Anda di halaman 1dari 12

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/293097490

Perkahwinan Semasa Belajar: Kebaikan dan Keburukannya dalam Pembangunan


Pelajar Universiti

Conference Paper · January 2008

CITATION READS

1 11,347

1 author:

Kamarul Azmi Jasmi


Universiti Teknologi Malaysia
455 PUBLICATIONS   1,856 CITATIONS   

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Seminar Falsafah Sains & Ketamadunan View project

Mahasiswa Cemerlang View project

All content following this page was uploaded by Kamarul Azmi Jasmi on 04 February 2017.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


PERKAHWINAN SEMASA BELAJAR:
BELAJAR:
KEBAIKAN DAN KEBURUKANNYA
KEBURUKANNYA DALAM
PEMBANGUNAN
PEMBANGUNAN PELAJAR UNIVERSITI
Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial, Universiti Teknologi Malaysia, qamar@utm.my

Suggested Citation:
Jasmi, Kamarul Azmi. Perkahwinan Semasa Belajar: Kebaikan dan keburukannya dalam Pembangunan
Pelajar Universiti in Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 pada 22-23
Oktober 2008 di Dewan Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia anjuran Pejabat Hal Ehwal
Pelajar & Institut Pembangunan Felo, Universiti Teknologi Malaysia serta Kementerian Pengajian
Tinggi Malaysia.

ABSTRACT
Perkahwinan semasa belajar di universiti mempunyai kebaikan dan keburukan kepada pembangunan pelajar.
Justeru, banyak ibu bapa yang menentang walaupun ada yang menyokong anak-anak mereka untuk mendirikan
rumahtangga semasa mereka masih berada di universiti. Kertas kerja ini cuba mengupas isu ini dengan
bersandarkan pandangan Islam terhadap perkahwinan semasa belajar serta menyingkap hasil kajian yang dilakukan
di beberapa universiti untuk melihat kebaikan dan keburukan perkahwinan ke atas pembangunan pelajar.
Berdasar sumber ini, kertas kerja ini cuba mencadangkan perkara yang sewajarnya dilakukan oleh beberapa pihak
agar persepsi dan langkah mereka membantu pelajar pelajar yang telah dan ingin berkahwin semasa belajar diberi
perhatian yang lebih serius dan positif.

REFERENCES
Abu Dawud Sulaiman al-Ash‘ath al-Sajastani (1994). Sunan Abu Dawud. Dar al-Fikr: Bairut.
Ahmad Hambal, al-Imam Abu ‘Abdullah ibn Muhammad ibn Hambal ibn Hilal al-Shaibani (1994). Musnad li al-
Imam Ahmad ibn Hambal. Juz.1-12. Mesir: Dar al-Ma’arif.
Al-Bukhari, Al-Imam Abu Abdullah Muhammad ibn Isma‘il ibn Ibrahim ibn al-Mughirah Bardazbah al-Ja‘fari
(1994). Sahih al-Bukhari. Dar al-Fikr: Bairut.
Al-Darimi, Al-Imam Abu Muhammad ‘Abdullah Bahram al-Darimi (t.t.). Sunan al-Darimi. Bairut: Dar al-Fikr.
Al-Husaini, al-Imam Taqiyuddin Abi Bakr Ibn Muhammad al-Husaini al-Husni al-Damshiqi al-Shafii (1941).
Kifyat al-Akhyra fi Halli Gayat al-Ikhtisar. Pulau Pinang: Maktabah wa Matbah‘ah Dar al-Ma‘arif.
Al-Mabarkafuri, Safi al-Rahman. 1994. Al-Rahiq al-Makhtum. Riyad: Maktabah Dar al-Salam.
Al-Tarmidhi, al-Imam (1994). Sunan al-Tarmidhi. Beirut: Dar al-Fikr. Jilid 1-5.
Al-Zuhayly, Wahbah (1989). Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu. Damsyiq: Dar al-Fikr. Jilid 1-8.
BicaraMuslim.com (2003). Nikah Semasa Belajar, Tips-tips... BicaraMuslim.com. http ://
www.bicaramuslim.com/bicara7/viewtopic.php?
f=4&t=4458&sid=cb57606d55c80350acdcd4488027f2a6&p=89255, [26.9.2008].
Cari Forum (2007). Berkahwin ketika masih belajar. http://malay.cari.com.my/view thread.php?
tid=302348&extra=&page=, [26.9.2008].
Class of 2004 (2004). IPT Tempat Mencari Jodoh? The Malay College Kuala Kangsar. http://www.mc0004.com/
craps/108-ipt-tempat-mencari-jodoh.php, [26.9.2008].
Datul Kisya (2008). Kahwin Semasa Belajar. http://palabatas.blogspot.com/2008/ 07/kahwin-semasa-belajar.html,
[26.9.2008].
Encik X (2008). Temubual Eksklusif tentang Perkahwinan Semasa Belajar. 28.9.2008. Jam 11.30
Malam di No.2, Kg. Prt Abdul Hadi, Mukim 4, 83000 Batu Pahat, Johor.
Haji Khalifah. (t.t.). Kash al-Zunnun. Ttp: Dar al-Ihya’ al-Turath al-'Arabiy.
Hoffman, Paris & Hall (1994). Developmental Psychology Today. USA: Mcgraw-Hill College.
Ibn Hisham. 1995. Sirah al-Nabawiyyah li Ibn Hisham. Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-
c
Arabi.
Ibn Majah, Al-Hafiz ‘Abu ‘Abdullah Muhammad Yazid al-Qazwaini (t.t.) Sunan Ibn Majah. Bai-
rut: Dar al-Fikr.
Ibnu Kathir, Abu al-Fida’ al-Hafiz, al-Imam (2002). Al-Bidayah wa al-Nihayah. Bairut: al-
Maktabah al-‘Asriyyah. Jilid 1-10.
Malik Anas, Al-Imam (t.t.). Sharh al-Zarqani ‘Ala Muwatta’ al-Imam Malik Wa-huwa Sharh al-
Imam al-Sayyidi Muhammad al-Zarqani ‘Ala Sahih al-Muwatta’. Bairut: Dar al-Fikr.
Mardhiah Majid (2004). Berkahwin semasa belajar, mengapa tidak? Raudah.com. http: //
www.raudhah.com/index.php?option=com_content&task=view&id=1064, [26.9.2008].
MelakaFM (2008). Universiti Asmara Dedah Gejala Seks Penuntut IPT. Melaka FM Forum.
http://melakafm. phphope.net/ viewtopic.php?f=1&p=163, [26.9.2008].
Muslim, Al-Imam Abu al-Husain al-Hajjaj ibn Muslim al-Qushairi al-Nisaburi (2001). Al-Jami‘ al-
Sohih. Bairut: Dar al-Fikr.
Nor Rashidah Abdul Jamal (2006). Persepsi Pelajar SPI yang Berkahwin Semasa Belajar. PSM.
UTM, Skudai.
Puan Y (2008). Temubual Eksklusif Tentang Pengalaman Berkahwin Semasa Belajar. Tarikh
27.9.2008. 10.00 pagi bertempat di Makmal Komputer, UKM Bangi.
Ramayulis, Prof. Dr. (2001). Pendidikan Islam dalam Rumahtangga. Jakarta: Kalam Mulia.
Raudhah.com (2005). Kahwin Usia Muda. http://www.raudhah.com/index.php?
option=com_smf&Itemid=27&topic=1738.30, [26.9.2008].
Ukhuwah.com (2007). Berkahwin Semasa Di Universiti. Portal Komuniti ukhwah.com. http://
ukhwah.com/viewtopic.php?topic=30309&forum=31&, [26.9.2008]. Utusan Malaysia,
Online. 2008, 01.01.2008. Pemandu Teksi Disyaki Dera Anak Direman 5 Hari. Utusan Ma-
laysia. Diakses dari http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?
y=2008&dt=0101&pub=utusan_malaysia&sec=mahkamah&pg=ma_01.htm&arc=hive,
[21.06.2008]
Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008
Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008

Perkahwinan Semasa Belajar: Kebaikan dan keburukannya dalam Pembangunan Pelajar


Universiti*

Kamarul Azmi Jasmi


Pensyarah
Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial
Universiti Teknologi Malaysia
qamar@utm.my

Abstrak

Perkahwinan semasa belajar di universiti mempunyai kebaikan dan keburukan kepada pembangunan
pelajar. Justeru, banyak ibu bapa yang menentang walaupun ada yang menyokong anak-anak mereka
untuk mendirikan rumahtangga semasa mereka masih berada di universiti. Kertas kerja ini cuba mengupas
isu ini dengan bersandarkan pandangan Islam terhadap perkahwinan semasa belajar serta menyingkap
hasil kajian yang dilakukan di beberapa universiti untuk melihat kebaikan dan keburukan perkahwinan ke
atas pembangunan pelajar. Berdasar sumber ini, kertas kerja ini cuba mencadangkan perkara yang
sewajarnya dilakukan oleh beberapa pihak agar persepsi dan langkah mereka membantu pelajar pelajar
yang telah dan ingin berkahwin semasa belajar diberi perhatian yang lebih serius dan positif.
Kata Kunci: Kahwin, rumahtangga, belajar

1. Pengenalan

Budaya perkahwinan semasa belajar di IPT di Amerika mengikut satu kajian telah mencapai angka 34,6%
bagi perempuan ketika usia 20-24 dan 21,4% bagi laki-laki dalam usia tersebut. Bahkan ada sesetengah
pelajar telah berkahwin seawal usia 18 tahun, namun mereka masih meneruskan pengajian mereka di IPT
(Hoffman et.al., 1994). Namun, perkahwinan semasa berada dalam umur belajar ini masih belum diterima
dengan baik kepada sebahagian besar masyarakat di Malaysia. Terdapat kajian membuktikan bahawa ada
kalangan ibu bapa yang masih belum boleh menerima mahasiswa/i yang ingin berkahwin semasa mereka di
IPT (Nor Rashidah Abdul Jamal 2006). Kebaikan dan keburukan berkahwin semasa belajar pada
hakikatnya perlu diperincikan situasinya terlebih dahulu sebelum ibu bapa menolak atau menerima
kehendak anak-anak mereka yang ingin berkahwin walaupun masih menuntut.

2. Kebaikan dan Keburukan Berkahwin Semasa Belajar dari Perspektif Islam

Bebanan berkahwin ketika masih lagi belajar sememangnya wujud. Kepada suami kerana perlu
menanggung isteri (al-Tahrim 65:7). kepada isteri pula kerana perlu melayan suami (al-Tarmidhi, 1994:
386/2). Kepada kedua-duanya pula apabila si isteri mengandung, melahirkan dan menjaga anak. Dalam
masa yang sama, mereka pula terpaksa membahagikan masa untuk belajar yang menyebabkan ada
sebahagian mahasiswa/i terlibat terkandas di universiti (Cari Forum, 2007). Hal ini merupakan perkara

*Kertas Kerja dibentangkan di Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan


2008 pada 22-23 Oktober 2008 di Dewan Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia
anjuran Pejabat Hal Ehwal Pelajar & Institut Pembangunan Felo, Universiti Teknologi
Malaysia serta Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

1
Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008
Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008

pokok yang menjadikan sesetengah mahasiswa/i tidak ingin berkahwin dan ibu bapa pula keberatan untuk
mengizinkan mereka berkahwin.
Perlu dingat bahawa apabila menyebut perkataan kahwin semasa belajar, ibu bapa dan mahasiswa/i
perlulah berbalik kepada situasi hukum perkahwinan. Terdapat beberapa hukum dan perkara yang perlu ibu
bapa perincikan, iaitu hukum berkahwin bagi mahasiswa/i yang mempunyai keinginan untuk itu, definisi
mampu mengawal nafsu dan mampu dalam nafkah.
Seorang mahasiswa/i yang ada keinginan untuk berkahwin, maka hukumnya ada tiga. Sunat
hukumnya jika mempunyai kemampuan dan mampu mengawal nafsunya. Wajib hukumnya jika
mempunyai kemampuan dan tidak mampu mengawal nafsunya. Akhir sekali, makruh hukumnya jika tidak
mempunyai kemampuan tetapi tidak boleh mengawal nafsunya (Ramayulis, 2001: 19).
Perkara kedua yang perlu diperhatikan ialah pengertian mampu nafkah untuk berkahwin yang menjadi
persoalan utama ibu bapa menghalang anak mereka berkahwin. Nafkah wajib seorang suami terhadap isteri
ialah setiap hari sekurang-kurangnya 530 gram beras dengan lauknya. Nafkah pakaian pula ialah suami
menyediakan untuk isterinya pakaian mengikut kebiasaan pakaian wanita dalam sesebuah masyarakat.
Tempat tinggal pula, selagi seorang isteri sudah mempunyai tempat tinggal sama ada disewa atau dibelikan,
sama ada duduk sekali atau berasingan dengan bertemu sesekali, maka itu sudah memadai dianggap sudah
mampu menyediakan tempat tinggal (al-Husaini, 1941: 89/2). Apabila dilihat kepada mahasiswa yang
mempunyai pinjaman pelajaran atau pun biasiswa, hal kemampuan ini sudah termaklum mencukupi jika
pengurusan kewangan diselia dengan baik. Justeru, hukum mahasiswa/i yang berkeinginan untuk
berkahwin sudah menjadi hanya sunat atau wajib. Kalau mereka mampu menahan nafsu sehingga tidak
terjerumus ke lembah maksiat jadi sunat dan sebaliknya pula menjadi wajib.
Perkara ketiga ialah kemampuan untuk mengawal nafsu daripada terjerumus ke lembah zina dan maksiat.
Syariat mengukur kemampuan mengawal nafsu sehingga tidak terjerumus ke lembah zina ini ialah apabila
mahasiswa/i tidak saling memandang antara satu sama lain dengan shahwat secara sengaja. Bahkan hukum
melihat yang disunatkan seorang lelaki terhadap wanita sebelum berkahwin hanya sekali bagi orang yang sudah
ada keazaman untuk meminang seseorang wanita. Itu pun dalam keadaan tidak diketahui oleh wanita bagi
menjawa maruah diri dan keluarganya jika tidak jadi berkahwin. Selain itu, pandangan tersebut juga hanya
tertakluk kepada kawasan muka dan tapak tangan (al-Zuhayly, 1989: 23/7). Bagaimana pula hukum mahasisw/i
berbual dan berSMS dalam keadaan penuh berahi dan bernafsu. Dan jauh sekali hukumnya pula kalau sampai
berpegang tangan, berpeluk-pelukan ketika menunggang motorsikal serta berdua-duaan tanpa mahram yang
sudah jelas hukumnya sebagai haram (al-Bukhari, 1994: 2784; Muslim, 2001: 2391; al-Tarmidhi, 1994: 1091;
Ahmad, 1994: 1833; al-Darimi, t.thn: 303). Jika mahasiswa/i sudah sampai terlibat dengan semua perkara ini,
tidak syak lagi mereka sudah tidak mampu untuk mengawal hawa nafsu mereka yang boleh menjerumuskan
mereka ke lembah zina. Pada ketika ini, hukum wajib untuk berkahwin sudah tidak boleh dipertikaikan lagi.
Terjerumusnya mahasiswa/i kepada kerosakan sosial dan lembah zina yang berpunca daripada perkara tersebut
sudah banyak dilaporkan dalam kajian dan akbar (Mazrita 2003; MelakaFM 2008).
Sekalipun mereka tidak terlibat dengan gejala yang dinyatakan, kesunatan berkahwin semasa belajar
bagi yang berkeinginan untuk berkahwin itu sendiri sudah mempunyai faedah yang sangat besar jika diteliti
sama ada dari segi akli dan naqli. Dari segi naqli antaranya, ialah perkahwinan merupakan satu ibadat sama
ada dari hal persetubuhan antara keduanya (Muslim, 2001: 1674; Abu Dawud, 1994: 1093; Ahmad, 1994:
20457); curahan kasih sayang antara keduanya (al-Bukhari, 1994: 311; Muslim, 2001: 1852; Abu Dawud,
1994: 2038; Ahmad, 1994; 22981); gurau senda antara kedua-duanya (al-Bukhari, 1994: 1955; Muslim,
2001: 2663; al-Tarmidhi, 1994: 1019; Abu Dawud, 1994: 1752; Ahmad, 1994: 13786; al-Darimi, t.thn.:
2119), nafkah suami kepada isteri dan sedekah isteri kepada suaminya (al-Bukhari, 1994: 54; al-Tarmidhi,
1994: 2042; Abu Dawud, 1994: 2480; Ahmad, 1994: 1442; Malik, t.thn: 1258); layanan dan komunikasi
yang baik antara keduanya (al-Bukhari, 1994: 4787; Muslim, 20012: 2671; al-Tarmidhi, 1994: 1083; Ibn
Majah, t.thn: 1841) yang sebahagian besarnya adalah menjadi haram sebelum perkahwinan dan sebahagian
kecilnya pula berdosa jika tidak menjaga batas-batasnya. Begitu juga adalah ditegaskan oleh Allah S.W.T.
dan Rasullahnya bahawa perkahwinan menjaga mata daripada maksiat dan memelihara diri dari-pada zina
(al-Nur, 24:30; al-Bukhari, 1994: 1772; Muslim, 2001: 2486; al-Nasa’i, t.thn.: 2208; Abu Dawud, 1994:
1750; Ibn Majah, t.thn.: 1835; Ahmad, 1994: 388, al-Darimi, t.thn.: 2071). Dari segi aklinya pula penulis
suka mengambil pandangan daripada seorang mahasiswi sendiri yang menyebut:

“Perkahwinan semasa belajar boleh menjadi motivasi bagi yang malas belajar, ada yang lebih cemerlang
selepas berkahwin. Mungkin hidup bahagia atau tahu tanggungjawab besar yang perlu dipikul. Mampu
menghalang diri daripada maksiat, jiwa orang kahwin pastinya lebih tenang daripada gelojak nafsu orang

2
Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008
Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008

bujang. Fikiran lebih matang untuk memahami erti kehidupan, matlamat, tujuan dan gerak kerja akan
datang. Jiwa lebih realistik berbanding dahulunya banyak yang idealistik. Anak sebagai penenang jiwa.
Kehadiran yang pasti ditunggu oleh setiap pasangan. Ramai yang belum berkahwin memandang perkahwian
adalah seks, namun seks selepas kahwin sememangnya penting tetapi ianya mungkin jatuh ke tangga kedua,
ketiga dan… Pasangan pasti resah sekiranya lambat mendapat anak. Betul ke? Kahwin dulu baru tahu, tak
sama fantasi anda dengan dunia realiti. Kehidupan lebih teratur, masa lebih terancang.”
(Datul Kisya, 2008)

Jawapan lebih kurang sama juga didapati dalam kebanyakan forum mahasiswa/i dan pandangan tokoh
Pendidikan (Ukhuwah. com 2007; Raudhah.com 2005; Mardhiah Majid 2004; Class of 2004; Bicara
Muslim.com 2003).
Salah satu perkara yang perlu diambil pertimbangan di kalangan mahasiswa/i dan ibu bapa juga ialah
kehendak Islam dalam belajar. Dalam Islam, belajar merupakan satu tuntutan yang bukan hanya diwajibkan
pada had dan umur yang tertentu tetapi sepanjang kehidupan manusia. Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. ada
bersabda (Haji Khalifah, t.t.: 1/52),
ْ
‫ﺍﻁﻠُﺒُﻮﺍ ﺍْﻟ ِﻌ ْﻠ َﻢ ِﻣﻦَ ْﺍﻟ َﻤ ْﻬ ِﺪ ﺇِﻟَﻰ ﺍﻟﻠﱠ ْﺤ ِﺪ‬
“Pelajarilah ilmu pengetahun daripada buaian sehingga ke liang lahad.”

Justeru, tidak timbul pengertian bahawa seorang mahasiswa/i perlu habiskan belajar dahulu baru berkahwin
atau mereka perlu berhenti belajar apabila berkahwin. Kehendak Islam dalam belajar ialah untuk
keseluruhan kehidupannya. Jika jodoh sudah sampai, Islam tetap menyuruh dia belajar walaupun
berkahwin. Hal ini berlaku kepada Saidatina ‘A’ishah yang dijodohkan dengan Rasulullah s.a.w. ketika
usianya baru menjangkau sembilan tahun. Namun usaha Baginda s.a.w. dalam mendidik Saidatina ‘A’ishah
tetap diteruskan sehingga beliau menjadi salah seorang sahabiah yang paling berilmu dalam bidang
munakahat. Kepakaran beliau diakui sendiri oleh para sahabat Rasulullah s.a.w. sehingga beliau menjadi
rujukan dalam bidang tersebut (Ibn Kathir, 2002; Ibn Hisyam, 1995; al-Mabarkafuri, 1994).

3. Kajian Kuantitatif dan kualitatif Tentang Pelajar yang Berkahwin

Satu kajian terhadap mahasiswa/i berkahwin telah dilakukan melalui pengumpulan data soal selidik
terhadap 23 orang pelajar UTM Skudai. Selain itu, data kualitatif juga diambil dengan kaedah temubual
terhadap dua orang pelajar IPT dari dua buah IPT dari selatan dan Lembah Kelang tanahair sebagai kajian
kes. Kedua-dua data ini adalah adalah untuk menilai tiga Objektif utama, iaitu:

1. Pembahagian masa mahasiswa/i antara tanggungjawab keluarga dan belajar.


2. Pengurusan kewangan selepas berkahwin.
3. Penerimaan keluarga dalam perkahwinan.

Hasil dapatan seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1, 2, 3, dan 4.

Jadual 1 Profail latar belakang responden

Umur % Jantina %
23-26 34.78 Lelaki 30.43
27-30 56.52 Perempuan 69.57
31-34 8.7

Pencapain % Jumlah %
sebelum UTM Anak
Matrikulasi 4.35 0 30.43
Diploma 78.26 1 47.83
STPM 8.7 2 17.39
SPM 8.7 3 4.35

Bekerja % Pasangan %
sebelum UTM pelajar
Ya 82.61 Ya 30.43

3
Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008
Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008

Tidak 17.39 Tidak 69.57

Tempoh % Tinggal %
kahwin bersama
0-1 56.52 Ya 52.17
2-3 17.39 Tidak 47.83
4-5 13.04
6-7 8.7
8-9 4.35
N=23 Rujukan: Nor Rashidah Abdul Jamal, 2006

Jadual 2 Pembahagian masa mahasiswa/i antara tanggung-jawab keluarga dan belajar

Item* Min
Suami/isteri menyediakan kemudahan belajar 4.48
Gembira menimang anak ketika belajar 4.39
Dapat membahagikan masa antara tanggungjawab keluarga dan belajar 4.26
Gembira dapat menjaga sendiri anak sewaktu belajar 4.26
Seronok berkahwin ketika belajar 4.13
Isteri/suami memahami pasangan sebagai pelajar 4.13
Suami membantu menguruskan rumahtangga 4.09
Suami/ isteri saling membantu dalam tugasan pelajaran 3.78
Menyelesaikan tanggungjawab keluarga dahulu berbanding belajar 3.17
Memperuntukan waktu siang untuk pelajaran dan malam untuk keluarga 3.16
N=23, *Pilihan item adalah 1-5.
Rujukan: Nor Rashidah Abdul Jamal, 2006

Jadual 3 Pengurusan kewangan selepas kahwin

Item* Min
Mempunyai mesyuarat kewangan keluarga 4.39
Suami memberi nafkah kepada isteri ketika belajar 4.26
Pasangan bekerja untuk menambah pendapatan 4.22
Mempunyai pendapatan selain PTPTN 3.57
Keluarga ada membantu meringankan beban kewangan 2.83
Bergantung kepada PTPTN 2.61
N=23, *Pilihan item adalah 1-5.
Rujukan: Nor Rashidah Abdul Jamal, 2006
Jadual 4 Penerimaan keluarga tentang perkahwinan semasa di IPT

Item* Min
Keluarga perihatin terhadap keadaan kami 3.96
Ibu bapa seringkali menziarahi kami 3.91
Keluarga perempuan lebih sukar membenarkan kahwin semasa belajar 2.70
Keluarga tidak suka saya berkahwin semasa belajar 2.22
N=23, *Pilihan item adalah 1-5.
Rujukan: Nor Rashidah Abdul Jamal, 2006

Kajian Kes Perkahwinan Samasa Belajar

Kes I
Nama saya Encik K. Saya mengenali isteri saya yang sekarang ini semasa buat kerja group semasa tahun satu di
universiti. Masa tu saya hanya berkawan denganya sebab berpegang kepada prinsip berkawan dengan seseorang
menjadikan kita lebih rapat daripada bercouple sebab sudah saling faham memahamai. Sebab yang paling utama
sudah tentulah sudah jodoh. Jadi kami bertunang semasa akhir tahun dua dan berkahwin ketika akhir tahun tiga.
Memang seronok berkahwin semasa belajar sebab makan lebih terjaga dan hati senang. Tidak ada yang susah
berkahwin semasa belajar kerana rasa tanggungjawab tu dah ada. Perbelanjaan pun masa sudah kahwin akan
diletakkan prority kepada keperluaan asas lebih daripada kehendak diri.

4
Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008
Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008

Saya banyak dapat bantuan moral tetapi bukan bantuan kewangan daripada keluarga saya ketika kami hendak
duduk sebagai satu keluarga. Dari segi kewangan itu tidak menjadi masalah sangat kepada saya sebab sejak
berkahwin, otak saya ligat sikit cari duit. Selain bergantung kepada PTPTN yang kami satukan dan pakat kongsi
perbelanjaan dan simpanan, saya ada buat bisness jual buku rujukan yang telah diakui oleh pensyarah yang saya
ambil daripada Penerbit Universiti di Serdang dan dijual kepada kawan-kawan satu kuliah dalam dua semester. Saya
juga berusaha membekalkan baju koperat kepada MPP. Yang ini pun dapat dua kali kontrak. Kebetulan adik saya ada
kawan yang mengusahakan pakaian baju. Jadi saya dapat harga yang baik yang boleh menguntungkan dalam
membekalkan pakaian tersebut. Selain itu, kalau waktu cuti semester saya dan isteri bekerja. Pernah saya bekerja di
supermarket isteri saya bekerja di kedai karpet. Padahal masa bujang dulu langsung tidak ada fikir untuk cari duit
lebih, pikir nak enjoy je. Rasanya PTPTN tu sudah cukup dah. Tapi bila dah kahwin dah rasa ada tanggungjawab yang
lebih sikit ditambah lagi masa itu kami sudah duduk rumah sewa berdua dengan sewa sebulan RM200, tu yang
beranikan diri untuk berniaga. Al-Hamdulillah dari usaha saya berniaga itu, dapatlah kami membeli sebiji laptop
semasa semester pertama tahun empat. Pada mula kami duduk bersama, belanja harian agak besar, sebab tidak ada
peti ais. Lepas itu, keluarga belikan peti ais sebiji, dapatlah jimat sikit, beli lauk seminggu atau dua minggu sekali dan
masukkan dalam peti ais. Saya dan orang rumah bab makan ni tidak ada kerenah sangat dan memang jaranglah kami
makan di kedai melainkan kalau dah tidak sempat sangat.
Apa yang mengembirakan saya bila dah berkahwin ni ialah pointer pelajaran saya mendadak naik daripada
sebelum kahwin hanya dapat dalam 2.59 pada semester pertama di tahun satu, tetapi akhir semester di tahun akhir
saya dapat 3.09. Saya banyak belajar dan merujuk kepada isteri bagaimana cara belajar yang baik memandangkan
isteri saya pandai juga sebab daripada Sek Men. Sains. Tentang membahagikan masa untuk belajar tidak menjadi
masalah sebab duduk berdua kemudian pergi kuliah sekali semua subjek sama. Cuma ada sekali tu sahaja yang subjek
kami berlainan, tetapi yang lain semua sama. Bila peperiksaan hampir lagi sebulan, kami pakat belajar sama-sama
pada waktu malam lebih kurang sejam hingga ke dua jam berbincang tentang pelajaran. Saya ada beli meja bulat,
meja Jepun, di situlah kami duduk dan belajar sama-sama. Lagi hendak dekat peperiksaan lagi bertambahlah masa
kami study dan bangun malam study sama-sama.
Penerimaan keluarga untuk berkahwin pada mulanya memang susah saya hendak bagi tahu kepada orang tua
saya. Adik saya pun macam was-was "bolehkan abang Long berkahwin semasa belajar ni....”, Tetapi saya yakinkan
kepada bapa saya bahawa kami satu kursus yang mana kami sama-sama belajar dalam kelas dan bidang yang sama.
Hal ini sudah tentu menjadikan pelajaran sebagai keutamaan kami. Selain itu, saya memberi keyakinan kepada bapa
saya bahawa keluar universiti nanti kami memang sudah tentu dapat pekerjaan kerana kursus yang kami ambil ialah
pendidikan. Sekali tu, saya bawa bakal isteri saya jumpa mak ayah, dia orang tak kata apalah. Cuma ada sekali tu
saya bawa dia jumpa mak saya yang sedang bekerja menyapu sampah di tepi jalan dan saya tunjukkan dan berkata
"Itulah emak saya.” Dia turun daripada kereta dan menuju kepada emak saya, salam, cium tangan sambil menangis.
Sejak itu, saya dapat rasakan yang bakal isteri saya ni bukan jenis orang yang memilih pangkat, kedudukan atau
kekayaan, tetapi memang dia sukakan saya seadanya. Akhirnya bapa saya setuju dan tunaikan kehendak saya setelah
beliau yakin bahawa perkahwinan saya tidak mengganggu pelajaran saya. Ibu bapa saya menghantar pinangan
dengan tempoh setahun dan seterusnya melangsungkan perkahwinan yang sederhana untuk kami. Pensyarah-
pensyarah saya sendiri memberi sokongan dengan menyatakan perkahwinan saya merupakan satu tindakan yang
bijak. Cuma mereka meminta supaya saya suami isteri sama-sama greadlah. Saya fahamlah tu apa yang dimaksudkan
dan setahun lebih kami berkahwin masih lagi belum ada tanda dapat anak. Masa itu, saya risau juga sebab bapa saya
selalu kena perli dan sampai ada orang mengata saya mandul. Isteri saya lagilah... sampai tahap tak mahu dekat
dengan budak-budak dengan alasan sebab kalau dekat dengan budak-budak tu yang susah lekat. Kami sampai ada
bergaduh pasal tak dapat anak ini. Tetapi akhirnya dekat exam semester paling last saya dapat berita tentang tentang
isteri saya mengandung juga akhirnya. Berita itu merupakan satu kepuasan bagi saya dan keluarga saya. Orang yang
pertama saya bagi tahu ialah bapa saya. Saya dapat merasakan kegembiraannya bila mendengar perkhabaran ini.
Encik X, 2008

Kes II
Nama saya ialah Puan Y. Saya ditunangkan oleh ibu bapa saya seawal usia 18 tahun ketika baru selesai peperiksaan
SPM. Setelah setahun bertunang, saya dinikahkan semasa cuti semester II tahun pertama pengajian saya dalam bidang
pendidikan di selatan tanahair. Bermula dari situlah permulaan kehidupan saya sebagai seorang isteri. Sehabis cuti
semester selepas kami dinikahkan, suami saya pula memulakan pengajian masternya di Lembah Kelang. Kami hanya
bertemu seminggu atau dua minggu sekali selama dua tahun pertama perkahwinan kami. Hasil perkahwinan ini, kami
dikurniakan anak pertama ketika cuti semester I tahun tiga. Ketika itu suami telah selesai pengajiannya dan kembali
bekerja di selatan tanahair. Kami menjaga sendiri anak kami yang lahir dengan cara menghantarnya ke pusat jagaan
bayi ketika saya ada kuliah atau ada assingment yang perlu disiapkan di universiti. Akhirnya, al-Hamdulillah saya
dapat ijazah ketika mengandungkan anak kedua saya yang berusia dua bulan dalam kandungan.
Selama tiga tahun sejak berkahwin di universiti, kehidupan kami selepas berkahwin adalah seperti biasa
sebagaimana mahasiswa/i yang lain. Melainkan kalau di hujung minggu kawan-kawan keluar di antara mereka.
sedangkan saya keluar dengan suami sendiri. Suami saya sangat mengambil berat terhadap pelajaran saya, sejak kami
berkahwin, beliau selalu membantu dan berbincang dengan saya dalam pelajaran yang dekat dengan bidangnya. Buku
pelajaran atau rujukan yang saya beli semua boleh cliem balik dengan suami. Pandangan beliau yang paling saya

5
Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008
Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008

suka ialah ‘jangan menjadikan perkahwinan sebagai batu penghalang untuk menggapai cita-cita saya’. Sebab itu, saya
mendapat pencapaian yang lebih baik berbanding dengan sebahagian besar kawan saya yang sama satu kuliah.
Tentang pengurusan kewangan kami pula, sejak berkahwin, suamilah yang mengajar saya tentang mesyuarat
budget pengurusan kewangan kami setiap bulan. Semasa beliau belajar, biasiswanya diagihkan untuk perbelanjaan
kami sebagai mahasiswa/i. Bila dia sudah bekerja kembali, kami bermesyuarat bagaimana untuk membelanjakan
gajinya untuk diagihkan semasa saya masih belajar. Pada awal perkahwinan kami sebelum suami saya menyambung
pelajarannya, dia ada memohon rumah kelamin di kolej kediaman dalam kampus untuk meringankan beban kewangan
yang ditanggung tetapi tidak berjaya. Mungkin sebab tidak cukup rumah untuk kami. Kami kekal menyewa rumah dua
bilik di luar kampus yang berharga RM300 sebulan selama dua tahun pengajiannya. Saya sendiri dapat biasiswa
KPM, tapi biasiswa yang saya terima setelah ditolak yuran pengajian dan penginapan di kolej kediaman, bakinya saya
pakai sendiri sahaja. Sejak bertunang lagi, tunang saya sudah pinjamkan duitnya untuk sara saya sebelum dapat
biasiswa. Dia ada sebut, yang dia tidak boleh bagi terus sebab kami belum nikah. Bila saya dapat biasiswa, saya tak
pulangkan pun duitnya, tapi duit saya yang dapat kali pertama tu saya guna beli komputer untuk memudahkan saya
belajar. Bila dah nikah, memang masuk sekali budget nafkah makan pakai selama saya di universiti yang semua
ditanggung oleh suami. Jadi masalah kewangan tidak menjadi masalah langsung kepada saya.
Penerimaan ibu bapa saya tentang nikah semasa belajar sudah tidak perlu dibincangkan. Tetapi, ada kerabat,
bahkan semua adik beradik saya dan saya sendiri menentang kerana tidak bersetuju dengan perkahwinan ini ketika
kami dinikahkan. Mungkin kerana saya rasa terlalu muda untuk itu. Walaupun saya menentang, tetapi saya tidak
menolak permintaan ibu bapa saya. Saya sendiri, waktu yang benar-benar menerima suami sepenuh hati ketika mula
mengandung. Ketika itu perasaan seronok dan bahagia yang tidak terucap dengan perkataan bila melihat sendiri anak
kami membesar dalam kandungan. Apatah lagi suami menjaga saya dengan baik ketika mengandung dan saya merasa
kasih sayangnya yang mendalam. Selepas melahirkan anak pertama, cinta saya sudah sepenuhnya untuk suami. Tetapi
sekarang, saya merasa bertuah kerana dikahwinkan semasa belajar dahulu, setelah nampak kebaikannya sekarang.
Insyaallah, suami saya menjadi inspirasi kepada saya sekarang untuk terus menyambung pelajaran saya di peringkat
master dan PhD bagi memantapkan lagi ilmu pengetahuan yang saya miliki.
Puan Y, 2008

Perbincangan Dapatan Kajian

Kedua-dua dapatan kuantitatif dan kualitatif memperlihatkan kepada kita tentang beberapa perkara, iaitu:
1. Hampir kesemua responden yang dikaji sama ada data kuantitatif (Min 4.13) dan data kualitatif
menjelaskan bahawa perkahwinan semasa belajar merupakan satu cabaran yang menyeronokkan bagi
mereka kerana dapat saling membantu dalam pelajaran (Min 3.78).
2. Pandangan tentang perkahwinan sebagai batu penghalang kepada kejayaan pelajar terbukti tidak benar
dalam kajian ini. Hasil dapatan menunjukkan bahawa responden yang berkahwin bersetuju dengan min
4.26 bahawa mereka mampu membahagikan masa untuk belajar. Bahkan perkahwinan semasa belajar
mampu meningkatkan prestasi pelajaran mereka hasil daripada perkongsian teknik belajar,
perbincangan tentang subjek pelajaran (kes Encik K dan Puan Y) dan kemudahan yang diusahakan
dalam belajar.
3. Perkahwinan merupakan satu institusi persefahaman antara seorang suami dan isteri. Kejayaan dalam
kehidupan pelajar dan rumahtangga adalah hasil daripada persefahaman tersebut (Min 4.17 – suami
isteri saling memahami tugas sebagai seorang pelajar dan Min 4.48 – suami/Isteri saling membantu
menyediakan kemudahan belajar). Bahkan terbukti bahawa perkahwinan mampu meningkatkan lagi
keupayaan pelajar untuk mendapatkan kemudahaan pelajaran sebagaimana dalam kes Encik K dan
Puan Y. Dalam kes Encik K, beliau membeli Notebook hasil daripada usahanya menambah
pendapatan untuk kegunaan belajar mereka suami isteri dan dalam kes Puan Y pula suaminya sanggup
membayar kembali setiap buku pelajaran dan rujukan yang dibeli oleh isterinya.
4. Perkahwinan semasa belajar di IPT peringkat ijazah pertama juga merupakan satu proses pendidikan
yang mematangkan diri menjadi orang dewasa bertanggungjawab. Ini seperti kes Encik K dan Puan Y
yang berjaya mengurus pendidikan dan rumahtangga. Bahkan terbukti bahawa respoden berjaya
memaksimumkan penggunaan biasiswa dan pinjaman serta mencari usaha lebih untuk menambahkan
pendapatan keluarga yang dibina (Min 3.57 – menunjukkan responden berusaha mendapatkan
pendapatan lain, min 4.22 – pasangan ada pekerjaan untuk menanggung keluarga dan min 2.61 -
kurangnya pergantungan responden kepada PTPTN)
5. Mahasiswa/i tidak perlu takut untuk menyatakan keinginan untuk berkahwin jika telah mempunyai
pasangan bagi menjaga diri daripada kerosakan sosial. Hanya yang perlu ialah menunjukkan
kesungguhan, komitment dan keyakinan bahawa perkahwinan yang dibina tidak mengganggu

6
Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008
Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008

pelajaran bahkan membantu kepada kecemerlangan dalam pelajaran sebagaimana kes Encik K. Bahkan
kajian ini menunjukkan bahawa ibu bapa akan menjadi lebih perihatin terhadap anak mereka yang
sudah berkahwin untuk dibantu dan dicukupkan mana yang perlu.
6. Terbukti bahawa kelahiran anak bagi semua pasangan adalah saat yang paling penting bukan sahaja
kepada suami dan isteri tetapi kepada ibu bapa dan mertua. Kajian ini juga membuktikan bahawa
kedatangannya tidak menjadi igauan menakutkan mahasiswa/i yang berkahwin bahkan merupakan saat
yang sangat membahagiakan mereka (Min 4.39 – responden gembira menimang cahaya mata dan min
4.26 – responden merasa gembira dapat menjaga sendiri anak mereka sekalipun sedang belajar).
Dalam kes Encik K bahkan menunjukkan bahawa lambat mendapat anak itu yang menjadi kerisauan
dan dalam kes Puan Y pula anak menjadi penghubung kasih sayangnya kepada suami.
7. Namun begitu, bukan semua perkahwinan semasa belajar menjadikan pasangan terus boleh bersatu
duduk sembumbung. Terbukti dalam kajian ini sebanyak 47.83 responden dalam kajian kuantitatif
tidak duduk sekali. Begitu juga dalam kes Puan Y, mereka duduk berjauhan selama dua tahun selepas
dinikahkan. Namun, hal ini tidak menjadi masalah bagi mereka untuk terus memberi komitmen
terhadap pelajaran dan rumahtangga sekalipun hanya mengambil kesempatan sesekali berjumpa secara
halal.

Cadangan bagi Meningkatkan Pembangunan Pelajar yang Belum Berkeinginan atau Sudah atau
dan Telah Berkahwin Semasa Belajar

Cadangan buat mahasiswa/i:


(1) Membuang mentaliti bahawa perkahwinan merupakan satu halangan dalam pelajaran tetapi perlu
menganggap sebagai satu proses kematangan terhadap tanggungjawab.
(2) Memilih hidup berkahwin yang berpahala daripada berpasangan tanpa perkahwinan di IPT yang
banyak dilingkari dengan dosa.
(3) Terbukti dalam kajian bahawa perkahwinan semasa belajar merupakan satu keseronokan yang fitrah
terhadap naluri kemanusiaan. Oleh itu, mahasiswa/i perlu menimbang untuk menjadikan perkahwinan
satu budaya yang baik untuk diamalkan.
(4) Mengubah pandangan bahawa kegagalan pelajaran sebenarnya lebih besar kerana kerosakan sosial
berbanding perkahwinan.
(5) Keengganan mahasiswa untuk berkahwin sekalipun telah mempunyai calon dan dalam masa yang
sama terus ingin hidup bercouple dengan tidak menjaga batas-batas syariat, menunjukkan bahawa dia
merupakan lelaki yang takut memikul tanggungjawab dan tidak matang untuk memilih jalan kehidupan
yang baik sebagaimana anjuran Islam.

Cadangan buat ibu bapa mahasiswa/i:


(1) Membuang mentaliti khususnya anak perempuan bahawa perkahwinan menghalang mereka daripada
mendapat hak pendidikan.
(2) Memahami dan menerima dengan hati terbuka hikmah perkahwinan terhadap anak yang masih belajar
di IPT.
(3) Melihat keperluan anak yang ingin berkahwin ketika masih belajar. Jika anak sudah ada keinginan itu,
ibu bapa perlu menggalak dan mengizinkan mereka. Jika mereka ada calon, tetapi belum ada keinginan
ke arah itu. Ibu bapa perlu melihat situasi anaknya sama ada boleh menjaga batasan syariat atau tidak.
Jika ibu bapa mendapati bahawa anak mereka tidak dapat menjaga batasan itu, mereka perlu
menggalakkan perkahwinan supaya dapat menghindarkan mereka daripada kerosakan moral dan
kancah penzinaan.
(4) Membudayakan perkahwinan dan pelajaran terhadap diri sendiri dan anak-anak bagi memelihara
tingkah laku dan moral.
(5) Tidak membebankan anak yang berkahwin sewaktu belajar dengan perbelanjaan perkahwinan yang
tinggi. Perbelanjaan yang sederhana dalam perkahwinan itu sendiri lebih menepati syariat Islam.
(6) Cuba memahami dan membantu anak yang berkeluarga ketika belajar dengan cara mencukupkan
keperluan mereka tanpa diminta. Ini memandangkan hidup mereka memiliki tanggungjawab keluarga
dan pelajaran dalam keadaan sumber kewangan yang terhad.

Cadangan buat Institusi Pendidikan Tinggi:

7
Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008
Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008

(1) Menyediakan pusat temu jodoh kepada mahasiswa/i yang ada keinginan berkahwin tetapi sukar
mendapat jodoh atau mempertemukan kumpulan yang berkerjaya di luar atau dalam universiti untuk
berkahwin dengan mahasiswi di universiti. Dengan ini, pendidikan mahasiswi dapat diwujudkan
dengan lebih jayanya sekalipun berkahwin.
(2) Memberi bantuan perbelanjaan perkahwinan kepada mahasiswa/i yang ingin mendirikan rumahtangga.
(3) Menyediakan lebih banyak kemudahan penginapan kepada pelajar yang berkahwin dengan sewa yang
sangat berpatutan.
(4) Menggalak dan membudayakan institusi perkahwinan kepada mahasiswa/i berbanding budaya
coupling tanpa ikatan perkahwinan di universiti.
(5) Menyediakan bantuan kewangan tambahan atau potongan yuran kepada mahasiswa/i yang berkahwin.
Kumpulan ini layak mendapat zakat dan sedekah (fi sabillah) bagi meringankan beban kewangan.
(6) Menyediakan kemudahan kursus dan bengkel kepada mahasiswa/i yang akan dan telah berkahwin
untuk memantapkan lagi pengurusan masa dan kewangan mereka ketika belajar. Selain itu, kursus
perancangan keluarga juga perlu diwujudkan supaya mahasiswa/i mempunyai ilmu dan boleh
merancangan untuk mendapat anak dalam tempoh dan masa yang sesuai. Ilmu ini penting agar
kelahiran anak mereka tidak sehingga mereka terpaksa menangguhkan pengajian mereka satu atau dua
semester.
(7) Menyediakan pusat jagaan anak kepada mahasiswa/i yang telah menimang cahaya mata
memandangkan anak tetap menjadi subjek penting bagi mereka walaupun masih belajar di IPT.

Cadangan buat kerajaan


(1) Menghapuskan terus halangan pinjaman atau biasiswa yang mensyaratkan larangan berkahwin semasa
di IPT dan khususnya di IPG.
(2) Membentuk dasar yang menggalakkan institusi perkahwinan di Institusi Pengajian Tinggi Awam atau
Swasta serta pelajar yang dihantar ke luar negara bagi membendung gejala sosial. Untuk itu, kerajaan
boleh memberikan bantuan kewangan berupa tambahan pinjaman atau biasiswa kepada pasangan yang
sudah mendirikan rumahtangga bagi meringankan beban mereka.
(3) Memberi bantuan kepada IPT untuk mendirikan rumah-rumah kelamin dan pusat-pusat jagaan anak
bagi meringankan beban pasangan mahasiswa/i yang berkahwin. Dengan ini, mereka boleh
menumpukan perhatian kepada pelajaran dan keluarga dengan lebih terurus dan mantap.

Penutup

Perbincangan dalam kertas kerja ini diharap dapat menjadi satu input yang baru kepada semua pihak
tentang peri pentingnya budaya yang berlandaskan syariat diperkenalkan di universiti, iaitu budaya
perkahwinan semasa belajar. Ini memandangkan bahawa IPT merupakan institusi yang menghimpunkan
golongan remaja yang akan memasuki fasa dewasa. Gejolak darah muda inilah yang banyak membelenggu
para mahasiswa/i sehingga ada sebahagiannya yang terjerumus kepada kerosakan sosial dan lebih
memedihkan lagi ada pula yang terjerumus ke lembah perzinaan sehingga melahirkan anak-anak dan cucu-
cucu yang tidak berayah. Sedangkan di sana ada satu jalan yang telah disediakan secara halal dan
bermaruah yang terbukti melalui kajian ini yang memberi implikasi yang besar kepada kejayaan mereka
untuk berjaya dengan lebih gemilang di alam pelajaran dan perkahwinan.

Rujukan

1. Abu Dawud Sulaiman al-Ash‘ath al-Sajastani (1994). Sunan Abu Dawud. Dar al-Fikr: Bairut.
2. Ahmad Hambal, al-Imam Abu ‘Abdullah ibn Muhammad ibn Hambal ibn Hilal al-Shaibani (1994).
Musnad li al-Imam Ahmad ibn Hambal. Juz.1-12. Mesir: Dar al-Ma’arif.
3. Al-Bukhari, Al-Imam Abu Abdullah Muhammad ibn Isma‘il ibn Ibrahim ibn al-Mughirah Bardazbah
al-Ja‘fari (1994). Sahih al-Bukhari. Dar al-Fikr: Bairut.
4. Al-Darimi, Al-Imam Abu Muhammad ‘Abdullah Bahram al-Darimi (t.t.). Sunan al-Darimi. Bairut:
Dar al-Fikr.
5. Al-Husaini, al-Imam Taqiyuddin Abi Bakr Ibn Muhammad al-Husaini al-Husni al-Damshiqi al-Shafii
(1941). Kifyat al-Akhyra fi Halli Gayat al-Ikhtisar. Pulau Pinang: Maktabah wa Matbah‘ah Dar al-
Ma‘arif.
6. Al-Mabarkafuri, Safi al-Rahman. 1994. Al-Rahiq al-Makhtum. Riyad: Maktabah Dar al-Salam.

8
Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008
Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008

7. Al-Tarmidhi, al-Imam (1994). Sunan al-Tarmidhi. Beirut: Dar al-Fikr. Jilid 1-5.
8. Al-Zuhayly, Wahbah (1989). Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu. Damsyiq: Dar al-Fikr. Jilid 1-8.
9. BicaraMuslim.com (2003). Nikah Semasa Belajar, Tips-tips... BicaraMuslim.com. http
://www.bicaramuslim.com/bicara7/viewtopic.php?f=4&t=4458&sid=cb57606d55c80350acdcd448802
7f2a6&p=89255, [26.9.2008].
10. Cari Forum (2007). Berkahwin ketika masih belajar. http://malay.cari.com.my/view
thread.php?tid=302348&extra=&page=, [26.9.2008].
11. Class of 2004 (2004). IPT Tempat Mencari Jodoh? The Malay College Kuala Kangsar.
http://www.mc0004.com/craps/108-ipt-tempat-mencari-jodoh.php, [26.9.2008].
12. Datul Kisya (2008). Kahwin Semasa Belajar. http://palabatas.blogspot.com/2008/ 07/kahwin-semasa-
belajar.html, [26.9.2008].
13. Encik X (2008). Temubual Eksklusif tentang Perkahwinan Semasa Belajar. 28.9.2008. Jam 11.30
Malam di No.2, Kg. Prt Abdul Hadi, Mukim 4, 83000 Batu Pahat, Johor.
14. Haji Khalifah. (t.t.). Kash al-Zunnun. Ttp: Dar al-Ihya’ al-Turath al-'Arabiy.
15. Hoffman, Paris & Hall (1994). Developmental Psychology Today. USA: Mcgraw-Hill College.
16. Ibn Hisham. 1995. Sirah al-Nabawiyyah li Ibn Hisham. Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-cArabi.
17. Ibn Majah, Al-Hafiz ‘Abu ‘Abdullah Muhammad Yazid al-Qazwaini (t.t.) Sunan Ibn Majah. Bairut:
Dar al-Fikr.
18. Ibnu Kathir, Abu al-Fida’ al-Hafiz, al-Imam (2002). Al-Bidayah wa al-Nihayah. Bairut: al-Maktabah
al-‘Asriyyah. Jilid 1-10.
19. Malik Anas, Al-Imam (t.t.). Sharh al-Zarqani ‘Ala Muwatta’ al-Imam Malik Wa-huwa Sharh al-Imam
al-Sayyidi Muhammad al-Zarqani ‘Ala Sahih al-Muwatta’. Bairut: Dar al-Fikr.
20. Mardhiah Majid (2004). Berkahwin semasa belajar, mengapa tidak? Raudah.com. http:
//www.raudhah.com/index.php?option=com_content&task=view&id=1064, [26.9.2008].
21. MelakaFM (2008). Universiti Asmara Dedah Gejala Seks Penuntut IPT. Melaka FM Forum.
http://melakafm. phphope.net/ viewtopic.php?f=1&p=163, [26.9.2008].
22. Muslim, Al-Imam Abu al-Husain al-Hajjaj ibn Muslim al-Qushairi al-Nisaburi (2001). Al-Jami‘ al-
Sohih. Bairut: Dar al-Fikr.
23. Nor Rashidah Abdul Jamal (2006). Persepsi Pelajar SPI yang Berkahwin Semasa Belajar. PSM.
UTM, Skudai.
24. Puan Y (2008). Temubual Eksklusif Tentang Pengalaman Berkahwin Semasa Belajar. Tarikh
27.9.2008. 10.00 pagi bertempat di Makmal Komputer, UKM Bangi.
25. Ramayulis, Prof. Dr. (2001). Pendidikan Islam dalam Rumahtangga. Jakarta: Kalam Mulia.
26. Raudhah.com (2005). Kahwin Usia Muda.
http://www.raudhah.com/index.php?option=com_smf&Itemid=27&topic=1738.30, [26.9.2008].
27. Ukhuwah.com (2007). Berkahwin Semasa Di Universiti. Portal Komuniti ukhwah.com.
http://ukhwah.com/viewtopic.php?topic=30309&forum=31&, [26.9.2008].

View publication stats