti yang dijalankan
sepanjang tempoh Internship. Sila rujuk Lampiran 2 dan catatan refleksi
hendaklah ditulis berpandukan format yang ditetapkan
(Lampiran 2a).
p. Melengkap dan mengemaskini portfolio Internship.
q. Melengkap dan menghantar borang kehadiran Internship ke Unit
Praktikum/Unit Amalan Profesional IPG.
r. Menyerahkan portfolio Internship yang telah dilengkapkan kepada mentor
pada minggu akhir Internship.

(ii) Mentor

a. Menerima maklumat berkaitan Internship daripada Unit Praktikum IPG.

2
b. Memahami, menghayati dan melaksanakan peranan sebagaimentor
(Lampiran 4).
c. Memberi kerjasama dan membantu pelajar melaksanakan tugasan,
projek / aktiviti yang dijalankan.
d. Membimbing pelajar ke arah perkembangan sahsiah pendidik yang
cemerlang.
e. Memaklumkan kepada pengurus sekolah mengenai perkembangan dan
kemajuan pelajar dari semasa ke semasa.
f. Menilai projek / aktiviti pelajar pada sepanjang tempoh Internship (Borang
PR3) dan menghantar kepada Unit Praktikum sebaik sahaja tamat
Internship

5. PROJEK/AKTIVITI INTERNSHIP

Pelajar dikehendaki melaksanakan satu projek/aktiviti berinovasi secara individu


dengan berbantukan pelbagai sumber dan teknologi yang berkaitan dengan
kurikulum atau kokurikulum yang dijalankan di sekolah dan mempunyai nilai-nilai
komersial iaitu:
a. Projek inovasi hendaklah dijalankan secara individu dan atas
pembiayaan sendiri.
b. Pelajar perlu menyediakan kertas cadangan yang menjelaskan
objektif, strategi dan pelan tindakan projek inovasi.
c. Pelajar hendaklah membuat penilaian pelaksanaan dan keberkesanan projek
inovasi yang telah dilaksanakan. Sehubungan dengan itu, penulisan
perancangan dan laporan perlu melibatkan output, outcome, aplikasi ilmu,
kreativiti dan inovasi.
d. Pelajar hendaklah menyediakan laporan bertulis dengan anggaran 2000
patah perkataan (tidak termasuk abstrak, lampiran atau keterangan
berkenaan bahan grafik seperti rajah, peta, jadual, gambar, illustrasi dan
sebagainya) mengenai projek yang dijalankan berdasarkan panduan yang
disediakan (rujuk Lampiran 1).
e. Laporan bertulis yang dimuatkan di dalam portfolio internship berserta
rakaman video proses pelaksanaan projek inovasi hendaklah diserahkan
kepada mentor/pensyarah dalam tempoh SATU (1) minggu selepas tamat
Internship untuk dinilai.

Contoh projek/aktiviti yang boleh dilaksanakan:


i. Kaedah Baca Cepat Dalam Pengajaran Jawi (bidang Pendidikan
Islam)
ii. Rekreasi Matematik (bidang Matematik)
iii. Teknik Parodi Dalam Set Induksi (bidang Sains Sosial)
iv. Pengurusan Projek Secara Automasi
V. Pembelajaran Interaktif.

6. KEHADIRAN INTERNSHIP

1. Perkara-perkara yang membolehkan pelajar tidak hadir Internship hanya dengan


kebenaran Pengarah IPG tetapi tidak melebihi 30% daripada jumlah hari
Internship ialah:
a. Pelajar sakit atau cedera dan disahkan oleh pegawai perubatan.
b. Menjadi saksi atau terlibat dalam perbicaraan kes mahkamah.
c. Keluarga terdekat meninggal dunia dengan disertakan sijil kematian.

3
d. Peristiwa di luar jangkaan atau hal-hal kecemasan.
e. Sebab-sebab lain yang diberi kebenaran oleh Pengarah IPG.

2. Kehadiran yang kurang daripada 100% tanpa sebab atau tanpa kebenaran,
kesnya akan dirujuk kepada pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG untuk diambil
tindakan.

7. PENANGGUHAN INTERNSHIP

i. Semua permohonan penangguhan Internship hendaklah dibuat kepada


Rektor IPGM melalui pengarah IPG.
ii. Kelulusan penangguhan Internship tertakluk kepada keputusan yang dibuat
oleh Rektor IPGM.
iii. Penangguhan tidak boleh melebihi satu tahun selepas tamat tempoh
pengajian.
iv. Internship yang tertangguh perlu disempurnakan sebagai syarat lulus dan
sebelum boleh dianugerahkan ijazah.
v. Pelajar mesti melaporkan diri ke IPG asal mereka selepas tamat tempoh
penangguhan yang dipohon untuk meneruskan Internship.
vi. Pelajar tidak dibenarkan menukar sekolah penempatan Internship kecuali
dengan kelulusan pengarah IPG.
vii. Pelajar tidak dibenarkan bertukar IPG ketika melaksanakan Internship kecuali
dengan kebenaran Rektor IPGM.

8. PENILAIAN INTERNSHIP

Penilaian pelajar dalam internship dibuat oleh pengurus sekolah dan mentor pada
minggu akhir berasaskan kepada komponen-komponen yang dinyatakan dalam
Jadual 1

Komponen Penilaian Rujukan Wajaran


1. Perancangan projek/aktiviti Portfolio Internship 15%
Portfolio Internship dan
2. Pelaksanaan projek/aktiviti 40%
pemerhatian mentor
3. Penulisan laporan projek/aktiviti Portfolio Internship 15%

4. Catatan Refleksi Portfolio Internship 20%

5. Pembinaan portfolio Portfolio Internship 10%

Jumlah 100%

4
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
Jadual.1: Komponen Penilaian Internship

KAMPUS ILMU KHAS


KUALA LUMPUR Gambar
NO. TEL. : 03-9131 8160 Ukuran pasport
NO. FAKS : 03-9131 9393

BIODATA GURU PELATIH


PRAKTIKUM

Nama Guru Pelatih :___________________________________________

Nombor Kad Pengenalan :___________________________________________

Program :___________________________________________

Ambilan :___________________________________________

Subjek Major :___________________________________________

:___________________________________________
Subjek Minor
:___________________________________________
Pensyarah Pembimbing Major
:___________________________________________
Pensyarah Pembimbing Minor
:___________________________________________
Guru Pembimbing
:___________________________________________
Alamat Tetap
:___________________________________________

:___________________________________________
Alamat Menginap (Praktikum)
:___________________________________________

:___________________________________________
Nombor Telefon Bimbit
:___________________________________________
Nombor Telefon Rumah
:___________________________________________
Nombor Telefon Pejabat
:___________________________________________
Bangsa
:___________________________________________
Jantina
:___________________________________________
Status Perkahwinan

1
Lampiran 1

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP


(Laporan antara 8- 10 muka surat)

NAMA PELAJAR : ……………………………………………………………………………………

PROGRAM :…………………………………………………………………………………….

NAMA SEKOLAH :…………………………………………………………………………………….

NAMA PROJEK/AKTIVITI:………………………………………………………………………………….

TEMPOH PELAKSANAAN:………………………………………………………………………………….

OBJEKTIF :

1) …………………………………………………………………………………………………..
2) …………………………………………………………………………………………………..
3) …………………………………………………………………………………………………...

STRATEGI PELAKSANAAN:

1) -------------------------------------------------------------------------------------------------------------
2) -------------------------------------------------------------------------------------------------------------
3) -------------------------------------------------------------------------------------------------------------
4) -------------------------------------------------------------------------------------------------------------

REFLEKSI:
1) Kekuatan Projek/Aktiviti

2) Kelemahan Projek/Aktiviti :

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN :
…………………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………
KESIMPULAN :
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- -----------------------
---------------------------------------------------------------------------------------------------------- ------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------------- ---------------------------

2
LAMPIRAN 2
PENULISAN REFLEKSI
Definisi Refleksi:
• Proses merenung, menganalisis, mencari alasan, cadangan dan tindakan untuk membaiki
diri yang dilakukan secara berterusan. (Hanipah, 1999)
• Amalan refleksi merupakan perlakuan memikirkan semula pengalaman pelajar. Ia
memerlukan penerokaan unsur-unsur yang ketara dan tersirat. Proses ini membuat
andaian sebab musabab berasaskan fakta – pemerhatian, temu bual dan soal selidik.
• Refleksi dalam Internship membolehkan pelajar dibimbing untuk menaakul, memilih strategi
pelaksanaan tugasan dan seterusnya membuat penilaian kendiri. Amalan refleksi ini
membolehkan pelajar menghayati dan meningkatkan profesionalisme keguruan secara efektif.
Tujuan Refleksi:
• Pelajar dapat mengesan keberkesanan pelaksanaan setiap tugasan yang dilaksanakan.
• Pelajar dapat menjadikan refleksi sebagai asas untuk menambahbaik dan
meningkatkan kualiti setiap tugasan secara berterusan.
• Memperkembangkan keupayaan celik akal pelajar bagi melahirkan kreativiti dan
inovasi dalam setiap tugas yang dijalankan.
• Meningkatkan kualiti insan guru yang mempunyai ilmu profesional keguruan.
Ciri-ciri Refleksi:
• Bermula dengan mengingat kembali
• Melibatkan perasaan (domain afektif) terhadap sesuatu
• Menentukan usaha secara sedar (conscious effort)
• Bersedia mengubah sikap, kesedaran diri, amalan dan tingkah laku positif
Amalan Refleksi/Penilaian Kendiri Dalam Internship
Ia merupakan proses mengkaji semula keberkesanan pelaksanaan Internship oleh pelajar
sendiri melalui refleksi untuk mempertingkatkan kemahiran keguruan. Antara garis panduan
yang boleh dilaksana ialah:
1. Hendaklah dibuat selepas setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar seperti membincangkan:
• Sejauh manakah objektif aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan tercapai ?
• Apakah kekuatan dan kelemahan yang dapat dikenal pasti ?
• Apakah langkah-langkah yang boleh difikirkan untuk membaiki pelaksanaan aktiviti
tersebut ?
• Apakah faktor-faktor yang dapat membantu dalam meningkatkan atau menambah baikkan
pelaksanaan aktiviti tersebut ?

2. Melaksanakan proses refleksi berpandukan format refleksi seperti di Lampiran 2a

3
LAMPIRAN 2a

CATATAN REFLEKSI
( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

1. Isu / Perkara yang difokus:

2. Analisis isu / perkara yang difokus:

2.1 Kekuatan:

2.2 Kelemahan:

3. Cadangan penambahbaikan:

(sila simpan dokumen ini di dalam portfolio anda)

4
FORMAT RANCANGAN SEMESTER

MINGGU/TARIKH TAJUK HASIL PENGAJARAN AKTIVITI CATATAN

M1
(12 – 16 April 2010)

M2
(19 – 23 April 2010)

5
Unit Praktikum
Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas INTERNSHIP

:: Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian ::

RINGKASAN PERSEDIAAN HARIAN


TARIKH

Mata Pelajaran

Nama Kelas/tahun Masa


Tajuk

Kemahiran
(Rujuk HSP)

Di Akhir Pelajaran Murid-Murid Dapat:

i)
Hasil Pembelajaran ii)
iii)

Penyediaan dokumen ini digalakkan bertaip (Arial – Italic – saiz 10.)


Hanya REFLEKSI sahaja diwajibkan tulisan tangan.
Aktiviti Pembelajaran Penggunaan kertas tambahan TIDAK dibenarkan (Satu muka surat sahaja untuk
setiap sesi pengajaran).
Dokumen dicetak pada kertas bersaiz – A4.

i)
Bahan Bantu
ii)
Mengajar
iii)

Refleksi Pengajaran
`Wajib Tulis Tangan`

Kehadiran __/__

……………………………………………… ……………………………………………….

Tandatangan Guru Pelatih Tandatangan Mentor / Guru Besar

6
SENARAI SEMAK KANDUNGAN PORTFOLIO

Tandakan ( )*
Bahagian No. Perkara
P M
00 SENARAI KANDUNGAN PORTFOLIO
MAKLUMAT

A02 BIODATA PELAJAR


DIRI

A04 PERNYATAAN PROFESIONAL

A A03 SURAT PENGENALAN DIRI

B01 PETA LOKASI, PELAN SEKOLAH DAN BILIK DARJAH


T MAKLUMA

B02 CARTA ORGANISASI SEKOLAH


SEKOLAH

B03 VISI DAN MISI SEKOLAH


B
B04 TAKWIM SEKOLAH

B05 SENARAI NAMA STAF (AKADEMIK & SOKONGAN)

B06 PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH


MAKLUMATTUGASDA

C01 SURAT-SURAT LANTIKAN TUGAS SEMASA DI SEKOLAH


KOKURIKULU
N

C03 SALINAN BORANG KEHADIRAN INTERNSHIP


M

D01 RANCANGAN AKTIVITI KOKURIKULUM


C
D02 SENARAI NAMA AHLI DAN KEHADIRAN

D03 LAPORAN AKTIVITI KOKURIKULUM


D04 RANCANGAN PROJEK/ PERANAN LAIN

D05 LAPORAN PROJEK / PERANAN LAIN

E01 FORMAT & CONTOH PENULISAN JURNAL


JURNAL

E E02 PENULISAN JURNAL MINGGUAN


E03 CATATAN KEMAJUAN TINDAKAN SUSULAN

F01 MAKLUMAT INOVASI P&P


-LAINLAIN

F F02
F03
Tandatangan
Tarikh semakan

Catatan:
-Bahan bantu pengajaran dan pembelajaran, penilaian, inovasi atau contoh-contoh hasilan pelajar adalah
digalakkan disimpan dalam folder atau portfolio yang berasingan.
- * P = Disemak dan ditandakan oleh pelajar; M = Disemak dan ditandakan oleh mentor.

7
Log/Laporan Harian

Nama :
Kumpulan/Opsyen :
Sekolah :
Tarikh :

Aktiviti/Laporan:

……………………………………………….. ……………………………………………..
T.T Pelajar T.T Mentor

Log/Laporan Harian

Nama :
Kumpulan/Opsyen :
Sekolah :
Tarikh :

Aktiviti/Laporan:

……………………………………………….. ……………………………………………..
T.T Pelajar T.T Mentor

8
LAM-PT-05-09

BORANG KEHADIRAN PRAKTIKUM PDPLI/PISMP BAGI BULAN .......................... TAHUN .....................

NAMA SEKOLAH: ..................................................................................................

ALAMAT: .............................................................................................................................................. NO. TELEFON SEKOLAH: ...................................

ARAHAN: Sila tanda kehadiran dengan tanda ( / ) di dalam ruang yang berkenaan.
TARIKH/ HARIBULAN PERSEKOLAHAN
MINGGU 1 MINGGU 2 MINGGU 3 MINGGU 4 MINGGU 5
BIL NAMA MAJOR
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

CATATAN : ..................................................................................................................................................................................................................................
.........................................................................................................................................................................................................................................................

Tandatangan Ketua Kumpulan: Tandatangan Pengetua/Guru Besar:

.............................................................. .......................................................................
( ) ( )

Tarikh: Tarikh:

Catatan:
1. Setiap cuti mestilah disertakan dengan salinan surat akuan doktor (M.C.) atau surat kebenaran.
2. Ketua kumpulan serahkan borang kehadiran kepada Ketua Unit Praktikum

Januari 2018

Anda mungkin juga menyukai