Anda di halaman 1dari 17

1

UMAR BIN ABDUL AZIZ

1.0 Pendahuluan

Kini kita berada dihadapan lembaran sejarah Islam yang sangat indah. Satu lembaran
yang menghubungkan sejarah Abu Bakar dan Umar ibnul-Khattab yang pernah terputus.
Satu perkara yang pasti bagi kita untuk mengatakan bahawa masa pemerintahan Umar
bin Abdul Aziz, walaupun hanya berumur pendek, merupakan pemerintahan yang
memiliki cirinya tersendiri serta pemerintahannya yang berbeza dengan pemerintahan
Bani Umayyah secara keseluruhan.(Ahmad Al’Usairy, 2003, 203)

2.0 Latar Belakang

Nama penuh beliau ialah Umar bin Abdul Aziz bin Marwan bin Hakam. Ibunya bernama
Ummu’ Ashim binti Ashim bin Umar ibnul-Khattab. Sebelum menjadi khalifah, beliau
adalah penguasa di Madinah dan hidup dalam kemewahan yang biasa dilakukan oleh
Bani Umayyah. (Ahmad Al-‘Usairy, 2003, 203)

Umar dilahirkan di kota Hulwan. Umar ibn Abdul Aziz dianggap sebagai khalifah
yang paling baik peribadinya dari Daulah Bani Umayyah, dan seorang yang paling takwa
kepada tuhan, dan seorang yang bersih dari pekerjaan maksiat, dan seorang yang paling
kuat menjaga lidahnya, dan seorang yang paling kuat kemahuannya unuk menyebarkan
agama Islam dan meninggikan kalimah Allah sehingga pemerintahannya merupakan
sustu cermin yang cemerlang pada masa itu, dimana kita lihat dalam Daulah Bani
Umayyah ini khalifah-khalifahnya memerintah dengan tangan besi dan banyak terjadi
pertempuhan darah, sehingga kaum muslimin menyerupakan beliau dengan neneknya
Umar ibn Chaththab dalam kedaan pemerintahnnya dan juga dengan sikap zuhudnya.
2

Ayahnya adalah gabenor yang lemah lembut dan pemurah yang terkenal dengan
wara’ dan takwa seorang perawi hadis dan senang mendengar syair-syair dan
kesusasteraan, sehingga majlisnya adalah majlis hari ahli-ahli fikhi, ulama dan ahli-ahli
sastera. Dan ibunya adalah Ummu ‘Ashim binti Umar ibn Khattab, juga seorang wanita
yang baik budi, lemah lembut dalam pegaulan disamping wara’ dan takwa.

Umar ibn Abdul Aziz sudah sanggup menghafal al-quran disaat beliau masih
kecil, kemudian ayahnya menghantarkannya ke Madinah untuk menuntut ilmu, maka
beliau mendalami agama dan meriwayatkan hadith dan tekun mempelajari kesusasteraan
dan syair-syair, sehingga beliau menjadi seorang yang sangat dalam ilmu
pengetahuannya, sehingga waktu itu dikatakan orang bahawa ulama itu adalah sebagai
murid. (A. Mu’ Ummar, tth, 80)

Hakikatnya, Umar tidak mengharapkan untuk menjadi sebagai seorang khalifah


dan tidak mengiimpikannya sama sekali. Tatkala ketika beliau di bai’ah sebagai khlaifah
dan dianugerahkan surat penetapan baginda maka dia berkata: Demi Allah aku sedikitpun
tidak meminta jabatan ini dari Allah. Tatkala sampai kepadanya kenderaan khalifah maka
dia enggan untuk menaikinya dan berkata: Datangkan sahaja kepadaku kenderaan yang
sederhana.(A Mu’Ummar,83)
3

3.0 Pembaharuan-pembaharuan yang dilakukan oleh Umar bin Abdul Aziz

Banyak pembaharuan-pembaharuan yang telah dilakukan oleh Umar bin


Abdul Aziz. Pembaharuan yang dilakukan banyak memberikan kebaikan kepada
rakyatnya pada ketika itu. Antaranya pembaharuan-pembaharuan yang telah dilakukan
ialah seperti berikut:

3.1 Menolong kaum lemah yang tertindas.

Rasa tanggungjawab menguasai Umar Bin Abdul Aziz untuk menunaikan semua
amanah yang diberikan ketasnya, ia melihat dan teringin sekali untuk menyelesaikan
semua urusan umat Muhammad s.a.w mulai dari barat sampai ke timur tanpa seorang
perantara atau tanpa dimintanya. Membela hak dan maruah orang-orang lemah yang
tertindas adalah satu kewajipan bagi Umar bin Abdul Aziz. Beliau telah berjuang dengan
bersungguh-sungguh sepanjang pemerintahannya yang pendek itu sehingga tersingkirlah
kelaziman, dan menyampaikan setiap yang mempunyai hak kepada ahlinya, sreruannya
setiap hari adalah: “Dimana orang-orang yang berhutang? Dimana orang-orang yang
(akan) menikah ? Dimana orang-orang yang miskin? Dimana anak-anak yatim? Sehingga
tercuckupilah setiap mereka itu. (Muqoddam bin Haji Cholil, 2000, 94)

Islam telah menetapkan langkah-langkah bagi membebaskan para hamba abdi


secara bertahap salah satu caranya ialah dengan menjadikan 1/8 bahagian daripada harta
zakat untuk tujuan membebaskan hamba abdi. Pada zaman Umar bin Abdul Aziz ini salah
seorang gabenor yang bertugas di Afrika melaporkan bahawa dia tidak menemukan
seorang fakir miskinpun untuk diberikan kepadanya harta zakat. Maka khalifah
menyuruhnya untuk membeli para hamba abdi dan membebaskan mereka serta merta.
Umar bin Abdul Aziz sentiasa melawan kelaziman mulai pada hari beliau diangkat
sebagai khalifah sampai ke akhir hayatnya.
4

Selain itu, penduduk Samarkhand mengadukan kepada Umar tentang kezaliman


Qutaibah dan merampas tanahnya. Padahal Alah telah menampakkan keadilan kepada
kami maka mereka mengutus utusan ke Damsyik untuk bertemu dengan khalifah sendiri.
Kemudian khalifah menulis surat bagi mereka kepada Sulaiman untuk diselesaikan
masalahnya. Surat Umar itu berbunyi :”Bahawasanya penduduk Samarkhand telah
mengadukan kezaliman yang menimpanya dari Qutaibah sehingga mereka dikeluarkan
dari wilayahnya. Apabila sampai suratku ini maka angkatlah bagi mereka seorang qadi
dan selesaikanlah permasalannya, jika telah selesai maka keluarkanlah kembali orang-
orang Arab ke kem sebagaimana Qutaibah sebelum sebelum menakluki mereka.
Demikianlah akhirnya tentera Arab itu dikeluarkan semula dari Samarkhand ke kem-kem
mereka dan diperlakukan secara sama dan dibuatlah satu perjanjian baru. Penduduk
Samarkhand pun reda terhadap keputusan tersebut.( ibid, hlmn 95&96)

The Encyclopedia of Islam mengakui bahawa Umar bin Abdul Aziz yang bersikp
baik dan adil terhadap orang yang bukan Islam, malahan sangat memperhatikan mereka.
Orang Kristian, yahudi, dan penyembah api (Majusi) diizinkan mendirikan tempat ibadah
dan beribadah di gereja, sinagong dan kuilnya. Di Damsyik, al-walid menurunkan basilica
john Pembabtis dan menjadikannya bahagian dari masjid Umayyah. Ketika Umar
menjadi khalifah, orang kristian mengadukan tentang penyitaan gerejanya, dan ia seketika
itu juga memerintahkan gabenornya mengembalikan kepada pemilik asalnya. Di Aila dan
Cyprus jumlah upeti yang sudah dinaikkan melalui perjanjian dengannya, ia turunkan
kembali kepada jumlah sebelum berlakunya perjanjian. Umar benar-benar
memperlakuakn ahli zimmah atas dasar kasih sayang dan kemuliaan, ia tidak mahu
dikategorikan sebagi khalifah yang tidak amanah sebagimana perlakuan Hajjaj yang tidak
amanah sebagiman perlakuan Hajjaj kepada mereka.
(ibid, hlmn 97)
5

3.1.2 Menghilangkan amalan Nepotisme

Nepotisme ialah perbuatan dalam pemerintahan yang mementingkan atau melebihkan


anak saudara atau kawan-kawan sendiri. Ia tidak segan-segan menurukan kaum
kerabatnya sendiri sekiranya memang tidak mampu menegakkan keadilan.

Keadilan adalah dasar pemerintahan yang ditegakkan dan diperjuangkan beliau,


menurunkan kaum kerabat bani Umayyah yang tidak bijak memerintah dan digantinya
dengan mampu. Al-Mas’udi meriwayatkan:

Umar bin Abdul Aziz adalah puncak ahli ibadah dan tawadduk ia
memberhentikan pekerja-pekerja kaum kerabat bani Umayyah dan menggantinya dengan
pekerja-pekerja yang lebih berkemampuan untuk bekerja. (ibid, hlmn 98)

Salah satu ciri utama seorang pemimpin yang bijak ialah apabila ia dapat
meletakkan pekerja-pekerjanya yang berkemampuan dalam bidang masing-masing.
Mereka inilah yang akan membantu menguruskan kerja-kerja kerajaan dengan teliti dan
teratur sesuai dengan kemahirannya yang dimiliki. Pada dasarnya sistem kekeluargaan
bukan lah sesuatu yang dilarang, namun yang tidak diperbolehkan adalah menngangkat
seseorang yang tidak mampu menunaikan tugasnya dengan baik sementara disana masih
banyak lagi orang-orang yang lebih berkemampuan melaksanakan tugasnya pasti akan
menimbulkan kerosakan dalam sektor tersebut.( ibid, hlmn 99 )

Al-Madaini meriwayatkan : “ Umar mengangkat seorang laki-laki daripada bapa


saudaranya atas satu pekerjaan kemudian dihadapkan kepadanya dua orang laki-laki yang
minta dihakimi berkenaan dengan masalah dinar (kewangan) tetapi ia tidak memberi
keputusan yang bijak antara keduanya dan mengenakan denda satu dinar kemudian ia
akan menyelesaikan masalah antara dua lelaki tersebut, mak Umar mengirim surat
kepadanya : “ Bahawasanya saya tidak mengangkat kamu supaya meminta denda. Dan ia
menggantikannya dengan yang lain. (ibid, hlmn 100)
6

3.1.3 Memecat wali-wali yang zalim dan menggantinya dengan yang lebih baik

Dasar baru ini tidak membabitkan penyerahan kuasa oleh pemerintah pusat. Pada
hakikatnya Umar bin Abdul Aziz telah menyelia segala tindalkan yang dibuat wali-
walinya denagn cara yang tidak pernah dilakukan sebelumnya. Berbeza dengan tiga
leluhur yang sebelumnya, beliau tidak lagi memerlukan wali-wali yang kuat seperti Hajjaj
bin Yusuf dan Yazid. Sebaliknya beliau meminta wali-walinya supaya melaksanakan
arahan-arahannya. Dalam suasana begini pandangan politik wali secara individu tidak
penting berbanding dengan pemuasatan kuasa pemerintahan Sulaiman.
Umar memerlukan kelayakan dan ketaatan secara zahir, dan beliau bersedia melantik
sesiapa daripada pengikut-pengikut Hajjaj sekiranya ia mempunyai sifat-sifat tersebut.

Roda pemerintahan Umar in Abdul Aziz bejalan terus dan menghentikan setiap
kemungkaran dan tabiiat para wali yang menindas rakyat dengan kezaliman, iaitu dengan
mengganti mereka ternyata berbuat kezalliman dan digantikan tempatnya oleh para wali
yang lebih baik akhlak dan budi pekertinya.(ibid, hlmn 101)

Dipecatnya Usamah bin Zaid al-Tanukhi, yang sebelum ini menjawat sebagai
pegawai zakat di Mesir Usamah ini sangat zalim dan banyak tindakan-tindakannya yang
melampaui batas. Umar juga memecat Yazid bin Abu Muslim yang sebelum ini menjadi
gabenor Iraq dan Hur bin Abdul Rahman al-Saqafi gabenor Andalus.(ibid, hlmn 102)

Pada zaman pemerintahann beliau, dapat memeprlihatkan kebijaksanaan beliau


untuk mengamankan negara lebih hebat lagi iaitu memberi hadiah kepada sesiapa sahaja
yang dapat melaporkan tentang penyelewengan-penyelewengan yang berlaku. Ia
membuat surat pekeliling dan supaya diumumkan di dalam pekan-pekan raya, majlis-
majlis dan tempat-tempat pertemuhan awam. (ibid, hlmn 106&107)
7

3.1.4 Mengembalikan harta yang tidak sah kepada Baitulmal

Sifat amanahnya yang tinggi mendorong Umar bin Abdul Aziz untuk berlaku adil
terhadap semua pihak baik terhadap dirinya keluarganya mahupun kaum kerabatnya yang
dekat sekalipun. Sifat memperkaya diri unutk kepentingan diri dan keluarganya telah
dikikis dengan sungguh-sungguh. Sekarang tibalah gilirannya bagi kaum keluarganya
yang dekat untuk menerima reformasi demi tegaknya kedailan. Baginya tiak ada
sedikitpun perasaan takut untuk dikecam, ditentang ataupun dimusuhi sekalipun.
(ibid, hlmn 109)

Pertama kali yang ditunjukkan kepada masyarakat tentang perubahan radikal yang
dicontohkan ialah sebaik sahaja beliau diangkat menjadi khalifah beliau menolak kuda-
kuda hias yang segak dan belum pernah digunakan, sememangnya kenderaan itu
dikhaskan bagi khalifah-khalifah yang baru, beliau memilih keldainya dan menyuruh
kuda-kuda tesebut dimasukkan ke dalam Baitulmal, tiada mahu tinggal di istana
sebaliknya tinggal di rumahnya yang usang. Begtu juga semua tenda-tenda permaidani
dan tempat –tempat alas kaki yang biasanya disediakan untuk khalifah-khalifah yang baru
semuanya itu dijualnya dan wangnya dimasukkan dalam baitulmal.(ibid, 100,1110)

Selain itu, Umar mengembalikan kebun Fedak kepada keturunan Nabi, yang
diambil Marwan senmasa pemerintahan Usman r.a. ia meminta isterinya fatimah
mengembalikan perhiasan yang ia terima dari ayahnya, khalifah Abdul Malik. Isteri yang
setia itu dengan ikhlas mengikuti arahan suaminya. Dan menyerahkan seluruh
perhiasannya kepada pihak baitulmal.(ibid, hlmn 111)
8

3.1.5 Mengubah Strategi dakwah

Beliau turut mengubah strategi-strategi dakwah-dakwahnya. Antaranya ialah:

3.1.5.1Dari kekerasan peperangan kepada dakwah dengan hikmah

Umar bin Abdul Aziz menyebarkan agama Islam sebagaimana yang dilakukan
oleh Nabi Muhammad s.a.w, dan menempuh cara damai dalam berdakwah tersebut yang
mana hal itu tidak dilakukan oleh khalifah-khalifah sebelumya, dakwah itu sangat
berkesan yang menyebabkan ramai orang-orang memeluk Islam.(ibid, hlmn 113)

Umar bin Abdul Aziz memang mejauhi penyebaran Islam dengan kekuatan
bersenjata, ia berusaha sekuat tenaga untuk menyebarkan Islam dengan dakwah yang
lemah lembut secara menyeluruh. Bahkan semua tentera yang sedang berperang melawan
negara jirannya seperti Konstantinopel begitu juga yang di Asia Tengah..(ibid, hlmn 114)

3.1.5.2.Menjadikan kerajaan sebagai pusat hidayah

Kerajaan boleh menjadi teladan kepada rakyatnya mestilah Umar sendiri


menjadikan peloprnya terlebih dahulu dalam segala kebaikan. Demikianlah ia
meletakkan negara secara keseluruhan sebagai tempat teladan sambil menyampaikan
amanah yang dibebankan rakyat keatasnya dengan penuh tanggungjawab dan
mencurahkan segala pengorbanannya demi kemaslahatan rakyatnya. (ibid, hlmn 117)

3.1.5.3Menghidupkan Amalan Syura (mesyuarat)

Umar bin Abdul Aziz meyakini bahawa syura adalah satu kemestian yang mesti
ditegakkan dalam kerajaannya. Dengannya pemerintahan agak tegak, kebenaran akan
terangkat dan keadilan menjadi kuat dan dapat dirasakan oleh seluruh lapisan masyarakat.
(ibid hlmn 120)
9

3.1.5.4 Tetap menegakkan jihad

Benar memang Umar telah menarik balik pasukan yang mengepung Konstantinople dan
mengundurkan satuan-satuan tempurnya di perbatasan-perbatasan namun hal itu bukan
bereerti peregerakan futuhat telah diberhentikan. Ada dibeberapa wilayah yang jihad
masih dibuka pintunya dengan seluas-luasnya, hal itu memberi kesempatan umat Islam
untuk menegakkan jihad tersebut. Di Andalus misalnya tentera Islam telah dapat
menawan bandar Narbornne wilayah Perancis. Umar bin Muslim saudara Qutaibah bin
Muslim yang menjadi wali di perbatasan dengan Hind mengadakan serangan
disebahagian wilayah Hind dan mendapatkan kemenangan-kemenangan. Beliau juga
mengarahkan gabenornya supaya tidak menyerang pertahanan-pertahanan kerajaan Rom
sehingga menyerah mereka terlebih dahulu kepada Islam apabila mereka menerima maka
cukuplah bagi mereka, apabila menolak maka membayar jizyah, apabila menolak maka
barulah perang.(ibid, hlmn 122)

Umar bin Abdul Aziz telah menarik pasukannya dari pelbagi medan peperangan
diantara sebab-sebabnya ialah kekalahan banyak menimpa kaum muslimin di medan
Rom, memperbetulkan urusan dalaman dan semangat jhad yang sudah dimasuki riya’.

3.1.6 Menghentikan jizyah bagi Muallaf

Pembayaran jizyah itu akan gugur sekiranya mereka telah memluk agama Islam atau ikut
serta dalam ketenteraan Islam. Bahkan khalifah-khalifah Umayyah sebelumnya telah
cenderung untuk menurunkan darjah kaum muslimin bukan Arab, iaitu mereka yang
dikenal dengan nama “al-Mawali”. Maka mereka menetapkan jizyah atas kaum Mawali
secara zalim dan mengharamkan mereka dari hak-hak yang dijamin bagi mereka oleh
Islam, walaupun jasa mereka yang besar dan munculnya orang-orang terkemuka daripada
mereka yang mengangkat panji Islam tinggi-tinggi di setiap tempat. Di antara sebab
pemungutan jizyah kepad zimmi yang telah memeluk Islam adalah kerana projek futuhat
yang tambah meluas maka belanjawan negara dan tentera bertambah besar dan
10

meningkat, sehingga kerajaan pun memerlukan wang yang besar. Fenomena pada saat itu
adalah orang-orang bukan Islam lebih suka memeluk Islam supaya dapat membebaskan
dirinya dari jizyah. Dan ketika defisit dari hasi cukai mencapai puncaknya, khilafah
memutuskan hendak membebankan jizyah tersebut keatas orang-orang zimmi yang telah
memeluk Islam sekalipun. (ibid, hlmn 130&131)

Umar bin Abdul Aziz menghentiakn pemungutan jizyah dari orang-orang yang
masuk Islam dantara mereka (Kristian). Maka beramai-ramailah mereka memeluk Islam
kerana pengharagaan mereka yang tingi terhadap peribadi Umar dan juga kerana ingin
bebas dari kewajipan membayar jizyah.(ibid, hlmn 132)

3.1.7 Menghadapi pemberontakan dengan bijaksana

Hampir sepanjang pemerintahan dawlah umayyah sehingga kekalifahan Umar bin


Abdul Aziz orang-orang Khawarij itu tidak pernah diam untuk memberontak kepada
kerajaan pusat. Mereka adalah orang-orang yang berani dalam berperang, sangat radikal,
sayangnya mereka sangat lemah pehamannya terhadap al-Quaran. Mereka sangat mudah
mengkafirkan orang Islam yang tidak sependapat dengannya.(ibid,hlmn 135)

Mereka telah berpendapat bahawa Ali bin Abi Talib bertahkim kepada manusia.
Sebab itu mereka mengambil keputusan bahawa Ali adalah kafir. Dan tatkala Abdullah
bin Khabbab dating kepda mereka. Dan mereka menanyakan pendapatnya tentang Ali r.a,
tenyata Abdullah menyanjung Ali r.a. Maka mereka berkata kepada Khattab: “Al-Quran
yang ada dilehermu itu menyuruh kami membunuhmu! “ Ini disebabkan kerana Abdullah
mengakui kekuasaan Ali, padahal menurut anggapan mereka Ali adalah kafir. Mereka
juga mengahalalka pembunuhan anak-anak dan merampas harta. (ibid, hlmn 135&136)

Shauzab adalah tokoh Khawarij dari Iraq yang bangkit menentang khalifah Umar
bin Abdul Aziz untuk mengirimkan pasukan yang besar dibawah Maslamah bin Abdul
Malik. Dan Umar memberikan perintah bahaw pauskan ini tidak boleh menyerang kaum
Khawarij itu kecuali jika mereka menyerang terlebih dahulu dalam waktu yang sama
11

Umar juga mengirimkan seorang utusan kepada Syauzab untuk mengajaknya


mengadakan tukar fikiran dengan dia supaya mereka berdua dapat mengetahui pihak
manakah yang benar. Syauzab menerima ajakan ini dan ia lalu mengirimkan 2 orang
diantara pemuka-pemuakanya. Mereka ini datang memenuhi Khalifah Umar sehingga
berlangsunglah diskusi. (ibid, hlmn 136)

Perundingan ini berakhir dengan perasaan puas bagi kedua utusan itu bahawa
Umar adalah benar ia benar-benar berusaha sekuat tenaga untuk bekerja bagi kebaikan
Islam dan kaum muslimin. Maka tinggallah salah seorang dari mereka itu bersama Umar
bin Abdul Aziz.(ibid, hlmn 138)

Kebijaksaan yang tepat ini membuat hati lawan-lawan politiknya tunduk dan
patuh terhadap sistem pemerinatahannya. Sejak dialog tersebut tidak terdenagr
pemberontakan yang dikobarkan oleh orang-orang Khawarij.

3.1.8 Pembukuan hadis-hadis nabi s.a.w

Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang terkenal berperibadi saleh dan cinta kepada
pengetahuan, sangt berkeinginan untuk aktif menghimpunkan hadis. Ketika itu dia masih
mejawat sebagi gabenor di Madinah (86-93H) pada zaman al-Walid bin Abdul Malik
(memerintah 86-96 h = 705-715), keinginan itu elah timbul.tetapi nampaknya dia
menyedari bahawa hanya berbekalkan kepada kedudukannnya sebagai seorang gabenor di
suatu wilayah sudah tentu perintah-perintahnya tidak ditaati oleh seluruh ulama di dunia
Islam pada masa itu.(ibid, hlmn 144&145)

Keinginan khalifah Umar bin Abdul Aziz untuk mnghimpunkan hadis tersebut
direalisasikan dalam bentuk surat perintah. Surat itu dikirim pada ke seluruh pegawai dan
ulama di pelbagai pada akhir tahun 100H. Isi surat perintah itu ialah agar seluruh hadis
nabi di masing-masing daerah segera dihimpun. Salah satu surat khalifah dikirim ke
gabenor Madinah, Abu Bakar bi Muhammad Amir bin hazim (wafat 117h=735M)
12

Ulama ynag berhasil menghimpun hadis dalam satu kitab sebelum khalifah
meninggal dunia, ialah Muhammad bin Muslim bin Syihab al-Zuhri (wafat 124H/742M).
Dia ini seorang ulama besar di negeri Hijaz dan Syam. Bagian-bagian al-Zuhri segera
dikirim olehkhalifah berbagai daerah untuk bahn perhimpunan hadis selanjutnya.
(ibid, hlmn 145)

Demikianlah usaha beliau yang vcemerlang untuk menghidupkan kembali hadis


Nabi dalam bentuk tulisan supaya tidak lenyap, walaupun beliau telaha wafat namun
usaha-usaha untu mnghimpunkan hadis itu berjalan terus, sehingga di sekitar pertengahan
abad ke dua hijra telah muncul berbagai kitab himpunan hads dari bebagai-bagi kota.

Penulisan hadis berkembang pesat setelah itu, mereka lahirkan ulama-ulama ahli
hadis yang terkenal selepas itu seperti Imam al-Bukhari, Imam Malik, al-Tirmizi dan lain-
lain.

3.1.9 Berhati-hati dengan harta kerajaan

Dengan kekuasaannya sebagi khalifah sebetulnya ia melakukan apa sahaja yang


dapat memmuaskan keinginan-keinginannya. Namun jawatan baginya bukanlah satu
kesempatan emas yang mesti digunakan unutk mengumpul harta membina empayar
perniagaan, mengangkat kroni-kroninya untuk bersubahat dalam penyelewenagan.
Mengangkat pengawal-pengawal peribadi unutk melindungi kekuasaanya supaya
rakyatnya tidak berani mengugat kedudukannnya. Tetapi ia memahahmi bahawa jawatan
adalah amanah yang menjadikan kerugian besar dan penyesalan yang dalam di hadapan
mahkamah tinggi Allah s.w.t apabila ia tidak boleh mempertanggungjawabkan amanah
yang dibebankan kepadanya tersebut.

Oleh kerana sepanjang pemerintahnnya tidak pernah terdetik unutk melakukan


penyelewengan sebaiknya ia berusaha sekuat tenaga untuk mengajak rakyatnya
mengamalakan ajaran Islamengan sebenar, dan menahan dirinya daripada daripada
manisnya dunia dan pendukung-pendukungnya. (ibid, hlmn 147&148)
13

Beliau apabila berbincang mengenai masalah umat kerajaan ia menggunakan


lampu dari Baiulaml, dan apbila berbincang-bincang tentang kepentingan dirinya ia
menggunakan lampu peribadinya.Umar membezakan dengan baik mana harta peribadi
dan mana harta kerajaan. (ibid, hlmn 148)

4.0 Kesan pembaharuan-pembaharuan terhadap umat islam

Banyak kesan-kesan pemaharuan yang dilakuakan oleh Umar bin Aabdul Aziz.

4.1 Tegaknya keadilan di merata wilayah.

Tindakan-tindakannya yang adil dan sesuai dengan Al-Quran dan hadis membuat negara
mencapai stabilitu yang tinggi, rakyat menjadi sejahtera dan kehidupannya belangsung
aman dan damai. Dimasa itu hampir tidak dapat ditemukan orang yang mahu meneriam
sedekah itu dicapai dalam masa pemerintahannya yang singkat, 2 tahun rakyat telah
menjadi begitu sejahtera dan puas.

Tindakan-tindakan umar bin Abdul Aziz selama menjadi khalifah telah


menghasilkan kepuasan bagi rakyatnya, kehidupan memjadi teratur, semua rakyat dalam
keadaan kecukupan.

Pemerintahannya bagikan hujan rahmat yang membawa berkah secara universal.


Pada masa pemerintahannya, seluruh orang Barbar di afrika utara dan kaum elite di Sind
memluk Islam atas kemahuannya sendiri, ini salah satu hal yang menonjol dalam
pemerintahannya. Umar merasa tidak berkawajipan menyebarkan Islam melalui mata
pedang.(ibid, hlmn 150)
14

4.2 Negara dipenuhi dengan keamanan dan kemakmuran

Kemudian ia menaikkan tingkat gaji-gaji yang rendah dan menjamin semua keperlaun
ulama dan fuqaha supaya mereka dapat mencurahkan perhatian mereka pada ilmu dan
tugas mereka tanpa menunggu upah dari orang-orang. Ia memberikan gaji yang besar
kepada para gabenornya sehingga mereka biasa meusatkan pehatian pada tugas-tugas
mereka dan tidak lemah jiwa mereka menghadapi pujukan dan godaan benda-benda yang
haram. Setiap orang sakit atau dua orang dilayani oleh satu orang pelayan ats biaya
negara.

Umar menduduki singgasana kekhalifahnnya hanya dua setengah tahun. Tetapi


dalam masa yang singkat itu ia betul-betul telah berhasil membuat rakyatnya menjadi
kaya dan makmur, sehingga orang yang ingin mengeluarkan zakat terpaksa pergi ke sana
ke mari mencari orang-orang yang patut menerimanya. Tetapi tidak juga menemukannya,
sehingga ia terpaksa pulang ke rumahnya membawa kembali zakat yang hendak dibahagi-
bahagikan.(Ahmad Shalaby,1975, 79)

Ia menyuruh para gabenornya menghitung semua orang yang berhutang dan


membayarkan hutang-hutang mereka. Ia menebus kaum muslimin yang tertawan
semuanya dan membiayai mereka. Ia memelihara anak yatim yang tidak mempunyai
keluarga diseluruh negaranya yang luas itu.(Khalid Muhammad, 1995, 560)

Salah satu perbaikan-perbaikan yang dilakukan Umar ialah perbaikan tanah-tanah


pertanian, pengaliran perigi-perigi dan pembangunan-pembangunan jalan fdan
menyediakna tempat-tempat penginapan orang-orang yang dalam perjalanan. Uamr juga
membrikan perhatian yang besar terhadap orang-orang miskin yang memerlukan
pertolongan dan orang-orang sakit. (Muqoddam bin Haji Cholil, 2000, 153)
15

4.3 Pengakuan-pengakuan ulama megenai Umar Bin Abdul Aziz

Para ulama yang hidup semasanya menegnal betul peribadi dan akhlaknya dalam
mentadbir kerajaan. Walaupun pemerintahannya sangat pendek dua setengah tahun sahaja
tetapi telah dapat mengadakan perubahan yang cepat dan berleluasa.

Amar Ali mengatakan ” kesalehannya telah dibuat-buat,ia memiliki rasa keadilan


dan kejujuran yang tinggi.sikap dan cara hidup sesderhana yang mendekati bersahaja,
yang menjadi ciri-ciri utama wataknya. Tanggungjawab pemerintahan yang
dipercayakannya membantunya selalu gelisah dan banya menimbang sebelum membuat
keputusan.

5.0 Kematian

Jelas, pemerintahannya yang adil dan tidak memihak memang bertentangan dengan
keinginan kaum bangsawan Umayyah. Masalahnya mereka telah terbiasa dengan
berbagai bentuk kemewahan dan kebebasan yang tidak betanggungjawab dan seringkali
mereka tidak mahu dihambat dalam mmenuhi kebebasannya yang tidak terbatas. Mereka
bahkan siap membunuh anggota satu puak yang mereka anggap menyetujui
kebijaksanaan Umar.

Akhirnya, seorang hamba abdi khalifah mereka rasuah agar meracuni khalifah.
Ketika khalifah merasakan pengaruh racun, beliau memanggil haba abdi itu dan
menanyainya. Hamba abdi tersebut menjawab saya dirasuah seribu dinaruntuk jasa
meracuni khlaifah. Wang itu diambil dan disimpan ke dalam baitulmal. Ketika akhirnya
ia mmebebaskan budak tersebut, khalifah memintanyasupaya pergi meeninggalkannya,
jika tidak ada sahaja orang yang membunuhnya (ibid, hlmn 157&158)

Pemerintahnya berjalan selam 2 tahun 5 bulan 2 hari, meninggal dunia di suatu tempat
namnya Dir Syam’an (dekat Homs / Syria) pada hari ahad bulan Rajab tahun 101h dalam
16

usia 39 tahun. Dalam Tabaqat diterangkan usia beliau ketika meninggal dunia 39 tahun 5
bulan.(ibid, hlmn 158&159)

6.0 Kesimpulan.

Umar bin Abdul Aziz merupakan antara khalifah yang termahsyur pada zaman Umayyah.
Pemerintahan beliau berajalan dengan lancar tanpa banyak berlakunya peperangan.
Banyak pembaharuan yang telah dilakukan oleh beliau yang mampu membawa kepada
kebajikan kepada semua rakyatnya samada isam ataupun yang bukan Islam. Pada zaman
pemerintaha beliau, rakyat hidup dalam keadaan aman dan tenteram
17

Rujukan

A Mu’ Ummar. tth. Sejarah dan kebudayaan Islam, Partj Sumbangsih, Jogjakarta.

Ahmad Shalaby. 1975. Dawlah umayyah. Pustak Nasional, Singapura.

Ahmad al-Usairy. 2003. Sejarah islam sejak zaman nabi Adam hingga abad xx Akbar
Media Eka Sarana.

Muqoddam bin Haji Cholil. 2000. Reformasi Umar bin Abdul Aziz terhadap khilafah
Umayyah. Fakulti Pengajian Islam, UKM.

Khalid Muhammad Khalid, Peri hidup para khalifah teladan. Pustaka Amani, Jakarta