Anda di halaman 1dari 7

LAMPIRAN E

SENARAI SEMAK PENULISAN PERNYATAAN MASALAH :

BIL BUTIRAN CATATAN/KOMEN

1 Topik kajian : Hubungan Kesihatan mental dengan aspek sokongan sosial dalam
kalangan LGBT

2 Masalah kajian: LGBT menjadi satu gerakan sosial bagi menuntut hak persamaan
terhadap golongan minoriti ini yang ditindas dan dizalimi oleh
masyarakat dunia disebabkan homophobia dan transfobia (Mohd
Khairul 2015)

Gelombang budaya barat berideologi sekularisme terlalu mudah


menular masuk ke dalam diri masyarakat seterusnya
mempengaruhi minda dan tingkah laku seseorang. Pengaruh
budaya barat ini menyebabkan penularan budaya LGBT terus
meningkat dalam kalangan generasi muda yang semakin tenat
pada zaman sekarang. (Adibah et al. 2017).

kebelakangan ini isu lesbian, gay, biseksual dan transgender


(LGBT) hangat diperkatakan dan mendapat liputan meluas oleh
pihak media. Golongan ini sering mendapat kritikan dan kecaman
oleh netizen, namun tidak kurang juga sokongan dan dokongan
dari pihak aktivis sosial yang bangkit memperjuangkan hak agar
golongan ini tidak terus didiskriminasikan (Sinar Harian 2018).

Golongan ini semakin berani menonjolkan diri secara terbuka


melalui festival dan program yang dianjurkan oleh golongan
mereka. Festival yang dijalankan ini untuk mengembangkan lagi
pengaruh dan menuntut hak sama rata dalam masyarakat bagi
memperjuangkan hak kebebasan bersuara dan mengekspresi serta
menzahirkan diri mereka (Siti Hajar Jamal, 2018).

Gerakan LGBT ini tidak mampu diperjuangkan secara terbuka di


Malaysia atas faktor agama, budaya dan undang-undang kerana
kerap mendapat tentangan daripada masyarakat. Kepercayaan
masyarakat tentang LGBT adalah negatif dan dianggap sebagai
suatu yang songsang dan berdosa (Siti Hajar Jamal, 2018)

Tahun 2018, pasangan lesbian telah ditangkap oleh Penguatkuasa


Syariah Daerah Dungun. Mereka ditahan di bawah Seksyen 30
Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001
kerana kesalahan Musahaqah iaitu pasangan lesbian. Mereka telah
dijatuhkan hukuman sebat sebanyak 6 kali dan isu ini menarik
perhatian masyarakat dan banyak mendapat tentangan daripada
sesetengah pihak (Siti Hajar Jamal, 2018)
Homoseksual boleh memberi kesan kepada pengamal seks luar
tabii kerana mereka kekurangan sokongan moral, selalu diherdik
dan dicaci apabila ingin berubah (Siti Hajar Jamal, 2018).
LGBT sukar untuk mendapat pekerjaan, terutamanya di sektor
formal kerana majoriti masyarakat mempunyai masalah
homophobic malah mempunyai stigma negatif terhadap kaum
LGBT. Individu LGBT yang berjaya mendapat pekerjaan
kebiasaannya akan dihina, dijauhi, diancam, malah akan
memperoleh ancaman kekerasan secara fizikal (International
Labour Organization, 2014].

Remaja yang terlibat dengan LGB (Lesbian, Gay & Biseksual)


mempunyai risiko yang tinggi untuk terlibat dengan tingkah laku
berisiko dan mempunyai masalah kesihatan mental berbanding
dengan remaja normal serta berisiko untuk terlibat dengan
penyalahgunaan dadah dan alkohol. Selain itu, mereka juga
dilaporkan mempunyai masalah berkaitan dengan sikap
(Anderssen 2002). Kesemua masalah ini menyebabkan mereka
makin dipinggirkan oleh individu terdekat dengan mereka serta
masyarakat sekeliling sehingga menghalang kefungsian
psikologikal mereka. Akibatnya, muncul bukti yang menyatakan
ketidakseimbangan terhadap kehidupan lesbian seperti
kemurungan, putus harapan dan bunuh diri (Ahmad, Et al, 2015).

Masalah dalaman keluarga yang dialami oleh remaja


menyebabkan mereka mencari keseronokan di luar rumah melalui
perhubungan dengan rakan sejenis yang dianggap boleh
menggantikan ibu bapanya. Kekurangan komunikasi dengan ibu
bapa juga menyumbang kepada masalah lesbian (Schumm 2010).

Dapatan kajian mendapati cara gaya hidup keseluruhan responden


yang kurang berpegang kepada agama sememangnya akan
menyebabkan mereka akan lari daripada batas normal hidup
seseorang manusia (Ahmad, Et al, 2015).

Faktor keluarga bermasalah juga menjadi salah satu faktor yang


menyumbang kepada gejala lesbian. Interaksi yang kurang
berkesan dalam sesebuah institusi kekeluargaan akan
menyebabkan kasih sayang dalam keluarga tersebut sukar untuk
dibentuk. Hal ini secara tidak langsung akan menyebabkan
individu ini melibatkan pihak luar untuk mendapatkan kasih
sayang (Nichols 2014). Oleh hal demikian, remaja yang kurang
mendapat kasih sayang daripada ibu bapa mereka ini akan
mencari kelompongan kasih sayang tersebut daripada pasangan
sejenis mereka (Ahmad, Et al, 2015).
Perlakuan LGBT juga telah membawa masalah kepada tahap
kesihatan masyarakat dalam negara ini. Melalui aktiviti yang
dilakukan oleh golongan LGBT ini, ia telah membawa kepada
penyebaran pelbagai penyakit berjangkit antaranya ialah
HIV/AIDS. Buktinya adalah berdasarkan laporan yang
dikeluarkan oleh Majlis AIDS Malaysia dan Yayasan AIDS
Malaysia telah menyatakan bahawa peningkatan kadar jangkitan
HIV di negara ini secara umumnya disumbang oleh beberapa
golongan. Mengikut laporan yang dikeluarkan oleh Majlis AIDS
Malaysia dan Yayasan AIDS Malaysia menunjukkan bahawa
jangkitan HIV secara majoritinya disumbangkan oleh golongan
heterosexual iaitu sebanyak 42 peratus. Laporan ini juga
menunjukkan bahawa golongan homosexual dan bisexual
penyumbang kedua kepada jangkitan HIV iaitu sebanyak 36
peratus (Majlis AIDS & Yayasan AIDS, 2016)

Masyarat Malaysia khususnya mengkritik golongan ini kerana


telah menyalahi adat dan agama serta institusi kekeluargaan.
Mereka jelas menunjukkan perlakuan gaya hidup songsang
sebagai gaya dan corak mereka sendiri (Siti Amirah Akilah Abd
Rahim et al, 2020).

Punca utama golongan transgender menghadapi masalah tekanan


adalah akibat stigma dan diskriminasi oleh masyarakat serta
konflik dalaman yang bertentangan dengan fitrah semulajadi
manusia. Mereka yang lelaki menginginkan bentuk tubuh wanita,
dan menjadi satu tekanan apabila mereka tidak dapat berbuat
demikian. Menurut Baeur et al. (2015), psikologi golongan
transgender ini menjadi lebih baik apabila berjaya mendapat
bentuk tubuh keinginan mereka (Bauer et al., 2015).

Individu LGBTQ mempunyai masalah kesihatan mental yang


tinggi berbanding individu hetroseksual (American Psychiatric
Association, 2017)

Individu LGBTQ kurang mendapat sokongan sosial berbanding


dengan individu hetroseksual. Lebih-lebih lagi, sekiranya di
Kawasan tempat tinggal mereka tidak mempunyai populasi
LGBTQ yang banyak, mereka akan dibuang keluarga (American
Psychiatric Association, 2017).

Lebih dari 60% responden percaya bahawa kemurungan yang


mereka hadapi adalah berpunca daripada identity mereka sebagai
individu LGBT. Menurut mereka, mereka mengalami pelbagai
tekanan dari sudut psikologi termasuh stigma masyarakat tentang
LGBT, pengasingan, masalah sosial mereka, penerimaan diri
mereka yang rendah, tidak mendapat sokongan psikologi dan
tidak diterima dalam komuniti sosial (Paula Mayock et al, 2008)

Individu LGBT mengalami pelbagai bentuk emosi dan masalah


psikologi termasuk kesunyian, merasa marah, cemas dan
penolakan oleh ahli keluarga dan rakan. Kebanyakan mereka akan
mencederakan diri mereka sendiri dan tingkah laku tersebut
mempunyai hubungan dengan identiti mereka sebagai LGBT.
Tingkah laku mencederakan diri dianggap sebagai salah satu cara
untuk mengatasi perasaan mereka dan penolakan masyarakat yang
mereka terima (Paula Mayock et al, 2008)

Populasi LGBT telah dikenalpasti mempunyai pengalaman


tekanan yang melampau sehingga cenderung kepada tingkah laku
bunuh diri (Sean A. Kidd et al, 2016)

3 Jurang ilmu: Ambiga Sreevanasan, telah mendedikasikan memperjuangkan hak


asasi manusia dan hak LGBT di Malaysia telah berjaya meraih
penghormatan dan menerima penghargaan dari berbagai pihak di
peringkat antarabangasa. Beliau telah menerima anugerah
International Women of Courage pada tahun 2009 oleh kerajaan
Amerika,dan anugerah tertinggi Perancis,Chevalier de Legion
d’Honneur (Knight of the Legion of Honour) daripada kerajaan
Perancis (Sidek Abdullah 2005; Suriati Ghazali 2012, Mohd
Khairul, 2015).

Hal sedemikian berlaku kerana mereka tidak mempunyai


pegangan kukuh terhadap larangan yang telah dinyatakan oleh
agama masing-masing (Londicho et al. 2014). 84% daripada
responden yang dikaji mempercayai dengan kewujudan tuhan.
Walau bagaimanapun, penghayatan terhadap ciri-ciri keagamaan
yang kurang menyebabkan mereka terjebak dalam tingkah laku
sedemikian (Ahmad, Et al, 2015).

Lebih 90,000 pasangan bercerai berpunca LGBT. Pasangan


seorang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) antara
punca 92,768 kes perceraian di antara 2012 dan 2014. Antara
punca yang mendorong kepada perceraian adalah masalah seks
seperti khunsa, lesbian, homoseksual atau gay, seks luar tabii dan
mengubah suai alat kelamin (Asyraf, 2016)

Faktor persekitaran memberi impak yang besar gejala ini boleh


berlaku. Hal ini kerana, peranan ibu bapa yang mendidik dan
mencorak kanak-kanak sejak kecil. Dalam kalangan ibu bapa ada
yang mendidik anak mereka sesuai dengan anak perempuan
kerana anak perempuan lebih ramai berbanding anak lelaki. Maka
apabila anak lelaki membesar, berlaku kecelaruan identiti terhadap
anak lelaki tersebut. Manakala, faktor genetik dan hormon boleh
dilihat juga kepada gaya corak ibu bapa yang mendidik kanak-
kanak tersebut serta corak pemakanan (Siti Amirah Akilah Abd
Rahim et al, 2020)

Statistik juga menunjukkan pelbagai gerakan telah wujud, maka


masyarakat Malaysia menganggap bahawa budaya ini merupakan
budaya yang tidak sihat. Kebanyakkan pengkaji juga menolak
serta mengkritik aktiviti dan perlakuan transgender ini
berdasarkan ayat quran dan hadith sahih (Siti Amirah Akilah Abd
Rahim et al, 2020).

Transgender atau gender identity disorder telah diklasifikasikan


sebagai masalah mental di dalam ICD-10 dan DSM-V. Klasifikasi
ini sering dibahaskan dan kebenaran transgender sebagai masalah
mental sukar untuk dinafikan dan ia sepatutnya ditangani secara
psikologi bukan melalui pembedahan alat kelamin. Dari sudut
psikologi, beberapa kajian mendapati pembedahan alat kelamin ini
dapat mengurangkan risiko serta mengatasi masalah mental
seperti depresi dan cemas (Van de Grift et al., 2018; Zavlin et al.,
2018). Hal ini sangat membimbangkan kerana pembedahan alat
kelamin adalah sangat rumit, memerlukan tenaga pakar dan
mempunyai banyak komplikasi kesihatan (Dreher et al., 2018).

Secara psikologi pula, seseorang yang berkeinginan membuang


mana-mana anggota badannya yang normal disuspek delusional.
Masalah golongan transgender ini boleh dilihat daripada pelbagai
perspektif iaitu isu pekerjaan, kesihatan, agama Islam, identiti diri
dan komuniti masyarakat. Pandangan Sains dan pandangan Islam
telah membuktikan bahawa golongan transgender disifatkan
sebagai suatu penyakit yang lahir hasil pencarian mereka yang
kecelaruan identiti. Gejala sosial ini, bukan sahaja melibatkan
pelajar atau orang awam, malah juga golongan profesional (Siti
Amirah Akilah Abd Rahim et al, 2020).

Terdapat peningkatan risiko untuk individu LGBT mengalami


masalah mental. Intervensi terhadap isu masalah mental dalam
kalangan individu LGBT dan usaha bagi mengurangkan risiko
masalah mental amat diperlukan dalam kajian yang akan datang
(Sean A. Kidd et al, 2016)

4 Persoalan Kajian Persoalan Kajian:


1) Apakah tahap kesihatan mental individu LGBT?
2) Apakah tahap sokongan sosial individu LGBT?
3) Adakah terdapat hubungan antara kesihatan mental dengan
aspek sokongan sosial individu LGBT?
4) Adakah terdapat perbezaan antara identiti kelompok
LGBT dengan tahap kesihatan mental?

6 Menyediakan
‘framework’ atau
arah tuju kajian
dalam bentuk
hasilan/dapatan
yang hendak
dicari. FAKTOR
DEMOGRAFI
- Jantina TAHAP
KONSEP
- Agama KESIHATAN
KENDIRI
- Bangsa MENTAL
- Status Hubungan
Ibu Bapa

RUJUKAN

Sean A. Kidd, Ph.D., Meg Howison, M.S.W., Merrick Pilling, Ph.D., Lori E. Ross, Ph.D., Kwame
McKenzie, M.D., F.R.C.Psych. 2016. Severe Mental Illness in LGBT Populations: A Scoping Review.
Psychiatric Services 67:7, July 2016.

Paula Mayock, Audrey Bryan, Nicola Carr, Karl Kitching. 2008. Supporting Lgbt Lives: A Study Of
Mental Health And Well-Being. Gay and Lesbian Equality Network (GLEN) and BeLonGTo. ISBN:
978-0-9561023-2-4.

Siti Amirah Akilah Abd Rahim, Hanisah Abdul Rahman, Farahwahida Mohd Yusof. 2020.
Transgender Di Malaysia. International Journal of Islamic and Civilizational Studies. 03-2 (2020) pp.
67 – 77.

Dreher, P. C. et al. 2018. Complications of The Neovagina In Male-To-Female Transgender Surgery:


A Systematic Review and Meta-Analysis with Discussion of Management. Clinical Anatomy, 31(2),
191–199. doi: 10.1002/ca.23001.

Bauer, G. R. et al. 2015. Intervenable Factors Associated with Suicide Risk in Transgender Persons:
A Respondent Driven Sampling Study In Ontario, Canada. BMC Public Health, 15(1), 525. doi:
10.1186/s12889-015-1867-2.

American Psychiatric Association. 2017. Mental Health Disparities: LGBTQ.

Kementerian Pemberdayaan Perempuan Dan Perlindungan Anak. 2015. Pandangan Mahasiswa


terhadap Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) di Jakarta, Bogor, Depok Dan
Tangerang. Pusat Penelitian Kesehatan Universitas Indonesia.

Siti Hajar Jamal. 2018. Memahami Konsep Lesbian, Gay, Biseksual Dan Transgender (LGBT) Dari
Konteks Sosial. Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam 2018.
eISBN 978-967-2231-03-5.

Ahmad, M. I., Haikal Anuar Adnan, Abd Satar, J., Wan Shahrazad Wan Sulaiman, Wan Azreena, J.,
Zainal Abidin, J. & Wan Mohd Zain, W. M. S. 2015. Faktor Dan Cara Gaya Hidup Serta
Kemungkinan Kembali Pulih Dalam Kalangan Lesbian: Satu Kajian Kes. Journal of Social Sciences
and Humanities. Vol. 10, No. 1 (2015) 001-015, ISSN: 1823-884x.