Anda di halaman 1dari 3

1) Kemahiran personhood ialah kemahiran tingkah laku, personaliti, dan sifat seseorang

kaunselor seperti kepercayaan, penerimaan, berterus terang, rol model, kecindan, daya
tahan atau karisma semasa mengendalikan kaunseling kelompok.

2) 1. KEPERCAYAAN
Kepercayaan ahli-ahli kelompok sangat penting untuk melancarkan perjalanan sesi
kelompok. Ketua kelompok mesti yakin dan percaya terhadap kelompok dalam usaha
melancarkan sesi kaunseling kerana kepercayaan ketua kelompok terhadap ahli
kelompok akan membuatkan ahli kelompok lebih selesa untuk meluahkan masalah dan
perasaan mereka dalam sesi tersebut.

2. PENERIMAAN

Penerimaan akan berlaku sekirangan ketua kelompok menerima ahli kelompok tanpa
syarat dimana tidak berlakunya perasaan belas kasih terhadap seseorang. Ketua
kelompok juga tidak meletakkan apa-apa syarat kepada ahli kelompok dalam sesi
kaunseling dari segi latar belakang dan sebagainya.

3. BERTERUS-TERANG

Ketua kelompok haruslah bersikap telus dan berani untuk berterus terang dalam sesi
kelompok. Hal ini adalah untuk keseimbangan sesi kaunseling yang dijalankan. Jika
kaunselor sendiri mampu berterus terang maka ahli kelompok juga akan sedaya upaya
berterus terang untuk menceritakan segala masalah yang dialami.

4. KECINDAN

Kecindan merupakan kemahiran yang sangat penting bagi seorang kaunselor kerana ia
mampu mengawal sesi kaunseling dengan baik jika adanya unsur kecindan. Kecindan
adalah kemampuan ketua kelompok untuk berjenaka dan ketawa dalam sesuatu
keadaan. Ia mampu mengurangkan rasa bosan ahli kelompok dalam sesi kaunseling
kelompok tersebut.

3) 1. Kemahiran Mendengar
Kemahiran mendengar merupakan satu kemahiran teknikal yang paling asas dan
penting dalam sesi kaunseling. Dalam hal ini, kaunselor perlu lebih banyak meluangkan
masanya mendengar daripada menyampuk percakapan klien. Untuk benar-benar
memahami apa yang telah diperkatakan oleh klien, kaunselor perlu memberikan
tumpuan dan pemerhatian yang sepenuhnya untuk mendengar semua percakapan
klien tersebut.

2. Kemahiran Membina Perhubungan

Kemahiran membina perhubungan merupakan langkah yang paling awal dalam


sesi kaunseling. Tujuannya adalah untuk membina perhubungan yang mesra, saling
mempercayai dan rasa selamat antara kaunselor dan klien supaya klien sedia
berbincang. Tahap ini termasuklah memberi perangsang kepada klien agar sentiasa
tenang dengan memberikan tanggapan pertama yang positif.

3. Kemahiran Parafrasa

Kemahiran memparafrasa ini ialah respons kaunselor setelah mendengar isi dan
memerhati tingkah laku klien. Pemahaman kaunselor ini dinyatakan dalam bentuk ayat
yang agak pendek tetapi tepat dan padat maksudnya. Parafrasa ialah respons
kaunselor setelah mendengar isi dan memerhatikan tingkah laku klien. Matlamat utama
ialah memudahkan penerokaan ke atas klien.

4. Kemahiran penstrukturan

Penstrukturan merupakan satu kemahiran yang sangat penting di dalam sesuatu


sesi kaunseling. Ini adalah kerana sekiranya penstrukturan dilakukan dengan baik
dalam sesuatu sesi kaunseling itu, ia akan dapat membina hubungan yang mesra
dengan klien. Proses penstrukturan boleh dilakukan sama ada dalam bentuk formal
atau tidak formal.
4) Kemahiran-kemahiran yang boleh digunakan oleh kaunselor dalam membina
hubungan ialah membina suasana alam sekeliling. Ini kerana kaunselor mesti membuat
klien berasa selesa terlebih dahulu untuk menjalankan sesi tersebut dengan cara
menyambut klien dengan senyuman supaya klien tidak berasa takut untuk menjalankan
sesi. Kaunselor juga perlu menyediakan tempat yang kondusif dan selesa kepada klien.
Seterusnya ialah membina suasana yang terapeutik. Suasana yang aman dan tenang
tanpa gangguan seperti yang dinyatakan tadi membolehkan serta memudahkan
perbincangan, penghayatan perasaan dan penglahiran idea-idea tanpa rasa terancam.
Oleh itu suasana terapeutik yang menyenangkan membolehkan sesi kaunseling
berjalan dengan lebih lancar lagi.

Anda mungkin juga menyukai