Anda di halaman 1dari 2

SOALAN :

Sebagai seorang guru nyatakan apakah cabaran pendidikan yang paling kritikal yang anda
alami sepanjang pengalaman anda menjadi guru. Adakah anda berpandangan anda harus
terlibat dalam sebarang perubahan pendidikan di Malaysia ini? Jika ya, mengapa dan jika tidak
adakah anda rasa itu bukan sebahagian daripada tanggungjawab anda?

JAWAPAN :

Antara cabaran yang dihadapi guru :

1. Salah satu daripada cabaran yang dihadapi oleh para guru ialah guru diberikan pelbagai
jawatan yang bukan sepatutnya dilakukan oleh seseorang guru atau mengajar subjek
yang tidak berkaitan dengan opsyen yang dibelajar. Hal ini mungkin menyebabkan
kualiti pengajaran menurun jika guru bukan opsyen mengajar dalam subjek tersebut.
Selain itu, tanggungjawab seseorang guru pada masa ini bukan sahaja mengajar
beberapa subjek yang tertentu tetapi seseorang guru juga terpaksa memegang
beberapa portfolio dalam sesuatu jawatankuasa atau memegang sesuatu jawatan yang
tidak berkaitan aktiviti pengajaran dalam kelas.
2. Seterusnya, seseorang guru juga menghadapi cabaran dalam menyesuaikan diri dalam
perkembangan era globalisasi terutamanya dalam penggunaan alatan yang semakin
canggih dalam sesi pengajaran. Bertitik tolak daripada itu, guru-guru pada masa kini
perlu memantapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang setaraf dengan perkembangan
era globalisasi yang dihadapi
3. Guru perlu sentiasa sedia dan peka dalam melahir dan menggunakan situasi-situasi
pembelajaran secara cekap dan berkesan agar murid-murid dapat digerakkan untuk
berfikir secara kreatif dan kritikal. Pengajaran yang berkesan akan membantu murid-
murid dalam mempelajari sesuatu. ‘Setiap kejayaan dicapai manusia, titik pangkalnya
bermula daripada guru’.
4. Dari sudut subjek Pendidikan jasmani pula, pekeliling masa pengjaran subjek ini sering
berubah-rubah. Sebagai contohnya, pada hari ini subjek Pendidikan jasmani perlu di
ajar 2 kali dalam seminggu dengan 1 masa cumalah 30 minit sahaja. Dalam pada itu,
subjek ini tidak digabungkan lagi dengan subjek Pendidikan Kesihatan. Oleh yang
demikian, sebagai bakal seorang guru PJ, seharusnya bersedia dengan perubahan
perubahan sebegini.

Seorang guru seharusnya bersedia dengan apa sahaja perubahan yang berlaku dalam dunia
Pendidikan kerana :

1. Guru merupakan salah satu tonggak utama ejen perubahan negara dari aspek
pembangunan dalam Pendidikan. Ini kerana. Guru adalah sebagai agen perubahan bagi
membimbing murid-murid agar bersedia untuk menghadapi segala perubahan yang
akan berlaku.
2. Keperluan terhadap pembentukan akhlak mulia dalam kalangan murid semakin
mendesak memandangkan masalah sosial yang timbul selari dengan kepesatan
kemajuan dunia.
3. Guru bersikap terbuka secara proaktif dan bersedia untuk menghadapi perubahan
khususnya dalam bidang pendidikan
4. Seorang guru perlu engintegrasi dan membudayakan ICT pada setiap kesempatan
dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah mampu mempengaruhi minat dan
keupayaan untuk mengubah amalan pengajaran dan pembelajaran sedia ada serta
membawa amalan itu ke peringkat yang lebih berkualiti

Anda mungkin juga menyukai