Anda di halaman 1dari 3

PENULISAN JURNAL

MINGGU KELIMA (8 JULAI 2019 – 12 JULAI 2019)

1.0 ISU MASALAH

Berakhirnya minggu kelima bermaksud saya telah melalui hampir lebih sebulan latihan
mengajar atau praktikum di Sekolah Kebangsaan Taman Midah 2 ini. Setelah lebih sebulan
saya mengajar di kelas Pendidikan Khas, saya mendapati murid-murid telah menunjukkan
prestasi yang baik. Namun begitu, peningkatan itu tidaklah begitu baik. Lazimnya, masalah
murid secara keseluruhannya ialah mereka masih belum menunjukkan tingkah laku yang baik
yang saya ingini. Tingkah laku mereka masih perlu banyak diperbaiki. Justeru beberapa kaedah
dan strategi baharu perlu dirancang dan dilaksana segera supaya ianya tidak berlarutan.
Namun, saya juga membuat koreksi diri terhadap sikap dan sifat saya juga sebagai guru
untuk membentuk tingkah laku murid. Saya juga kurang pasti untuk menonjolkan ciri guru yang
sebagaimana untuk membentuk tingkah laku diingini terhadap murid terutamanya murid
Pendidikan Khas.

2.0 ANALISIS

Terdapat beberapa perkara yang membezakan antara guru yang asertif dan guru yang garang.
Kebiasaannya, guru yang telah lama mengajar mempunyai sifat garang yang tinggi dan kerap
menggunakan kekerasan dari aspek suara dan tindakan fizikal berbanding para guru praktikal
yang lebih bersikap lembut dan terbuka.

Penerimaan murid terhadap kepelbagaian sifat guru tidak semestinya sama. Ada yang
menerima kesalahan mereka dengan penuh penyesalan, ada yang langsung tidak
mengendahkan arahan guru dan nada juga yang ingin memberontak di samping gemar
menonjolkan keegoaan diri yang tinggi.

Tindakan murid jelas dilihat semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah
sedang berlangsung. Kebanyakan murid mahukan perhatian yang lebih daripada guru. Namun,
adalah mustahil untuk seseorang guru itu menyalurkan perhatian kepada setiap murid dalam
sesuatu tempoh masa.

Natijahnya, ada murid yang berasa agak terpinggir, merasakan guru bersikap pilih kasih dan
guru menafikan kemahuan mereka. Namun, ianya bukan bermakna murid-murid yang pandai
itu elok tingkah lakunya. Didapati golongan murid ini suka mengusik dan mengacau rakan
sebaya mereka serta merasakan mereka lebih hebat berbanding murid yang lain. Mereka juga
gemar menganggu konsentrasi guru terhadap pengajaran dengan bersuara terlebih dahulu
sebelum guru sempat mengajukan sesuatu pertanyaan.

Masalah tingkah laku yang kini semakin berleluasa ialah murid suka keluar kelas sewaktu PdPc
berlangsung sehinggakan ada guru yang tidak sedar kehadiran murid tersebut ke sekolah.
Selain itu, murid juga gemar berebut barang dan bergaduh sehinggakan mengganggu proses
pengajaran dan pembelajaran yang sedang berlangsung. Murid kelas lain juga suka masuk ke
kelas saya sewaktu saya mengajar dan ini amat mengganggu perjalanan PdPc yang sedang
berlangsung.

3.0 CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI

Mengenai situasi sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung, guru-guru
boleh mengamalkan perkara-perkara yang dicadangkan ini.

1. Masuk ke kelas dengan mempamerkan keyakinan diri dan semangat yang tertonjol pada
wajah dan pergerakan, agar murid dapat melihat bahawa guru mereka benar-benar ini
mengajar pada hari itu.
2. Memulakan pengajaran dengan set induksi yang boleh menimbulkan unsur-unsur
suspens yang menyebabkan murid-murid mempunyai perasaan ingin tahu dan
memberikan sepenuh perhatian terhadap perkara yang dilakukan atau diperkatakan
oelh guru.
3. Penggunaan bahan konkrit yang menarik dan setara dengan kapasiti murid agar setiap
murid mendapat peluang untuk menggunakan bahan tersebut.
4. Penggunaan bahan ICT yang interaktif amat menarik minat murid, lebih-lebih lagi jika
ianya disusuli dengan unsur-unsur teks, imej, audio, video dan animasi yang
berkadaran.
5. Mengenakan hukuman atau peneguhan serta merta terhadap tingkah laku negatif yang
ditonjolkan murid.

4.0 TEMPOH MASA

15 Julai 2019 – 19 Julai 2019


5.0 TINDAKAN SUSULAN

Guru boleh melakukan penilaian secara pemerhatian untuk melihat sejauh mana setiap aktiviti
yang dilakukan dapat memberi impak kepada murid. Guru juga perlu bergaul rapat dengan
guru-guru lain dan mengambil tahu hal ehwal murid daripada sudut pandangan guru tersebut.

Di samping itu, guru boleh mengadakan perbincangan secara individu dengan Penyelaras
Progran P.Khas untuk membincangkan permasalahan murid dan masalah-masalah yang sering
dihadapi mereka.

6.0 KESIMPULAN

Setiap perubahan tingkah laku wajar diambil berat oleh para guru tidak kira ianya perubahan
baik mahupun sebaliknya. Setiap perubahan membawa maksud yang tersirat. Maka, para guru
perlulah lebih bersikap proaktif dengan mengenali setiap latar belakang murid demi kebaikan
kedua-dua belah pihak sama ada dari pihak guru serta murid.

Tandatangan pelajar,

……………………………………………………
Disemak oleh guru pembimbing Disemak oleh pensyarah pembimbing
(MUHAMMAD AMSYAR BIN AZMAN)

Tandatangan: Tandatangan:
Nama: Nama:
Tarikh: Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai