Anda di halaman 1dari 4

Dewasa ini, media arus perdana negara semakin dihujani oleh berita-berita gejala

sosial remaja yang sehingga hari ini sukar dibendung dan diperangi sehingga ke
akar umbi. Dari isu lapuk seperti merokok dan ponteng hinggalah kepada masalah
gengsterisme. Sekarang ini tiba-tiba sahaja orang sibuk mengaitkan sekolah
dengan buli walaupun ini merupakan bentuk keganasan yang terawal dan biasa di
sekolah. Jika tidak kerana kejadian yang menimpa seorang pelajar Tingkatan 4
sebuah sekolah menengah agama beberapa tahun lepas, masyarakat sekeliling
masih menganggap buli adalah perkara biasa, khususnya di sekolah-sekolah
berasrama.

Sebelum saya terus menghangatkan isu ini, moleklah kiranya saya menjelaskan
maksud buli secara khusus. Menurut kamus dewan edisi ke-4, buli boleh
dintrepetasikan sebagai perbuatan mendera, mempermainkan seseorang supaya
dapat menyesuaikan diri dengan suasana yang baru. Menurut Hazler dan Hoover
pula yang dipetik di dalam bukunya yang bertajuk “Developmental Psychology
Childhood and Adolescence” yang diterbitkan pada tahun 2006, buli bolehlah
dimaksudkan sebagai tingkah laku agresif di mana seorang pelajar atau satu
kumpulan pelajar mengganggu seorang mangsa secara fizikal atau psikologi bagi
satu jangka masa yang panjang dan dilakukan berkali-kali terhadap mangsa.

Hadirin hadirat warga budiman sekalian,


Hampir semua pelajar yang pernah belajar di sekolah berasrama penuh mengetahui
wujudnya buli, walaupun hanya segelintir yang menjadi mangsa atau pembuli.
Tetapi saya percaya sebahagiannya tidak pula menganggap perkara ini serius dan
perlu diperbesar-besarkan. Bagi mereka, buli yang dilakukan oleh pelajar senior ke
atas pelajar junior (dengan izin) adalah satu bentuk yang boleh diterima sebagai
satu cara untuk menambahkan keyakinan hidup di asrama, untuk belajar hidup
berdikari, menerima sedikit tekanan dan tidak dimanjakan. Malahan hubungan lebih
mesra antara pelajar senior dengan pelajar junior akan berlaku selepas itu. Tetapi
perbuatan buli yang sehingga membunuh seperti yang terjadi ke atas Muhammad
Farid Ibrahim adalah sesuatu yang tidak dapat diterima oleh masyarakat dan
dengan kejadian inilah, masyarakat kini membuka mata, melihat isu buli ini sebagai
satu isu perlu diperangi habis-habisan sebelum kejadian demi kejadian
menggegarkan media arus perdana negara.

Tujuan asal perbuatan buli hanyalah untuk menjadikan pelajar baru yang menghuni
di asrama khususnya supaya dapat menyesuaikan diri hidup berjauhan dengan
keluarga dan lebih menghormati senior-senior mereka (dengan izin). Walau apapun
matlamat baik yang cuba diketengahkan daripada tindakan buli, buli tidak boleh
dibenarkan jika dapat mencederakan dan sehingga ke tahap membunuh. Tindakan
menyakitkan perasaan dan fizikal orang lain apatah lagi mencederakan dan
membunuh tidak dibenarkan baik dalam agama apa sekalipun dan tidak boleh
dibuat jenaka atau dilakukan dengan tujuan berseronok-seronok.

Dengan penyebaran media terhadap kes-kes buli ke seluruh negara, secara tidak
langsung telah mencemarkan imej pendidikan Negara dengan bunyi-bunyi
mengatakan bahawa pendidikan Negara kita lebih menjurus kepada nilai akhlak
pelajar yang semakin rosak dan tiada usaha-usaha untuk membendung gejala yang
tidak sihat ini. Pihak kerajaan dan pihak kementerian khususnya cuba mencari
langkah proaktif untuk membendung budaya buli yang saya kira menjadi budaya
sejak dahulu lagi. Dari pengalaman bapa dan ibu, abang serta kakak yang pernah
menjejakkan kaki ke sekolah berasrama, semuanya pernah merasa tindakan buli
dan telah menjadi mangsa kepada kes buli. Bagi mereka, ini adalah budaya yang
diamalkan dari dahulu dan sudah bersedia untuk menghadapinya. Justeru, laporan
kepada pihak berwajib tidak dibuat.

Hadirin sekalian,
Semua pihak terutamanya ibu bapa, pihak sekolah dan masyarakat perlu
menyedari bahawa gejala buli yang diamalkan sejak dahulu lagi perlu diubah dari
satu budaya kepada satu gejala yang kurang sihat dan perlu dihentikan demi
menjaga prestasi anak-anak muda negara kita kerana merekalah yang akan
menjadi tunjang pemimpin negara kita nanti. Kita tentu tidak mahu insiden buli ini
menjadi lebih teruk seperti yang berlaku di Amerika Syarikat di mana tembakan
rambang kerap berlaku di sekolah. Salah satunya ialah insiden Columbian High
School di akhir 1960an. Adalah penting untuk kita ingat bahawa buli, konflik verbal,
sentuhan fizikal dan yang berhubung dengan tindakan agresif masih menjadi
bentuk yang biasa dalam masyarakat. Saya menegaskan bahawa bentuk-bentuk
keganasan sekolah ini merupakan petanda awal kepada bentuk keganasan yang
lebih besar dalam masyarakat. Sebab itu mengendalikan masalah kecil di sekolah
adalah penting untuk kita mengelakkan berlakunya masalah yang lebih besar. Hal
ini tidak mustahil akan terjadi di Malaysia jika tiada usaha dan inisiatif untuk
membendung gejala yang menjadi duri dalam daging yang lama-lama akan
bernanah seterusnya mencemarkan imej pendidikan negara.

Salah satu usaha pihak kementerian pelajaran untuk membendung gejala ini ialah
mewujudkan hotline bagi memudahkan pelajar dan mangsa buli membuat aduan
kepada pihak kementerian. Wujudnya hot line ini dilihat betapa seriusnya masalah
buli. Sesetengah pula melihat sebagai satu sindiran kepada pihak pengurusan
sekolah yang gagal menangani masalah disiplin sehingga menteri terpaksa
campurtangan. Apakah tidak ada sesiapa lagi di sekolah yang tidak boleh
diharapkan oleh pelajar sehingga mereka terpaksa berhubung terus dengan
kementerian untuk membuat aduan?. Pendedahan oleh sesetengah media
menunjukkan betapa sekolah gagal memainkan peranan yang sepatutnya. seolah-
olah sekolah tidak selamat lagi untuk para pelajar.

Sama ada disukai atau tidak, pengetua dan guru besar selaku pemimpin di sekolah
harus menerima perkembangan ini dengan fikiran terbuka. Tindakan terbaru ini
harus dilihat sebagai perkembangan yang positif kerana ini menunjukkan semua
pihak semakin sedar masalah ini dan sama-sama berusaha untuk membantu pihak
sekolah. Inilah masanya sekolah mengambil kesempatan untuk mendedahkan
punca sebenar masalah ini kepada umum. Inilah masanya sekolah menuntut
peranan semua pihak terutama ibu bapa dan masyarakat agar melihat peranan
masing-masing untuk membantu sekolah. Perasaan kita tentang sebilangan kecil
yang tidak senang dengan sekolah harus disingkirkan kerana majoriti masyarakat
kita masih sayangkan sekolah.
Alasannya mudah. Bukankah di sinilah anak-anak, anak-anak saudara, dan cucu-
cucu mereka ditempatkan dalam suatu tempoh yang bukan pendek. Mereka
menyerahkan tugas mendidik dan menjaga keselamatan anak-anak mereka kepada
guru-guru. Mereka percaya guru-guru mampu melakukannya dan menunaikan
tanggungjawab sebagai “ibu bapa kedua” dalam tempoh masa rasmi
persekolahan.Walaupun dikatakan segala-galanya bermula di rumah, tetapi dengan
segala kemudahan pendidikan yang ada di sekolah, ditambah dengan kepakaran
mendidik yang ada pada guru-guru, sekolah dilihat berupaya memainkan peranan
lebih utama dalam pembentukan calon pemimpin, pekerja dan ahli masyarakat
masa depan. Justeru, sekolah wajar mengambil langkah berjaga-jaga yang
berpatutan supaya tidak dituduh cuai dalam menjalankan tugasnya sebagai “ibu
bapa kedua”.

Hadirin sekalian,
Usaha mengatasi masalah disiplin pelajar umumnya dan buli khasnya hanya akan
berjaya jika ia dilakukan secara ikhlas, konsisten dan melibatkan semua pihak
secara sedar dan terancang. Tindakan secara “ad hoc” (dengan izin) dan berkala
hanya dilihat sebagai tindakan hangat-hangat tahi ayam. Usaha murni ini tidak
wajar dilakukan dengan melihat kesalahan orang lain.

Selagi ada pihak yang mendakwa ada pihak yang lebih bersalah daripada pihak
yang lain, usaha ini tidak akan ke mana-mana. Harus ingat, kita melaksanakannya
bukan untuk menunjukkan siapakah di antara kita yang lebih hebat, jauh sekali
untuk mencari kesalahan pihak lain tetapi semua ini dilakukan atas satu kesedaran
bahawa semua pihak bertanggungjawab atas apa jua yang berlaku pada anak-anak
bangsa Malaysia yang merdeka. Apa sahaja yang kita lakukan hari ini, baik sebagai
guru, ibu, bapa, masyarakat, pemimpin, media dan sesiapa sahaja akan memberi
impak yang besar bagi pembentukan generasi akan datang. Tentulah cara kita
berbeza-beza menurut peranan dan fungsi kita masing-masing.

Akhir kata, marilah sama-sama kita berganding bahu memerah keringat demi
untuk membendung gejala buli ini daripada terus-menerus membelenggu sistem
pendidikan negara kita. Negara kita tanggungjawab kita. Sekian, terima kasih.
Gejala sosial yang melibatkan golongan remaja bukan sahaja menimpa remaja kelas bawahan,
malahan membabitkan kelompok remaja kelas menengah dan atasan. Pada umumnya, gejala
ini timbul kerana golongan remaja tidak mempunyai tempat mengadu dan tidak diurus dengan
saksama lagi bijaksana. Sesetengah ibu bapa harus mengakui bahawa mereka tidak mempunyai
kemahiran dalam mendidik anak-anak. Kemahiran mengasuh meliputi kefahaman terhadap
jiwa remaja, menangani kesihatan mental dan emosi anak-anak muda serta penguasaan
terhadap perkembangan terkini. Mereka perlu dididik bahawa jiwa remaja kini tidak sama
dengan jiwa mereka sewaktu remaja. Interaksi dengan anak-anak tidak lagi bersifat sehala.
Pandangan bahawa `ibu dan bapa kemudian anak-anak’ tidak lagi terpakai. Sebaliknya ibu bapa
perlu memahirkan diri menjadi `rakan anak-anak’. Kemahiran mendengar dan berbincang
dengan anak-anak perlu dipupuk. Konsep membuat keputusan untuk anak remaja juga tidak
lagi boleh diamalkan. Sebaliknya gaya berbincang nyata lebih berkesan. Ibu bapa harus peka
dan membantu remaja dalam memahami perubahan fizikal dan seksual mereka. Mereka perlu
dibantu apabila terdapat ledakan kebolehan intelektual. Perubahan tersebut mendorong
remaja membebaskan diri daripada kongkongan ibu bapa dan sebaliknya mereka mahu
membina jati din sendiri. Pendidikan daripada alam kanak-kanak kepada remaja menjadikan
emosi dan psikologi mereka mulai bebas. Jika ibu bapa masih mengamalkan konsep melindungi
dan bukannya tempat meluahkan masalah, remaja akan kelihatan bermusuh dengan ibu bapa
kerana jiwa mereka tidak difahami. Peristiwa yang menimpa remaja Sufiah Farouq (remaja
pintar di Oxford) merupakan suatu contoh bahawa remaja tidak boleh dikongkong oleh ibu
bapa. Guru di sekolah pula bukanlah sekadar pembimbing akademik, tetapi harus menjadi
rakan kepada remaja. Guru yang diingati oleh remaja ialah guru yang boleh dibawa berbincang
dan sama-sama menyelesaikan masalahnya. Guru yang hanya memerintah akan diingati
sebagai `pemerintah’ dan tidak didekati. Hasilnya, arahan akademik bukan sahaja tidak
dipatuhi, bahkan mewujudkan pemberontakan antara pelajar dengan gurunya. Ini pula akan
menyebabkan pelajar tidak mempunyai minat terhadap proses pembelajaran. Pihak berkuasa
pula tidak boleh mengharapkan remaja menjauhi kehidupan bebas dan liar, tetapi pada masa
yang sama turut menyediakan ruang untuk perkara seperti minuman arak, seks bebas dan
penagihan pil ecstacy berlaku dengan mudah. Persekitaran tidak sihat hares dibanteras, seiring
dengan usaha pembentukan remaja itu sendiri. Gejala remaja gemar menonton video lucah
misalnya, tidak boleh dituding semata-mata kepada ibu bapa dan guru. Dalam hal ini, adakah
ibu bapa dan guru hares disalahkan, sedangkan bahan untuk tontotan lucah berlambak bebas di
pasaran tanpa kawalan? Media pula mesti mengawal penyiaran secara eksklusif dan besar-
besaran tentang keruntuhan akhlak remaja tanpa membantu untuk mengawalnya. Sebaliknya
remaja yang berjaya mesti sering ditonjolkan di media massa sebagai motivasi untuk diteladani.
Hal-hal mengenai kreativiti remaja mesti sering diperbanyak berbanding liputan mengenai aksi
dan perangai negatif mereka. Sesungguhnya, pelbagai gejala negatif berleluasa di kalangan
remaja hari ini. Oleh itu, semua pihak perlu bekerjasama membanteras fenomena ini agar tidak
timbul masalah sosioekonomi yang lebih serius.

Anda mungkin juga menyukai