Anda di halaman 1dari 8

KOLEJ VOKASIONAL SEGAMAT

KM. 5, JALAN GENUANG,


85000 SEGAMAT, JOHOR

NOTA KURSUS 3
SEMESTER SEMESTER 1 DVM SESI 2018/2019

JABATAN JABATAN TEKNOLOGI PEMBINAAN

PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI PEMBINAAN / DCA

DCA 1323 – CONSTRUCTION SAFETY AND HEALTH


KOD/KURSUS
( KESELAMATAN DAN KESIHATAN DALAM PEMBINAAN )

03. ACCIDENT AT WORKPLACE AND PREVENTION


KOMPETENSI
( KEMALANGAN DI TEMPAT KERJA DAN LANGKAH PENCEGAHAN )

KOMPETENSI 1. Type of accidents at workplace / Jenis kemalangan di tempat kerja


UNIT 2. Type of hazard at workplace / Jenis bahaya di tempat kerja
3. Accident prevention at workplace / Pencegahan kemalangan di tempat kerja

Trainee must be able to:


KOMPETENSI  Discover safety and health regulation in building construction works.
PEMBELAJARAN  Explain safety regulation practices during construction stage.
 Comply Safety and health regulation at construction site.

NO KOD DCA 1323/K 03 MUKA : 01 DARIPADA 08

NO. KOD : DCA 1323 KOMPETENSI 3 Muka : 2 Drp : 8


1.0 PENGENALAN

Umum beranggapan kemalangan di tempat kerja ini hanya melibatkan kerja di kawasan
tapak projek pembinaan, perlombongan dan kilang seperti kuari serta yang melibatkan kerja
buruh. Sebenarnya ia merangkumi semua tempat pekerjaan dari kerja di pejabat hinggalah
ke ladang seperti pertanian, perhutanan, perikanan, pengangkutan, penyimpanan,
komunikasi, perkhidmatan (gas, elektrik, air dan kebersihan), perdagangan borong dan
runcit, kewangan, hotel, restoran dan banyak lagi.

1.1 DEFINISI KEMALANGAN

Kemalangan ditakrifkan sebagai kejadian yang tidak dijangkakan atau tidak dirancang yang
berlaku disebabkan oleh pelbagai punca yang memberi kesan ke atas tubuh badan
(kecederaan atau penyakit) seseorang, kerosakan atau kemusnahan harta benda, kerosakan
alam sekitar, kemalangan nyaris atau gabungan kesan-kesan tersebut.

Kemalangan merujuk kepada turutan kejadian yang berlaku secara tidak sengaja dan tidak
dirancang, sering kali tanpa sengaja atau diperlukan. Ia biasanya berlaku melalui gabungan
beberapa sebab (perbuatan tidak selamat atau keadaan tidak selamat) dan mengakibatkan
kesan buruk seperti kecederaan fizikal kepada individu, kerosakan harta benda, kejadian
nyaris dan kerugian, yang mungkin dapat dielakkan sekiranya keadaan yang membawa
kepada kemalangan tersebut dapat dikenal pasti dan diambil tindakan, sebelum ia berlaku.
Sebagai contoh kemalangan jalan raya, kemalangan tercucuk benda tajam dan sebagainya.

Kemalangan yang sering berlaku di tapak bina ialah seperti terkena renjatan elektrik, terpijak
objek tajam, terjatuh dari bangunan tinggi, ditimpa objek yang jatuh, terhidu gas beracun dan
lain-lain.

NO. KOD : DCA 1323 KOMPETENSI 3 Muka : 3 Drp : 8


1.2 DEFINISI BAHAYA

Hazard / Bahaya adalah apa sahaja secara sendirian atau bersaling bertindak antara satu
sama lain yang mampu mengakibatkan kemudaratan.

Hazard juga boleh ditakrifkan sebagai punca atau keadaan yang mempunyai potensi
mengakibatkan kemudaratan dalam konteks kecederaan dan penyakit kepada manusia,
kerosakan sekitaran tempat kerja atau gabungannya.

2.0 JENIS KEMALANGAN DI TEMPAT KERJA

Terdapat beberapa jenis kemalangan yang sering berlaku di tempat kerja. Antaranya:

i. Terjatuh dari tempat tinggi


ii. Terkena kejutan elektrik
iii. Dilanggar objek
iv. Tertimbus& tanah runtuh
v. Kebakaran dan letupan
vi. Tersepit
vii. Terhidu gas beracun
viii. Termakan/tertelan bendasing
ix. Tertusuk benda tajam

NO. KOD : DCA 1323 KOMPETENSI 3 Muka : 4 Drp : 8


Kesemua jenis kemalangan di atas berpunca daripada beberapa sebab iaitu:

a) Sikap manusia – kecuaian untuk mengikuti langkah-langkah keselamatan yang


telah ditetapkan. Contoh: Tidak memakai Personel Protective Equipment (PPE)

b) Faktor Teknikal – Penggunaan mesin perlu mengikut prosedur penggunaan dan


langkah-langkah keselamatan yang telah ditetapkan. Contoh: Menggunakan
peralatan / jentera tang masih dalam selenggaraan serta tidak mengikut prosedur
yang ditetapkan.

c) Faktor Persekitaran - Persekitaran tempat kerja yang tidak selesa seperti


terdedah kepada bahaya pencemaran asap kilang, susun atur operasi
pengeluaran yang tidak dirancang serta pemantauan yang gagal di lakukan
menjadi punca mengapa persekitaran boleh menyebabkan kemalangan.

d) Faktor Penyimpanan – Kaedah penyimpanan bahan yang tidak teratur boleh


menyebabkan berlakunya kemalangan. Penyimpanan bahan yang mudah
terbakar haruslah diletakkan di tempat yang selamat. Contoh: Berlakunya letupan
atau kebakaran akibat dari kaedah penyimpanan yang tidak selamat.

e) Faktor Penyeliaan – Kegagalan mematuhi prosedur, arahan yang disampaikan


tidak sempurna serta kegagalan menguatkuasakan peraturan. Contoh: Penyelia
tidak memaklumkan kepada pekerja tentang kerosakan mesin.

f) Faktor Pengurusan – Pihak pengurusan hendaklah mengkaji dengan lebih


mendalam sesuatu prosedur yang hendak diguna pakai supaya tidak
mengundang kemalangan semasa kerja dilaksanakan. Contoh: Memastikan
laluan keluar masuk ke tapak pembinaan lebih teratur.

NO. KOD : DCA 1323 KOMPETENSI 3 Muka : 5 Drp : 8

3.0 JENIS / KATEGORI ‘ HAZARD’ DI TEMPAT KERJA


Hazard terdiri daripada beberapa jenis iaitu :

a) Hazard Fizikal
b) Hazard Kimia
c) Hazard Biologikal
d) Hazard Ergonomik

Hazard Fizikal
Berpunca dari mesin dan peralatan yang digunakan. Sesuatu mesin dan peralatan
dianggap berbahaya jika :

i. Direka tidak selamat dan tidak sempurna


ii. Tidak di selenggara dengan baik
iii. Digunakan oleh pekerja yang tidak terlatih
iv. Digunakan bukan untuk kerja sebenar atau menggunakan peralatan yang tidak
sesuai
v. Digunakan dalam keadaan yang berbeza
vi. Ditukar atau dipindah secara haram
vii. Pekerja tidak bersedia atau tidak menumpukan perhatian semasa bekerja

Hazard Kimia
Ialah kecederaan akibat sentuhan dan terhidu bahan kimia.
Contohnya bahan-bahan kimia seperti asid, alkali, gas, pelarut, simen, getah sintetik,
gentian kaca dan pelekat. Bahan-bahan kimia tersebut berbahaya dan perlu diambil
langkah - langkah keselamatan apabila mengendalinya.

NO. KOD : DCA 1323 KOMPETENSI 3 Muka : 6 Drp : 8

Hazard Biologikal
Ialah pekerja yang terlibat dengan analisis spesimen biologi yang biasanya akan terdedah
kepada jangkitan penyakit. Tahap bahaya adalah berbeza mengikut :
i. Sifat semula-jadi dan kepekatan agen penyakit
ii. Laluan masuk agen penyakit ke dalam badan
iii. Ketahanan pekerja yang terdedah

Hazard Ergonomik
Ia berkaitan dengan ketidaksesuaian manusia dengan sekitaran kerjanya. Ia selalu
dikaitkan dengan kesilapan atau kelemahan rekabentuk kejuruteraan dan proses kerja
memenuhi keperluan fisiologi dan psikologi manusia.

Contohnya pekerjaan menaip dalam keadaan yang baik tidak ergonomik tetapi telah
dibuktikan mampu mengakibatkan 'Tunnel Carpel Syndrome' dan sakit belakang

4.0 PENCEGAHAN KEMALANGAN

Kemalangan adalah sesuatu yang kompleks dan berlaku tanpa dirancang, namun ia boleh
dicegah. Kemalangan boleh diakibatkan oleh dua sebab utama:
a) Tindakan yang tidak selamat (Unsafe act)
b) Keadaan kerja tidak selamat (Unsafe condition)

Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi penyebab-penyebab


faktor penyumbang kemalangan. Rajah di bawah menerangkan faktor-faktor yang
menyumbang kepada kemalangan dengan lebih terperinci.

NO. KOD : DCA 1323 KOMPETENSI 3 Muka : 7 Drp : 8


Antara perilaku yang perlu diamalkan untuk mencegah dari berlakunya kemalangan ialah:

i. Sentiasa mengikut protokol kerja selamat.


ii. Menumpukan sepenuh perhatian semasa bekerja dan tidak cuai
iii. Mematuhi arahan keselamatan sepanjang masa.
iv. Menyelenggara mesin dan peralatan secara sistematik.
v. Tidak dipengaruhi alkohol atau dadah semasa bekerja.
vi. Menghadiri latihan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dari masa ke
semasa.
viii. Menggunakan kelengkapan atau pakaian perlindungan (PPE) peribadi yang
sesuai dengan betul.
ix. Tidak makan, minum atau merokok semasa bekerja.

NO. KOD : DCA 1323 KOMPETENSI 3 Muka : 8 Drp : 8


Langkah-langkah pencegahan
a) Merancang terlebih dahulu kerja yang akan dilaksanakan.
b) Mempelajari cara mengendalikan peralatan atau mesin.
c) Mematuhi peraturan keselamatan ketika berada di bengkel.
d) Menggunakan peralatan mengikut kegunaan sebenar
e) Mengendalikan peralatan dan mesin mengikut prosedur yang ditetapkan.
f) Pastikan mesin yang digunakan memenuhi piawaian keselamatan yang
ditetapkan
g) Pastikan peralatan yang rosak atau kebocoran elektrik dibaiki dengan
segera
h) Pastikan alat yang digunakan sentiasa berkeadaan baik.
i) Pastikan penghadang keselamatan pada mesin tidak ditanggalkan
j) Ketatkan skru penghadang keselamatan jika ia dalam keadaan yang
longgar.
k) Setiap mesin hendaklah diselenggarakan secara berkala.
l) Mesin perlu disusun dengan teratur.
m) Kawasan kerja mestilah mempunyai susun atur yang baik dan laluan
berjalan tidak dihalang oleh objek lain.
n) Sistem pengalihudaraan dan pencahayaan perlu berfungsi dengan baik
o) Susun atur yang kemas dan ruang kerja yang selesa.
p) Pencahayaan yang mencukupi bagi kerja yang dilakukan.
q) Bunyi bising yang terkawal
r) Peranti keselamatan pada mesin yang sesuai.
s) Bahan kimia berbahaya disimpan di tempat yang selamat.
t) Sistem penggera yang berfungsi dan sistem pencegah kebakaran yang
lengkap dan berfungsi.