Anda di halaman 1dari 5

KOLEJ VOKASIONAL SEGAMAT

KM. 5, JALAN GENUANG,


85000 SEGAMAT, JOHOR

NOTA KURSUS 2
SEMESTER SEMESTER 1 DVM SESI 2018/2019

JABATAN JABATAN TEKNOLOGI PEMBINAAN

PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI PEMBINAAN / DCA

DCA 1323 – CONSTRUCTION SAFETY AND HEALTH


KOD/KURSUS
( KESELAMATAN DAN KESIHATAN DALAM PEMBINAAN )

02. OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH (OSH)


KOMPETENSI
( PEKERJAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN )

KOMPETENSI 2.1 Occupational Safety and Health (OSH)


UNIT 2.2 Principle of OSH Act and corporate responsibility

Trainee must be able to:


KOMPETENSI
 Explain occupational safety and health (OSH) in construction
PEMBELAJARAN
 State and describe principle of OSH act and corporate responsibility

NO KOD DCA 1323 / K 02 MUKA : 01 DARIPADA 5


NO. KOD : DCA 1323 KOMPETENSI 2 Muka : 2 Drp : 5

2.1 Kesihatan Dan Keselamatan Pekerjaan


Kesihatan dan keselamatan pekerjaan merupakan satu bidang yang bertujuan melindungi
kesihatan, keselamatan dan kebajikan pekerja. Keselamatan tempat kerja merupakan suatu aspek
penting di dalam sesebuah organisasi syarikat. Ia merupakan salah satu tanggungjawab majikan
di bawah Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994 Malaysia untuk mengambil berat
tentang kesihatan dan keselamatan para pekerja ketika bekerja di dalam sesebuah syarikat. Akta
ini dikawalselia oleh Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan dari Kementerian Sumber
Manusia.
Keselamatan Pekerjaan diperkenalkan oleh Jabatan Kilang dan Jentera dari Kementerian Sumber
Manusia berikutan peristiwa letupan kilang mercun Bright Sparkler di Sungai Buloh yang berlaku
pada 1991. Ketika berlakunya kejadian tersebut, berpuluh-puluh pekerja terperangkap dan
seramai 26 orang terkorban di dalam insiden tersebut.
Selepas 1994, Sebuah akta ditubuhkan dan diberi nama Akta Kesihatan dan Keselamatan
Pekerjaan. Jabatan Kilang dan Jentera mula menguatkuasakan akta ini dan seterusnya nama
jabatan tersebut ditukar kepada Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan.

2.1.1 Organisasi-Organisasi Osha Dalam Malaysia


 JKKP -http://www.dosh.gov.my
 CIDB -http://www.cidb.gov.my
 PERKESO -http://www.perkeso.gov.my
 NIOSH -http://www.niosh.com.my

a) Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

Aktivitinya:
• Pengilangan
• Perlombongan dan pengkuarian
• Pembinaan
• Hotel dan restoran
• Pertanian,perhutanan,perikanan

NO. KOD : DCA 1323 KOMPETENSI 2 Muka : 3 Drp : 5


Objektif:
 Untuk menggubal dan mengkaji dari semasa ke semasa melalui proses tripatisme
dasar ,undang-undang ,tata amalan dan garis panduan.
 Untuk membantu dan memberi khidmat kepakaran dalam kegiatan galakkan,latihan,
penyebaran maklumat dan penyelidikan.

b) Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)

Memberi perlindungan kepada para pekerja terhadap beberapa luar jangka seperti
bencana,kemalangan semasa perjalanan dan kematian

c) Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB)

Menubuhkan satu badan bagi menyelia dan mengawal isu dan kesan yang berlaku dalam
industri pembinaaan .
Contohya:
• Kekurangan tenaga pekerja dan buruh
• Pemasaalahan sumber dan pembekalan bahan
• Produktiviti yang rendah
• Peningkatan kadar kemalangan ditapak baru
• Kelemahan pengurusan dan pelaksanaan projek
• Kekurangan muklumat penting dan data dalam pembinaan atau projek

d) Institut Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH)

Memberi khidmat dalam latihan,sumber maklumat,dan pusat penyelidikan dan membantu


pelaksanaan dan meyelesaikan permasaalahan berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan
pekerjaan.
Aktivitinya :
• Keselamatan ditapak pembinaan
• Keselamatan dalam penggunaan bahan
• Pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan

NO. KOD : DCA 1323 KOMPETENSI 2 Muka : 4 Drp : 5

2.1.2 Kepentingan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan


a) Tanggungjawab Majikan

Adalah menjadi tanggungjawab majikan untuk memastikan keselamatan,kesihatan dan


kebajikan para pekerja semasa bekerja:
• Pengadaan dan penyelenggaraan loji dan sistem kerja yang, setakat praktik,
• selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan.
• Pembuatan perkiraan bagi menjamin, setakat yang praktik, keselamatan dan ketiadaan
risiko.
• Pengadaan, maklumat, arahan , latihan dan penyeliaan sebagaimana yang perlu
• untuk memastikan setakat yang praktik , keselamatan dan kesihatan pekerjanya yang
• sedang bekerja.

b) Tanggungjawab Pekerja

Adalah menjadi kewajipan tiap-tiap pekerja yang sedang bekerja :


• Untuk memberi perhatian yang munasabah bagi keselamatan dan kesihatan dirinya dan
orang lain yang mungkin terjejas oleh tindakan atau peninggalannya semasa bekerja.
• Untuk bekerjasama dengan majikannya atau mana-mana orang lain dalam menunaikan apa-
apa kewajipan atau kehendak yang dikenakan ke atas majikan atau orang lain itu melalui
Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya.
• Untuk memakai atau menggunakan pada sepanjang masa apa-apa kelengkapan atau
pakaian perlindungan yang diadakan oleh majikan bagi maksud mencegah apa-apa risiko
kepada keselamatan dan kesihatnnya

2.2 Prinsip Kesihatan Dan Keselamatan Pekerjaan


Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994 dirangka berdasarkan enam prinsip iaitu:

• Pencegahan kemalangan adalah sebahagian daripada aspek penting pengurusan dan kemahiran
yang baik
• Pihak pengurusan dan pekerja mestilah bekerjasama dalam memastikan tempat kerja bebas
daripada sebarang kemalangan

NO. KOD : DCA 1323 KOMPETENSI 2 Muka : 5 Drp : 5

• Penglibatan pihak atasan adalah diutamakan dalam memimpin perlaksanaan keselamatan di


tempat kerja
• Dasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan hendaklah dirangka dan diketahui oleh semua
pekerja di tempat kerja
• Organisasi dan sumber yang perlu hendaklah dibangun dan disediakan bagi menyokong ke
arah kesihatan dan keselamatan pekerjaan
• Pengetahuan dan kaedah tersedia yang terbaik digunakan
• Keenam-enam prinsip tadi merupakan asas di dalam pembinaan dan perangkaan Akta
Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994.