Anda di halaman 1dari 2

JURNAL PRAKTIKUM

Minggu Praktikum :1

Tarikh : 23.2.2020 - 27.2.2020

Tajuk Jurnal : Masalah Pembahagian Masa Semasa PdP

1. Isu yang difokuskan: Masalah Pembahagian Masa Semasa PdP

2. Analisis isu yang difokuskan:


Ketika proses pengajaran dan pembelajaran berjalan, saya mengajar seperti
yang dirancang dalam Rancangan Pengajaran Harian tetapi saya tidak
menitikberatkan masa yang telah diperuntukan bagi setiap fasa pengajaran
seperti set induksi, permulaan dan penutup. Saya tidak mengendahkan minit
disebabkan saya menulis RPH secara ringkas pada kali pertama dalam
internship.

3. Kajian lampau (Literature Review) terhadap isu (Pengalaman atau kajian lepas):
Pembelajaran pelajar dapat berlaku dengan berkesan sekiranya guru berjaya
mengendalikan aktiviti pengajaran dengan teratur di samping memberi arahan
dan agihan tugas dengan jelas. Kejayaan pengendalian pengajaran dan
pembelajaranboleh dicapai sekiranya guru dapat mengurusnya dengan cekap.
Menurut Charlesdan Senter (2002), pengurusan adalah amat penting dalam
pengajaran, tanpanyapengajaran akan gagal atau sukar berlaku.

4. Cadangan atau idea penyelesaian masalah:


Guru hendaklah memastikan penerangan dan perbincangan dapat dilakukan
dalam waktu yang diperuntukan. Selain itu, murid yang akan menjalankan
perbincangan kumpulan perlu diterangkan tujuan, prosedur dan maklumat yang
perlu dikumpulkan. Semua proses perancangan, pengendalian, pengarahan dan
pemantauan perlu diurus dengan cekap agar objektif pengajaran dapat dicapai.

5. Tempoh masa penyelesaian:


Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam pengajaran yang akan datang.
Pengurusan masa yang baik penting agar objektif yang telah digariskan dapat
dicapai dan P&P pada hari tersebut dapat dirumuskan. Dengan itu, murid-murid
dapat memahami dengan lebih baik ilmu yang disampaikan oleh guru.
6. Tindakan susulan:
Setelah mengenal pasti kelemahan diri saya, saya telah membuat beberapa
tindakan susulan bagi memperbaiki kualiti pengurusan masa saya dalam
pengajaran dalam kelas. Antaranya ialah, merancang Rancangan Pengajaran
Harian lebih teratur dan efisen. Saya juga perlu merancang aktiviti pengajaran
bagi setiap fasa pengajaran supaya tidak terlalu padat dengan aktiviti sehingga
tidak cukup masa untuk melaksanakannya. Dengan itu, saya perlu menggunakan
teknik perngajaran yang bersesuaian dengan tahap murid yang diajar dan selari
dengan aktiviti yang dirancang.

7. Tarikh tindakan susulan dilaksanakan: 1.3.2020

8. Kesimpulan / Refleksi:
Setelah mengenal pasti masalah pengajaran dan pembelajaran yang dihadapi,
saya telah menganalisa masalah ini dengan mencari punca berlakunya masalah
ini dan mengambil beberapa langkah penambahbaikan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran seperti memastikan guru menepati waktu yang telah
diperuntukkan seperti dalam Rancangan Pengajaran Harian. Guru juga
mengambil kira beberapa tindakan susulan bagi mengatasi kelemahan guru
dalam pengurusan masa dalam kelas dan memperbaiki penulisan Rancangan
Pengajaran Harian.

Anda mungkin juga menyukai