Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
1.0 PENGENALAN
Sistem pendidikan di negara kita masa kini telah banyak melalui transformasi
yang memerlukan komitmen guru yang amat tinggi. Perubahan dan pembaharuan
dalam sistem pendidikan dilihat sebagai peluang untuk menguji potensi, kemampuan
dan cara untuk mengoptimumkan pembangunan individu. Mereka perlu sedar akan
kekuatan dan kelemahan diri dan di atas kesedaran itu sanggup meningkatkan
keupayaan diri serta bersedia melakukan perubahan mengikut keperluan. Guru bertaraf
dunia bukan sahaja merancang strategi pengajaran-pembelajarannya dengan teliti dan
sentiasa membuat persediaan untuk membuka peluang kepada pelajar melakukan
penerokaan malah merancang pelbagai laluan pembelajaran dengan kemahiran yang
tinggi.
Halatuju pula bermaksud penetapan matlamat dan sasaran yang hendak dicapai
dalam sesuatu organisasi. Pendidikan khas perlu mempunyai visi, misi dan objektif
utama dalam mengurus tadbir sesuatu organisasi. Halatuju merangkumi perancangan
pentadbiran, program-program utama, peningkatan kemahiran dan pengetahuan dalam
kaedah pengajaran dan pembelajaran dan membentuk kepakaran yang beretika.
Selain itu juga, terdapat juga ibu bapa yang masih kurang sedar mengenai
betapa pentingnya memberi pendidikan atau pun kemahiran mengurus diri kepada
anak-anak yang istimewa. Faktor utama yang menyebabkan perkara ini berlaku
disebabkan kurangnya keyakinan akan kebolehan anak-anak istimewa mereka ini.
Sebagai contoh, pengajaran amali kemahiran memasak dan menjahit, mungkin boleh
menyebabkan timbulnya perasaan risau ibu bapa terhadap anak-anak mereka berada
di dapur. Hal ini mungkin disebabkan memikirkan keadaan yang mungkin boleh
mengundang bahaya semasa di dapur dan semasa menggunakan jarum untuk
menjahit. Disebabkan sikap yang terlalu obses akan perkara negatif inilah
menyebabkan mengapa kanak-kanak berkeperluan khas di Malaysia agak ketinggalan.
Selain itu juga, terdapat juga ibu bapa yang hanya bergantung kepada pihak
sekolah semata-mata sahaja dalam usaha memberi didikan kepada anak mereka
terutama dalam aspek pengurusan diri. Disebabkan itulah terdapat murid-murid yang
masih tidak tahu untuk membuang air kecil atau besar di tempat yang sepatutnya iaitu
tandas. Perkara ini sedikit sebanyak agak mengganggu proses pembelajaran dan
pengajaran di dalam kelas. Akibatnya guru sendiri terpaksa membantu menguruskan
kanak-kanak tersebut semasa berada di dalam kelas.
Dari aspek individu murid pula adalah berbeza diantara satu sama lain. Menurut
Khairul Yusri (2007), perbezaan individu bermaksud variasi atau ketidaksamaan
individu daripada norma kumpulannya sama ada dari segi sifat kognitif, emosi, fizikal,
moral, tingkah laku, sosial atau bakat dan aspek – aspek yang lain mungkin terdapat
sesama individu dalam sesuatu kumpulan. Cabaran utama bagi guru-guru pendidikan
khas bagaimana untuk mendapat kepercayaan dari anak-anak istimewa ini. Bukan
senang untuk berhadapan dengan mereka kerana setiap orang kanak-kanak istimewa
tersebut biasanya mempunyai pelbagai kelainan. Kesediaan anak-anak istimewa ini
memasuki alam persekolahan juga dengan cara yang berbeza. Ini dapat dilihat pada
faktor kematangan dan kesediaan fizikal berhadapan dengan rakan-rakan baru di
sekolah. Besar kemungkinan layanan yang diterima di sekolah tidak sama dengan
dirumah. Setiap hari mereka perlu mengikuti peraturan-peraturan sama seperti rakan
sebaya mereka.
Guru akan menghadapi berbagai –bagai gaya dan karenah daripada murid-murid
pendidikan khas ini kerana kebanyakan mereka tidak pernah mengenali alam
persekolahan pada peringkat awal. Mereka mahu dilayan sebagaimana ibu bapa
mereka melayan mereka di rumah. Guru sebagai pengganti ibu bapa perlu peka
kepada keperluan mereka setiap masa. Termasuklah dalam pengurusan emosi dan
amalan berdikari. Cabarannya ialah mungkin apa yang diberi oleh guru tidak sama
dengan apa yang mereka terima dirumah. Sangat sukar bagi guru berhadapan dengan
mereka yang mempunyai kepelbagaian yang pelbagai. Hanya dengan kesabaran dan
keperihatinan serta kemampuan memberikan layanan yang baik dalam pelbagai aspek
mampu meningkatkan kepercayaan murid terhadap guru pendidikan khas.
Kepercayaan dan kasih sayang mereka terhadap guru akan melebihi kepercayaan dan
kasih sayang terhadap ibu bapa mereka sekiranya kita dapat menyesuaikan diri dengan
kepelbagaian mereka.
Sosial dan persekitaran merupakan salah satu aspek penting dalam pengurusan
pendidikan khas. Sikap dan keprihatinan masyarakat terhadap kepentingan murid-
murid pendidikan khas merupakan satu lonjakan ilmu yang perlu diterokai bersama.
Masyarakat mempunyai pelbagai perbezaan gaya hidup dan kepercayaan. Cabaran
yang sangat besar bagi pengurusan pendidikan khas adalah dalam memberikan
kesedaran dan membetulkan tanggapan mengenai pendidikan untuk kanak-kanak
kelainan upaya. Bukan semua daripada mereka mempunyai kemampuan untuk
memenuhi keperluan perbelanjaan sara hidup anak-anak mereka. Malah kebanyakan
kanak-kanak kelainan upaya ini datang dari keluarga yang mempunyai kemampuan
yang tinggi untuk memberikan kemudahan-kemudahan yang sesuai dengan keperluan.
Inilah cabaran yang sangat besar yang perlu dihadapi oleh pengurusan
pendidikan khas. Dalam melaksanakan tugasan hakiki dan berdaya saing dengan
ahli masyarakat sekolah yang lain maka pengurusan pendidikan khas perlu mempunyai
hala tuju supaya program ini akan dipandang sama hebat dengan program lain.
Kerjasama dengan badan-badan atau persatuan yang boleh memperjuangkan hak-hak
kanak-kanak kelainan upaya sangat memberi impak. Kita semua perlu bersatu
menetapkan satu perjuangan yang sama supaya akan timbul kesedaran dalam
kalangan mereka bagi menghargai golongan yang kurang bernasib baik. Jabatan-
jabatan kerajaan turut memainkan peranan membuka ruang dan menjalankan aktiviti
bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap tanggungjawab sosial yang perlu
ditunaikan berbanding kepentingan peribadi.
Pentadbiran pendidikan khas perlu menyusun atur bidang tugas dengan bijak
supaya tidak berlaku pertindihan tugas yang boleh menjejaskan kualiti guru dan
keseluruhan organisasi. Pembahagian tugas yang adil dan sentiasa memantau
pengurusan kerja serta memberikan khidmat bantu membolehkan seseorang guru itu
menjalankan tugas di atas landasan yang betul. Pentadbiran pendidikan khas perlu
mempunyai acuan yang tersendiri dengan gaya kepimpinan yang berkesan.
Pentadbiran pendidikan khas perlu melihat secara menyeluruh dari aspek pengurusan
kurikulum, kokurikulum, hal ehwal murid, pengurusan kewangan dan pentadbiran.
Tugas-tugas tersebut harus difahami dan dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab.
Menurut Atan (1991), guru mempunyai tugas yang mulia dan penting kerana di
tangan gurulah letaknya rakyat pada masa hadapan. Jika tugas guru itu dijalankan
dengan baik, masyarakat beruntung kerana menjadi rakyat yang berguna tetapi jika
berlaku sebaliknya, masyarakat akan menanggung kerugian yang besar. Sebagai
seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru hari ini harus menyedari tugas dan
amanah yang diserahkan kepadanya untuk mendidik generasi yang akan menjadi
dewasa kelak. Mereka perlu diberi ruang menjalani kehidupan yang bermakna dan
mampu menjalani hidup berdikari dalam masyarakat.
Pentadbir pendidikan khas perlu merupakan seorang yang menjadi pakar rujuk
dalam segala aspek. Pengetahuan dan pengalaman adalah gabungan yang boleh
memimpin guru-guru lain. Halatuju yang cemerlang memerlukan guru yang mempunyai
keperibadian yang unggul, bersikap positif, memiliki ketrampilan pengetahuan dan
kemahiran dan beretika. Guru perlu berusaha meningkatkan profesionalisme keguruan
supaya kewibaan dan kebolehan mengendalikan murid-murid pendidikan khas tidak
boleh dipertikaikan. Justeru itu keupayaan berkomunikasi dan berkolaborasi dengan
semua pihak membawa kepada satu budaya kerja cemerlang dan berkualiti.
Guru pendidikan khas perlu mempunyai pengurusan emosi dan spiritual yang
tinggi supaya dapat mengekalkan kualiti dalam perkhidmatan. Ketrampilan diri
hendaklah seiring dengan kepercayaan pada diri sendiri dan berteraskan iman yang
kuat agar tidak kecundang dengan tewas dengan tanggapan negatif pihak lain. Halatuju
guru dalam merealisasikan misi Kementerian Pendidikan, khasnya meningkatkan kualiti
sekolah ialah guru haruslah sentiasa berusaha meningkatkan taraf professional melalui
latihan dalam perkhidmatan, perlaksanaan penyelidikan tindakan secara kolaborasi,
membuat refleksi kendiri, memupuk budaya ilmu, menambah ilmu dan kemahiran
melalui e-pembelajaran dan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang terkini
untuk merancang serta melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan
berkesan.
Seorang guru berkualiti juga perlu mempertingkatkan profesionalisme. Guru
harus sedar tentang tugas dan amanah yang dipikul untuk mendidik generasi yang
akan mencapai wawasan negara. Kemahiran dan pengetahuan dalam aspek
pendidikan perlu dikemaskini setiap masa. Disamping itu berusaha mengaplikasi
kaedah- kaedah pengajaran dan pendidikan terkini. Guru pendidikan khas perlu
menyambut baik dengan mengikuti kursus-kursus pendidikan yang dianjurkan oleh
pihak-pihak berwajib agar dapat mempertingkatkan keupayaan, ketahanan dan prestasi
bagi mendepani cabaran yang semakin kompleks ini. Selain itu juga seorang guru
perlulah berpengetahuan, berdaya fikir dan berakhlak mulia. Guru yang
berpengetahuan perlu serba tahu dengan menambah pembacaan untuk peningkatan
ilmu serta dapat membawa isu-isu semasa untuk dibincang dan mencari penyelesaian.
Murid-murid pendidikan sudah boleh berada dalam kelompok murid-murid biasa dan
menjalankan aktiviti kurikulum serta kokurikulum bersama. Program inklusif banyak
membantu menjadikan mereka berdaya saing dan berketrampilan setanding dengan
rakan sebaya. Justeru itu program inklusif perlu dilaksanakan dengan sebaik-baiknya
supaya murid-murid pendidikan khas boleh berpeluang membuktikan keupayaan
mereka dalam bidang akademik. Guru pendidikan khas harus berusaha dan
menunjukkan kepakaran dalam pelbagai bidang supaya kebolehan dan kepakaran itu
tidak boleh dipertikaikan. Kajian Haniz Ibrahim (1998) mendapati bahawa guru aliran
perdana sekolah rendah dan menengah bersikap negatif terhadap pendidikan inklusif.
Penerimaan guru aliran perdana terhadap murid yang belum didiagnosis lebih positif
berbanding murid yang sudah dilabel dengan sesuatu masalah.
Pihak pengurusan pendidikan khas perlu mempunyai hubungan baik dengan ibu
bapa dan sentiasa berkolaborasi demi kejayaan anak-anak pendidikan khas.
Keberkesanan dan pemantapan program sangat memerlukan sokongan daripada
institusi keluarga dan masyarakat. Pendapat Sharifah Alwiyah Al Sagoff, 1985 dalam
buku Kepimpinan Pendidikan di Malaysia92005), mengatakan sekolah dan keluarga
perlu mempunyai aspirasi , nilai dan sikap yang ada kesinambungan antara sekolah
dan rumah. Hal ini akan mengeratkan hubungan baik dua pihak dalam mencapai visi
pengurusan pendidikan khas. Ibu bapa dan masyarakat juga akan menjadi role model
kepada ibu bapa lain dan anak-anak pendidikan khas. Kesediaan ibu bapa dan
masyarakat memberi sokongan dalam program-program anjuran sekolah dan
penglibatan dalam majlis ilmu seperti seminar ke ibu bapaan membawa kepada hala
tuju yang sama.
Kerjasama dengan badan-badan sukarela dan NGO akan membuka ruang dan
pemikiran yang lebih luas dan terbuka. Disinilah tempat yang paling sesuai untuk
mereka bertukar-tukar pendapat, menjana idea dan memberikan kritikan membina
dalam usaha memahami keperluan pendidikan masa kini. Kesedaran dalam kalangan
mereka merupakan satu sokongan dan berfungsi sebagai penyumbang dalam
kemajuan pendidikan. Persepsi ibu bapa dan masyarakat terhadap pengurusan sekolah
perlu berubah mengikut keperluan semasa tanpa menyalahkan mana-mana pihak.
4.0 Rumusan
Kesimpulannya cabaran dan halatuju pengurusan pendidikan khas perlu
seiring. Isu-isu yang dihadapi bukanlah satu halangan dalam mentadbir sesuatu
program. Semua pihak perlu bekejasama dan berganding bahu supaya murid-murid
pendidikan khas mendapat peluang dan hak yang sama dalam pendidikan. Kecekapan
pengurusan sangat bergantung kepada kebijaksanaan mellaksanakan hal-hal yang
berkaitan dengan komunikasi dua hala. Pihak-pihak yang terlibat secara langsung
seharusnya diberi pendedahan yang sebaiknya mengenai pengurusan dan pentadbiran
pendidikan khas. Dengan adanya kerjasama dan hubungan baik, maka kecemerlangan
murid-murid pendidikan khas sudah pasti dapat ditingkatkan. Pendidkan Khas juga
mempunyai murid yang mempunyai matlamat mencapai kehidupan bermakna dan
berketrampilan dengan didikan golongan guru yang inovatif dan kreatif. Berikan ruang
kepada mereka untuk menjadi rakyat yang berpendidikan selari dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
Senarai rujukan:
Atan Long.(1991).Isu-isu latihan mengajar:Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.
Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari
segi kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan
strategi pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan
pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai
dengan perkembangan dan kebolehan pelajar. Strategi yang dipilih itu, selain
berpotensi memeransangkan pelajar belajar secara aktif, ia juga harus mampu
membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta
dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna.
Kadangkala hal sedemikian tidak berlaku dalam Pendidikan Khas. Ada sebilangan guru
yang mengambil kesempatan dengan ketidakupayaan murid. Mereka mengambil jalan
yang mudah dan mengajar dengan sambil lewa sahaja. Tidak ada persediaan dan
beranggapan tidak perlu bersusah payah mengajar kerana mereka pasti tidak
cemerlang seperti murid aliran perdana. Tidak perlu tetapkan target kerana mereka
sememangnya tidak ada pencapaian. Sikap beginlah menjadikan persepsi guru aliran
perdana dan pihak pentadbir semakin berat sebelah .
Terdapat guru yang melengahkan masa untuk masuk ke dalam kelas, dan ada juga
yang masuk tetapi tiada pengisian yang diterima oleh murid tersebut. Pengajaran tidak
berlaku biasanya guru akan mengambil latihan di dalam buku yang dibeli dan
difotostat untuk semua muridnya. Kemudian, murid akan diarah menyiapkan latihan
tersebut sementara guru membuka laptop dan melayari internet. Hal ini sememangnya
amat tidak patut dilakukan oleh guru walaupun mereka menganggap pengajaran akan
menjadi sia - sia kerana murid cepat lupa. Bagi guru yang prihatin, memang akan
digunakan latihan di dalam buku namun perlu mempunyai pengisian dan mengajar
dahulu murid berkaitan pengajaran tersebut. Betulah jika pihak pentadbir mengatakan
murid Pendidikan Khas setiap hari asyik mewarna.
Selain daripada itu, hasil kerja murid tidak dinilai dengan betul. Memberi tugasan
kepada hanya sebagai umpan untuk duduk diam sahaja. Murid tidak dibimbing dengan
baik dan seperti yang sepatutnya. Guru Pendidikan Khas sendiri memandang rendah
kepada kemampuan muridnya apatah lagi orang lain.
Isu seterunya berkaitan dengan pengawasan dan tanggungjawab guru selepas waktu
mengajar mereka. Walaupun bukan tugas guru biasa untuk mengawasi murid selepas
waktu mengajar, ia berbeza dengan pendidikan khas. Murid ini perlu diawasi setiap
masa namun bukan perlu memegangnya, cuma diperhati dan menegur sekiranya salah.
Namun, kebanyakan guru tidak menghiraukan perkara tersebut dan memandang
sebelah mata sahaja sekiranya berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini. Selalunya
tugas ini akan ditolak terus kepada pembantu pengurusan murid dan guru pula duduk
rehat dan melayari internet ataupun berborak sesama sendiri. Berbeza pula bagi guru
yang prihatin,mereka akan mengiringi muridnya ke kantin dan mengawasi agar tidak
berlaku pergaduhan atau menganggu murid lain.
Cadangan Mengatasi:
Guru pendidikan khas merupakan individu yang paling penting di dalam kelas
pendidikan khas. Sebagai pendidik mereka perlu merancang proses pengajaran
mereka dengaan baik. Mereka perlu tingkatkan kemahiran dan memperbaiki mutu
proses pengajaran. Guru perlu mewujudkan suasana yang kondusif supaya murid
dapat belajar dengan selesa dan kondusif.
Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas atau Penyelaras memainkan peranan penting
memantau dan memberi teguran serta menasihati guru-guru supaya yang melakukan
kesilapan. Mereka perlu diberi kesedaran dan pengetahuan mengenai tugas dan
tanggungjawab seorang guru Pendidikan Khas.
Juga dicadangkan sekiranya ada guru yang menghadapi masalah dalam proses
pengajaran, mereka perlu dibimbing cara melaksanakan pengajaran yang sesuai
dengan keupayaan murid Pendidikan Khas. Terutama sekali bagi Guru
Sandaran Tidak Terlatih. Mereka ini juga memerlukan guru pembimbing bagi
membantu mereka menyesuaikan diri dengan proses pengajaran.
Bagi Guru Sandaran Tidak Terlatih tempoh masa yang ditetapkan untuk mendapatkan
ilmu pedagogi tidak mencukupi. Mereka perlu diberi tempoh masa yang lebih lama
supaya mereka dapat mempelajari tenik-teknik dan pendekatan dalam pengajaran.
PENDAHULUAN
kita masih terikat dengan model-model pengajaran dan teori-teori yang ada
adalah satu cabang penyiasatan tingkah laku manusia dalam suasana pembelajaran .
Kajian saintifik terhadap tingkahlaku individu adalah berkait rapat terhadap prinsip dan
(Smith 1978). Dapatan-dapatan ini akhirnya menghasilkan satu teori atau kaedah dalam
supaya dapat dipelajari dengan berkesan. Daripada tidak tahu kepada lebih tahu pelajar
akan berubah dan menukar tingkah laku kepada sesuatu yang baru. Drisoll(1994)
secara berterusan dalam diri manusia hasil interaksi pembelajaran dengan alam
tingkah laku dalam diri pelajar. Oleh itu pembelajaran itu adalah satu proses yang
pembelajaran adalah satu proses dalaman yang berlaku dalam akal fikiran yang tidak
dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku manusia. Proses celik akal,
umur dan kebolehan murid. Semua maklumat yang di terima di padankan dengan
makluamat yang sedia ada, diubahsuai dan disusun semula seterusnya menghasilkan
PRINSIP-PRINSIP KOGNITIF:
3. Pengetahuan sedia ada murid digunapakai dan disesuaikan dengan pembelajaran yang
baru.
4. Isi pelajaran perlu disusun mengikut pola-pola yang tertentu supaya murid lebih
mengingati.
1. Menekankan kepada proses mental dalam yang bermaksud maklumat yang di terima
diproses melalui perbandingan, peniruan dan penyatuan dengan maklumat lain yang
maklumat dengan pengetahuan sedia ada. Proses pembelajaran di bawah teori ini juga
kesimpulan sendiri. Tokoh-tokoh yang terkenal terdiri daripada Jean Piaget, Bruner,
Lev Vygotsky dan John Dewey. Kesemua tokoh-tokoh ini melihat proses pembelajaran
sebagai aktivfiti pembinaan mental yang dicantumkan dengan maklumat baru. Teori ini
sedia ada. Semua maklumat baru yang ada akan diolah dan disesuaikan dengan satu
aktif.
3. Murid akan belajar dan mendapat sesuatu input yang baru semasa
pembelajaran.
murid supaya mudah difahami dan murid memahami objektif yang hendak
yang baru. Contohnya aktiviti makan dan minum yang telah dipelajari dirumah,
semasa makan.
7. Penilaian secara tradisi sangat tidak sesuai digunakan lagi, dan teknik
pertumbuhan kecerdasan yang dipengaruhi oleh lingkugan sosial dan kematangan. Ahli
masing. Menurut Piaget ada 4 tahap perkembangan yang akan dilalui oleh semua
kanak-kanak.
1) Tahap sensorimotor iaitu dari lahir sehingga berumur 2 tahun dimana kanak-kanak akan
memerhati dan melalui pengalaman akan mempelajari sesuatu yang dilihat, dirasa dan
memahami dan berinteraksi dengan persekitaran. Pada tahap ini juga tiada konsep
pengekalan kerana kebolehan mental sangat terhad kepada objek yang dapat dilihat
sahaja.
2) Tahap pra-operasi iaitu dari 2 tahun hingga 7 tahun dimana kanak-kanak mula
menggunakan kecekapan kemahiran motor kasar dan halus untuk meneroka sesuatu
yang baru. Pada peringkat ini kanak-kanak mula memahami symbol dan keupayaan
kognitif akan menjadi lebih pesat apabila kanak-kanak mula fasih bertutur.
3) Tahap operasi konkrit iaitu dari 7 tahun hingga 11 tahun dimana kanak-kanak mula
menggunakan pengetahuan dan akal fikiran untuk mempelajari sesuatu yang konkrit.
sebelum dapat menyelesaikan beberapa masalah. Pada peringkat ini juga kanak-kanak
sudah boleh mempelajari lebih daripada satu perkara dalam satu masa. Namun
demikian keupayaan berfikir secara logik masih terbatas kepada konkrit sahaja.
4) Tahap operasi formal iaitu berumur 11 tahun ke atas yang akan lebih mempelajari
sesuatu yang lebih abstrak.( dari konkrit ke abstrak).Ini adalah peringkat perkembangan
kesesuaian keadaan. Adaptasi dan keseimbangan adalah saling berkait dan saling
mempengaruhi antara satu sama lain. Urutan setiap tahap tersebut tidak dapat diubah
tingkahlaku individu untuk mengadaptasikan diri dalam alam sekitar adalah sebenarnya
proses pembelajaran. Proses asilimasi di mana semua pengalaman lalu akan akan
dikaitkan dengan pengalaman yang baru untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baru.
Pengalaman yang baru tersebut pula dinamakan akomodasi iaitu satu proses yang
DAN PEMBELAJARAN.
2. Isi pelajaran akan dikembangkan dan dikaitkan dengan mengikut peringkat kognitif
Bahasa Melayu dengan tema buah-buahan. Murid akan diberi penerangan mengenai
jenis –jenis buah-buahan tempatan, serta dikaitkan dengan rasanya. Pada tahap ini
pengalaman.
3. Isi pelajaran akan disusun daripada konkrit ke abstrak iaitu dari senang ke susah.
Contoh dalam matapelajaran matematik. Konsep pra nombor akan diajar dulu sebelum
mempelajari nombor.
4. Penglibatan kanak-kanak adalah secara aktif dalam aktiviti kumpulan digalakkan dan
mereka saling berinteraksi antara satu sama lain. Komunikasi dua hala dan bertukar
5. Motivasi secara instrinsik dipupuk supaya kanak-kanak dapat digerakkan secara aktif
dalam aktiviti. Contohnya dengan memberi pujian , kata-kata galakan, dan sokongan
Lev Vygotsky adalah seorang ahli psikologis, dan karyanya sangat terkenal di dunia
barat pada tahun 1960an. Teori Vygotsky lebih menekankan kepada interaksi antara
aspek internal dan eksternal dalam pembelajaran . Menurut Vygotsky sistem sosial
dan budaya . Teori beliau juga ada menyebut mengenai “scaffolding” iaitu memberikan
sejumlah besar bantuan pada tahap awal pembelajaran dan kemudian mengurangi
sendiri. Bantuan yang diberi adalah seperti peringatan, petunjuk dan dorongan
potensi murid dapat dikembangkan melalui usaha dan pengalaman sendiri dalam
sehingga berjaya menguasai dengan sendiri. Proses ini akan berulang-ulang berkali-
kali sehingga kanak-kanak mempunyai keyakinan untuk melakukannya sendiri
walaupun masih mengharapkan bimbingan daripada orang lain. Pada peringkat ini
kebolehan diri sendiri. Pada satu peringkat dimana kanak-kanak berjaya melakukan
aktiviti-aktiviti yang sukar tanpa bantuan orang lain berdasarkan pengalaman masing-
masing.
PEMBELAJARAN.
satu sama lain. Contoh dalam mata pelajaran sains, murid akan diminta membuat satu
uji kaji mengenai tumbuhan dalam kumpulan. Mereka akan berbincang dan
2. Konsep bantu sepenuhnya dan cuba sendiri dalam pembelajaran merupakan satu
interaksi pengalaman yang berkesan. Contohnya ada sekumpulan murid dalam ujikaji
sains seperti diatas memerlukan bantuan guru untuk memberi idea dan menggerakkan
3. Perkembangan kognitif murid akan lebih teransang sekiranya pengetahuan sedia ada
digunakan dalam proses pembelajaran. Contohnya dalam aktiviti seperti di atas juga,
dalam ujikaji sains tersebut. Semasa proses ini berlansung pelbagai percubaan yang
dan pembelajaran guru perlu mengetahui pengetahuan sedia ada murid agar sesuai
dengan isi pelajaran yang akan disampaikan. Contohnya dalam aktiviti kemahiran hidup
iaitu komponen berkebun. Bersoal jawab hendaklah berkaitan dengan tanaman atau
sayuran yang biasa dilihat oleh kanak-kanak dirumah. Sekiranya kanak-kanak tersebut
suka memakan sayuran kacang panjang sudah tertentu ianya akan begitu teruja
hendak belajar cara-cara menanam pokok kacang panjang. Isi pelajaran akan lebih
dan tahap keupayaan yang berbeza. Walaupun aktiviti dijalankan dalam kumpulan
namun tahap mereka sangat berbeza. Kepakaran guru sangat diperlukan supaya
diberi tajuk yang sama tetapi aktiviti setiap satunya berbeza. Misalan dalam
matapelajaran matematik, dengan tajuk nombor 0-5. Jadi dalam satu kumpulan tersebut
ada murid yang akan membilang nilai nombor dengan menggunakan alat pembilang
atau yang lain akan menggunakan plastesin untuk membentuk nombor. Sementara
yang lain pula akan mewarna atau menyambung garisan putus-putus yang berkaitan
dengan nombor tersebut. Dalam proses ini guru dapat memberi tumpuan sepenuhnya
kepada setiap orang murid secara individu untuk mencapai objektif pembelajaran.
3. Keutamaan harus diberikan kepada penglibatan murid yang aktif dan berusaha sendiri
dalam aktiviti pembelajaran. Ini bertujuan memberi ruang kepada murid untuk
dapat dilihat dalam aktiviti kemahiran manipultif. Kanak-kanak akan diberi peluang
bermain dengan lego, berbincang dan bekerjasama dengan rakan untuk mencipta
sesuatu binaan. Guru perlu menghidupkan suasana pembelajaran tersebut dengan
4. Perbezaaan individu perlu diambil kira supaya setiap aktiviti dapat disusun mengikut
perlu mengetahui sedikit sebanyak latar belakang kanak-kanak tersebut. Ianya banyak
kanak autisme yang terlalu sukar untuk difahami. Kadang kala beliau akan menjadi
pasif dan terlalu aktif dalam setiap masa. Berbanding dengan seorang kanak-kanak
perkembangan lambat (slow learner) yang boleh dikategorikan dalam kumpulan yang
boleh belajar. Oleh yang demikian bahan –bahan dan aktiviti pembelajaran yang
berkaitan adalah sangat berbeza antara keduanya. Guru perlu tahu kehendak dan
mood kanak-kanak ini sebelum memulakan pengajaran. Mood dan kehendak itu pula
5. Guru perlu mendorong dan memotivasikan kanak-kanak berkeperluan khas ini dalam
proses pembelajaran. Mendekati mereka dengan penuh kepercayaan dan kasih sayang
akan membuat mereka rasa dihargai dan rasa diterima. Lenggok dan bahasa badan
guru bukan sahaja dapat memberikan keyakinan kepada mereka bahkan melenyapkan
sedikit sebanyak rasa rendah diri yang ada dalam diri mereka. Secara tidak langsung
mereka akan mempercayai guru adalah rakan yang baik dan boleh menerima mereka.
Penggunaan bahasa yang sesuai dengan aras mereka serta mudah difahami banyak
membantu menyampaikan maksud atau hasrat yang hendak disampaikan oleh guru.
Selain daripada itu ganjaran dari segi materialistik seperti gula-gula, biskut, kata-kata
pujian dan senyuman guru akan turut memotivasikan kanak-kanak tersebut. Objektif
pembelajaran akan lebih cepat tercapai jika guru dapat menggunakan barang-barang
permainan sebagai bahan bantu mengajar. Kanak-kanak akan cepat teransang dan
tersebut boleh berdikari dengan sendirinya. Contohnya dapat dilihat dengan jelas dalam
aktiviti pengurusan diri iaitu memakai pakaian. Pada peringkat pertama guru akan
Aktiviti ini akan dilakukan secara latihtubi sehingga kanak-kanak tersebut berkeyakinan
untuk melakukan sendiri. Akhirnya kanak-kanak tersebut akan diberi ruang dan masa
memakai pakaian dengan sendiri sehingga berjaya. Guru pada ketika itu hanya
Pemerhatian boleh dibuat samada secara individu atau ketika kanak-kanak tersebut
dalam kumpulan. Perubahan tingkah laku yang ditunjukkan akan memberikan jawapan
kepada guru semasa membuat pemerhatian. Perubahan tingkah laku tersebut boleh
bahan media.
8. Peranan guru pendidikan khas adalah sama dengan tugas guru di arus perdana.
dilakukan dengan teliti supaya objektif dapat dicapai sepenuhnya. Guru mesti
memainkan peranannya sebagai pemudah cara atau penolong dalam setiap aktiviti
pembelajaran. Guru perlu mahir memilih bahan-bahan yang sesuai dengan aktiviti yang
dirancang. Guru juga berperanan sebagai pembimbing yang sentiasa membantu murid-
RUMUSAN.
Keseluruhannya teori – teori yang telah dibincangkan di atas telah menyentuhkan
banyak perkara dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kedua-dua teori tersebut
saling berkait antara perkembangan kognitif dan proses penyelidikan, proses meneroka
dan cuba jaya. Perubahan tingkah laku yang positif akan dicapai setelah berlakunya
bertambahnya pengetahuan ke dalam ingatan jangka panjang. Teori – teori ini sangat
kognitif mereka sangat berkait dengan pengetahuan sedia ada untuk membentuk satu
pengalaman yang baru. Proses pengajaran dan pembelajaran perlu memberikan ruang
kepada kanak-kanak meneroka sendiri bagi meningkatkan lagi keyakinan diri dan
proses interaksi dengan rakan dan bahan. Berdasarkan teori yang telah dibincangkan
di atas, saya berpendapat adalah sangat perlu bagi guru-guru mengaplikasikan kaedah
dan teknik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid diberi peluang
bergerak bebas menjalankan aktiviti dan berinteraksi dengan bahan dan guru. Akhir