Anda di halaman 1dari 87

Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu

BMMB3113

TOPIK 1 SEJARAH PERKAMUSAN BAHASA MELAYU

PENGENALAN

Perkamusan sebagai ilmu dikenali sebagai leksikografi, iaitu cabang ilmu linguistik
terapan yang memusatkan pembahasaannya kepada kaedah dan teknik
penyusunan kamus (Kridalaksana, 1984;144). Leksikografi merupakan cabang
linguistik terapan yang terdiri daripada pemerhatian, pengumpulan, pemilihan, dan
keterangan unit-unit dalam kumpulan perkataan dan ungkapan dalam satu atau
lebih bahasa. Leksikografi memerlukan bantuan leksikologi.

Leksikologi ialah ilmu bahasa interdisiplin yang menyelidiki leksikon, leksis, dan
leksem. Oleh itu, bidang ini bersifat teoritis, manakala leksikografi merupakan
kaedah dan teknik menyusun kamus. Leksikografi dan leksikologi mempunyai kaitan
yang rapat dalam perkembangan perbendaharaan kata sesuatu bahasa. Ini kerana
perakaman perbendaharaan kata dilakukan melalui penghasilan kamus. Tugas ahli
leksikografi adalah untuk menghasilkan sebuah kamus dan antara perkara yang
ditangani ialah makna perkataan yang sentiasa berubah. Tegasnya fungsi asas
sebuah kamus ialah memberikan makna kepada perkataan-perkataan atau item
leksikal.

1.1 SEJARAH PERKAMUSAN MELAYU

Bagaimanakah mulanya bidang leksikografi atau perkamusan? Leksikografi tidak


bermula dengan kamus-kamus bahasa moden tetapi dengan bahasa-bahasa lama
terutama sekali bahasa-bahasa seperti Latin, Sanskrit, Yunani dan lain-lain.
Menurut al-Kassimi (1983), kamus bermula bukan sebagai alat teoritis tetapi
sebagai alat praktis. Ini disebabkan kemunculan leksikografi berbeza antara satu
budaya dengan budaya yang lain.
Leksikografi Arab muncul pada abad ke-7 kerana sebab-sebab agama. Kamus
mula-mula disusun untuk menerangkan perkataan luar biasa yang terdapat dalam
al-Quran dan hadis.

1
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
Di India pula, bentuk awal leksikografi berkembang melalui nota-nota istimewa yang
dibuat mengenai ungkapan-ungkapan luar biasa dalam kesusasteraan klasik India,
misalnya karya-karya Veda dan sifatnya ekabahasa.

Di negara Yunani, glos dibuat di bahagian tepi untuk menerangkan ungkapan yang
lama dan sukar, dan bukan untuk menulis semula teks-teks lama dengan cara yang
lebih mudah. Secara beransur-ansur glos-glos ini bertukar menjadi glosari yang
memberikan padanan baru untuk bahasa lama tetapi menggunakan bahasa yang
sama (perkataan Yunani lama dijelaskan dengan bahasa Yunani moden).
Leksikografi bahasa Inggeris pula bermula dengan penterjemahan teks Latin ke
dalam bahasa Anglo-Saxon.

FAKTOR

Munculnya kamus Melayu dalam persada dunia merupakan rentetan peristiwa


dalam konteks perkembangan sejarah di Eropah. Collins mengatakan bahawa pada
zaman 1450-1680 merupakan era yang bercirikan Acommerce of ideas yakni bukan
semata-mata barang dagangan yang disalurkan tetapi juga budaya dan teknologi,
bahkan khayalan yang tersalur antara benua Eropah dan alam Melayu.

Kemunculan Melaka sebagai pelabuhan utama di alam Asia Tenggara pada awal
abad ke-15 dan kemudian diikuti pula oleh perkembangan budaya yang amat pesat
di Melaka dengan kemasukan kebudayaan asing terutamanya
pengaruh kesultanan Othmaniyah dari Asia Barat dan Eropah Timur, dan juga
pengaruh empayar Moghul di India dan Asia Tengah, dan kebudayaan dari Tanah
Besar Cina.

CONTOH DAN TOKOH


Menurut Asmah Haji Omar (1987), kamus Melayu yang paling awal yang pernah
diketahui ialah senarai kata Melayu-Cina yang terdiri daripada 482 kata entri yang
dikumpulkan antara 1403M-1511M, seperti yang dihuraikan oleh C.O.Blagden
dalam karangannya yang bertajuk “A Chinese Vocabulary of Malacca Malay Words
dan Phrases Collected Between A.D. 1403 and 1511 dalam Bulletin of the School
of Oriental and African Studies, Vol.VI, 1930-32 , (h.
715-749).

2
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
Pada tahun 1560, Yang Pin seorang panitera dalam arkib di negara Cina
mengumpulkan, menyunting dan menyatukan beberapa senarai kata bahasa Cina-
Melayu yang tersimpan dalam arkib tersebut oleh pelaut, pegawai dan pedagang
Cina sewaktu dinasti Ming yang pernah belayar ke alam Melayu. Senarai yang
dicatatkan antara tahun 1403-1511 ini malangnya tidak pernah ditemui.

Menurut Collins, yang terdapat pada hari ini hanyalah senarai yang diterbitkan di
London dalam makalah Edwards dan Blagden pada tahun 1930-1932 tersebut. Oleh
itu, berbeza dengan karya Pigafetta yang lebih tua dan sama besar cakupannya,
tulisan Yang Pin tidak kelihatan memberikan impak terhadap sejarah perkamusan
bahasa Melayu.

Pada abad ke-16, selain usaha Pigafetta dan Yang Pin, hanya sebuah senarai kata
kata Melayu yang agak penting, iaitu senarai dwibahasa Belanda-Melayu yang
dihasilkan pada tahun 1598 yang dikumpulkan sebagai salah satu daripada hasil
pelayaran Belanda yang pertama di Nusantara dan disebarkan di Eropah.

Daftar kata tertua dikatakan merupakan catatan daftar kata Itali-Melayu yang
dihasilkan oleh Pigafetta pada tahun 1521. Senarai kata ini dinamakan Daftar Kata
Orang Islam. Dalam buku ini terdapat sejumlah 426 kata atau frasa bahasa Itali
yang mempunyai 450 padanan kata dalam bahasa Melayu. Inilah kamus bahasa
Melayu yang pertama dapat dikesan.

Fungsi utama usaha ini adalah untuk kepentingan penyebaran agama Kristian dan
perdagangan. Kandungannya merupakan senarai nama barang, sukatan beras,
perkapalan,
hasil bumi dan sebagainya. Pada umumnya, isi kamus ini mudah dikenal pasti,
walaupun ejaan Pigafetta mengikut ejaan bahasa ibundanya.

Kamus Pigafetta merupakan salah satu dokumen penting pada abad ke-16 kerana
bahasa Melayu mulai diperkenalkan di Eropah dan dikenali pada zaman tersebut
berdasarkan penulisan beliau. Pada tahun 1623 muncul kamus Melayu yang lebih
baik, iaitu kamus Belanda-Melayu yang berjudul Vacabularian ofte Woord-boek
naerordre vanden Alphabet inEt Duytsch-Maleyschende Maleysch-Duytsch. Kamus
ini disusun olehCasper Wiltens dan Sebastianus Dankaerts. Kamus “Dictionarium
Malaico-Latinum et Latinum Maicum yang diusahakan oleh Paderi David Haex pada

3
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
tahun 1631 mengandungi entri Melayu-Latin. Kamus ini diterjemahkan ke dalam
bahasa Inggeris dan Perancis. Kamus ini lebih bersifat kamus tatabahasa yang
menerangkan pelbagai sifat bahasa dan terpisah daripada sifat kamus semasa.

Daftar kata lain yang dihasilkan ialah daftar kata Melayu-Belanda oleh J.Heurnius
pada tahun 1650, A Brief Dictionary of the Malay Tongue oleh John Ogilby pada
tahun 1673, dan daftar kata Melayu-Belanda oleh F. Gueyniers pada tahun 1677
yang merupakan kamus huraian dan tatabahasa.

Usaha seterusnya dilakukan oleh orang Belanda, iaitu Werndly pada tahun 1736
yang merupakan daftar kata Belanda-Melayu. Pengkaji berbangsa Inggeris yang
terlibat dalam perkamusan ialah J.Howison, iaitu “Dictionary of the Malay Tounge As
Spoken in the Peninsular of Malacca, the Island of Sumatera, Java, Borneo, Pulo
Pinang etc.” Kajian ini merupakan entri kata Inggeris-Melayu dihasilkan pada tahun
1801.
Karya oleh Marsden pada tahun 1812 yang berjudul, A Dictionary of the Malayan
Language merupakan perkembangan baru dalam dunia perkamusan Melayu.
Usaha ini kemudiannya diteruskan dengan menghasilkan “The Grammar of the
Malayan Languages” pada tahun 1824. Kamus lain yang diusahakan oleh P.P.
Roorda van Eysinga, iaitu Kamus Belanda-Melayu (1824) dan Kamus Melayu-
Belanda (1825). Di Perancis juga terdapat seorang pakar bahasa Melayu, iaitu LEB
Abbe P. Favre yang menyusun kamus dwibahasa Melayu-Perancis pada tahun
1875 dan kamus Perancis-Melayu 1880 yang berjudul Dictionaire Malaise
Francaise.

Kitab Pengetahuan Bahasa yang dihasilkan oleh Raja Ali Haji pada tahun 1858
merupakan ensiklopedia yang tidak lengkap dan kurang sistematik. Bahan-bahan
yang terdapat dalam buku ini pelbagai dan tidak terbatas kepada penjelasan erti
kata semata-mata.

Pengkaji lain yang menghasilkan kamus pada tempoh ini ialah Favre (1875),
Tugault (1898), John Crawford (1852), Frank Swettenhem (1881), John Tamar
(1867), Van de Wall (1877), H.C.Klinkert (1885), Shellabear(1902), dan Van Ronkel
(1918).

4
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
R.J. Wilkinson menghasilkan A Malay-English Dictionary Jilid 1, II, dan III pada
tahun-tahun 1901-1903. Kamus ini ditulis dengan ejaan Jawi dan disusun mengikut
tertib huruf Rumi. Asal kata pinjaman turut dimasukkan. Kamus ini diperbaharui
dalam bentuk Rumi pada tahun 1932.

Kamus Melayu yang menghuraikan makna perkataan pula dihasilkan oleh Haji
Shamsudin Muhamad Yunus pada tahun 1920. Di samping itu, Mahmud bin Sayid
Abdul Kadir menyusun sebuah kamus berjudul Kamus Mahmudiyyah yang
diterbitkan pada tahun 1894, kemudian sekali lagi pada tahun 1925.

Muhamad Idris Abdul Raof Al-Marbawai telah menghasilkan Kamus Idris al-
Marbawi: Arab-Melayu pada tahun 1931. Kamus ini telah berjaya memenuhi
keperluan masyarakat Melayu dalam bidang agama. Kamus ini telah mendapat
sambutan yang hangat dan telah diulang cetak sebanyak 24 kali. Kamus ini
mempunyai dua jilid yang menyenaraikan 36,000 patah perkataan Arab yang diberi
makna dalam bahasa Melayu.

Jilid pertama diterbitkan pada tahun 1350H (1931) yang mengandungi 408 halaman,
dan jilid kedua pada tahun 1354H (1935) yang mengandungi 407 halaman. Kedua-
duanya dicetak di MatbaEah Mustafa albabial-halabi wa-Auladihi, Mesir. Kamus ini
mengandungi petunjuk cara menggunakan kamus dengan mencari kata akar,
lukisan dan gambar bagi menjelaskan sesuatu keterangan, keterangan tentang
perlunya melukis gambar binatang dan manusia, dan keterangan tentang jenis
binatang dan hokum memakannya sama ada halal atau haram, dan binatang yang
belum jelas hukumnnya. Kesemua hukum berdasarkan mazhab Syafie.

Usaha ini kemudiannya diteruskan pula oleh Pakatan Bahasa Melayu dan
Persuratan Diraja Johor (P.Bm.P.D.) yang menerbitkan sebuah kamus penjelas
makna kata Melayu pada tahun 1936 dengan judul Buku Katan P.Bm.P.B. Diraja.
Kamus ini terdiri daripada empat jilid. Sejak tahun 1950, terdapat dua kamus yang
dihasilkan, iaitu Kamus Am Bahasa Melayu dan Kamus Melayu (di Indonesia
dikenali sebagai Kamus Moderen Bahasa Indonesia dan Kamus Umum yang
diterbitkan pada tahun 1954 dan 1952).

Selepas tahun 1950, telah muncul beberapa kamus besar dan juga institusi-institusi
formal yang berusaha menyusun kamus seperti Dewan Bahasa dan Pustaka dan

5
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
juga Pusat Bahasa Indonesia. Era ini ditandai dengan kemunculun Kamus Umum
Bahasa Indonesia susunan W.J.S Poerwadaminta pada tahun 1952 yang telah
menyimpan 20 ribu entri. Selain itu, terdapat juga beberapa Kamus Besar muncul
pada zaman yang sama. Perkamusan pada peringkat ini telah diterap dengan
tujuan yang baru iaitu pembentukan kamus normatif yang mengetengahkan
penggunaan bahasa yang "betul".

KONSEP DAN DEFINISI


Kata kamus diserap daripada bahasa Arab qamus, dengan bentuk jamaknya
qawamis. Kata Arab itu sendiri berasal daripada kata Yunani okeanos yang bererti
'lautan'. Sejarah kata itu jelas memperlihatkan makna dasar yang terkandung dalam
kata kamus, iaitu wadah pengetahuan, khususnya pengetahuan bahasa, yang tidak
terhingga dalam dan luasnya.

Pada masa kini, kamus merupakan khazanah yang memuat perbendaharaan kata
suatu bahasa, yang secara ideal tidak terbatas jumlahnya. Kamus ialah sejenis
buku rujukan yang menerangkan makna kata-kata serta berfungsi untuk membantu
para pengguna mengenal perkataan baru. Selain menerangkan maksud kata,
kamus juga mungkin mempunyai panduan sebutan, asal (etimologi) sesuatu
perkataan dan juga contoh penggunaan bagi sesuatu perkataan. Bagi menguatkan
pemahaman pelajar, kadang kala terdapat juga ilustrasi di dalam kamus.
Ladislav Zgusta mengatakan bahawa batasan atau pengertian takrifyang
terbaik bagi kata kamus ialah yang diberikan oleh C.C.Berg, iaitu:
Kamus ialah daftar bentuk-bentuk linguistik yang telah disosialisasikan yang
tersusun secara bersistem, yang dihimpun daripada kebiasaan-kebiasaan bahasa
suatu masyarakat bahasa tertentu dan yang didokumentasikan oleh penyusun
dengan cara yang sedemikian rupa sehingga pembaca memenuhi syarat
memahami makna setiap bentuk terpisah, dan diberi maklumat tentang fakta-fakta
yang relevan yang ada kaitannya dengan jenis-jenis utama kamus, iaitu yang
terutama sekali berhubungan dengan makna kamus atau lexical meaning (Zgusta,
1977 dipetik daripada Arbak Othman (2000)).

Jenis Kamus
Kamus Ekabahasa

6
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
Kamus ekabahasa dikenali juga dengan nama kamus monolingual dan bahannya
dalam satu bahasa sahaja. Entri disusun menurut abjad dan bentuk dasar kata
dijadikan entri kamus manakala bentuk peluasannya dicatat sebagai subentri, yang
dalam kamus dicetak dalam huraian satu entri dasar yang sama. Makna yang
dihuraikan berbentuk pemerian yang panjang dan mungkin kompleks untuk
mencapai maksud sejelas-jelasnya.
Takrifan makna ke atas kata-kata berdasarkan makna yang diberikan dalam
contoh ayat yang mengandungi kata-kata berkenaan. Pendekatan ini menggunakan
pembuktian data korpus.
Sinonim juga digunakan sebagai unsur pilihan tambahan kepada pemerian
makna. Contoh bagi kamus ekabahasa ialah Kamus Dewan.

Kamus dwibahasa
Kamus dwibahasa dikenali juga dengan nama kamus bilingual yang menggunakan
dua bahasa dan bertujuan untuk mendapatkan bentuk terjemahan daripada satu
bahasa kepada satu bahasa yang lain atau dalam teks bukan bahasa asli
pengguna, atau kedua-dua bukan
dalam bahasa asli. Entri disusun dinamakan bahasa sumber yang bentuk
padanannya ditentukan setelah diterjemahkan ke dalam bahasa sasaran. Contoh
bagi kamus bilingual ialah Kamus Dwibahasa Oxford Fajar (Inggeris-Melayu,
Melayu-Inggeris).

Kamus Aneka Bahasa


Kamus aneka bahasa dikenali juga dengan nama kamus multibahasa yang
menggunakan sekurang-kurangnya tiga bahasa atau lebih. Contoh bagi kamus
multilingual ialah Kamus Melayu-Cina-Inggeris susunan Yuen Boon Chan pada
tahun 2004.

7
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113

TOPIK 2 PERKAMUSAN

BAB 2 PERKAMUSAN
TEORI DAN PRINSIP PERKAMUSAN
Menurut Arbak Othman (2000), tidak ada teori tertentu yang dikhususkan bagi
maksud penyusunan kamus. Apa yang berlaku dalam perkamusan ialah pandangan
tertentu yang digunakan oleh seorang penyusun kamus sebagai panduan supaya
kamus yang disusunnya mencapai mutu yang baik dan termuat di dalamnya nilai-
nilai kebahasaan, semantik dan semiotik, lengkap dan dapat
dipertanggungjawabkan. Maksud teori untuk perkamusan ialah kecenderungan
aplikasi ilmu linguistik, semantik, dan pragmatik selengkap mungkin dalam
sesebuah kamus. Tugas kamus adalah untuk memberi makna atau takrif kepada
kata dan pemberian ini juga menggunakan kata-kata. Dengan kata lain, dalam
perkamusan kita terpaksa memberi makna kepada sesuatu lambang dengan
menggunakan lambang itu sendiri. Lambang ini ialah lambang linguistik.

Oleh itu, setiap kamus yang disusun mestilah mengutamakan prinsip kesarjanaan
sebagai asas penyusunan kamus. Pandangan ahli linguistik perlu dipertimbangkan
selain daripada keperluan pengguna kamus. Menurut Arbak Othman, penyusun
kamus hendaklah memastikan bahawa makna yang dibuat dalam pemerian sebaik-
baiknya berdasarkan sumber rujukan yang berbentuk teks supaya makna perkataan
yang digunakan daripada teks tersebut dapat diasingkan menurut jenisnya sama
ada kerana gayanya yang berbeza, situasi penggunaannnya atau sifat-sifat
pragmatiknya yang berbeza. Prinsip-prinsip penyusunan kamus perlulah
memerhatikan perkara-perkara yang berikut:

1) Perancangan - pertadbiran yang berkaitan dengan perbelanjaan, penentuan


individu, dan penentuan prasarana.

2) Siapakah yang terlibat? - Individu yang terlibat bersangkutan dengan persyaratan


keahlian dan kemampuan individu melaksanakan program perkamusan.

3) Aspek linguistik - aspek linguistic digarap menurut cabang ilmu linguistic yang
berkaitan dengan leksikologi termasuklah tatabahasa, lafaz pengetahuan dialek,
maklumat ensiklopedia dan sebagainya.

8
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
4) Pemasaran - aspek yang berkaitan dengan penyebaran kamus secara meluas
sebagai satu produk.

5) Pra-syarat kemampuan peneliti atau penyusun kamus – penguasaan dua atau


tiga bahasa di samping bahasa ibunda akan menentukan kepekaan linguistik dan
keterbukaan terhadap isu-isu bahasa. Penyusun kamus juga perlulah mempunyai
ketekunan yang konsisten, ketelitian dan kecermatan. Selain daripada itu, semangat
untuk terus belajar dan cinta kepada bahasa serta ilmu bahasa juga tidak kurang
penting.

6) Bagaimanakah penelitian dilakukan? - Penelitian leksikologi termasuklah yang


bersangkutan dengan korpus bahasa dalam penyusunan pangkalan data. Penelitian
aspek bahasa lain seperti tatabahasa sebagai maklumat pelengkap mengenai data
yang disajikan.

PRINSIP

Beberapa prinsip perlu dijadikan pegangan dalam penyusunan kamus, iaitu:

1) Keaslian - kamus haruslah memuatkan bahasa yang ada bukti bahawa bentuk
tersebut benar-benar digunakan oleh penutur jati.

2) Keperwakilan - bergantung kepada format kamus yang ditentukan oleh pengguna


yakni khalayak, kamus perlu memuatkan bahan yang benarbenar mewakili ruang
lingkup khalayak misalnya bahasa untuk kanakkanak.

3) Kelayakan - penyusun harus pasti bahawa hasil kerjanya sesuai dengan tujuan
pekerjaannya. Keperluan bagi kamus ekabahasa tidak sama dengan kamus
dwibahasa. Selain daripada itu, kelayakan sosial juga perlu diambil kira misalnya
bahasa, agama, dan adat istiadat pengguna kamus.

4) Sumber bagi kata masukan atau entri perlulah sumber yang layak diterima pakai
berdasarkan penelitian lapangan, iaitu sumber primer atau sumber sekunder
berdasarkan rujukan kepustakaan. Kamus tidak sekadar mencatat makna tetapi
kamus mempunyai perkaitan yang rapat dengan ilmu makna atau semantik.
Semantik mengkaji makna kata dan amat penting bagi seorang penyusun kamus.
Apa yang menjadi kandungan kamus bukan sekadar kata tetapi makna kata-kata
tersebut. Lambang mempunyai makna yakni bukan sahaja bahasa tetapi lambang
memberikan makna tertentu. Contohnya apabila mata melihat sesuatu objek seperti
baju pastinya mempunyai ciri-ciri warna, bentuk atau jenis kain. Lyons dalam

9
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
Semantics (1977) membezakan tiga makna berasaskan bahasa, iaitu :
i) makna deskriptif yakni makna biasa berkenaan sifat dan sebagainya, misalnya
makna dalam kamus;

ii) makna sosial yakni makna dalam konteks kegunaan sosial misalnya naga
mempunyai nilai tambah bergantung kepada budaya (masyarakat Cina memberikan
nilai baik manakala masyarakat Barat memberikan nilai negative)

iii) makna ekspresif yakni makna berkaitan dengan perasaan misalnya kagum atau
marah berbeza berdasarkan persepsi individu.

KATA ENTRI / KATA MASUKAN, KATA STANDARD


DAN VARIASI
Kata Entri

Kamus istilah

Entri dalam kamus ini adalah terdiri daripada istilah khusus bagi bidang tertentu.
Fungsinya adalah untuk kegunaan ilmiah. Contohnya ialah Kamus Istilah Fiqh

Kamus Etimologi

Kamus yang menerangkan asal usul sesuatu perkataan dan maksud asalnya.

Kamus tesaurus (perkataan seerti)

Kamus yang menerangkan maksud sesuatu perkataan dengan memberikan kata-


kata seerti sahaja. Kamus ini adalah untuk membantu para penulis bagi
mempelbagaikan penggunaan diksi. Contohnya, Kamus Seerti Bahasa Melayu PTS

Kamus peribahasa/simpulan bahasa

Kamus yang menerangkan maksud sesuatu peribahasa/simpulan bahasa. Selain


daripada digunakan sebagai rujukan, kamus ini juga sesuai untuk dibaca dengan
tujuan keseronokan.

Kamus Kata Nama Khas

Kamus yang hanya menyimpan kata nama khas seperti nama tempat, nama tokoh,
dan juga nama bagi institusi. Tujuannya adalah untuk menyediakan rujukan bagi
nama-nama ini.

10
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
Kamus Terjemahan

Kamus yang menyedia kata seerti bahasa asing untuk satu bahasa sasaran.
Kegunaannya adalah untuk membantu para penterjemah.

Kamus Ekabahasa

Kamus ini hanya menggunakan satu bahasa. Kata-kata(entri) yang dijelaskan dan
penjelasannya adalah terdiri daripada bahasa yang sama. Kamus ini mempunyai
perbezaan yang jelas dengan kamus dwibahasa kerana penyusunan dibuat
berasaskan pembuktian data korpus. Ini bermaksud takrifan makna ke atas kata-
kata adalah berdasarkan makna yang diberikan dalam contoh ayat yang
mengandungi kata-kata berkenaan. Contoh bagi kamus ekabahasa ialah Kamus
Dewan.

Kamus Dwibahasa

Kamus ini menggunakan dua bahasa, yakni kata masukan daripada bahasa yang
dikamuskan diberi padanan atau pemerian takrifnya dengan menggunakan bahasa
yang lain. Contohnya: Kamus Dwibahasa Oxford Fajar (Inggeris-Melayu;Melayu-
Inggeris)

Kamus Aneka Bahasa

Kamus ini sekurang-kurangnya menggunakan tiga bahasa atau lebih.Misalnya, Kata


Bahasa Melayu Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina secara serentak. Contoh bagi
kamus aneka bahasa ialah Kamus MelayuCina-Inggeris Pelangi susunan Yuen
Boon Chan pada tahun 2004.

11
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
Kata Standard / Variasi

Bentuk standard bolehlah difahami sebagai sesuatu perkataan dengan


ejaannya yang diiktiraf sebagai betul dan rasmi ialah sebagaimana yang terdapat
pada perkataan yang ditakrifkan. Perkataan yang diturunkan di akhir takrif bentuk
standard ini, atau sebagai muatan rujuk silang, merupakan variasi kepada bentuk
standard danterdiri daripada variasi kata, dan dalam hal-hal tertentu sahaja variasi
ejaan.

Variasi kata pula diperturunkan, terutamanya untuk kepentingankajian


bahasa. Seseorang pengguna bahasa Melayu yang menemui sesuatu variasi kata
dan tidak dapat mengenalpasti atau mengesani bentuk standardnya akan mendapat
manfaat daripadarujuk silang yang diberikan dalam kamus ini. Ini bermaksud kamus
memainkan peranan yang besar. Variasi kata yang ketara terhasil daripada pelat
ataukegagalan menyebut perkataan dengan betul dan tepat, atau variasi
yangdifikirkan selama ini amat jarang ditemui, tidak lagi dimuatkan dalam
cetakanbaru ini; misalnya, ”khanduri” yang bentuk standardnya, kenduri; lafal
(lafaz), petenah (fitnah) dan lain-lain.

Variasi ejaan merujuk kepada perkataan-perkataan tertentu diperturunkan


sebagai rujuk silang dengan tanda anak panah yang merujukkepada bentuk dan
ejaan yang standard semata-mata untuk kemudahanpengguna yang mungkin masih
keraguan iaitu tidak pasti tentang bentuk atau ejaan yang standard. Kemasukan
variasi demikian dibataskan kepada bentukkata yang tertentu sahaja. Ini dapat
dilihat seperti contoh sebelum ini. Dan akhir sekali merupakan perkataan-perkataan
dalam ejaan lama yang luput olehpelaksanaan sistem ejaan baru dan difikirkan tidak
seharusnya menimbulkan kesulitan pada masa kini tidak dimuatkan sama sekali

12
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113

TOPIK 3 SEBUTAN DAN ETIMOLOGI

3.1 Sebutan

Menurut Awang Sariyan (2004), sebutan baku di Malaysia telah ditetapkan dalam
Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Kali Ke-3 (1956) yang memutuskan
bahawa sebutan baku ialah sebutan fonemik (berdasarkan ejaan) bukan
berdasarkan kelaziman sebutan menurut dialek Riau-Johor.

Menurut Awang Sariyan (1988:6), ahli- ahli bahasa telah bersependapat


tentang  dasar sebutan baku Bahasa Melayu iaitu sebutan bagi kata bahasa Melayu
hendaklah berdasarkan sebutan fonemik atau sebutan berdasarkan ejaan. Perkara
ini adalah bertepatan dengan keterangan K.L pike dalam bukunya Phonemics
(1943:57) iaitu ”Kata-kata dieja sebagaimana diucapkan dan diucapkan
sebagaimana dieja, dan tidak ada huruf yang senyap”.

Garis panduan dasar umum tentang sebutan baku bahasa Melayu adalah seperti
berikut :

a) Sebutan Huruf :
Pada umumnya, setiap huruf dalam ejaan Rumi atau Jawi perlulah  dilafazkan
dengan jelas mengikut nilai bunyi bahasa Melayu yang dilambangkan.

b) Sebutan Kata :
Sebutan kata hendaklah berdasarkan ejaan secara keseluruhan dan juga
berdasarkan bentuk kata (pola pada suku kata) sama ada kata dasar atau kata
terbitan.

c) Intonasi :
Intonasi ialah nada suara yang turun naik atau tinggi rendah sewaktu bercakap dan
hendaklah berdasarkan jenis dan bentuk ayat atau kalimat dalam Bahasa Melayu
serta  keperihalan keadaan yang berkenaan.

Dikenali dan digayakan dengan empat tingkat nada yang biasa ditandai dengan
angka 1, 2, 3, dan 4. Angka 1 (nada paling rendah), angka 2 (nada memulakan
ujaran), angka 3 (nada tekanan), dan angka 4 (nada paling tinggi). Vokal ‘a’
dilafazkan dengan (a) pada bahagian mana pun ia terletak sama ada terbuka,

13
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
tertutup, di tengah atau di akhir kata. Ini bermakna vokal ‘a’ disebut seperti mana
dieja dan dieja seperti mana dilafaz.
Contoh :

EJAAN SEBUTAN
Muhammad Hatta
James Bond
Nelson Mandela

3.2 Etimologi

Kata etimologi berasal daripada bahasa Yunani yang bererti ilmu yang mencari
kebenaran. Menurut Bynon (1977:62) yang paling lengkap. Menurutnya, etimologi
ditakrifkan sebagai usaha menyusun sejarah bentuk dan makna kata. Nahu yang
dicapai itu mesti mencakupi rumus-rumus yang dapat menerbitkan bentuk dan
makna kata yang dikesan itu.

Prinsip Etimologi

 Melibatkan masalah bentuk dan makna. Bentuk fonetik dan semantik selalu
diimbangi unsur semantik.
 Melingkungi asal-usul semua kata dalam sesuatu bahasa. Sama ada kata
asli atau pinjaman data dibahas melalui ilu ini.
 Jadi, ilmu ini tidak terbatas pada kajian kata pinjaman sahaja.
 Etimologi tidak menghasilkan sebuah senarai kata asalnya masing-masing
jika ia sebuah satu usaha sejarah. Ilmu etimologi menjelaskan
perkembangan kata tersebut.
 Kesimpulan tiga prinsip etimologi, iaitu keseimbangan bentuk dan makna,
terjalinnya sejarah bahasa dan sejarah sosial serta bidang yang meliputi
etimologi yang merangkumi bacaan kata warisan dan kata pinjaman.

Membentuk 3 prinsip lain :

Prinsip Kata Prinsip


Prinsip
Kembar Etimologi
Hiperkoreksi
Etimologi Rakyat
14
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
Prinsip Kata Kembar Etimologi.
Ditakrifkan sebagai pasangan kata dalam satu bahasa yang berasal daripada
sumber yang sama. Bahasa sumber merupakan bahasa yang digolongkan dalam
rumpun atau keluarga bahasa lain. Terdapat kata pinjaman antara dialek yang
menghasilkan kata kembar etimologi.

Contoh :
 kerja : karya
kerja – kegiatan melakukan sesuatu.
Karya – buatan atau ciptaan seni.

Prinsip Etimologi Rakyat


a) Suatu usaha memberi peringatan baru pada sesuatu kata dengan merujuk
kepada kata atau morfem yang sudah lazim.
b) Kadangkala seseorang individu menciptakan etimologi untuk sesuatu kata
dengan mereka-reka sejarah atau mempercayai persamaan palsu.

Contoh :
 Kinabalu
(Ada yang berpendapat kata itu berasal frasa ‘balu Cina’ kerana kononnya dahulu
ada orang Cina yang meninggal di sana).

Prinsip Hiperkoreksi
Kecenderungan membetulkan atau meningkatkan sesuatu kata sehinggakan
‘pembetulan’ itu merupakan kesalahan. Sasaran pembetulan dilampaui iaitu pola
pembetulan ditetapkan dalam lingkungan yang salah.
 
Contoh :
 petai : petal
(kata asalnya ialah petai, namun setelah vokal /i/ ditukarkan kepada /l/ maka bunyi
bertukar menjadi petal. Berkemungkinan kata petal disebut oleh individu yang
berasal dari Kedah)

15
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113

TANDA PERKAMUSAN

Tanda dalam konteks perkamusan bermaksud tanda yang diguna pakai oleh
penyusun untuk menjelaskan lagu huraian maksud perkataan yang terdapat di
dalam kamus. Terdapat empat jenis tanda yang kerap digunakan iaitu:

1. Tanda ‘tidle’ atau gelombang ( ~ )

2. Tanda anak panah ke kanan ( )


3. Tanda pedang ( † )
4. Tanda persamaan ( = )

Tanda ‘tidle’ atau gelombang ( ~ )

Tanda ini merupakan suatu grafem yang mempunyai beberapa fungsinya tersendiri.
Namanya berasal dari bahasa Latin “titulus” yang bermaksud suatu judul atau
tulisan di bahagian luar sesuatu. Simbol ini awalnya digunakan di atas suatu huruf
sebagai tanda kependekan. Tandang gelombang kemudian mendapat beberapa
fungsi lain sebagai tanda diakritik atau berfungsi sebagai satu huruf sendiri. Sebagai
suatu huruf sendiri (terutama dalam leksikografi), tanda gelombang digunakan pada
kamus untuk menggantikan sublema yang terdapat dalam dekripsi kamus atau

contoh penggunaannya. Dalam kamus tanda ini diletakkan pada kata kemasukan
pecahan seperti frasa, ungkapan dan sebagainya di mana peranannya adalah untuk
menggantikan kata dasar atau kata terbitan yang ditakrifkan sebelumnya.

16
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113

Tanda Anak Panah ke Kanan ( )

Tanda anak panah ke kanan bermaksud keperluan untuk melihat atau merujuk
kepada perkataan kedua yang dicadangkan oleh penyusun kamus. Hal ini berlaku
kerana perkataan tersebut bersifat sinonim dengan perkataan asal atau mempunyai
maksud yang hampir sama. Dalam keadaan tertentu, ada kemungkinan berlaku di
mana

perkataan kedua yang dirujuk bersifat kuno.

Tanda pedang ( † )

Dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga, penggunaan tanda pedang ( † ) menandakan


bahawa sesuatu entri itu bersifat arkaik. Arkaik bermaksud sudah kuno, sudah
ketinggalan zaman dan sudah tidak lazim digunakan lagi. Pada terbitan kamus
dewan seterusnya tanda tersebut telah digantikan dengan singkatan ark.
Penggunaan singkatan ini telah diselaraskan dalam seluruh Kamus Dewan Edisi
Keempat. Dalam kamus ini, tanda ini dipakai sebagai peringatan bahawa kata yang
berkenaan:

17
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
a) Jarang dipakai
b)

Penggunaannya terbatas kepada sesuatu daerah atau lingkungan sahaja


c) Sudah kuno atau mati
d) Disangsikan kebenarannya (disebabkan oleh salah baca, salah tulis, salah
dengar dan lain-lain)

Tanda Persamaan ( = )

Dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga, penggunaan tanda persamaan ( = )


menandakan bahawa suatu perkataan itu “sama dengan, atau” dengan satu lagi
perkataan lain. Dalam contoh di bawah ini ditunjukkan penggunaan tanda
persamaan di mana istilah “Lantang” sama dengan, atau “melantang”.

18
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113

KEPENDEKAN

Kependekan dalam kamus merupakan singkatan atau ringkasan daripada sesuatu


perkataan atau kumpulan perkataan. Menurut Harimurti Kridalaksana (1992)
kependekan itu boleh dibahagikan kepada lima kategori, iaitu:

a) Singkatan - sesuatu ejaan kata yang disingkat, dipendekkan atau


diringkaskan.
b) Penggalan – bahagian kata yang dipenggal.
c) Akronim – gabungan huruf awal atau suku kata yang boleh diujar sebagai
kata
d) Kontraksi – proses memendekkan bentuk-bentuk lingusitik
e) Lambang huruf – huruf vokal da selebihnya lambang huruf konsonan

Beberapa
perubahan
telah dibuat
oleh DBP
dalam Kamus
Dewan Edisi

Keempat, iaitu
dengan
menyelaraskan semua entri kependekan kata am mengikut sistem penulisan Gaya
Dewan Edisi Ketiga dengan tidak meletakkan nokhtah di antara huruf. Contoh,
S.W.T diubah kepada SWT dan Y.A.B diubah kepada YAB.

Kamus Dewan Edisi Keempat juga telah memasukkan 13 tambahan


kependekan label bagi bidang tertentu seperti Kim untuk bidang kimia dan sains
nuklear, Kom untuk bidang komunikasi, S.Bina untuk bidang seni bina, S. Lukis
untuk bidang seni lukis, Ast untuk bidang astronomi dan banyak lagi. Di samping itu,
terdapat juga penambahan label bagi kata pinjaman asing seperti Eskimo, Itali,
Jerman dan Quecha. Walau bagaimanapun, bagi memudahkan pengguna-
pengguna kamus biasanya maklumat tentang kependekan ini dilampirkan bersama

19
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
pada halaman hadapan kamus dengan harapan supaya pengguna mendapat
maklumat yang jelas terlebih dahulu sebelum menggunakan kamus.

GLOSARI

Glosari merupakan satu senarai kata yang disediakan pada halaman belakang
sesebuah buku atau kamus. Disediakan oleh penerbit dengan tujuan memberikan
penjelasan dengan lebih lanjut kepada pembaca mengenai beberapa istilah yang
sukar atau tidak difahami oleh pembaca mengenai beberapa istilah yang sukar atau
tidak difahami oleh pembaca mengikut konteks dalam penulisan itu sendiri. Glosari
ditulis selepas berakhirnya penulisan keseluruhan bab iaitu dengan mengutip
beberapa istilah yang dirasakan penulis “istilah asing” dalam hasil penulisan dan
kemudiannya menjelaskan kembali mengikut konteks tertentu berdasarkan
beberapa idea utama penulis yang boleh digabungkan dengan rujukan. Sekali
pandang, cara penulisan glosari menyamai cara penulisan entri kemasukan pada
mana-mana kamus utama yang ada tetapi tidaklah begitu kerana tidak disertakan
sebutan, etimologi dan sebagainya.

Selain himpunan kata yang dicatat pada akhir setiap buku, kini terdapat
usaha daripada Dewan Bahasa dan Pustaka yang telah menerbitkan glosari dalam
bentuk kamus yang lebih tersusun dan besar. Tidak kurang 50 buah buku kamus
dan glosari istilah pelbagai dan subbidang ilmu telah pun dihasilkan oleh pihak
Dewan Bahasa dan Pustaka. Antaranya ialah Kamus Perubatan (1991), Kamus
Biologi KBSM (1990) dan Kamus Linguistik (1997). Terdapat juga glosari istilah
yang diterbitkan oleh Bahagian Peristilahan Dewan Bahasa dan Pustaka. Antaranya
ialah Siri 15 buah glosari sukan (sempena Sukan Komanwel ke-18, 1998), Glosari
undang-undang (2001) dan Glosari Alam Sekitar (1995).

20
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
KESIMPULAN

Perkamusan bahasa dan istilah Melayu bukanlah satu bidang yang baharu.
Walaupun pada awalnya dipelopori oleh bangsa bukan Melayu namun
perkembangan bidang perkamusan Melayu semakin mantap dan dinamik pada
tahun-tahun berikut bagi setiap penerbitannya. Ini menunjukkan bahawa bahasa
Melayu pernah menjadi antara bahasa yang penting kepada masyarakat dunia.
Hasil daripada perkembangannya, bidang perkamusan istilah Melayu sudah
mencapai tahap yang boleh dibanggakan melalui kewujudan Kamus Dewan pada
tahun 1970 sebagai kamus standard bahasa Melayu. Namun perkembangan ini
juga mengungkap pelbagai permasalahan, isu dan cabaran yang perlu ditangani
dalam bidang perkamusan, terutamanya bidang leksikologi.

21
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113

ISU-ISU DAN CABARAN DALAM


TOPIK 4
PERKAMUSAN

Kamus Ekabahasa

 Dikenali juga dengan nama kamus monolingual dan bahannya dalam satu
bahasa sahaja
 Entri disusun menurut abjad dan bentuk dasar kata dijadikan entri kamus.
 Makna yang dihuraikan berbentuk pemerian yang panjang dan mungkin
kompleks untuk mencapai maksud sejelas-jelasnya.
 Takrifan makna ke atas kata-kata berdasarkan makna yang diberikan dalam
contoh ayat yang mengandungi kata-kata berkenaan.
 Contoh kamus ekabahasa ialah Kamus Dewan.

ISU DAN CABARAN :

Penyesuaian ejaan mengikut


Pedoman Ejaan Rumi
Kamus ini mengalami
Bahasa Malaysia (1972) Pertambahan entri baharu
perubahan dari masa ke
yang dipersetujui bersama pada setiap edisi
semasa
antara negara anggota
Mabbim pada 1984

Masyarakat tidak
Penggunaan perkataan yang
mengamalkan bahasa baku
tidak bersesuaian dengan
seperti yang terdapat di
ayat
dalam kamus ekabahasa

Kamus Dwibahasa :

 Kamus dwibahasa dikenali juga dengan nama kamus bilingual yang


menggunakan dua bahasa.
 Bertujuan untuk mendapatkan bentuk terjemahan daripada satu bahasa kepada
satu bahasa yang lain.
 Contoh kamus dwibahasa ialah seperti Kamus Dwibahasa Oxford Fajar.

22
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113

23
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
ISU DAN CABARAN :

Tidak mengandungi variasi ejaan Tidak mengandungi transkripsi fonetik

Tidak disertakan senarai kependekan


bagi label dan kata-kata umum

1. Tidak mengandungi variasi ejaan


 Dalam teks bahasa Inggeris yang diterjemah entri perkataan warna dalam
bahasa Inggeris dieja sebagai color, iaitu ejaan Amerika Syarikat.
 Namun, warna dalam kamus ini hanya dieja mengikut ejaan British, iaitu colours.
 Keadaan ini akan menimbulkan kekeliruan kepada pengguna terutama pelajar
sekolah.

2. Tidak mengandungi transkripsi fonetik


 Kajian C. Barnhart (1962) dalam Ibrahim Ahmad (1994) mengenai
pemeringkatan jenis keutamaan maklumat dalam kamus ialah sebutan.
 Hal ini menunjukkan bahawa transkripsi fonetik juga penting untuk dimasukkan
dalam kamus.
 Hal ini kerana pengguna kamus ini ialah pelajar sekolah, iaitu mereka
merupakan golongan yang baru ingin belajar bahasa Inggeris dan mereka
bukanlah penutur natif bahasa tersebut.
 Dengan adanya transkripsi fonetik dalam kamus yang menjadi rujukan mereka,
mereka akan lebih mudah mengetahui sebutan sebenar bagi entri bahasa
Inggeris tersebut.

24
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113

3. Tidak disertakan senarai kependekan bagi label dan kata-kata umum.


 Antara kependekan tersebut ialah dst., ump. dan (ks).
 Perkara yang menjadi masalah kepada pengguna ialah kependekan tersebut
tidak dapat difahami.
 Pengguna mungkin akan membuat anggapan bahawa kependekan dst. itu
merujuk kepada ‘dan sebagainya’, tetapi terdapat pula kependekan dsb bagi
merujuk ‘dan sebagainya’.
 Oleh itu, senarai kependekan haruslah disertakan agar kependekan yang
digunakan dalam kamus tersebut dapat difahami oleh pengguna.

25
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113

TOPIK 5 MASA DEPAN PERKAMUSAN

5.1 PERANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

5.1.1 Pendahuluan

DBP ditubuhkan di Johor Bahru pada 22 Jun 1956 hasil resolusi Kongres
Bahasa dan Persuratan Melayu ke-3 pada tahun 1956. DBP mula beroperasi pada
bulan Oktober 1956, iaitu di tengah-tengah suasana dan semangat menyambut
kemerdekaan tanah air. Dari situlah, DBP mengatur langkah pertamanya untuk
menjalankan tugasnya yang amat penting, iaitu mengembangkan bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara yang akan merdeka.

5.1.2 Objektif Penubuhan

Objektif DBP yang tercatat dalam Akta 213, Akta DBP (semakan tahun 1978,
pindaan dan peluasan 1995) adalah seperti yang berikut:

Membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan
teknologi

Memajukan bakat kesusasteraan terutama dalam bahasa kebangsaan

Mencetak / menerbitkan / membantu usaha percetakan atau penerbitan buku-buku, risalah-


risalah dan lain-lain bentuk persuratan dalam bahasa kebangsaan

Membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa
kebangsaan

Menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul

Menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya ia akan digunakan secara meluas


bagi segala maksud mengikut undang-undang yang sedang berkuat kuasa

Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi yang cekap dan berkesan dalam
semua bidang

5.1.3 Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka

26
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
i. Membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua
bidang termasuk sains dan teknologi

Sepertimana yang diketahui umum bahawa dalam bidang sains dan


teknologi, hanya perkataan-perkataan daripada Bahasa Inggeris yang digunakan
untuk membina atau menghasilkan sesuatu penemuan atau penciptaan yang baru
khususnya dalam bidang perubatan. Oleh hal yang demikian, pihak Dewan Bahasa
dan Pustaka telah berusaha dan memainkan peranan yang sangat penting bagi
memperkaya bahasa kebangsaan kita iaitu Bahasa Melayu supaya lebih banyak
perkataan daripada Bahasa Melayu dihasilkan di dalam bidang-bidang yang pesat
berkembang sperti bidang sains dan teknologi

ii. Memajukan bakat kesusasteraan terutama dalam bahasa


kebangsaan

Menurut Berita Harian, DBP menggiatkan program dari semasa ke semasa


iaitu Minggu Penulis Remaja dengan motif melahirkan dan memupuk penulis muda.
Program ini juga bertujuan melahirkan pewaris ilmu kesusasteraan pada masa
depan. Dalam usaha memperkasakan ilmu kesusasteraan ini, DBP sekali lagi
menggunakan kaedah penganugerahan bagi menggalakkan sasterawan-
sasterawan menceburi bidang ini. Kepentingan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
adalah begitu penting sehingga ia diiktiraf oleh jabatan kerajaan sebagai Badan
Berkanun melalui Akta Parlimen pada tahun 1959 dalam memantapkan lagi
pengembangan bahasa sastera. Begitu juga dengan pengaturan rancangan
memupuk bahasa sastera dengan baik.

iii. Mencetak / menerbitkan / membantu usaha percetakan atau


penerbitan buku-buku, risalah-risalah dan lain-lain bentuk
persuratan dalam bahasa kebangsaan

Pihak DBP merupakan sebuah organisasi yang begitu penting dalam industri
percetakan dan penerbitan buku-buku, risalah-risalah, kamus-kamus, serta pelbagai
bentuk bahan ilmiah kerana ia merupakan salah sebuah organisasi penerbitan yang
terbesar di Malaysia. Pihak DBP telah banyak mencetak dan menerbitkan buku-
buku untuk sekolah-sekolah seperti buku teks dan buku rujukan yang merupakan
bahan ilmiah yang sangat penting bagi pelajar-pelajar sekolah rendah mahupun
sekolah menengah. DBP juga bergiat aktif dalam menerbitkan buku-buku

27
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
kesusasteraan Bahasa Melayu mahupun dalam Bahasa Inggeris. Ini bermakna
peranan yang dimainkan oleh DBP adalah sangat penting dan ia juga memberi
impak yang baik dalam bidang kesusasteraan, pendidikan dan juga industri
percetakan Negara. Menurut Bekas Menteri Kehakiman Malaysia, Dato’ Dr.
Sulaiman Hj. Daud (1990:1) bahawa Dewan Bahasa dan Pustakan (DBP) sejak 20
tahun lalu berjaya menerbitkan tidak kurang daripada 50 judul buku undang-undang
Bahasa Melayu. Ini menunjukkan DBP juga bertindak sebagai medium
penterjemahaan karya-karya asing.

Maka ilmu dari luar dapat diadaptasikan dalam Bahasa Melayu bagi
memperkayakan perbendaharaannya. Dalam masa yang sama DBP juga
memerlukan penglibatan para sarjana, pengkritik dan pemantau bahasa, agar buku-
buku terbitan DBP dapat dianalisa dan diberi ulasan-ulasan fragmentasi atau
resensi buku, agar orang ramai akan dapat menikmati dan memahami intipati buku-
buku yang diterbitkan oleh DBP.

iv. Membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah-istilah


yang sesuai dalam bahasa kebangsaan

Pelaksanaan dasar bahasa yang menjadikan bahasa Melayu sebagai


bahasa pengantar di sekolah rendah, menengah dan peringkat institusi pengajian
tinggi menggerakkan kegiatan peristilahan yang didukung oleh DBP. Banyak
Jawatankuasa Istilah (JKI) telah ditubuhkan oleh DBP dengan kerjasama institusi
pengajian tinggi awam untuk mengumpul, membentuk dan menyebar luas istilah
bahasa Melayu dalam bidang sains asas dan sains gunaan. Perubahan ini
menyaksikan perancangan korpus bahasa Melayu berkembang dengan cepat
sekali.

v. Menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul

Sepertimana yang sedia maklum, tidak ramai atau hanya segelintir sahaja
daripada rakyat Malaysia yang menggunakan Bahasa Melayu dengan betul. Majoriti
daripada mereka menggunakan Bahasa Melayu yang tidak betul. Sebagai contoh
yang paling ketara ialah rakyat Malaysia menggunakan bahasa pasar sebagai
bahasa percakapan harian mereka. Bukan sahaja sebagai bahasa percakapan
harian, malah notis-notis ataupun risalah-risalah awam yang diedarkan
kebanyakannya tidak menggunakan Bahasa Melayu yang betul seperti risalah-

28
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
risalah ataupun poster-poster untuk konsert dan promosi kompleks-kompleks beli-
belah. Oleh hal yang demikian, pihak DBP perlu memainkan peranan yang sangat
penting untuk mengatasi masalah yang telah berleluasa hingga ke hari ini seperti
mewujudkan buku-buku dan risalah-risalah dan akhbar-akhbar yang menggunakan
dan memperbetulkan penggunaan Bahasa Melayu yang tidak betul di kalangan
rakyat Malaysia. Walaupun DBP menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan
namun setelah masa beredar melangkaui peredaran zaman kini banyak
pecampuran bahasa seperti bahasa rojak yang sedang menular dalam masyarakat
masa kini. Oleh itu, dengan adanya DBP masalah penyalahgunaan bahasa ini dapat
dibendung. Disamping itu, keaslian bahasa kebangsaan ini tidak dicemar. Begitu
juga dengan penggunaan bahasa singkatan. Contohnya, singkatan bagi sungai,
bukit, jalan dan sebagainya. Penggunaan singkatan ini memudahkan penulis surat
bagi alamat dan kawasan.

vi. Menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya ia akan


digunakan secara meluas bagi segala maksud mengikut undang-
undang yang sedang berkuat kuasa

Dalam usaha memperkembangkan bahasa Melayu DBP melaksanakan


pelbagai program melalui fungsi pengukuhan dasar bahasa kebangsaan,
pemantauan, pemupukan, penataran, pekhidmatan dan penyebaran. Pelbagai
kegiatan dilaksanakan melalui fungsi-fungsi ini bagi memastikan kedudukan bahasa
Melayu terus menjadi mantap sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan
bahasa perpaduan negara Malaysia. Di sinilah peranan yang dimainkan oleh DBP
sangat penting ke arah memasyarakatkan secara meluas penggunaan bahasa
Melayu dengan pendekatan dan kaedah yang menarik dan selaras dengan
perkembangan teknologi info-telekomunikasi. Daripada kaedah biasa dan stereotaip
yang sering digunakan, DBP perlu meneroka pendekatan baru melalui industri
kreatif, media sosial dan elektronik mengadakan program pembelajaran bahasa
Melayu dan menghasilkan promo, iklan, drama dan sitkom televisyen serta radio
yang bersangkutan dengan bahasa Melayu.

vii. Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi yang cekap


dan berkesan dalam semua bidang

29
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
Bidang yang dimaksudkan ialah bidang pentadbiran negara, bidang
pengajian tinggi, dan dalam kegiatan yang maju serta kompleks seperti kegiatan
intelektual, kegiatan kebudayaan, ekonomi dan perdagangan. Masalah yang timbul
ialah terdapat golongan yang berpandangan bahawa bahasa Inggeris merupakan
bahasa yang maju dan bersifat saintifik. Tetapi kita jangan lupa bahawa bahasa
Melayu pernah menjadi bahasa lingua franca suatu ketika dahulu yang dituturkan
dan digunakan sebagai bahasa komunikasi oleh golongan pedagang, golongan
agama dan golongan pemodal di nusantara ini. Bahasa Melayu kini telah dituturkan
oleh masyarakat di negara ini sebagai bahasa komunikasi, bahasa perpaduan dan
sebagainya.

30
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
5.2 PERANAN ORGANISASI DAN INSTITUSI LAIN

5.2.1 Jabatan Karang Mengarang MPSI (1924)

 Berfungsi menerbitkan bahan bacaan bagi murid sekolah dan para guru.
 Tokoh penting terlibat dalam pengendalian Pejabat Karang Mengarang
ialah Pendeta Za’ba.
 Za’ba juga bertanggungjawab mengembangkan fungsi Pejabat Karang
Mengarang dalam bidang penulisan, penterjemahan dan penerbitan.
 Antara hasil terjemahan Pejabat karang Mengarang ialah
RobinsonCrusoe, Mengembara ke Pusat Bumi dan sebagainya.
 MPSI telah berjaya melahirkan tokoh penulis seperti Buyong Adil, Harun
Aminurrashid, Pungguk atau Bakhtiar.
 MPSI juga telah melahirkan tokoh nasionalis seperti Ibrahim Yaakob,
Karim Rashid dan lain-lain.
 Antara buku terkenal terdapat di MPSI ialah Salah Asuhan, Kerana
Mentua dan Perawan di sarang Penyamun (1928).

5.2.2 Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50)

 Telah ditubuhkan pada 6 Ogos 1950


 Berjuang mendaulatkan bahasa Melayu di samping matlamat asas
berjuang untuk kemerdekaan melalui bidang penulisan.
 Tujuan berkarya adalah untuk masyarakat atau “seni untuk masyarakat”.
 Telah menerbitkan Memoranda Angkatan sasterawan 50 terkandung
artikel mengenai sikap, pandangan, pendapat dan syor penulis-penulis
ASAS 50 mengenai bahasa kesusasteraan dan kebudayaan Melayu.
 Dalam bidang bahasa ASAS 50 mengadakan pembaharuan dengan
memaju dan membaiki bahasa Melayu dalam sastera.
 Selain itu, menggubah, mencipta, membaharui dan membina perkataan
untuk memperkaya bahasa.
 Tokoh-tokoh terkenal yang menganggotai ASAS 50 ialah Keris
Mas(Kamaluddin Muhammad), A. Samad Ismail, Usman Awang(Tongkat
Warrant), Asraf dan lain-lain.

31
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113

TOPIK 6 PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

KONSEP DASAR PERISTILAHAN


Peristilahan Bahasa Melayu merupakan proses menggubal kata-kata dalam sesuatu
bidang ilmu yang tertentu. Umumnya, peristilahan menjadi salah satu aspek yang
penting dalam pembinaan Bahasa Melayu. Hal ini bertujuan untuk memperkayakan
kosa kata Bahasa Melayu.

KONSEP DASAR DALAM PEMBENTUKAN ISTILAH

Terdapat pelbagai konsep dasar yang telah digunakan dalam pembentukan Bahasa
Melayu. Antaranya ialah:

TATAISTILAH
Tataistilah ialah kumpulan peraturan untuk membentuk istilah (termasuklah
kumpulan istilah yang dihasilkannya).

TATANAMA
Tatanama ialah kumpulan peraturan untuk menentukan nama dalam bidang ilmu
(termasuklah kumpulan nama yang dihasilkannya).

ISTILAH KHUSUS DAN UMUM


Istilah ialah kata yang penggunaannya dan maknanya khusus pada bidang tertentu.
Kata umum ialah kata-kata biasa dalam bahasa. Namun demikian kata umum boleh
menjadi istilah. Contoh: tenaga-tenaga atom (atomic power).

MORFEM
Morfem ialah unit atau unsur terkecil dalam bahasa yang mengandungi makna atau
fungsi nahu. Morfem peristilahan ialah kata akar dan imbuhan yang digunakan
dalam pembentukan istilah.

32
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
PERISTILAHAN

1) Morfem dan proses peristilahan

Morfem dan proses peristilahan merupakan salah satu konsep dasar yang
digunakan dalam pembentukan istilah Bahasa Melayu. Umumnya, morfem ialah unit
atau unsur terkecil dalam bahasa yang mengandungi makna atau fungsi nahu.
Morfem peristilahan ialah kata akar dan imbuhan yang digunakan dalam
pembentukan istilah. Proses pembentukan istilah meliputi:

Proses Pembentukan
Istilah BM

Kata Dasar/ Kata Imbuhan dan


Penggandaan Gabungan Kata
Akar Pengimbuhan

i. Kata Dasar/ Kata Akar

Kata dasar atau kata akar merupakan mana-mana kata yang belum menerima
sebarang imbuhan.

Misalnya: rumah (KN), lari (KK), cantik (KA) dan sebagainya.

ii. Imbuhan dan Pengimbuhan

33
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
Imbuhan ialah morfem yang digunakan untuk mencipta sesuatu istilah melalui
proses pengimbuhan.

Misalnya: imbuhan ber-..., imbuhan ...-an, imbuhan meng-... –kan, dan sebagainya.

Manakala pengimbuhan pula merupakan proses menerbitkan sesuatu perkataan


dengan mencantumkan satu atau lebih imbuhan kepada sesuatu kata dasar. Dalam
Bahasa Melayu, terdapat beberapa jenis imbuhan. Antaranya:

Jenis Imbuhan
Muncul di Muncul di Imbuhan yang Muncul di depan
hadapan kata akhir/belakang dimasukkan atau dan di belakang
dasar. kata dasar. disisipkan ke dalam kata dasar/
sesuatu kata dasar. mengapit kata
Contoh: Contoh: dasar.
Imbuhan Awalan
berlari, pelari, Imbuhan Akhiran
pakaikan, Imbuhan
Contoh:Sisipan Imbuhan Apitan
mencari, pakaian, Contoh:
1) sisipan -em-
tercantik. warnai. permainan,
(guruh gemuruh)
pelarian,
2) sisipan -el- (tapak kecantikan,
 telapak) kebudayaan.

3) sisipan -er- (gigi 


gerigi)
4) sisipan -in- (kuning
 kemuning)

34
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
iii. Penggandaan

Penggandaan ialah ulangan pada kata dasar sama ada sebahagian atau seluruh
bahagian untuk membentuk istilah.

Misalnya: Penggandaan separa  rambut-rerambut, cair-cecair, siku-sesiku dan


sebagainya.

Penggandaan menyeluruh  budak-budak, alat-alat, kacang-kacang dan


sebagainya.

iv. Gabungan Kata

Gabungan kata ialah cantuman dua kata atau lebih untuk membentuk istilah melalui
proses penggabungan. Dengan kata lain, proses ini akan membentuk kata majmuk.

Bentuk Rangkai Bentuk Istilah Bentuk Kiasan Bentuk Mantap


Kata Bebas Khusus
jam tangan mata pelajaran kaki ayam setiausaha
jalan raya garis pusat buah hati beritahu
kipas angin segi tiga kaki bangku antarabangsa
alat tulis cari gali anak emas olahraga
kapal terbang batu kapur berat tangan kakitangan

2) Bentuk Prototaip

Bentuk prototaip ialah kata yang masih berbentuk seperti dalam bahasa sumber
(bahasa asal) dan belum mengalami proses penyesuaian ke dalam bahasa Melayu.

Misalnya: protien, magnet, input, ouput, debit, biskut, dakwah, dunia, dan
sebagainya.

3) Paradigma Kata

Paradigma kata ialah kumpulan kata yang dibentuk daripada satu akar yang sama
melalui pola tertentu, baik yang berupa kata berimbuhan, mahupun yang berupa
kata gabungan.

35
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
Misalnya:

absorp - serap
absorbent - zat penyerap
absorptivity - kedayaserapan
absorptive - berdayaserap
absorption - penyerapan, serapan

36
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113

TOPIK 7 SUMBER ISTILAH BAHASA MELAYU

SINOPSIS

Topik ini akan menerangkan tentang sumber istilah Bahasa Melayu. Ini berdasarkan
perbendaharaan kata umum Bahasa Melayu, perbendaharaan kata serumpun,
perbendaharaan kata bahasa asal , penyerapan istilah asing, bentuk – bentuk istilah
(ungkapan) asing yang tetap dan pembentukan istilah pelbagai bidang. Dengan
mempelajari tajik ini diharap pelajar akan mengetahui sumber istilah itu diperoleh
dan cara-cara istilah asing diterima dan diguna pakai dalam bahasa Melayu.

Hasil pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

i. Menjelaskan perbendaharaan kata umum bahasa Melayu


ii. Menyatakan perbendaharaan kata bahasa serumpun
iii. Menyenaraikan contoh-contoh perbendaharaan kata bahasa asing

7.1 Perbendaharaan Kata Umum Bahasa Melayu

Pembentukan istilah boleh diambil daripada perbendaharaan kata umum bahasa


Melayu termasuk kata dari dialek atau bahasa lama. Sesuatu kata yang dipilih untuk
dijadikan istilah itu hendaklah memenuhi syarat yang berikut;

i. Kata berkenaan tepat memberi makna, konsep, proses, keadaan atau ciri
yang dimaksudkan.
ii. Kata yang dipilih adalah yang paling singkat (sekiranya ada sekelompok
sinonim). Contoh:
a. Hospital dan rumah sakit, dipilih hospital
b. Fisiologi dan kaji tugas organ, dipilih fisiologi
iii. Kata berkenaan tidak mempunyai konotasi buruk atau sebutan sumbang.

Istilah-istilah yang terbentuk daripada perkataan umum bahasa Melayu itu


seperti gaya, garis pusat, jejari, tapak, segi tiga dan sebagainya.

37
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
7.2 Perbendaharaan Kata Bahasa Serumpun

Istilah juga boleh dibentuk daripada perbendaharaan kata bahasa serumpun


dengan bahasa Melayu sekiranya tidak terdapat istilah yang diperlukan daripada
bahasa Melayu. Contoh – contoh seperti:

gambut (daripada bahasa Banjar) peat


nyeri (daripada bahasa Sunda) pain
engkabang (daripada bahasa Iban) ellipenut
dermaga (daripada bahasa klasik) wharf
dening (daripada dialek Kelantan) yoke

7.3 Perbendaharaan Kata Bahasa Asing

Sekiranya istilah yang diperlukan tidak terdapat daripada bahasa Melayu dan
bahasa serumpun dengan bahasa Melayu maka bolehlah diambil kata-kata
daripada bahasa asal atau bahasa asing. Penulisan istilah ini hendaklah
mengutamakan bentuk ejaannya di dalam bahasa sumber (perlu disesuaikan) tetapi
penyebutannya hendaklah mengikut sistem bunyi bahasa Melayu. Untuk tujuan
keseragaman, bahasa Inggeris yang dianggap paling internasional dijadikan
sebagai bahasa sumber melainkan konsep yang berkenaan tidak ada istilahnya
dalam bahasa Inggeris.

Istilah asing boleh dipinjam atas dasar:

i. Sesuai maknanya
ii. Lebih singkat daripada terjemahan bahasa Melayunya
iii. Istilah asing yang diserap itu mempermudah penyelarasan, sekiranya istilah
bahasa Melayunya mempunyai banyak sinonim.

7.3.1 Terdapat dua cara perkataan daripada bahasa asing dipilih:

1. Meminjam konsep asing dan menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu.


2. Menyerap seluruh kata tersebut ke dalam bahasa Melayu.

Menterjemah konsep daripada bahasa asing.

Misalnya:

network jaringan
medical treatment pengubatan
Menyerap keseluruhan kata tersebut

38
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
Supaya istilah lebih seragam, keutamaan diberi kepada perkataan bahasa Inggeris
atas dasar bersifat antarabangsa.

Contoh perbendaharaan kata bahasa asing:

Atom Atom
Electron Elektron
Professional Profesional
Psychology Psikologi
Structure Struktur
Radio Radio

7.3.2 Istilah Asing yang Sudah Lazim


Istilah asing yang sudah lama digunakan boleh terus dipakai walaupun ada kalanya
istilah berkenaan tidak sesuai dengan peraturan. Hal ini dilakukan untuk
mengelakkan kekacauan dan kekeliruan.

Contoh – contoh seperti:

Istilah Asing Istilah Bahasa Melayu


campaign kempen
custom kastam
dengue denggi
grant geran
pension pencen

7.3.1 Ejaan Istilah Asing Yang Tetap


Istilah asing (ungkapan) tertentu yang sebutan dan ejaannya kekal dalam semua
bahasa, digunakan juga dalam bahasa Melayu dengan syarat diberi garis bawah
atau dicetak miring. Misalnya:

i. bona fide
ii. esprit de corps
iii. fait accompli
iv. weltanschauung
v. cal de sac

39
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113

MENGAPLIKASI PEMBENTUKAN ISTILAH


TOPIK 8 MENGGUNAKAN SKEMA TATACARA
PEMBENTUKAN ISTILAH BAHASA MELAYU

Bab 8: Mengaplikasi Pembentukan Istilah Menggunakan Skema Tatacara


Pembentukan Istilah Bahasa Melayu

Definisi Istilah

Menurut Kamus Dewan, istilah ialah


perkataan atau rangkai kata yang
menyatakan sesuatu dengan betul, tepat dan
sesuai dalam sesuatu bidang ilmu
pengetahuan.

 7 Langkah Pembentukan Istilah

1) Bahasa Melayu yang lazim

2) Bahasa Melayu yang kurang lazim

3) Bahasa serumpun yang lazim

4) Bahasa serumpun yang tidak lazim

5) Perkataan atau istilah daripada Bahasa Inggeris

6) Perkataan atau istilah daripada Bahasa Asing

7) Mematuhi 4 syarat
40
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113

Langkah 1

 Penggunaan perkataan Bahasa Melayu yang lazim digunakan dan


dikhususkan maknanya untuk mendukung makna istilahnya.
 Contohnya:

gaya tapak defisit

hasil
garis pusat kuasa
keluaran

Langkah 2

 Penggunaan perkataan dalam Bahasa Melayu yang kurang lazim


digunakan.
 Contohnya:

41
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113

peka
mendap
jisim
cerakin
hablur
ketuhar

Langkah 3

 Penggunaan perkataan bahasa serumpun ataupun dialek Melayu yang lazim


digunakan.
 Contohnya:

42
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113

Banjar gambut
Iban engkabang
Jawa dermaga
Sunda nyeri
Jawa awet
Negeri Sembilan labur

Langkah 4

 Penggunaan perkataan bahasa serumpun atau dialek yang sudah tidak


lazim digunakan.
 Contohnya:

Kelantan
dening

Johor
riam

Iban
engkabang

Sunda
nyeri

43
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113

Langkah 5

 Perkataan atau istilah daripada Bahasa Inggeris.


 Contohnya:

atom - atom

electron - elektron

professional - profesional

psychology - psikologi

structure - struktur

Langkah 6

 Penggunaan perkataan atau istilah daripada bahasa lain. Istilah asing


(ungkapan) tertentu yang sebutan dan ejaannya kekal dalam semua bahasa,
digunakan juga dalam Bahasa Melayu dengan syarat diberi garis bawah
atau dicetak sendeng.
 Contohnya:

44
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113

b o n a fid e

fa it a c co m p li

e s p rit d i co rp s

w e lta n s h c a u u n g

Langkah 7

 Pemilihan yang terbaik antara 1-6, jika terdapat beberapa kemungkinan.


Dalam pembentukan istilah yang menggunakan ketujuh-tujuh cara di atas,
ada empat syarat yang perlu dipatuhi, iaitu:

1) 2) 3) 4)
Ungkapan Ungkapan yang Ungkapan Ungkapan
yang paling maknanya tidak yang tidak yang sedap
singkat menyimpang berkonotasi didengar
buruk

 Ungkapan yang paling singkat :


Kata atau frasa hendaklah paling ringkas antara pilihan yang ada dan
mempunyai rujukan yang sama.

 Ungkapan yang maknanya tidak menyimpang :

45
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
Kata atau frasa yang dipilih sebagai istilah mestilah tepat untuk mengungkap
konsep yang dimaksudkan dan stabil dari segi maknanya dalam bidang itu.

 Ungkapan yang tidak berkonotasi buruk :


Kata atau frasa mempunyai konotasi yang baik iaitu tidak berbau lucah atau
boleh membawa implikasi buruk dari segi agama, norma suku kaum dan
hubungan antarabangsa.

 Ungkapan yang sedap didengar :


Kata atau frasa mestilah memiliki bunyi yang sedap didengar iaitu mempunyai
ciri keindahan bunyi.

46
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
Penggunaan Popular

Diterbitkan oleh penulis-penulis


di dalam karya mereka seperti
cerpen, sajak dan tulisan-tulisan
kreatif.

Perkataan baharu mula-mula diperkenalkan


secara ciptaan sendiri, melalui terjemahan
atau ambilan keseluruhannya.

Bentuk-bentuk ini kemudiannya


menjadi popular dan digunakan
umum.

Antara contoh perkataan yang popular ialah:

temu meja lidah


ibu kota
ramah berita pengarang

sidang
kempen tarik diri tajuk kecil
media

nama
pena

47
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113

PENGENALAN SEJARAH PENTERJEMAHAN DI


TOPIK 9
MALAYSIA

Sipnosis
Tajuk ini disusun untuk membolehkan pelajar mengetahui dan mendalami
mengenai sejarah penterjemahan di Malaysia. Dalam topik ini, ada beberapa
subtopik yang akan dibincangkan seperti tokoh-tokoh, pemikiran dan prinsip-prinsip
penterjemahan.

1.0 TOKOH-TOKOH DALAM PENTERJEMAHAN


1.1 SYEIKH IDRIS AL-MARBAWI

 Nama penuh beliau ialah Mohamed Idris bin AbduRaof al-Marbawi al-Azhari
 Nama ini digunakan pada hampir keseluruhan karya-karya penulisan beliau.
 Gelaran al-Marbawi yang terdapat pada namanya adalah bersempena
dengan nama kampung asal keluarganya di Lubuk Merbau yang terletak
dalam daerah Kuala Kangsar, Perak. Manakala al-Azhari pula merujuk
kepada Universiti al-Azhar di Mesir tempat beliau menimba ilmu dalam
bidang pengajian Islam.
 Minat yang mendalam terhadap penulisan mendorong beliau untuk
menulis dan menterjemah buku Arab serta mentashihkan kitab-kitab jawi
sebelum diterbitkan oleh syarikat percetakan lain seperti Syarikat
Percetakan Mustafa al-Babi al-Halabi.
 Sheikh Idris al-Marbawi meninggalkan karya-karya yang tidak kurang
banyaknya.

48
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
 Terdapat dua karya beliau yang sangat terkenal, sehingga masih digunakan
sehingga ke hari ini iaitu Qamus al-Marbawi dan Bahrul Mazi.

KAMUS IDRIS AL-MARBAWI


 Qamus Idris al-Marbawi adalah judul sebenar dalam persuratan. Dalam
percakapan umum dinamakan kamus Marbawi. Kamus ini bukan kamus
Arab-Melayu yang pertama ditulis.
 Kamus Arab-Melayu yang ditulis dengan Melayu-Jawi dan yang pertama
paling luas penyebarannya di seluruh dunia Melayu.
 Ia turut digunakan oleh masyarakat Melayu di Mekah, Mesir dan beberapa
tempat lain.
 Ia turut digunakan oleh hampir semua orang yang belajar bahasa Arab dari
kalangan suku kaum Melayu, Jawa, Bugis dan sebagainya.
 Dalam mukadimahnya, beliau meluahkan yang terkandung dalam hatinya
demi kemajuan bangsa Melayu, iaitu katanya:

Kemudian dari itu, maka sebelum masuk mengarang kamus ini, lebih
dulu menerangkan maksudku mengadakannya, ialah memajukan
bangsaku Melayu, sekiranya menuntut bahasa Arab adalah kamus
penyuluhnya yang diharap, mendapatkan pelajarannya umpama nahu
dan saraf. 49
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113

 Kamus ini mengandungi dua juzuk. Juzuk pertama yang mengandungi 384
halaman dimulakan huruf Alif dan berakhir dengan Zha, yang mengandungi
18,000 kosa kata perkataan Arab yang diberi takrif atau ertinya ke dalam
bahasa Melayu, dan terdapat juga 700 yang diisyaratkan dalam bentuk
gambar.
 Dalam juzuk kedua pula mengandungi 401 halaman, yang dimulakan
daripada huruf Ain dan berakhir dengan huruf Ya, juga terdapat 18,000 kosa
kata Arab dan 500 yang diisyaratkan dalam bentuk gambar.

BAHRUL AL-MAZI

 Karya Syeikh Idris al-Marbawi yang berupa hadis yang terkenal ialah Bahrul
Mazi, judul lengkapnya Bahrul Mazi li Syarh Mutkhtasar Sahihit Tarmizi. Ia
merupakan terjemahan kitab Sahih Tarmizi dan disyarah oleh beliau.
 Terjemahan Sahih Tarmizi secara lengkap ini adalah merupakan yang
pertama sekali dilaksanakan dalam bahasa Melayu.
 Bahrul Mazi adalah karya besar yang terdiri daripada 22 jilid yang sudah
diterbitkan.

KITAB TAFSIR SURAH YASIN

 Sebuah lagi karangan Sheikh Idris al-Marbawi yang kurang tersebar ialah
kitab Tafsir Surah Yasin. Asal kitab ini adalah karangan Imam Muhammad
bin Ali bin Muhammad asy-Syaukani dan diterjemahkan ke bahasa Melayu
oleh Sheikh Idris al-Marbawi atas permintaan Syarkah wa Maktabah wa
Mathbaah Mustafa al-Baby al-Halaby wa Auladuhu, Mesir pada tahun
1353H.
 Pada mukadimah Sheikh Idris al-Marbawi menulis:

Adapun kemudian daripada itu, maka telah menuntut kepada hamba oleh Syarkah
wa Maktabah wa

50
Mathbaah Mustafa al-Baby al-Halaby wa Auladuhu, Mesir bahwa hamba terjemahkan
tafsir yasin karangan asy-Syaukani daripada Arab kepada Melayu...
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113

 Kitab ini telah diterbitkan oleh Mathbaah Mustafa al-Baby al-Halaby wa


Auladuhu, Mesir pada tahun 1353H/ 1935 M.
SYED SHEIKH SYED AHMAD AL-HADI

 Beliau dilahirkan di Kampung Hulu, Melaka.


 Ibunya berketurunan Melayu, manakala bapanya, Syed Ahmad ibn Hasan
ibn Saqaf al-Hady al-Ba’alawi merupakan peranakan Arab dari Hadrami,
Yemen.
 Ketika beliau kecil, beliau menjadi anak angkat kepada Raja Ali Kelana,
Sultan Riau ketika itu dan dibesarkan bersama-sama putera raja di istana.
 Beliau belajar ilmu teologi dan bahasa Arab di Madrasah Raja Ali Haji.
 Beliau merupakan salah seorang pengasas Persekutuan Rashidiyyah,
sebuah kumpulan pengajian yang aktif di Melaka dan Singapura pada tahun
1890-an. Beliau pernah mengembara di negara-negara Arab dan belajar di
Makkah, Beirut dan Kaherah.
 Di Universiti Al-Azhar, beliau terpengaruh dengan pemikiran reformis dari
Mesir, Muhammad Abduh.
 Beliau dilahirkan di Kampung Hulu, Melaka.
 Ibunya berketurunan Melayu, manakala bapanya, Syed Ahmad ibn Hasan
ibn Saqaf al-Hady al-Ba’alawi merupakan peranakan Arab dari Hadrami,
Yemen.
 Ketika beliau kecil, beliau menjadi anak angkat kepada Raja Ali Kelana,
Sultan Riau ketika itu dan dibesarkan bersama-sama putera raja di istana.
 Beliau belajar ilmu teologi dan bahasa Arab di Madrasah Raja Ali Haji.
 Beliau merupakan salah seorang pengasas Persekutuan Rashidiyyah,
sebuah kumpulan pengajian yang aktif di Melaka dan Singapura pada tahun
1890-an. Beliau pernah mengembara di negara-negara Arab dan belajar di
Makkah, Beirut dan Kaherah.
 Di Universiti Al-Azhar, beliau terpengaruh dengan pemikiran reformis dari
Mesir, Muhammad Abduh.

51
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113

ABDULLAH MUSNYI

 Abdullah Abdul Kadir Munsyi atau lebih dikenali sebagai Abdullah Munsyi
(1796-1854) dianggap sebagai 'Bapa Sastera Melayu Moden'.
 Abdullah Munsyi dilahirkan di Melaka pada Ogos 1796 dan meninggal dunia
di Mekah pada 1854.
 Munsyi Abdullah bin Abdul Kadir dianggap sebagai bapa sastera moden.
Beliau telah bertugas sebagai penyalin dokumen kepada Sir Stamford
Raffles. Pada masa yang sama beliau telah menterjemah kitab Injil ke dalam
bahasa Melayu untuk pergerakan-pergerakan mubaligh Kristian di Singapura
dan Melaka.
 Walau bagaimanapun, beliau tidak hilang keyakinannya atau menyebabkan
orang murtad secara beramai-ramai, seperti mana yang dikhuatiri pihak
berkuasa pada hari ini.
 Sebaliknya, Munsyi Abdullah merupakan seorang pemikir Muslim yang utuh
akidahnya, berwawasan jauh serta berani menongkah arus sosial sedia ada.
 Dalam riwayat beliau, Hikayat Abdullah, beliau berjaya memberi gambaran
yang jelas mengenai pandangan orang Melayu terhadap kedatangan British
ke Tanah Melayu. Beliau ialah pengkarya pertama yang telah lari daripada
corak penulisan tradisional.
 Walau bagaimanapun, beliau tidak hilang keyakinannya atau menyebabkan
orang murtad secara beramai-ramai, seperti mana yang dikhuatiri pihak
berkuasa pada hari ini.
 Sebaliknya, Munsyi Abdullah merupakan seorang pemikir Muslim yang utuh
akidahnya, berwawasan jauh serta berani menongkah arus sosial sedia ada.

52
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113

ZAINAL ABIDIN AHMAH (ZABA)

 Za'ba (Tan Sri, 1895-1973) ialah tokoh bahasa dan pemikir Melayu. Nama
sebenarnya ialah Zainal Abidin bin Ahmad. Dia lahir pada 16 September
1895 di Kampung Bukit Kerdas, Jempol, batu Kikir, Negeri Sembilan.
 Dia pernah menjadi guru di Maktab Melayu Kuala Kangsar (Oktober 1918-
April 1923), dan pada peringkat inilah Za'ba lulus peperiksaan ikhtisas
perguruan (Normal Class, pada tahun 1921); penterjemah di Pejabat
Pengarah Sekolah-Sekolah Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu, Kuala Lumpur (Mei 1923-Mac 1924) dan Maktab Perguruan
Sultan Idris (MPSI), Tanjung Malim (April 1924-September 1939).
 Kemudian dia menjadi penterjemah dan juruhebah di Pejabat Penerangan
Singapura serta menjadi penyelenggara buku pendidikan Melayu di Jabatan
Pelajaran Singapura (Oktober 1939-Januari 1941).
 Semasa pendudukan Jepun dia Tanah Melayu, Za'ba berkhidmat sebagai
ketua pengarang dan penterjemah berita Radio Jepun.
 Selepas perang dunia kedua tamat, Za'ba bertugas sebagai penterjemah di
Mahkamah Tinggi dalam Pentadbiran Tentera British di Kuala Lumpur
(September 1945-Julai 1946).
 kemudian kembali ke jawatan lamanya sebagai penterjemah kanan bahasa
Melayu dan pengarang buku teks di Pejabat pelajaran, Kuala Lumpur (Ogos
1946-Ogos 1947); pensyarah Bahasa Melayu di School of Oriental and
African Studies (SOAS), Universiti London (September 1947-hingga bersara
pada September 1950).
 Zaba telah menyentuh tentang kepentingan bidang terjemahan dalam
memajukan bahasa Melayu dan mengingatkan bakal penterjemah tentang
kepentingan menjaga bentuk dan jalan bahasa awal yang diterjemah
(Zaba :1957 dipetik daripada Belham: 2002).
 Anak Raja dengan Anak Papa merupakan buku umum yang pertama dalam
bahasa Melayu yang telah diterjemahkan oleh Zaba daripada buku bahasa
Inggeris The Prince and The Pauper pada tahun 1958.Kebanyakannya ialah
karya prosa drama Shakespeare oleh Zaba, dan juga kisah pengembaraan
seperti Lions of Uganda, Treasure Island, dan Robin Hood.
 Karya Sherlock Holmes juga turut diterjemahkan.

53
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113

PEMIKIRAN

Penerapan nilai-nilai
Gabungan antara nilai
moden dalam ajaran
Islam dan nilai Barat
Islam

Membebaskan diri
daripada jerat kemiskinan Memperjuangkan hak
melalui pemikiran kritis wanita
dan usaha menimba ilmu

54
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
GABUNGAN ANTARA NILAI ISLAM DAN NILAI BARAT

 Syed Sheikh al-Hadi sangat terkesan oleh pentadbiran yang teratur yang
dicapai oleh kerajaan Inggeris lebih-lebih lagi latar masyarakatnya dalam
lingkungan pemerintahan Inggeris di Negeri-negeri Selat.
 Bentuknya yang logik dan rasional juga selaras dengan prinsip Muhammad
Abduh yang menggalakkan orang Islam mengamalkan kebijaksanaan yang
dianugerahkan oleh Allah SWT.
 Syed Sheikh al-Hadi mentafsirkan Islam secara rasional berdasarkan aliran
Salafi disamping menerima idea Barat dalam novel Faridah Hanom.
 Sejak awal lagi, dalam novel Faridah Hanom, telah diperlihatkan
kecenderungan untuk menerima nilai Barat apabila pasangan Shafik Afandi
dan Faridah Hanom menyifatkan pertembungan mereka dengan rombongan
Mesir, Abbas Halmi Basha, dari Eropah sebagai tanda keberkatan
pertemuan mereka.

PENERAPAN NILAI-NILAI MODEN DALAM AJARAN ISLAM

 Munsyi Abdullah berpendapat bahawa masyarakat Melayu tidak boleh maju


melainkan mereka menganuti nilai-nilai moden serta berpegang teguh
kepada ajaran Islam yang sebenar (tiada percanggahan yang dilihatnya
dalam usaha ini).
 Lebih penting lagi, masyarakat Melayu juga hendaklah melepaskan diri
daripada cengkaman feudalisme yang tidak rasional.

55
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
MEMBEBASKAN DIRI DARIPADA JERAT KEMISKINAN MELALUI PEMIKIRAN
KRITIS DAN USAHA MENIMBA ILMU

 Seorang lagi pemikir Melayu yang bersemangat reformasi adalah Pendeta


Za’aba (nama sebenar Zainal Abidin Ahmad).
 Dalam karyanya, Za’aba suka mengangkat tema kebebasan. Sebagai
contoh, dalam rencana Jalan Keselamatan Bagi Orang-orang Melayu,
Za’aba menegaskan bahawa “keselamatan orang-orang Melayu ini pada
pihak jalan kehidupannya (pencariannya) dan pada pihak perangai-perangai
yang kekurangan itu hanyalah boleh didapati pada satu jalan sahaja, iaitu
diubati kemiskinannya yang pada pihak otak itu – yakni kemiskinan
pengetahuannya – dengan jalan diberi mereka itu pelajaran-pelajaran
daripada jenis yang betul. Maka disitulah, dan disitulah sahaja boleh didapati
keselamatan ini, tiada pada lainnya.”

MEMPERJUANGKAN HAK WANITA

 Pada tahun 1920an, penulis-penulis seperti Syed Sheikh al-Hadi dan


Ahmad Rashid Talu – kebetulan kedua-duanya bertapak di Pulau Pinang
– telah membangkitkan isu kemandirian serta hak wanita untuk
mendapat pendidikan.
 Melalui tinta mereka, watak-watak wanita utama dalam Hikayat Faridah
Hanum (al-Hadi) dan Iakah Salmah? (Talu) menjadi watak yang dinamik,
progresif dan moden – ciri-ciri yang bertentangan dengan norma
masyarakat zaman itu.

56
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
PRINSIP-PRINSIP PENTERJEMAHAN

PRINSIP-PRINSIP
PENTERJEMAHAN

METAFRASA PARAFRASA TIRUAN

Dryden (1697) pula memberikan tiga jenis terjemahan, (Rainer:1992) iaitu:

• Metafrasa(metaphrase)terjemahan perkataan demi perkataan dan baris


demi baris.

• Parafrasa (paraphrase)iaitu terjemahan yang setia mengikuti karya asal,


tetapi yang diikuti ialah maknanya, bukan perkataannya.

• Tiruan(imitation) iaitu menterjemah secara bebas, bukan setakat mengubah


perkataan dan makna, tetapi kedua-duanya sekali bila dirasakan perlu
dilakukan demi semangat teks tersebut.

57
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113

TOPIK 10 PROSES MENTERJEMAH

Terjemahan merupakan aktiviti menggantikan bahan teks asli, iaitu bahan sumber
ke dalam teks bahan sasaran dalam bentuk bahasa persamaan yang paling hampir
atau difahami oleh bahasa sasaran. Bentuk bahasa penerima mesej (pengguna)
daripada bahasa sumber disalin semula dengan beberapa penyesuaian tanpa
mengubah maksud asal teks asli tersebut.

Berbicara dalam konteks penterjemahan, terdapat empat proses yang


penting untuk dilakukan bagi memastikan bahawa hasil daripada urusan-urusan
penterjemahan adalah sempurna. Antara proses tersebut termasuklah analisis teks,
pemindahan warta, menstruktur semula serta menyemak teks terjemahan.

tk
m
es
y liu
rjn
h
a p
w
d

Rajah 1 : Proses Menterjemah

10.1 Analisis Teks

Dalam proses menterjemah, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah proses
analisis teks. Proses analisis teks merupakan proses yang melibatkan dua perkara
iaitu proses baca dan faham. Dalam hal ini, ia berlaku dalam fikiran penterjemah.
Maksudnya, penterjemah akan membaca sesuatu perkataan atau ayat atau wacana
secara mentalis dan cuba untuk memahami perkara-perkara tersebut secara

58
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
terperinci. Seperti yang kita sedia maklum proses terjemahan melibatkan dua
bahasa yang berbeza iaitu penterjemahan daripada bahasa sumber kepada bahasa
sasaran. Oleh itu, terdapat pelbagai ciri istimewa bahasa sumber yang perlu
dititikberatkan sewaktu membuat proses analisis bahan terjemahan. Antara lainnya
termasuklah peribahasa. Peribahasa secara amnya merupakan susunan kata yang
pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar, bijak
perkataannya dan senang difahami. Dalam bahasa asing misalnya bahasa Inggeris,
peribahasa disebut sebagai proverbs. Dalam melakukan penterjemahan proverbs,
analisis yang dibuat perlulah dilakukan secara kontekstual. Hal ini bermaksud,
penterjemah mentafsir maksud peribahasa (proverbs) dengan menilai secara
keseluruhan maksud peribahasa tersebut dan bukannya melalui terjemahan secara
leksikon semata-mata. Contohnya ;

‘No man is an island’.

Jika diterjemahkan berpandukan kamus semata-mata, maka terjemahan peribahasa


Inggeris di atas akan menjadi ‘manusia bukan pulau’. Hal ini akan membuatkan
mesej yang ingin disampaikan dalam peribahasa Inggeris tersebut salah. Jika
dianalisis secara keseluruhan dan mengikut konteks, peribahasa tersebut
bermaksud tidak ada manusia yang boleh hidup sendiri kerana semua orang
perlukan bantuan daripada orang lain.

10.2 Pemindahan Warta

Seterusnya ialah proses pemindahan warta. Proses pemindahan warta ialah sebuah
proses yang sangat penting dalam bidang penterjemahan. Dalam proses ini, ia
menuntut penterjemah untuk mencari dan mengenal pasti padanan istilah yang
sesuai apabila sesuatu bahan itu diterjemahkan ke dalam bahasa sasaran tanpa
mengubah maksud asal daripada bahasa sumber.

Proses pemindahan warta amnya merupakan proses pemilihan perkataan-


perkataan, istilah-istilah dan diksi-diksi yang sesuai daripada bahasa sumber
kepada bahasa sasaran. Namun demikian, proses ini masih dikira sebagai sebuah
proses dalaman kerana ianya berlaku dalam fikiran penterjemah. Maksudnya,
walaupun penterjemah sudah mula mencari perkataan-perkataan yang sesuai untuk
digunakan dalam bahasa sumber namun ia masih belum ditulis dan dihasilkan
dalam bentuk teks atau wacana secara sepenuhnya.

59
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113

10.3 Menstruktur Semula

Beralih pula kepada proses yang seterusnya iaitu proses penstrukturan semula.
Proses penstrukturan semula merupakan sebuah proses yang melibatkan tentang
pemilihan struktur ayat. Penterjemahan sesuatu karya akan membawa kepada
penghasilan sesuatu karya yang baru dengan bahasa yang berbeza. Lantaran
daripada itu, penterjemah perlu benar-benar menitikberatkan struktur ayat yang
ingin digunakan tanpa mengubah maksud karya asli yang menggunakan bahasa
sumber.

Hampir kesemua perkara perlu dititikberatkan dalam proses ini. Misalnya,


penggunaan gaya bahasa perlulah yang mudah untuk difahami oleh para pembaca.
Selain itu, penggunaan tanda baca yang betul juga sangat dititikberatkan dalam
proses ini. Hal ini tidak lain bertujuan untuk memastikan bahawa karya terjemahan
yang dihasilkan dapat difahami dengan mudah dan senang. Penitikberatan terhadap
kedua-dua aspek ini iaitu gaya bahasa dan tanda baca akan menghasilkan struktur
ayat yang jelas dan mudah untuk difahami oleh para pembaca.

10.4 Menyemak Teks Terjemahan

Proses yang terakhir sekali dalam proses penterjemahan ialah proses semakan.
Proses semakan merupakan sebuah proses yang melibatkan pembacaan dan
penelitian secara menyeluruh terhadap hasil terjemahan karya yang dilakukan oleh
penterjemah. Perkara pertama yang perlu dilakukan dalam proses ini ialah
menentukan seseorang yang betul-betul berkredibiliti untuk membuat proses
semakan.

Dalam hal ini, seseorang yang dilantik untuk menjadi penyemak mestilah
seseorang yang benar-benar mahir dalam selok-belok dunia terjemahan. Misalnya,
jika penterjemah menterjemah sebuah novel Inggeris ke dalam bahasa Melayu,
antara ciri yang perlu dititikberatkan termasuklah kepakaran seseorang itu terhadap
dunia penulisan novel. Tidak dinafikan bahawa karya yang diterjemahkan
merupakan sebuah karya yang boleh dianggap berdiri sendiri. Namun, proses
semakan perlu dilakukan bagi memastikan segala kekurangan dan kelemahan yang
terdapat dalam hasil terjemahan dapat dimurnikan, selain dapat menyesuaikan teks
terjemahan tersebut dengan kehendak pembaca sasaran.

60
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113

TOPIK 11 KAEDAH MENTERJEMAH - (FORMAL/TRADISIONAL)

Sinopsis

Tajuk ini akan memberikan pendedahan kepada pelajar tentang konsep yang
terkandung dalam terjemahan seperti definisi, matlamat dan kesilapan-kesilapan
yang terdapat dalam terjemahan. Selain itu pelajar turut diberikan pengetahuan
tentang kaedah-kaedah terjemahan iaitu kaedah tradisional, peniruan dan
penggantian selain penterjemahan bentuk dinamik yang merangkumi kaedah
transposisi, modulasi, persamaan dan penyesuaian.

Pendahuluan

Pada zaman globalisasi dan zaman dunia tanpa sempadan atau zaman dunia
internet, maka perubahan yang begitu cepat telah menuntut masyarakat mempejari
dan mengetahui bahasa negara maju lain seperti bahasa Inggeris, bahasa
Perancis, bahasa Arab, bahasa Sepanyol, bahasa Rusia, bahasa Jerman, bahasa
Jepun, bahasa Korea dan bahasa Cina. Segala kemajuan, penemuan dan ilmu
yang baru dalam berbagai-bagai bentuk perlu diketahui oleh masyarakat kita.
Bagaimanakah caranya? Tentulah penterjemahan bahasa-bahasa sumber itu
diterjemah ke dalam bahasa Melayu. Dalam hal ini tanggungjawab guru adalah
untuk menterjemah sesuatu bahasa supaya dapat diterapkan dan diajarkan kepada
anak didiknya dan digunakan oleh mereka.

14.2 Konsep terjemahan

Penterjemahan merupakan satu aktiviti menggantikan bahan teks asli (bahan


sumber) ke dalam teks bahasa sasaran (pengguna) dalam bentuk bahasa
persamaan yang paling hampir, atau difahami oleh bahasa sasaran (pengguna).
Dengan perkataan lain, penterjemahan merupakan penyalinan semula bentuk
bahasa penerima mesej (pengguna) daripada bahasa sumber dengan beberapa
penyesesuaian. Oleh itu penterjemahan melbatkan dua sistem bahasa yang – satu
bahasa sumber dan satu lagi bahasa sasaran.

61
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113

Secara umumnya tedapat dua cara bagaimana proses terjemahan boleh


dilakukan iaitu menerusi kaedah tradisional iaitu secara harfiah atau secara
langsung dan juga terjemahan bentuk dinamik (Abdul Hamid Mahmod, et all 2001).
Kaedah tradisional ini dapat diklasifikasikan kepada tiga bentuk iaitu pinjaman,
peniruan dan pengganitan manakala kaedah dinamik terbahagi kepada kaedah
transposisi, modulasi, persamaan dan juga penyesuaian.

14.2.1 Kedah Pinjaman

Kaedah pinjaman digunakan sekiranya perkataan daripada bahasa sumber


tiada dalam bahasa sasaran (pengguna) maka perkatan asal terus digunakan
dengan beberpa penyesuaian ejaan atau tanpa penyesuaian.

Contohnya:

brek, karaoke, video, multimedia, ekonomi, geografi, calet dll

14.2.2 Kaedah Peniruan

Peniruan berlaku apabila kemasukan istilah pinjaman tetapi istilahnya sahaja


yang diterjemahkan. Terdapat dua jenis peniruan, iaitu pertama, peniruan
penyampaian yang tidak mengubah struktur bahasa sasaran (buffet servis - servis
buffet, green house - rumah hijau, social science - sains sosial , honey moon -
bulan madu, yellow culture - budaya kuning, cold war - perang dingin, skyscrapper -
pencakar langit, letter head - kepala surat, underground - bawah tanah, over due -
lebih masa, work load - beban kerja).

62
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
Kedua, peniruan struktur yang memasukkan lantas mewujudkan struktur baru dalam
bahasa sasaran misalnya prime minister - perdana menteri, dan mini bus - bas mini.
Kata pinjaman peniruan ini digolongkan sebagai kata majmuk yang dipinjam dan
disesuaikan dengan pola sintaktik dalam bahasa Melayu.

14.2.3 Kaedah Penggantian

Penggantian berlaku pemindahan warta daripada bahasa sumber kepada bahasa


sasaran. Dalam penggantian, persamaan pada peringkat leksikal dan peringkat
sintaksis sedapat mungkin dikekalkan. Hal ini bermakna setiap perkataan dalam
bahasa sumber dapat digantikan persamaannya dalam bahasa sasaran dan pada
masa yang sama struktur ayat bahasa sumber dipindahkan ke dalam bahasa
sasaran tanpa perubahan besar. Kaedah ini kerap diamalkan bagi sesebuah teks
berbentuk risalah (informative) yang ditulis dalam bahasa sumber yang ringkas, iaitu
tidak kompleks. Bagi teks yang berunsur sains, kita lazim menggunakan istilah yang
dipinjam daripada bahasa Inggeris, tetapi diubahsuaikan mengikut ejaan Melayu.

Contoh:

1. I go to market.

Saya pergi ke pasar.

2. More than half the human body is muscle.

Lebih daripada separuh badan manusia terdiri daripada otot.

3. There are over six hundred muscles in the muscular system.

Ada lebih daripada enam ratus otot dalam sistem otot.

Kaedah ini ditemui dalam karya terjemahan Kenang-kenangan Seorang Geisha


yang memerihalkan tentang beras sebagai makanan ruji yang sama dengan juga
dengan makanan ruji masyarakat Melayu. Dalam teks ini terdapat makanan yang

63
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
menggunakan konsep budaya Inggeris iaitu kek bagi istilah sweet rice cake
diterjemahkan sebagai lempeng pulut manis bukan kek pulut manis. Contoh-contoh
lain yang diperlihatkan di bawah:

“... to fetch the rice crackers Auntie was so fond of... “

“... untuk membeli keropok beras kesukaan Mak Cik... “

Ternyata bahawa dalam terjemahan tersebut konsep dalam budaya Inggeris


disesuaikan daripada budaya Jepun kemudian disesuaikan pula dengan budaya
Melayu. Dalam teks tersebut, kita dapati berlaku penggantian daripada rice crackers
kepada keropok beras . Hal ini memperlihatkan satu unsur komunikasi silang
budaya berlaku apabila terdapat satu ciri yang unik yakni dalam persamaan konsep
sesuatu budaya, terdapat juga perbezaan ciri walaupun kecil telah memberikan
istilah yang berbeza. Peminjaman konsep berlaku tetapi digantikan dengan istilah
bahasa Melayu.

Kaedah Transposisi

Transposisi bermakna berlaku perubahan dalam struktur ayat dalam karya


terjemahan. Dalam kaedah ini, kita perlu mengubah atau menukarkan kedudukan
frasa atau klausa dalam bahasa sasaran tanpa mengubah maksud warta atau
maklumat. Hal ini penting kerana dalam penterjemahan, maksud karya asal perlu
dipertahankan walaupun kita melakukan pembaharuan dalam kaedah. Ada
beberapa sebab kaedah transposisi perlu digunakan, iaitu untuk menyampaikan
warta dalam bahasa sasaran secara yang paling bersahaja dan untuk menjelaskan
lagi kandungan warta yang mungkin boleh mengelirukan.

Terdapat dua jenis transposisi iaitu pertama transposisi wajib - cara terjemahannya
merupakan yang lazim dan paling bersahaja dalam bahasa sasaran.

Contoh:

64
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
1. We thank you for your cooperation.

Atas/kerana kerjasama tuan itu, kami ucapkan terima kasih.

2. After he returns.

Selepas dia pulang,

Selepas kepulangannya,

Sekembalinya,

Kedua, transposisi pilihan - terdapat beberapa cara menterjemahnya dan tetap


diterima (Harry Potter dan Banduan Azkaban hlm. 7).

1. Non-magic people (more commonly known as Muggles)

Manusia biasa atau yang bukan ahli sihir (lebih dikenali sebagai Muggle)

2. “... were particularly afraid of ...”

“...sangat takut akan ilmu sihir...”

Jelasnya, dalam kaedah transposisi penterjemah dapat memanipulasi keupayaan


bahasa sasaran dengan baik tanpa menjejaskan maksud ayat yang diterjemahkan.
Kebolehan ini memerlukan kemahiran bahasa sasaran yang cukup tinggi dan
keupayaan memahami maksud dalam bahasa sumber agar maksud teks asal tidak
disalah terjemahkan. Unsur dinamik ini membolehkan penterjemah mendapat ruang
yang lebih besar bagi menyampaikan maksud penulis teks asal.

65
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113

TOPIK 12 KAEDAH MENTERJEMAH (DINAMIK/MODEN)

KAEDAH DAN STRATEGI TERJEMAHAN

Menurut Arizah Ardi dalm bukunya Pengantar Prinsip Penterjemah pada tahun
1950-an banyak kaedah yang digunakan untuk menterjemah dan menganalisis
terjemahan. Penggunaan pelbagai perkataan seperti strategi, taktik,kaedah,
proses,prinsip dan prosedur hanyalah satu kekeliruan istilah sahaja.Tahun 1950an
banyak kaedah yang digunakan untuk menterjemah dan menganalisis
terjemahan.Penggunaan pelbagai perkataan seperti strategi, taktik, kaedah,
proses,prinsip dan prosedur hanyalah satu kekeliruan istilah sahaja. Dua kaedah
penterjemahan iaitu kaedah lama dan kaedah baru.

Mengikut kaedah lama penterjemahan ditumpukan pada persamaan bentuk


teks terjemahan dengan teks asal. Aspek seperti format,rima rentak, bunga bahasa
dan ciri-ciri kebahasaan dalam teks asal cuba dikekalkan supaya terjemahan yg
dihasilkan menyamai bentuk teks asal. Kaedah ini dinamakan  Kaedah Terjemahan
Formal (formal equivalence). Kaedah ini juga dikenali sebagai Kaedah Formal,
Kaedah Terjemahan Harafiah dan Terjemahan Literal.

Kaedah baru pula mengutamakan reaksi pembaca dan kesan terhadap


pembaca. kaedah baru ini menitikberatkan persamaan dinamik ( dynamic
equivalence ) dan disebut sebagai terjemahan kaedah dinamik. Berdasarkan 2
kaedah utama tersebut, Vinay dan Darbelnet iaitu 2 orang pakar penterjemahan
telah mengutarakan beberapa kaedah antaranya :

KAEDAH MODULASI ( MODULASION )

Kaedah modulasi digunakan untuk tujuan yg sama seperti tranposisi iaitu untuk
menyampaikan maklumat dengan gaya bahasa yang paling bersahaja dan mudah
difahami. Modulasi boleh digunakan apabila terjemahan yang terhasil tidak
menepati hukum tatabahasa, janggal atau menyimpang maknanya walaupun
terjemahan secara literal atau tranposisi telah digunakan. Contohnya:

66
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
Teks Sumber Teks Sasaran
right bank tebing kiri

KAEDAH PERSAMAAN ( EQUIVALENCE )

Kaedah persamaan iaitu persamaan yang perlu dilakukan oleh seseorang


penterjemah ialah persamaan yang paling hampir dan persamaan yang paling
lazim. Kaedah persamaan ini dilakukan pada pelbagai tahap seperti peringkat
leksikal, sintaktikal dan persamaan wancana. Persamaan leksikal bukanlah mudah.
Contohnya kos hangus tidak sama dengan  burnt.

KAEDAH PENYESUAIAN ( ADAPTATION )

Kaedah penyesuaian merupakan penggantian terhadap perbezaaan budaya yang


terdapat dalam dua bahasa. Kaedah ini dianggap sebagai kaedah terjemahan yang
paling bebas. Ianya  digunakan secara meluas  untuk menterjemah  lakonan
(komedi) dan puisi.Tema, watak dan plot  lazimnya dikekalkan.  Biasanya dlm
keadaan ini makna dan mesej yg cuba disampaikan dengan cara lain, dan pembaca
akan memahaminya setelah membaca keseluruhan teks.

Persamaan terdekat bergantung sepenuhnya kepada konteks dan nilai


budaya seperti dalam ungkapan idiomatik daripada peribahasa. Tidak ada dua
perkataan yang benar-benar sama makna dlm dua bahasa yang berlainan. Oleh itu,
kita tidak menterjemah dgn menggunakan persamaan yang tepat, sebaliknya
menggunakan persamaan yang paling dekat maknanya. Contohnya :

Persamaan Terdekat Persamaan Bersahaja


national nasional, negara, big and small kecil besar
kebangsaan

67
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
national language bahasa my friend and I saya dan sahabat
kebangsaan saya

Persamaan yang paling baik ialah persamaan yang terdekat  dan sejadi 
sekali gus. Penterjemah yang menggunakan  hanya bentuk persamaan sejadi akan
menghasilkan terjemahan bersahaja. Terjemahan tersebut  seolah –olah ditulis
terus ke dalam bahasa penerima  dan tidak kelihatan seperti terjemahan.

Contohnya:

Teks Sumber He kissed his daughter on the mouth


Teks Sasaran Dia memeluk anak perempuannya dengan penuh kasih sayang

Dalam budaya inggeris, seorang bapa yang baru pulang dari perjalanan
yang panjang boleh mencium bibir anaknya . Tetapi  situasi ini tidak wujud langsung
dlm budaya melayu yang boleh disamakan dengan seorang anak yang
menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan bapanya lalu mencium tangan
bapanya.

PENYAMAAN / PADANAN FUNGSIAN

Merupakan kaedah yang menterjemah fungsi warta supaya dapat memberi reaksi
yang sama kepada pembaca terjemahan seperti reaksi yang diterima oleh pembaca
teks sumber. Contohnya :

Bahasa Inggeris go to hell


Bahasa Melayu pergi jahanam, pergi mampus

Kaedah penyamaan ini boleh juga digunakan dalam simpulan bahasa dan
peribahasa dalam bahasa sumber.

68
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
Contohnya:

Bahasa Sumber Bahasa Sasaran


as like as tow peas bagai pinang dibelah dua
too many cooks spoil the broth dua nakhoda satu kapal

Peribahasa ini tidak boleh diterjemahkan secara literal atau secara peniruan
kerana ia mempunyai maksud yang bersifat kebudayaan. Jika diterjemah secara
langsung, ayat-ayat diatas membawa maksud “ seperti dua kacang pis” dan “ terlalu
banyak tukang masak merosakkan sup”. Ini menyimpang dari maksud asal
peribahasa.

PENGEMBANGAN ( EXPANSION )

Merupakan kaedah yang menghuraikan dan memperjelaskan warta dengan


panjang lebar bagi pemahaman pembaca terjemahan. Kaedah ini digunakan
dengan memasukkan maklumat-maklumat tambahan dan baru yang biasanya 
melibatkan konsep saintifik atau istilah yang tidak terdapat dalam budaya bahasa
sasaran. Pengembangan boleh dilakukan dua cara iaitu sisipan dan nota kaki.
Contoh:

Sisipan (Parenthetic)
Teks Sumber Pekan Kajang masyur dengan sate
Teks Sasaran Kajang town is well know for satey

Sisipan (Parenthetic)
After agreeing with the labourers for a denarious¹ a day, he sent them into his
vineyard.
¹The Denarious was worth about seventeen pence

GENERALISASI

69
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
Merupakan kaedah yang paling mudah dan ringkas. Kaedah ini merupakan
kaedah yang menjadikan  makna terjemahan lebih umum atau tidak khusus. Namun
kaedah ini hanya boleh digunakan seandainya  pengabungan makna terjemahan
tersebut tidak mengubah mesej teks asal. Contoh :

Teks Sumber Mereka akan dijamu dengan durian, langsat, rambutan dan
manggis.
Teks Sasaran Some local fruits will be serve to them

Kesimpulannya,pemilihan kaedah yang sesuai bagi penterjemahan  banyak


bergantung kepada berbagai-bagai faktor iaitu ringkas atau kompleks sesuatu teks,
jenis atau fungsi teks ( risalah,am atau tenikal),bidang teks ( sastera, agama, sains
atau teknikal ) dan peringkat teks ( untuk kanak-kanak, sekolah rendah atau sekolah
menengah atau pengajian tinggi ).

Justeru, seorang penterjemah haruslah berhati-hati dan peka dalam memilih


kaedah yang sesuai. Adakalanya kaedah-kaedah tersebut boleh digabungkan dan
adakalanya terpisah.

70
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113

TOPIK 13 MENTERJEMAH BAHAN AUTENTIK

Perkataan autentik bermaksud satu keadaan atau benda yang masih asal atau asli.
Noresah Baharum (2000) mendefinisikan autentik sebagai bahan yang dapat
dipercayai atau dijadikan pegangan, asli dan benar (bukan palsu, rekaan dan
sebagainya). Justeru itu, menterjemah bahan autentik dapat dirumuskan sebagai
perlakuan menterjemah bahan bertulis yang asli daripada bahasa sumber ke dalam
bahasa penerima atau bahasa sasaran.

Berikut ditunjukkan beberapa contoh aktiviti menterjemah menggunakan


bahan yang berbeza mengikut tiga kaedah terjemahan yang telah dibincangkan iaitu
kaedah terus, kaedah struktural dan kaedah global. Jadual 1.0 menunjukkan
penerangan mengenai teknik terjemahan terus,teknik struktural dan teknik global.

Teknik Penerangan
Teknik Secara Terus Terjemahan secara terus juga dikenal sebagai
terjemahan harfiah atau literal. Teknik ini meminta
penterjemah untuk menterjemahkan perkataan-perkataan
dalam teks bahasa sumber satu persatu dengan
perkataan yang sepadan dalam bahasa penerima.
Perkataan bahasa penerima yang sepadan dengan
bahasa sumber tidak semestinya mengandungi makna
asal perkataan atau teks bahasa sumber.
Teknik Secara Bermaksud teks asal dalam bahasa sumber dipisahkan
Struktural atau dipecahkan kepada ayat-ayat atau frasa-frasa.
Terjemahan dilakukan ke atas pecahan-pecahan itu.
Teknik ini memberi keutamaan kepada bentuk ayat,
struktur ayat, golongan kata, kelas kata, tanda baca dan
makna yang mesti dikekalkan.
Teknik Secara Global Bermaksud terjemahan secara keseluruhan. Terjemahan
ini memerlukan dan mengutamakan pemahaman
pembaca. Penterjemah bebas menyesuaikan perkataan
bahasa sumber dengan perkataan dalam bahasa
sasaran.
Jadual 1.0: Jenis Teknik dan Penerangan

13.1 BIDANG PENDIDIKAN

71
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
a) Bahan Asal

Primary education is the first stage of compulsory education. It is preceded by pre-school or


nursery education and is followed by secondary education. In North American, this stage of
education is usually known as elementary education and is generally followed by middle
school. In most countries, it is compulsory for children to receive primary education, though
in many jurisdictions it is permissible for parents to provide it.

b) Teknik Secara Terus

Pendidikan rendah ialah peringkat pertama pendidikan wajib. Didahului oleh prasekolah atau
pendidikan tabika dan diikuti oleh pendidikan menengah. Di Amerika Utara, pendidikan pada
peringkat ini lazimnya dikenali sebagai pelajaran rendah dan pada umumnya diikuti oleh
sekolah pertengahan. Di kebanyakan negara, ia adalah diwajibkan untuk kanak-kanak
menerima pendidikan rendah, walaupun dalam banyak bidang kuasa ia adalah dibenarkan
kepada ibu bapa untuk menyediakannya.

c) Teknik Secara Struktural

1. Primary education is the first stage of compulsory education.


Pendidikan – rendah – ialah – pertama – peringkat – wajib – pendidikan.
2. It is preceded by pre-school or nursery education and is followed by secondary
education.
Ia – didahului – oleh – prasekolah – atau – tabika Pendidikan – dan – diikuti – oleh –
menengah – pendidikan.
3. In North America, this stage of education is usually known as elementary education
and is generally followed by middle school.
Di – utara – Amerika – ini – peringkat – Pendidikan – ialah – biasanya – dikenali –
sebagai – rendah – pelajaran – dan – umumnya – diikuti – oleh – pertengahan –
sekolah.
4. In most countries, it is compulsory for children to receive primary education, though in
my jurisdictions it is permissible for parents to provide it.
Dalam – kebanyakan – negara – ia – adalah – diwajibkan – untuk – kanak-kanak –
menerima – rendah – Pendidikan – walaupun – dalam – bidang kuasa – ia – adalah –

72
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
d) Teknik Secara Global

Di kebanyakan negara, Pendidikan rendah merupakan sesuatu yang diwajibkan dan


merupakan tahap pertama yang perlu dilalui oleh setiap kanak-kanak normal. Kanak-kanak
akan terlebih dahului melalui peringkat prasekolah atau tabika sebelum mereka diberi
peluang untuk meneruskan persekolahan pada peringkat menengah. Di Amerika Utara
umpamanya, Pendidikan pada peringkat ini dikenali sebagai pendidikan rendah dan diikuti
pula dengan persekolahan peringkat menengah rendah. Di kebanyakan negara, setiap
kanak-kanak diwajibkan untuk menerima pendidkan rendah, walaupun terdapat peraturan
yang menetapkan tanggungjawab ibu bapa untuk menyediakannya Pendidikan rendah
kepada anak mereka.

13.2 BIDANG BAHASA


a) Bahan Asal

Malay is a major language of the Austronesian family. It is the official language of Malaysia
(as Malaysian), Indonesia (as Indonesian), Brunei (as Melayu Brunei) and Singapore (as the
national language and one of four official languages of Singapore). It is spoken natively by
40 million people across the Malacca Strait, including the coasts of the Malay Peninsula of
Malaysia and southern Thailand, the eastern coast of Sumatra and the Riau Islands in
Indonesia, and has been established as a native language of part of western coastal
Sarawak and West Kalimantan in Borneo.

b) Teknik Secara Terus

Melayu ialah satu bahasa utama keluarga Austronesia. Ia bahan rasmi Malaysia (sebagai
rakyat Malaysia), Indonesia (sebagai orang Indonesia), Brunei (sebagai Melayu Brunei) dan
Singapura (sebagai bahasa kebangsaan dan datu daripada empat bahasa rasmi Singapura).
Ia dituturkan oleh 40 juta rakyat yang merentasi Selat Melaka, termasuk pantai-pantai
Semenanjung Tanah Melayu dari Malaysia dan selatan Thailand, pantai timur Sumatera dan
Riau Islands di Indonesia dan telah bertapak sebagai satu bahasa ibunda bahagian Sarawak
pantai kebaratan dan Kalimantan Barat di Borneo.

73
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
c) Teknik Secara Struktural

1. Malay is a major language of the Austronesian family.


Melayu – ialah – utama – bahasa – dalam – Austronesia – keluarga.

2. It is the official language of Malaysia (as Malaysia), Indonesia (as Indonesian), Brunei
(as Melayu Brunei) and Singapore (as the national language and one of four official
languages of Singapore).
Ia – adalah – rasmi – bahasa – di Malaysia – (sebagai – rakyat – Malaysia), Indonesia –
(sebagai – rakyat – Indonesia), Brunei – (sebagai – Melayu Brunei) – dan – Singapura –
(sebagai – bahasa – kebangsaan – dan – satu – daripada – empat – bahasa – rasmi –
Singapura).

3. It is spoken natively by 40 million people across the Malacca Strait, including the coasts
of the Malay Peninsula of Malaysia and southern Thailand, the eastern coast of Sumatra,
and the Riau Islands in Indonesia, and has been established as a native language of part
of western coastal Sarawak and West Kalimantan in Borneo.
Ia – dituturkan – oleh – 40- juta – rakyat – yang – merentasi – Selat – Melaka – termasuk
– pantai-pantai – Semenanjing – Tanah – Melayu – daripada – Malaysia – dan – selatan
– Thailand – timur – pantai – Sumatera – dan – Riau – Kepulauan – di Indonesia – dan –
telah – bertapak – sebagai – satu – ibunda – bahasa – bahagian – barat – pantai – barat
– Sarawak – dan – Barat – Kalimantan – di Borneo.

d) Teknik Secara Global

Bahasa Melayu merupakan salah satu daripada bahasa-bahasa utama dunia dan tergolong
dalam keluarga Austronesia. Bahasa Melayu juga telah dijadikan sebagai bahasa rasmi di
beberapa negara seperti Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura. Seramai 40 juta
manusia telah menjadi penutur jati bahasa ini dan mereka mendiami penempatan di sekitar
Selat Melaka, termasuk pantai-pantai Semenanjung Tanah Melayu dari Malaysia dan
selatan Thailand, pantai timur Sumatera, dan Kepulauan Riau di Indonesia dan seterusnya
bertapak sebagai satu bahasa ibunda di bahagian pantai barat Sarawak dan Kalimantan
Barat di Borneo.

74
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113

TOPIK 14 MENTERJEMAH BAHAN AUTENTIK

Bahan Autentik II
Bidang Sastera

Bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi

BAHASA MELAYU DALAM TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK)

Apakah yang anda faham tentang istilah teknologi? Teknologi merupakan satu
konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu takrifan. Takrifan yang
pertama ialah pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses
untuk menyelesaikan masalah manusia. Istilah teknologi selalunya berkait rapat
dengan rekaan dan aksesori menggunakan prinsip sains dan proses terkini.

Namun, rekaan lama seperti tayar masih menunjukkan teknologi. Maksud


yang kedua digunakan dalam bidang ekonomi, yakni teknologi dilihat sebagai tahap
pengetahuan semasa dalam menggabungkan sumber bagi menghasilkan produk
yang dikehendaki. Oleh itu, teknologi akan berubah apabila pengetahuan teknikal
kita berubah (Wikipedia, 2007).

Apakah hubungan teknologi dengan maklumat dan komunikasi? Teknologi


Maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan
teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat
luas, iaitu berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat.

Secara tepat dan mudah dapat dikatakan sebagai penggunaan komputer


dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah,
melihat dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu (Wikipedia,
2007). Teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) wujud berdasarkan
perkembangan dan kemajuan pesat dalam bidang mikroelektronik yang
menghasilkan kemudahan teknologi seperti komputer meja dan komputer riba,
jaringan internet, emel, laman sesawang dan sebagainya. Bahasa Inggeris
merupakan bahasa yang digunakan dalam teknologi maklumat dan komunikasi

75
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
(TMK) pada peringkat antarabangsa. Namun demikian, bahasa Melayu sebagai
bahasa ilmu juga mampu menggalas tanggungjawab penting untuk menyebarkan
ilmu dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) kepada masyarakat di
Malaysia.
Apakah pula hubungan bahasa dengan teknologi maklumat dan komunikasi
(TMK)? Bahasa merupakan alat untuk berhubung antara anggota masyarakat.
Komunikasi ini dilakukan secara meluas, baik secara rasmi atau tidak rasmi.
Masyarakat pada hari ini perlu menerima hakikat bahawa perkembangan teknologi
maklumat dan komunikasi (TMK) berkait secara langsung dengan kemampuan
menjana idea, kreativiti dan inovasi bagi memantapkan penggunaan bahasa
Melayu.

Strategi yang perlu dirancang ialah memperkukuhkan kekuatan bahasa


secara dalaman yang telah terbina sekian lama. Masyarakat pengguna bahasa
Melayu perlu bersikap terbuka dan bersedia menerima cabaran perkembangan
dunia teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) yang dipengaruhi oleh bahasa
asing, iaitu bahasa Inggeris. Usaha untuk membentuk peristilahan bahasa Melayu
dalam bidang ini perlu lebih progresif dan terbuka dengan menerima penyerapan
masuk kata-kata asing bagi pengayaan perbendaharaan kata bahasa Melayu.

Sejarah telah membuktikan bahawa bahasa Melayu telah menempuh


beberapa zaman yang mencabar dengan kedatangan unsur asing ke alam Melayu
misalnya kedatangan Portugis, Belanda dan Inggeris. Evolusi bahasa Melayu turut
berlaku secara perlahan-lahan. Perkembangan pesat dalam teknologi maklumat
dan komunikasi (TMK) telah mencorakkan bentuk masyarakat, struktur ekonominya
dan persaingan sengit dalam pasaran antarabangsa. Kewujudan bahasa amat
penting dalam konteks ini kerana bahasa merupakan sumber komunikasi yang
penting. Bahasa Melayu perlu kukuh dan mantap untuk membolehkannya
memperkatakan apa sahaja bidang yang begitu cepat muncul dan berkembang
dalam kehidupan manusia.

Masyarakat berbahasa Melayu perlu mencari kaedah untuk membolehkan


bahasa Melayu mempunyai nilai tambah dalam masyarakat yang kelihatannya jelas
sekali mementingkan bahasa Inggeris. Perkembangan era globalisasi memberikan
cabaran baru kepada bahasa Melayu. Perkembangan pesat dalam teknologi
maklumat dan komunikasi (TMK) melahirkan unsur baru yang dikenali sebagai

76
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
bahasa rojak. Bahasa rojak semakin berkembang luas dalam kalangan pengguna
bahasa. Ini dicirikan dengan penggunaan bahasa Melayu yang bercampur aduk
dengan bahasa Inggeris.
Kelahiran K-Ekonomi pula telah membawa perubahan besar kepada semua
bentuk perlakuan dan pemikiran manusia. Penggunaan bahasa Melayu dalam
internet juga perlu dipertingkatkan agar seiring dengan penggunaan bahasa-bahasa
utama lain di dunia. Penggunaan bahasa Melayu dalam ruang siber ini
menyebabkan berlakunya perubahan yang ketara khususnya ruang sembang siber
yang memperlihatkan unsur bahasa yang unik dan tersendiri yakni bahasa Melayu
internet. Muncul perkataan seperti kang (nanti), aEkum (assalamualaikum), tipon
(telefon), persal (mengapa), nko(engkau) dan lain-lain. Fenomena ini merupakan
unsur perubahan yang dikhuatiri akan mencemarkan nilai-nilai asli dalam bahasa
Melayu. Ayat-ayat yang terbentuk juga tidak mematuhi hukum tatabahasa bahasa
Melayu dan kelihatan janggal. Inilah yang perlu disedari oleh pengguna internet
yang menggunakan bahasa Melayu sebagai wadah komunikasi agar tidak
menggunakan bahasa Melayu sesuka hati tanpa mengambil kira soal peraturan
yang sedia ada.

Keupayaan bahasa Melayu bertahan dalam era siber banyak bergantung


kepada keupayaan masyarakat penutur bahasa Melayu itu sendiri menyesuaikan
diri dengan perubahan yang berlaku. Sikap masyarakat terhadap bahasa Melayu
telah menyebabkan kesukaran untuk meletakkan bahasa Melayu di persada
antarabangsa. Ketidak yakinan terhadap bahasa ibunda berkembang menjadi
bahasa ilmu dan bahasa antarabangsa dalam kalangan penutur bahasa Melayu
mengakibatkan bahasa Melayu terus tercicir dalam persaingan dengan bahasa-
bahasa lain di dunia. Penutur bahasa Melayu lebih senang menggunakan bahasa
Inggeris atau bahasa rojak yang kini semakin menjadi ancaman terhadap kemurnian
bahasa Melayu. Mereka menganggap bahasa Melayu tidak setanding dengan
bahasa Inggeris dan akhirnya mula meminggirkan bahasa Melayu secara perlahan-
lahan.

Bahasa rojak dikatakan lebih santai dan tidak begitu formal, sama seperti
penggunaan bahasa Melayu pasar. Justeru, penekanan terhadap penggunaan
bahasa Melayu yang betul harus diutamakan khususnya dalam laman sesewang
yang dikendalikan oleh anak Malaysia, walaupun menggunakan dwibahasa. Amalan
berbahasa yang baik dan betul perlu dipupuk dan dibajai daripada peringkat sekolah

77
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
lagi dan secara menyeluruh mencapai segenap anggota masyarakat. Hanya
dengan cara ini sahajalah, bahasa Melayu akan mendapat tempat yang sewajarnya
dalam dunia teknologi maklumat dan komunikasi (TMK).

Kita menerima hakikat bahawa bidang teknologi maklumat dan komunikasi


merupakan ilmu yang datang dari luar. Konsep yang didukung oleh bidang ini tidak
ditemui dalam dunia Melayu. Namun begitu, ini tidak bermakna kita harus
berkiblatkan Barat dalam menghasilkan istilah bidang ini. Bahasa Inggeris
bukanlahn satu-satunya bahasa bagi dunia siber, malah kini kita dapati bahasa Arab
dan bahasa Mandarin mulai mendapat tempat dalam kalangan pengguna internet.
Bahasa Melayu mempunyai jumlah penutur yang cukup besar di dunia. Bak kata
perumpamaan Melayu, „hendak seribu daya, tidak hendak seribu helah. Laman
sesawang yang dibina oleh badan kerajaan dan badan bukan kerajaan hendaklah
menggunakan bahasa Melayu atau dwibahasa agar maklumat tersebar dalam
bahasa Melayu selain daripada bahasa Inggeris. Sokongan yang berterusan
daripada semua pihak amatlah diperlukan bagi memastikan penggunaan bahasa
Melayu berterusan, di samping pembinaan pangkalan data yang bersesuaian bagi
pengembangan bahasa Melayu. Dengan cara ini, bahasa ini mudah dicapai oleh
pusat-pusat Pengajian Melayu di luar negara yang menggunakan bahasa Melayu.

ISTILAH TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI


SUMBER SASARAN

audioconferencing                sidang audio


autosave                                 autosimpan
broadcast                               siaran; siar
client – server                        pelanggan-pelayan
connection-oriented network          rangkaian berorientasikan sambungan
data scrambler                       pengarau data
digital camera                        kamera digital
digital certificate                    sijil digital
digital purse                           dompet digital
digital signature                     tandatangan digital
digital versatile disc                       cakera serba boleh digital
digital video disc                   cakera video digital
end user                                  pengguna akhir

78
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
enterprise network                 rangkaian seperusahaan
extranet                                   ekstranet
file server                                pelayan fail
home computer                     komputer rumah
home user                              pengguna rumah
hybrid network                       rangkaian hibrid
intangible knowledge           pengetahuan tak nyata
intelligent network                 rangkaian cerdas

SUMBER SASARAN

intranet                                    intranet


laptop computer                    komputer riba
microcomputer                      mikrokomputer
mobile user                            pengguna bergerak
multicast                                 multisiar
notebook computer               komputer buku
organisational knowledge    pengetahuan organisasi
packet switching network     rangkaian pensuisan paket
palmtop computer                 komputer telapak
peer-to-peer network             rangkaian rakan ke rakan
point-to-point network           rangkaian titik ke titik
power user                              pengguna kuasa
private network                      rangkaian persendirian
procedural knowledge          pengetahuan berprosedur
proprietary knowledge          pengetahuan hak milik
public data network (PDN)  rangkaian data awam (PDN)
public switched telephone ...
network                                  rangkaian telefon bersuis awam
quantum computer                komputer kuantum
ring network                            rangkaian gelang
self-knowledge                      swapengetahuan
strategic knowledge              pengetahuan strategik

79
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
structure knowledge              pengetahuan berstruktur
stylus computer                     komputer stilus

SUMBER SASARAN

supercomputer                      superkomputer


superuser                               superpengguna
tacit knowledge                      pengetahuan tasit
tangible knowledge              pengetahuan nyata
telecommuting/teleworking            telekerja
telepresence                          telehadir
telerobotics t                          elerobotik
touch tone                               nada sentuh
unicast                                   unisiar
versatile compact disc          cakera padat serba boleh
video compact disc               cakera padat video
videoconferencing                sidang video
Wide Area Network (WAN)  Rangkaian Kawasan Luas (WAN)

80
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113

KEPERLUAN MEMAHAMI BUDAYA BAHASA


TOPIK 15 SUMBER DAN BAHASA SASARAN DALAM
PENTERJEMAHAN

Sinopsis

Topik ini akan membincangkan keperluan memahami budaya bahasa sumber dan
bahasa sasaran dalam penterjemahan dari aspek adat resam, kepercayaan, mitos,
legenda, geografi dan persekitaran, peribahasa dan kiasan serta makanan dan
pakaian.

15.1 Adat resam

Adat secara umumnya didefinisikan sebagai suatu aturan dan cara hidup yang
mencerminkan segala perbuatan yang ada kalanya dilakukan setiap hari ataupun
musim sama ada berpandukan bulan atau tahun. Adat bagi setiap masyarakat
pastinya dilihat dari sistem nilai yang berbeza. Sebagai contoh, bagi masyarakat
Minangkabau, adat dianggap sebagai sebuah tradisi lisan yang tinggi sekali
martabatnya dalam kehidupan mereka.

Adat dalam konteks masyarakat Minangkabau bukan sekadar cara


bersanding, cara menyantap hidangan makanan, cara pertabalan Luak dan
sebagainya, tetapi adat ialah suatu peraturan hidup yang perlu dipegang kuat oleh
generasi mereka sehingga ke hari ini. Justeru tidak hairanlah jika dalam masyarakat
mereka wujud istilah-istilah seperti undang-undang adat, mahkamah adat, ketua
adat dan sebagainya. Oleh sebab itu, penterjemah harus mengambil kira aspek
adat resam dalam penterjemahan kerana adat resam ialah suatu ketetapan yang
tidak boleh berubah dan dianggap sebagai suatu pengungkap identiti bangsa.

Dalam erti kata lain, penterjemah perlu memahami adat resam bahasa
sumber dan bahasa sasaran termasuk hukum agama dan pantang larang. Dengan
membuat penyelidikan terlebih dahulu untuk memahami adat resam sesuatu
masyarakat, maka barulah kita dapat memahami adat resam dan melakukan
penterjemahan dengan penyampaian makna yang berkesan.

15.2 Geografi dan persekitaran

81
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
Setiap bahasa mempunyai kepelbagaian perbendaharaan kata yang berbeza.
Perbezaan ini sangat bergantung kepada budaya, dalam hal ini termasuk lokasi
geografi dan persekitaran. Sebagai contoh, penduduk luar bandar di Papua
menumpukan perhatian terhadap kehidupan memburu dan mengumpul makanan di
dalam hutan. Manakala penduduk yang tinggal di pelabuhan menumpukan
kehidupan mereka dalam perdagangan dan pelayaran. Selain itu, masyarakat yang
tinggal di bandar menumpukan kehidupan mereka terhadap pekerjaan bagi
mendapatkan wang, bersukan dan bersekolah. Perbezaan dalam fokus kehidupan
ini mewujudkan perbezaan dalam perbendaharaan kata.

Sebagai contoh, masyarakat yang tinggal di kawasan perladangan dan


pertanian sudah tentu mempunyai lebih banyak perbendaharaan kata berkaitan
tanaman, tumbuh-tumbuhan dan musim tumbuhan berbanding masyarakat yang
tinggal di kawasan perdagangan. Dalam proses penterjemahan, selain memahami
teks yang akan diterjemahkan, penterjemah juga harus mempertimbangkan aspek
budaya bahasa sumber dan bahasa sasaran supaya penyampaian maksud dapat
dicapai.

15.3 Kepercayaan, mitos dan legenda

Terdapat kepercayaan karut yang masih dipegang oleh segelintir masyarakat di


dunia contohnya masyarakat di Korea. Perkataan bujeog ialah aksesori yang
dipakai oleh seseorang tertera tulisan, rajah ataupun gambar yang dibawa ke mana-
mana atau ditampal di dinding sebagai azimat dan pelindung. Kepercayaan
masyarakat Korea ini mempunyai persamaan dengan masyarakat Melayu yang
mempercayai tangkal. Tangkal ini biasanya dibuat oleh bomoh atau dukun. Dalam
masyarakat Melayu juga ada anggapan bahawa penggunaan tangkal sebagai
pelindung tetapi perkara ini dilarang sama sekali dalam amalan agama Islam kerana
membawa kepada amalan syirik. Persamaan dari segi kepercayaan tersebut
membolehkan perkataan bujeog (bahasa sumber) diterjemahkan kepada perkataan
tangkal (bahasa sasaran) disebabkan penterjemah mengetahui serba sedikit
tentang kepercayaan budaya bahasa sumber dan bahasa sasaran tersebut.

82
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
15.4 Peribahasa dan kiasan

Tiap-tiap bahasa mempunyai caranya sendiri apabila menggunakan peribahasa


untuk menyampaikan perasaan dan prasangka mereka. Oleh yang demikian,
peribahasa daripada bahasa asing hendaklah diterjemahkan ke dalam bahasa
Melayu supaya tepat dengan konteksnya.

Peribahasa ialah bentuk ungkapan yang unik yang terdapat dalam sesuatu
bahasa. Salah satu punca sukarnya menterjemahkan peribahasa adalah
disebabkan makna sesuatu peribahasa itu tidak mungkin dapat diteka daripada
susunan ayat. Kita hanya tahu makna peribahasa apabila kita memang sudah
mengetahui makna peribahasa itu sebelum membaca ayat.

Contoh:

Perkataan Makna
Sunday Ahad
week minggu
Makna Sunday Week ialah Ahad selepas Ahad depan.

Pelbagai bahasa mempunyai cara-caranya mencipta istilah-istilah secara


kiasan. Biasanya perkataan-perkataan yang dikiaskan itu tidak serupa antara satu
bahasa dengan bahasa lain.

Contoh:

Perkataan Makna
wife isteri

Kiasan:

Istilah Makna
midwife bidan
dutch wife bantal peluk
housewife suri rumah

83
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
Istilah-istilah peribahasa boleh diterjemahkan dengan menggunakan kaedah berikut:

1. Peribahasa menjadi peribahasa

Dalam teknik ini, istilah peribahasa dalam bahasa Inggeris kekal sebagai
peribahasa dalam bahasa Melayu. Ini boleh dibuat dengan dua cara:

a. Peribahasa Inggeris itu dipinjam dengan cara menterjemahkannya secara literal.


Contohnya:
yellow culture – kebudayaan kuning
honeymoon – bulan madu
in black and white – dengan hitam putih
cold war – perang dingin
skyscraper – pencakar langit

Dalam bidang sains dan teknologi, cara ini tidak digalakkan kerana makna
peribahasa asing yang baru dipinjam tidak terang dan jelas. Sebagai contoh:
feedback – suap balik (biologi) ... maklum balas
wear and tear – haus dan lusuh (ekonomi) ... haus
foul bite – gigitan salah (seni lukis) ...
green belt – jalur hijau (geografi) ... kawasan subur

b. Peribahasa Inggeris itu digantikan dengan peribahasa Melayu.


double face – talam dua muka
lip-service – melepas batok di tangga
double-edged advantage – serampang dua mata
to kill two birds with one stone – sambil menyelam minum air

2. Istilah peribahasa itu menjadi bukan peribahasa di dalam bahasa Melayu

Ini dibuat dengan cara memberikan sahaja makna sebenar peribahasa Inggeris itu.

Contoh:

yellow culture – budaya negatif

in black and white – secara bertulis

backfire – menikam diri sendiri

84
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
white-collar job – kerja pejabat

blue-collar job – kerja buruh

3. Istilah bukan peribahasa dalam bahasa Inggeris menjadi peribahasa dalam


bahasa Melayu

Sesetengah istilah dalam bahasa Inggeris adalah dalam bentuk bukan peribahasa.
Ada kalanya istilah-istilah itu boleh diganti dengan istilah-istilah kita sendiri yang
berbentuk peribahasa.

Contoh:

illiterate – buta huruf

stream – anak sungai

adopted child – anak angkat

manual job – kerja kasar

image – air muka

married – berumah tangga

15.5 Makanan dan pakaian

Sesetengah masyarakat mempunyai makanan dan pakaian tradisi dengan


nama tersendiri. Kebanyakan nama bagi makanan dan pakaian tersebut
dikekalkan dan tidak berubah. Contohnya, cheongsam (bahasa sumber)
apabila diterjemahkan tetap menjadi cheongsam (bahasa sasaran). Oleh itu,
penterjemah perlu mengambil kira aspek makanan dan pakaian agar maksud
yang diterjemahkan sampai kepada pembaca.

85
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
Nota Tambahan:
Terdapat beberapa banyak keadaan yang membawa kepada ketiadaan padanan
pada peringkat kata. Keadaan-keadaan tersebut adalah seperti dalam berikut:
a) Apabila teks bahasa sumber memperkatakan konsep-konsep budaya yang
langsung tidak diketahui dalam bahasa sasaran;
b) Konsep yang wujud dalam bahasa sumber tidak ada kata dalam bahasa
sasaran untuk menamainya;
c) Satu-satu kata dalam bahasa sumber sarat dengan makna dan perlukan banyak
kata untuk menterjemahkannya ke dalam bahasa sasaran;
d) Bahasa sumber dan bahasa sasaran membuat perbezaan makna yang
berlainan bagi satu-satu perkataan dalam erti kata perbezaan makna yang
dipentingkan dalam bahasa sumber mungkin dipentingkan dalam bahasa
sasaran atau sebaliknya;
e) Bahasa sumber mempunyai kata umum dan superordinat tetapi ini tidak wujud
dalam bahasa sasaran;
f) Bahasa sumber mempunyai kata khusus atau hiponim merujuk sesuatu tetapi
bahasa sasaran ketiadaan unsur ini;
g) Bahasa sumber memerlukan jarak fizikal atau kedudukan seseorang diketahui
sebelum dapat menyatakan sesuatu tetapi ciri ini tidak wujud dalam bahasa
sasaran atau sebaliknya;
h) Terdapat kata padanan dalam bahasa sasaran yang mempunyai maksud yang
sama tetapi memberikan kesan makna yang berlainan dan kelainan ini mungkin
sedikit sahaja atau mungkin ketara sehingga mendatangkan masalah
terjemahan dalam konteks keperihalan keadaan berkenaan;
i) Kelainan bentuk antara bahasa sumber dan bahasa sasaran seperti imbuhan
dalam bahasa Inggeris, yang digunakan secara kreatif untuk membentuk
perkataan baru mendatangkan masalah apabila diterjemahkan ke dalam bahasa
yang kurang menggunakan imbuhan dengan cara yang sama;
j) kekerapan dan tujuan menggunakan sesuatu kata ini berlainan antara bahasa
sumber dan bahasa sasaran. Walaupun kata yang terbabit itu mungkin kata
padanan dalam bahasa sasaran, tetapi kekerapan dan tujuan kata itu digunakan
dalam bahasa sasaran tidak sama dengan kata yang sama dalam teks sumber.
Hal ini membawa implikasi stail atau gaya yang tidak bersahaja atau sejadi
dalam teks yang diterjemahkan;
k) teks bahasa sumber menggunakan kata pinjaman yang bertujuan
menambahkan prestij dalam teks asal tetapi kesan ini hilang dalam teks

86
Perkamusan, Peristilahan dan Penterjemahan Bahasa Melayu
BMMB3113
terjemahan akibat tidak mendapat kata padanan atau kata pinjaman yang dapat
memberikan maksud yang sama

87