Anda di halaman 1dari 7

UJIAN 1 TAHUN 2020

PERNIAGAAN
TINGKATAN 4
(2 JAM)

Bahagian A
Arahan: Sila jawap soalan berikut dengan memilih A, B, C atau D. Tanda jawapan yang dipilih pada
kertas jawapan yang disediakan.

1. Antara yang berikut, manakah yang berkaitan dengan perniagaan?


I Menghasilkan pelbagai produk pengguna
II Memenuhi keperluan dan kehendak pengguna
III Mempromosikan aktiviti barang dan perkhidmatan
IV Melibatkan urus niaga jual beli barang dan perkhidmatan

A I dan II B I dan III


C II dan IV D III dan IV
2. Pernyataan manakah yang tidak berkaitan dengan konsep asas perniagaan?
A Melatih tenaga kerja mahir
B Melakukan pertukaran nilai
C Menyediakan barang dan perkhidmatan
D Memuaskan keperluan dan kehendak pengguna

3. Manakah yang berkaitan dengan rumus keuntungan perniagaan?


A Jumlah jualan melebihi jualan kos stok barang
B Hasil jualan melebihi jumlah kos barang yang dijual
C Hasil jualan ditambah dengan jumlah kos stok barang
D Jualan kos barang dicampurkan jumlah hasil perniagaan

4. Maklumat di bawah ini berkaitan dengan aktiviti perniagaan.

Jenis Perniagaan
I II
Kilang perabot Hospital pakar

Apakah aktiviti perniagaan yang dilakukan oleh I dan II?

I II
Aktiviti berasaskan Aktiviti berasaskan
A
barang perkhidmatan
Aktiviti berasaskan Aktiviti berasaskan
B
perkhidmatan barang
Aktiviti berasaskan Aktiviti berasaskan
C
perdagangan sumber alam
D Aktiviti berasaskan Aktiviti berasaskan
perdagangan dan perdagangan dan

1
perkhidmatan sumber alam

5. Antara yang berikut, manakah yang menunjukkan kepentingan untung kepada perniagaan?
I Dapat menarik pelabur baharu
II Dapat mendorong pekerja bekerja lebih keras
III Dapat melaksanakan tanggungjawab sosial
IV Dapat memastikan kelangsungan perniagaan

A I, II, dan III B I, II, dan IV


C I, III, dan IV D II, III dan IV

6. Persatuan Peniaga Bandar Klang menjual barang pada harga di bawah kos. Mengapa?
A Untuk mengusir pesaing di pasaran
B Untuk mempromosi jenama tertentu
C Untuk mempromosikan alam sekitar bersih
D Untuk membantu ahli masyarat yang tidak mampu

7. Apakah kelebihan milikan perniagaan “Butik Amira” berbanding milikan perniagaan “Butik Amira,
Amiza dan Aminah”?
I Mudah ditubuhkan
II Beban cukai rendah
III Bebas menguruskan perniagaan
IV Keputusan dibuat dengan cepat

A I dan II B I dan III


C II dan IV D III dan IV
8. Maklumat yang berikut berkaitan dengan sejenis rakan kongsi.
Apakah jenis rakan kongsi berkenaan?

Encik Zarif membenarkan kawan-kawannya menggunakan


namanya dalam satu perniagaan perkongsian. Beliau tidak
mengeluarkan sebarang modal

A Rakan kongsi berhad


B Rakan kongsi lelap
C Rakan kongsi biasa
D Rakan kongsi nominal

9. Rajah di bawah ini berkaitan dengan bentuk perniagaan.

Agensi Pengiklanan John

Agensi Pengiklanan John dan


Dan
Mahesh

Agensi Pengiklanan Mahesh

2
Mengapakah peniaga mengambil tindakan seperti di atas?
I Perniagaan berterusan
II Risiko dapat disebarkan
III Dapat berkongsi kepakaran
IV Menanggung liabiliti terhad

A I dan II B II dan III


C II dan IV D I dan IV
Soalan 10 dan soalan 11 adalah berdasarkan maklumat di bawah

10. Siapakah yang menentukan dasar dan skop operasi?


A Pengurus besar
B Ketua Eksekutif
C Pemegang saham
D Lembaga pengarah

11. Pernyataan manakah yang berkaitan dengan bentuk pemilikan tersebut?


I Bilangan maksimum ahli ialah 50 orang
II Syer boleh diurusniagakan di bursa saham
III Pemegang saham asal menanggung risiko kehilangan kawalan
IV Laporan kewangan tahunan tidak perlu diumumkan kepada orang ramai

A I dan II B II dan III


C II dan IV D III dan IV
12. Afiq ialah seorang rakan kongsi dalam sebuah perniagaan. Beliau bertangungjawab dalam urusan
pengurusan perniagaan serta diberi gaji. Afiq terlibat dalam perniagaan jenis..
A Rakan kongsi berhad
B Rakan kongsi aktif
C Rakan kongsi lelap
D Rakan kongsi nominal

13. Apakah tanggungjawab rakan kongsi?


A Menjaga keselamatan premis
B Melindungi rahsia perniagaan
C Mencari sumber pembiayaan
D Membuat laporan kewangan

14. Apakah kepentingan pemegang saham untuk menguasai 51% pegangan saham dalam sesebuah
Syarikat Awam Berhad?
A Mencipta nama
B Mengawal pengurusan syarikat

3
C Mendapat keuntungan yang banyak
D Meningkatkan keuntungan secara maksimum

15. Berikut adalah ciri-ciri salah satu daripada jenis perniagaan.

 Bilangan ahli 2 hingga tiada had


 Saham diurusniagakan di Bursa Saham Malaysia

Apakah jenis perniagaan tersebut?


A Koperasi
B Syarikat Awam Berhad
C Milikan tunggal
D Perkongsian

16.
 Ditubuhkan oleh sekumpulan individu secara sukarela
 Matlamat ialah melindungi kepentingan anggota
Nyatakan ciri-ciri
perniagaan di atas.
I Setiap anggota mempunyai hak membuat keputusan
II Mengutamakan keuntungan maksimum
III Aktiviti tidak berunsurkan politik
IV Liabiliti tidak terhad

A I dan II B I dan III


C II dan IV D III dan IV

 Berhak menggunakan cap dagangan, tanda nama dan logo


17.
 Perlu membuat bayaran fi (royalti)

Pernyataan di atas merujuk kepada


A Syarikat Sendirian Berhad
B Koperasi
C Usaha sama
D Francais

18. Salah satu prinsip koperasi ialah kebebasan autonomi.


Apakah yang dimaksudkan dengan kebebasan autonomi?
A Keanggotaan dalam koperasi adalah secara sukarela
B Anggota berhad mendapat Pendidikan, latihan dan maklumat
C Kawalan atau pengurusan koperasi dilakukan secara demokrasi
D Anggota berhak bersuara dan memberikan pendapat masing-masing

19. Apakah kelebihan perniagaan francais kepada francaisor?


A Dapat menjimatkan kos promosi
B Dapat menjamin keuntungan perniagaan
C Tidak terikat dengan sebarang perjanjian
D Dapat mengembangkan perniagaan secara global

4
20. Antara yang berikut, manakah kelebihan usaha sama?
I Dapat menjamin keuntungan
II Risiko perniagaan dapat dikurangkan
III Dapat mengelakkan berlakunya konflik
IV Mudah untuk mendapat pelbagai sumber

A I dan II B II dan III


C I dan IV D II dan IV

21. Perniagaan manakah yang boleh digolongkan sebagai perniagaan bersaiz kecil?
A Butik Pakaian Emma
B Syarikat perabot A&A Berhad
C Kilang Plastik Ali dan Rakan-rakan
D Kilang Kek dan Biskut Sweet Sdn. Bhd.

22. Pilih pasangan yang betul tentang perniagaan bersaiz kecil yang terlibat dalam aktiviti
pengilangan.

Jumlah Jualan Tahunan Bilangan Pekerja Tetap

RM300 ribu hingga kurang 5 hingga kurang daripada


A daripada RM 3 juta 30 orang

Kurang daripada RM300 Kurang daripada 5 orang


B ribu

RM300 ribu hingga kurang 5 hingga kurang daripada


C daripada RM15 juta 75 orang

D Lebih daripada RM15 juta Lebih daripada 75 orang

23. Antara yang berikut, manakah cabaran utama yang dihadapi oleh perniagaan bersaiz besar?
I Masalah aliran tunai
II Ketidakpastian pasaran
III Sukar untuk menyediakan latihan
IV Perundangan dan peraturan kerajaan

A I dan II B I dan III


C II dan IV D I dan IV

24. Rajah di bawah ini berkaitan dengan sektor perniagaan.

Kejuruteraan Pembinaan

Pembekalan

5
tenaga

Apakah X?
A Sektor awam
B Sektor primer
C Sektor tertier
D Sektor sekunder

25. Antara yang berikut, pernyataan manakah yang berkaitan dengan sektor ketiga di Malaysia?
I Merupakan penyumbang terbesar kepada KDNK Negara
II Pengekstrakan sumber semula jadi merupakan aktiviti utama
III Melibatkan akiviti pembekalan tenaga daripada pelbagai sumber
IV Membekalkan perkhidmatan daripada pengeluar terus kepada pengguna

A I dan II B II dan III


C I dan IV D III dan IV

26.
 Tembusi pasaran peringkat daerah
 Kos agak tinggi
 Terlibat dengan sektor PKS
Pernyataan di atas merujuk
A Skala tempatan
B Skala negeri
C Skala kebangsaan
D Skala antarabangsa

27. Sektor utama dalam perniagaan melibatkan beberapa kegiatan perniagaan, iaitu
I Perlombongan
II Perindustrian
III Perkilangan
IV Pertanian

A I dan II B I dan IV
C II dan III D III dan IV

28.
Penghasilan daripada input kepada output yang lebih bernilai
Pernyataan di atas merujuk kepada
A Pembinaan
B Kejuruteraan
C Pembekalan tenaga
D Pembuatan dan pengilangan

29. Elektrik, air dan petroleum termasuk dalam bidang perniagaan sektor kedua iaitu
A Pembinaan
B Kejuruteraan
C Pembekalan tenaga
D Pembuatan dan pengilangan

6
30. Agensi manakah yang menjadi penyumbang utama eksport negara pada era selepas merdeka
sehingga tahun 1970-an?
A Pertanian
B Peruncitan
C Perkilangan
D Perkhidmatan

Bahagian B
Arahan : Sila Jawab Semua Soalan di Bahagian B

1) a) Terangkan maksud perniagaan. [2 markah]

b) Huraikan tiga konsep asas perniagaan. [6 markah]

c) Senaraikan dua kepentingan keuntungan kepada perniagaan. [2 markah]

2) a) Berikan dua faktor penentuan saiz perniagaan? [2 markah]

b) Apakah itu Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)? [2 markah]

c) Terangkan tiga ciri Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT). [6 markah]

_________________________________SOALAN TAMAT_________________________________