Anda di halaman 1dari 4

Perkara 02

Ibadat Umrah – sekadar memberi sedikit peringatan dan bimbingan


PENGERTIAN MIQAT

Miqat – dalam Bahasa Arab adalah batas atau sempadan yang telah ditetapan bagi
memulakan ibadah Haji atau Umrah . Apabila melintasi miqat, seseorang yang ingin
mengerjakan Haji atau Umrah perlu mengenakan pakaian ihram dan berniat..
Miqat terdiri dari dua jenis :

1. Miqat Zamani - Sempadan atau batas yang


ditentukan berdasarkan masa/waktu/ketika:

 Bagi Ibadat Haji, miqat bermula pada bulan


Syawal sampai terbit fajar tanggal 10 Zulhijah
yaitu ketika ibadah haji dilaksanakan.
 Bagi Ibadat umrah, miqat zamani adalah
sepanjang tahun

2. Miqat Makani – Sempadan atau batas yang ditentukan berdasarkan factor geografi:

 Bagi mereka yang tinggal di Makkah, tempat untuk ihram haji adalah Makkah itu sendiri
(rumah sendiri). Untuk miqat umrah ialah keluar dari tanah haram Makkah iatu
sebaiknya ke Ji'ranah, Tan'eim atau Hudaibiyah.
 Bagi mereka yang datang dari sebelah Timur seperti Malaysia, Indonesia,dan
Singapura dan yang mengenakan pakaian ihram di tanahair, miqatnya adalah di
Yalamlam atau Jeddah
 Bagi yang datang dari Mesir dan kebanyakan Negara di Afrika, miqatnya di Juhfah
 Bagi yang datang dari selatan seperti Yaman, tempat untuk berihram dan berniat Umrah
ialah Qarnul Manazil
 Bagi yang datang dari Madinah,
tempatnya di Dzulhulaifah Bir Ali (Abyar
'Ali)
 Bagi jemaah yang datang dari
bahagian Iraq pula miqatnya adalah di
Dzatu 'Irq
Masjid Bir Ali merupakan miqat bagi
3. Perkara yang berkaitan dengan miqat bagi jemaah yang bertolak dari Madinah

jemaah dari Malaysia:

1
Persoalan :

Di manakah miqat bagi kami yang akan ke Tanah Suci untuk mengerjakan ibadah Umrah?
Jawapan : Tertakluk pada aturcara perjalanan yang disusun oleh agensi yang menguruskan
pakej perjalanan anda. Agensi berkenaan akan memberi
taklimat dan maklumat ketika mana anda akan
mengenakan pakaian ihram untuk Umrah dan di mana
miqatnya. .

Berikut adalah 3 contoh perjalanan yang sering diatur


untuk jemaah dari Malaysia.

Contoh 01:

Jika perjalanan anda ialah:


Perjalanan Pergi -
Kuala Lumpur – Jeddah – Makkah – Madinah
Perjalanan Pulang:
Madinah – Kuala Lumpur

Maka anda akan dinasihatkan supaya memakai pakaian Ihram sebelum menaiki pesawat di
Kuala Lumpur dan akan berniat semasa dalam penerbangan ketika hendak melintasi Yalamlam
iaitu pergunungan di Tanah Arab yang berhampiran Laut Merah. Juruterbang pesawat akan
membuat pengumuman sebelum pesawat melintasi miqat ini dan ketika itulah jemaat akan
berniat Umrah..

Niat Umrah setelah berihram:


Ihram bererti memakai pakaian ihram di miqat tertentu serta
niat.dan bermulalah pantang larangnya.

NIAT IHRAM UMRAH


ُ ‫ْت ْال ُع ْم َرةَ َوأَحْ َر ْم‬
‫ت بِهَا ِ هّلِلِ تَ َعالَى‬ ُ ‫نَ َوي‬
Sahaja aku mengerjakan Umrah dan berihram dengannya kerana Allah Ta’ala

Contoh 02 :

Kumpulan ini selepas turun di Jeddah akan dibawa terus ke Madinah Selepas 4 hari beribadat
menziarahi sekitar Madinah barulah mereka akan dibawa ke Makkah. Miqat untuk mereka ialah

2
di Zulhulaifah (Abyar Ali/Bir Ali) sekitar 10 KM di luar Madinah menuju ka Makkah..Maka di
Masjid Bir Ali ini para jemaah akan singgah mendirikan solat sunat 2 rakaat, berniat Umrah dan
seterusnya menaiki bas untuk perjalanan sejauh 425KM menuju ke kota suci Makkah.

Perhatian: Para jemaah akan memakai pakaian Umrah


sebelum keluar dari tempat penginapan.

Contoh 03 :

Jika perjalanan anda ialah :


Perjalanan Pergi : Kuala Lumpur – Madinah - Makkah
Perjalanan Pulang : Makkah – Jeddah – Kuala Lumpur

Miqat anda adalah sama seperti contoh perjalanan 02 iaitu di Zulhulaifah (Abyar Ali/Bir Ali)

Penerangan di atas adalah bagi niat Umrah serta berihram dengannya di Miqat seperti yang telah
ditentukan oleh hukum. Besar kemungkinan setiap jemaah akan mengerjakan ibadat Umrah beberapa
kali semasa berada di Tanah Suci Makkah.

Setelah selesai mengerjakan Umrah yang pertama, para


jemaah akan berada selama 7 atau 8 hari di Kota Suci
Makkah. Maka inilah ruang dan masa untuk beribadat
kepada Allah SWT. Setiap waktu solat adalah solat
berjemaah di Masjid-al Haram dan Kaabah yang menjadi
Qiblat bagi seluruh umat islam berada betul-betul
berhadapan dengan kita.

Setaip masa yang lapang dibahagi-bahagikan kepada


kerja-kerja ibadat. Tidak ada masa diperuntukkan untuk
berseronok suka, bersembang kosong dan melepak yang
boleh melalaikan kita.

Ramai jemaah akan ke Masjid al Haram awal sebelum


azan dilaungkan agar dapat beriktikaf lama dalam masjid.
Jika selepas mengerjakan solat Subuh, Asar, Magrib dan
Isyak (waktu yang tidak terlalu panas) lakukan banyak
solat sunat atau pun lakukan ibadat Tawaf Sunat.

Mengerjakan Umrah semasa berada di


Makkah.

Mungkin ada di antara jemaah yang berhajat untuk

3
mengerjakan Umrah sebanyak kali yang mungkin (jika ada kemampuan) dalam masa beberapa hari
berada di Kotra Suci ini.

Dari Makkah anda akan berpeluang untuk menunaikan


ibadat Umrah ini dari beberapa Miqat yang
berhampiran dan para jemaah boleh bergerak cara
sendirian / dalam kumpulan :.

Miqat Tanaim sejauh 6 km dari Makkah

Miqat Ja'ranah Di sebelah timur sejauh 16 km-


sambil melawat Arafah dan Mina. Lawatan ini

selalunya termasuk dalam pakej . Figure 1Masjid Tana'im

Miqat Hudaibiyah: sejauh 15 km dari Makkah

Koleksi ABR
Facebook :Razak Rahman
email : man3135@yahoo.com.