Anda di halaman 1dari 13

EMM 333 METEDOLOGI Past Year Question

1. Mei’15

Langkah-lanngkah yang terlibat dalam satu proses penulisan karangan dalam bilik darjah Bahasa Melayu
adalah berikut:

1. Merangka karangan
 Baca soalan dengan jelas sebelum merangka karangan.
 Pilih tajuk yang kita ada paling banyak maklumat atau yang kita pernah buat persediaan.

 Keluarkan pengalaman dan pembacaan yang lalu.


 Ada intro, isi dan penutup.

2.   Karangan berbentuk fakta

 Cari contoh yang terbaik berkaitan dengan fakta yang diberikan.


 Contoh global atau universal lebih diutamakan.
 Gunakan peribahasa, pantun atau kata-kata hikmah orang ternama untuk membuat
karangan lebih menarik
 Beri huraian yang lengkap dan padat
 Tidak berulang-ulang dalam mengemukakan isi
 Perbahasan dan hujah hendaklah matang
 Isi terkini.

 3.  Karangan berbentuk cerita

 Jalan cerita hendaklah menarik.


 Ada watak yang menarik
 Ada perkembangan watak.
 Ada klimaks.
 Bayangkan diri anda terlibat di dalam situasi cerita tersebut.
  Ada pengajaran yang bermanfaat dari cerita tersebut.
 Berhati-hati dengan tanda bacaan
2. Mei’16 Ogos’15

a. Guru menjalankan pdp yang menarik perhatian murid.

b. Tajuk menulis berkaitan kehidupan murid.

c. Guru menggunakan pelbagai kaedah pengajaran seperti bercerita, berlakon, perbincangan


ban sebgaianya untuk menggalakkan murid menulis.

3. Mei’15

 Peringkat Awal
(a) Mengecam, mengajuk dan memilih bunyi.
(b) Mendengar dan mengecam makna perkataan, rangkai kata dan ayat-ayat.
(c) Melakukan sesuatu yang disuruh.
(d) Menjalankan perintah dan permintaan.
(e) Bertindak terhadap soalan-soalan mudah.
(f) Mengingat dan memadankan perkataan dan ayat-ayat mudah secara tepat.
 Peringkat pertengahan
(a) Mengecam dan mengingat fakta dan butiran secara tepat dan terperinci.
(b) Mengenal maklumat khusus.
(c) Mengesan urutan.
(d) Mengenal sebab dan akibat.
(e) Mengenal perhubungan orang–orang yang berinteraksi.
(f) Mengenal sikap dan perasaan orang yang bercakap.
(g) Mengingat dan memadankan perkataan dan ayat-ayat mudah secara tepat.
 Peringkat maju
(a) Mengenal isi-isi penting.
(b) Mengetahui peranan dan perhubungan orang yang bercakap.
(c) Memberitahu fungsi tekanan dan intonasi.
(d) Mentafsirkan maksud orang yang bercakap.
(e) Mengikut aliran dalam dialog atau perbualan.
(f) Mencari jalan mengatasi masalah yang didengar.
(g) Mentafsirkan tujuan penutur menggunakan berbagai-bagai bentuk struktur
tatabahasa.mereka.

4. Mei’15 Jan’15 Jan’16

Kaedah pengajaran BM ialah aktiviti bersoal jawab yang selalu digunakan oleh guru dalam
pengajaran dan pembelajaran (pdp) di kelas. Aktiviti ini merupakan latihan lisan sama ada
berdasarkan petikan yang dibaca ataupun senarai gambar yang disediakan. Murid-murid
dikehendaki menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru secara lisan dalam latihan ini.
Dalam penghasilan pula, murid-murid diberi petikan untuk dikaji. Kemudian, murid-
murid dikendaki menghasilkan petikan itu semula dengan menggunakan perkataan atau struktur
mereka sendiri. Dalam hal ini, aspek kemahiran lisan iaitu mendengar dan bertutur jauh lebih
penting daripada menghasilkan karangan bertulis. Ia juga boleh melatihkan murid berfikir secara
KBAT serta memberikan pandangan sendiri.

5. Mei’16

Kaedah Abjad/ Huruf merupakan kaedah yang paling biasa digunakan dalam mengajar mengeja dan
membaca perkataan. Kaedah ini mementingkan kanak-kanak mengenal nama-nama huruf dari a sampai z.
Kekuatan kaedah ini adalah kerana sesuai dengan binaan perkataan bahasa Melayu yang terdiri

 
daripada suku kata yang tetap bunyinya. Kaedah VAK ini menggabungkan deria penglihatan dan
pendengaran dengan tulisan (kinestetik atau pergerakan). Dalam kaedah ini, murid melihat dan
menyebut perkataan sambil menulis perkataan itu berdasarkan ingatannya.

Perbezaan anatara dua keadah ini ialah murid memerhati perkataan yang hendak dipelajari , baru
dapat menyebut perkataan itu. Selepas iru, murid cuba menulis perkataan itu berdasarkan
ingatannya, dan bandingkan hasil tulisan dengan perkataan asal.

6. Mei’16 Mei’17 Ogos’15 Jan’17

Aspek-aspek yang perlu diambil perhatian untuk mencapai matlamat ialah guru merupakan sumber
utama bagi membolehkan input pemahaman berlaku dalam bahasa sasaran, iaitu bahasa yang diajarkan
kepada muridmurid, dalam konteks ini ialah bahasa Melayu. Masa di dalam kelas diperuntukkan
sepenuhnya kepada aktiviti memberikan input untuk penguasaan bahasa. Guru disarankaan
memberikan arus input, bahasa yang tekal (constant), sambil memberikan klu yang berupa panduan
bukan bahasa untuk membimbing murid mentafsir input tersebut.  Antara bahan-bahan bantu
mengajar yang diperlukan bagi pendekatan natural ialah brosur, iklan, peta, jadual dan buku-buku yang
sesuai dengan tahap keupayaan dan kebolehan murid. Permainan secara umumnya juga berguna untuk
dijadikan sebagai bahan-bahan sokongan dalam bilik darjah.

Mei’16 Mei’17 Ogos’15 Jan’17

Tujuan latih tubi sebutan dijalankan untuk melatih murid-murid terutamanya murid menguasai
bunyi-bunyi bahasa, sebutan dan pola ayat berdasarkan bahagian-bahagian dialog yang akan
ditiru dan dihafaz oleh murid ialah Latih Tubi Pasangan Minimal. Guru boleh menyediakan
senarai perkataan yang mungkin menimbulkan masalah sebutan, dan pasangan minimal yang
boleh menghasilkan makna yang berbeza, kemudian meminta murid menyebutkan berulang-
ulang kali sehingga mahir dan hafaz.
Contoh senarai perkataan
Labu – Rabu dada - lada
beli - beri tadi - lari

7. Mei’16

Bermula daripada sekolah rendah, iaitu semenjak murid berada pada peringkat prasekolah
atau tahun satu. Penekanan adalah kepada persembahan input pemahaman dalam bahasa
sasaran. Dalam hal ini guru harus memberikan fokus kepada barangbarang atau objek yang
ada di dalam kelas.  Peranan murid berubah mengikut tahap perkembangan linguistik
mereka. Pada peringkat sebelum produksi, murid melibatkan diri dalam aktiviti bahasa
tanpa perlu bertindak balas dalam bahasa sasaran. Murid boleh berlakon atau melakonkan
aksi berdasarkan arahan fizikal, mengenal pasti rakan berdasarkan deskripsi guru,
mempamerkan gambar dan sebagainya.  Pada peringkat awal produksi murid bertindak
balas terhadap soalan-soalan pendek dengan menggunakan perkataan atau frasa-frasa
pendek, memenuhi carta dengan menggunakan pola perbualan yang ditentukan. Contoh:
Siapa nama awak? , apa khabar? , dan sebagainya. Pada tahap melontarkan kata-kata ,
murid melibatkan diri dalam aktiviti main peranan, sumbang saran, permainan dan
memberikan pendapat dan maklumat secara personal serta melibatkan diri dalam kumpulan
dan aktiviti menyelesaikan masalah.

8. Mei’16 Mei’17 Ogos’15 Jan’17

Tahap terendah ialah literal. Dari segi bahasa, literal bermaksud berasaskan makna
sebenar atau makna biasa kata-kata yang digunakan; tegasnya bukan makna kiasan atau
makna yang tersirat. Tahap ini hanya memerlukan proses pemikiran biasa. Pembaca hanya
perlu mengingat dan menyatakan apa-apa yang terdapat dalam teks Sebagai contoh,
jawapan terhadap soalan-soalan yang berikut hanya memerlukan proses pemikiran literal
yang sangat mudah:
1. Apakah peristiwa yang berlaku pada petang itu?
2. Di manakah peristiwa itu berlaku?
3. Pukul berapakah peristiwa itu berlaku?

Tahap yang kedua ialah inferens. Dari segi bahasa, inferens bermaksud kesimpulan yang
dibuat berdasarkan fakta atau asas tertentu. Antara kemahiran pemahaman yang terlibat
ialah menyatakan sebab akibat, membanding beza, mengesan tujuan penulis, mengesan
idea tersirat, membuat analogi, dan membuat ramalan. Contohnya,

a) Pada pendapat kamu,mengapakah murid patut mematuhi peraturan sekola?

Kemahiran berfikir secara kritis adalah kemahiran berfikir untuk membuat penilaian tentang
sesuatu data atau maklumat. Pemikir memerlukan kemahiran untuk membuat analisis data atau
maklumat yang hendak dikritisnya dengan cara membanding,  membeza, menyusun atur,
mengkelas, mengenal pasti sebab dan akibatnya. Contohnya,
a) Namakan tiga jenis nutrient dalam pemakanan.
b) Terangkan maksud diet seimbang.

9. Mei’17 Jan’17

a. Guru menjalankan pdp yang menarik perhatian murid.

b. Tajuk menulis berkaitan kehidupan murid.

c. Guru menggunakan pelbagai kaedah pengajaran sep

10. Mei’15

Teknik drama ini adalah untuk membolehkan pelajar memperoleh pengalaman dan kemahiran
mementaskan drama serta berteater. Kedua; menggunakan aktiviti drama sebagai salah satu
teknik mengajar bahasa. Ketiga; menghayati seni dan budaya masyarakat serta menyuburkan
daya kreativiti dan inovasi pelajar terhadap kehidupan. Teknik ini juga banyak membantu
kemahiran komunikasi murid. Di samping teknik ini, guru boleh menggabungkannya
dengan teknik-teknik yang lain bagi menampung kekurangan dan kelemahan yang
terdapat di dalam sesuatu teknik. Pemilihan teknik yang berfokuskan kepada pelajar di
samping aktiviti-aktiviti yang memberi ruang dan peluang kepada pelajar terlibat secara
aktif dalam aktiviti yang dijalankan adalah bertujuan untuk memastikan pelajar boleh
bertutur dengan baik dalam bahasa kedua.

11. Ogos’15 Jan’17

Pembelajaran secara tidak formal dalam persekitaran yang baik dapat membantu pelajar mendengar
dengan berkesan dan menjadikan penutur dan pendengar saling memperteguhkan kefahaman terhadap
mesej yang diterima.  Pelajar boleh menguasai perbualan dengan penutur natif bagi bahasa yang anda
sedang pelajari (mendengar interaktif) seperti mendengar radio, menghadiri kuliah, menonton televisyen
dan filem dalam bahasa kedua (mendengar tidak interaktif). alam pembelajaran bahasa melalui
kemahiran mendengar, bahan yang digunakan perlulah selaras dengan objektif pembelajaran serta tahap
pembelajaran pelajar.  Jika penguasaan bahasa pelajar berada tahap permulaan atau pertengahan,
pelajar digalakkan menggunakan bahan video terlebih dahulu sebelum menggunakan bahan audio. 
Tujuannya agar pelajar mendapat gambaran secara umum tajuk yang akan dipelajari.  Sementara bahan
yang memasukkan bahan visual akan memudahkan pelajar mengikuti perkara yang diucapkan.  
Guru boleh memulakan pengajaran dengan menggunakan segmen televisyen yang pendek  berdasarkan
topik yang biasa didengar yang dibantu dengan visual.  Kaedah ini akan menjadikan pertuturan lebih jelas
dan dapat di sampaikan dengan berkesan.  Contohnya penggunaan rakaman iklan, pengumuman,
laporan cuaca, temu bual atau berita ringkas.   Selain itu, pelajar  juga boleh menonton rancangan yang
lebih panjang masanya, seperti tayangan filem dengan klu visual yang baik agar boleh membantu
memahami perkara yang diucapkan.  Jika pelajar telah mahir, mereka boleh mendengar bahan yang
lebih kompleks seperti kuliah, ucapan, diskusi profesional, filem, dan apa sahaja program radio atau
televisyen.
11. Ogos’15

Dalam strategi pdp kemahiran dan bertutur, guru perlu menetapkan objektif yang perlu
dicapai oleh murid dengan merujuk kepada Standard kandungan dan Standard
Pembelajaran kemahiran Mendengar dan Bertutur kerana memastikan pdp kemahiran dan
bertutur menjalankan dengan berkesan. Hal ini dapat mengikuti kemampuan dan tahap
murid berdasarkan peringkat awal, pertengahan dan maju. Guru dapat menyediakan bahan
bantu mengajar mengikuti standard kandungan lebih awal dan baik.

12. Jan’15 Jan’16

Terdapat dua jenis kemahiran meendengar. Yang pertama adalah mendengar secara
aktif. Mendengar secara aktif ini dikenali juga sebagai mendengar secara interaktif.
Mendengar secara aktif melibatkan kedua-dua belah pihak iaitu penutur dan pendengar.
Masing-masing berperanan secara aktif semasa sesi perbualan tersebut. 
Semasa aktiviti mendengar aktif, seseorang itu boleh mencelah dengan mengemukakan
soalan tambahan bagi mencari penjelasan, pengulangan ataupun mengucapkan semula.
Jadi, pelajar tidaklah merasa tidak dilibatkan semasa perbualan di dalam kelas. Mereka
berpeluang mempraktikkan mendengar secara interaktif melalui perbualan dalam kelas
biasa yang dapat membantu penguasaan kemahiran itu. 
Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar, masa yang sedikit
diperuntukkan tidak dapat membantu pelajar secara maksimum penguasaan kemahiran
itu. Pelajar tidak berpeluang menjadi pendengar yang baik. Hal ini disebabkan guru lebih
banyak meperuntukkan isi pengajarannya bagi menyediakan pelajar dengan keperluan
penguasaan kemahiran yang berkaitan dengan peperiksaan. Penekanan ini juga
menjadikan pelajar diabaikan dalam aspek kemahiran mendengar. Penguasaan untuk
menguasai kemahiran mendengar secara efektif yang terbatas boleh mengakibatkan
pelajar tersebut gagal dalam mengaplikasikan kemahiran mendengar tersebut dalam
kehidupan seharian 

13. Jan’15 Jan’16


14. Jan’15

Apabila murid menyebut, tumpuan diberikan kepada 5 aspek kebolehan menggunakan


bahasa iaitu;

a. Sebutan (accent) -menyebut patah-patah perkataan atau sukukata dengan betul


termasuk intonasi yang membawa makna dalam sesuatu situasi.

b. Tatabahasa (grammar)  Penggunaan bahasa yang tepat mengikut hukum-hukum bahasa


daripada semua aspek

c. Perbendaharaan kata (vocabulary)  Meluaskannya dengan penggunaan imbuhan yang


sesuai mengikut konteksnya dalam situasi tertentu.

d. Kefasihan (fluency)  Aspek kefasihan menentukan bukan sahaja murid boleh bertutur
dengan baik, lancar dan berkesan, sebaliknya boleh membunyikan kata atau menyebut
perkataan dalam ayat dengan jelas dan betul.

e. Kefahaman (comprehension)  Latihan memahami soalan dan memberikan jawapan yang


wajar.  Teknik ini dikenali juga dengan teknik menghafaz.  Antara kelemahan teknik ini
ialah ia menghadkan kebebasan berfikir dan menumpukan daya kreativiti murid.  Namun
begitu, teknik ini amat berguna dan sesuai untuk isi kandungan pengajaran yang
memerlukan ikutan dan ulang
15. Jan’15

a) Murid menjadi ahli komuniti.

b) Memastikan murid belajar cara berkomunikasi dengan menggunakan bahasa yang


sesuai.

c) Berkait rapat dengan amalan pengajaran bahasa asingyang disebut sebagai teknik
kemanusiaan. Teknik ini menganggap murid sebagai manusia yang mempunyai emosi
dan perasaan di samping pengetahuan linguistik dan kemahiran tingkah laku.

16. Jan’16

Foktor-foktor yang mempengaruhi kesediaan membaca kanak-kanak ialah kematangan, kemahiran asas,
pengalaman sedia ada , motivasi dalaman dan perhatian.

a. Kematangan

Kematangan merujuk kepada perubahan yang berlaku hasil daripada perubahan fizikal dan
biologi dalam badan individu.

b. Kemahiran asas dan pengalaman sedia ada

Sebelum mempelajari sesuatu ilmu atau kemahiran baharu, murid hendaklah memperoleh
kemahiran asas atau pengajaran berkaitan.

c. Motivasi dalaman

Motivasi dalaman juga disebut dengan motivasi litrinsik. Motivasi dalaman berkaitan rapat
dengan sikap dan minat murid.

d. Perhatian

Perhatian dan perumpuan murid yang tinggi dapat meningkatkan kesediaan belajar murid.
17. Jan’16

a) Memberikan maklumat tentang matlamat khusus mereka supaya aktiviti penguasaan


bahasa boleh ditumpukan kepada topik atau situasi yang paling relevan dengan keperluan
mereka.

b) Memgambil bahagian yang aktif untuk pemerolehan input pemahaman mereka belajar
dan menggunakan teknik perbualan pengurusan untuk mencetuskan input.

c) Menentukan masa untuk memulakan penghasilan pertuturan dan mempertingkatkannya.

d) Bagi latihan tatabahasa tentukan masa dengan guru untuk menyempurnakannya atau
membentuk latihan sendiri.  Dalam pendekatan ini guru merupakan sumber utama bagi
membolehkan input pemahaman berlaku dalam bahasa sasaran, iaitu bahasa yang diajarkan
kepada muridmurid, dalam konteks ini ialah bahasa Melayu. Masa di dalam kelas
diperuntukkan sepenuhnya kepada aktiviti memberikan input untuk penguasaan bahasa.
Guru disarankaan memberikan arus input, bahasa yang tekal(constant), sambil memberikan
klu yang berupa panduan bukan bahasa untuk membimbing murid mentafsir input tersebut.

18. Jan’16

----------------