Anda di halaman 1dari 14

MUKADIMAH

Salam diucapkan kepada yang berbahagia pensyarah kelas pengenalan FIQH 1 HBIS 3103 dan
juga para pembaca yang dihormati. Tugasan ini merupakan hasil kerja penulis dan bantuan serta
tunjuk ajar daripada rakan yang lebih senior bertujuan untuk menerangkan bagaimana pendidikan
ISLAM (FIQH 1) diapliksikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, bagi pencapaian
pelajar secara belajar formal dan imformal. Dalam tugasan ini juga telah dapat menambah
pengetahuan sedia ada pada penulis. Dalam tugasan ini penulis diingatkan bagaimana pentingnya
pengapliksian fiqh 1 di dalam pengajaran pendidikan Islam pada murid untuk mengwujudkan
pembelajaran yang lebih releven dan efektif. Segala kekurangan dalam penulisan ini adalah amat
di kesali, penulis akan terus berusaha memperbaiki kelemahan-kelemahan dalam penulisan ini.
Penulis memohon kemaafan terutama kepada pihak pemeriksa serta pihak pensyarah dan
pembaca yang dihormati sekalian.Ucapan ribuan terima kasih kepada pihak-pihak yang telah
menghulurkan bantuan serta tunjuk ajar kepada pihak penulis.

Sekian.

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1
MUKADIMAH 2

PENGENALAN 4

KEISTEMAWAAN SOLAT 5- 6

PENDAPAT ULAMA 7-9

KAJIAN SOLAT DI SEKOLAH 9 - 12

RUMUSAN 13

RUJUKAN

PENGENALAN

Solat adalah tiang agama yang mana ibadah solat adalah sebesar-besar ibadah yang
mendekatkan hamba kepada tuhannya dan ianya sekuat-kuat perhubungan makhluk dan
penciptanya.Sabda Rasulullah s.a.w. “Solat itu tiang agama,sesiapa yang mendirikan

2
solat,sesungguhnya dia sudah menegakkan agamanya dan barang siapa yang meninggalkan
solat sesungguhnya dia meruntuhkan agama”.Solat menurut syara” dimaksudkan sebagai
“beberapa perkataan dan perbuatan yang dimulakan dengan takbir dandisudahi dengan salam
serta dengan syarat-syarat yang tertentu.Soplat lima waktu wajib dilakukan ke atas umat islam
yang berakal lagi baligh dan kewajipan itu tidak gugur selagi hayat dikandung badan.

Solat juga merupakan ibadah yang paling istimewa dan penting yang mula-mula sekali
dihisab dan diadili oleh Allah s.w.t pada hari pembalasan kelak.Jika solat kita baik dan
sempurana maka baiklah seluruh amalan yang kita telah kerjakan.Sebaliknya jika solat kita tidak
sempurana maka akan dilanjutkan pemeriksaan ibadah-ibadah yang lain seperti puasa,zakat,haji
dan sebagainya.Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Dari Abdullah bin Qurt,ia berkata
bahawa Rasulullah s.a.w bersabda; “ Yang pertama dihisab dari seorang hamba di hari kiamat
ialah solatnya.Apa bila solatnya baik maka baiklah seluruh amalannya tetapi jika solatnya rosak
maka rosaklah seluruh amalannya.

Lantaran solat mertupakan ibadah utama sebagaimana yang digariskan di dalam rukun
islam maka perbuatan meninggalkan solat dengan sengaja dalam keadaan sedar dan waras
manggambarkan sesaorang itu tidak mengambil berat dalam beragama dan cuai terhadap amanah
dan tanggungjawab yang telah diamanahkan.Malah individu yang tidak melaksanakan ibadah
solat dilihat rapuh imannya dan taqawanya kerana tidak terkesan dengan ancaman yang banyak
dinyatakandalam sumber agama terhadap mereka yang meninggalkan solat.

Oleh itu sebagai seorang islam haruslah saling mengingati supaya jangan sekali-kali
meninggankan perkara yang diperintah oleh Allah s.w.t .Sesungguhnya solat itu adalah benteng
dan kekuatan ukhuwah antara hamba dan penciptanya.Justeru itu,marilah kita sama-sama
melaksanakan solat fardhu ini dengan keikhlasan dan keyakinan dengan lebih sempurana.

KEISTEMAWAAN SOLAT

Pelbagai kajian dari segi sains mahupun psikologi dilakukan untuk mengkaji akan
kelebihan solat.Para saintis barat terutamanya bertungkus lumus mengkaji segala perihal solat

3
terutama sekali akan kedudukan ketika melakukan ibadah solat.Hal ini demikian kerana seperti
yang kita ketahui,terdapat beberapa posisi solat antaranya adalah berdiri tegak,rukuk,sujud,duduk
diantara dua sujud,tahyat awal dan tahyat akhir.Terdapat juga dalam kalangan mereka yng
mengakaji akan waktu-waktu solat fardhu yang sering berubah-ubah masanya namun tetap
dilaksanakan lima waktu sehari semalam.Penemuan-penemuan yang ditemui sangat ajaib dan
menakjubkan seperti yang ditemui oleh seorang profesor fizik daripada Amerika Syarikat,beliau
mendapati bahawa solat menyeimbangi tenaga ion bercas negatif dan positif yang lemah setelah
digunakan seharian untuk bekerja.Rakaat-rakaat yang berbeza dalam solat pula sangat bersesuai
dengan ketidakseimbangan ion dalam badan manusia pada ketika itu.Sebagai contoh,badan
manusia hanya memerlukan sedikit pergerakan untuk menyeimbangi cas ion dalam badan pada
ketika dan hal ini sangat bersesuaian dengan rakaat ketika solat fardhu subuh iaitu dua rakaat dan
demikian juga dengan solat fardhu yang lainnya.Selain itu,kajian juga membuktikan bahawa
setiap pergerakan yng dilakukan ketika solat mampu menjadikan seseorang itu lebih sihat.Hal ini
demikian dinyatakan didalam buku yang ditulis oleh Prof.Madya Dr.Fatimah Ibrahim yang
menyatakan bahawa solat mampu melancarkan pengaliran darah,menstabilkan emosi dan
membakar lemak berlebihan didalam badan manusia.Selain itu,melalui kajian juga beliau
mendapati bahawa setiap daripada mereka yang solat mampu memperoleh ingatan yang kuat
kerana kedudukan sujud dalam solat membolehkan darah mengalir secara langsung ke otak
dalam tempoh masa yang optimum.Tambahan pula,kajian turut mendapati bahawa kedudukan
sujud ketika solat menyebabkan degupan jantung paling berada pada kedudukan paling
minimum.Hal ini secara tidak langsung membawa maksud bahawa ketika sujud,jantung berada
pada keadaan ‘rehat’ yang membolehkan hormon-hormon dalam badan distabilkan.Hal ini secara
tidak langsung dapat menenangkan diri.Dari sudut psikologi pula,mendekatkan diri dengan Allah
melalui solat pula dapat memberikan ketenangan kepada diri kerana solat menguatkan
kepercayaan terhadap kekuasaan Allah s.w.t. Hal ini secara tidak langsung akan menyebabkan
seseorang individu itu mengamalkan sikap mahmudah dan nilai-nilai insaniyyah dalam diri
kerana takut dimugkari oleh Allah s.w.t.

Selain itu,satu kajian yang dijalankan oleh Furchgott dan Ignarro serta Murad mendapati
bahawa orang islam yang melaksanakan solat subuh mempunyai peratusan yang tinggi untuk
tidak mendapat penyakit strok.Hal ini demikian kerana menurut kajian mereka,ketika tidur,sel-sel
manusia akan merembeskan sejenis cecair yang mengandungi zat nitrat oksida.Zat nitrat oksida
ini sebenarnya akan membantu regulasi dalam badan manusia untuk mencegah daripada
pembentukan mendakan pada dinding pembuluh darah yang akhirnya akan mengakibatkan
pembentukan ‘trombus’ yang akan mengakibatkan pelbagai penyakit yang berkaitan dengan
saluran darah.Tambahan pula,melalui kajian ini,mereka secara tidak langsung membuktikan
bahawa orang islam yang bangun untuk solat fardhu subuh sebenarnya menambahkan lagi
rembesan zat nitrik okdisa dalam tubuh badan.Antara kajian lain yang dijalankan oleh beliau
turut mendapati bahawa keadaan rukuk semasa solat subuh meningkatkan aktiviti pengaliran
darah dalam badan.Hasil daripada penemuan ini telah mendapat anugerah nobel pada tahun 1998.

4
Antara kajian lainnya yang berkenaan dengan solat fardhu,telah dibuktikan oleh sains
bahawa amalan melaksanakan solat zuhur dapat melancarkan sistem pencernaan tubuh badan
kerana ketika perpindahan waktu daripada dhuha kepada zuhur,maka pada saat ini akan
berubahlah spektrum cahaya sekalian alam kepada warna yang lebih kekuning-kuningan.Pada
waktu dan ketika ini,sesiapa yang melakukan ibadah solat zuhur dapat mengurangkan risiko
menghidapi masalah kesihatan dari aspek penghadaman.Hal ini demikian kerana,melakukan
pergerakan solat pada ketika ini dapat mengoptimumkan proses pencernaan dalam tubuh badan
manusia.Tambahan pula,menurut ilmu perubatan cina,orang yang menunaikan solat zuhur dapt
memperbaiki ‘chi’ jantung agar berada dalam keadaan normal.Hal ini demikian kerana,menurut
mereka,waktu zuhur adalah waktu kemuncak manusia merasakan kepenatan dan lelah kerana
sibuk menjalankan urusan seharian.Maka seharusnya terapi jantung dijalankan.Ajaibnya,terapi
organ lebih-lebih lagi jantung adalah lebih baik dilakukan disekitar jam sebelas pagi sehingga
jam satu pagi.Maka jelaslah disini bahawa orang yang melakukan solat fardhu zuhur dapat
mengekalkan kesihatan janting dan sistem kardiovaskular.

Kita sering mendengar akan pesanan daripada orang yang terdahulu agar tidak bermain
atau keluar rumah apabila menjelang waktu maghrib.Hal ini demikian ada benar kerana telah
dibuktikan oleh satu kajian bahawa ketika perpindahan waktu diantara asar kepada maghrib,maka
spektrum cahaya akan berubah daripada oren kepada lebih kemerah-merahan.Frekuensi warna ini
adalah selari dengan frekuensi alam ghaib iaitu alam jin dan iblis.Maka,apabila kita
melaksanakan solat maghrib ketika ini dapat melindungi diri daripada syaitan mahupun para
jin.Tambahan pula,frekuensi cahaya yang kemerah-merahan ini sebenarnya secara tidak langsung
akan mengakibatkan kerosakan pada penglihatan kerana pertindihan pelbagai gelombang atau
frekuensi cahaya yang berbeza.Pada waktu maghrib juga ahli perubatan china beranggapan
bahawa ianya waktu yang paling sesuai untuk melakukan terapi ginjal.Hal ini demikian ada
kaitannya dengan frekuensi cahaya pada waktu maghrib.Pada ketika ini,udara akan berada dalam
keadaan sedikit lembab dan sistem serta organ dalam tubuh badan terutamanya ginjal mula
beregulasi untuk menyesuaikan dengan keadaan yang sejuk ketika malam.

PENDAPAT ULAMA

5
Rasullullah s.a.w pernah memberikan petunjuk dalam sabda baginda, “Antara seorang
islam dan antara kekafiran,ialah meninggalkan solat”. Hadis riwayat Ahamad dan Muslim dari
Jabir; At-Targhrib,1:342.Terdapat pelbagai pandangan ulama terhadap hukuman-hukuman yang
diberikan kepada mereka yang mengabaikan solat.Antaranya adalah yang diterangkan oleh An-
Nawawi bahawasannya orang yang meninggalkan solat dengan jalan mengingkari
kewajibannya,telah dipandang kafir kecuali mereka yang mualaf yang baru hendak belajar
solat.Tetapi segolongan ulamak salaf diantaranya Ahmad dan Ishaf menetapkan bahawa “ orang
yang meninggalkan solat dikafirkan dan dibunuh mengikut cara orang kafir.”Golongan ulama ini
berpendapat sedemikian berdasarkan sabda Rasullulah s.a.w, “Saya diperintah memerangi
manusia(yakni musyrikin Arab) sehingga mereka mengucapkan Lailahaillallahllah,mendirikan
solat dan mengeluarkan zakat.apabila mereka mengerjakan yang demikian,nesyaca mereka
pelihara darah-darah dan harta-harta mereka daripadaku”.(Riwayat al Bukhari dan Muslim
dari Ibn Umar;Nailul-Authar 1:364). Walaubagaimanapun Abu Hanifah dan Al-Muzany
menerapkan bahawa “Orang yang meninggalkan solat tidak dikafirkan dan tidak dibunuh,hanya
dipenjara dan dita’sirkan sehingga kembali megerjakan solat.”Golongan ini berpegang
berlandaskan sabda Rasullulah s.a.w, “Tidak halal dari seorang muslim yang mengaku bahawa
sesungguhnya tak ada tuhan selain Allah dan bahawasannya aku pesuruh Allah melainkan
dengan kerana satu dari tiga perkara;pertama tsaib mengerjakan zina,kedua membunuh orang
dan ketiga meninggalkan agamanya dan menentang jamaah.”(Riwayat Al-Bukhari dan
Muslim,Muftahul-Khathabah 219).Selain itu,Allah juga berfirman“ Maka jika mereka
bertaubat,mendirikan solat dan mengeluarkan zakat,lepaskanlah perjalanan mereka.(At-taubah
ayat 12).Sebenarnya,hukuman atau balasan kepada orang-orang yang meninggalkan solat
ditunjukkan oleh Allah s.w.t semasa manusia berada di dunia lagi iaitu akan dihilangkan segala
keberkatan dalam usianya.Hal ini bermaksud,setiap perbuatan atau pekerjaan yang dilaksanakan
oleh orang-orang yang meninggalkan solat tidak akan mendapat keberkatan selama ia
meninggalkan solat.Lihatlah betapa besarnya seksaan kepada mereka yang meninggalkan solat
fardhu.Selain itu,Allah juga akan menghilangkan atau menghapuskan ‘nur’ atau cahaya daripada
wajahnya dan setiap amal yang dilakukannya selama ia meninggalkan solat fardhu tidak akan
diberi ganjaran pahala.Hal ini bermaksud,kehidupan orang-orang yang meninggalkan solat fardhu
adalah sia-sia kerana tidak akan memperoleh sebarang kebaikan daripada pekerjaan baik yang
dilakukannya.Tambahan pula,Allah tidak akan sesekali memakbulkan doanya kerana tidak
pernah sujud ataupun bersyukur dengan setiap kurniaan yang telah diberikan selama ini dengan
meninggalkan solat.Hidup orang yang meninggalkan solat akan menjadi kacau dan tidak terurus
kerana dia tidak akan mendapat sedikitpun bahagian daripada doa orang-orang yang salih
disamping akan dibenci oleh sekalian makhluk di dunia dan tidak akan ditunda oleh Allah akan
balasan setiap perbuatan jahat atau kemungkaran yang dilakukannya di dunia.

Seksaan diteruskan lagi ketika mereka(yang meninggalkan solat) hendak masuk ke alam
barzakh iaitu alam kubur.Ketika detik-detik kematiannya,dia akan berasa lapar dan haus yang
terlampau sehinggakan ada pendapat yang menyatakan rasa haus mereka yang meninggalkan

6
solat fardhu ketika nazak tidak akan hilang meskipun selautan air di minum olehnya.Mayatnya
juga akan kelihatan tragis dan mereka akan mati dalam keadaan yang hina.

Walaubagaimanapun,seksaan tersebut tidak berhenti di situ sahaja.Akhirnya apabila jasad


mereka yang tidak melaksanakan solat fardhu dikebumikan,maka bermulalah pula seksaan di
alam kubur.Kubur akan menjadi sempit sehingga bertemu bahu kiri dengan bahu
kanan.Kemudian akan dinyalakan api yang marak dan panasnya yang tidak terhingga ke tulang-
temulang lalu digolek-golekkan dirinya diatas bara api itu.Tidak cukup dengan itu,Allah
kemudiannya mengerahkan ular yang sangat besar yang bernama Shajkul Akrak yang matanya
memancarkan api dan mempunyai tangan yang berkuku besi dengan membawa alatan untuk
memukul daripada besi yang berat untuk memukul mayat tersebut dan berkata ia bagaikan
halilintar kepada si mati, “ Aku disuruh oleh tuhanku iaitu Allah untuk memukulmu kerana
meninggalkan solat dari subuh hingga zuhur,kemudian daripada zuhur hingga asar,dari asar
hingga maghrib,dari maghrib hingga isyak dan hinggalah ke waktu subuh lagi.” Kemudian mayat
itu kan dipukul daripada daripada waktu subuh hingga zuhur sehingga terjungkal ke perut bumi
kerana meninggalkan solat zuhur dan begitulah ia dipukul lagi sehingga asar dan sterusnya
maghrib dan akhirnya ke isyak dan kemudian siksaan pukulan diteruskan lagi sehingga waktu
subuh dan sehinggalah hari kiamat.Setiap daripada pukulan ular tersebut memberi impak yang
teramat dasyat dan ia akan ditenggelamkan ke dalam kuburnya sedalam 70 hasta.Demikianlah
azab siksaan kubur kepada mereka yang meninggalkan solat fardhu di dunia.

Apabila tibanya hari kiamat,maka akan dibangkitkan sekalian makhluk selepas ditiup
sangkakala yang kedua.Pada hari perhitungan ini,orang-orang yang meninggalkan solat akan
bangun dalam keadaan yang hina iaitu telah diterangkan oleh Abu Hurairah
r.a,katanya,Rasullullah s.a.w pernah bersabda, “Manusia di Padang Masyar pada hari kiamat
ada tiga golongan iaitu yang pertama,golongan yang berjalan kaki,kedua golongan yang
berkenderaan dan yang ketiga,golongan yang berjalan dengan (berkakikan) mukanya.” Maka
jelaslah disini bahawa golongan yang melakukan kemungkaran didunia termasuk mereka yang
meninggalkan solat akan dibangkitkan dengan keadaan yang ngeri dan hina ketika hari
pembangkitan di padang masyar.Kemudiannya akan turun seorang malaikat daripada langit
dengan rantai daripada api neraka yang panjangnya tujuh puluh hasta.Kemudian akan ditusuknya
rantai tersebut kedalam mulut orang yang meninggalkan solat sehingga rantai itu keluar daripada
duburnya dan meanghela sekali dibahagian muka dan belakangnya.Kemudian mereka akan
dipandang oleh Allah s.w.t dengan pandangan yang murka dan akhirnya akan dimasukkan
kedalam neraka Jahannam kerana dosa meninggalkan solat terlalu berat untuk diseimbangi
dengan amalan yang lainnya.

Ketika di dalam neraka Jahannam,mereka akan berhadapan dengan suatu wadi ataupun
lembah yang didalamnya terdapat ular-ular yang besaiz leher unta dan panjangnya adalah sebulan
perjalanan.Ular-ular tersebut akan mematuk dan menggigit orang-orang yang tidak menunaikan
solat semasa hayat mereka.Bisa ular-ular tersebut adalah akan berada dalam daging mereka dan

7
akan menggelegak sehingga tujuh puluh tahun sehingga hancurlah dan reputlah daging-daging
mereka kerana bisa ular tersebut.

KAJIAN SOLAT DI SEKOLAH

Bagi menjawab persoalan yang telah diberikan kepada saya,saya telahpun menjalankan
suatu kajian di Sekolah Menengah Kebangsan Tenom.Saya telah melaksanakan kajian secara soal
selidik iaitu dengan mengedarkan borang kepada 30 orang pelajar secara rawak samada yang
memiliki rekod disiplin ataupun tidak.Data yang telah saya perolehi telah saya rekodkan pada
jadual di bawah:

Petunjuk:

1 Sangat tidak setuju


2 Tidak setuju
3 Tidak pasti
4 Setuju
5 Sangat tidak setuju

Jadual 1: Analisis kepentingan solat

No Perkara Peratus(%) Min


1 2 3 4 5
1. Saya tahu cara 50 30 10 10 - 1.70
melaksanakan
solat dengan
betul
2. Saya berasa 36.7 30 20 10 3.33 2.13
berdosa kerana
menunaikan
solat fardhu
3. Saya 13.3 20 40 16.7 10 2.90
mengetahui
balasan Allah
kepada sesiapa
yang
mengingkariNy
a
4. Hukuman Allah 13.3 23.3 20 26.7 16.7 3.10
sangat dasyat

8
kepada sesiapa
yang
meninggalkan
solat
5. Mereka yang 16.7 33.3 33.3 16.7 - 2.50
melaksanakan
solat akan
mendapat
kebaikan
didunia.
Purata Min Keseluruhan 3.0

Berdasarkan data di atas,min paling rendah dikumpulkan adalah sebanyak 1.70 iaitu
kebanyakkan daripada pelajar sekolah ini tahu akan cara melaksanakan solat dengan betul
manakala min tertinggi yang dikumpulkan daripada jadual diatas adalah berkenaan dengan
balasan daripada Allah yang maha dasyat kepada sesiapa yang meninggalkan solat.Hal ini
bermaksud bahawa kebanyakkan pelajar tidak sedar akan bala yang Allah berikan kepada orang-
orang yang meninggalkan solat.Bagi perkara-perkara yang lainnya pula,min mencatatkan bacaan
yang hampir sama iaitu sekitar 2.0 .Hal ini bermaksud bahawa kebanyakkan pelajar dalam
kawasan ini berada pada paras sederhana bagi memahami aspek-aspek lain bagi solat.

Petunjuk:

1 Selalu
2 kadang-kadang
3 Jarang-jarang
4 Tidak pernah

Jadual 2: Analisis Item Pengamalan Solat

No Perkara Peratus(%) Min


1 2 3 4
1. Kekerapan 16.6 16.6 26.7 40.0 2.90
saya
menunaika
n solat
subuh
2. Kekerapan 33.3 23.3 20.0 23.3 2.33

9
saya
menunaika
n solat
zuhur
3. Kekerapan 26.7 33.3 26.7 13.3 2.27
saya
menunaika
n solat asar
4. Kekerapan 56.7 30.0 6.7 - 1.37
saya
menunaika
n solat
fardu
maghrib
5. Kekerapan 50.0 20.0 13.3 16.6 1.97
menunaika
n solat
isyak
Purata Min Keseluruhan 2.3

Berdasarkan jadual diatas,kekerapan min yang paling rendah adalah solat maghrib dengan
1.37.Hal ini bermaksud kebanyakkan daripada pelajar tidak meninggalkan solat maghrib dan
diikuti pula dengan solat isyak iaitu sebanyak 1.97.Solat subuh pula mencatatkan min yang paling
tinngi iaitu sebanyak 2.90.Hal ini bermaksud kebanyakkan pelajar meninggalkan solat subuh dan
diikuti dengan solat zuhur(2.33) dan solat asar(2.27).

Petunjuk:

1 Sangat tidak setuju


2 Tidak setuju
3 Tidak pasti
4 Setuju
5 Sangat tidak setuju
Jadual 3 : Faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar untuk melaksanakan solat

No Perkara Peratusan Min


1 2 3 4 5
1. Kurang 13.3 10.0 16.6 40.0 20.0 3.43
pengawasan
ibubapa
terhadap
kewajiban
solat
2. Guru 33.3 50.0 - 16.6 - 2.00
seringkali
10
mengingati
saya untuk
menunaikan
solat dengan
sempurna
disamping
tugas untuk
menuntut ilmu
3. Saya berasa 26.6 40.0 16.6 10.0 6.6 2.30
tidak senang
jika tidak
menunaikan
solat
4. Masyarakat 6.6 13.3 40.0 16.6 23.3 3.37
sekeliling
banyak
mempengaruhi
saya untuk
menunaikan
solat
5. Saya telah 43.3 40.0 - 10.0 6.6 1.97
dididik oleh
ibubapa saya
untuk solat
sejak kecil
Purata Min Keseluruhan 3.2

Min paling rendah yang dicatatkan daripada data diatas adalah sebanyak 1.97 iaitu
kebanyakkan daripada remaja dalam kawasan kajian telah pun dididik untuk melaksanakan solat
sejak kecil lagi.Maka jelaslah bahawa remaja dalam kawasan kajian saya telah didedahkan
mengenai solat fardhu semenjak mereka kecil lagi.Walaubagaimanapun,kebanyakkan remaja
terbabit mengabaikan solat adalah disebabkan oleh kurangnya pengawasan ibubapa mengenai
amalan solat fardhu.Hal ini bermaksud tidak ada tindakan yang dikenakan daripada ibubapa
sekiranya mereka tidak melaksanakan solat fardhu.Hal ini secara tidak langsung akan
mengakibatkan kebanyakkan daripada remaja terbabit menganggap remeh akan amalan solat
fardhu.Masyarakat sekeliling juga sedikit sebanyak mengakibatkan remaja pada hari ini
seringkali mengabaikan solat berdasaran bukti catatatan min kedua tertinggi iaitu sebanyak
3.37.Hal ini demikian kerana tidak ada ‘role model’ ataupun contoh yang boleh diikuti berkenaan
dengan pelaksanaan solat lima waktu.Pengaruh daripada persekitaran seumpama inilah yang
sebenarnya antara faktor yang memberikan impak yang besar dalam diri remaja selain daripada
faktor kekeluargaan.Faktor yang lainnya mencatatkan bacaan yang medium iaitu 2.30 bagi
perasaan kurang senang jika meninggalkan solat dan 2.00 bagi peringatan daripada guru
mengenai kepentingan solat dalam kehidupan seharian.

11
KESIMPULAN

Amalan solat merupakan suatu amalan yang sangat mulia disisi Allah s.w.t.Solat dap[at
mentarbiahkan dan mendidik jiwa serta rohani bagi setiap manusia.Ianya juga bertujuan untuk
mengangkat darjat dan mertabat manusia yang sering mengamalkannya serta mencegah kita dari
melakukan perbuatan keji dan mungkar.Bagi mancapai tujuan dan matlamat tersebut,solat
hendaklah dilakukan dengan sepenuh penumpuhan dan ikhlas dihati serta diiringi dengan penuh
kecintaan terhadap Allah s.w.t sebagai khaliq yang menciptakan diri kita.

Sesungguhnya penglibatan pelajar dengan solat tidak cukup hanya sekadar mewajibkan
dalam bentuk penguatkuasaan semata-mata tetapi perlu diterap dari segi kefahaman dan juga
penghayatan.Dapatan penulis pengamalan solat fardhu dalam kalangan pelajar SMK Tenom
Sabah masih kurang memuaskan.Akan tetapi pelajar mempunyai pengetahuan yang baik dalam
hal ibadah solat dan penguasan ilmu dalam bidang lain.Ianya perlu diperkaya dan diperkukuhkan
lagi samada secara tidak langsung atau melalui pelbagai program yang dirangka khas untuk
tujuan ini.Kaedah pendidikan kerohanian perlu dikaji semula dan diperi penekanan agar ianya
seiring dengan kecemerlangan akademik.Tanggungjawab dan peranan yang perlu dimainkan
sewajarnya dipikul bersama demi membentuk generasi ulul albab yang memahami tujuan
kewujudan mereka di bumi Allah ini.

12
RUJUKAN

Soalsolatumum.blogspot.com/2009/12/hukum-meninggalkan-solat-solat-dengan-
sengaja.html?m=1

www.islamituindah.my/kelebihan-solat-5-waktu-terutama-subuh

Rohidzir Rais,Fuad Ismail,Mohd.Wahid abd.Hanif.Ensiklopedia Solat.Kuala

Lumpur,Telaga Biru SDN.BHD

Nidzamuddin Zakaria,Siti Fairuza Haji Asmungi,Noor Lizza Mohamed


Said,Mohd Zamro Muda,Muhammad Zaini Yahya,Modul OUM: fiqh 1
(HBIS3103),ogos 2013,Meteor Doc Sdn Bhd,Selangor Darul Ehsan

Mohd Majid Konting (2004).Kaedah Penyelidikan Pendidikan.Kuala


lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka

Anisah Ab.Ghani (2001) Konsep dan Pengamalan Solat.Kuala Lumpur:Al-


Hidayah Publishera.

13
LAMPIRAN

Gambar 1 : Kajian solat di SMK Tenom, Sabah.

14
Gambar 2 : SMK Tenom sebagai kawasan kajian.

Anda mungkin juga menyukai