Anda di halaman 1dari 35

BAHAGIAN A : [15%]

Tujuan: Menjalankan kajian tentang pentaksiran berasaskan sekolah ( PBS ) dalam


bahasa Melayu di sekolah anda.

Tulis satu laporan berdasarkan temu bual anda.

Guru-guru yang telah saya temu bual dua daripada empat orang guru bahasa
Melayu menyokong idea konsep PBS manakala dua lagi tidak menyokong konsep
PBS. Pada pendapat saya, guru yang menyokong konsep PBS kerana murid dapat
dinilai secara adil dari pelbagai aspek dan PBS merupakan penambahbaikan bagai
sistem peperiksaan yang sedia ada iaitu UPSR dan PT3 dan dapat membantu murid
semasa belajar. Dengan itu, daripada temu bual guru-guru bahasa Melayu didapati
kelebihan PBS adalah komponen-komponen PBS terbahagi kepada dua bidang iaitu
mentaksir bidang akademik dan bukan akademik yang mana bidang akademik terdiri
daripada Pentaksiran Sekolah dan Pentaksiran Pusat, manakala bidang bukan
akademik terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani,
Sukan dan Kokurikulum ( PAJSK ). Kedua-dua bidang ini memberi pengiktirafan dan
autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang
berasaskan sekolah. Dua orang daripada guru yang ditemu bual menyokong konsep
PBS sebab latihan melaksanakan konsep PBS mencukupi kerana ada banyak bahan-
bahan tambahan di sekolah dan luar yang boleh dibeli di pasaran. Guru juga boleh
menyediakan latihan-latihan tambahan dengan perbincangan guru yang mengajar
tahun yang sama. Oleh itu, guru dapat menyediakan latihan yang lebih sesuai
mengikuti tahap penguasaan murid.

Selain itu, guru yang tidak menyokong konsep PBS adalah terdiri dari guru
yang umurnya hampir pencen. Hal ini berpunca daripada kebiasaan yang telah
diamalkan berpuluh-puluh tahun berkaitan sistem peperiksaan penggal. Dengan itu,
menurut pandangan daripada dua orang guru tentang konsep PBS adalah
keberkesanan PBS kepada perkembangan pelajar mungkin akan terhad. Terdapat
beberapa masalah yang terlibat dalam ‘proses perkembangan / pencapaian pelajar’
dengan adanya penggunaan sistem PBS  di sekolah pada pandangan guru tersebut.
Antaranya adalah sistem pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah menjadi
agak terhad. Bila adanya sistem PBS, guru sekolah dikerah untuk menghabiskan satu-
satu topik dengan segera atau tempoh masa yang singkat agar ujian PBS dapat
dijalankan. Tambahan lagi, guru tidak dapat menerangkan kesemua sub topik kerana
tidak semua sub topik akan diuji dalam ujian PBS. Guru yang tidak menyokong PBS
juga menyatakan bahawa konsep PBS baik, tetapi kerja-kerja tentang PBS banyak
seperti menyediakan evidens, mencatat tahap penilaian murid, merekod markah
evidens dan sebagainya dan hal ini menjadikan beban guru.

Di samping itu, sebelum memberikan ujian PBS kepada murid, guru terlebih
dahulu menyediakan evidens (soalan-soalan yang akan diuji). Kemudian, guru juga
akan menyemak kertas evidens berkenaan. Selepas itu, aktiviti merekodkan dan
dokumentasikan pencapaian. Oleh itu, guru-guru tidak dapat menghabiskan kesemua
kerja berkenaan dalam masa berada di sekolah agak terhad.

Daripada temu bual guru-guru bahasa Melayu didapati latihan melaksanakan


PBS adalah tidak mencukupi kerana latihan tidak mencukupi guru-guru hanya
memahami sebahagian daripada konsep PBS sebagai contoh mereka menganggap
bahawa PBS adalah satu sistem latihan pentafsiran yang lama manakala pentafsiran
dalam bilik darjah adalah pentaksiran yang terkini. Tambahan lagi, mereka juga tidak
dapat berjalan secara sistematik dan lancar kerana mereka tidak memahami konsep
PBS dan tidak merancang dengan baik dan teliti. Ketidakhadiran pelajar ke sekolah
bukanlah satu masalah yang agak asing lagi. Bagaimana hendak memberikan ujian
PBS jika pelajar tersebut tidak hadir. Selepas menyemak ujian PBS berkenaan, guru
juga dikehendaki merekodkan pencapaian pelajar ke dalam sistem. Oleh itu, guru
yang tidak menyokong konsep PBS berasa Ujian PBS ini memang menyusahkan guru
sahaja serta PBS ini tidak begitu efektif dan praktikal. Latihan melaksanakan PBS
tidak mencukupi kerana latihan-latihan yang diberikan tidak sesuai untuk semua
murid dalam satu kelas untuk menilai murid kerana tahap penguasaan murid dalam
kelas adalah berbeza.

Seorang daripada guru yang ditemu bual tidak memahami konsep standard,
evidens, deskriptor, instrumen. Apa yang dibuktikan dalam pendapatnya di bidang
adalah material bahan bukti murid tidak ditunjukkan kepada pihak pentadbir apabila
ditanya mengenai perkara tersebut. Ada guru dapat melakukan pentaksiran,
merekodkan dan menyimpan evidens dengan baik. Walau bagaimanapun, ada juga
yang menyatakan bahawa tidak perlu menyimpan setiap evidens. Ada guru juga
menyatakan bahawa PBS tidak dapat memantau perkembangan murid secara
berterusan dan tidak boleh maklum balas yang membina untuk penambahbaikan
pembelajaran murid tanpa peperiksaan. Oleh sebab terlalu banyak kekeliruan saya
berpendapat guru-guru masih perlu diberi lebih jelas daripada pihak yang benar-benar
menjadi tenaga pengajar atau fasilitator dan bukannya daripada pegawai yang datang
dari kalangan yang tidak mempunyai pengalaman mengajar dalam kelas.

Guru-guru menghadapi masalah besar lagi berat dalam menyediakan


instrumen kerana guru-guru tidak menguasai kemahiran-kemahiran untuk mengenal
pasti hasil pembelajaran objektif pembelajaran yang tercatat di dalam Standard
pembelajaran, standard kandungan. selain itu, didapati ada guru belum memiliki
pengetahuan yang cukup tentang penggunaan dokumen yang disediakan. Guru-guru
tersebut juga menghadapi masalah seperti waktu pdp tidak mencukupi dan lebih-lebih
lagi kelas bercantum. Masalah yang dihadapi dalam kelas bercantum adalah guru-
guru memerlukan menjaga 2 kelas dalam setiap kelas dalam satu masa, apa pula
pelbagai kategori murid.

Bagi memastikan kelicinan pelaksanaan PBS, guru memerlukan latihan yang


lebih mendalam kerana guru seharusnya menggunakan Dokumen Standard Kurikulum
yang mengandungi perkara-perkara yang patut dipelajari dan perlu disampaikan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran manakala Dokumen Standard Prestasi
adalah rujukan utama untuk mentaksir dan mengukur penguasaan murid. Guru diberi
pengiktirafan dan autonomi untuk menjalankan pentaksiran secara formatif semasa
pengajaran dan pembelajaran ataupun secara sumatif diakhiri unit pembelajaran atau
pun di akhir tahun.

Daripada maklum balas daripada guru-guru yang ditemu bual didapati


pelaksanaan PBS menambahkan beban guru kerana pelaksanaan kurikulum dan
pentaksiran baru memberi penekanan kerja guru atas sebab perubahan sukatan
pelajaran, konsep pengajaran, jenis pentaksiran dan bahan-bahan yang terlibat dalam
tugas pengajaran dan pembelajaran. Keadaan ini memerlukan pengorbanan dan
kesediaan guru untuk bergerak dan berubah seiring dengan perubahan keperluan
pendidikan. Perubahan memerlukan guru sentiasa peka, rajin dan bersemangat untuk
melaksanakan tugas guru di sekolah.

Guru-guru yang ditemu bual tiada masalah menggubal instrumen kerana


banyak panduan diberi dan bahan-bahan yang sudah mencukupi sama ada pihak
sekolah atau pihak swasta. Guru yang ditemu bual menyatakan bahawa pentaksiran
yang telah dijalankan kepada murid tahun dua itu telah dapat mencapai objektif yang
beliau inginkan. Semua murid dapat menulis perkataan daripada huruf-huruf dan juga
melengkapkan ayat dengan perkataan yang sesuai. Oleh itu pentaksiran ini berjaya
dengan jayanya. Keputusan murid-murid amat menggalakkan dan begitu cemerlang.
Murid tahun dua yang tidak dapat hadir pada hari ini akan dinilai untuk mengenal
pasti tahap penguasaan mereka dalam kemahiran menulis bahasa Melayu. Pentaksiran
ini akan terus dijalankan dari masa ke semasa dan bersesuaian dengan tahap
penguasaan kemahiran murid-murid. Instrumen yang digubal boleh membantu murid-
murid dalam menguasai kemahiran berbahasa.

Seterusnya, semua guru bersetuju bahawa pentaksiran PBS dapat


menunjukkan kemahiran sebenar yang ada pada murid sekiranya seseorang guru jujur
dalam memberikan band sebaliknya keadaan ini akan seperti pemberian markah
sebelum ini. Selain itu, guru-guru yang ditemu bual tidak ada masalah untuk
menetapkan Band untuk setiap murid tetapi guru-guru mengalami konflik apabila
hendak memberikan Band disebabkan rasa simpati terhadap murid yang diberikan
Band rendah. Sekiranya guru tidak memberi Band yang sepatutnya kepada murid,
maka evidens tidak bermakna. Permarkahan atau Pentaksiran murid ini bermakna
Band yang tercatat mungkin tidak dapat mewakili kemampuan seseorang murid.
Walau bagaimanapun guru memberi Band, tetapi ibu bapa masih membuat bandingan
kerana ibu bapa tidak memahami konsep PBS, mereka masih menganggap PBS
sebagai peperiksaan. Guru yang ditemu bual menyatakan bahawa guru takut memberi
Band sebenarnya kerana jika memberi Band 6, guru perlu bekerja teruk untuk mencari
dan menyimpan rekod eviden untuk pemantau PPD serta JPN. Sebaliknya, jika guru
beri Band terlalu rendah, maka guru diminta membuat laporan dan menyediakan
latihan tambahan.
Guru yang ditemu bual setuju PBS dapat membantu murid menguasai bahasa
Melayu kerana dapat mengetahui prestasi murid dengan lebih baik. Guru boleh
merekodkan tahap penguasaan murid mengikut kesesuaian masa dan kaedah mereka
sendiri. Perekodan ini menggambarkan perkembangan pembelajaran murid semasa
proses pengajaran dan pembelajaran yang boleh dimaklumkan kepada ibu bapa.
Dengan yang demikian, guru tidak lagi dibebankan dengan pengumpulan data dan
evidens hasil kerja murid melalui pernyataan evidens yang terlalu kompleks.

Dua orang guru daripada guru yang ditemu bual bersetuju bahawa PBS dapat
menunjukkan kemahiran sebenar murid jika ia diuji dengan lebih baik dan sempurna
kerana kebolehpercayaan kepada pentaksiran yang dijalankan oleh guru ditingkatkan
melalui penjaminan kualiti. Semua hasil kerja murid dijadikan evidens yang perlu
difailkan sebagai bukti yang menunjukkan murid telah menguasai kemahiran yang
diajar.

Lain-lain mengenai PBS adalah kerja semakin bertambah kerana kerja telah di
pecah-pecahkan ke dalam unit yang kecil dan setiap unit yang kecil perlu
menyediakan instrumen untuk mentadbirnya memandangkan pentafsiran pada murid
tidak dapat disamakan untuk setiap murid jadi mungkin lebih dari satu instrumen
diperlukan untuk mentafsir sesuatu kemahiran pada murid-murid yang berbeza.
BAHAGIAN B : [20%]

Buat ulasan secara kritis 20 soalan objektif bahasa Melayu tahun 4 yang diterbitkan
oleh mana-mana syarikat penerbitan buku yang terdapat di pasaran.

Soalan 1

“_________berdua telah dipilih untuk mewakili sekolah dalam pertandingan pantun,”


kata Aqila kepada Hanida.

A Saya B Kami
C Mereka D Kita

Jenis soalan Objektif aneka pilihan : Kata Ganti Nama Diri


Aras soalan memahami
Komponen stimulus, stem, Sesuai
pilihan jawapan, pengganggu lemah
Merujuk diri sendiri dan orang yang diajak bercakap.
Cadangan penambahbaikan Tiada

Soalan 2

“ Ampunkan __________, tuanku,” kata Belalang kepada Sultan Ahmad.

A beta B saya
C patik D hamba

Jenis soalan Objektif aneka pilihan : Kata Ganti Nama Diri


Aras soalan memahami
Komponen stimulus, stem, pilihan Sesuai
jawapan, pengganggu lemah

Cadangan penambahbaikan Tiada

Soalan 3
Jenis soalan Objektif aneka pilihan : Kata Kerja
Aras soalan Analisis dan mengecam
Komponen stimulus, stem, Gambar jelas
pilihan jawapan, pengganggu Tiada masalah
Cadangan penambahbaikan Tiada

Soalan 4

Nenek Piah sedang __________ tikar mengkuang di beranda rumah.

A menganyam
B menenun
C menjahit
D menyulam

Jenis soalan Objektif aneka pilihan : Kata Kerja


Aras soalan Analisis dan menilai
Komponen stimulus, stem, Sesuai
pilihan jawapan, pengganggu Kuat
Tiada masalah
Cadangan penambahbaikan Penggubal soalan boleh menambahkan gambar supaya
murid tidak keliru “menganyam” dan “menjahit”.

Soalan 5
Jenis soalan Objektif aneka pilihan : Kata Adjektif
Aras soalan Analisis dan menilai
Komponen stimulus, stem, Gambar jelas
pilihan jawapan, pengganggu Tiada masalah
Cadangan penambahbaikan Tiada

Soalan 6

Setelah menamatkan pengajian di Universiti Malaya, Azwan Syah kini bergelar


________universiti.

A graduan
B pelajar
C pesara
D sarjana

Jenis soalan Objektif aneka pilihan : Kata Nama Am


Aras soalan memahami
Komponen stimulus, stem, Sesuai
pilihan jawapan, Lemah
pengganggu Tiada masalah
Cadangan penambahbaikan Tiada

Soalan 7

Semua rakan sekelas Farisha hadir ke majlis ulang tahun kelahirannya _______Siti.

A dan B tetapi
C kecuali D kalau
Jenis soalan Objektif aneka pilihan : Kata Hubung
Aras soalan Analisis dan menilai
Komponen stimulus, stem, Sesuai
pilihan jawapan, sederhana
pengganggu Pengganggu berjaya membuat murid berfikir lama untuk
mengenal pasti pilihan jawapan yang paling tepat.
Cadangan penambahbaikan Tiada

Soalan 8

Fazli __________menyesal atas segala kesalahan yang dilakukannya.

A bulat-bulat
B benar-benar
C hidup-hidup
D masak-masak

Jenis soalan Objektif aneka pilihan : Kata Ganda Penuh / Seluruh


Aras soalan Analisis dan menilai
Komponen stimulus, stem, Sesuai
pilihan jawapan, pengganggu Kuat
Pengganggu berjaya membuat murid berfikir lama untuk
mengenal pasti pilihan jawapan yang paling tepat.
Cadangan penambahbaikan Tiada

Soalan 9

Dalila mengambil ________sapu tangan untuk menyapu air matanya.

A sekeping B sehelai
C sepotong D serawan
Jenis soalan Objektif aneka pilihan : Penjodoh Bilangan
Aras soalan memahami
Komponen stimulus, stem, Sesuai
pilihan jawapan, Lemah
pengganggu Tiada masalah
Cadangan penambahbaikan Tiada
Soalan 10

Pada setiap minggu, ibu dan ayah akan menziarahi abang yang berada di asrama.

Pilih perkataan sinonim bagi menziarahi.

A menasihati B memerhati
C mengawasi D mengunjungi
Jenis soalan Objektif aneka pilihan : Sinonim
Aras soalan Analisis dan menilai
Komponen stimulus, stem, Sesuai
pilihan jawapan, Sederhana
pengganggu Tiada masalah
Cadangan penambahbaikan Tiada

Soalan 11

Amira memuji keenakan masakan yang dihidangkan di majlis itu.

Pilih perkataan antonim bagi memuji.

A mengeji B memarahi
C menyanjung D menegur
Jenis soalan Objektif aneka pilihan : Antonim
Aras soalan Analisis dan menilai
Komponen stimulus, stem, Sesuai
pilihan jawapan, Sederhana
pengganggu Tiada masalah
Cadangan penambahbaikan Tiada

Soalan 12

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

I. Nasihat Cikgu Lina itu dapat menaikkan semangat murid-murid.


II. Bilangan usahawan muda di negeri itu semakin menaikkan.
III. Pihak syarikat bercadang untuk menaikkan gaji para pekerja pada bulan
depan.
IV. Kempen Membaca diadakan untuk menaikkan minat murid kepada buku.

A ** Expression is faulty ** dan ** Expression is faulty


**
B ** Expression is faulty ** dan ** Expression is faulty
**
C ** Expression is faulty **** Expression is faulty **
dan ** Expression is faulty **
D ** Expression is faulty **, ** Expression is faulty **
dan ** Expression is faulty **
Jenis soalan Objektif aneka pilihan : Kata Banyak Makna
Aras soalan Analisis dan menilai
Komponen stimulus, stem, Sesuai
pilihan jawapan, Kuat
pengganggu Pengganggu berjaya membuat murid berfikir lama untuk
mengenal pasti pilihan jawapan yang paling tepat.
Cadangan penambahbaikan Tiada

Soalan 13

Pilih simpulan bahasa yang sesuai bagi mengisi tempat kosong.

Khalil menjadi _____________kepada pasukan bola sepak sekolah kerana tangkas


menjaringkan gol.

A anak angkat
B angkat bakul
C atas angin
D Ayam tambatan

Jenis soalan Objektif aneka pilihan : Simpulan Bahasa


Aras soalan Analisis dan menilai
Komponen stimulus, stem, Sesuai
pilihan jawapan, pengganggu Kuat
Pengganggu berjaya membuat murid berfikir lama untuk
mengenal pasti pilihan jawapan yang paling tepat.
Cadangan penambahbaikan Tiada
Soalan 14

Pilih ayat-ayat yang menggunakan sama maksud dengan ayat yang diberikan.

Keindahan flora dan fauna yang belum tercemar menjadi daya penarik kepada
pelancong untuk ke Taman Negara.

A Kecantikan flora dan fauna menjadi daya penarikan kunjungan pelawat ke


Taman Negara.
B Pelancong datang ke Taman Negara kerana tertarik dengan keindahan flora
dan fauna yang belum terusik.
C Faktor flora dan fauna yang belum tercemar di Taman Negara menjadi daya
penarik kepada pelancong.
D Keindahan flora dan fauna di Taman Negara sangat diminati pelancong
menjadi daya penarik.

Jenis soalan Objektif aneka pilihan : Ayat Cakap Ajuk


Aras soalan Analisis dan menilai
Komponen stimulus, stem, Sesuai
pilihan jawapan, pengganggu Kuat
Pengganggu berjaya membuat murid berfikir lama untuk
mengenal pasti pilihan jawapan yang paling tepat.
Cadangan penambahbaikan Tiada

Soalan 15 dan 16

Pilih ayat yang betul.

Soalan 15

A Sarah menyiram pokok bunga itu di setiap petang.


B Afgan menyanyi dengan suara yang sangat gebu.
C Bangunan tiga tingkat itu roboh kerana sudah terlalu usang.
D Encik Mail membeli dua helai tiket untuk menonton wayang.
Jenis soalan Objektif aneka pilihan : Ayat Majmuk
Aras soalan Analisis dan menilai
Komponen stimulus, stem, Sesuai
pilihan jawapan, pengganggu sederhana
Pengganggu berjaya membuat murid berfikir untuk
mengenal pasti pilihan jawapan yang paling tepat.
Cadangan penambahbaikan Tiada

Soalan 16

A Faridah ialah murid yang paling tertinggi di dalam kelasnya.


B Semua pihak hendaklah mematuhi undang-undang negara.
C Kakak akan mendaftar di universiti pada hujung minggu lepas.
D Siti membuang beberapa ketul nasi yang melekat di pipinya.
Jenis soalan Objektif aneka pilihan : Ayat Majmuk
Aras soalan Analisis dan menilai
Komponen stimulus, stem, Sesuai
pilihan jawapan, pengganggu Kuat
Pengganggu berjaya membuat murid berfikir untuk
mengenal pasti pilihan jawapan yang paling tepat.
Cadangan penambahbaikan Tiada

Soalan 17 hingga 20

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Jenis soalan Objektif aneka pilihan : Frasa Ayat


Aras soalan Analisis dan menilai
Komponen stimulus, stem, Sesuai
pilihan jawapan, pengganggu Lemah
Tiada masalah
Cadangan penambahbaikan Tiada

Jenis soalan Objektif aneka pilihan : Ayat Tanya


Aras soalan Analisis dan menilai
Komponen stimulus, stem, Sesuai
pilihan jawapan, pengganggu Sederhana
Pengganggu berjaya membuat murid berfikir untuk
mengenal pasti pilihan jawapan yang paling tepat.
Cadangan penambahbaikan Tiada

Jenis soalan Objektif aneka pilihan : Ayat Majmuk


Aras soalan Analisis , menilai dan menghubungkait
Komponen stimulus, stem, Sesuai
pilihan jawapan, pengganggu Kuat
Pengganggu berjaya membuat murid berfikir lama untuk
mengenal pasti pilihan jawapan yang paling tepat.
Cadangan penambahbaikan Tiada

Jenis soalan Objektif aneka pilihan : Ayat Sama Maksud


Aras soalan Analisis dan menilai
Komponen stimulus, stem, Sesuai
pilihan jawapan, pengganggu Kuat
Pengganggu berjaya membuat murid berfikir lama untuk
mengenal pasti pilihan jawapan yang paling tepat.
Cadangan penambahbaikan Tiada
BAHAGIAN C : Penulisan esei [20%]

Tujuan :
Tujuan tugasan ialah untuk menilai kebolehan anda menggubal instrumen pentaksiran

1.0 Pengenalan

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah menggantikan Kurikulum


Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) sejak dari tahun 2010. Dalam KSSR terdapat
pentaksiran yang melibatkan semua murid dalam tahun yang dinilai. Pentaksiran
Berasaskan Sekolah melibatkan beberapa kemahiran utama iaitu kemahiran membaca,
menulis, mendengar dan menulis dalam bahasa Melayu. Kemahiran Bahasa
merupakan teras penguasaan bahasa baku. Membaca melibatkan dua faktor iaitu
pemahaman dan interpretasi idea yang dilambangkan melalui penulisan. Pandangan
ini memberi pengertian bahawa aktiviti membaca berlaku secara serentak dalam
perlakuan manusia yang akan melibatkan memahami. Zulkifley Hamid (2007),
menyatakan bahawa proses menguasai kemahiran membaca dan memahami bukanlah
suatu pekerjaan yang mudah berbanding dengan proses dengar-tutur. Penguasaan
kemahiran bahasa memerlukan kepelbagaian situasi dan konteks yang meliputi bentuk
prosa, puisi, dan grafik.

1.1 Rasional Pemilihan Kemahiran Bahasa, Pernyataan Standard, Deskriptor &


Evidens
Pemilihan kemahiran bahasa, pernyataan standard, deskriptor dan evidens ini
berdasarkan penilaian penguasaan murid berdasarkan hasil pembelajaran yang telah
ditentukan. Murid yang diajar telah melalui proses dan pembelajaran standard
kandungan yang telah ditetapkan.
Kemahiran Bahasa dalam pembinaan instrumen dipilih berdasarkan ,tajuk
-tajuk yang dinilai ,peringkat kebolehan murid yang dinilai kewajaran aras kesukaran
- mudah, sederhana, sukar.
Standard Prestasi merupakan satu penyataan yang menerangkan tentang
pencapaian atau penguasaan seseorang pelajar dalam sesuatu bidang yang telah dilalui
dalam tempoh pembelajaran berdasarkan satu petanda aras yang telah dikenal pasti .
Ia menjadi sumber rujukan oleh semua pihak yang terlibat dalam pendidikan secara
langsung dan tidak langsung seperti pelajar , ibubapa serta pihak yang
berkepentingan.
Dengan menggunakan standard prestasi, murid tahu dengan jelas apa yang perlu
dikuasai atau dicapai, apa yang ditaksir dan kualiti yang diharapkan dalam sesuatu
pentaksiran. Seterusnya, guru tahu maklumat yang akan dicapai dalam pendidikan
murid di sekolah dan apa yang ditaksir dan kualiti yang harus ada pada murid.
Dengan itu, ibu bapa tahu apa yang telah dikuasai atau dicapai oleh anak-anak mereka
selepas melalui proses pendidikan untuk sesuatu tempoh tertentu. Pihak yang
berkepentingan tahu hasrat dan matlamat kurikulum dan sistem pendidikan negara
dan kualiti yang ada pada murid yang keluar daripada sistem pendidikan tersebut.

1.2 Definisi Dan Ciri-ciri Deskriptor &Eevidens

Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh
buat berdasarkan standard di mana kualiti boleh ditaksir dan dicapai. Manakala
Evidens pula merupakan bahan bukti yang perlu diuruskan secara sistematik mengikut
keputusan Jawaatankuasa PBS.

Evidens bermaksud bagaimana murid menunjukkan apa yang dia tahu dan
boleh buat.( yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi
sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi dan ujian amali).

BAND KETREANGAN
Band 1 Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau
memberi respon terhadap perkara asas.( Tahu )
Band 2 murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi
atau menterjemahkan serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.
( Tahu dan Faham )
Band 3 Murid boleh menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu
kemahiran pada suatu situasi.
( Tahu , Faham dan Boleh Buat )
Band 4 Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab seperti
tertib atau melaksanakan sesuatu mengikut prosidur / arahan secara
sistematik.
( Tahu , Faham dan Boleh buat dengan beradab ).
Band 5 Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab pada situasi
baru dengan mengikut prosidur / arahan secara sistematik serta tekal
dan bersikap positif.
( Tahu , Faham dan Boleh buat dengan beradab Terpuji ).
Band 6 Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif,
mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi
permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh
berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat
menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan
menjadi contoh secara tekal.
( Tahu , Faham dan Boleh Buat dengan beradab Mitali ).

Ciri-ciri evidens adalah evidens yang dikemukakan hendaklah relevan dan


menggambarkan penguasaan atau pencapaian standard yang telah ditetapkan.
Autentik iaitu murid dapat membuktikan evidens yang dikutip adalah hasil kerja
sendiri. Kecukupan iaitu evidens yang dikumpul mencukupi untuk menunjukkan
kemampuan murid. Semasa iaitu evidens dapat membuktikan murid dapat membuat
tugasan mengikut piawaian semasa. Tekal iaitu evidens yang dikumpul dapat
membuktikan ketekalan perlakuan dengan membuktikan keputusan yang sama diberi
oleh pentaksir yang berlainan.
2.0 Penggubalan Instrumen

Dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), saya telah memilih kemahiran


menulis untuk menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran serta tahap
penguasaan murid-murid dalam kemahiran tertentu. Murid yang ditadbir hanya
seramai empat orang. Ini memudahkan saya untuk mengenal pasti keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran saya dengan lebih cepat serta tersusun. Kemahiran
menulis ini amat menitikberatkan kepada pembinaan dan menulis huruf, suku kata
dan juga perkataan.

Murid-murid digalakkan untuk berfikir secara kritis dan kreatif dalam


pembelajaran kemahiran menulis ini. Kemahiran menaakul maklumat yang diberikan
juga merupakan proses yang baru yang diperkenalkan dalam pentaksiran berasaskan
sekolah (PBS) ini. Penggunaan deskriptor yang mudah juga dapat membantu murid-
murid dalam menguasai kemahiran menulis ini. Deskriptor yang baik akan dapat
murid-murid dalam memahami serta menyelesaikan masalah dalam PBS. Ciri-ciri
yang baik ini dapat juga membantu guru-guru dalam menentukan tahap pencapaian
objektif yang dirancang serta menilai kebolehan murid-murid.

Manakala evidens yang saya gunakan dalam membina instrumen-instrumen


ini

adalah kemahiran yang telah dipelajari oleh semua murid dalam kemahiran menulis.
Saya telah menggunakan evidens yang mudah dan sesuai dengan tahap kebolehan
murid-murid. Ini bagi memudahkan murid-murid untuk menjawab soalan yang
disediakan dan dapat menguasai kemahiran yang dinilai. Proses ini dapat membantu
dalam pembinaan instrumen yang baik serta sesuai dengan murid-murid.

2.1 Proses pembinaan instrumen

Pembinaan intrumen dimulakan dengan mengenal kemahiran yang ingin


dinilai kepada murid-murid. Kemahiran yang sudah dikenal pasti adalah kemahiran
menulis. Setiap kemahiran yang dinilai perlu mengikut tahap penguasaan murid-murid.
Oleh itu, saya telah menggunakan deskriptor yang sesuai dalam pembinaan instrumen
ini. Dalam kemahiran yang dinilai saya telah membina dua instrumen yang
membolehkan murid-murid untuk menaakul kemahiran serta maklumat dalam
instrumen tersebut.

Instrumen yang dibina oleh saya menggunakan format mengisi tempat kosong
dengan perkataan yang sesuai dan membina perkataan daripada huruf-huruf yang
diberi serta menjadikan struktur ayat mudah lengkap dan betul. Penentuan format ini
adalah bersesuaian dengan kemampuan murid-murid untuk menguasai kemahiran
menulis. Kebarangkalian untuk murid-murid menjawab dengan betul adalah lebih
tinggi daripada murid yang tidak dapat menjawab soalan atau instrumen yang
disediakan. Murid-murid akan dapat menguasai kemahiran menulis yang akan dinilai
oleh saya dalam PBS ini. Format instrumen yang saya gunakan ini juga mengambil
kira kepada tahap penguasaan murid-murid. Kefahaman tentang apa yang akan dinilai
akan dapat membantu murid-murid dalam menjawab instrument yang di sediakan.

Perbincangan di kalangan guru-guru bahasa Melayu juga dapat membantu


saya dalam menentukan format instrumen yang akan saya bina. Dengan cara ini, saya
dapat mengenal pasti masalah atau kekurangan instrumen yang saya bina. Penilaian
PBS ditentukan dengan murid-murid dapat menulis dengan betul perkataan dan juga
melengkapkan ayat supaya menjadi ayat yang lengkap. Semua format ini telah saya
gubal dan dibantu oleh penambahbaikkan oleh guru bahasa Melayu sekolah saya. I

Instrumen yang telah ditentukan formatnya akan terlebih dahulu dibacakan


oleh saya berulang kali. Ini bagi memastikan tiada kesalahan daripada segi perkataan
atau huruf yang digunakan. Penggunaan kosa kata yang sesuai juga membolehkan
murid-murid menjawab dengan cepat dan menguasai kemahiran menulis ini. Dalam
buku teks dan buku aktiviti, banyak diberikan contoh yang sesuai untuk membina
instrumen yang baik. Saya hanya perlu mencari serta menggubal soalan yang
bersesuaian dengan tema dan tajuk yang telah disenaraikan dalam kedua-dua buku ini.
Sumber yang digunakan amat penting dan tidak terkeluar daripada landasan asal
dalam kemahiran menulis bahasa Melayu. Standard kandungan dan juga standard
pembelajaran membantu saya dalam mengenal pasti deskriptor serta evidens yang
sesuai untuk instrumen ini. Tahap kesukaran instrumen juga dapat dikenal pasti
melalui kedua-dua standard yang telah diberikan. Kefahaman dalam membina
instrumen akan menumpukan kemahiran yang lebih khusus dan terperinci.
2.2 Keputusan Tentang Format
Dalam pentaksiran kemahiran menulis ini, murid-murid yang mengambil ujian
tersebut adalah murid tahun 2 seramai 4 orang. Semasa instrumen ini yang saya bina,
murid-murid dibacakan terlebih dahulu soalan yang diberikan. Murid tahun dua ini
kelihatan begitu faham dengan apa yang saya bacakan kepada mereka. Ujian ini
dijalankan selepas saya mengajar kemahiran menulis serta kemahiran membaca
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Dapatan hasil ujian yang telah saya lakukan kepada murid tahun dua ini adalah

seperti dalam jadual di bawah.

Instrumen 1

Bil. Nama murid Jawapan betul Jawapan salah

1. CHEAH ZHI SUAN 11/12 1

2. HENG WEI JIAN 10/12 2

3. TEE EN CI 12/12 Tiada

4. KEE AN YI 12/12 Tiada


Instrumen 2

Bil. Nama murid Jawapan betul Jawapan salah

1. CHEAH ZHI SUAN 5/5 Tiada

2. HENG WEI JIAN 4/5 1

3. TEE EN CI 5/5 Tiada

4. KEE AN YI 5/5 Tiada

Setelah ujian pentaksiran ini dilaksanakan kepada murid – murid saya telah
dapat mengenal pasti tahap penguasaan mereka. Keputusan ujian ini dapat
memperlihatkan tahap penguasaan murid-murid dalam kemahiran menulis. Murid-
murid ini mengikut arahan saya sebelum mereka menjawab soalan atau instrument ini.
Hasil daripada pemerhatian saya didapati bahawa murid-murid telah menguasai
kemahiran menulis. Saya juga memberikan murid-murid peluang untuk membacakan
petikan yang telah dilengkapkan dengan perkataan yang sesuai.

Pentaksiran yang telah dijalankan kepada murid tahun dua ini telah dapat
mencapai objektif yang saya inginkan. Semua murid dapat menulis perkataan
daripada huruf-huruf dan juga melengkapkan ayat dengan perkataan yang sesuai.
Oleh itu, pentaksiran ini berjaya dengan jayanya. Keputusan murid-murid amat
menggalakkan dan begitu cemerlang. Murid tahun dua yang tidak dapat hadir pada
hari ini akan dinilai untuk mengenal pasti tahap penguasaan mereka dalam kemahiran
menulis bahasa Melayu. Pentaksiran ini akan terus dijalankan dari masa ke semasa
dan bersesuaian dengan tahap penguasaan kemahiran murid-murid. Instrumen yang
digubal boleh membantu murid-murid dalam menguasai kemahiran berbahasa.
2.3 Sumber-sumber Yang Digunakan

Dalam pembinaan instrumens pentaksiran ini , sumber utama yang digunakan


adalah Dokumen Standard Bahasa Melayu Tahun 2, Buku Panduan Guru Bahasa
Melayu Tahun 2 dan Dokumen Standard Prestasi Bahasa Melayu Tahun 2.

Penggunaan bahan rujukan ini sebagai menepati kehendak Kurikulum


Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang telah ditetapkan. Bahan rujukan ini menjadi
panduan bagi penentuan kemahiran yang telah didedahkan kepada murid serta dapat
menentukan tahap pencapaian murid. Dari aspek itu memudahkan pembinaan
instrumen pentaksiran yang dikehendaki.

Dokumen Standard Bahasa Melayu dapat ditentukan Standard Kandungan dan


Standard Kandungan yang telah dilalui oleh murid. Manakala Standard Prestasi
Bahasa Melayu dapat ditentukan evidens yang harus dibina bagi menjalankan
pentaksiran kepada murid . Contohnya, B2 DT1 E2 (Band 2, Deskriptor Tulisan 1,
Evidens 2)

Penggunaan buku teks sebagai bahan rujukan . Buku teks terdapat bahan-
bahan yang telah ditetapkan mengikut Dokumen Standard yang telah ditetapkan.
Latihan dan teknik pengajaran telah disediakan di dalam buku teks Bahasa Melayu
Tahun 2. Buku-buku rujukan yang terdapat di pasaran. Buku-buku ini dapat
menambahkan dan memudahkan pembinaan instrumen yang hendak dijalankan.
I N S T R U M E N P E N TA K S I R A N S TA N D A R D P R E S TA S I
B A H A S A M A L AY S I A TA H U N 2
Nama : ___________________ Ta r i k h : _ _ _ _ _ _ _ _ _ _
Kelas : 1 _________

ARAHAN : Baca perkataan dan tulis di bawah gambar yang betul.

radio rebana cincin

kuda syiling sotong

1 2 3

4 5 6

Langkah pentaksiran:
 M i n t a m u r i d m e m b a c a k a d p e r k a t a a n y a n g d i p a m e r.
 Minta murid menulis perkataan pada gambar yang diberi
pada lembaran kerja. B2 DT1 E2
43

B2 DT1 E2

INSTRUMEN PENTAKSIRAN STANDARD PRESTASI


BAHASA MALAYSIA TAHUN 1

Nama : ___________________ Tarikh:__________


Kelas : 1 _________
ARAHAN : Salin semula ayat di bawah dengan meletakkan tanda baca
yang betul.

1. bapa ali membaca surat khabar


________________________________________

2. adik bermain di padang


________________________________________

3. kakak minum jus limau


________________________________________

4. ibu miza masak gulai ikan

Langkah pentaksiran:
Minta murid menulis semula ayat yang diberi dengan meletakkan tanda
baca yang betul.

________________________________________

5. haris menonton televisyen


________________________________________

Langkah pentaksiran:
Minta murid menulis semula ayat yang diberi dengan meletakkan tanda
baca yang betul.

Instrumen Rujukan: B2 DT1 E2

Unit Unit 11: Sambutan Hari Kanak-kanak

(Buku Teks: m/s 56, 16)

Deskriptor B2 DT1 Membina dan menulis dengan betul

Evidens B2 DT1 E2 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi diftong,

vokal berganding, digraf, dan konsonan bergabung.

Cantumkan kad-kad suku kata bagi membentuk perkataan yang mengandungi


diftong, vokal berganding, digraf, dan konsonan bergabung. Kemudian,
lengkapkan petikan di bawah dengan perkataan yang sesuai.
[SP: 3.3.1]

mis Kha ib na
1. 4.

nyak ba ngan ta

2. sai se le 5. ri me ah

3. 6.
Sekolah Kebangsaaan Puchong Jaya mengadakan Sambutan Hari Kanak-kanak pada
hari(7) ________________ ini. Tujuan sambutan ini adalah untuk meraikan kanak-kanak di
sekolah itu. Sambutan Hari Kanak-kanak sangat (8) ________________________. Ada (9)
_____________________ aktiviti yang diadakan. Murid-muird hadir dengan keluarga
masing-masing.

Afifah dan Samad menyertai pertandingan menyanyi lagu kanak-kanak. Afifah


mendapat (10) _________________________ johan dalam pertandingan tersebut. Seok Ling
dan Shanti menyertai pertandingan kraf (11) __________________________________.

Setelah semua aktiviti (12)......................................................... , murid menjamu


selera di kantin sekolah.

SP: 3.3.1 Membina dan menulis perkataan dan frasa dengan cara yang betul
dan
kemas.
.
Pentaksiran: Menguasai Belum menguasai
Instrumen 2

Instrumen Rujukan: B1 DT1 E1

Unit Unit 4: Jagalah Kebersihan

(Buku Teks: m/s 21, 7)

Deskriptor B1 DT1 Menulis perkataan dan ayat

Evidens B1 DT1 E1 Menulis perkataan yang mengandungi dua dan tiga suku kata

Lengkapkan ayat berdasarkan gambar. [SP: 3.2.4]

menggosok kuku bersih tangan membilas

1.

Anis mencuci _______________________ sebelum makan.

Adam _________________________ tangannya dengan air


bersih.

Danial memakai baju yang _____________________ selepas


mandi.
2.

3.

Danial memakai baju yang _____________________ selepas


mandi.

4.

Yee Fan __________________________ gigi selepas bangun


daripada tidur.

5.
Sarmila sedang mengetip _________________________nya
supaya pendek dan bersih.

SP: 3.2.4 Menulis pelbagai perkataan dan frasa yang mengandungi perkataan dua
atau lebih suku kata, diftong, vokal berganding, digraf, dan konsonan
bergabung dengan cara yang betul dan tulisan yang kemas.

Pentaksiran: Menguasai Belum menguasai

LAMPIRAN