Anda di halaman 1dari 5

September 28,

2007 [PENGANTAR PENDIDIKAN_OKED]

Kerja Kursus Pendek


Pengantar Pendidikan
PPISMP Semester 3
Ambilan Julai 2006

GLOBALISASI DAN KESANNYA KE ATAS PENDIDIKAN SERTA CABARAN-


CABARANNYA

Globalisasi merupakan satu proses untuk meletakkan dunia di bawah satu


unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi
sesebuah negara. Melalui proses ini, dunia akhirnya tidak lagi mempunyai
sempadan dengan ruang udara dan langit sesebuah negara itu terbuka luas
untuk dimasuki oleh pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai
perantaraan media komunikasi seperti internet, media elektronik, dan teknologi
siber. Perkembangan ini memungkinkan perhubungan di antara sesebuah
negara dengan negara yang lain dan perhubungan sesama manusia dapat
dilakukan dalam tempoh yang singkat.
Menurut Kamus Dewan globalisasi didefinisikan sebagai fenomena yang
menjadikan dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan
kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Manakala cediakawan barat
mentakrifkan globalisasi sebagai satu proses kehidupan yang serba luas dan
infiniti merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik, sosial, dan ekonomi
yang boleh dirasai oleh seluruh umat manusia di dunia ini. Ini bermakna segala-
galanya menjadi milik bersama dalam konsep dunia tanpa sempadan.
Dalam era globalisasi ini, dunia semakin dikecilkan ruangnya daripada
yang asal. Jika dulu dunia ini seluas saujana mata memandang dan dipagari
dengan sempadan-sempadan namun kini ia tidak berlaku lagi. Malah pada hari
ini kita telah dapat merasakan apakah dia itu globalisasi. Ledakan teknologi
maklumat yang pesat merupakan medium utama kepada agenda globalisasi ini.
September 28,
2007 [PENGANTAR PENDIDIKAN_OKED]

Dunia bukan sahaja tidak bersempadan geografi tetapi pengaruh


globalissasi menjangkau sempadan ekonomi, teknologi, bahasa, budaya,
ideologi, politik dan dari segenap aspek kehidupan sesebuah masyarakat.
Kerajaan Malaysia memberi keutamaan kepada globalisasi ekonomi. Di
samping itu, ia memberi perhatian besar kepada globalisasi maklumat dan ilmu
dan globalisasi saintifik serta teknologi. Kesungguhan Kerajaan dalam
menangani tiga jenis globalisasi ini jelas kelihatan pada berbagai-bagai bentuk
wacana di peringkat nasional dan peringkat antarabangsa seperti dialog,
seminar, persidangan dan forum dan juga pada penubuhan berbagai-bagai jenis
institusi dan projek. Koridor Raya Multimedia (MSC) adalah simbol harapan serta
kemegahan Malaysia dalam menyahut panggilan globalisasi.
Globalisasi juga merujuk kepada perpindahan nilai, terutamanya cara
berfikir dan gaya bertindak dari satu daerah dunia kepada daerah dunia yang
lain. Globalisasi yang diberi erti luas ini adalah suatu hakikat yang tidak dapat
dipertikaikan. Hakikatnya globalisasi itu sudah wujud sebelum istilah globalisasi
diperkenalkan lagi. Fenomena globalisasi boleh dikiaskan sebagai gelombang
yang melanda dunia.
Takrifan pendidikan juga amat penting supaya kita dapat memahami
dengan lebih lanjut serta mendalam dengan tajuk yang ingin diselami.
Pendidikan, mengikut pandangan umum, ialah aktiviti-aktiviti yang berkaitan
dengan pembentukan dan perkembangan ilmu, kemahiran, kerohanian dan
jasmani manusia. Pengertian bagi pendidikan pula mempunyai perbezaan bagi
setiap individu. Dapat diberikan contoh pengertian daripada tokoh-tokoh falsafah
iaitu Plato yang telah memberikan takrifan pendidikan sebagai suatu proses untu
membentuk individu yang berakhlak mulia. Beliau telah menyokong pendapat
Socrates bahawa tujuan pendidikan ialah memberikan latihan moral
kewarganegaraan yang baik.
Komputer merupakan salah satu alat komunikasi pada zaman globalisasi
ini. Komputer boleh direkabentuk supaya ia dapat membantu pelajar secara
individu dan secara berkumpulan. Ini dapat dijalankan dengan menggunakan
Arahan Program, pelajar akan diajar mengikut kadar dan tahap yang boleh
September 28,
2007 [PENGANTAR PENDIDIKAN_OKED]

diterima oleh mereka. Ini adalah penting supaya pelajar tidak tercicir dan putus
asa. Merujuk kepada sistem pendidikan konvensional, kesemua pelajar terpaksa
mengikuti sistem yang berlangsung tanpa mengambil kira samada mereka dapat
mengikuti pelajaran tersebut. Justeru itu, arahan program dapat memberi
peluang terutamanya kepada golongan pelajar "lemah" untuk membaiki
kelemahan dia.
Dalam arahan program ini, pelajar akan mengikuti langkah-langkah
tertentu dalam pembelajarannya, langkah tersebut akan diteruskan asalkan
pelajar dapat memberi jawapan yang sesuai dan boleh diterima. Namun
sekiranya jawapan tersebut tidak memuaskan, dia akan dipandu kepada langkah
terdahulu dan ditunjukkan bahan rujukan yang berkaitan bagi memperbaiki
kelemahan tersebut. Pengajaran sedemikian biasanya tidak dijalankan di dalam
kelas yang terdiri daripada ramai pelajar, tambahan pula pelajar Asia yang
kurang bertanya akan memburukkan lagi proses pembelajaran pelajar.
Selain itu, pendidikan jarak jauh dibolehkan dengan wujudnya rangkaian
pendidikan yang lengkap. Trenda semasa semakin menampakkan masa depan
pengajaran dengan cara jarak jauh tetapi ini tidak bermakna pendidikan
konvensional perlu dihapuskan sama sekali. Sesetengah daripadanya perlu
dikekalkan bagi membolehkan pelajar membelajari kemahiran tertentu yang tidak
boleh diperolehi melalui teknologi maklumat. Contohnya cara persembahan
menggunakan komputer amat berbeza dengan cara konvensional. Namun kita
tidak harus bergantung sepenuhnya kepada komputer dan melahirkan golongan
yang tidak mampu berinteraksi tanpa komputer.
Justeru itu, sistem pendidikan perlu membekalkan kemahiran interaksi
asas pada awal persekolahan dan menggunakan teknologi maklumat pada masa
yang sama. Dengan itu, pelajar mempunyai kemahiran lebihan dan pilihan untuk
menggunakan teknologi maklumat atau cara konvensional sesuai dengan
keadaan tertentu.
Seterusnya, peningkatan prestasi pencapaian sekolah kebangsaan perlu
dilakukan supaya menjadi sekolah pilihan rakyat. Sekolah merupakan tapak
semaian penting bagi memupuk perpaduan negara dan menyemai semangat
September 28,
2007 [PENGANTAR PENDIDIKAN_OKED]

integrasi nasional. Pelbagai langkah perlu diambil ke arah memperkasakan


sekolah kebangsaan supaya ianya menjadi sekolah pilihan semua kaum. Kualiti
pengajaran dan pembelajaran di sekolah kebangsaan juga perlu ditingkatkan.
Kurikulum dan aktiviti kokurikulum di sekolah juga perlu dikaji semula untuk
memastikan ia menyediakan asas kukuh dan bersesuaian dengan kehendak
semasa. Peluang pendidikan bagi kanak-kanak istimewa dan yang mengalami
masalah pembelajaran juga perlu ditingkatkan.
Langkah seterusnya ialah dengan mewujudkan universiti bertaraf
antarabangsa dan memastikan institusi tertiari memenuhi kehendak majikan.
Langkah untuk mempertingkat kualiti pendidikan tertiari akan terus dilaksanakan.
Institusi pengajian tinggi tempatan perlu diberi tanda aras mengikut piawaian
antarabangsa. Bagi memperkukuh keupayaan penyelidikan di universiti
tempatan, jalinan kerjasama dengan institusi terkemuka di peringkat
antarabangsa dan juga swasta perlu dilaksanakan agar misi ini berjaya
menjelang 2020. Institusi pengajian tertiari juga hendaklah meneliti kursus-
kursus yang ditawarkan sejajar dengan keperluan semasa
Selain itu, dengan mengadakan lebih banyak tempat untuk pembangunan
kemahiran, latihan dan pembelajaran kepada tenaga buruh pada setiap
peringkat dan umur termasuk kemahiran penggunaan ICT, misi ini boleh dicapai.
Keupayaan dan keberkesanan sesuatu latihan untuk melahirkan tenaga kerja
yang berkemahiran perlu ditingkatkan dengan membanyakkan institusi latihan
awam, menambah kursus lanjutan dalam bidang-bidang teknikal, serta
menggalakkan penyertaan sektor swasta dalam bidang latihan teknikal.
Pengambilan pelatih teknikal juga perlu ditambah lagi agar misi ini dapat
direalisasikan.
Selain daripada itu, kemudahan-kemudahan bagi tujuan pendidikan juga
akan terus bertambah bagi tujuan pembelajaran. Bersesuaian dengan dunia
tanpa sempadan, kita seharusnya didedahkan dengan pelbagai ilmu
pengetahuan supaya kita semua tidak ketinggalan. Maka, kemudahan-
kemudahan inilah yang akan membantu kita sebagai alat bantu mengajar yang
boleh dipercayai. Kepesatan arus globalisasi ini juga akan membuatkan
September 28,
2007 [PENGANTAR PENDIDIKAN_OKED]

pemikiran anak-anak generasi kita pada masa hadapan akan lebih jauh ke
hadapan dengan bantuan pelbagai kemudahan yang di sediakan.
Perdana Menteri kita, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pernah berkata
ketika membentang Rancangan Malaysia Kesembilan, “ Dalam konteks dunia
global, modal insan bermutu tinggi satu keperluan, bukan lagi kemewahan.
Pembangunan modal insan dalam RMK-9 dirangka supaya bersifat holistik,
menyeluruh dan bersepadu”. Melalui ungkapan beliau itu, beliau amat
berharap agar negara kita akan mencapai hasrat dan aspirasi dan seterusnya
menyertai barisan negara maju menjelang 2020.

(1081 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai