Anda di halaman 1dari 12

Tips Permainan Ping-Pong ▼

Tips Permainan Ping-Pong

Entri baru: 4/6/2014

F.A.Q Beginner (Soal Jawab Orang Baru):

1- Apa maksud ISTILAH ni?


= Chop/back spin: Bola yg berputar ke belakang dan berat
= Push/Drive: Bola ditolak ke hadapan (tanpa gesek)
= Spin: Bola di gesek ke hadapan
= Lob/Loop: Bola digesek kehadapan dan ke arah atas
= Smash: Bola di hentam lurus ke hadapan dan ke bawah (kalau hentam ke atas nnt naik ke siling
hehe)
= Flip/Flick: Gerakan pantas smash bola pendek atas meja menggunakan pergelangan tangan (ala2
Lee Chong Wei flick bola pihak lawan nk buat bola jatuh depan Net).
= Block: Tahan bola serangan pihak lawan
2- Apa pulak Maksud putaran bola Backspin, Topspin, Sidespin dan Corkspin?
= Backspin: bola berputar ke belakang/bola dipancung
= Topspin: bola berputar ke depan/ bola digesek ke depan
= Sidespin: bola berputar ke tepi
= Corkspin/Drillspin: bola berputar pada axis Y jadi melengkung lebih daripada sidespin
 3- Warna apa getah bat ping-pong selain merah-hitam?
= Tak ada...merah hitam sahaja lulus...yg lain dianggap bat hiburan sahaja (ada warna hijau, biru,
pink, silver dan lain2)
4- Pengiraan markah 11 sahaja ke? 21 markah boleh guna?
 = Zaman dah berubah, semenjak tahun 2001, ITTF dah tukar sistem kepada 11 markah :p
5- Kalau bola pukul kene tepi meja, kira IN (masuk) atau OUT (keluar)?
= Kira OUT (keluar). Jika kene line putih meja baru kira masuk...tepi meja biasa adalah besi, Jika
berbunyi besi (Tinggg...) kira OUT lah.
6- Betul ke orang kata kalau kene 7-0 game (Skunk Rule) kira habis/tamat?
= TIDAK...mesti main sampai 11-0
7- Bolehkah kita sentuh meja/bat tersentuh meja?
= Boleh, hanya tangan tidak bermain (orang main tangan kanan, maka tangan kiri adalah "tangan
tidak bermain") akan fault jika tersentuh.
8- Berapa kali LET (serve kene NET) boleh berlaku?
= Unlimited..tak ada masalah...bukan sengaja pun
9- Kalau bola out (tak kene meja) tapi terkena bat pihak lawan, kira masuk ke out?
= Bola out tetap out! bola masuk jika melantun sekali ke meja pihak lawan...kalau straight pukul tetap
out.

Killerspin Table Tennis …

Sila tengok video ini untuk panduan arah putaran bola yang diceritakan tadi

Permainan Player Pimple:

1- Apa corak permainan pimple anda? defend chopper/attacker/allround control/sekali sekala guna
pimple pada BH
2- Bermula dari corak permainan barulah kita pilih getah pimple yang sesuai.
3- Pimple lembut/perlahan lebih sesuai untuk permainan defend chopper & allround control
4- Pimple keras/laju lebih sesuai untuk attacker
5- Untuk sekali-sekala guna pimple, getah apa2 pun sama sahaja :)
6- Untuk pemain defend chopper & allround control, anda perlu mahir blocking banyak jenis stroke
seperti bola drive, spin dan paling utama bola loop. Anda perlu mencari partner yang boleh bantu
anda berlatih bersama. Anda block, dan rakan anda pula menghantar bola drive,spin dan loop secara
berulang-ulang. Ini akan meningkatkan refleks,timing dan paling penting sudut bukaan anda terhadap
bola yang berbeza-beza ini.
7- Untuk pemain attacker pula, tiada masalah untuk menggunakan pimple panjang atau pendek.
Tiada istilah tidak boleh kerana akhirnya ia bergantung kepada teknik seseorang itu. Cuma ada
perbezaan ketara kepada kedua-dua jenis pimple ini. Jika anda gunakan pimple pendek, bola anda
lebih laju dan mudah dikawal. Pemain yang dahulunya pemain getah licin akan rasa lebih serasi dan
mudah menggunakan pimple pendek ini. Jika anda menggunakan pimple panjang, bola agak
perlahan dan memerlukan timing dan tenaga yang lebih untuk menyerang menggunakan pimple
panjang. Digalakkan menggunakan pimple panjang dengan span nipis 0.1-0.8 supaya lebih laju
sedikit. Jika tidak, pastikan bat anda adalah jenis OFF, OFF+ ataupun OFF++. Walaupun agak susah,
namun kesannya lebih kuat berbanding pimple pendek. Ini kerana kesan/effect wobble pada batang
pimple panjang mengganggu pihak lawan yang hendak menahan/block bola attack daripada anda.
Biasanya pimple panjang yang digunakan untuk permainan attacker adalah jenis keras.
8- Apa yang membezakan pemain pimple mahir dan separa mahir? Jawapannya Teknik dan
Kemahiran menahan/block bola pihak lawan (drive/spin/loop).
9- Selalu yang menjadi masalah kepada pemain baru getah pimple adalah terbawa-bawa teknik getah
licin ke dalam permainan getah pimple. Contohnya, spin bola dengan kecondongan bat 45°. Ini
menyebabkan bola serta merta turun ke bawah net. Sepatutnya sudut bat perlu lebih dibuka. Contoh
kedua ialah pemain baru getah pimple sentiasa chop/backspin semua bola yang datang
menggunakan getah pimple yang ada samada pemain tersebut menggunakan pimple pendek atau
panjang. Ini merupakan tabiat atau teknik yang tidak betul walaupun bola tersebut masuk.
10- Teknik yang berkesan apabila menggunakan pimple pendek adalah dengan cara drive bola
tersebut. Ingat! sentiasa drive bola tersebut. Jangan chop! Jika bola datang agak rendah/nipis , anda
perlu mengangkat dengan sederhana tinggi. Cukup2 untuk mengembalikan bola ke meja pihak lawan.
Bola yang dikembalikan menggunakan pimple pendek ini adalah laju dan menurun secara drastik dan
ia adalah berat! Kerana bola akan menjadi chop/bottom spin apabila diambil secara drive. Itulah
kelebihan menggunakan pimple pendek.
11- Teknik yang berkesan untuk menggunakan pimple panjang pula adalah dengan cara
menggesek/rub bola ke kiri atau kanan semasa mengembalikan bola kepada pihak lawan. Ini
menghasilkan effect wobble/getar kepada bola dan menyukarkan pihak lawan mengembalikan atau
menyerang bola tersebut. Jika bola yang datang agak rendah/nipis , anda perlu gesek/rub dan angkat
bola secara side spin samada kanan atau kiri. Ini menyebabkan bola bergetar kuat dan bola tidak
boleh diserang dengan mudah.
12- Jika kedua-dua teknik pimple pendek dan panjang ini dapat dikuasai, maka ia boleh digunakan
semasa blocking bola attack yang sederhana laju. Dimana, kita boleh mengesek dan drive bola yang
datang dan mengembalikan bola dengan kuasa wobble yang menyukarkan pihak lawan untuk terus
menyerang. Dan kemungkinan besar, kita dapat menguasai perlawanan dan memeningkan pihak
lawan.

Permainan Player Pimple melawan Player pimple:

1- Semua orang sedia maklum bahawa getah pimple memudahkan anda mengambil serve dan
menahan bola spin/blocking. Tapi apabila anda melawan pemain pimple juga, ini biasanya
menjadikan perlawanan berpanjangan dengan rally yang panjang sebelum salah seorang membuat
kesilapan.
2- Di sini adalah kesilapan pemain tersebut kerana menyangkakan bahawa pihak lawan akan
terganggu dengan effect wobble/getar pada getah pimple tersebut padahal tidak banyak/tiada
langsung!
3- Beberapa teknik dicadangkan untuk melawan pemain pimple tersebut iaitu dengan menumpukan
kepada:
kelajuan serve.
sudut hantar bola.
ketinggian bola pimple semasa rally.
4- Kelajuan Serve: Anda dicadangkan mencuba membuat serve yang laju ke kanan/kiri/tengah pihak
lawan. Jika bola yang dipulangkan kurang baik/terlalu tinggi, anda perlu ambil inisiatif untuk
menyerang!
5- Sudut hantar bola: Jika anda biasa membuat serve yang menghala ke penjuru kanan/kiri/tengah
meja, cuba tukar sudut tersebut agar rapat dengan net dan tepi meja. Sila lihat gambah di bawah.
Sudut ini biasanya mengundang pulangan bola yang perlahan dan anda perlu ambil inisiatif untuk
memulangkan bola tersebut jauh dari pemain contohnya hujung penjuru meja yang kosong/cross
net/dekat dengan badan pihak lawan.

6- Ketinggian bola pimple semasa rally: Semasa anda rally, tolong jangan chop dan chop! Anda perlu
fleksibel dan menggesekkan bola ke kanan dan kiri dan juga memulangkan bola dengan agak tinggi
(bukan lambung tinggi! nanti kene smash), ke arah badan pihak lawan. Ini menyebabkan pihak lawan
terpaksa berundur dan apabila ini berlaku. Anda perlahankan bola sehingga hampir berhenti dan
rendah. Ini memaksa pihak lawan kembali ke hadapan meja. Taktik begini berkesan jika pihak lawan
tidak mahir mengawal bola sambil bergerak ke hadapan dan kebelakang.

Permainan Player Anti Spin/Anti Power:

1- Apakah getah anti spin? Jawapan= getah yang tiada grip (grip untuk spin) dan longgar.
2- Ketika ini tak ramai/tiada player yang gunakan anti spin pada FH/BH serentak kerana permainan
defend semata-mata sudah kurang diminati.
3- Bagaimana nak guna getah anti spin secara efektif? Beberapa perkara perlu difahami dan ini
penting supaya corak latihan pemain getah anti spin dapat diubah/disusun semula.
4- Servis: perlu ingat, jika pemain membuat servis bottom berat/chop berat, sebenarnya ia tidaklah
seberat getah biasa. Ia tetap bottom cuma tidak betul-betul berat. Ini mengelirukan pemain yang
tidak tahu getah yang digunakan oleh kita adalah anti spin. Namun jika pihak lawan adalah pemain
yang bagus serangan spin/loop, ini merupakan kelemahan getah anti spin kerana tidak dapat
membuat serve yang kuat dan merbahaya. Inilah sebab utama kenapa ramai orang hanya
menggunakan sebelah sahaja getah anti spin berbanding kedua-dua belah FH dan BH.
5- Defend: kelebihan anti spin adalah ketika defend. Ini kerana sifatnya adalah anti spin/ anti power
kepada serangan spin dan loop. Jadi apabila kita diserang (spin), kita perlu block bola seperti biasa
(condong 45° atau kurang). Oleh kerana sifat longgar pada getah anti spin, bola yang masuk adalah
perlahan dan tergelincir. Ini menyebabkan bola tersebut hilang kuasa putaran kehadapan (putaran
spin). Bola yang kembali ke meja pihak lawan adalah spin yang perlahan dan hampir-hampir menjadi
bola kosong (tapi masih ada spin). Ini menyebabkan bola menurun ketinggiannya mendadak jika
ditahan/block dengan baik.
Jika pihak lawan push/drive bola selepas kita block bola tersebut, biasanya bola akan lekat di
jaring/net.  Ini mengelirukan pihak lawan yang tidak faham kenapa selepas menyerang dengan spin
yang kuat dan apabila ditolak/push, bola tersebut terus jatuh di jaring/net, padahal pihak lawan tidak

melakukan chop pada bola tersebut.


melakukan chop pada bola tersebut.
Untuk mengatasi masalah bola yang semakin lemah dan semakin menurun ini (kelihatan seperti bola
bottom), sepatutnya pihak lawan perlu terus menerus spin/loop bola tersebut tanpa melakukan push
selepas menyerang (spin). Ini berlaku kerana bola yang diblock menggunakan anti spin lemah dan
berada di atas meja. Biasanya pemain attacker akan push bola di atas meja dan dengan ini mereka
akan termasuk perangkap pemain getah anti spin.  
Jika pihak lawan membuat serangan loop kepada kita, perlu diingat, getah anti spin tidak sesuai
untuk block secara menekan ke bawah (push block), sepertimana yang biasa dilakukan dengan getah
licin biasa. Ini kerana getah licin mempunyai grip dan membantu kita block bola loop dengan baik.
Ada 2 teknik yang mengatasi serangan loop oleh player anti spin:
* Pemain anti spin perlu belajar untuk berundur setapak dan drive/chop bola tersebut supaya kembali
rendah ke dalam meja pihak lawan (Ingat! Kembalikan bola secara drive/chop yang rendah. Jika
tinggi, anda akan di smash oleh pihak lawan).
* Pemain anti spin perlu mengubah cara push blok, iaitu timing semasa blok adalah bukan awal
seperti getah licin, tetapi tunggu sehingga bola melantun naik sederhana tinggi. Ini memerlukan kita
untuk sentiasa bersedia dan bat berada betul-betul di atas bola yang sampai.
6- Rally: Adalah menjadi kelebihan juga kepada player anti spin, dimana meraka akan mempunyai
kelebihan seperti player pimple. Jika pihak lawan cuba rally secara chop, player anti spin juga perlu
chop. Bola chop oleh getah anti spin tidak mempunyai grip. Oleh itu putaran bottom/chop oleh pihak
lawan tadi akan tergelincir dan menjadi lemah/tiada putaran lagi. Dan apabila bola lemah/tiada
putaran ini dikembalikan kepada pihak lawan, dan ia juga dibalas dengan chop, maka bola akan
segera melambung. Perlu diingat, bola melambung ini perlu diserang secara smash/push/drive
sahaja! Jika anda spin seperti getah licin, biasanya bola akan sangkut di jaring/net. Ini adalah antara
tabiat/habit yang perlu diubah oleh player anti spin yang baru.

Training 3rd Ball Attack (sgt bagus! semua orang patut berlatih):

3rd ball attack merujuk kepada teknik dimana kita menyerang bola ketiga (1-Kita serve 2- Orang
return semula pada meja kita 3- Kita attack/serang bola tersebut!)

Ini sebenarnya teknik yang betul, dimana permainan rally chop/push hanya akan merugikan pihak
yang sedang memegang serve. Cuba lihat link ini:

training 3rd ball attack


Syarat teknik ini untuk berjaya ialah:

1- Server dan Receiver, kekalkan kedudukan di sebelah kiri/backhand masing-masing (jangan duduk
tengah meja).
2- Server, akan membuat serve chop pendek ke kiri atau kanan Receiver dan berat + sangat rendah.
3- Receiver, akan return bola tersebut secara chop ke arah forehand pihak Server.
4- Server akan terus attack bola tersebut. (perlu confident dan jangan separuh hati!)
- jika bola chop yang Receiver hantar panjang/luar meja, sila terus spin.
- jika bola chop yang Receiver hantar short/atas meja, sila flick (adjust bat buka sedikit).
5- Memerlukan pihak lawan/receiver yang pandai menghantar bola chop seperti yang diarahkan oleh
Server.
6- Jika sudah konsisten attack tersebut masuk, suruh Receiver hantar ke arah tengah badan &
backhand pihak Server pula. Kali ini, Server perlu, bergerak kaki dan attack secara forehand juga
(jangan attack guna backhand!). Ini melatih keyakinan/confident kita menyerang secara berterusan.

Teknik Flick (return bola short atas meja)

1- Teknik ini merupakan teknik asas bagi pemain-pemain baru.


2- Kadang-kadang menjadi killer shot untuk matikan bola pihak lawan.
3- Ia merupakan satu teknik yang menggabungkan gerakan kaki one-step ke dalam dan keluar dari
meja.
4- Kita mesti ingat, bukan semua bola akan dipulangkan kepada kita oleh pihak lawan, keluar dari
meja. Ada bola yang pendek dan kekal melantun/bounce 2-3 kali di atas meja.
5- Jika bola kosong/drive/top spin =
    1- masukkan kaki kanan ke dalam meja (utk orang tangan kanan)
    2- gerakkan tangan yang memegang bat ke arah bola yang yang masuk ke dalam meja kita
    3- pukul bola sebaik bola sampai (sudut 45°) dan follow through gerakan bat kita selepas pukul
    4- dengan kadar yang cepat, kembali ke posisi asal
6- Jika bola backspin/chop/pimple berat =
    1- Langkah yang sama seperti di atas, cuma no. 3 , sudut mesti tukar 60° (buka sikit bat)
7- Ini dilatih untuk bola pendek yang datang sebelah kanan, tengah dan kiri meja kita.
8- Mula-mula mungkin sukar sebab kita belum pandai adjust sudut bat dan jika kita fleksibel dan pandai membaca jenis bola
yang datang ke arah meja kita, teknik flick ini akan mudah dilakukan dan lebih confident (jika tak training mana boleh apply
dalam perlawanan dengan berjaya!).
9- Bola secara multiball, dan boleh juga secara Single Ball Practice (ada partner seorang yang beri bola pendek tersebut dan
kita cuba flick tanpa teragak-agak :)   )
10- Untuk teknik lebih advanced, tukarkan bola kosong/top spin/chop kepada variasi side spin dan variasi pimple untuk kita
flick. Dengan ini, setiap bola yang datang, kita akan rase lebih yakin untuk flick tanpa sangkut pada net!

Permainan Pimple Frictionless Vs Pimple Non Frictionless: (Frictionless adalah getah BANNED!)
Isu getah modified/celup minyak gas/jemur tengah panas/sapu bedak/gunting dan patahkan batang
pimple/sapu minyak kuda dan sebagainya.

1- Apakah getah pimple frictionless? Jawapan= getah yang tiada geseran walaupun sebagai pimple.
2- Suatu ketika dahulu getah ini sangat popular kerana membawa revolusi permainan pimple ke
tahap lebih tinggi, namun pada 1 Julai 2008, ITTF telah mengharamkan getah ini. Ini kerana sifat
tiada geseran/tergelincir seolah-olah getah AntiSpin. Sifat utama getah ini ialah, bola selalu jatuh
mendadak di depan net apabila di tolak/drive atau selepas blocking bola spin pihak lawan (sifat
wobble masih kekal dan semakin menggila!)
3- Getah pimple yang lulus ketika ini adalah berjenis Non-Frictionless di mana jika kita gesek bola di
atas pimple secara melintang, akan ada kesan kesat/susah nak lalu atas pimple tersebut.
4- Getah modified yang agak popular ketika ini (cubaan menukar secara sengaja sifat Non-
Frictionless menjadi Frictionless), sebenarnya berniat untuk mendapatkan sifat frictionless pada
getah pimple sedia ada. 5- Ada yang menawarkan getah pimple murah (yang telah dimodied menjadi
Frictionless) sehingga RM50/pc dan ada juaga menawarkan khidmat menukar getah sedia ada untuk
melalui proses modified dan dicaj sehingga RM25/pc.
6- Namun mulai 2012, kebanyakkan kejohanan ping-pong telah mula membuka mata tentang sifat
getah ini dan pengharaman mulai dilakukan.
7- Beberapa cara untuk mengenalpasti getah modified:
i- Gesekkan bola secara melintang ke atas getah, jika terlalu licin/tergelincir mudah, maka getah
tersebut adalah frictionless/tiada geseran.
ii- Bau getah (selalunya ada bau minyak gas/minyak kuda dan lain-lain bau).
iii- Rasa jari anda pada getah, jika ada rasa tajam lebih tajam dari pimple yang lain, maka batang
pimple tersebut telah dipotong/trim menjadi hujung tajam dan senget (bentuk asal batang pimple
adalah silinder). Ada orang guna ketip kuku untuk potong batang pimple.
iv- Lihat getah dari sudut tepi, kadang-kala getah pimple telah dipotong/trim secara senget di mana
ada bahagian tinggi dan ada bahagian rendah. Biasanya di potong pendek di bahagian tengah supaya
lebih mengganggu timing pihak lawan semasa blocking di bahagian tengah getah pimple.

Permainan Player Pimple Pendek:

1- Adakah anda ada masalah mengambil Serve yang laju dan mengelirukan?
2- Adakah anda telah mencuba getah long pimple tapi langsung tak pandai guna. Kadang-kadang
anda secara tak sengaja, "Ter" main secara getah licin dan akhirnya bola lekat di jaring/net.
3- Sebenarnya jika anda betul-betul serius ingin bermain menggunakan getah pimple pendek, ia boleh
menjadi senjata yang berbahaya kepada pemain getah licin dan juga pemain long pimple!
4- Pimple pendek mempunyai kelebihan yang long pimple tak ada, iaitu smash dan spin attack (spin
getah pimple pendek tidaklah sekuat getah licin tapi merbahaya)!

5- Kelebihan pimple pendek semasa mengambil serve ialah anda tidak perlu memikirkan tentang
putaran bola, cuma tolak lembut ke arah anda hendak bola itu dihantar. Ingat..."Tolak Lembut!". Jika
anda tolak kuat-kuat, sememangnya bola akan keluar/out.
6- Latihan yang perlu dilakukan oleh player pimple pendek ialah:
i- Belajar push (tolak lembut) semua jenis bola serve yang datang (receive). Jika bola datang adalah
backspin/chop, anda perlu buka sedikit bat. Jika bola kosong atau top spin, tutup sedikit bat (sedikit
sahaja! bukan tutup banyak seperti getah licin). Jika bola serve itu pendek, masuk kaki ke bawah
meja dan ambil bola secara tenang. Jika bola serve itu panjang, cuba pukul sederhana kuat dan
masuk (jangan pukul kuat takut terus out).
ii- Jika sudah mahir dengan teknik return/receive semua jenis serve tersebut, sila tambahkan
kekuatan dan kelajuan pukulan. Lama-kelamaan, anda akan kelihatan seperti menyerang semua jenis
serve yang datang! Ini sebenarnya adalah KELEBIHAN getah pimple pendek! Tanpa teknik seperti ini
tak bergunalah guna pimple pendek. 
iii- Satu lagi KELEBIHAN getah pimple pendek yang anda perlu ada ialah teknik push ke kawasan
yang anda mahu tanpa memikirkan jenis serve side apa yang pihak lawan buat. Contohnya, jika pihak
lawan adalah tangan kidal dan anda terus return/receive serve pihak lawan secara push ke arah
kanan/backhand pihak lawan supaya dia tak dapat terus menyerang secara forehand. Tak kiralah apa
jenis serve pihak lawan, anda teruskan set minda/fokus untuk push ke backhand pihak lawan
tersebut. Dengan cara push sebegini, anda akan dapat MEMBULI pihak lawan!
iv- Sila lihat gaya return serve dan rally pemain getah pimple pendek sambil MEMBULI pihak lawan! 

Permainan Chopper Moden/Modern Defender (Getah licin+long pimple):

1- Anda suka main chop? Chop...chop dan chop lagi...


2- Pada masa dahulu permainan defender pernah mengungguli persada ping-pong antarabangsa.
Selepas pemain dari China dan Eropah kembali dengan teknik loop dan smash kencang, permainan
defender chop ini tidak dapat meraih kedudukan ranking tinggi di ITTF.
3- Namun kini, teknik permainan modern defender ini kembali dengan variasi yang lebih
mengelirukan.
4- Beberapa perkara asas yang perlu seorang pemain modern defender ada:
a) Mesti chop dari bawah...perlu tunggu bola jatuh baru chop. Tujuannya ialah supaya bola dapat
dihantar serendah mungkin.
b) Boleh "twiddle" atau tukar/pusing permukaan getah bat dengan pantas. Perlu boleh tukar tanpa
berfikir untuk hasilkan variasi getah yang mengelirukan.
c) Foot steps mesti pantas dan boleh stabil tanpa terlajak langkah. Teknik foot steps untuk modern
defender adalah teknik yang mirip Foot Steps Zhang Jike. Lihat video ini.

2013 Czech Open (ms-f…

2013 China Trials for W…

Teknik foot steps seperti ini memerlukan small steps dan tidak terlalu fokus kepada arah badan
untuk "forehand attack". Teknik ini memerlukan hanya sedikit kaki kanan ke hadapan dan posisi
sentiasa kembali berada di tengah meja. Selepas mengambil bola di sebelah kiri/kanan, kaki akan
bergerak kembali ke tengah meja.
5- Untuk pemain modern defender, ini adalah teknik yang wajib ada yang menyebabkan ia moden dan
bukannya classic/traditional defender:
a) Twiddle/Tukar permukaan bat secara konsisten antara getah licin dan long pimple.
b) Boleh chop pelbagai jenis bola spin/kosong/backspin yang datang menggunakan sama ada getah
licin dan long pimple.
c) Boleh defend/block bola attack yang datang menggunakan getah licin/long pimple. Ini kerana jika
attack pihak lawan terlalu laju dan tak sempat twiddle, kita perlu boleh menggunakan mana-mana
permukaan getah secara efisyen.
d) Boleh rally secara gesek bola menggunakan getah licin dan long pimple. Rally juga diselang
selikan dengan teknik drive bola menggunakan getah licin/long pimple. Ini adalah sangat
mengelirukan pihak lawan.
e) Boleh twiddle kepada getah licin dengan segera dan gerakan kaki meluru ke arah bola, dan smash
ke bucu meja untuk mematikan bola! Ini adalah teknik penamat serangan terbaik seorang pemain
modern defender.
f) Tidak mempunyai corak/pattern tertentu. Ini mengelakkan pihak lawan membaca tabiat atau corak
permainan rally kita. Cuba jadikan teknik rally secara rawak antara long pimple dan getah licin. Ini
dapat dipraktikkan jika kedua-dua jenis getah boleh digunakan pada tahap kemahiran yang sama.
6- Pemain modern defender kerap membuat serve yang mengelirukan iaitu samada serve backspin
NIPIS yang pendek  dan serve side spin pendek NIPIS yang sangat kuat. Kedua-dua serve ini
dilakukan secara laju dan mengelirukan pihak lawan.
7- Pemain modern defender juga perlu mempunyai forehand top spin yang kuat. Ini adalah wajib! Jika
pihak lawan return secara chop ke arah forehand, pemain modern defender akan ambil kesempatan
untuk mematikan bola secara top spin yang kuat.
8- Untuk melatih teknik ini, anda perlukan seorang partner yang mampu membuat loop secara
konsisten dan smash yang betul-betul kencang. Faktor ini menentukan anda mampu bertahan dari
serangan pemain yang hebat. Pastikan partner anda adalah seorang yang mempunyai kualiti
serangan tertinggi seperti state player/national player. Kerana jika loop dan serangan yang tidak
kuat/berkualiti hanya menyebabkan anda hanya mampu bermain bukan pada tahap tertinggi. 

Permainan Teknik Twiddle:

1- Anda suka main kelebihan yang ada pada pimple panjang dan pimple pendek?
2- Pastikan anda gunakan teknik "twiddle" supaya kelebihan pimple panjang dan pendek ini dapat
digabungkan dengan gaya yang mengelirukan.
3- Syarat asas sebelum mula:
     - Pastikan anda boleh memusingkan bat dengan laju (sekejap getah merah, sekejap getah hitam).
Ia perlu berlaku dengan kadar yang laju dan tidak melibatkan berfikir terlalu lama (semulajadi). Anda
perlu berlatih "pusing bat di jari" seminggu hingga sebulan sebelum betul2 mahir :-) percayalah ;-) Ada
kawan saya setiap masa berlatih twiddle, tengok tv, melepak minum teh...sambil twiddle bat!
Akhirnya betul2 mantap twiddle nya!
     - Pastikan anda boleh mengambil pelbagai jenis serve menggunakan pimple panjang dan
menggunakan pimple pendek. Tiada gunanya pandai twiddle tapi akhirnya Serve pun tak pandai
return.
4- Anda perlu ada "combo attack" contohnya:
   =Contoh1: 1-Anda serve guna pimple pendek. Serve pendek dan rendah shj.   2- Apabila pihak lawan
return bola, anda push guna long pimple. Pertukaran permukaan getah secara twiddle perlu berlaku
dengan pantas dan semulajadi.
   =Contoh2: 1- Pihak lawan serve, anda return guna pimple panjang. Bola menjadi pendek kerana
pimple panjang perlahan.  2- Apabila pihak lawan chop bola pendek tersebut (bola akan agak
melambung), anda akan twiddle menjadi pimple pendek dan smash/push dengan laju bola tersebut.

5- Ini adalah skill tahap tinggi dan bukan semua orang boleh twiddle dengan laju.
6- Perhatikan Pakar Twiddle Malaysia (Faizal Maluri) bermain twiddle. Getah MERAH adalah pimple
pendek + Getah HITAM adalah pimple panjang. Perhatikan pertukaran twiddle yang semulajadi dan
COMBO serangan yang dilakukan! Ia adalah satu siri serangan yang memerangkap pihak lawan untuk
beri peluang kepada pemain TWIDDLE menyerang!
Latihan BCA (Block-Counter Attack) untuk Pemain Pimple Panjang:

1- Selalu pemain yang menggunakan pimple panjang menjadi "MANGSA" kepada pemain getah licin
yang mahir loop dan control.
2- Oleh sebab yang demikian, amat penting pemain pimple panjang untuk "UPGRADE" skill untuk
counter/serang balas teknik pemain yang demikian.
3- Antara latihan yang terkenal adalah BCA:
    - Berlatih block bola serangan secara ambil awal. Pastikan bat dibuka.
    - Dapatkan timing bukaan bat untuk jenis serangan yang berbeza (kene training).
    - Sabar mem"block" sehinggalah bola menjadi terlalu berat dan pihak lawan terpaksa loop bola
tersebut. Ini adalah peluang anda untuk "Counter Attack"..pastikan anda:
1) foot step berubah dari backhand menjadi forehand.
2) smash sekuat hati.
Perhatikan video latihan ini:

Part 1 AussieTableTenn…
- nantikan entri baru, akan datang :) -

Home

View web version

Powered by Blogger.