Anda di halaman 1dari 1

5.

0 PERALATAN

Nama peralatan Bilangan


Wisel 1
Marker 3
Bola tampar 1
Net 1

Di dalam aktviti kecil ini, kami menggunakan sebanyak empat jenis peralatan sahaja
iaitu wisel, “marker”, bola tampar dan net bola tampar. Wisel digunakan bagi setiap latihan
iaitu dari latihan pertama hingga keempat. Hal ini demikian kerana wisel dibunyikan bagi
menandakan aktiviti itu bermula. Pada latihan pertama, wisel akan dibunyikan sewaktu
pemain perlu melakukan lompatan menegak dengan kadar kekuatan sederhana dan pada
kekuatan yang maksimum. Pada latihan kedua pula, wisel dibunyikan sewaktu pemain perlu
memulakan lompatan secara berpasangan dengan menyentuh tangan rakan sebanyak tiga
kali dan setiap kali lompatan itu, tahap kekuatan lompatan adalah berbeza-beza iaitu dari
kadar kekuatan lompatan rendah, kemudian sederhana dan seterusnya, pada kekuatan
yang maksimum. Selain itu, wisel juga dibunyikan pada latihan ketiga iaitu sewaktu pemain
perlu melakukan lompatan menegak berdekatan dengan net bola tampar dan pada latihan
keempat dan kelima, wisel dibunyikan sewaktu pemberi bola perlu memberi bola kepada
pemain di net bola tampar agar pemain dapat belajar menghadang bola tersebut sama ada
di kiri net mahupun di kanan net.

Selanjutnya, “marker” digunakan sebanyak 3 buah dan ianya hanya digunakan pada
latihan kedua sahaja, Setiap satunya akan diletakkan pada setiap kali lompatan perlu
dilakukan. Tambahan itu, bola tampar akan digunakan pada latihan keempat dan kelima di
mana pemberi bola akan memberi bola tersebut kepada pemain sewaktu pemain hendak
melakukan kemahiran menghadang. Akhir sekali, net untuk bola tampar ini hanya
digunakan pada latihan aktiviti ketiga, keempat dan kelima sahaja. Net digunakan adalah
agar pemain dapat melakukan “target” yang betul untuk melompat melepasi net tersebut dan
agar dapat menjalankan kemahiran menghadang bola tampar dengan betul.