Anda di halaman 1dari 5

1.

0 Pengenalan
Howard Gardner (1983) menyatakan bahawa manusia mempunyai sekurang-
kurangnya lapan kecerdasan yang merangkumi pelbagai kebolehan, keupayaan,
bakat atau kemahiran yang wujud secara semula jadi. Jenis-jenis kecerdasan yang
dikemukan oleh Gardner adalah visual-linguistik, logik-matematik, visual-ruang,
kinestetik, muzik, interpersonal, intrapersonal dan naturalis. Gardner (1983)
menjelaskan bahawa setiap kecerdasan adalah berasingan dan saling tidak
bergantung. Seseorang mungkin lemah dalam suatu bidang kemahiran tetapi
cemerlang dalam domain kecerdasan yang lain. Oleh hal yang demikian, satu
pemerhatian terhadap proses pengajaran yang digunakan oleh guru dengan melihat
bagaimana guru Bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan Tembak mengaplikasikan
Teori Kecerdasan Pelbagai mengikut aspek kepelbagaian yang terdapat dalam
kalangan murid.

2.0 Dapatan Pemerhatian


Pemerhatian yang telah dilaksanakan adalah berfokuskan kepada kaedah
pengajaran guru Bahasa Melayu murid tahun 1 Tekun. Guru tersebut dilihat berjaya
mengaplikasikan beberapa aspek dalam Teori Kecerdasan Pelbagai ketika proses
pengajarannya dimana guru akan mengajar kemahiran menyebut suku kata dan
perkataan serta membatangkan dan mengenalpasti kata nama am yang bertemakan
haiwan. Antara aspek kecerdasan yang digunapakai oleh guru tersebut adalah aspek
kecerdasan visual-ruang yang membolehkan membolehkan seseorang mengenali
objek, bentuk, warna dan corak dalam persekitaran. Guru tersebut memulakan
aktiviti dengan set induksi iaitu dengan meminta murid-murid meneka objek yang
terdapat dalam kotak misteri. Murid perlu menyentuh barang yang terdapat di dalam
kotak serta diberikan pembayang kemudian meneka objek tersebut. Aktiviti ini
bertujuan menggalakkan murid berfikir dalam bentuk gambaran dan bayangan serta
secara tiga dimensi. Murid akan boleh menceritakan dan menggambarkan semula
objek yang disentuh sekiranya mereka mampu menghubungkaitkan antara objek
dalam ruang.

1
Gambar 1: Kotak yang mengandungi objek rahsia

Seterusnya, guru turut mengaplikasikan kecerdasan muzik iaitu kecerdasan


yang melibatkan muzik serta irama untuk menjadikan pengajaran tersebut lebih
menyeronokkan. Guru memperdengarkan kepada murid lagu Mari Melawat Zoo
sambil memaparkan video yang mengandungi lirik serta pergerakan haiwan-
haiwan. Murid telah menyanyikan lagu ini bersama-sama. Penerapan elemen muzik
sememangnya dapat membantu murid kerana boleh dikatakan hampir 90% murid
berminat dengan melodi dan muzik (Pica, R, 2012). Selain itu, dengan melakukan
pergerakan dengan mengikut irama muzik, seseorang murid akan lebih fokus dan
secara tidak lansung elemen didik hibur telah diaplikasikan dalam proses
pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) guru tersebut.

Gambar 2: Murid-murid sedang menyanyikan lagu ‘Mari Melawat Zoo

2
Langkah seterusnya ialah setiap kumpulan membuat persembahan
seperti menari dan menyanyi lagu yang berkaitan dengan haiwan yang telah
dipaparkan oleh guru semasa aktiviti nyanyian. Mereka juga meniru pergerakan
haiwan, bunyi haiwan dan sebagainya. Aktiviti ini secara tidak lansung telah
mengaplikasikan aspek kecerdasan kinestetik yang memerlukan murid
menggunakan anggota badan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah.
Mereka cekap mengintepretasi pergerakan anggota atau tubuh. Malah, Pangrazi,
R. dan Deighle (2013), menyatakan bahawa pergerakan merupakan proses
memandu murid-murid untuk memperoleh kecekapan pergerakan melalui teknik-
teknik penyelesaian masalah dan improvisasi dengan memberi penekanan
kebebasan dan ekspresi yang berteraskan penerokaan, penemuan dan kreativiti.

Gambar 3: Murid-murid sedang meniru pergerakan haiwan

Akhir sekali, guru turut mengaplikasi aspek kecerdasan interpersonal apabila


murid-murid diminta untuk menyelesaikan tugasan secara berkumpulan. Kecerdasan
interpersonal membolehkan murid berinteraksi dengan mudah dan boleh bekerjasama
dengan orang lain secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah
(Salmah Ayob, 1998). Murid diminta untuk mengeja nama-nama haiwan tersebut
menggunakan teknik gunting dan tampal huruf. Mereka perlu bekerjasama untuk
menyelesaikan ejaan haiwan-haiwan tersebut.

3
Gambar 4: Murid-murid sedang melaksanakan aktiviti berkumpulan untuk
membentuk ejaan haiwan

3.0 Kesimpulan
Rancangan pengajaran guru yang telah dilakukan dengan teliti dan pemilihan
strategi dan aktiviti untuk menerapkan kelapan-lapan kecerdasan dalam pelajaran
berjaya meningkatkan keyakinan, motivasi dan kreativiti pelajar. Penglibatan pelajar
secara aktif dalam pelajaran telah mengikis rasa bosan pelajar sewaktu pelajaran
bahasa. Menurut Koster (2009), unsur-unsur kecerdasan pelbagai boleh
diintegrasikan dalam aktiviti pembelajaran bagi sesuatu mata pelajaran untuk
mencapai objektif pembelajaran, di samping dapat memperkembangkan
kecerdasan yang relevan dengan topik pembelajaran. Dalam mengintegrasikan
unsur kecerdasan pelbagai, Mayesky (2014) menyatakan bahawa adalah perlu
untuk memasukkan ke dalam rancangan pengajaran, jenis-jenis kecerdasan yang
hendak diintegrasikan mengikut kesesuaiannya dengan topik yang diajar.
Kesimpulannya, Kecerdasan Pelbagai dapat membantu guru menjalankan
pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan kerana memenuhi keperluan
pembelajaran pelajar.

4
RUJUKAN

Gardner, H. (1983). Frames of mind: The Theory of Multiple Intelligences. New York
City: Basic Books.

Koster, J. B. (2009). Growing artists: Teaching the arts to young children. New York:
Thompson Delmar Learning.

Lowefeld, V. & Brittain, W. L.(1986), Creative and mental growth. New York:
Macmillan.

Mayesky, M.(2014). Creative activities and curriculum for young children. USA:
Cengage Learning.

Pangrazi, R. P. & Deighle, A. (2013). Dynamic physical education for elementary


school children.(17th ed.). New York: Benjamin Cummings.

Pica, R. (2012). Experiences in movement with music, activities & theory. (5th ed.).
NY: Thomson Delmar Learning.

Salmah Ayob.(1998). Pergerakan kreatif dan pendidikan. Petaling Jaya: Flo


Enterprise Sdn. Bhd

Anda mungkin juga menyukai