Anda di halaman 1dari 5

1.

0 Pengenalan

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), seni dapat ditakrifkan sebagai karya
yang dicipta dengan bakat seperti sajak, lukisan dan muzik. Dalam erti kata lain, Seni Dalam
Pendidikan berperanan membantu guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran dengan lebih menarik dan berkesan terutamanya dalam bilik darjah. Seni
Dalam Pendidikan terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Seni Visual, Seni Muzik dan Seni
Pergerakan.

Seni Dalam Pendidikan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana
dapat modal insan yang kreatif, kritis, inovatif serta nilai-nilai murni. Secara umumnya, bagi
menyediakan pembelajaran yang sempurna bagi kanak-kanak, guru perlulah mengamalkan
ketiga-tiga bidang seni iaitu seni, muzik dan pergerakan.

2.0 Kepentingan Teori Pembelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Sistem pendidikan di Malaysia pada masa kini telah banyak mengalami perubahan.
Hal ini akan menyebabkan beberapa pihak tertentu terutamanya guru perlu membuat
perubahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Proses pembelajaran dahulu lebih
bersifat pasif berbeza dengan kini. Salah satu teori pembelajaran yang telah dipilih berkaitan
Seni Dalam Pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah Teori
Konstruktivisme. Teori Konstruktivisme ini pula terbahagi kepada dua iaitu psikologi dan
sosial.

Teori ini telah diasaskan oleh beberapa orang ahli psikologi seperti Vygotsky dan
Piaget. Mereka ini merupakan seorang ahli falsafah dan psikologi yang dikaitkan dengan
teori perkembangan sosial. Teori yang dikenalkan ini mendatangkan banyak kepentingan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

1
Pengetahuan
yang diberikan
semasa proses
p&p.

+ Pengetahuan
yang baharu

Pengetahuan
sedia ada

2.1 Menggalakkan murid bertanya.

Berdasarkan Teori Konstruktivisme, ia amat menggalakkan murid mempunyai sifat


keyakinan yang tinggi serta dapat berinteraksi dan hasilnya proses bertanya sesama pelajar
dan murid akan berlaku. Dalam hal ini, murid tidak sewajarnya hanya mendengar guru
mengajar semata-mata, tetapi pembelajaran dua hala antara murid dan guru perlu dilakukan
bagi membolehkan pembelajaran berlaku dengan berkesan.

Oleh itu, jelaslah bahawa teori ini dapat menggalakkan murid untuk berdamping
rapat dengan guru serta tidak berasa segan dan malu untuk bertanya atau mengemukakan
pendapat. Tambahan pula, dalam teori ini ada menekankan tentang konsep scaffolding.
Scaffolding ialah satu kerangka atau pemudah cara yang kebiasaannya di lakukan oleh
orang yang lebih mahir, iaitu guru untuk meningkatkan tahap pemahaman murid. Maka,
sekiranya guru dapat menyediakan scaffolding yang baik dan sesuai dengan tahap
pencapaian murid, sudah tentu hal ini mampu untuk merangsang pemikiran murid dan

2
seterusnya memberikan galakan kepada murid untuk terus bertanya tentang sesuatu yang
tidak difahami.

Justeru itu, teori ini amat penting untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran supaya dapat meningkatkan keyakinan murid untuk bertanya semasa di
dalam bilik darjah.

2.2 Menggalakkan murid membina pengetahuan baharu.

Teori konstruktivisme merupakan satu proses pembelajaran yang menyediakan


peluang kepada murid untuk membina kefahaman mereka terhadap perkara yang sedang
dipelajari dan telah dipelajari. Beliau menekankan bahawa pelajar perlu bersedia membina
pengetahuan yang baharu berdasarkan pengetahuan yang sedia ada. Bukan itu sahaja,
pelajar juga tidak sewajarnya bersikap pasif, tetapi seharusnya bersikap aktif dengan
berusaha mencari pengetahuan bukannya bergantung pada guru sahaja.

Berdasarkan teori konstruktivisme, terdapat beberapa prinsip asas dalam


pembelajaran antaranya setiap pelajar harus mempunyai pengetahuan yang tersendiri.
Pengetahuan yang tersendiri merujuk kepada pengetahuan sedia ada. Pengetahuan sedia
ada ini merupakan pengetahuan yang telah diketahui oleh murid. Sebagai contoh,
pengetahuan asas tentang nombor bulat. Kemudiannya, daripada pengetahuan asas
tersebut, guru akan membantu dan mendorong murid untuk mengembangkan lagi
pengetahuan yang sedia ada kepada pengetahuan yang baharu.

Berdasarkan teori ini, jelas menunjukkan bahawa murid sentiasa diberi peluang dan
ruang untuk mengembangkan pengetahuan sedia ada. Maka, benarlah bahawa teori
pembelajaran ini banyak membawa kepada suasana pengajaran dan pembelajaran yang
lebih menjana kepada pengetahuan murid.

2.3 Pembelajaran koperatif dan kolaborasi

Selain itu juga, dengan mengaplikasikan teori ini dalam proses pembelajaran, guru
dapat menerapkan semangat kerjasama dalam kalangan pelajar. Secara umumnya, guru
perlu mengamalkan pembelajaran secara koperatif dan kolaboratif dalam bilik darjah dengan
memperbanyakkan aktiviti berkumpulan. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010),
kolaboratif dapat ditakrifkan sebagai perhubungan erat. Manakala koperatif pula merujuk
kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid untuk bekerjasama sama ada dalam

3
kumpulan besar mahupun kumpulan kecil. Oleh itu, pelajar dapat bekerjasama antara satu
sama lain serta dapat menunjukkan bakat yang terpendam dalam diri mereka.

Bagi menerapkan Teori Konstruktivisme dalam pembelajaran, guru perlulah


menggunakan beberapa kaedah pembelajaran dalam bilik darjah. Sebagai contoh, susunan
meja yang dapat menghubungkan murid berdasarkan pelbagai tahap dan kebolehan
masing-masing. Susunan meja ini dikenali sebagai susunan bilik darjah pembelajaran
koperatif Vygotsky. Oleh itu, pelajar dapat bekerjasama antara satu sama lain serta dapat
menunjukkan bakat yang terpendam dalam diri mereka. Dengan itu, pelajar yang cemerlang
dapat membantu pelajar lemah bagi menyelesaikan sesuatu masalah serta mengajar
perkara yang tidak difahami pelajar lemah tersebut.

Tegasnya, pembelajaran koperatif amat disarankan dalam teori ini supaya dapat
diaplikasikan dapat proses pengejaran dan pembelajaran.

2.4 Murid berpeluang mengemukakan pandangan.

Teori Konstruktivisme menyatakan bahawa murid pembelajaran secara aktif dan


interaksi sosial amat penting bagi mereka untuk mengemukakan pandangan dan idea tak
berasa malu dan segan. Pembelajaran ini amat menggalakkan murid untuk mencari idea
agar proses inkuiri dapat berlaku dengan berkesan. Dalam hal ini, guru berperanan penting
sebagai fasilitator atau orang yang membimbing bagi membantu murid untuk membina
pengetahuan serta melemparkan idea serta pandangan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berlaku. Bukan itu sahaja, guru juga haruslah menghargai pandang murid
dengan memberi pujian agar murid tersebut berasa selesa dan dihargai.

Kesannya, murid akan lebih berani dan matang untuk melontarkan idea di hadapan
kelas sejajar dengan pembelajaran abad ke-21 iaitu pembelajaran tidak lagi hanya
berpaksikan kepada buku teks semata-mata tetapi menumpukan kepada kreativiti dalam
memberi pemahaman kepada pelajar. Oleh itu, proses pengajaran dan pembelajaran akan
menjadi lebih seronok kerana murid mampu untuk mengeluarkan pendapat dan idea sendiri.

2.5 Dapat meningkatkan daya pemikiran murid.

Konstruktivisme merupakan satu fahaman bahawa murid membina sendiri


pengetahuan berdasarkan pengalaman atau pengetahuan yang sedia ada. Dalam hal ini,
secara tidak langsung teori yang diamalkan oleh guru ini dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dapat meningkatkan daya pemikiran murid-murid. Dalam hal ini, guru perlu

4
menguji murid pada permulaan pembelajaran melalui soal jawab atau kuiz bagi melihat
pengetahuan yang sedia ada dalam setiap murid. Kesannya, pelajar dapat berfikir secara
kritis serta dapat menyelesaikan sesuatu masalah dengan mudah.

Selain itu, Vygotsky berpendapat bahawa rakan sebaya amat berperanan penting
sebagai satu langkah untuk membantu murid meningkatkan kemahiran dan strategi serta
daya pemikiran pelajar. Hal ini kerana, murid cenderung untuk meniru apa yang dilakukan
oleh rakan sebayanya. Oleh itu, pada peringkat ini, pemilihan rakan sebaya amat penting
kerana secara analoginya, jika seseorang murid itu memilih rakan sebaya yang rajin belajar
dan mempunyai kecerdasan dalam pembelajaran, sudah tentu dalam masa yang sama
sikap atau amalan itu akan diserap dalam diri murid itu sendiri. Justeru itu, teori ini amat
penting dalam bilik darjah kerana ia dapat meningkatkan daya pemikiran murid.

3.0 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, dapatlah disimpulkan bahawa Seni Dalam Pendidikan


sewajarnya diadaptasi atau diaplikasikan dalam semua mata pelajaran di sekolah kerana ia
bukanlah satu mata pelajaran yang khusus. Dalam hal ini, guru perlulah memainkan
peranan penting bagi menerapkan Seni dalam Pendidikan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung. Bagi Teori Konstruktivisme pula, amatlah wajar sekiranya guru
mengamalkannya dalam pembelajaran di dalam bilik darjah. Hal ini kerana, teori ini mampu
melahirkan pelajar yang seimbang dan cemerlang seperti yang dihasratkan dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Anda mungkin juga menyukai