Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
EDUP3083
ASAS KEPEMIMPINAN DAN
PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU
DISEDIAKAN OLEH:
EDELINE LO HUI ROU
NO. K/P:971031-12-5482
PROGRAM: PISMP AMBILAN JUN 2016
KUMPULAN AKADEMIK: ANGKA GILIRAN
BCN SJKC 2016151340016
PENSYARAH
ENCIK NIK DZULKEFLI BIN HAJI IBRAHIM
TARIKH HANTAR 23 MAC 2020
Pengesahan pelajar:
Saya mengesahkan bahawa maklum balas telah diberikan
oleh pensyarah.
Halaman Judul ii
Penghargaan iv
Soalan Tugasan 1
Rujukan 9
Lampiran 10-11
BIODATA DIRI
BEAUFORT SABAH .
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
Tandatangan : ______________________
Syukur kepada tuhan kerana telah mengurniakan saya kekuatan, kesihatan dan
masa untuk menyiapkan tugasan kerja kursus ini seperti yang dikehendaki dan
dalam masa yang ditetapkan.
Selain itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya
kerana mereka telah banyak memberi sokongan dan dorongan kepada saya semasa
menjalankan tugasan ini. Saya sangat menghargai sokongan dan dorongan yang
diberikan itu.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah
banyak memberi kerjasama dan nasihat semasa membuat tugasan ini agar saya
dapat menyiapkan ini dalam tempoh yang telah ditetapkan.
Pembangunan kerjaya adalah satu proses berterusan yang melibatkan pergerakan individu
melalui beberapa peringkat kehidupan (Greenhouse dalam Norhani, et. al., 2009).
Berdasarkan kenyataan di atas, sediakan satu pelan pembangunan diri dan kerjaya
anda untuk menjadi seorang yang profesional berdasarkan peringkat-peringkat
perkembangan guru.
TUGASAN 2: PENULISAN AKADEMIK
1.0 Pengenalan
Melihat semula agenda transformasi pendidikan seperti yang termaktub dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025, dengan jelas telah meletakkan
asas yang kukuh untuk memacu pendidikan negara bertaraf dunia, (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 2012). Hal ini bermakna kementerian menggerakkan segala sumber
dan tenaga ke arah peningkatan kualiti, termasuklah peningkatan kualiti kepimpinan dan
kualiti guru. Dalam 11 Anjakan Transformasi Sistem, terdapat Anjakan 4 yang menjurus
secara khusus akan tindakan tersebut, iaitu:
Inisiatif di atas mengambil kira bahawa guru adalah penggerak paling penting di peringkat
sekolah untuk keberhasilan murid.
Sebagai guru yang bakap mendokong amanah ini, saya menyediakan pelan pembanguanan
diri dan kerjaya seperti rajah berikut yang bermula dari peringkat novis sehingga peringkat
pakar untuk menjadi seorang yang berkemahiran dan cemerlang. Setiap peringkat
perkembangan tersebut mempunyai peranan dan tanggungjawab tersendiri. Trotter (1986)
mengemukakan teori 5 peringkat perkembangan untuk seorang menjadi pakar dalam bidang
yang diceburi. Kajian ini terus diperlus oleh David Berliner pada tahun 1988. Kajian ini
bertujuan untuk mendapatkan kefahaman yang mendalam tentang cara-cara guru novis
sehingga pakar berfungsi dalam situasi pengajaran dan pembelajaran.
Peringkat Pakar
Peringkat Novis
Peringkat Mahir
Peringkat Novis
Peringkat
Lanjutan
Cekap
Laluan Pdp
Selepas saya mengaji di Institut Pendidikan Guru, saya akan dihantar ke sekolah sebagai
guru yang sah. Pada masa ini, saya akan memasuki peringkat guru novis. Guru novis
adalah guru yang baru memasuki ke alam pendidikan. Saya sebagai guru novis adalah guru
yang masuk ke alam pendidikan tidak lama daripada 3 tahun. Pada peringkat ini saya baru
dapat membuat satu peta kognitif tentang tugas-tugas, seorang guru professional melalui
yang ditawarkan dalam program Ijazah Perguruan. Saya masih belum mahir dalam cara
mengajar dan masih belum dapat menangani tugas-tugas seorang guru. Saya baru sahaja
hendak mempelajari cara mengajar dan mempelajari fakta, konsep dan peraturan asas
pengajaran. Saya boleh dikatakan pasif, tidak kreatif dan imaginatif. Saya mempunyai
masalah penyesuaian diri dengan realiti sekolah dan bimbingan.
Pada peringkat ini, saya haruslah berusaha untuk memahami dan melaksanakan
tugasan yang diberi dengan penyeliaan dan bimbingan daripada guru besar dan guru yang
berpengalaman. Tindakan yang perlu diambil pada peringkat ini adalah saya akan sentiasa
meningkatkan pengetahuan sendiri dan sentiasa merujuk kepada rakan pekerja yang
berpengalaman tinggi dan cuba mendapatkan pengalaman mereka. Selain daripada
bimbingan guru pengalaman, saya akan meningkatkan diri dengan menghadiri ke kursus
yang dapat meningkatkan diri dengan menghadiri ke kursus yang dapat membantu
menyelesaikan masalah seperti masalah pengetahuan kandungan pedagogi atau masalah
pengajaran dan pembelajaran penggunaan teknologi maklumat yang saya belum menguasai
keupayaan meneyelesaikan seperti yang setiap guru novis yang akan dihadapi. Ceramah
atau kursus yang saya merancang untuk menyertai seperti ‘Ceramah Pengurusan Bilik
Darjah’ atau kem-kem yang berkaitan dengan pengetahuan kandungan pedagogi,
pengetahuan kandungan, pegetahuan pedagogi. Dengan menghadiri program-program,
kebolehan saya sebagai guru akan dipertingkatkan. Saya akan semakin biasai dengan
keadaan sekolah dan akan bergerak ke peringkat guru novis lanjutan.
Peringkat Novis Lanjutan
Guru novis lanjutan adalah guru yang telah dapat menyesuaikan diri dengan keadaan
sekolah tetapi masih dalam usaha untuk meningkatkan keupayaan menyelesaikan masalah
yang ditimbul di sekolah. Pada peringkat ini, saya masih perlu berterusan mengumpul dan
menambah pengetahuan berbentuk fakta, mengenali dan membetulkan fakta yang sebelum
ini tidak difahami. Hal ini demikian kerana, saya mula berjalan sendiri dengan bimbingan dan
seliaan yang minimum, (Khair Mohamad Yusof, 2007). Oleh itu, dalam peringkat ini saya
masih perlu mengikuti kursus-kursus yang akan membantu saya dalam pengajaran. Saya
masih perlu berterusan mengumpul dan menambah pengetahuan.
Tindakan yang saya perlu diambilkan adalah saya masih perlu menghadiri kursus-
kurus yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. Walaupun saya mempunyai
pengalaman untuk mengajar selama dua atau tiga tahun, tetapi masih ada banyak
pengetahuan yang saya belum menguasai. Saya akan mengambil tindakan untuk menyertai
kursus seperti Kursus ICT yang sangat penting pada kelas abad 21, Kursusu Pedagogi
Pengajaran dan sebagainya. Selain itu, saya juga akan menghadiri seminar atau bengkel
yang berkaitan dengan peningkatan kemahiran pembelajaran dan pengajaran seperti
SELAN OSNI, MULAN dan MODUL E-XTRA. Selain itu, saya akan melengkapkan diri
dengan amalan pedagogi dengan mengajar mata pelajaran kepakaran selama tiga tahun
berturut-turut, (Ragbir Kaur Joginder Singh, 2012). Saya juga akan melengkapkan diri
dengan pengalaman dan pengetahuan dalam mata pelajaran utama atau bidang
pengkhususan yang diajar, iaitu Bahasa Cina. Saya juga akan memohon untuk
menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana dalam Bahasa Cina untuk
membangunkan kemahiran, pengetahuan dan nilai-nilai yang diperlukan dalam pengajaran
Bahasa Cina.
Peringkat Cekap
Selepas 5 atau 10 tahun, saya akan bergerak ke peringkat cekap. Guru cekap bermakna
saya sudah dapat menguasai cara penyelesaian masalah. Pada peringkat ini, saya sudah
memahami prinsip dan konsep pembelajaran dalam pelbagai situasi dan juga situasi yang
khusus. Saya juga akan memiliki pelbagai strategi pengajaran dan mampu
menyesuaikannya mengikut keperluan murid atau pelajar yang berbeza. Oleh itu, saya akan
sentiasa melaksanakan tugas dan tanggungjawap sebagai penyelia dan pembimbing yang
minimum ke atas guru novis dan guru novis lanjutan. Walaupun saya sudah menguasai cara
penyelesaian masalah, tetapi saya hendaklah meningkatkan lagi prestasi saya.
Pada peringkat ini saya telah mencapai peringkat ke keterampilan dalam bidang
yang diceburi, saya telahpun memiliki sijil atau ijazah dalam bidang keguruan untuk
memenuhi keperluan kelayakan yang ditetapkan. Dari aspek pembangunan diri dan kerjaya,
setelah melanjutkan pelajaran saya akan mencapai peringkat keterampilan dalam bidang,
oleh itu saya akan memperoleh kemahiran berkaitan yang membolehkan saya layak untuk
pelantikan sebagai perunding, pemimpin dan sebagai kakitangan sumber dalam pelbagai
institusi. Selain itu, saya perlu mengubah cara pengajaran saya untuk menjadi lebih kualiti.
Untuk meningkatkan prestasi saya, saya akan menbuat “action research” atau kajian
tindakan tentang pengajaran dan pembelajaran terutamanya dalam subjek Bahasa Cina.
Dalam kajian tindakan ini, saya akan mengumpulkan maklumat dan seterusnya
menganalisiskan maklumat yang dikumpul. Dalam membuat kajian tindakan, saya dapat
mengetahui keadaan pretasi sendiri dengan lebih teliti dan tepat. Ini dapat membantu saya
untuk meningkatkan pretasi sebagai guru cekap. Setelah membuat kajian tindakan, saya
dapat membuat berbanding dan penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran saya agar
dapat mencapai hasik yang lebih berkesan. Saya akan menggunakan maklumat yang saya
dapat daripada kajian yang saya telah buat untuk memiliki kemampuan untuk
menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran. Saya akan menyiasat amalan
sendiri melalui refleksi supaya prestasi akan akan meningkat ke tahap tertinggi.
David Beliner (1988) telah mengenalpasti jangka masa yang diambil oleh seseorang
guru untuk menyediakan diri di peringkat cekap adalah lima tahun. Justeru, saya perlulah
sentiada bersiap sedia untuk mendapatkan pengalaman yang banyak dalam menjalankan
tanggungjawab dalam mengendalikan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah supaya
mampu meneruskan kerjaya ke peringkat yang seterusnya.
Peringkat Mahir
Sebagai seorang guru cekap, selepas mencapai kejayaan yang bagus dalam
peningkatkan prestasi sendiri, saya akan bergerak ke peringkat seterusnya iaitu peringkat
guru mahir. Pada peringkat ini saya pun sudah menguasai dan mahir dalam bidang yang
diceburinya dan sentiasa disanjungi dan diingati oleh bekas pelajar-pelajar atas penguasaan
dan pemerolehan ilmu pedagogi dan kandungan. Sebagai guru mahir, saya memiliki
personaliti yang terpuji dan menjadi suri teladan kepada rakan yang lain serta mempunyai
pengetahuan yang luas dan berkebolehan menganalisis maklumat yang kompleks berkaitan
sesuatu situasi pembelajaran secara kreatif. Perkara ini dapat dilihat melalui berkebolehan
membuat keputusan terhadap masalah-masalah harian sekolah secara spontan.
Pada peringkat ini. saya berkebolehan mengaplikasi konsep atau idea dalam
tugasan dan telah memiliki ilmu dan pengetahuan kerja yang praktikal, (Trotter, 1986). Saya
adalah kaya dengan pengalaman dan dapat menganalisis serta menyusun maklumat yang
kompleks berkaitan sesuatu situasi pembelajaran secara kreatif dan unik. Saya akan
mempertingkatkan pengalaman saya dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
dengan lebih baik dan kreatif. Saya akan sering menggunakan bahan multimedia dalam
pengajaran dan pembelajaran untuk membantu murid supaya kelas menjadi lebih kreatif dan
inovatif. Saya juga akan lebih mementingkan pengurusan bilik darjah yang dinamis supaya
dapat menggalakkan penyertaan murid yang aktif. Saya akan mengaplikasi teori
pembelajaran yang telah saya belajari melalui pengalaman saya seperti pembelajaran
koperatif dan pembelajaran kooperatif. Sebagai contoh, saya akan lebih menggunakan
multimedia seperti teknologi maklumat dan kominikasi dengan lebih efisien.
Pada peringjat ini, saya telah berkhidmat lebih 10 tahun. Saya akan memohon untuk
menjadi pentadbir sekolah iaitu supaya saya dapat menyelia dan membimbing guru dan
dapat melakukan educated guru oragnisasi. Sebagai pentadbir sekolah, saya harus
mempunyai kebolehan pengurusan dan kepiminan yang dapat membawa perubahan
kepada suatu organisasi. Dengan ini, saya boleh menyertai kursus seperti pengurusan
organisasi yang berkesan supaya saya dapat sentiasa tahu cara yang berkesan unutk
menguruskan organisasi sekolah. Sebagai pentadbir sekolah, saya memegang kuasa yang
tinggi dalam sesebuah sekolah. Oleh itu, saya perlu mahir dalam pengurusan.
Peringkat Pakar
Peringkat terakhir adalah peringakat pakar, dan ini adalah guru yang paling tinggi dalam
peringkat perkembangan guru. Pada peringkat ini saya adalah guru yang gemilang dan
berautoriti dalam profesion. Saya dapat menahami dan menangani maklumat yang banyak
dan pelbagai dan masih mempunyai gaya pengajaran yang lancar. Amalan pegadogi saya
adalah lebih luas, interaktif dan pelbagai serta memberi fokus kepada pengetahuan sedia
ada, pemikiran pelajar dan boleh mengubahsuai perancangan pengajaran agar bersesuaian
dengan keperluan konteks. Sebagai guru pakar, saya merupakan orang yang memiliki
kemahiran komunikasi yang tinggi dan berupaya menyampaikan idea dan mesej dengan
berkesan.
Pada peringkat ini, usaha pembangunan diri dan kerjaya akan diteruskan agar saya
terus didorong untuk memiliki keupayaan intelektual dan kepakaran yang tinggi,
berpengalaman luas dalam bidang kepakaran serta menjadi sumber rujukan dalam dan luar
organisasi ke arah memastikan pengekalan bakat terbaik dan berkepakaran tinggi dalam
perkhidmatan pendidikan, (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2019). Sebagai seorang guru
pakar, saya akan selalu membantu guru-guru dan guru besar untuk menjadi pendidik yang
berkualiti dengan menjayakan kursus-kurus latihan. Selain itu, saya dapat memperluaskan
peluang untuk naik pangkat dan seterusnya menaik pangkat ke gred yang lebih tinggi Khas
Untuk Peyangdang (KUP) secara laluan laju (Syed Ismail Syed Musyapa, Ahmad Subki
Miskon 2013). Saya akan memohon untuk menjadi guru cemerlang mengikut syarat-syarat
seperti Guru Cemerlang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (GC PPPS).
3.0 Penutup
David Beliner (1988). Helping Student Teachers Think About, Journal of Teacher Education,
39 (2), 48-54.
Norain Mohd Nor et.al. (2014). Asas kepimpinan dan perkembangan profesional guru.
Sungai
Petani, Kedah: Jabatan Ilmu Pendidikan, Institut Pendidikan Guru Kampus
Darulaman.
Ragbir Kaur Joginder Singh. (2012). Pedagogi. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.
Bhd.
Syed Ismail bin Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon. (2013). Guru dan Cabaran Semasa.
Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
1. Peringkat novis
-mula mempelajari cara mengajar
-mempelajari fakta, konsep dan peraturan asas pengajaran
-masih belum dapat menangani tugas - tugas harian seorang guru
-dapat membuat satu peta kognitif tentang tugas - tugas am seorang guru profesional
melalui kursus yang ditawarkan dalam program Ijazah Perguruan
3. Peringkat cekap
- memiliki kelayakan ikhtisas
-lebih memberikan fokus kepada pembelajaran murid
-memahami prinsip dan konsep pembelajaran dalam pelbagai situasi dan juga situasi
yang khusus
-memiliki pelbagai strategi pengajaran dan mampu menyesuaikannya mengikut
keperluan pelajar yang berbeza
4. Peringkat mahir
-Mahir dalam bidangnya
-Golongan yang diingati dan disanjungi oleh bekas pelajar
-gaya lancar dan spontan yang membolehkannya membuat keputusan berdasarkan
intuisi
-kaya dengan pengalaman dan dapat menganalisis serta menyusun maklumat yang
kompleks berkaitan sesuatu situasi pembelajaran secara kreatif dan unik.
5. Peringkat pakar
-guru yang gemilang dan terbilang
-dapat memahami dan menangani maklumat yang banyak dan pelbagai dan masih
mempunyai gaya pengajaran yang lancar.
-orang yang berautoriti dalam profesionnya
-idea dan kemahiran boleh mempengaruhi polisi - polisi berkaitan pengendalian di bilik
darjah.
LAMPIRAN