Anda di halaman 1dari 4

TUGASAN 1: PENGHASILAN PRODUK INDIVIDU

TAJUK ARTIKEL: PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

1.0 PENGENALAN

Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) dapat ditakrifkan sebagai satu proses


pendemokrasian pembelajaran yang melibatkan program mendapatkan ilmu pengetahuan,
kemahiran dan kompetensi yang dilakukan secara formal atau tidak formal. Dalam era yang
dilingkari dengan kemajuan sains dan teknologi ini, masyarakat semakin sedar tentang
keperluan ilmu pengetahuan dalam kehidupan seharian. PSH tidak terhad kepada
pembelajaran di dalam sekolah atau institusi pengajian tinggi, malah ia boleh dilakukan
dimana-mana sahaja tanpa mengira had umur dan status.

2.0 PERKEMBANGAN SEMASA

Pelaksanaan PSH di IPT lebih menekankan tentang pembelajaran jarak jauh,


fleksibel, pengiktirafan pengalaman bekerja dan menawarkan lebih banyak kursus yang
singkat untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam sesuatu bidang. Program
pembangunan belia seperti latihan kepimpinan, kemahiran, perniagaan, pengurusan,
pembangunan keusahawanan telah kerajaan peruntukkan sebanyak RM 5.462 bilion. Pada
2 Februari 2007, penjenamaan semula kolej komuniti yang bertujuan meningkatkan
pembangunan modal insan bermutu melalui tawaran kursus pengajian peringkat diploma.
Sejak 2001, 37 kolej komuniti di seluruh negara telah ditubuhkan untuk menyediakan latihan
dan kemahiran. Pada mulanya, enrolmen pelajar hanyalah seramai 1108 orang dan telah
meningkat pada tahun 2006 kepada 11,193 orang. Selain itu, antara IPTA yang
menyediakan program PSH ialah UM, USM, UKM dan UPM. Penggunaan ICT dan
teknologi juga dimanfaatkan bagi menyokong budaya PSH serta memudahkan
pembelajaran. Di Korea Selatan pula, undang-undang tentang PSH telah digubal dan
diperbaharui dimana negara tersebut menjadikan Korea Educational Development Institute
(KEDI) sebagai pusat PSH.

3.0 CABARAN

Antara cabaran yang dihadapi dalam membudayakan pembelajaran sepanjang hayat


ialah cara untuk menambahkan penglibatan orang ramai terutamanya orang awam tidak
mengira had umur untuk melibatkan diri dalam PSH. Dalam hal ini, sistem pengajian tinggi
perlu lebih fleksibel bagi melahirkan individu yang mengamalkan PSH. Ia perlu memberi
peluang kedua kepada orang awam yang tidak dapat meneruskan pengajian tinggi pada
mulanya kerana terdapat halangan dan kekangan. Ia tidak boleh menyekat orang awam
untuk melanjutkan pengajian di peringkat yang lebih tinggi. Cabaran yang seterusnya ialah
dari segi pembelanjaan tinggi yang perlu ditanggung oleh kerajaan untuk membiayai IPTA
dalam mewujudkan PSH. Bagi merealisasikan dasar PSH yang dilaksanakan oleh
kementerian, IPT perlu memainkan peranan dalam memupuk budaya PSH. Kementerian
dan agensi kerajaan juga perlu membentuk struktur organisasi pusat untuk menyelaraskan
dan memantau aktiviti PSH agar pelaksanaan dasar PSH dapat disusun dengan sistematik.

4.0 OBJEKTIF DAN STRATEGI

Tujuan program PSH ini diadakan ialah memastikan masyarakat Malaysia dapat
mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran sepanjang hayat serta
menjadi tunggak kepada penubuhan sesuatu organisasi pembelajaran. Strategi yang
berkesan perlu dilakukan bagi mencapai objektif ini. Misalnya, menyediakan sokongan
pembiayaan yang sewajarnya agar tidak membebankan masyarakat yang melibatkan diri
dalam program ini. Seterusnya, cara yang boleh dilakukan untuk membudayakan PSH
dengan meningkatkan penyertaan bukan sahaja dalam kalangan pelajar tetapi orang awam
juga perlu diberi kesedaran tentang kepentingan pembelajaran sepanjang hayat.
Seterusnya, alat atau bahan dan kemudahan yang digunakan bagi tujuan memudahkan
PSH perlu dipertingkatkan lagi untuk menarik minat orang awam.

5.0 PELAN TINDAKAN MENJELANG 2020.

Pelan tindakan yang sewajarnya perlu dilaksanakan bagi mencapai objektif PSH.
Antara cara yang digunakan ialah kemudahan dan mekanisme IPT perlu ditambah baik dan
ditingkatkan. Langkah yang boleh diambil untuk melaksanakan pelan ini, iaitu membentuk
jawatankuasa Kebangsaan PSH di bawah Majlis Penasihat Pendidikan dan Latihan yang
dipengerusikan oleh Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri yang bertujuan menggalakkan
semua institusi membudayakan PSH. Semua kerja menggubal, menyeragamkan dan
menyelia pelaksanaan program PSH di bawah tanggungjawab jawatankuasa ini.

Seterusnya, IPT perlu menyediakan dan melaksanakan kurikulum, e-pembelajaran,


perisian program dan program yang menggalakkan persaingan secara sihat dalam kalangan
pelajar dan orang awam. Pengalaman di tempat kerja dan aktiviti kesukarelawanan perlu
dijadikan kredit untuk melayakkan diri meneruskan pengajian. Hai ini menggalakkan
masyarakat melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan dan nilai-nilai murni yang
diperoleh dapat diaplikasi sepanjang hayat.

Selanjutnya, peranan kolej komuniti perlu dimartabatkan dalam pelaksanaan PSH. Ia


juga perlu mewujudkan kerjasama dengan agensi lain bagi kepentingan penduduk setempat
seperti mengadakan kursus keusahawanan. Selain itu, kerajaan negeri dan pihak berkuasa
digalakkan untuk mengambil kebaikan kewujudan politeknik, kolej komuniti, universiti dan
institut latihan bagi melakukan program PSH dan memberi pendidikan dalam pelbagai
bidang kepada masyarakat. Kita perlu mencontohi PSH di Korea dimana mereka
menyediakan kemudahan prasarana bagi memperkasa program PSH di negara kita. Bukan
itu sahaja, program peringkat sarjana dan PhD perlu ditawarkan lebih banyak di universiti
awam. Syarat kemasukan ke universiti dalam peringkat diploma dan ijazah perlu fleksibel
bagi menggalakkan lagi ramai orang awam dapat melanjutkan pelajaran.

Seterusnya, pengiktirafan PSH perlu dilaksanakan bagi melicinkan dan mengemaskan


lagi program PSH. Langkah yang boleh diambil dengan mengiktiraf program latihan
kementerian lain untuk dibawah masuk dan diaplikasikan ke dalam program IPT di bawah
MQF. Tawaran kursus juga mengikut modul perlu dimudahkan dan disesuaikan dengan
masa peserta PSH. Jumlah kredit yang digunakan untuk melanjutkan pelajaran dapat
dikumpul dan diguna pada masa lain sama ada di peringkat diploma dan ijazah.

Di samping itu, promosi dalam membudayakan PSH perlu ditingkatkan bagi menyeru
dan menggalakkan orang awam melibatkan diri dalam PSH. Cara yang boleh diambil ialah
dengan menyediakan kemudahan kepada orang ramai untuk memperoleh info dan alat
pembelajaran PSH contohnya pameran dan kios PSH. Media massa juga memainkan
peranan penting dalam memperkasa budaya PSH. Misalnya, siaran radio tertentu dan
rancangan televisyen perlu mempromosikan PSH. Teknologi masa kini seperti penggunaan
telefon pintar perlu dimanfaatkan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat tentang
kepentingan PSH dalam media sosial. Selain media massa, terdapat langkah lain yang
boleh dilaksanakan untuk mempromosi seperti menggunakan pemimpin negara kita sebagai
role model, menggunakan tema yang menarik bagi mencuri perhatian orang ramai dan
sebagainya.

Bagi memupuk budaya PSH, sokongan pembiayaan amat penting kerana dalam
menjalankan sesuatu program, pastinya banyak perbelanjaan yang akan digunakan bagi
melicinkan pergerakan program. Golongan miskin di luar bandar ataupun bandar, orang asli
dan orang kelainan upaya (OKU) yang melanjutkan pengajian di IPT perlu diberikan bantuan
dari segi keawangan. Dana latihan khusus untuk IPT boleh ditubuhkan dengan mengadakan
kerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia, majikan atau industri untuk membuka
peluang pekerjaan baru. Pembelajaran jarak jauh iaitu menggunakan e-pembelajaran yang
menawarkan program latihan juga perlu diberi sokongan pembiayaan. Hal ini kerana, sistem
e-pembelajaran juga menggunakan kos yang banyak untuk membeli peralatan elektronik.

6.0 PENUTUP

Pembelajaran Sepanjang Hayat merupakan perkara yang penting dan perlu


diamalkan oleh semua orang. Hal ini demikian kerana dunia sekarang memerlukan ilmu
pengetahuan yang luas dalam menempuh cabaran dan halangan yang dihadapi dalam
meneruskan kehidupan. Tanpa ilmu, manusia akan tersesat dan tidak mampu
menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi. Manakala, ilmu baik yang diperoleh perlu
diamalkan dan mengambil aspek nilai murni dan mengaplikasikannya dalam kehidupan
seharian. Di samping itu, Kementerian Pengajian Tinggi perlu mengiktiraf dan memberi
banyak laluan PSH agar program ini dapat dilaksanakan dengan baik dan mencapai
objektifnya. Inovasi dalam pembelajaran dan pengajaran perlu dilaksanakan bagi menarik
minat semua orang untuk menyambung pengajian dan mengamalkan budaya PSH.

Anda mungkin juga menyukai