Anda di halaman 1dari 3

rencana

Waktu Solat Kuala Lumpur


Subuh 5:59
Zuhur 1:21
Asar 4:23
Maghrib 7:24
ARKIB : 03/08/2004
Isyak 8:33

Nasib buku ilmiah bahasa Melayu di universiti Klik untuk waktu solat kawasan lain

Oleh HASRI HASAN

Cubalah bayangkan jika semua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini
menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar utama dengan harapan agar
institusi masing-masing menjadi universiti bertaraf dunia dan mempunyai `perisa'
antarabangsa.  

Tentulah nampak hebat di luarnya tetapi secara lahiriahnya, ketamadunan bangsa


sendiri menjadi taruhan, lebih-lebih nasib bahasa Melayu sendiri yang semakin terhakis.
Berkaitan dengannya, penerbitan buku-buku ilmiah bahasa Melayu juga pasti akan layu
dan tiada masa depan kerana perkembangannya dibantutkan oleh aspirasi universiti
antarabangsa itu.
Telah ada peraturan dan perundangan yang cukup untuk memastikan bahawa bahasa
Melayu akan terus terpelihara sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu di Malaysia.
Perlembagaan Persekutuan, perlembagaan yang tertinggi sehingga mengatasi semua
undang-undang di Malaysia dengan jelas melalui Perkara 152 (1) mengatakan bahawa
bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan
sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang oleh Parlimen.
Dengar SuriaFM
Dasar Pendidikan Kebangsaan (1979) pula telah menggariskan dengan jelas pelaksanaan Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
strategi pendidikan negara dalam fasal yang pertamanya bahawa matlamat menjadikan
Riuh Rio Brazil 2014
Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama. Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014

Walaupun telah ada peruntukan yang jelas serta disokong oleh aspirasi Dasar Pendidikan Tragedi Pesawat MH370
Kebangsaan, namun nasib bahan-bahan penerbitan dalam bahasa Melayu ini masih Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
tidak menentu. KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014
Akibat daripada ketidakpercayaan pendukung-pendukung akademik terhadap buku-
buku tempatan sendiri menyebabkan ia tidak dapat menjana keuntungan dan seterusnya
penerbitan judul-judul baru tidak dapat dijalankan.
Hasilnya, dalam jangka masa panjang, buku-buku bahasa Melayu selama-lamanya tidak
akan dapat bersaing dengan buku-buku Inggeris luar negara.
Terdapat beberapa sebab mengapa nasib buku-buku ilmiah bahasa Melayu terancam:
1. Polisi Universiti
Pada permulaan pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan ini, buku-buku bahasa
Melayu banyak diterbitkan dengan diterajui oleh Dewan Bahasa dan Pustaka bertujuan
untuk menyediakan bahan-bahan rujukan dan bacaan dalam bahasa Melayu yang
mencukupi bagi institusi pengajian tinggi di negara ini.
Namun mulai tahun 1995, beberapa IPTA telah mula menggunakan bahasa Inggeris
sebagai bahasa pengantar kursus Sains dan Teknologi yang tertentu. Langkah ini telah
menjadi titik tolak kepada nasib buku-buku akademik bahasa Melayu di negara ini.
Polisi pendidikan yang menghalakan arah pendidikan di Malaysia dijalankan dalam
bahasa Inggeris dengan alasan menjadikan pelajar Malaysia lebih kompetitif dan
menjadikan IPT di Malaysia boleh menerima pelajar asing, secara tidak langsung
meminggirkan buku-buku ilmiah dalam bahasa Melayu daripada arus pasaran perdana
di IPT.
2. Jangka hayat buku pendek
Buku-buku ilmiah/akademik mempunyai ciri-ciri jangka hayat yang pendek kerana
sebahagian besar kandungan fakta-fakta yang terdapat dalam buku akademik
berlandaskan kajian dan data-data yang terkini sesuai dengan peringkat pembacaan
tinggi pembaca sasarnya.
Hasil-hasil kajian dan perolehan data-data terkini memerlukan aktiviti-aktiviti
penyelidikan yang berterusan oleh pengarang dan ini memerlukan belanja yang besar
untuk merealisasikannya.
Dengan pasaran buku yang kecil, buku akademik bahasa Melayu tidak berupaya
mengejar perkembangan baru dalam dunia pendidikan seperti mana yang diamalkan
oleh penerbit-penerbit buku Barat yang mengeksport bukunya ke negara ini dan menjadi
pesaing yang efektif kepada buku-buku bahasa Melayu.
Sudah pasti, sebahagian daripada para pensyarah universiti lebih selesa menyandarkan
garis panduan pengajarannya kepada bahan rujukan dari buku Barat yang lebih terkini, MENARIK
mantap dan berwibawa berbanding judul tempatan lama yang masih berada di pasaran. Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
3. Kuantiti cetakan rendah
Penerbit buku akademik bahasa Melayu sering menghadapi masalah untuk memasarkan Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
buku-buku bahasa Melayu kerana harganya yang relatif lebih tinggi berbanding dengan
kos fotokopi. Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Harga ini juga sering dibandingkan dengan harga buku import yang tidak banyak
Gambar kahwin Album Raja Sehari
bezanya tetapi mempunyai kualiti yang jauh lebih baik. Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Harga yang mahal ini disebabkan oleh jumlah kos pengeluaran per unit yang tinggi Mari baca Utusan Melayu Mingguan
akibat daripada jumlah kuantiti cetak yang rendah. Ada buku akademik yang dicetak Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
sebanyak 500 naskhah sahaja untuk memenuhi pasarannya. SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.
Sesebuah buku perlu menghadapi kos-kos pengeluaran seperti kos panel penilai,
penyuntingan, reka letak, filem, kertas, dakwat, cetak dan jilid. Semua kos di atas adalah
sama bagi semua jenis buku tetapi bagi buku akademik, jumlah cetakannya amat kecil.
4. Pasaran buku akademik bahasa Melayu kecil
Pemasaran buku akademik pengajian tinggi secara keseluruhannya bukanlah kecil
seperti yang dijangka kerana saiz pasarannya kini sangat besar dan menguntungkan
dengan jumlah pelajar kira-kira 450,000 orang pelajar di lebih 558 buah IPTA/IPTS di
seluruh negara.
Faktor di atas juga ditambah dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan bidang
pendidikan sebagai satu industri komersial. Banyak universiti dan kolej baru ditubuhkan
setiap tahun.
Daripada 558 buah IPT, 18 buah merupakan universiti atau kolej universiti awam yang
dijangka menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama. Secara tidak
langsung, buku-buku akademik bahasa Melayu secara logiknya haruslah mempunyai
pasaran yang baik di IPTA.
Bagaimanapun, anggapan ini meleset kerana banyak fakulti di IPTA telah beralih
menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar utama seperti di fakulti sains
komputer, perakaunan, sains, teknologi dan kejuruteraan.
Fakulti-fakulti yang masih menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar
pula adalah fakulti berorientasikan sastera seperti bidang sains sosial, kesusasteraan,
sejarah, pendidikan, linguistik bahasa Melayu, pengajian Islam dan seumpamanya.
Jumlah ini tidak besar dan keadaan ini diburukkan lagi oleh amalan fotokopi di dalam
dan luar kampus.
Beberapa buah IPTA yang menggunakan buku-buku akademik bahasa Melayu sebagai
rujukan utamanya pula mempunyai kurikulum yang berbeza. Buku yang mempunyai
kandungan yang sesuai untuk sesebuah universiti tidak semestinya sesuai untuk
universiti yang lain.
5. Pulangan kepada pengarang tidak setimpal
Sebahagian pengarang yang menghasilkan buku-buku akademik di Malaysia terdiri
daripada para pensyarah di IPT. Dengan masa yang terbatas kerana komitmen
pengajaran dan penyelidikan yang tinggi menyebabkan aktiviti penulisan buku terhad
kepada mereka yang benar-benar mempunyai minat dalam penulisan sahaja.
Selain itu, para pengarang buku akademik pengajian tinggi rata-rata berpendapat royalti
yang diperoleh daripada penulisan tidak setimpal dengan usaha intelektual yang
dicurahkan. Hal ini disebabkan prestasi penjualan buku yang lesu sehingga
mengakibatkan pembayaran royalti yang tidak seberapa.
Hal ini membantutkan minat ahli akademik untuk terus bergiat aktif dalam penulisan
akademik. Banyak masa dan sumber terpaksa dilaburkan untuk menjadikan sesebuah
penulisan akademik mencapai tahap intelektual yang tinggi tetapi imbuhannya tidak
seberapa.
6. Proses penerbitan lama
Salah satu faktor yang membantutkan minat pengarang dalam aktiviti penulisan buku
akademik adalah proses penciptaan buku dari manuskrip ke buku yang kadangkala
memakan masa yang panjang.
Proses penerbitan buku-buku akademik amat lama kerana setiap manuskrip yang
diterima harus melalui proses penerbitan yang ketat demi mengekalkan mutu penulisan
tersebut. Namun begitu, kelewatan masa ini menyebabkan banyak fakta dan data
menjadi lapuk dan adakalanya menjadi tidak relevan seperti data-data percukaian,
teknologi dan sains komputer.
7. Amalan fotokopi berleluasa
Melakukan fotokopi sesebuah karya tanpa izin penerbit dan dilakukan dalam tujuan
yang banyak bagi tujuan komersial bersalahan di bawah Akta Hak Cipta 1987 kerana
aktiviti ini dianggap satu rompakan harta intelek.
Hal ini telah memberi kesan kepada penerbit-penerbit tempatan yang menerbitkan
buku-buku akademik bahasa Melayu. Pasaran yang telah sedia ada memang kecil malah
dirompak pula dengan aktiviti fotokopi.
8. Persaingan dengan penerbit antarabangsa
Banyak penerbit buku ilmiah tempatan telah awal-awal lagi terpaksa menyerah kalah
dengan aktiviti-aktiviti pemasaran agresif yang dimainkan oleh penerbit antarabangsa di
negara ini.
Bagi sesebuah penerbit antarabangsa, mereka mempunyai cukup sumber untuk
menggerakkan satu pasukan pemasaran yang besar dan ditambah pula dengan
peruntukan alat-alat bantu pemasaran seperti naskhah contoh, brosur, manual jawapan
untuk pensyarah, persembahan multimedia sehingga membuatkan para pensyarah lebih
selesa dan mudah menggunakan buku akademik bahasa Inggeris dari Barat walaupun
ada bab-bab di dalamnya yang tidak relevan dengan perspektif tempatan.
Satu lagi isu ialah persepsi para pensyarah tempatan sendiri yang lebih percaya dengan
kewibawaan para penulis Barat berbanding buku-buku akademik tempatan. Ada
beberapa faktor yang menyebabkan persepsi ini terjadi iaitu:
(a) Latar belakang pendidikan para pensyarah ini sendiri dari Barat.
(b) Data penyelidikan dari Barat yang lebih terkehadapan.
(c) Terpengaruh dengan anggapan bahawa Barat lebih maju pemikirannya berbanding
ahli akademik tempatan.
Faktor-faktor tersebut menyebabkan masa depan buku-buku ilmiah bahasa Melayu amat
membimbangkan. Kekurangan judul-judul baru bahasa Melayu yang diterbitkan
memberi sebab kepada IPT untuk menggunakan bahasa Inggeris di universiti dengan
alasan buku-buku dalam bahasa Melayu yang tidak mencukupi.
- HASRI HASAN ialah editor buku di Pearson Malaysia.
Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

• Tugasan besar menanti Malaysia di UNSC


• Mana ada kelas pakai nama Melayu...
• Bersihkan agensi penguatkuasaan daripada pengkhianat
• BISIK-BISIK AWANG SELAMAT
• Mistik belantara
• Jelmaan bigfoot, pontianak usik pendaki
• Khemah digoncang lembaga
• Diekori pocong puncak Nuang
• Terserempak kumpulan pembawa obor
• 'Disapa' jin tanah di Kem Lolo
• Gangguan boleh mendatangkan mudarat
• Jutawan bekas pengemis
• Kamera rakam perbuatan keji jururawat lelaki
• Bukan mudah bergelar haji dan hajah
• Citra negara perlu dalam pelaksanaan dasar bahasa
• Lebih baik miskin material daripada miskin jiwa
• BISIK-BISIK AWANG SELAMAT
• Pluralisme produk liberalisme
• Projek sturgeon dan Taman Negara
• Tokoh pentadbir terbilang

Anda mungkin juga menyukai