Anda di halaman 1dari 4

Isi Kandungan

1.0 PENGENALAN 1

2.0 PERANAN JURULATIH SEBELUM KEJOHANAN 1

3.0 PERANAN JURULATIH SEMASA KEJOHANAN 2

4.0 PERANAN JURULATIH SELEPAS KEJOHANAN 2

5.0 RUMUSAN 2

RUJUKAN 3

PENULISAN ILMIAH
1.0 PENGENALAN

Setiap tahun disekolah-sekolah pasti akan berlangsungnya Pertandingan Kejohanan


Merentas Desa Peringkat Daerah. Hal ini kerana sukan memainkan peranan yang penting
dalam pembangunan individu. Apabila murid-murid giat aktif dalam sukan ini, mereka bukan
sahaja mencapai kecemerlangan dalam bidang ini, malah akan mendapat pengalaman,
bersosial dan dapat juga mendisiplinkan. Disini, guru yakni jurulatih amat memainkan
peranan penting dalam membimbing ahli pasukannya dalam acara merentas desa ini. Malah
jurulatih juga perlu melengkapkan diri dengan kemahiran dan ilmu pengetahuan agar dapat
menghadapi cabaran dan melatih atlit-atlit dengan berjaya. Antara ciri-ciri atau peranan
penting yang perlu ada pada seseorang jurulatih yang berjaya adalah berilmu,
berkemahiran, penyabar, mempunyai kecerdasan sukan yang tinggi. Oleh yang demikian,
atlet yang berkualiti akan terhasil apabila seseorang jurulatih itu tahu akan peranan
pentingnya.

2.0 PERANAN JURULATIH SEBELUM KEJOHANAN MERENTAS DESA

Sebelum jurulatih melaksanakan latihan kepada atlit-atlit, pertama sekali jurulatih


mestilah mengetahui tentang tahap keupayaan fizikal dan jasmani mereka kerana setiap
individu mempunyai tahap keupayaan yang berbeza-beza. Manakala latihan yang akan
dilakukan juga berbeza mengikut tahap keupayaan fizikal atau prestasi mereka. Oleh itu,
jurulatih perlu merancang latihan khusus dan merancang program latihan yang bersesuaian.
Setelah mengetahui setiap perbezaan itu, barulah jurulatih melakukan latihan yang sesuai
terhadapa atlit-atlit tersebut. Antara peranan penting jurulatih sebelum kejohanan merentas
desa ini, jurulatih perlu memberikan latihan yang bersesuaian. Bagi acara merentas desa ini,
latihan yang boleh diberikan kepada atlit adalah latihan fartlek. Ia merupakan sejenis latihan
daya tahan dan menekankan kepada pembinaan kepantasan atlit. Latihan ini amat sesuai
kerana dapat meningkatkan keupayaan aerobik para atlit.

Sewaktu para atlit hendak melaksanakan latihan, jurulatih perlulah membuat


pemantauan ketika latihan sedang dijalankan. Pemantauan ini bertujuan sebagai langkah
berjaga-jaga semasa para atlit melakukan latihan untuk memastikan tiada sebarang
kecederaan atau kemalangan berlaku. Selain itu, jurulatih juga boleh memperbetulkan
kesalahan atlit-atlit jika mereka melakukannya dengan salah kerana jurulatih (guru)
merupakan pembimbing kepada mereka.

3.0 PERANAN JURULATIH SEMASA KEJOHANAN MERENTAS DESA

1
Seterusnya, setelah melakukan latihan yang secukupnya, tiba masanya untuk
bertanding. Semasa kejohanan merentas desa berlangsung, banyak keberangkalian boleh
berlaku jika tiada strategi yang baik dirancang. Oleh itu, jurulatih hendak merancang strategi
yang baik dan berkesan bagi menghadapi cabaran atau rintangan yang bakal dihadapi
supaya setiap matlamat yang dirancang itu tercapai. Jika seseorang jurulatih tidak
merancang strategi dengan baik, ia akan memberi kesan yang buruk kepada para atlit.
Mereka akan berasa tidak semangat dan tidak bermotivasi.

Selain itu, bagi mengekalkan motivasi dan semangat para atlit peranan penting jurulatih
adalah dengan memberikan dorongan yang tinggi kepada para atlit. Apabila para atlit
diberikan dorongan dan pembakar semangat, mereka dapat memberikan prestasi yang
paling terbaik. Jurulatih yang kuat memberi dorongan ini tidak mudah berputus asa untuk
meneruskan usaha walaupun pelbagai rintangan yang dihadapi.

4.0 PERANAN JURULATIH SELEPAS KEJOHANAN MERENTAS DESA

Kalah atau menang menjadi adat resam dalam sesebuah pertandingan. Walau apapun
keputusan, jurulatih dan para atlit hendaklah menerima keputusan yang dicapai. Peranan
jurulatih pada peringkat ini, jurulatih boleh melakukan post mortem. Post mortem ini
bertujuan untuk mengenalpasti masalah, mengetahui keberkesanan jurulatih, perancangan
yang dilaksanakan dan sebagainya. Melalui post mortem yang dilakukan itu juga, jurulatih
boleh mengetahui kekuatan dan kelemahan dirinya.

Selain itu, jika para atlit berjaya mencapai matlamat objektif yang dirancang itu jurulatih
boleh terus memberikan galakan dan panduan kepada mereka supaya kekal bergiat aktif
didalam suka dan juga sebaliknya jika para atlit tidak berjaya mencapai matlamat objektif
yang dirancang, jurulatih atau guru ini perlu memberikan semangat supaya mereka kekal
bermotivasi dan tidak mengalah.

5.0 RUMUSAN

Kesimpulannya, untuk menjayakan sesuatu aktiviti seperti pertandingan Kejohanan


Merentas Desa Peringkat Daerah ini, jelas menunjukkan bahawa peranan jurulatih amat
penting dalam memastikan kejohanan merentas desa dapat mencapai matlamat objektif
yang dirancang. Selain itu, peranan jurulatih ini bukan sahaja hanya untuk melatih para atlit
mencapai kecemerlangan, akan tetapi akan melatih mereka lebih berdisiplin.

RUJUKAN

2
Ahmad (n.d) Unit 1 Falsafah Jurulatih diakses pada 9 Oktober 2019 dari
https://www.academia.edu/8435152/unit_1_falsafah_jurulatih

Bahagian Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia (2011) Buku Panduan Pelaksanaan


Dasar
1 Murid 1 Sukan diakses pada 10 Oktober 2019 dari
http://jpwpkl.moe.gov.my/download/general/dasardasar/BM/BukuPanduan1Murid1Sukan.pdf

Kevin Anak Niru (2005) Peranan Jurulatih dan Keberkesanan Program Latihan Di Satu
Agensi Kerajaan di Sarawak diakses pada 10 Oktober 2019 dari
https://ir.unimas.my/id/eprint/3934/1/Peranan%20jurulatih%20dan%20keberkesanan
%20program%20latihan%20di%20satu%20agensi%20kerajaan%20di%20Sarawak.pdf

Anda mungkin juga menyukai