bekerjasama antara pemimpin dalam sesebuah Negara .Wajarkah seseorang pemimpin itu bertindak sendirian tanpa berunding terlebih dahulu?
Seseorang pemimpin tidak wajar bertindak sendirian tanpa berunding
terlebih dahulu dengan pemimipin yang lain kerana pemimpin itu tidak akan dapat mencapai sesuatu persetujuan demi menyelesaikan sesuatu masalah dan mendapatkan apa yang diingini.Hal ini demikian kerana sesuatu persetujaan bersama daripada pemimipin tertinggi yang lain amat penting agar setiap keputusan yang dibuat menjadi tanggungjawab bersama setiap pemimpin.Hal ini juga kerana keputusan mungkin akan menjadi berat sebelah dan dapat membuka pintu kesulitan serta memberi kesempatan untuk melihat urusan itu dari pelbagai sudut.Sebagai contoh,sistem syura yang diamalkan sejak zaman rasulullah untuk membincangkan hal agama dan hal pentadbiran.Jika kita berunding dengan pemimpin lain kita akan lebih mendekati kebenaran daripada pendapat seorang saja . Kesan yang lain ialah jika ada anggota yang tidak jujur dan tidak bertanggungjawab mungkin akan membocarkan maklumat-maklumat penting yang telah dirunding untuk kemajuan Negara.Kesimpulannya ,kita perlulah sentiasa berkerjasama dalam sesebuah Negara agar Negara sentiasa membangun seperti Negara maju yang lain .Bak kata pepatah bersatu kita teguh bercerai kita roboh. 2.Undang-undang merupakan satu perkara yang penting yang dijadikan panduan kepada sesebuah Negara.Sejauhmanakah keunggulan undang2 yang telah dibuat di Malaysia .Buktikan.
Pada umumnya setiap undang-undang dan sistem perundangan yang
diwujudkan di sesebuah Negara adalah bertujuan untuk menyediakan peraturan yang mesti dipatuhi oleh setiap ahli masyarakat dengan cara menetapkan standard serta batasan dalam setiap aktiviti yang dilakukan.Di Malaysia undang – undang diwujudkan untuk memastikan rakyat yang berbilang kaum menjana kehidupan yang aman damai bersama demi menggalakkan toleransi antara kaum dan masyarakat.hal ini demikian kerana jika sentiasa berlaku perselisihan faham Negara akan porak peranda dan ekonomi akan merudum.Namun keunggulan undang –undang yang digubal hanya menjadi tulisan jika penguatkuasaanya lemah.Hal ini kerana kini terlampau banyak maklumat yang beredar di media sosial sehingga kita tidak mengetahui yang mana satu benar dan yang mana satu palsu.Sebagai contoh,Akta fitnah 1957(Akta 286 )digubal untuk mengawal segala maklumat yang mempunyai unsur fitnah tetapi sering diambil enting oleh masyarakat.Kesannya,masyarakat mudah panik seperti covid-19.Dengan wujudnya akta ini mereka yang tidak bertanggungjawab akan lebih berhati-hati dalam mematuhi peraturan.Kesimpulannya,kita perlulah menjaga keunggulan undang-undang agar Negara sentiasa aman serta perpaduan dapat dipaut. Anda merupakan seorang warganegara Malaysia yang sangat berjiwa patriotisme .Berikan cadangan anda kepada kerajaan agar dapat memastikan Negara kekal berdaulat dan disanjung tinggi oleh masyarakat.
Cadangan saya untuk memastikan Negara kekal berdaulat dan
disanjung tinggi oleh masyarakat ialah kita haruslah mengenali serta menghormati raja dan pemimpin Negara kita demi mengekalkan keamanan dan kesejahteraan Negara.Hal ini demikian kerana usaha- usaha mereka unutuk memajukan Negara haruslahsentiasa disokong .hal ini juga kerana tanpa perjuangan seperti mereka Negara kita mungkin masih di tangan penjajah.Sabagai contoh Tunku Abdul Rahman yang memainkan peranan penting dalam memperjuangkan kemerdekaan Negara haruslah diambil tahi dan dihargai.Kesannya ,kita dapat memupuk sikap saying dan saying akan Negara.Jika kita tidak mengamalkannya semangat patriotisme semakin berkurang.Kesimpulannya,kita perlulah taat kepada raja dan pemimpin agar kedaulatan Negara sentiasa terjamin Negara dan Bangsa mempunyai maksud yang pelbagai daripada ahli2 sejarawan .Apakah yang anda faham tentang Negara dan bangsa.
Mengikut kefahaman saya tentang Negara dan bangsa ialah Negara
yang berdaulat dan bebas daripada pemerintahan kerajaan lain yang mempunyai pelbagai kaum bagi pemerintahan bebas daripada campur tangan,paksaan dan penjajahan dan mempunyai hak mutlak terhadap rakyat . Hal ini demikian kerana Negara dan bangsa mempunyai pelbagai ciri.Hal ini juga kerana dapat membentuk perpaduan antara kaum.Sebagai contoh,ciri Negara dan bangsa semasa zaman kesultanan Melayu Melaka ialah hukumkanun Melaka turut menyatakan hukuman terhadap kesalahan jenayah awam,undang-undang keluarga dan sebagainya.Kesannya Negara dapat mengekalkan kedaulatannya.Jika kita akan mempelajari pelbagai adat daripada pelbagai kaum.Kesimpulannya,perpaduan dalam masyarakat pelbagai kaum,budaya dan agama menjadi asas penting untuk menjamin keharmoniaan masyarakat dan mengukuhkan peradaban bangsa serta Negara.