Anda di halaman 1dari 19

UKUR ARAS C1343/UNIT 8/ 1

UNIT 8

PEMBUKUAN, PENGIRAAN DAN


PELOTAN UKUR ARAS

OBJEKTIF

Objektif am: Mempelajari dan memahami Cara membuat pembukuan,


Pengiraan dan membuat pelotan bagi hasil dari pengukuran
aras.

Objektif khusus: Di akhir pembelajaran unit ini anda sepatutnya dapat :

 Membuku cerapan ukur aras dengan kaedah-kaedah naik turun dan


kaedah tinggi garis kolimatan.
 Mengira aras laras titik-titik staf, menyemak kiraan dan ketepatan kerja.
 Melakukan ukur aras untuk kerja keratan memanjang dan melintang.
 Membuat pelotan keratan memanjang dan keratan melintang.
Input 8a

8.0 Pembukuan dan Kiraan Aras Terlaras

TBM 48.71m AOD


O.B.M. 49.87

D
C
E

2.811
I2
A B

2.513
1.496
I1 I3

1.752
2.325
2.505 2.191

3.824
I2
PH
PB E
PA PB
OBM B
PB PA I3
C D PH
PA PH
A
I1 Rajah 8 TBM

Pembukuan dan larasan-Iarasan bacaan rajah 8 diatas boleh dibuat oleh salah satu
daripada dua kaedah berikut :

(1) Kaedah naik dan turun.

(2) Kaedah Ketinggian Kolimatan.


8.1 Kaedah Naik dan Turun

PB PA PH NAIK TURUN RL PEMB. RL CATATAN


MULA AKHIR

2.191 49.87 49.87 OBM 49.87

2.505 0.314 49.556 +0.003 49.56 A

2.325 0.180 49.736 +0.003 49.74 B

3.019 1.496 0.829 50.565 +0.003 50.57 C (TA)

2.513 0.506 51.071 +0.006 51.08 D

1.752 2.811 0.298 50.733 +0.006 50.78 E (TA)

3.824 2.072 48.701 +0.009 48.71 TBM 48.71

6.962 8.131 1.5165 2.684 49.87

6.962 1.515 48.701

+1.169 +1.169 +1.169

Jadual 8.1

Bacaan-bacaan yang ditunjukkan dalam Jadual 8.1 direkodkan dengan kaedah naik dan
turun. Ini biasanya direkodkan dalam buku aras yang mengandungi semua ruang
yang berkaitan. Setiap ruang buku aras sesuai dengan kedudukan staf dan ini
disahkan oleh nota-nota dalam ruang 'catatan'. Kiraan aras terlaras titik yang
dikaitkan dengan titik terdahulu adalah dibuat dengan cara berikut:-

(I) Daripada OBM ke A adalah nilai turun (lihat Rajah 8). PB = 2.191 telah
direkodkan di OBM dan PA = 2.505 m di A. Hasilan beza ketinggian diberi
oleh (2.191 -2.505) = -0.314m. Tanda negatif menunjukkan turun dan
dimasukkan terhadap titik A. Nilai turun ini dikurangkan danpada RL bagi
OBM untuk mendapatkan aras terlaras awal bagi A sebagai 49.556.
(2) Prosidur ini diulang dan beza ketinggian daripada A ke B diberikan
oleh (2.505- 2.385) = +0.180m. Tanda positif menunjukkan naik dan
dimasukkan melawan B. RL bagi B adalah (RL A + 0.180) = 49.736m.

(3) Pengiraan ini diulang sehingga aras terlaras mulai TBM dikira pada titik
yang mana perbandingan boleh dibuat dengan nilai yang diketahui (lihat (6)
di bawah).
(4) Bila mengira naik atau turun bagi angka-angka dalam ruangan PH atau PA
mesti ditolak daripada angka-angka dalam garisan teratas yang terdekat,
sama ada dalam ruangan yang sama atau ruang di sebelah kirinya. Di TA ,
PH ditolak daripada PA atau PB dalam garisan teratas dan PB dalam
segarisan dengan PH kini digunakan untuk meneruskan pengiraan dengan
PA atau PH dalam garisan di bawahnya.
(5) Apabila ruangan RL mula dalam jadual telah diselesaikan, aritmetik
.berkenaan boleh disemak, dan mesti sentiasa dilakukan. Semakan ini
adalah

(PH) -(PB) = (TURUN) -(NAIK) = RL MULA -RL AKHIR.


Adalah menjadi perkara biasa memasukkan jumlah ini di kaki setiap ruang
berkaitan dalam jadual ukur aras ( lihat Jadual 8.1 ). Ternyata, persetujuan
mesti diperolehi untuk ketiga-tiga bahagian semakan dan perlu
ditegaskan bahawa ia hanya menyemak kiraan RL mula dan tidak
menunjukkan ketepatan bacaan- bacaan itu.
(6) Dalam Jadual 8.1, beza antara nilai-nilai RL yang telah terkira dan diketahui
bagi TBM adalah -0.009 m. Ini dikenali sebagai tikaian dan menunjukkan
ketepatan ukur aras. Jikalau tikaian yang didapati melebihi had tikaian yang
dibenarkan , maka ukur aras mesti diulang semula. Jikalau tikaian dalam had
tikaian dibenarkan, baru ianya diagih-agihkan kepada aras terlaras. Kaedah
pembetulan yang lazim adalah dengan memberi sama banyak, tetapi
bertokok, nilai tikaian kepada setiap kedudukan alat. Tanda pelarasan dan
tikaian adalah berlawanan. Jadual 8.1 menunjukkan tikaian sebanyak -0.009
m. Dari itu, jumlah pelarasan adalah + 0.009 m yang mesti dibahagi-
bahagikan. 0leh kerana mempunyai tiga kedudukan alat. + 0.003 m
ditambahkan kepada aras terlaras yang diperolehi daripada setiap
kedudukan. Agihannya ditunjukkan dalam ruangan PEMB. (pembetulan)
jadual 8.1, yang mana pelarasan bertokok digunakan. Aras A, B dan C,
+ 0.003; aras D dan E, ( + 0.003 + 0.003) = + 0.006 m; TBM, ( + 0.003 +
0.003 + 0.003) = 0.009 m. Tiada pelarasan diberikan pada tanda aras mula
kerana aras ini tidak boleh diubah.
(7) Pelarasan diberikan pada nilai RL Awal untuk mendapatkan RL Akhir
seperti ditunjukkan dalam Jadual 8.1. Nilai-nilai RL terlaras ini digunakan
dalam sebarang kiraan yang berkaitan dan dicatat kepada angka titik
perpuluhan yang sama seperti aras terlaras OBM dan TBM yang digunakan.

8.2 Kaedah Ketinggian Kolimatan

Buku aras untuk pelarasan bagi Rajah 8 ditunjukkan dalam bentuk ketinggian
kolimatan dalam Jadual 8.2 . Kaedah melaras aras ini diasaskan kepada TGK yang
dikira untuk setiap kedudukan alat dan seterusnya seperti berikut:-

(1) Jika bacaan PB diambil pada OBM ditambah kepada RL tanda aras ini,
maka TGK bagi kedudukan alat I1 akan diperolehi sebagai 49.87 +2.191 =
52.061 m dan dituliskan dalam ruangan yang betul.
(2) Untuk mendapatkan aras terlaras awal A, B dan C, bacaan staf di titik
berkenaan kini ditolakkan daripada TGK. Pengiraan yang berkaitan adalah

RL A = 52.061 -2.505 = 49.556m


RL B = 52.061 -2.325 = 49.736 m
RL C = 52.061 -1.496 = 50.565m

(3) Dengan staf pada titik alih C, alat dipindahkan ke kedudukan I 2 dan TGK
yang baharu ditentukan. Aras kolimatan ini diperolehi dengan menambah PB
di C kepada RL yang dikira untuk C daripada I1. Untuk kedudukan I2 , TGK
adaIah 50.565 + 3.019 = 53.584 m. Kini bacaan-bacaan staf di D dan E
ditolakkan daripada TGK ini untuk mendapatkan aras terlaras masing-
masing.
(4) Prosidur ini berterusan sehingga aras terlaras TBM dikira dan tikaian
diperolehi seperti cara sebelum ini. Dengan ruangan RL Awal dalam jadual
dilengkapkan, semak duasisi sahaja boleh dilakukan:

(PH) -(PB) = RL Mula -RL Akhir.

Selepas semakan ini, sebarang tikaian dibahagi-bahagikan sama seperti


cara kaedah naik dan turun, nilai RL Akhir sekali lagi dicatatkan kepada
angka titik perpuluhan meter yang sama seperti aras terlaras OBM dan TBM
yang digunakan.

8.3 Kesimpulan Kedua-dua Kaedah

Sungguh pun kaedah naik dan turun melibatkan aritmetik yang banyak, ia terpilih
kerana dapat menyemak semua aras terlaras, sementara kaedah ketinggian
kolimatan pula kiraan aras terlaras titik-titik antara tiada boleh membuat semakan.

Walau bagaimana pun, kaedah ketinggian kolimatan adalah lebih cepat jika banyak
pandangan antara diambil kerana pengiraan yang sedikit sahaja diperlukan. Ini
adalah kaedah yang sesuai bagi kegunaan ukur aras pemancangan yang mana
biasanya banyak bacaan diambil daripada setiap kedudukan alat.

8.4 Ketepatan dalam Ukur Aras

Untuk kerja kejuruteraan biasa dan ukur tapak binaan, tikaian yang dibenarkan
untuk sesuatu jujukan ukur aras diberi oleh

Tikaian dibenarkan =  5  n mm

yang mana n adalah bilangan kedudukan alat. Sebagai contoh. tikaian dibenarkan
bagi jadual 8.1 adalah  5 3 mm =  9 mm
Apabila tikaian sebenar dan yang dibenarkan itu dibandingkan didapati tikaian
sebenar itu adalah lebih besar daripada nilai yang dibenarkan. ukur aras mesti
diulang semula. Akan tetapi jika nilai sebenar lebih kecil daripada nilai yang
dibenarkan. tikaian mesti dibahagi-bahagikan secara sama rata antara kedudukan
alat seperti yang telah diterangkan dalam seksyen 8.1.
AKTIVITI 8a

 UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM ANDA MENERUSKAN INPUT


SELANJUTNYA

 SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN


BERIKUTNYA

Soalan 1.
Satu kerja ukur aras tertutup telah dilakukan dari sebuah BM yang
mempunyai aras laras (RL) 51.450 dan apabila ditutup semula ke BM
tersebut, bacaan dibaca 63.500. Jumlah pandangan belakang (PB) dan
pandangan Hadapan (PH) masing-masing adalah 85.755 dan 73.725.
Cuba anda cari nilai selisih tertutup bagi kerja ukur aras itu ?

Soalan 2.
Bermula dari sebuah BM yang benilai (RL) 123.45, seorang jurukur telah
membuat ukur aras memanjang dan membaca pandangan antara dengan
bacaan 4.400m. Dengan meletakkan staf di BM yang bernilai 163.000. Julah
pandangan belakang dari permulaan hingga ke titik ini ialah 120.740 dan
pandangan hadapan ialah 81.130.
Berapakah nilai selisih tutup bagi kerja ukur aras tersebut ?

Selamat Mencuba
MAKLUMBALAS
KEPADA AKTIVITI 8a

PERHATIAN
Anda hanya boleh berpindah ke input selanjutnya jika anda dapat menjawab
kesemua soalan dalam aktiviti 8a.

Maklumbaklas soalan 1.
Seperti yang diketahui:
(PH) -(PB) = (RL mula) – (RL akhir).
= (RL BM kedua) – (RL BM mula)
 (RL BM kedua) = (PH) -(PB) + (RL BM mula)
= 85.755 + 73.725 + 51.450
= 63.480
Tetapi anda telah diberi tahu bahawa RL bagi BM kedua ialah 63.500
 Selisih tutup bagi kerja ukur aras itu = 63.480 – 63.500 = - 0.020m

Maklumbaklas soalan 2.
(PH) -(PB) = (RL mula) – (RL akhir).
= (RL BM kedua) – (RL BM mula)
 (RL BM kedua) = (PH) -(PB) + (RL BM mula)
= 120.740 – 81.130 + 123.450
= 163.060
Tetapi RL bagi BM kedua = (RL BM mula) – Bacaan bagi pandangan antara (PA)
= 163.000 – 4.400 = 158.600
 Selisih tutup bagi kerja ukur aras itu = 163.060 – 163.000 = +0.060m

Syabas Anda Telah Berjaya


Anda boleh Terus Ke Unit
berikutnya
Input 8b

8.5. Memelot keratan Memanjang.


Setelah cerapan di padang diambil dan disemak dan buku kerja luar dilaraskan,
lukisan susuk (keratan) boleh disediakan. Ini ditunjukkan dalam Rajah 8.5 dan
dilukiskan seperti berikut:

8.5.1 Lukiskan satu garis datum yang dipilih untuk diplotkan lebih kurang 5 sm di
bawah aras laras terendah sekali pada susuk dan merupakan pendarab 5 m
di atas datum. Garis ini mesti ditandakan dengan jelas, contohnya, garis
datum 35 m D.D.O. (Datum Dari Aras Purata Laut)

8.5.2 Menskalakan rantaian titik-titik di mana aras dicerapkan di sepanjang garis


datum kepada satu skala yang sesuai dan jadualkannya seperti yang
ditunjukkan. Skala mendatar ini mestilah juga dicatatkan di atas lukisan dan
di dalam persembahan kerja biasanya dimasukkan satu skala grafik.

8.5.3 Ordinat tegak (bersudut tepat) pada titik ini dan skalakan aras laras
setiapnya dan jadualkannya seperti yang ditunjukkan. Untuk membuatkan
ketaksamaan tanah lebih nyata skala tegak biasanya adalah lebih besar
daripada skala mendatar. Ini memberikan satu pembesaran tegak susuk.
Skala tegak biasanya lima hingga sepuluh kali lebih besar daripada skala
mendatar, pembesaran yang lebih digunakan untuk tanah yang lebih rata.
Skala tegak mesti dicatatkan di atas lukisan, walaupun ia sama dengan skala
mendatar. Sekali lagi, dalam persembahan kerja satu skala grafik
dimasukkan.
8.5.4 Sambungkan setiap titik aras terlaras yang telah diplotkan dengan satu garis
yang berterusan. Garis ini mestilah tidak merupakan satu lengkung seperti
satu graf kerana aras diambil pada titik-titik perubahan cerun, maka cerun
mestilah sekata di antara titik-titik ini. Dengan itu titik-titik disambungkan
dengan satu siri garis lurus, walaupun di dalam persembahan kerja, garis ini
boleh dilukiskan dengan tangan dan menggunakan garis pensil yang pudar.
Sedikit ketidaksamaan yang terhasil kadangkala dapat memperbaiki rupa
bentuk lukisan.
8.5.5 Menggambarkan butiran di atas lukisan yang bersilang dengan garisan di
atas tanah. Masukkan penerangan catatan, contohnya, nama jalan, tempat
hak milik, dan sebagainya.

Rajah 8.5 (a) Pandangan Kedudukan setaf

Aras Tanah

Aras
Pembentukan

Datum DDO
0.0 12. 30. 38. 48. 60. 67. 84. 90. 10 12
Rantaian 4 0 7 9 0 2 0 0 8.4 0.0
11 11 11 11 11 11 11 11 11 11 11
2.5 4.1 2.3 1.9 0.0 0.9 1.7 0.0 0.5 3.5 4.1
Aras laras 3 6 3 1 3 2 1 4 3 8 3
11 11 11 11 11 11 11 11 11 11 11
1.6 1.4 2.3 1.3 1.3 1.3 1.4 1.7 1.9 2.2 2.5
Aras Pemb. 0 8 3 0 0 0 4 8 0 7 0
0.9 2.6 1.0 0.6 0.2 1.3 1.6
Potongan 2 8 3 1 7 1 3
1.2 0.3 1.7 1.3
Tambakan 7 8 4 7

Rajah 8.5 (b) Pandangan Keratan Memanjang


8.6Memelot keratan Rentas ( Cross-section).
Semasa menjalankan kerja pengukuran aras bagi keratan memanjang
(longitudinal), anda perlu juga mengambil aras bagi keratan rentas setiap rantaian.
Keratan rentas ini bersudut tepat dengan titik tengah ( Centre Line )
garisan keratan memanjang (longitudinal). Sela diantara keratan rentas bergantung
kepada jenis kerja kejruteraan, biasanya 20m, 30m,50m atau 100m.

Lebar bagi keratan rentas biasanya mengikut had kawasan kerja (R.O.W). Ukuran
ini biasanya dibuat dari titik tengah. Pada kebiasaannya lebar untuk jalan 30m kiri
dan 30m kanan, ini bermakna kelebaran kawasan kerja adalah 60m.

Ukuran keratan rentas boleh dilakukan dengan kaedah alat aras dan staf atau
tiodolit. Langkah-langkah untuk menjalankan kerja ukur aras bagi dua kaedah ini
adalah seperti berikut :

8.6.1 Keratan Rentas menggunakkan Alat Aras dan staf.


Cara kerja adalah sama seperti pengambilan data untuk keratan
memanjang. Oleh kerana jarak kelebaran keratan rentas pendek, maka
pengambilan data boleh diambil dari satu stesyen sahaja jika keadaan tanah
rata. Bagi kawasan yang berbukit untuk menyiapkan kerja itu adalah sukar
kerana kemungkinan pandangan kepada staf tidak boleh dilihat. Biasanya
alat akan didirikan pada titik tengah dan jarak akan diukur dari titik tengah ini
ketempat dimana staf diletak sepanjang keratan rentas.
Datum 100m 10 10 10 10 10
10 10 6.8 6.6 8.0 9.1 6.1
7.5 8.6 50 25 00 50 05
Aras Laras 50 50
30. 25. 8.0 7.0 17.
0.0
00 00 0 0 00 30.
Jarak m 0
00

Rajah 8.6 ( a) – Keratan Rentas

8.6.2 Keratan rentas dengan kaedah teodolit.


Dalam kes kerja keratan rentas yang mempunyai cerun yang curam kaedah
alat level tidak boleh diguna kerana bacaan kepada staf menjadi terhad dan
ini melambatkan kerja.
Alat teodolit didirikan di titik tengah ( ℄ )pada tempat keratan rentas yang
hendak diambil. Ketinggian alat akan diukur dari permukaan tanah dengan
menggunakan pita ukur dan teropong akan dihalakan supaya garisan
kolimasi akan kelihatan selari dengan cerun tanah dengan bacaan sudut
pugak digenapkan ( contoh : 98 56’ 20” kepada 98 00’ 00” ). Staf akan
diletak pada tempat yang mempunyai perubahan cerun yang ketara bacaan
akan diambil. Jarak juga akan diukur dan dicatit. Garisan kolimasi tidak
semestinya sama bagi kedua-dua belah keratan rentas iaitu kiri dan kanan

daripada “ ℄ ”. Cara merekod data pada gambarajah adalah lebih baik dalam
kaedah ini ( lihat rajah 8.6 b )
Garisan Kolimasi

Garisan mendatar
1.
1. 26
1. 34 0
32 0
1. 5
40
1. 0
1. 35
1. 30 0
1. 21 0
12 5
5 Tinggi Alat

Rajah 8.6 (b) – Pembukuan lakaran bagi keratan rentas.

Cara membuat pelotan keratan rentas adalah sama dengan cara memelot
keratan memanjang Cuma skala bagi Mendatar dan menegak selalunya
bagi keratan rentas adalah sama (lihat rajah 8.6a). Selalunya keratan rentas
ini digunakan untuk pengiraan isipadu bagi sesuatu kerja kejuruteraan.
AKTIVITI 8b

 UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM ANDA MENERUSKAN UNIT


SELANJUTNYA

 SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN


BERIKUTNYA

Soalan 1.
Apakah yang anda faham tentang perkara berikut :
a) Keratan memanjang.
b) Keratan Rentas.

Soalan 2.
Apakah yang tahu tentang kegunaan keratan-keratan berikut ?
a) Keratan memanjang.
b) Keratan Rentas.

Apa yang hendak


saya kerat ?
MAKLUM

PERHATIAN
Anda hanya boleh berpindah ke PENILAIAN KENDIRI jika anda dapat menjawab
kesemua soalan dalam aktiviti 8b.

Jawapan 1.

a) Keratan memanjang merupakan keratan-keratan yang mengikut beberapa garis


tertentu yang menentukan sebahagian dari satu pembinaan baru dan biasanya
di pertengahan garis kerja yang dicadangkan seperti jalan baru, garisan paip
dan sebagainya.
b) Manakala keratan rentas pula keratan yang menunjukkan ketinggian tanah
dikedua-dua belah garisan keratan memanjang tadi. Biasanya untuk kerja
seperti pembinaan jalan, jambatan dan sebagainya dimana lebar kawasan kerja
adalah luas.

Jawapan 2.
a) Kegunaan keratan memanjang adalah memberi data berikut :
i) Menentukan aras kecerunan yang paling sesuai dan ekonomi dimana
tanah hendak dikerjakan dalam keratan memanjang.
ii) Membekal maklumat pada sebarang titik di sepanjang keratan
mengenai jumlah potongan, iaitu dalam penggalian atau jumlah
tambakan iaitu tinggi dimana tanah mesti dinaikkan bagi
menyesuaikan bentuk aras yang baru.
iii) Merekodkan tempat di mana tiada pemotongan dan tambakan
berlaku. Ini merupakan titik-titik di mana bentuk aras menyilang aras
tanah sedia ada.
b) Kegunaan keratan rentas adalah memberi data berikut :
i) Menetukan aras yang paling sesuai dan ekonomi di mana tanah
hendak dikerjakan dalam arah melintang, contohnya, secara bersudut
tepat dengan panjangnya.
ii) Membekal maklumat untuk menghitung kedudukan, tinggi dan cerun
sebarang tambakan.
iii) Menghitung kuantiti kerja tanah untuk tujuan kos dan peruntukan yang
sesuai bagi logi kerja tanah.

ANDA MANGKIN
HAMPIR KEPADA
KEJAYAAN !
PENILAIAN
KENDIRI

Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri.
Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda.

SOALAN 1.
Bacaan dibawah adalah hasil dari pembukuan kerja luar ukur aras.Isikan ruangan
bacaan yang tertinggal dan kirakan Aras Laras (RL) bagi semua titik. Semak
ketepatan kerja melalui pengiraan.
STN PB PA PH NAIK TURUN RL CATATAN
AKHIR

1 3.250
2 1.880 X 0.600 Titik Pindah

3 2.250

4 X 1.920 Titik Pindah

5 2.540 0.015

6 X 1.000

7 1.175 2.115 Titik Pindah

8 1.625

9 X

10 X 1.895 0.740 Titik Pindah

11 1.255 0.750 Titik Akhir

Semak jawapan anda dalam


ruangan maklumbalas !
MAKLUM BALAS
Penilaian kendiri

 SUDAH MENCUBA ?
 SILA SEMAK JAWAPAN ANDA DAN BANDINGKAN DENGAN
JAWAPAN DIBAWAH.

JAWAPAN 1.
Cara pengiraan bacaan staf yang hilang :
i) PH untuk stn. 2:
3.250 + 0.600 = 3.850
ii) PB untuk stn. 4:
2.540 – 0.015 = 2.525
iii) PA untuk stn. 6:
2.540 – 1.000 = 1.540
iv) PA untuk stn. 9:
1.895 – 0.740 = 1.155
v) PB untuk stn. 10:
1.255 + 0.750 = 2.005

Cara mengira Aras Laras :


Aras laras stn. 7 = 225.305
Tambah Turun = 0.575
Aras laras stn. 6 = 225.850 Aras Laras dikira
Tolak Naik = 1.000 dari stn. 7 ke stn 1
Aras laras stn. 5 = 224.880
Tambah Turun = 0.015
Aras laras stn. 4 = 224.895
Tolak Naik = 0.330
Aras laras stn. 3 = 224.565
Tambah Turun = 0.370
Aras laras stn. 2 = 224.935
Tambah Turun = 0.600
Aras laras stn. 1 = 225.535
Aras Laras stn. 7 = 225.305
Tolak turun dari stn 7 ke 8 = 0.450
Aras Laras stn. 8 = 224.855 Aras laras dikira
Tambah naik dari stn 8 ke 9 = 0.470 macam biasa
Aras Laras stn. 9 = 225.325
Tolak turun dari stn 9 ke 10 = 0.740
Aras Laras stn. 10 = 224.585
Tambah naik dari stn 10 ke 11= 0.750
Aras Laras stn. 11 = 225.335

STN PB PA PH NAIK TURUN RL CATATAN


(+) (-) AKHIR

1 3.250 225.535
2 1.880 3.850 0.600 224.935 Titik Pindah

3 2.250 224.565

4 2.525 1.920 224.895 Titik Pindah

5 2.540 0.015 224.880

6 1.540 1.000 225.880

7 1.175 2.115 225.305 Titik Pindah

8 1.625 224.855

9 1.155 225.325

10 2.005 1.895 0.740 224.585 Titik Pindah

11 1.255 0.750 225.335 Titik Akhir

TANIAH ANDA
TELAH BERJAYA
DAN ANDA BOLEH
BERPINDAH KE
UNIT 9