Anda di halaman 1dari 1

kata alu-aluan

Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh dan salam sejahtera.

Ucapan ribuan terima kasih kepada warga maktab kerana sudi memberi ruang kepada saya untuk
menyampaikan sepatah dua kata dalam majalah maktab pada tahun 2019.

Pertama sekali, saya memanjatkan rasa syukur terhadap Allah s.w.t kerana mengizinkan saya
memegang jawatan sebagai Ketua Badan Wakil Pelajar sesi 2018/2019. Saya juga ingin
memberikan segulung penghargaan kepada guru-guru yang telah memberikan peluang,
kepercayaan serta sokongan yang tinggi kepada saya sepanjang saya memegang jawatan
tersebut.

Tanggungjawab bagi seorang individu yang bergelar pemimpin bukanlah sesuatu yang ringan
kerana terdapat pelbagai tugasan dan kerja yang perlu dilakukan. Namun, setiap pengalaman
yang ditempuhi sepanjang berada dalam dunia kepimpinan telah mengajar diri saya untuk
membentuk sikap yang positif, nilai-nilai murni serta kemahiran diri dalam membuat sesuatu
keputusan.

Memetik kata salah seorang jurulatih kem saya, ‘Keberanian hanya akan datang apabila kamu
mengatasi ketakutan itu’. Setiap pelajar perlulah menerapkan sifat berani dalam diri melalui cara
yang positif. Misalnya, seseorang pelajar itu perlulah berani untuk bertanyakan soalan kepada
guru, berani untuk aktif dalam aktiviti kokurikulum dan berani untuk mengembangkan bakat diri.
Melalui penyertaan dalam aktiviti kepimpinan, para pelajar dapat memupuk sifat berani ini
dengan mudah.

Sehubungan dengan itu, pengalaman sebagai seorang pemimpin telah mematangkan pemikiran
serta sikap saya khususnya sikap ‘sukarela’ dengan kepercayaan bahawa apabila bantuan
dihulurkan kepada sesiapa sahaja tidak kira bantuan melalui ‘kewangan’ atau kudrat tenaga,
maka segala urusan kita akan dipermudahkan oleh Yang Maha Esa. Perkara ini merupakan salah
satu kunci kejayaan dan keberkatan di dalam kehidupan kita khususnya para pelajar dalam
menempuh peperiksaan yang penting di sekolah. Ingatlah bahawa kejayaan kita di peperiksaan
itu bukanlah sekadar usaha kita sahaja, tetapi ia disertakan dengan keberkatan doa orang di
sekeliling kita.

Akhir kata, saya harap bahawa kata-kata ini dapat memberikan suntikan semangat dan motivasi
kepada pelajar untuk terus berusaha menjadi pelajar yang cemerlang serta pemimpin yang
berkaliber dan mampu menyumbangkan tenaga kepada warga maktab, masyarakat dan negara.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai