Anda di halaman 1dari 7

TEKS PENGACARA MAJLIS

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN


SMK SUNGAI UDANG TAHUN 2014
21 JANUARI 2014
12.00 tengah hari

ACARA TEKS

Pendaftaran ibubapa / jemputan


Ketibaan VIP Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Tuan Hj Mo’omin Bin Seman, YDP PIBG
SMK Sungai Udang dengan diiringi oleh barisan pentadbir SMK Sungai Udang.

MULA Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillahirabbil’alamin..........
Yang Berusaha, Tuan Hj. Hussin Bin Sirun, Pengetua SMK Sungai Udang
Yang Dihormati, Tn. Hj. Mo’omin Bin Seman, YDP PIBG SMK Sungai Udang, selaku
tetamu jemputan pada hari ini
Yang Dihormati, En Md Isa Bin Jani, GPK Pentadbiran
En Md Yazed Bin Yatim, GPK HEM
Tn. Hj. Ariffin Bin Abdul Rahman, GPK Ko-Kurikulum
Guru-guru Kanan Matapelajaran
Guru-guru, Ibubapa, tuan-tuan, puan-puan seterusnya hadirin-hadirat yang dikasihi
sekalian.

Mencari timba si anak dara,


Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia, Salam Melaka Maju Negeriku Sayang,
Negeri Bandar Teknologi Hijau, Melaka Bersejarah 751 Tahun.

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah swt kerana dengan kurniaan rahmatNya

1
dapat kita bersama-sama berkumpul pada hari ini dalam Majlis Penyampaian
Bantuan Khas Awal Persekolahan bagi tahun 2014.

Bacaan doa Hadirin yang budiman, bagi memberkati lagi majlis kita pada hari ini, marilah kita
sama-sama mendadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh
Al-Fadhil Ustaz Hasril Amir Bin Hashim. Dengan segala hormatnya dipersilakan
ustaz.
**Bacaan doa**

Amin amin amin, ya rabbal ‘alamin.


Terima kasih diucapkan kepada Al-Fadhil Ustaz atas pimpinan bacaan doa sebentar
tadi.

Ucapan YDP PIBG Kalau dibentang seluas alam


Kalau dilipat sebesar kuku
Sejambak kata seuntai salam
Degup bicara menusuk kalbu

Tirai ucapan Majlis Penyampaian Bantuan Khas Awal Persekolahan dibuka


dengan mempersilakan Tn Hj Mo’omin Bin Seman, Yang Dipertua PIBG SMK
Sungai Udang untuk menyampaikan ucapan.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
**ucapan YDP PIBG**

Gimik Penyerahan Sebagai simbolik penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan, majlis
mempersilakan Tn Hj Mo’omin Bin Seman, Yang Dipertua PIBG, untuk
menyampaikan wang bantuan khas awal persekolahan kepada 5 orang wakil
daripada ibubapa.
Dipersilakan penerima pertama , …………………………………………..
Seterusnya, ………………………………….
Dipersilakan pula, ………………………………………….
Seterusnya, …………………………
Dan Akhir sekali, ………………………………………..

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Tn. Hj. Mo’omin Bin Seman kerana sudi
menyampaikan ucapan dan seterusnya menyempurnakan acara simbolik
penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan bagi tahun 2014.

2
Penyampaian Sebagai tanda penghargaan, pihak majlis mempersilakan Tn. Hj. Hussin Bin Sirun,
cenderahati * pengetua SMK Sungai Udang untuk menyampaikan cenderahati kepada Tn. Hj.
Mo’omin Bin Seman, kerana sudi hadir pada hari ini.
**penyerahan cenderahati**
Terima kasih diucapkan kepada tuan pengetua.

Makluman ibubapa Makluman untuk semua ibubapa, penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan
akan diagihkan di kelas masing-masing. Oleh itu ibubapa bolehlah bergerak ke
kelas anak-anak untuk mendapatkan wang tersebut.
Bagi ibubapa yang telah selesai menerima wang tersebut, bolehlah membawa anak-
anak pulang ke rumah bersama tuan-tuan dan puan-puan.

Dipersilakan guru-guru tingkatan dan guru yang membantu untuk bergerak ke


tempat yang disediakan untuk memulakan agihan bantuan.

Tamat majlis Sekian sahaja majlis kita pada hari ini.


Wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

3
EMCEE ACARA TEKS

Pendaftaran ibubapa/jemputan

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia, Tan Sri Dr. Rahim Tamby Chik,
NORA
Ketibaan VIP dengan diiringi oleh YDP PIBG dan barisan pentadbir Sekolah Menengah
Kebangsaan Sg Udang.

NORA MULA Melayang merbah di hujung muara


MAJLIS Bersama helang terbang ke pekan
Awal Bismillah pembuka bicara
Bermula majlis yang kita raikan

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Salam sejahtera, Salam satu Malaysia, Salam Melaka Maju Negeriku Sayang,
Negeri Bandar Teknologi Hijau.

Yang Berbahagia, Tan Sri Dr. Rahim Tamby Chik selaku tetamu
kehormat pada petang ini,
Yang Berusaha, En. Omar bin Yusop, Pengetua SMK Sungai Udang,
Yang Dihormati YDP PIBG, Tn Hj Mo’min Bin Seman
Pn. Azimah bt Ahamad, Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik,
En Md Yazed bin Yatim, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Tn Hj Ariffin bin Abd Rahman, Penolong Kanan Ko-Kurikulum
Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran
Guru-guru Cemerlang
Guru-guru, serta hadirin hadirat yang dihormati sekalian.

NORA Ucapan aluan


Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Illahi kerana dengan kurniaan rahmatnya,
dapatlah kita bersama-sama berkumpul pada hari ini dalam Majlis Penyampaian
bantuan khas Awal Persekolahan dan juga pelancaran kutipan dana bagi projek
pembinaan surau SMK Sg Udang bagi tahun 2013

4
Terlebih dahulu kami bagi pihak warga Sekolah Menengah Kebangsaan Sg
Udang ingin mengucapkan selamat datang dan merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan di atas kesudian Yg Berbahagia Tan Sri kerana sudi meluangkan
masa bersama kita pada petang ini.
Bacaan doa
Bagi memberkati majlis kita pada petang ini, majlis mempersilakan Al Fadhil
Ustaz Hasril Amir bin Hashim untuk mengetuai bacaan doa. Dipersilakan.
***Bacaan Doa

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Hasril Amir bin Hashim.

HERNEY
Ucapan Kalau dibentang seluas alam
Pengetua Kalau dilipat sebesar kuku
Sejambak kata seuntai salam
Degup bicara menusuk kalbu

Bagi meneruskan majlis pada pagi ini, majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan En. Omar bin Yusop, Pengetua SMK Sungai Udang, untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

NORA
TQ pd Terima kasih diucapkan kepada En. Omar bin Yusop, atas ucapan itu tadi.
Pengetua
Terbang di awan burung jentayu,
Di atas papan batang jerami;
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama ucapan kata perasmi.

Hadirin dan hadirat sekalian, seterusnya majlis dengan segala hormatnya


Ucapan mempersilakan Yang Berbahagia, Tan Sri Dr. Rahim Tamby Chik, untuk
VIP menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis Penyampaian bantuan
khas Awal Persekolahan dan juga pelancaran kutipan dana bagi projek
pembinaan surau SMK Sg Udang bagi tahun 2013. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

5
***Ucapan Perasmi

TQ pd VIP Tanam lengguna tumbuh kelapa


HERNEY
Terbit bunga tidaklah mati
Budi tuan kami tak lupa
Sudah tersemat di dalam hati

Gimik Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia, Tan Sri Dr.
Rahim Tamby Chik atas kesudian beliau menyampaikan ucapan perasmian
sebentar tadi. Kini dipersilakan pula Yang Berbahagia, Tan Sri Dr. Rahim Tamby
Chik untuk menyampaikan wang bantuan khas awal persekolahan kepada 25
orang wakil daripada ibubapa. Dipersilakan.
Rujuk senarai penerima

Seterusnya, majlis mempersilakan Yang Berbahagia, Tan Sri Dr. Rahim Tamby
Chik untuk memotong riben sebagai simbolik pelancaran kutipan dana projek
pembinaan surau Sekolah Menengah Kebangsaan Sg Udang. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia, Tan Sri Dr. Rahim Tamby
HERNEY Chik atas kesudian beliau menyempurnakan majlis pada petang ini.

Edaran Hadirin dan hadirat yang ingin turut sama memberikan sumbangan kepada
tabung projek pembinaan surau sekolah bolehlah menghulurkan sumbangan anda
kutipan kepada tabung yang akan diedarkan sebentar lagi.

Pihak sekolah ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada hadirin hadirat
yang telah memberikan sumbangan bagi menjayakan projek pembinaan
surau sekolah ini.

HERNEY Penyampaian Sebagai tanda penghargaan dari pihak sekolah, majlis mempersilakan Tuan
cenderamata Pengetua untuk menyampaikan cenderamata kepada tetamu kehormat pada
VIP petang ini. Dengan ini majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang
Berbahagia, Tan Sri Dr. Rahim Tamby Chik untuk menerima cenderamata
daripada Tuan Pengetua. Dipersilakan.

6
Terima kasih diucapkan kepada Tan Sri Dr. Rahim Tamby Chik dan Tuan
pengetua.

Ucapan Dengan ini, berakhirlah sudah Majlis Penyampaian bantuan khas Awal
penutup Persekolahan dan juga pelancaran kutipan dana bagi projek pembinaan surau
SMK Sg Udang bagi tahun 2013.

Dipersilakan tetamu kehormat untuk menikmati jamuan dengan diiringi YDP


PIBG dan barisan pentadbir sekolah di bilik jamuan.

Dipersilakan guru-guru tingkatan dan guru yang membantu untuk bergerak ke


tempat yang disediakan untuk memulakan agihan bantuan.

Untuk makluman semua ibubapa, tempat untuk agihan bagi pelajar tingkatan 1
ialah di kantin sekolah, manakala bagi pelajar tingkatan 2 ialah di bangunan
pentadbiran dan bagi pelajar tingkatan 3 ialah di blok .........................

Sekian sahaja majlis kita pada petang ini. Wasalamualaikum


warahmatullahiwabarakatuh.

Ibubapa boleh bergerak ke tempat yang telah disediakan.

Anda mungkin juga menyukai