Anda di halaman 1dari 14

ISI KANDUNGAN

1.Pendahuluan

2. Pengenalan

3.Pengeretian solat

4.Keistimewan solat dari perspektif psikologi sains

5.Kebaikan solat dari sudut sains

6.Pendapat ulama terhadap mereka yang meninggalkan solat fardu

7.Kajian kes di SMK Munshi Ibrahim Labis

8.Kesimpulan

9.Rujukan
Pengabaian Solat Fardhu dalam Kalangan Remaja:
Kajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Ibrahim, Labis

1.0 Pendahuluan
Alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam ,selawat dan salam kepada junjungan
besar Nabi Muhammmad s.a.w serta ahli keluarganya.Tugasan yang perlu disiapkan pada kali ini
berkisar kepada kesan solat kepada pelajar-pelajar diperingkat sekolah menengah ,sebagaimana
dimaklumi umum pada peringkat remaja pelajar-pelajar ini amat mudah terdorong dan diracuni
pemikiran dengan pelbagai anasir yang bersifat negetif. Kajian telh dilaksankan di SMK Munshi
Ibrahim labis dengan kerjasama Guru Kanan bidang Pendidikan islam Ustaz Harun bin Mamat.

1.1Pengenalan

Solat merupakan kewajipan utama bagi setiap muslim . Solat mempunyai kedudukan yang paling
tinggi dalam Islam. Ibadah lain tidak dapat menandingi ibadah ini kerana solat merupakan suatu
manifestasi perhubungan insan kepada Allah, mengandungi pelbagai hikmah serta mampu
menjadikan individu Muslim itu benar-benar bertaqwa.

Keistimewaan, keunikan dan keunggulan solat dapat difikirkan dan dihayati oleh insan yang
memahami erti segala ucapan, perbuatan dan segala gerak-geri yang dilakukan ketika melakukan
ibadah solat. Perlakuan Rasulullah S.A.W. ketika solat bukan hanya sekadar mementingkan
kewajipan lahir seperti berwudhuk, berpakaian suci dan kemas, menghadapkan muka ke arah
kiblat tetapi baginda juga mengambil berat tentang sesuatu yang berhubung kait dengan yang
batin misalnya memahami dan menghayati erti bacaan, perbuatan dan segala perlakuan solat.
Dengan kata lain Rasulullah SAW. melakukan solat dengan kesungguhan lahiriah dan batiniah.

Apabila seseorang mempraktikkan solat cara Rasulullah SAW. sudah pasti mereka akan
dikurniakan ketenangan dan ketenteraman lahiriah dan batiniah. Sebaliknya jika mereka cuai
mengikuti cara Rasulullah S.A.W. maka kerugianlah yang akan menimpa mereka sama ada di
dunia atau di akhirat. Dengan kata lain, solat yang mereka kerjakan adalah sia-sia dan tidak
mendapat ganjaran daripada Allah S.W.T. Justeru itu, solat yang sempurna amat penting bagi
memastikan ibadah solat kita sah dan diterima Allah.
1.2Pengertian Solat

Solat dari segi bahasa diertikan dengan doa atau doa dengan sesuatu kebaikan. Pengertian ini
terdapat pada beberapa tempat dalam Al- Quran. Firman Allah Taala
         
    
“Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat( memuji) kepada Nabi (Muhammad s.a.w).
Wahai orang-orang yang beriman! Berselawatlah kamu kepadanya serta Ucapkanlah salam sejahtera
dengan penghormatan yang sepenuhnya.”
( Surah al-Ahzab
33 : 56)

Manakala dari segi syarak, solat bermaksud perkataan-perkataan dan perbuatan-


perbuatan yang dimulai dengan takbir beserta niat dan diakhiri dengan salam dengan syarat-
syarat tertentu. Pengertian yang dikemukakan oleh ulama fiqh ini hanya menggambarkan ibadat
solat secara lahiriyyah sahaja. Manakala ulama tasawwuf menambahkan lagi definisi solat ini
dengan pengertian secara batin. Menurut mereka adalah: “ Menghadapkan jiwa kepada Allah
S.W.T. secara yang boleh mendatangkan rasa takut kepada-Nya, dan melahirkan di dalam jiwa
rasa keagungan, kemuliaan, kebesaran, kesempurnaan dan kekuatan-Nya”. Solat merupakan
rukun perbuatan yang paling penting di antara rukun Islam yang lain kerana ia mempunyai
pengaruh yang baik bagi kedudukan akhlak manusia.

Sebagaimana firman Allah S.W.T di dalam surah Al- Ankabut ayat 45


           …
    
“ ……. Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan
Sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah
mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.”

1.3Keistimewaan Solat Menurut Perspektif Psikologi dan Sains


Dalam Islam, sembahyang atau solat adalah tiang agama dan merupakan ibadat wajib yang perlu
dilakukan pada masa, keadaan serta mengikut tertibnya. Solat wajib merupakan satu kegiatan
rutin harian orang Islam yang mesti dilakukan secara berkala, lima kali sehari semalam. Di
samping itu, ada solat-solat tambahan yang digalakkan untuk orang-orang Islam melakukannya
pada bila-bila masa mahupun pada masa-masa tertentu.

Secara amnya, ibadat solat mempunyai pengertian yang amat luas. Bagaimanapun, dari
sudut kesihatan fizikal dan mental, solat ialah cara untuk memperoleh tahap kesihatan yang baik.
Gerakan badan yang tersusun dan tertib dalam solat, dapat meningkatkan daya prestasi tubuh.
Hakikatnya, pada setiap pergerakan solat itu seperti qiyam, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud
dan tahiyat awal serta tahiyat akhir, tersembunyi pelbagai misteri saintifik terhadap kesihatan.

1.4Kebaikan solat dari sudut sains

Untuk mengetahui kebaikan solat dari sudut sains, kajian saintifik seharusnya diadakan dan
dikompilikasikan untuk membuktikan dan mengesahkan bahawasanya solat sememangnya
memberi manfaat fizikal dan mental kepada yang mengerjakannya.

Kajian pergerakan otot-otot kita ketika solat secara kasar pada mula berdiri tegak
(qiyam ) kemudian angkat kedua tangan bertakbir dan letakkan tangan di atas pusat, kita telah
membesarkan rongga dada kita manakala paru-paru akan terasa luas serta menggerakkan otot di
kedua belah tangan.

Ketika ruku’ dengan badan membongkok ke depan dan kedua tangan di atas kepala lutut
dan punggung mendatar ( parallel to the ground ) sekaligus ianya menggerakkan ruas-ruas tulang
punggung, tulang leher, tulang pinggang dan tulang tungkin.

Waktu sujud pula, seluruh berat badan terpikul sepenuhnya di atas otot-otot kedua-dua
tangan, kaki.dada, perut, punggung, leher dan otot-otot kaki. Lihat sahaja pada waktu sujud ini
berapa banyak otot dan persendian yang kita gerakkan. Setelah itu bangun dari sujud, kita duduk,
kemudian sujud lagi dan selepas itu kita berdiri kembali. Dalam gerak badan kali ini kita telah
secara automatik menggerakkan sejumlah besar otot-otot di dada, bahu, lengan, perut,
punggung, peha, kaki bahagian bawahan dan lain-lain otot lagi.

Selain dari itu, kita juga melakukan dua macam duduk – pertama duduk antara dua sujud
dan kedua duduk tahiyat. Kedua-dua jenis duduk ini menggerakkan tumit, pangkal peha,
kelengkang, jari-jari kaki dan lain-lain. Dalam kita memberi salam juga kita gerakkan otot-otot
leher tengkuk dan lain-lain.

Kalau dilihat dari dua perkara di atas iaitu mendapatkan oksigen yang istimewa dan
gerak otot-otot yang semuanya ini sudah tentu akan memastikan kesihatan tubuh badan kita.
Solat tahajud juga boleh menjauhkan penyakit buah pinggang yang selalu menyerang orang yang
banyak tidur dan bangun lewat dari tidur malam.

Hasil kajian yang dijalankan oleh para penyelidik dari Universiti Malaya mengenai kesan
pergerakan solat terhadap komposisi badan, sistem kardiovaskular (jantung), sakit pinggang,
isyarat otak, aktiviti otot dan disfungsi ereksi (mati pucuk) mendapati hasil kajian saintifik
mereka amat mengagumkan.

Dalam kajian pertama yang dijalankan dari segi komposisi badan adalah


didapati :

 Solat dapat mengurangkan lemak dalam badan

 Tabiat rukuk yang sempurna dalam melambatkan proses penuaan dan


melancarkan fungsi buah pinggang.

 Tabiat membengkokkan jari kaki ketika sujud, duduk di antara dua


sujud dan tahiyat akhir meningkatkan kadar pembakaran lemak dalam
badan dan merendahkan risiko penyakit jantung.

Manakala di dalam kajian kedua yang melibatkan :

Sistem Kardiovaskular (Denyutan Jantung)


Kajian menunjukkan posisi sujud adalah yang terbaik untuk kesihatan
jantung. Seseorang yang mengalami masalah tekanan darah tinggi amat
digalakkan untuk sujud dengan lebih kerap dan lebih lama agar dapat
mengurangkan kadar denyutan jantung dan menurunkan tekanan.

Otak

Secara amnya ibadat solat dapat menghasilkan keadaan yang tenang pada otak manusia dan
dapat meningkatkan penumpuan dan daya ingatan. Solat dapat menyediakan otak untuk lebih
bersedia dalam menghadapi tugas pemikiran yang lebih mencabar.

Otot

Solat ibarat senaman fizikal yang sederhana yang melibatkan pergerakkan badan seperti berdiri,
tunduk, duduk dan sujud disamping memberi kesan kesan pada psikologi, tulang, otot dan
serebral. Semasa solat kebanyakan otot dan sendi akan bergerak dan mampu memberi kekuatan
kepada sistem otot dan tubuh.

Disfungsi Ereksi (Mati Pucuk)

Hasil kajian saintifik pergerakan solat dapat mengaktifkan otot lantai pelvik.
Pengaktifan otot lantai pelvik juga dapat memperbaiki darah bagi mereka
yang menghidap mati pucuk. Setelah melakukan solat sunat selama 30 minit
(12 rakaat) 3 kali seminggu didapati ada perubahan pada ereksi,
jangkamasa ereksi dan perubahan isipadu zakar semasa ereksi.

Keistimewaan solat dari perspektif psikologi

Solat fardhu merupakan kewajipan yang perlu dilakukan oleh setiap umat Islam lima kali sehari
pada waktu yang berbeza yang telah ditetapkan Allah S.W.T dan membantu keupayaan tubuh
terutamanya sistem darah dan jantung. Solat juga merupakan terapi psikologi yang membantu
jiwa menjadi tenang dan menghilangkan tekanan perasaan yang disebabkan oleh pelbagai
masalah dalam kehidupan.
Menurut Imam Abu al- Aliyah , solat mempunyai tiga keistimewaan iaitu ikhlas, khusyuk
dan zikrullah. Perkara ini disebutkan di dalam Tafsir al-Azhar oleh Hamka yang menyatakan
mereka yang melakukan solat dengan khusyuk dianugerahkan dengan kedamaian hati di
samping kesihatan badan. Sebagaimana Firman Allah
          
 
" Mereka beriman dan jiwa mereka tenang dengan zikrullah". Ketahuilah dengan berzikir
kepada Allah hati menjadi tenang .” ( Surah ar-Ra`d ayat 28).

1.5 Pendapat ulama terhadap mereka yang meninggalkan solat fardhu

Orang yang meninggalkan solat kerana mengingkari kewajipannya atau mempersenda-


sendakannya, dia dihukum kafir dan murtad. Pemerintah Islam wajib menyuruhnya supaya
bertaubat. Sekiranya dia bertaubat dan mendirikan solat maka itulah yang sepatutnya. Dan
sekiranya dia enggan, dia hendaklah dibunuh disebabkan kemurtadannya dan tidak harus
memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Dia juga tidak harus dikebumikan di
perkuburan Islam kerana dia bukan daripada golongan orang Islam.

Sekiranya seseorang meninggalkan solat kerana malas, dan dia masih beriktikad bahawa
solat itu wajib, maka menjadi tanggungjawab pemerintah untuk memerintahkannya supaya
mengqadhakan semula solat yang telah ditinggalkan dan bertaubat daripada dosa meninggalkan
solat. Sekiranya dia enggan, maka wajib dibunuh sebagai melaksanakan hukuman hudud.
Dengan erti kata lain hukuman bunuh yang dikenakan dikira sebagai hukum hudud kerana dia
dianggap sebagai penderhaka di kalangan orang Islam. Tambahan pula hukuman orang yang
meninggalkan perkara yang difardhukan ialah diperangi. Walau bagaimanapun, setelah dibunuh,
dia tetap dianggap sebagai orang Islam dan diuruskan jenazahnya dan harta pusakanya
sebagaimana orang Islam yang lain. Ini kerana dia masih termasuk di kalangan orang-orang
Islam.

Imam Bukhari (25) dan Muslim (22) meriwayatkan hadis daripada Ibnu Umar r.a.
bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda :
‫امرت أ ن أقاتل الناس حتى يشهدوا أن ال إله إال‬
‫الله وأن محمدا رسول الله ويقيموا الصالة ويؤتوا‬
‫ فإذا فعلوا ذلك عصوا منى دماءهم واموالهم‬، ‫الزكاة‬
‫ وحسابهم على الله‬، ‫إال بحق اإلسالم‬
Aku diperintah supaya memerangi manusia sehingga mereka mengakui bahawa tiada tuhan
(wajib disembah) melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah dan mereka
mendirikan solat serta mengeluarkan zakat. Apabila mereka melakukan yang demikian, maka
darah dan harta mereka terpelihara melainkan dengan cara yang hak yang dibenarkan oleh
Islam dan perhitungan mereka terserahlah kepada Allah.
Hadis ini menunjukkan bahawa orang yang mengucapkan dua kalimah syahadah tetap
akan diperangi sekiranya dia tidak mendirikan solat tetapi tidak dihukum sebagai kafir.

Ijmak para ulama mengatakan bahawa hukum orang yang meninggalkan solat fardhu kerana
ingkar terhadap kewajipannya adalah jatuh kafir. Namun, sekiranya seseorang itu meninggalkan
solat atas sebab malas, tetapi dia tahu dia wajib solat, maka terdapat tiga khilaf di kalangan
ulama. Ianya adalah seperti berikut :

1- Mazhab Hambali

Dalam mazhab ini barangsiapa meninggalkan solat dengan sebab malas, maka dia tergolong dari
kalangan orang yang kafir. Oleh yang demikian, barangsiapa tidak menunaikan solat dengan
sebab malas, maka orang tersebut hendaklah dibunuh kerana kafirnya itu.

2- Mazhab Hanafi

Menurut mazhab ini, menjelaskan bahawa orang yang meninggalkan solat dengan malas, dikira
sebagai orang yang fasiq dan berdosa. Oleh yang demikian, sesiapa yang tidak mahu
menunaikan solat, maka hendaklah dipukul sampai mengalir darah sehingga dia menunaikan
solat dan bertaubat. Jika dia tidak mahu juga, maka hendaklah dipenjarakannya sehingga dia
mati dalam penjara. Dalam hal ini, mazhab Hanafi menyatakan bahawa tidak boleh membunuh
orang yang malas solat melainkan jika mengingkari kewajipan solat tersebut.
3- Mazhab selain Hanafi dan Hambali

Dalam mazhab yang lain, berpendapat bahawa hukum meninggalkan solat dengan sebab malas,
tidaklah dikira sebagai kafir tetapi telah melakukan dosa besar yang wajib bertaubat kepada
Allah. Oleh yang demikian, sesiapa yang tidak menunaikan solat dengan sebab malas maka
hendaklah dipaksa bertaubat dan menunaikan solat selama 3 hari berturut-turut. Jika dia tidak
bertaubat juga, maka wajib dibunuh orang yang tidak solat tersebut.

Menurut Jumhur ulamak melainkan Hanafi bahawa cara menjatuhkan hukuman bunuh
kepada orang yang tidak solat kerana malas adalah dengan memancung kepalanya sehingga
putus. Adalah wajib diuruskan mayat orang yang dijatuhkan hukuman mati kerana tidak solat
disebabkan malas seperti menguruskan mayat orang Islam juga.

1.5 Kajian kes amalan solat fardu pelajar sekolah menengah

Pengamalan solat secara individu bermula dengan asuhan daripada ibu bapa di rumah. Jika
seseorang itu dapat melaksanakan amalan solat secara istiqamah dan khusyuk, ini bermakna
bahawa amalan tersebut dilakukan atas dasar kesedaran dan penghayatan kepada Allah S.W.T
bukan hanya sebagai satu peraturan dan ikutan semata-mata.

Justeru itu, satu kajian telah dijalankan terhadap sekumpulan pelajar di Sekolah
Menengah Kebangsaan Munshi Ibrahim, Labis. Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah bagi
mengkaji tahap amalan solat fardhu di kalangan pelajar sekolah tersebut.

Sehubungan itu, sekumpulan pelajar seramai 30 orang yang terdiri daripada 12 orang
pelajar lelaki dan 18 orang pelajar perempuan telah dipilih sebagai sampel kajian. Pemilihan
pelajar tersebut adalah secara rawak. Kaedah kajian menggunakan borang soal selidik .

Dapatan daripada kajian yang dijalankan, di dapati tiga faktor utama yang mendorong
seseorang pelajar itu menunaikan solat fardhu lima waktu sehari semalam. Faktor tersebut ialah
kesedaran diri, mendapat ketenangan dan kedamaian serta faktor keluarga yang kuat didikan
agama. Turut didapati bahawa malas dan pengaruh rakan merupakan faktor utama yang
menyebabkan seseorang tidak menunaikan solat.

Menerusi soal selidik yang diedarkan kepada pelajar Tingkatan 3 Bestari seramai 30
orang, dapatan analisis untuk Bahagian Analisis Kepentingan Solat dapat ditunjukkan dalam
Jadual 1. Hasil analisis mendapati majoriti responden iaitu seramai 18 orang yang mewakili 60%
sangat setuju dengan kenyataan item 1 dimana solat itu adalah satu kewajipan yang difardukan
ke atas orang yang beriman. Diikuti pula dengan item 4, pada pernyataan mereka akan mendapat
balasan daripada Allah jika ingkar terhadap perintahNya seramai 16 orang responden sangat
bersetuju yang mewakili 53.33%. Manakala hanya 3 orang responden sahaja yang mewakili 10%
yang sangat setuju dengan pernyataan mereka yang melaksanakan solat akan mendapat
kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Jadual 1
Analisis Item Kepentingan Solat

BILANGAN PELAJAR
ITEM PERKARA
STS TS TP S SS
1. Solat itu adalah satu kewajipan yang difardukan ke
- 4 3 5 18
atas orang-orang beriman
2. Dengan melaksanakan solat ia dapat menghapuskan
- - 3 12 15
dosa-dosa kecil yang telah dilakukan.
3. Saya mengetahui cara melaksanakan solat dengan
- 3 4 13 10
betul.
4. Saya mengetahui akan balasan Allah terhadap
- 2 3 9 16
mereka yang ingkar terhadap perintahNya.
5. Saya berasa berdosa kerana tidak menunaikan solat. 2 - 5 8 15
6. Hukuman Allah sangat dahsyat terhadap mereka
- 4 4 10 12
yang meninggalkan solat dengan sengaja.
7. Mereka yang melaksanakan solat akan mendapat
7 7 8 5 3
kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
Nota : STS- Sangat Tidak Setuju, TS- Tidak Setuju, TP- Tidak Pasti, S- Setuju, SS-Sangat Setuju
Berdasarkan kepada Jadual 2 bagi analisis item untuk bahagian Pengamalan Solat menunjukkan
waktu solat yang paling selalu dilaksanakan oleh responden adalah merujuk kepada solat
Maghrib.Ini menunjukkan solat Maghrib yang jarang ditinggalkan oleh responden diikuti Solat
Isyak, Solat Zohor, Solat Asar dan peratus yang tertinggi iaitu solat Subuh.

Jadual 2
Analisis Item Pengamalan Solat
BILANGAN PELAJAR
ITEM PERKARA
S KK JJ TP
1. Kekerapan saya menunaikan solat Subuh 5 10 7 8
2. Kekerapan saya menunaikan solat Zohor 10 12 5 3
3. Kekerapan saya menunaikan solat Asar 9 12 6 3
4. Kekerapan saya menunaikan solat Maghrib 18 7 3 2
5. Kekerapan saya menunaikan solat Isyak 12 10 5 3

Nota : S- Selalu, KK- Kadang-kadang, JJ- Jarang-jarang, Tp-Tidak pernah

1.6 Kesimpulan

Solat merupakan ibadah yang penting, istimewa dan unik. Solat dapat menghubungkan insan
dengan penciptanya secara langsung. Solat juga merupakan ibadah yang pertama disyariatkan
dan yang paling akhir ditinggalkan oleh manusia. Dari segi amalan ibadah solat dipenuhi dengan
sebutan takbir, tahmid dan zikir.

Solat adalah merupakan ibadah yang ringan yang mampu dikerjakan oleh setiap orang.
Ringan atau beratnya ibadah solat bergantung kepada keimanan seseorang itu. Semakin beriman
seseorang itu semakin mudahlah ia dapat melakukannya. Ganjaran solat adalah amat besar
sekali. Ibadah ini dapat membantu menyelamatkan manusia daripada azab akhirat. Ibadah ini
juga dapat menghilangkan kegelisahan, mendatangkan ketenteraman, ketenangan dan
kebahagiaan. Dalam hadis dan pelbagai pendapat ulama menyebutkan bahawa solat dapat
membantu memakbulkan doa seseorang.

Keistimewaan, keunikan dan keunggulan solat dapat difikirkan dan dihayati oleh insan yang
memahami erti segala ucapan, perbuatan dan segala gerak-geri yang dilakukan ketika melakukan
ibadah sembahyang. Perlakuan Rasulullah S.A.W. ketika solat bukan hanya sekadar
mementingkan kewajipan lahir seperti berwudhuk, berpakaian suci dan kemas, menghadapkan
muka ke arah kiblat tetapi baginda juga mengambil berat tentang sesuatu yang berhubung kait
dengan yang batin misalnya memahami dan menghayati erti bacaan, perbuatan dan segala
perlakuan solat. Dengan kata lain Rasulullah S.A.W. melakukan solat dengan kesungguhan
lahiriah dan batiniah.

Apabila seseorang mempraktikkan solat cara Rasulullah S.A.W. sudah pasti mereka akan
dikurniakan ketenangan dan ketenteraman lahiriah dan batiniah. Sebaliknya jika mereka cuai
mengikuti cara Rasulullah SAW. maka kerugianlah yang akan menimpa mereka sama ada di
dunia atau di akhirat. Dengan kata lain, solat yang mereka kerjakan adalah sia-sia dan tidak
mendapat ganjaran daripada Allah SWT.

Akhirnya penegasan yang amat penting dilakukan oleh guru-guru Pendidikan Islam khasnya
kepada pentingnaya solat dlam kehidupan seharian .perumpaman yang mudah saya bawakan
begini jasad manusia adalah diibarahkan sebagai kuda,dan roh sebagai penungganya ,jika
pennunggangnya membawa arah yang betul maka sudah tentu kuda tersebut tidak tersasar ke
arah yang lain,sebaliknya jika penungganya tidak sihat dan sakit maka sudah tentunya kuda itu
akan sesat jalannya. Oleh yang demikian bermula anak yang soleh dan solehah adalah dari
rumah,di sekolah guru meneruskan curahan ilmu bekalan dimasa akan datang. Saya berdoa
kehadarat ALLah S.W.T agar anak-anak yang telah ditemui supaya menjadi penyelamat kepada
generasi yang akan datang dan menyelamatkan kedua ibubapa dan guru-guru mereka daripada
api neraka.
Sekian.

Jumlah perkataan 2780


Rujukan

Abdul Rahman Haji Mohd Adil. (2012). Sejarah & Keajaiban Gerak Dalam Solat. Johor Bahru :
Pustaka Azhar.

Dr. Mustafo Al-Khin, Dr. Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji. Kitab Fikah Mazhab Syafie.
(2011). Kuala Lumpur : Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Ibnul Qayyim Al Jauziyyah. Fiqih Shalat.(2011). Jakarta Timur : Pustaka As- Sunnah.

Prof.Ir. Dr. Fatimah Ibrahim, Prof.Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas, Dr. Ng. Siew Cheok.
(2009).Solat Kebaikan dari Perspektif Sains. Kuala Lumpur : Universiti Malaya

Ustaz Dzulkarnain Hamzah, Ustaz Hj. Latif Hj. Muhammad. Pengertian Solat dalam Islam.
( 2011) . Kuala Lumpur : An-Nur Publication.

Anda mungkin juga menyukai