Anda di halaman 1dari 1

Saya berasal daripada keluarga kristian dan sejak kecil ibu membawa saya

baptism. Masa itu saya masih kecil dan tidak tahu siapa Yesus dan saya hanya
mengikuti ibu saya pergi gereja. Saya amat bersyukur kerana saya dilahirkan
dalam keluarga yang beragama kristian.Bagi saya itu adalah satu hadiah yang
sangat berharga dan penting dalam kehidupan saya. Kehidupan dan perangai
saya tiada perbezaan dengan orang lain yang tidak beragama kristian.

Selepas SPM, saya telah memohon masuk ke maktab perguruan untuk menjadi
guru. Permohonan saya berjaya mendapat kelulusan tetapi aku perlu pergi ke
negeri Terengganu untuk melanjutkan pelajaran saya. Negeri Terenggganu
adalah negeri yang beragama Islam dan hari Jumaat dan Sabtu adalah cuti
persekolahan. Mula-mula saya tidak biasa dengan adat resam dan orang melayu
di sini. Kebanyakkan mereka bercakap bahasa Kelantan iaitu bahasa kampung
mereka dan jauh beza dengan bahasa melayu. Makanan juga berbeza dengan
makanan orang cina dan mahu makan babi pun susah. Tetapi tempat ini adalah
tempat yang paling bagus untuk belajar dan dapat menjimat banyak duit sebab di
sini tiada hiburan.

Banyak perkara saya perlu buat dengan diri sendiri seperti memasak dan
mengemas bilik. Di sini saya belajar bagaimana berdisiplin dan berdikari.
Kemahiran bersosial dan berkomunikasi dengan orang lain dan bagaimana
menjaga hubungan persahabatan juga telah saya belajar. Semua ini adalah
rahmat Tuhan kepada saya.

Saya masih ingat semasa saya berumur 20, saya selalu fikir kenapa saya boleh
di sini dan apakah matlamat kehidupan saya. Sejak itu saya baru rasa kehidupan
saya mengalami kelahiran semula dan saya mahu lebih mengenal serta dekat
dengan Yesus. Saya perlu ada Yesus dalam kehidupan saya dan saya tidak
boleh pisah dengan-Nya. Saya tahu jika saya pisahkan-Nya kehidupan saya
pasti hilang hala tuju dan kehidupan saya akan seperti zombie (orang yang
hidup tetapi tidak ada semangat dan kegembiraan). Saya tidak mahu kehidupan
yang tidak ada semangat, tidak ada harapan dan sedih. Keinginan menjadi orang
berpengaruh yang boleh membawa orang ke depan Yesus amat kuat. Setiap kali
saya amat menghargai peluang yang ada membuat kerja Yesus. Di samping itu,
saya juga menghayati setiap kali kami bertemu dan berkumpul untuk
menyembah Yesus. Harap kita boleh menguatkan serta mengukuhkan iman dan
percaya Yesus sampai masa kita bertemu dengan-Nya.

Anda mungkin juga menyukai