Anda di halaman 1dari 10

LAPORAN PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH

PLAGIARISM

NAMA PENSYARAH:- DR. MUNTAZ BINTI ABU BAKAR

NAMA AHLI KUMPULAN:-

1 FATIN IZZATI BT KAMARUDIN A163811


)
2 HANNAH NAJIHAH BINTI AMRAN A163899
)
3 NURUL SYAHIRA BINTI AZHAR A164626
)
4 NABILA SYUHADA BINTI ZAILAN A166231
)
5 NUR SYAZANA BALQIS BINTI MOHAMAD ZAINI A159505
)

Pendahuluan plagiarisme

Apa itu plagiarism? Mengikut kamus pelajar edisi kedua, plagiarism atau plagiat ialah hasil
mencedok karya atau tulisan orang lain yang disiarkan kembali sebagai karya sendiri (biasanya
dalam hal karang-mengarang). Memplagiat ialah mencedok karya atau tulisan orang lain dan
menyiarkannya sebagai karya sendiri. Dalam erti kata mudah, plagiarism ialah mengambil
hakcipta orang lain ataupun idea orang sebagai hak persendirian tanpa ada rujukan atau
penghargaan kepada penulis asal. Budaya menciplak ini semakin berlelasa di kalangan pelajar
terutamanya di institut pengajian tinggi.

Amalan memplagiat ini berlaku apabila pelajar itu sedang kekeringan idea untuk menyiapkan
sesuatu tugasan yang diberikan kepadanya. Jika sebelum ini, buku rujukan akademik atau
jurnal dijadikan sebagai rujukan untuk menyiapkan tugasan yang diberi oleh pensyarah, namun
di zaman teknologi kini, rujukan utama para pelajar telah beralih kepada internet untuk
mendapatkan maklumat dan fakta untuk menyiapkan tugasan mereka.

Antara sebab-sebab khusus kepada amalan ini berlaku dikalangan pelajar ialah:

1) Tidak mempunyai masa yang secukupnya


Alasan ini sering diberikan pelajar apabila diberikan sesuatu tugasan. Apabila mereka
merasakan masa tidak mencukupi,maka timbul idea untuk mengambil langkah mudah
iaitu meniru kerja rakan yang lebih bijak dan rajin. Namun begitu,alasan ini adalah tidak
relevan kerana jika rakan lain mampu menyiapkan tugasan tersebut, mengapa tidak
untuk pelajar tersebut?
2) Kurang kesedaran tentang plagiarism
Kebanyakan pelajar mengambil remeh tentang gejala plagiat ini. Bagi mereka,
menciplak kerja orang lain tidak menjadi kesalahan. Pelajar seharusnya lebih kreatif
dalam menyiapkan sesuatu tugasan dengan hanya mengambil isi penting dari sumber
rujukan dan bukannya menyalin bulat-bulat.
3) Kurang keyakinan terhadap diri sendiri
Terdapat sesetengah pelajar yang berasa kurang yakin terhadap diri mereka sendiri.
Bagi mereka idea atau buah fikiran mereka tidak cukup bagus untuk memenuhi sasaran
pensyarah. Di tambah lagi dengan tekanan didesak oleh ibubapa untuk memperoleh
keputusan yang cemerlang, akhirnya pelajar ini memilih untuk menyalin atau meniru
sahaja tugasan dan jawapan rakan mereka yang lebih bijak dan menonjol didalam kelas.

Kategori plagiarisme

Terdapat 5 ciri-ciri plagiarism,iaitu plagiarism lengkap, plagiarism sebahagian, plagiarism


prafasa, plagiarism kata kunci dan juga plagiarism struktur gagasan.

Pertama, plagiarism lengkap adalah apabila penulis menyalin kesuluruhan idea penulis
asal tanpa mengubah sebarang perkataan mahupun tanda bacaan. Kebiasaannya,penulis tidak
mempunyai pengetahuan langsung perkara yang ingin ditulis maka mengambil inisiatif untuk
menyalin tulisan penulis asal. Budaya ini juga dinamakan sebagai budaya “copy and paste”.

Kedua, plagiarism sebahagian. Plagiarism ini dilakukan oleh penulis dengan


menggabungkan beberapa sumber hasil dari orang lain dan menambah sedikit idea sendiri
untuk dijadikan ayat. Malah, penulis ini tidak memberitahu rujukan asal penulisan itu. Ini adalah
disebabkan kerana penulis tidak mempunyai ilmu yang mendalam tentang apa yang ingin ditulis
tetapi hanya mempunyai ilmu asas sahaja.

Selain itu, plagiarism prafasa adalah plagiarism yang dilakukan oleh penulis dengan
mengubah ayat dari penulis sebenar dan jadikan ayat yang yang baru. Penulis meniru prafasa
itu secara tidak langsung dan tidak memberitahu rujukan penulis sebenar.

Di samping itu, plagiarism kata kunci adalah penulismengambil kata kunci dari penulis
asal untuk dijadikan ayat. Penulis menggunakan idea sendiri untuk membuat ayat tetapi
memasukkan beberapa kata kunci daripada penulis asal ke dalam ayat sendiri.

Akhir sekali, plagiarism struktur gagasan. Penulis meniru gagasan orang lain dan
menjadikanna sebagai gagasan sendiri dengan menukar beberapa kata kunci dan frasa kunci.
Cara peniruan gagasan ini adalah yang paling sukar untuk dikesan dan boleh terjadi gagasan
yang ditulis tidak sengaja tersama dengan ayat penulis gagasan yang sedia ada.
Kesan Aktiviti Plagiat.

Aktiviti plagiat ini merupakan budaya negatif dalam kalangan masyarakat kita dan banyak
memberi kesan kepada imej dan integriti pendidikan. Ia amat merbahaya kepada dunia
intelektual negara jika tidak dibendung dengan sebaik dan sepantas mungkin. Kegiatan tidak
bermoral ini jika dibiarkan boleh menjadi barah kepada institusi pengajian tinggi (IPT) negara
dan mampu meruntuhkan institusi ini dalam jangka masa panjang tanpa kita sedari.

Aktiviti plagiarisme adalah melibatkan etika dan moral penulisan di mana penulis adalah
bertanggungjawab ke atas apa yang ditulis serta memberikan pengiktiran sewajarnya kepada
hasil penulisan orang lain sewajarnya. Gejala ini boleh mencemarkan imej institusi pengajian
tinggi di negara ini dan akhirnya akan melahirkan pensyarah serta siswazah yang tidak
berkualiti, kurang kompeten dan tidak berdaya saing. Ini adalah kerana gejala plagiarism ini
menyebabkan pelajar tidak menggunakan idea dan keupayaan mereka sendiri dalam tugasan-
tugasan mereka dan hanya bergantung kepada sumber-sumber di internet. Jika hal ini tidak
dibendung, mereka akan berasa selesa dengan gejala ini dan akan terus mempraktikkannya
sehingga ke alam pekerjaan. Gejala ini juga akan mencalarkan imej seseorang pensyarah
kerana masyarakat akan mempertikaikan keupayaan pensyarah tersebut dalam mengawal dan
mendidik pelajar-pelajar mereka untuk menghasilkan sebuah karya dalam pendidikan yang baik
dan berkualiti serta bebas daripada unsur plagiarism.

Selain itu, gejala plagiarisme ini menggambarkan kelemahan para pelajar institusi-institusi tinggi
sekarang bahawa mereka tidak dapat mempraktikkan pembelajaran mereka dengan baik dalam
kajian mereka. Gejala ini turut menggambarkan bahawa pelajar tidak mempunyai moral-moral
yang baik dalam melaksanakan sesebuah tugasan dimana ianya patut diubah supaya tidak
terus menerus menjadi kebiasaan bagi mereka.
Masalah plagiat untuk menyiapkan tesis atau kertas kerja hanya boleh ditangani jika pihak
universiti berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga memantau masalah dunia
intelektual ini. Pihak universiti mesti mengambil tindakan yang sewajarnya bagi membendung
masalah ini daripada terus berleluasa. Teknologi maklumat dan lambakan laman web
memudahkan instrumen ini disalahgunakan di dalam aktiviti plagiat dan oleh yang demikian,
perisian komputer seperti Word Check System, Scan My Essay dan lain-lain yang banyak
diaplikasikan oleh universiti di seluruh dunia dilihat sangat berkesan dalam membendung

kewujudan elemen plagiarisme dalam penyediaan kajian ilmiah, tesis dan penulisan akademik
lain.

Semua pihak perlu memandang serius gejala ini dan kegagalan menanganinya boleh
menjejaskan reputasi dan imej Malaysia serta mencemar integriti universiti. Ini adalah kerana
negara memerlukan idea dan perspektif yang baru dan lebih bersifat tempatan dalam merangka
dasar pembangunan dan bukan pandangan yang diciplak daripada penerbitan asing. Hal ini
adalah kerana banyak keputusan kerajaan terutamanya dalam penentuan dasar banyak
bergantung kepada kajian-kajian universiti. Maka, jika kajian-kajian universiti yang dihasilkan
adalah tidak baik dan tidak berkualiti, ia secara tidak langsung akan menjejaskan pembangunan
negara kita sendiri kerana para graduan yang bakal dilahirkan dari institut-institut tinggi adalah
tidak bermutu dan tidak mempunyai sifat berdaya saing secara sihat untuk menghasilkan
sesebuah hasil yang baru dan berkualiti demi kepentingan negara.

Jika dilihat dari sudut pandangan penulis sebenar itu sendiri pula, sudah tentu penulis itu akan
berasa marah dan kecewa apabila hasil penulisan mereka telah diciplak atau diplagiat secara
bulat-bulat oleh orang lain dan tidak ada sedikit pengiktirafan yang menyatakan bahawa petikan
atau penyataan yang telah ditulis tersebut adalah hak miliknya yang asal dan asli. Hal ini adalah
semestinya perkara yang tidak baik dan wajar dihentikan kerana ianya telah mengambil hak
seseorang yang telah bertungkus-lumus menghasilkan sebuah karya yang baik.

Tuntasnya, gejala plagiarism ini adalah ssebuah gejlan negative yang memberikan pelbagai
impak negative kepada pelajar, institut, dan negara kerana ia mengahsilkan pelajar yang
bersikap malas, pasif, bergantung kepada usaha orang lain dan tidak mempunyai rasa untuk
berusaha agar maju kehadapan. Hal ini haruslah diambil perhatian dan dibendung bagi
kepentingan diri, bangsa dan negara.
Cara-cara mengatasi Plagiarisme.

Plagiarisme boleh membawa keburukan dalam masyarakat dan mentaliti masyarakat yang tidak
menitik beratkan isu ini. Mereka menganggap plagiat ini adalah perkara tidak serius dan
dipandang enteng. Maka untuk mengatasi plagiarisme ini kita harus memandang dahulu dalam
komuniti kecil iaitu para mahasiswa. Dengan ini, mahasiswa dapat memberitahu kepada
masyarakat sekeliling mereka bahawa perkara ini harus dipandang serius dan mengelakkan
mereka daripada plagiat. Dalam dunia akademik, salah satu kesalahan etika adalah plagiat. Ini
menyentuh kepada sifat seorang mahasiswa/mahasiswi itu yang mementingkan diri sendiri,
tiada sifat keaslian pada penulisnya dan penipu yakni meniru kerja orang lain tanpa menyebut
penulis asal (cite). Selain itu, menangguhkan kerja menyebabkan mereka tergesa-gesa
membuat saat akhir dan jalan mudah bagi mereka adalah “salin dan tampal”(copy and paste)
menyebabkan keaslian kepada penulis itu tidak ada lagi. Seringkali kita lihat ini berlaku dan
kurang kesedaran dalam diri mereka bahawa perkara ini tidak boleh dilakukan kerana akan
merosakkan reputasi penulis asal dan diri-sendiri kerana tiada asli dalam hasil penulisan
mereka. Maka perkara ini harus ditangani agar plagiarisme tidak berlaku dan dijaga keaslian
sesebuah penulisan atau karya.

Pelbagai cara untuk menangani plagiarisme dalam kalangan mahasiswa/mahasiswi iaitu


nyatakan penalti dan tindakan yang akan diambil, memasukkan ke dalam sukatan
pembelajaran kursus, mengajar kaedah membuat petikan atau “paraphrasing” dan
menggalakan perancangan. Tindakan pertama untuk menangani plagiarisme ini adalah
nyatakan penalti dan tindakan yang akan diambil. Jika didapati pelajar tersebut melakukan
plagiat, tindakan harus diambil agar mereka mengetahui perkara yang dilakukan adalah salah.
Para pensyarah harus bertindak tegas dalam hal plagiat ini.Contoh tindakan yang boleh diambil
adalah tidak menerima hasil kerja mereka selagi plagiat dapat dikesan dalam kerja tersebut.
Jika makluman penalti dan tindakan yang serius telah dinyatakan oleh pensyarah, pelajar akan
kurang cenderung untuk mengambil risiko.

Seterusnya, cara menangani dengan memasukkan ke dalam sukatan pembelajaran kursus.


Memasukkan dasar plagiarisme bersama dalam sukatan pembelajaran kursus. Dasar
plagiarisme adalah merupakan satu penipuan dalam dunia akademik di mana penulis asal tidak
mendapat kredit untuk kerja-kerja mereka(penulis asal). Dengan memasukkan dan
menonjolkan dasar plagiarisme ia akan mengingatkan pelajar tentang takrif dan akibat

plagiarisme. Pensyarah harus membincangkan mengenai plagiarisme pada hari pertama ketika
memaklumkan dan membincangkan sukatan pelajaran bagi menunjukkan kepada pelajar agar
ia diambil serius dan tidak dipandang enteng. Dengan ini, pelajar tersebut mengetahui bahawa
tindakan yang mereka lakukan adalah salah dan lebih berhati-hati dalam penulisan kertas kerja
atau tugasan yang diberi.

Selain itu, mengajar kaedah membuat petikan atau “paraphrasing”. Pensyarah harus
menunjukkan dan mengajar kaedah membuat petikan yang wajar.Pensyarah boleh mengajar
cara membuat petikan , membuta petikan adalah mengambil hasil karya orang lain dalam ayat
yang unik , dan ditukar cara penulisan, tetapi membawa maksud yang sama dengan karya asli.
Mengetahui bahawa terdapat kaedah yang betul untuk menghargai hasil kerja orang lain boleh
mengajar pelajar untuk memahami plagiarisme dengan lebih serius. Selain membuat petikan,
kita boleh menggunakan kaedah kreditkan petikan kepada penulis asal (“cite”). Contoh kaedah
yang betul adalah setiap petikan yang diambil daripada penulis asli haruslah di”cite” agar tidak
berlakunya plagiat.

Akhir sekali, cara menangani dengan menggalakan perancangan. Plagiarisme biasanya


adalah hasil daripada keadan terdesak. Pensyarah harus mengingatkan pelajar agar bermula
kerja mereka di awal waktu. Jika mereka melakukan kerja di awal waktu, ia akan mengelakkan
mereka cenderung untuk memplagiat hasil kerja penulis asal. Pastikan pensyarah meminta draf
awal atau draf cadangan perancangan beberapa minggu sebelum tarikh penghantaran akhir
agar pensyarah dapat melihat jika berlaku plagiat dapat dimaklumkan kepada pelajar dan
mereka masih mampu mencari dan membina semula penulisan sendiri.

Kesimpulannya, pelbagai cara untuk atasi plagiarisme ini. Terletak pada individu itu sendiri
jika mahu mengubah diri agar tidak memplagiat hasil kerja atau penulisan orang lain. Maka
individu ini perlu ada mentaliti kelas atasan agar dapat memberitahu kepada masyarakat
bahawa plagiarisme adalah perkara yang harus dielakkan dan perkara ini dapat diatasi.
PENUTUP

Plagiat atau plagiarisme adalah tindakan penciplakan atau pencurian suatu karya
seseorang tanpa mencantumkan sumber atau referensi yang telah di gunakan secara sengaja
maupun tidak sengaja plagiat merupakan tindakan yang tidak terpuji, melanggar etika,
melanggar hukum . Sebenarnya hal ini hanya memberikan keuntungan sesaat, hal ini terjadi
karena banyak masyarakan yang tidak menyedari bahwa tindakan menciplak karya orang lain
tanpa meminta izin akan merugikan dirinya sendiri dan korbanya. Jika dikemudain hari
dilakukan evolusi atas karya ilmiah tersebut maka si “pembajak” akan mengalami kesulitan dan
akan mendapatkan hasil yang buruk .

Sebagai penutup dari masalah ini dapat diambil beberapa kesimpulan dan saran sebagai
berikut :

1. Plagiarisme adalah penggunaan idea kata-kata, kalimat atau kata-kata kunci; uraian,
ungkapan atau penjelasan; fakta termasuk data dan informasi milik orang lain dalam
suatu karya tulis tanpa mengemukakan sumbernya secara lengkap sesuai dengan tata-
cara yang berlaku yang dikategorikan pemalsuan, termasuk menganti identitas karya
tulis orang lain seolah-olah menjadi karyanya yang dikategorikan pembajakan. Hasil
plagiarisme disebut plagiat dan pelakunya disebut plagiator.

2. Plagiarisme masih merupakan hal yang belum benar-benar dikenali atau setidak-
tidaknya baru dikenali secara samar-samar, instant atau “kulitnya saja” baik oleh
kalangan dosen lebih-lebih oleh kalangan mahasiswa. Fenomena permasalahan itu
masih menjadi peristiwa keseharian bahkan menjadi hal yang rutin terjadi atau tingkat
kejadiannya (incident) cukup tinggi. Karena itu pemahaman yang mendalam tentang
plagiarisme ini masih perlu terus menerus diinternalisasikan di lingkungan perguruan
tinggi, dosen, dan mahasiswa,

3.  Perilaku plagiator atau plagiarist (gemar menjiplak/ menyontek) sengaja atau tidak


sengaja menjadi dominan karena kegagalan dalam transformasi metoda pendidikan,
yang seharusnya semakin tinggi jenjang pendidikan semakin berkembang ke arah
metoda-metoda yang improvisatif, kreatif, inovatif atau analitis dan sintesis sesuai
dengan prinsip pembelajaran (learning principle). Di sisi lain sangsi

atau punishment yang dijatuhkan pada yang melanggar etika akademik dan ilmiah


sangatlah longgar, mudah memberi maaf (permissive) bahkan nyaris tidak ada. Kerana
itu metoda pembelajaran pada pendidikan tinggi (higher education) harus lebih
dibobotkan kepada daya analisa dan sintesa serta penerapan sangsi-sangsi akademik
yang tegas harus menjadi bagian integral dalam metoda pembelajaran.

4. Kemampuan untuk menghidar dari plagiarisme atau “perilaku anti plagiarisme” tidak
cukup diberikan sebatas pemberian pengetahuan (cognitive), akan tetapi harus dilatih
sepanjang proses pendidikan sehingga menjadi keterampilan sesuai
kaidah psychomotoric sehingga melahirkan perilaku (behavior) sesuai
kaidah affective.Karena itu membangun “perilaku anti plagiarisme” harus menjadi bagian
penting dalam kurikulum pendidikan.

Anda mungkin juga menyukai