Anda di halaman 1dari 5

ULASAN JURNAL

3.0          RUMUSAN JURNAL


Secara keseluruhannya modul ini mempunyai nilai tambah dalam pengajaran dan
pembelajaran (P&P) membaca Bahasa Melayu kerana pendekatan yang digunakan adalah
menyeluruh mencakupi aspek strategik P&P, cadangan aktiviti, bahan rangsangan/ simulasi
dan projek penilaian pembelajaran. Selain itu penekanan PAK 21 dan KBAT juga
menjadikan modul ini lebih sesuai dengan situasi P&P masa kini. Menurut penulis lagi,
Modul ini sesuai digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Tingkatan
Satu hingga Tingkatan Empat. Modul HEBAT Bacaan ini telah dibangunkan menggunakan
pendekatan bertema. Modul HEBAT Bacaan ini bertujuan untuk membantu guru-guru dalam
melaksanakan P&P menggunakan pelbagai pendekatan dan strategik dalam proses membaca
(Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM, 2016). Modul ini dibangunkan dengan
mengambil kira semua tahap pencapaian murid daripada murid lemah sehinggalah murid
yang cemerlang. Setiap Modul HEBAT Bacaan yang dibina berdasarkan tema akan
mencakupi tiga aras mengikut tahap penguasaan bacaan murid. Tiga aras tersebut ialah aras
permulaan, aras sederhana dan aras lanjutan. Modul ini memberi penekanan tentang aktiviti,
teknik dan proses membaca.

            Menurut penulis lagi, pendekatan modul yang sesuai dengan kemampuan murid juga
akan menggalakkan berlakunya proses kognitif semasa murid membaca teks yang diberikan.
Proses kognitif berlaku semasa pengaplikasian modul ini. Murid yang didedahkan dengan
penggunaan modul ini akan didorong untuk membaca mengikut teknik dan strategik yang
bersesuaian dengan aras mereka. Berdasarkan modul ini murid akan diberikan teks dalam
bentuk tulisan atau grafik mengikut aras yang telah dipilih oleh guru. Maka sebab itulah,
penulis melihat keperluan dan memberi cadangan kepada Modul HEBAT Bacaan ini
dihasilkan untuk membantu guru dalam melaksanakan P&P membaca di dalam kelas.
Kebolehlaksanaan modul ini bergantung kepada kefahaman guru dalam merancang P&P
membaca menggunakan Modul HEBAT Bacaan dalam waktu pengajaran Bahasa Melayu.
Oleh itu, dalam penghasilan Modul HEBAT Bacaan ini aspek yang ditekankan ialah
kesesuaian dan kebolehlaksanaan modul tersebut dalam P&P Bahasa Melayu. Dalam P&P
membaca kesesuaian teks yang digunakan mestilah mengikut aras kemampuan murid. Halim
Arifin (2013) menyatakan pemilihan bahan bacaan yang sesuai dengan murid sebelum P&P
membaca akan mendorong pengembangan kemahiran berfikir dalam dalam pengajaran
pemahaman bacaan di bilik darjah.
3.1       PENILAIAN
            3.1.1    TEMA
            Penulis telah memilih tema pendidikan dan membaca di dalam kelas sebagai fokus
utama penulisan beliau pada kali ini. Ini bertepatan dengan sasaran utama penulisan beliau
iaitu kepada guru-guru bahasa melayu di sekolah menengah agar mementingkan Modul
HEBAT Bacaan sebagai satu strategik pengajaran dan pembelajaran membaca dalam usaha
meningkatkan literasi bacaan murid sekolah menengah daripada murid Tingkatan Satu hingga
murid Tingkatan Empat.
3.1.2    CIRI-CIRI
            Penulisan penulis ini lebih bercirikan kertas cadangan namun dipersembahkan dengan
mewujudkan ciri-ciri kajian dan dapatan. Bagi pengkaji penulis memilih penulisan bercirikan
kajian dan hasil dapatan adalah bagi menguatkan lagi hujah agar boleh menyakinkan
pembaca menerima pendapat beliau.
            3.1.3    KAITAN TEORI, PENDAPAT DAN AMALAN
            Penulis telah berjaya memberikan banyak pendapat daripada para sarjana dan ilmuan
tentang kesedaran pemikiran kreatif. Melalui pendapat dan amalan yang wujud ini penulis
cuba meyakinkan pentingnya Modul HEBAT Bacaan sebagai satu strategik pengajaran dan
pembelajaran membaca dalam usaha meningkatkan literasi bacaan murid sekolah menengah
daripada murid Tingkatan Satu hingga murid Tingkatan Empat. Penulis banyak
menggunakan pendapat atay teori ilmuan seperti Teori Pemeringkatan Kemahiran Membaca
Chall (2000) menjelaskan bahawa murid berumur antara 14 tahun hingga 18 tahun adalah
murid yang perlu mencapai tahap membaca kepelbagaian persepktif. Pada Peringkat ini,
murid didedahkan dengan pelbagai pendapat dan jalan penyelesaian apabila membuat sesuatu
eksperimen dengan mengulang semula apabila gagal mereka sehingga mereka menemui jalan
penyelesaian terhadap sesuatu masalah yang dinyatakan oleh guru mereka. Penyertaan
pembaca di dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran penting untuk memastikan
mereka boleh berinteraksi dengan teks yang dibaca dan memahami teks tersebut (Brooks &
Books, 1999). Selain daripada pendapat ilmuan barat, penulis juga melihat kepada pendapat
daripada tokoh tempatan seperti Morahaini Yusof (1989) iaitu keupayaan murid
menggunakan strategik kognitif yang baik akan meningkatkan kefahaman membaca mereka.
Hal ini kerana kemahiran membaca dan memahami melibatkan proses mental yang akan
menjurus kepada kemampuan murid-murid dalam membina, mentafsir dan menilai sesuatu
perkara yang dibaca dan Zulkifley Hamid (2007) menjelaskan bahawa proses P&P membaca
merupakan proses yang bersifat aktif. Proses tersebut akan melibatkan tiga jenis ingatan iaitu
ingatan deria, ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang yang perlu berinteraksi
secara seimbang dalam mentafsir maklumat yang dibaca
           
            Penulis juga membawa pembaca bagi memastikan modul ini dapat dilaksanakan
dalam P&P Bahasa Melayu maka BPK telah menyediakan panduan pengajaran dan bahan
pengajaran yang bertujuan untuk membantu guru merancang P&P di dalam kelas. Panduan
pengajaran dan bahan pengajaran yang diadun dengan kreativiti guru berdasarkan aras
kemampuan murid akan menghasilkan P&P yang menarik di dalam kelas. Elemen ini penting
untuk memastikan Modul HEBAT Bacaan ini bermakna dan bermanfaat kepada murid dalam
meningkatkan literasi bacaan mereka. 
           3.1.4    KANDUNGAN
            Secara keseluruhan kandungan penulisan ini adalah mengenai keperluan membaca
dengan menggambarkan bahawa Modul HEBAT Bacaan mencakupi semua aspek iaitu
strategik P&P, cadangan aktiviti, penyediaan bahan rangsangan dan simulasi dan projek
penilaian pembelajaran. Oleh itu penghasilan modul ini adalah menyeluruh dan menepati
tuntutan semasa seperti penekanan PAK21 dan KBAT. Modul ini juga dibina berdasarkan
aras keupayaan murid dengan menyediakan tiga unit untuk setiap modul. Penulis juga telah
memberikan hujjah-hujjah dengan melihat kepada impak yang diperoleh sekiranya
mengamalkan kemahiran tersebut. Hujjah-hujjah penulis juga disokong dengan member
pendapat dan amalan yang telah dilakukan dan siri kejayaan sebagai keperluan kepada
pelaksanaan P&P terancang, sistematik dan menyeronokkan. Hal ini turut mendorong murid
untuk membuat analisis terhadap teks yang dibaca. Analisis teks ini akan menyebabkan
berlakunya proses membaca yang melibatkan interaksi pembaca dengan teks dan melibatkan
proses kognitif. Pelbagai rasional yang dikemukakan oleh penulis tentang kebaikan, peluang
dan kejayaan yang berasaskan kepada pemikiran kreatif adalah semata-mata dibuat oleh
penulis untuk menguatkan hujjah beliau supaya cadangan penulis untuk menjadikan P&P
guru yang bersistematik dan pemilihan bahan bacaan yang bersesuaian akan dapat membantu
murid membaca dan memahami sesuatu teks dengan berkesan.

3.1.5    FAKTA UTAMA


            Fakta utama yang dikemukakan oleh penulis ialah mengenai keperluan kemahiran
membaca yang sangat perlu dibangunkan memandangkan melalui kemahiran ini penulis telah
membuktikan Modul HEBAT bacaan ini merupakan intrvensi KPM untuk membantu guru-
guru Bahasa Melayu dengan memperkenalkan pelbagai strategik pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai untuk diaplikasikan di dalam kelas mengikut kesesuaian tahap
pengauasaan murid. Penghasilan modul ini memberi nilai tambah kepada guru untuk
berkreatif dengan pedagogi abad ke 21 dan seterusnya merangsang pemikiran murid-murid
ke arah KBAT. Dari fakta utama inilah penulis cuba menyakinkan kumpulan sasarnya
tentang keperluan menggunakan Modul HEBAT dalam pengajaran dan pembelajaran.
            3.1.6    GAYA PENULISAN
            Gaya penulisan penulis ini lebih kepada memberi hujjah, pendapat dan bukti serta
sokongan daripada para sarjana, ilmuan, ahli politik tidak kira dari luar atau dalam negara.
Namun begitu penulis menggunakan bahasa yang terus dan mudah difahami tentang massage
yang cuba dibawa dalam penulisannya ini. Melalui sokongan dan bukti kejayaan yang
dikemukakan juga, penulis difikirkan berjaya meyakinkan pembaca tentang keperluan kepada
kemahiran membaca dengan menggunakan Modul HEBAT dalam membangunkan modal
insane masa kini.
            3.1.7    KREDIBILITI KANDUNGAN
            Bagi pendapat pengkaji, terdapat kredibiliti yang tinggi terhadap kandungan penulisan
penulis. Ini kerana setiap hujjah penulis disertakan dengan sokongan pendapat para ilmuan,
bukti-bukti amalan dan siri-siri kejayaan yang meyakinkan. Bagi pengkaji penulis Berjaya
menyakinkan pembaca dengan kredibiliti kandungan yang dikemukakan ini.
            3.1.8    KEKUATAN DAN KELEMAHAN
            Penulisan jurnal ini mempunyai banyak kekuatan memandangkan penulis berpegang
kepada fakta dan pendapat-pendapat ahli sarjana dan pakar dalam menguatkan hujah yang
diberikan. Penulis ini juga, berjaya membawakan kesedaran kepada pembaca tentang
perkembangan dan impak terhadap kemahiran membaca dalam sistem pendidikan di
Malaysia dari dahulu sehingga sekarang. Dari penulisan ini juga penulis berjaya
menyedarkan pembaca tentang kepentingan pembangunan kemahiran membaca
menggunakan Modul HEBAT akan melahirkan masyarakat yang gemar membaca
4.0          KESIMPULAN
Secara keseluruhannya dapatlah disimpulkan bahawa, penulisan jurnal ini dapat menyedarkan
pembaca bahawa Modul HEBAT bacaan ini merupakan intrvensi KPM untuk membantu
guruguru Bahasa Melayu dengan memperkenalkan pelbagai strategik pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai untuk diaplikasikan di dalam kelas mengikut kesesuaian tahap
pengauasaan murid. Penghasilan modul ini memberi nilai tambah kepada guru untuk
berkreatif dengan pedagogi abad ke 21 dan seterusnya merangsang pemikiran murid-murid
ke arah KBAT.