Anda di halaman 1dari 1

Ruj. Kami :KPM.ELTC.100-7/1/1 Jld.

2 (12)
Tarikh : Januari 2020

Pengarah
Politeknik Nilai
Kompleks Pendidikan Bandar Enstek,
71760 Nilai,
Negeri Sembilan

Tuan,

MEMOHON DATA SENARAI TERIMAAN DAN PENOLAKAN PREMIS BAGI


MENJALANKAN KURSUS SEPANJANG TAHUN 2018,2019 DAN 2020

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas

2. Sukacita dimaklumkan bahawa English Language Teaching Centre (ELTC),


Kementerian Pendidikan Malaysia, akan membentang satu permohonan projek dalam
Rolling Plan Pertama (RP1), Rancangan Malaysia Ke dua belas (RMKe-12) bagi
membangunkan projek asrama di premis kami. Ini kerana, Kampus ELTC yang terletak di
Kompleks Pendidikan Bandar Enstek telah diserahkan secara rasminya kepada ELTC pada
5 Januari 2012 tanpa bangunan asrama untuk dijadikan tempat penginapan para peserta
kursus semasa berkursus di ELTC.

3. Buat pengetahuan tuan, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) memerlukan satu
data yang menunjukan kekerapan penggunaan asrama di institusi sekitar kompleks bagi
menyokong kelulusan permohonan kami.

4. Sehubungan dengan itu, pihak ELTC ingin memohon data senarai terimaan dan
penolakan premis bagi menjalankan kursus di Politaknik Nilai sepanjang tahun 2018, 2019
dan 2020. Mohon jasa baik pihak tuan untuk melengkapkan data tersebut seperti di
Lampiran 1.

5. Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini, pihak tuan boleh hubungi Encik Izzat
Fadhli bin Hamdan, Pegawai Pembangunan dan Pengurusan Aset di talian 06-7979180
atau alamat email izzat.hamdan@eltc.edu.my.

Perhatian dan kerjasama YBrs Dr dalam menjayakan perkara ini, didahului dengan ucapan
terima kasih.

Sekian.

Saya yang menjalankan amanah,

(FARAH MARDHY BINTI AMAN)


Pengarah
English Language Teaching Centre
Kementerian Pendidikan Malaysia

/conversion/tmp/scratch/466638047.doc

Anda mungkin juga menyukai