Anda di halaman 1dari 1

CoRT 1

Alat CoRT 1 ini terdapat tujuh alat berfikir yang boleh kita gunakan dalam proses berfikir untuk
meluaskan persepsi sebelum membuat keputusan atau untuk menyelesaikan masalah.

Tiga alat-alat CoRT telah saya gunakan adalah seperti berikut:

1. Masalah: Murid-murid mempunyai personaliti yang berbeza.


Teknik CoRT 1: CAF (Consider All Factors) – ambil kira semua faktor

Penyelesaian:
CAF: 1. Murid-murid hidup dalam persekitaran yang berlainan.
2. Murid-murid mengamalkan gaya hidup yang berbeza.
3. Asuhan keluarga murid masing-masing tidak sama.

2. Masalah: Murid-murid mengamalkan pemakanan yang tidak seimbang.


Teknik CoRT: C&S (Consequence & Sequel) – akibat dan ekoran

Penyelesaian:
C&S: 1. Murid-murid tidak dapat menumpukan perhatian di dalam kelas.
2. Murid-murid tidak dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran dengan baik.
3. Pencapaian akademik murid-murid merosot.

3. Masalah: Apakah matlamat pelajar mengenalpasti gaya pembelajaran sendiri?


Teknik CoRT: AGO (Aims, Goal, Objektif) – tujuan, matlamat, objektif

Penyelesaian:
AGO: 1. Pelajar dapat mengeksploitasi gaya pembelajaran yang diamalkan sendiri.
2. Pelajar dapat meningkatkan potensi diri dalam proses pembelajaran.
3. Pelajar dapat meningkatkan pencapaian dalam peperiksaan.