Anda di halaman 1dari 8

A.

Isu Mengajar Bahasa Cina


Tidak dapat dinafikan peranan pendidikan sebagai penyumbang paling dominan
dalam meningkatkan tahap literasi dalam kalangan penduduk. Tahap literasi atau celik huruf
yang tinggi di sesebuah negara mencerminkan keberkesanan sistem pendidikan negara
tersebut. Kadar buta huruf yang tinggi dalam kalangan penduduk kerap dikaitkan dengan
masalah sosial seperti kemiskinan dan kemunduran justeru peningkatan kualiti literasi di
kalangan rakyat sesebuah negara akan mencorakkan pembangunan insan yang sekaligus
menyumbang kepada kemajuan ekonomi, sosial dan politik di negara tersebut.

Malaysia sejak awal merdeka lagi telah berusaha untuk membasmi kadar buta huruf dalam
kalangan rakyat dengan melancarkan pelbagai usaha meliputi program-program pendididkan
formal dan tidak formal mencakupi peringkat kanak-kanak hinggalah ke peringkat dewasa.
Hal ini selaras dengan dasar negara yang memandang peranan pendidikan sebagai pelaburan
yang menguntungkan, bukan sahaja kepada individu tetapi juga kepada negara. Oleh sebab
itu, pendidikan kini telah memberikan ruang kepada rakyat Sabah Malaysia untuk sama-sama
merasai bahasa lain selain bahasa ibunda sendiri iaitu Bahasa Cina. Tujuan Bahasa Cina
diajar di sekolah-sekolah tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memastikan generasi baru
dapat belajar bahasa lain.

Isnin, 12 Ogos 2019 - 11:41PM. Tindakan untuk menjadikan bahasa Mandarin bahasa
ketiga kita, seperti yang tercatat pada satu daripada aspirasi pelajar dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2015, seawal dalam gelombang pertama
lagi (2013-2015), bukan sahaja bijak sifatnya. Ia juga memperlihat betapa seriusnya usaha
kerajaan dalam merealisasikan anjakan dan aspirasi PPPM, agar golongan muda kita dapat
menghadapi tuntutan abad ke-21 dengan lebih baik.

Tindakan ini yang disusuli cadangan pengambilan 30,000 guru dari China adalah tepat sekali.
Selain China adalah tempat asal bahasa Mandarin, guru daripada kalangan penutur jati,
adalah pula pelengkap yang paling afdal. Pendidikan bahasa Mandarin secara besar-besaran
di semua sekolah kerajaan, juga dilihat tindakan bestari, memandangkan China bakal menjadi
kuasa penting bukan saja di rantau ini, tetapi di seluruh dunia. Dengan adanya pengetahuan
bahasa Mandarin, rakyat Malaysia bukan sahaja mampu mengambil bahagian secara lebih
berkesan dalam dunia yang berbahasa Mandarin. Ia juga akan banyak mempengaruhi kerjaya
mereka, selain membuka peluang lebih luas dalam kehidupan mereka.
Natijahnya ialah tindakan ini akan memberi banyak kelebihan kepada kita dalam dunia
semasa yang mementingkan pengetahuan baik dalam beberapa bahasa lain, selain daripada
bahasa negara. Selain itu, ia juga diyakini akan mempertingkat hubungan etnik kita, khasnya
antara bukan Cina dengan Cina.

Ini adalah antara tujuan utama mengapa Bahasa Mandarin perlu diberi pengenalan kepada
murid-murid yang bukan dalam kalangan berbangsa Cina. Amat menarik jika yang mengajar
adalah orang yang bukan berbangsa CIna. Ramai ibu bapa sedar Bahasa menguasai pelbagai
Bahasa adalah sesuatu anugerah yang amat berharga dan ditambah pula dengan sokongan
Menteri Pendidikan kita. Ini memberi ruang yang amat bernilai agar rakyat Malaysia dapat
sama-sama bertutur dalam Bahasa Mandarin.

Latar Belakang Murid

a) Faktor keluarga.
Mengikut analisis daripada buku pendaftaran murid, jelas menunjukkan bahawa kebanyakan
ibu bapa pelajar Bumiputera menghantar anak-anaknya belajar di SJK(C) adalah atas
kehendak atau keinginan diri-sendiri, faktor ini juga mempunyai peratusan yang paling tinggi
iaitu sebanyak 90%. Sebab yang kedua yang diberi oleh ibu bapa pelajar Bumiputera adalah
demi peluang pekerjaan masa hadapan anak. Sebab yang ketiga adalah mengharapkan anak-
anak mempunyai perkembangan masa hadapan yang lebih luas dan boleh berkomunikasi
selepas mempelajari bahasa Cina. Sebab yang keempatadalah ciri-ciri keluarga.Ini
disebabkan sebilangan keluarga pelajar Bumiputera mempunyai ibu bapa yang berkahwin
campur, iaitu salah seorang ibu bapa mereka merupakan kaum Cina yang berkahwin dengan
kaum Bumiputera, oleh itu ibu atau bapa ini biasanya akan meminta anaknya belajar Bahasa
Cina serta memahami budaya Cina. Sebab yang terakhir yang diberi oleh ibu bapa pelajar
Bumiputera adalah jarak antara rumah dengan sekolah, serta pengaruh oleh saudara-mara dan
kawan. Selain itu, ibu bapa yang berkahwin campur berasa risau anak-anak mereka akan
melupakan Bahasa Mandarin kerana lebih banyak bercakap Bahasa Brunei atau Melayu.

b) Faktor sekolah.
Dari segi faktor sekolah sebanyak 60% ibu bapa pelajar Bumiputera berpendapat bahawa
sebab mereka menghantar anak-anak belajar di SJK(C) adalah kerana sekolah berdekatan
atau tidak begitu jauh dari rumah. Sebab kedua yang lebih kerap diberi adalah disebabkan
keputusan pembelajaran sekolah terutama tentang disiplin murid-murid. Ibu bapa
berpendapat SJK(C) amat mementingkan disiplin dan keputusan setiap pelajar dan mereka
juga berpuas hati dengan sistem pendidikan SJK(C). Tambahan pula, kebanyakan SJK(C)
sejak dulu sehingga kini mempunyai keputusan peperiksaan yang memuaskan. Memang tidak
dinafikan bahawa murid-murid yang belajar di SJK(C) mempunyai peraturan sekolah yang
ketat serta sistem pentadbiran yang bersistematik.

c) Faktor pendidikan.
Dari segi faktor pendidikan, ibu bapa pelajar Bumiputera memberikan banyak sebab yang
berlainan. Tetapi kebanyakkan ibu bapa pelajar Bumiputera yang mengutama atau
mementingkan pilihan sekolah adalah disebabkan oleh keputusan pembelajaran sekolah. Dari
kajian soal-selidik yang diperolehi, kebanyakan ibu bapa berpendapat SJK(C) tidak kira dari
segi sistem pentadbiran, sikap pengajaran guru, keputusan pelajar ataupun pencapaian
sekolah adalah sangat memuaskan. Ada sesetengah ibu bapa pelajar Bumiputera pula
berpendapat mereka menghantar anaknya belajar di SJK(C) adalah kerana ingin anaknya
menguasai lebih satu bahasa, kecuali Bahasa Ibunda dan Bahasa Inggeris. Kita sedia maklum
bahawa Bahasa Inggeris memang merupakan Bahasa kedua penting di Malaysia.

d) Faktor budaya dan masyarakat.


Dari segi faktor budaya dan masyarakat, pengkaji mendapati bahawa majoriti ibu bapa
memberi sebab yang hampir sama. Hampir 70% ibu bapa pelajar Bumiputera menghantar
anak-anak belajar di SJK(C) adalah demi masa depan mereka. Ibu bapa pelajar Bumiputera
berpendapat bahawa jika anak-anaknya dapat berkomunikasi dengan orang Cina setelah
menguasai Bahasa Cina, ini bermakna pada masa depan akan membawa faedah kepada anak-
anaknya tidak kira dari segi peluang pekerjaan, berniaga atau bekerja dengan orang Cina.
Hanya sebilangan kecil ibu bapa yang menyatakan mereka dipengaruhi oleh kehidupan
sekelilingnya, sebab dalam kehidupan harian mereka selalu bergaul dengan orang Cina. Atas
pengaruh dan galakan orang Cina, ibu bapa pelajar Bumiputera pun menghantar anaknya
belajar di SJK(C). Di Malaysia khasnya di Sabah, ramai yang berbangsa Cina menjadi ahli
perniagaan dan sentiasa berkomunikasi dengan komuniti yang ada di persekitarannya. Ini
amat memudahkan perniagaan mereka jika semua boleh berbahasa Mandarin. Tidak
dinafikan mereka juga dapat bertutur Bahasa etnik Sabah iaitu kadazan atau Brunei.
Pembelajaran Pelajar Bumiputera di SJK(C)
Untuk mengkaji keadaan pelajar kaum Bumiputera selepas memilih belajar di SJK(C), saya
telah mengajar kelas Bahasa Cina memandangkan saya merupakan guru yang juga mengajar
di SJKC Pei You,Membakut. Kesimpulannya, murid-murid yang bukan berlatarbelakangkan
bangsa Cina menghadapi kesukaran untuk memulakan pertuturan dan juga penulisan. Saya
melihat keadaan tersebut melalui tiga sudut, pertama, penerimaan pelajar; kedua kokurikulum
pelajar; ketiga keupayaan menyesuaikan diri dan berkomunikasi. Saya mengikuti
perkembangan murid-murid ini di awal pendaftaran mereka.

Melihat dari keseluruhan, mata pelajaran Bahasa Cina tidak memuaskan, kerana tahap
penguasaan Bahasa Cina lebih lemah. Sebab utama adalah latar belakang keluarga pelajar
Bumiputera, mereka tidak mempelajari Bahasa Cina sejak kecil, apabila belajar Bahasa Cina
pun menghadapi kesusahan. Pelajar Bumiputera menyatakan bahawa ahli keluarga tidak
memahami Bahasa Cina, tidak dapat mengajar mereka, apabila menghadapi masalah semasa
mengulangkaji pelajaran. Pelajar Bumiputera hanya bergantung kepada sekolah, tetapi belajar
di sekolah pun mempunyai masa yang terhad.

Langkah-langkah yang diambil untuk mengatasi masalah ini


Pertama yang dilakukan adalah memberikan tuisyen kepada murid-murid yang menghadapi
masalah tidak dapat mengikuti pembelajaran dengan baik. Tuisyen dibuat mengikut tahap
murid yang mana mereka amat lemah. Ada murid yang cepat membaca tetapi kurang
menulis. Untuk membantu keadaan ini. Guru-guru mengambil pelbagai cara bagi menarik
minat mereka. Justeru itu, pemilihan bahan pengajaran amat dititikberatkan supaya mereka
dapat mengikuti pembelajaran dengan lebih baik lagi.
B. Bahan Bantu Mengajar
Cara menulis
Hua
Bunga
Percakapan Harian

Anda mungkin juga menyukai