FIQH 1
Pengenalan
Solat adalah tiang agama yang mana ibadah solat adalah sebesar-besar ibadah yang
mendekatkan hamba kepada Tuhannya dan ia adalah seteguh-teguh perhubungan
makhluk dan penciptanya. Sabda Rasulullah s.a.w. “Solat itu tiang agama, sesiapa yang
mendirikan solat, sesungguhnya dia sudah menegakkan agama dan barangsiapa yang
meninggalkan solat, sesungguhnya dia meruntuhkan agama”. Solat menurut syara’
ditakrifkan sebagai “beberapa perkataan dan perbuatan yang dimulakan dengan takbir
dan disudahi dengan salam serta dengan syarat-syarat yang ditentukan”. Solat lima waktu
wajib dilakukan ke atas umat Islam yang berakal lagi baligh dan kewajipan itu tidak
gugur selagi hayat dikandung badan.
Solat juga merupakan ibadah yang paling istimewa dan penting yang mula-mula sekali
dihisab dan diadili oleh Allah S.W.T pada hari kiamat kelak. Jika solat kita baik dan
sempurna maka baik seluruh ibadah yang lain akan menjadi sempurna. Sebaliknya jika
solatnya tidak sempurna maka akan dilanjutkan pemeriksaan ibadah-ibadah yang lain
iaitu puasa, zakat, haji dan sebagainya. Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud: Dari
Abdullah bin Qurt, ia berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: “Yang pertama
dihizab dari seorang hamba di Hari Kiamat ialah solatnya. Apabila solatnya baik maka
baiknya seluruh amalannya tetapi jika solatnya rosak maka rosaklah seluruh
amalannya”.
Solat
Solat dari segi bahasa bermaksud doa atau doa dengan sesuatu kebaikan.
1
Dari segi syara‘, solat bermaksud perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan
yang dimulai dengan takbir beserta niat dan diakhiri dengan salam dengan
syarat-syarat tertentu.
Kajian ini terbatas kepada murid tahun 5,SK Sri Rantau Panjang,Kelantan. Ianya
melibatkan 50 orang murid sahaja.. Oleh itu, hasil dapatan kajian ini dapat
digeneralisasikan kepada semua guru dan murid. Dalam kajian wujud kesukaran untuk
mengawal pembolehubah luar yang memesong daripada tujuan kajian, misalnya
maklumat palsu yang mungkin diberi oleh sampel kajian. Walaupun konseptual kajian
memfokuskan kepada murid begitu kemungkinan keberkesanan teras pengetahuan juga
mempengaruhi kajian ini.
Untuk mengetahui kebaikkan solat dari sudut kacamata sains, kajian saintifik
seharusnya diadakan dan dikompilikasikan untuk membuktikan dan mengesahkan
bahawanya solat sememangnya memberi manfaat fizikal dan mental kepada yang
mengerjakannya.Kajian pergerakan otot-otot kita ketika solat secara kasar pada mula kita
berdiri tegak ( qiyam ) kemudian angkat kedua tangan bertakbir dan letakkan tangan di
atas pusat , kita telah membesarkan rongga dada kita manakala paru-paru akan terasa luas
serta menggerakkan otot di kedua belah tangan.
Ketika ruku’ dengan badan membongkok ke depan dan kedua tangan di atas
kepala lutut dan punggung mendatar ( parallel to the ground ) sekaligus ianya
menggerakkan ruas-ruas tulang punggung, tulang leher, tulang pinggang dan tulang
tungkin.
Waktu sujud pula, seluruh berat badan terpikul sepenuhnya di atas otot-otot
kedua-dua tangan, kaki.dada, perut, punggung, leher dan otot-otot kaki. Lihat sahaja pada
2
waktu sujud ini berapa banyak otot dan persendian yang kita gerakkan. Setelah itu kita
bangkit dari sujud. Kita duduk, kemudian kita sujud lagi dan selepas itu kita berdiri
kembali. Dalam gerak badan kali ini kita telah secara automatik menggerakkan sejumlah
besar otot-otot di dada , bahu, lengan, perut, punggung, peha, kaki bahagian bawahan
lain-lain otot lagi.
Selain dari itu kita juga melakukan dua macam duduk – pertama duduk antara dua
sujud dan kedua duduk tahiyat. Kedua-dua jenis duduk ini menggerakkan tumit , pangkal
peha, kelengkang, jari-jari kaki dan lain-lain. Dalam kita memberi salam juga kita
gerakkan otot-otot leher tengkuk dan lain-lain.
Kalau kita lihat dari dua perkara tersebut di atas iaitu mendapatkan oksigen yang
istimewa dan gerak otot-otot yang semuanya ini sudah tentu akan memastikan kesihatan
tubuh badan kita. Solat tahajud juga boleh menjauhkan penyakit buah pinggang yang
selalu menyerang orang yang banyak tidur dan bangun lewat dari tidur malam. Abdullah
Ibnu Umar r.a. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya : ”
Zikir yang termulia ialah LA ILAHA ILLALLAH dan doa yang terbaik ialah istighfar.”
Moga Ada ManfaatSecara amnya boleh disimpulkan seperti berikut :-
a. Komposisi Badan
Kajian Pertama
solat dapat mengurangkan lemak dalam badan tabiat rukuk yang sempurna dalam
melambatkan proses penuaan dan melancarkan fungsi buah pinggang.tabiat
membengkokkan jari kaki ketika sujuk, duduk di antara dua sujud dan tahiyat akhir
meningkatkan kadar pembakaran lemak dalam badan dan merendahkan risiko penyakit
jantung.
Kajian Kedua
3
b. Sistem Kardiovaskular (Denyutan Jantung)
Kajian menunjukkan posisi sujud adalah yang terbaik untuk kesihatan jantung. Sesorang
yang mengalami masalah tekanan darah tinggi amat digalakkan untuk sujud dengan lebih
kerap dan lebih lama agar dapat mengurangkan kadar denyutan jantung dan menurunkan
tekanan.
c. Otak
Secara amnya ibadat solat dapat menghasilkan keadaan yang tenang pada otak manusia
dan dapat meningkatkan penumpuan dan daya ingatan.
Solat dapat menyediakan otak untuk lebih bersedia dalam menghadapi tugas pemikiran
yang lebih mencabar.
4
d. Otot
Solat ibarat senaman fizikal yang sederhana yang melibatkan pergerakkan badan
seperti berdiri, tunduk, duduk dan sujud disamping memberi kesan kesan pada psikologi,
tulang, otot dan serebral. Semasa solat kebanyakan otot dan sendi akan bergerak dan
mampu memberi kekuatan kepada sistem otot dan tubuh.
5
e. Disfungsi Ereksi (Mati Pucuk)
Hasil kajian saintifik pergerakan solat dapat mengaktifkan otot lantai pelvik. Pengaktifan
otot lantai pelvik juga dapat memperbaiki darah bagi mereka yang menghidap mati
pucuk. Setelah melakukan solat sunat selama 30 minit (12 rakaat) 3 kali seminggu
didapati ada perubahan pada ereksi, jangkamasa ereksi dan perubahan isipadu zakar
6
semasa ereksi.
7
Solat memberi ketenang dan kelegaan perasaan
•Dalam menangani permasalah yang secara mendadak muncul hingga terjadinya tekanan
atau pun stress,solat juga banyak memberi rasa tenang dan tenteram kepada mereka yang
menjadikan solat sebagai suatu terapi untuk meredakan situasi yang dialami baik dewasa
mahupun kanak-kanak.
•Mengikut Journal Of Islamic and Arabic
education pula,telah memperbincangkan mengenai kebaikan solat bagi menangani stress
dari sudut psikologi,sains dan pespektif islam itu sendir.
8
Ini menbuktikan bahawa solat memberi suatu faedah kepada psikologi untuk menangani s
tress secara tidak langsung baik kepada muda,tua,kecil mahupun dewasa.Solat memberi k
ebaikan kepada semua golongan malahan juga memberi kesan positif kepada masyarakat.
Solat salah satu daripada rukun Islam yang lima, yang diwajibkan ke atas setiap muslim
dan muslimat yang mukallaf (baligh dan berakal). Kefarduan ini telah disepakati ulama’
(ijma’) dan dikira sebagai (ُورة
َ ضرَ )مايُعْلـ َ ْم ِمنَالدِّينِبالperkara asas agama yang diketahui oleh
setiap muslim. Sesiapa yang mengingkari kewajibannya menjadi kafir dan murtad, kekal
dalam neraka; kerana kefarduannya disandarkan kepada nas yang jelas dan qathi’e (tidak
dapat ditokok tambah) daripada Al-Quran, As-Sunnah dan Ijma’.Sesiapa yang
meninggalkan solat kerana malas, bermudah-mudah atau sengaja tanpa menafikan
kewajibannya tergolong dikalangan orang yang fasiq dan berdosa besar yang wajib ke
atasnya beberapa perkara:-
Ulama’ mazhab berbeza pendapat pada bentuk hukuman yang dikenakan ke atas
orang yang meninggalkan solat, setelah mereka bersepakat pada keharamannya dan
besarnya dosa peninggalnya berdasarkan ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis yang sahih.
i. Mazhab Hanafi: Peninggal solat dihukum fasik dan wajib dipenjarakan dan
dirotan dengan kuat sampai keluar darah, sehinggalah dia kembali solat dan bertaubat
atau mati di dalam penjara. Dia tidak dibunuh kecuali mengingkari kewajipan solat atau
mempersendakannya.
ii. Jumhur ulama’ daripada mazhab Maliki dan Syafie: Orang yang meninggalkan
solat dengan sengaja dihukum bunuh walau pun meninggalkan satu fardhu sahaja.
9
Disuruh agar bertaubat selama tiga hari, jika enggan dijatuhkan hukuman had dengan
dipenggal kepalanya. Selepas dibunuh, dimandikan dan disembahyangkan ke atasnya
serta ditanam di tanah perkuburan orang Islam kerana dia tidak dikira kafir. Ini juga
adalah pendapat yang rajih pada mazhab Hanbali sebagaimana dikatakan oleh Ibn
Qudamah dalam Al-Mughni. Oleh itu Ijma’ para ulama mengatakan bahawa hukum
orang yang meninggalkan solat kerana ingkar terhadap kewajipannya, adalah jatuh
kafir.Namun, sekiranya seseorang itu meninggalkan solat atas sebab malas, tetapi dia
tahu dia wajib solat, maka terdapat tiga pendapat ulama tentang hukumnya, iaitu:
1. Orang itu tidak menjadi kafir, tetapi dia menjadi fasik. Maka wajib atas pihak
yang berkuasa bertindak menyuruhnya bertaubat kembali mengerjakan solat.
Sekiranya dia enggan bertaubat maka dijalankan ke atasnya hukuman hudud, iaitu
dibunuh dengan pedang.Ini pendapat Imam Malik, Syafi’e dan jumhur ulama
salaf dan khalaf.
2. Orang itu menjadi kafir. Hukumnya sama seperti orang yang ingkar terhadap
kewajipannya tadi.Ini adalah pendapat satu jemaah daripada para salaf yang
diambil riwayatnya daripada Saidina Ali bin Abu Talib dan salah satu pandangan
Imam Ahmad bin Hambal serta pendapat Abdullah bin al-Mubarak dan Ishak bin
Rahawaih.
3. Orang itu tidak menjadi kafir dan tidak pula dibunuh, sebaliknya ditakzirkan
dengan dipenjarakan sehingga dia mengerjakan solat.Ini pula adalah pendapat
Imam Abu Hanifah dan satu jemaah daripada para fuqahak Kufah dan juga
pendapat al-Muzani seorang pendokong dan pengikut Imam asy-Syafi’e.
Lihat betapa besarnya solat, dan betapa besar hukum bagi seseorang meninggalkan
solat.Orang yang mahu agamanya selamat dan dirinya bahagia di dunia dan akhirat,
sudah tentu dia wajib menghindarkan dirinya dari terletak di antara hukum menjadi
murtad dan berdosa besar.
10
Amalan solat fardhu oleh pelajar di sekolah yang dikaji
Solat merupakan satu ibadah yang diwajibkan keatas setiap orang Islam dan solat yang
sempurna juga dapat menjauhkan manusia dari segala perbuatan mungkar. Menurut
Mohd Arshad (1999)2, solat dapat mengukuhkan iman dan memperisaikan diri dari
amalan keji dan mungkar. Meninggalkan solat lima waktu dengan sengaja adalah berdosa
dan Allah SWT telah mensyariatkan ibadah ini di dalam Al-Quran bahawa barang siapa
yang meninggalkan solat lima waktu dengan sengaja akan mendapat balasan di dunia dan
di akhirat. Malah, orang yang meninggalkan solat fardhu adalah amat buruk dan sangat
keji sekali dan ianya terlebih keji daripada iblis.
Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah hasil daripada pemerhatian dan pengalaman
penyelidik mengajar selama hampir tiga tahun di SK.Sri Rantau Panjang bahawa tahap
pengamalan solat di kalangan pelajar amat lemah. Hati mana yang tidak terluka dan
kecewa apabila masuk ke kelas yang pelajarnya agak pandai dan mendapati hanya satu
pertiga daripada pelajar dalam kelas tersebut yang menunaikan solat fardhu dengan
sempurna. Begitu juga jika ditanya di dalam kelas-kelas yang lain, ternyata jawapan yang
diberikan adalah terlalu hampa untuk diterima. Inilah realitinya yang berlaku sekarang .
Menerusi temubual secara tidak langsung di dalam kelas untuk beberapa semester yang
lepas, alasan yang diberikan oleh pelajar adalah disebabkan kurangnya kesedaran,
motivasi dan kefahaman dalam pelaksanaan solat yang menyebabkan mereka
memandang remeh terhadap amalan solat. Dalam diri mereka juga, tiadanya sikap ingin
mengetahui serta mendalami secara terperinci tentang kelebihan dan hikmat yang
diperolehi dengan melakukan solat serta balasan yang akan diterima bagi yang
meninggalkannya. Mereka juga kurang berminat dan malas serta tidak mempunyai
kesungguhan terhadap penimbaan ilmu pengetahuan terutamanya ilmu-ilmu keagamaan
dan mendalami pengetahuan mengenai Islam. Kejahilan ini yang menyebabkan mereka
kurang berminat untuk melakukan solat. Daripada situasi tersebut, penyelidik cuba untuk
mengetahui sejauhmana kekerapan pelajar dalam melaksanakan solat.
11
Wujud masalah ini apabila ramai pelajar muslim yang tidak menunaikan tanpa sebarang
alasan yang munasabah. Berdasarkan temubual secara tidak langsung di dalam kelas,
salah satu punca masalah ini berlaku adalah disebabkan kurang kesedaran diri untuk
melaksanakan solat dan menganggap solat itu sebagai perkara yang remeh. Mereka juga
mengatakan tiada dorongan daripada masyarakat sekeliling untuk melaksanakan solat.
Malahan ada segelintir ibubapa pelajar yang tidak pernah menunaikan solat tetapi hanya
mengharapkan anak-anak untuk melaksanakannya. Menurut Rosnah (2007)3, ibubapa
yang kurang memberi penekanan tentang kewajipan solat kepada anak-anaknya akan
menyebabkan pelajar tidak melakukan ibadah solat dirumah maka ia memberi contoh
yang kurang baik kepada pelajar untuk mempraktikkan dan mengamalkannya dirumah.
Pada hakikatnya pendidikan solat bukan sahaja perlu diberi penekanan dirumah semata-
mata tetapi harus bermula dirumah. Kegagalan sistem kekeluargaan itu sendiri dalam
mendidik anak-anak untuk melakukan solat akan menyukarkan guru untuk memberi
tunjuk ajar kepada mereka.
Justeru, kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengupas beberapa objektif yang
dicadangkan oleh penyelidik agar dapat mengetahui dan melihat sejauhmana tahap
kefahaman pelajar mengenai kepentingan dan pengamalan solat fardhu dalam kehidupan.
Ini memandangkan mereka merupakan modal insan ataupun aset yang penting
penyambung generasi akan datang. Jadi sebelum melihat kepada ibadah-ibadah harian
yang lain adalah baiknya terlebih dahulu penyelidik ingin melihat dalam ibadah solat.
12
b.Ibu Bapa- Terdapat segelintir ibu bapa yang tidak memberi penekanan kepada
aspek solat di dalam pendidikan dirumah. Ibu bapa tidak menghiraukan samada anak
mereka solat atau tidak. Sepatutnya ibu bapa menjadi role model dan contoh teladan yang
baik kepada anak-anak supaya anak-anak menjadi seorang insan yang beramal soleh dan
bertakwa kepada Allah Taala. Menurut Rosnah (2007)19, ibubapa yang kurang memberi
penekanan tentang kewajipan solat kepada anak-anaknya akan menyebabkan pelajar
tidak melakukan ibadah solat dirumah maka ia memberi contoh yang kurang baik kepada
pelajar untuk mempraktikkan dan mengamalkannya dirumah.
c.Rakan- Ini mungkin kerana rakan sebaya memainkan peranan yang cukup besar
dalam mempengaruhi seseorang itu untuk melakukan solat. Rakan sebaya merupakan
faktor yang paling berkesan sama ada untuk menyumbang ke arah kebaikan ataupun
keburukan memandangkan masa responden banyak bersama dengan rakan-rakan.
Meskipun terdapat kajian yang mengatakan rakan sebaya berpengaruh besar dalam
mempengaruhi tindak-tanduk yang negatif tetapi tidak dalam penyelidikan ini.
d.Masyarakat- pelajar masih mempunyai perasaan bersalah terhadap
tingkahlakunya itu yang mana mereka perlu kepada dorongan dan motivasi daripada
masyarakat sekeliling. Selain itu, responden mempunyai keinginan dan berpotensi tinggi
untuk mengubah sikap mereka daripada jarang-jarang melaksanakan ibadah solat kepada
kerap untuk melaksanakan ibadah solat dengan kerelaan sendiri bukan dengan paksaan.
Kesimpulann
Kesimpulannya,dapatlah kita ketahui dan putuskan bahawa,sememangnya dan memang b
enar bahawa itu secara tidak langsung sebagai terapi dalam menjadi penawar dikala duka,
merawat takala sakit,dikala di rumdum resah,solat hadir menjadi diri kuat untuk tabah me
nghadapi,dikala hati mula pudar hampir hilang seri menanti lenyapnya cahaya illahi,solat
itu menjadi penyuluh,cahaya menerangi hati semenangnya sukar dicari ganti.
Oleh itu amalan solat merupakan suatu amalan yang mulia disisi Allah Taala. Solat dapat
mendidik jiwa dan rohani bagi setiap manusia. Ia juga bertujuan untuk mengangkat darjat
dan martabat manusia yang sering mengamalkannya serta mencegah kita dari melakukan
perbuatan keji dan mungkar. Bagi mencapai tujuan dan matlamat tersebut, solat
13
hendaklah dilakukan dengan sepenuh tumpuan dan ikhlas dihati serta dengan penuh
kecintaan terhadap Allah S.W.T sebagai khaliq yang menciptakan diri kita.
Penglibatan pelajar terhadap solat tidak cukup dengan hanya mewajibkan dalam bentuk
penguatkuasaan semata-mata tetapi perlu diterapkan dari segi kefahaman dan juga
penghayatan. Dapatan kajian ini menunjukkan pengamalan solat fardhu dalam kalangan
pelajar masih kurang memuaskan. Akan tetapi para pelajar mempunyai pengetahuan yang
baik dalam hal ibadah solat dan penguasaan ilmu dalam bidang ini. Ianya perlu diperkaya
dan diperkukuhkan lagi samada secara tidak langsung atau melalui program-program
yang dirangka khas untuk tujuan ini. Kaedah pendidikan kerohanian perlu dikaji semula
dan diberi penekanan agar ianya seiring dengan kecemerlangan akademik.
Tanggungjawab dan peranan yang perlu dimainkan seharusnya dipikul bersama demi
membentuk generasi ulul albab yang memahami tujuan kewujudan mereka dimuka bumi
ini.
14
RUJUKAN
Kisah Para Nabi Pengajaran & Iktibar Qishash Al-Anbiya’ Ibratun Li-Uli al-Albab .
Kesempurnaan solat terapi kesihatan diri. http://sd2.azhira.com/?p=1024
Buku Solat kebaikan dari perspektif sains (Profesor Madya Dr Fatimah Ibrahim bersama
Profesor Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok)
Sumber internet
http://www3.pmo.gov.my
http://www.e-mosque.com.my
15