Anda di halaman 1dari 7

KATA NAMA

Jenis Perkataan-Perkataan Kata Nama

Kata nama menunjukkan nama benda, nama orang, nama tempat dan nama perkara.
Perkataan-perkataan yang termasuk di dalam golongan kata nama ialah :-

1. Nama benda ( contoh: botol, arnab, manggis, radio, hujan, gunung dan lain-lain.)
2. Nama orang, jawatan, syarikat, buku, persatuan dan lain-lain. yang semuanya
ditulis menggunakan huruf besar ( contoh: En. Arief Hakim, Perdana Menteri, Kuala
Kangsar, Syarikat Maju Jaya, Hikayat Hang Tuah, Persatuan Bulan Sabit Merah dan
lain-lain.)
3. Nama tempat (contoh:Taiping,Teluk Cempedak, Kampung Merbau, Bukit Cina,
Tanjung Keling, Kuala Lumpur, Zoo Negara, Taman Negara dan lain-lain.)
4. Nama perkara (contoh: kejayaan, penglihatan, kesan, punca, dosa dan lain-lain.)
5. Nama gelaran (cth: Dato’ Seri, Tuan, Encik, Ustaz, Cikgu, Tuan Doktor dan lain-
lain.)
6. Kata bilangan (contoh: satu, dua, tiga, pertama kedua, ketiga, kedua puluh,
beberapa, sebahagian dan lain-lain.)
7. Kata tanya (contoh: apa, siapa, mana, di mana, bila dan lain-lain.)
8. Penjodoh bilangan(contoh: biji, buah, butir, batang, ekor, orang dan lain-lain.)
9. Ganti nama (contoh: aku, saya, beta, ku, kamu,engkau, kau, kita, kami, mereka,
beliau, kalian, nya,dia, ia dan yang.)
10. Kata penunjuk (contoh: ini dan itu.)
11. Kata arah (contoh: atas, bawah, tepi, belakang, depan dan lain-lain.)

KATA NAMA

Kata Nama Kata Nama Kata Ganti


Am Khas Nama
Kata Nama Am

Contoh: pensel

Kata Nama Khas

1. Nama orang : Puan Lim


2. Nama jawatan : Perdana Menteri Malaysia
3. Nama persatuan : Persatuan Bahasa Melayu
4. Nama hari dan bulan : Ahad,Isnin Januari
5. Nama bangunan : Muzium Negara
6. Nama binatang : Si Comel(kucing), Si Jalak(ayam)
7. Nama perkara : Akta Dadah Berbahaya
8. Judul buku dan nama barang-barang lain: Al-Quran
9. Nama peristiwa penting : Perang Dunia Kedua
10. Nama institusi : Jabatan Agama Islam
11. Nama Tuhan dan malaikat : Ar-Rahman

Kata Ganti Nama

Jenis-jenis ganti nama :-

GANTI NAMA

Ganti Nama Ganti Nama Ganti Nama Ganti Nama


Diri Umum Tanya Tunjuk

Ganti Nama Diri

GANTI NAMA DIRI

Orang Pertama Orang Kedua Orang Ketiga


Ganti Nama Diri Orang Pertama :-

saya (bahasa halus)


aku (bahasa basahan)
beta (bahasa istana)
kita (ramai)
kami (ramai)
ku (bentuk pendek)

Ganti Nama Diri Orang Kedua :-

awak (bahasa basahan)


kamu (bahasa basahan)
anda (bahasa rasmi)
engkau (bahasa basahan)
kau (bentuk pendek)
kalian (ramai)

Ganti nama engkau boleh dipendekkan menjadi kau. Ada dua cara menggunakan
ganti
nama kau.

1. Pada akhir kata nama.

Contoh :
Rumah kau kejayaan kau penolong kau
Sekolah kau kegemaran kau pembantu kau
Adik kau kemajuan kau penaung kau

2. Di depan kata kerja.

Contoh :
kaubeli kauhantarkan kausenangi
kaulihat kaunaikkan kauingati
kauhiburkan kauhargai kausampaikan

Ganti nama kamu boleh dipendekkan menjadi mu. Ganti nama mu hadir di akhir kata nama
sahaja.

Contoh :-
rumahmu kegemaranmu penolongmu
sekolahmu kediamanmu pembantumu
adikmu keuntunganmu penaungmu

Ganti nama mu tidak boleh digunakan dengan kata kerja.

Contoh :-
mubeli (salah) murumah (salah) mubesar (salah)
mukira (salah) mukucing (salah) mukecil (salah)
Ganti Nama Diri Orang Ketiga

Kalau dua orang bercakap-cakap tentang orang lain, orang lain itu disebut orang ketiga.
Kalau kita tidak mahu menyebut nam sebenar orang itu, kita boleh menggunakan perkataan
lain. Perkataan-perkataan itu ialah :-

dia (bahasa basahan) mereka (bahasa rasmi)


ia ( hanya untuk manusia) nya (bentuk pendek)
beliau (bahasa rasmi) baginda (bahasa istana)

Ganti nama nya juga boleh hadir di akhir kata sifat. Apabila ini terjadi, kata sifat itu berubah
menjadi kata nama.

Contoh :
hijaunya (Hijaunya seperti warna daun pisang.)
tingginya (Tingginya menyapu awan.)
besarnya (Besarnya melebihi gajah.)

Ganti Nama Umum

Ganti nama umum ialah :-

apa bila
anu bagaimana
mana ia
siapa nya

Ganti Nama Tanya

Ganti nama tanya berfungsi membuat pertanyaan. Ganti nama tanya ialah :-

apa bagaimana kenapa dari mana


siapa mana mengapa ke mana
bila berapa

Ganti Nama Tunjuk

Kalau kita menunjuk pada sesuatu benda, tetapi kita tidak mahu menyebut nama benda itu,
kita boleh menggunakan perkataan lain. Perkataan itu disebut ganti nama tunjuk. Hanya ada
dua ganti nama tunjuk iaitu ini dan itu.

Nama Gelaran

Contoh :-

Encik Saudara Si
Cik Saudari Sang
Cik Puan Datuk Dang

Dalam bahasa Melayu lama ada kata gelar Si, Sang, Hang dan Dang.
Kata Bilangan

Kata bilangan memberitahu jumlah orang, benda atau perkara. Oleh itu, kata bilangan ialah
sejenis kata nama.

Penjodoh Bilangan

Bahasa Melayu mempunyai penjodoh bilangan. Bahasa Cina pun mempunyai penjodoh
bilangan. Tetapi tidak semua bahasa mempunyai penjodoh bilangan. Penjodoh bilangan ialah
sejenis kata nama kerana ia digunakan dengan kata nama. Penjodoh bilangan digunakan
antara kata bilangan dan kata nama.

Cara Menerbitkan Kata Nama

Dari perkataan yang bukan kata nama, kita boleh menerbitkan kata nama. Caranya ialah
dengan memberi imbuhan kepada perkataan-perkataan itu.

Contoh :-

Kata Kerja Kata Nama Kata Nama Kata Nama

makan makanan pemakanan pemakan


tulis tulisan penulisan penulis
lukis lukisan pelukisan pelukis
masak masakan pemasak pemasak

Kata Sifat Kata Nama Kata Nama Kata Nama

besar kebesaran pembesaran pembesar


bersih kebersihan pembersihan pembersih
maju kemajuan pemajuan pemaju
cepat kecepatan pencepatan pencepat

Kata Sendi Kata Kerja Kata Nama

untuk diuntukkan peruntukan


sampai disampaikan penyampaian
umpama diumpamakan perumpamaan
bagi dibagikan pembagian
tentang ditentangkan pertentangan
oleh diperolehi perolehan

Cara untuk mengetahui sama ada sesuatu perkataan itu kata nama atau bukan kata nama
adalah mudah. Kalau perkataan itu kata nama boleh dibilang. Oleh itu perlu didahului oleh
kata bilangan ataupun oleh penjodoh bilangan yang dicetak condong seperti di bawah :-
Contoh :-

dua orang sahabat (betul)


dua orang imam (betul)
seorang menteri (betul)
tiga hijau (salah)
setengah biru tua (salah)
empat putih (salah)
dua buah jatuh (salah)

Daripada jenis imbuhan kita boleh mengetahui kata nama. Imbuhan kata nama ialah :-

1. Awalan per-, pen-, pem-, peng-, penge-


2. Akhiran –an
3. Akhiran –wan
4. Akhiran –wati
5. Apitan pe-...-an, pen...-an, pem-...-an, peng-…-an, penge-…-an
6. Apitan per-…-an
7. Apitan ke-…-an
8. Sisipan –em-, -el- dan -er-

Kata Nama Bentuk Kata Majmuk

Kata nama boleh digabungkan. Gabungan perkataan-perkataan itu dipanggil kata majmuk.

Contoh :- jawatankuasa
tandatangan
bumiputera

Kata nama majmuk yang dieja bergabung hendaklah digandakan seluruhnya.

Contoh :-

setiausaha setiausaha – setiausaha


jawatankuasa jawatankuasa – jawatankuasa
tandatangan tandatangan – tandatangan
warganegara warganegara – warganegara

Ada 30 kata majmuk yang dieja sebagai satu perkataan iaitu :-

antarabangsa darihal padahal


apabila daripada pesuruhjaya
apahal dukacita setiausaha
apakala kakitangan sukacita
apalagi kepada sukarela
bagaimana kerjasama suruhanjaya
barangkali manakala tandatangan
beritahu manalagi tanggungjawab
bumiputera olahraga warganegara
Tugas Kata Nama

Apabila kita menulis ayat, kata nama memainkan fungsi yang penting. Kata nama menjadi isi
penting dalam ayat.

Contoh :-

1. Murid sedang tekun belajar.


Murid = kata nama yang menjadi isi penting,
disebut subjek.
sedang = kata bantu
belajar = kata kerja
sedang belajar = cerita tentang murid, disebut
predikat.

Frasa Nama

Frasa ialah rangkai kata. Frasa nama ialah serangkai perkataan yang terdiri daripada jenis-
jenis kata nama. Frasa nama boleh jadi terdiri daripada satu perkataan ataupun lebih.

Contoh :-

Ayat : Dia guru.


Frasa nama 1 : Dia (kata nama)
Frasa nama 2 : guru. (kata nama)

Kata Sifat Berfungsi Sebagai Kata Nama

Ada kalanya, kata sifat berfungsi seolah-olah ia adalah kata nama, kerana kata sifat tersebut
menjadi subjek ayat.

Contoh :-
1. Cantiknya tiada bandingan.
2. Besarnya seperti gergasi.
3. Cerdiknya umpama Sang Kancil.