Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
my/2012/10/pendekatan-koperatif-
meningkatkan.html
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Mengikut sejarah pendidikan di Malaysia, baik Laporan Rahman Talib, Akta Pelajaran 1961
mahupun Laporan Kabinet 1979, penegasan dan penekanan yang lebih dan berterusan diberikan
kepada asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Ini secara tidak langsung menyumbang
kepada kejayaan dalam merealisasikan cabaran keenam Wawasan 2020, iaitu untuk mewujudkan
masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan
berpandangan ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga menjadi
penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.
Konvesyen Nasional PIPP 2008 yang diadakan di Institut Aminudin Baki, Menteri Pelajaran ada
menyatakan bahawa kecemerlangan dan kemajuan sesebuah negara di dunia mempunyai kaitan
dengan kemantapan sistem pendidikan dan perancangan pendidikan yang dilaksanakan dengan
betul dan berjaya. Beliau juga ada menyatakan bahawa Malaysia dikenali sebagai negara
membangun kerana sistem pendidikan cemerlang. Selalunya kecemerlangan pendidikan ini akan
memberikan hasil yang bermutu dan memenuhi keperluan guna tenaga manusia untuk
memajukan sesebuah negara. Kemahiran asas ini boleh dipelajari melalui interaksi manusia
sesama manusia dalam kehidupan seharian. Ini adalah kerana pemahaman terhadap pelbagai
kandungan dan penyataan bermakna dalam bahasa terbina daripada pemahaman manusia sesama
manusia melaui interaksi yang berlaku (Davis dan Hersh, 1986).
Kepentingan lisan, bacaan dan menulis dalam kehidupan seharian memang tidak dapat dinafikan.
Kurikulumnya yang teratur dari segi struktur dan kandungannya yang tersusun secara hierarki
memerlukan seseorang murid menguasai asas berbahasa sebelum mereka boleh menguasai
bahasa Melayu untuk berinteraksi (PPK 2000).
Oleh itu walau apa pun tajuk dan kemahiran dalam bahasa Melayu Penulisan, yang pasti untuk
memastikan input maksimun diterima oleh murid, pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu
Penulisan di dalam kelas perlu kepada strategi yang kemas berkesan dan teratur supaya semua
objektif pengajaran dan pembelajaran akan tercapai sepenuhnya.
Strategi pengajaran dan pembelajaran yang paling sesuai ialah melalui pengalaman aktif,
reflektif dan pengabstrakan (Nik Azis, 1992). Ketiga-tiga unsur di atas melibatkan penguasaan
kemahiran, di samping menggunakan pengetahuan yang tertumpu pada, penyelesaian masalah,
pemikiran logik, kritis, analitis dan bersistem serta pemupukan nilai murni.
Menurut Khalid (1993), pembelajaran berkesan bermakna satu usaha yang teratur, bersistem,
bertertib serta optimum yang menyatupadukan dan memanfaatkan kesemua komponen
pembelajaran untuk kejayaan yang paling maksimum’.
Oleh yang demikian, untuk mencapai kecemerlangan yang berterusan, semua ini harus diikuti
dengan sistem yang betul dan teratur. Proses pengajaran dan pembelajaran diuruskan dengan
cara yang lebih sistematik terutamanya dari segi kaedah pengajaran dan pembelajaran. Tanpa
proses pengajaran yang sistematik, pengajaran dan pembelajaran berkesan tidak mungkin dapat
dilaksanakan dengan jayanya.
Bahasa Melayu Penulisan merupakan satu mata pelajaran yang penting dan mencabar bagi
kebanyakan murid. Bahasa Melayu Penulisan juga memainkan peranan yang sangat penting
dalam kehidupan harian. Oleh sebab itulah bahasa Melayu Penulisan perlu diberi penekanan
terhadap keupayaan memahami sesuatu tajuk dan perkembangan idea dalam pelbagai bentuk
penulisan.
Sepertimana selalu guru mengajar secara lisan atau ‘chalk and talk’ (Osborne, Bell and Gilbert,
1983) bagi tajuk bahasa yang abstrak tidak dapat membantu pelajar memahami konsep bahasa
dengan mendalam. Kaedah koperatif merupakan salah satu kaedah yang dikenal pasti sebagai
cara yang terbaik dapat membantu guru dan pelajar di dalam kelas untuk meningkatkan
pengetahuan dan kefahaman mereka dalam tajuk yang diajar.
Hasil temubual bersemuka dengan seorang guru yang berpengalaman mengajar bahasa Melayu
Penulisan selama lapan belas tahun di Sekolah Kebangsaan Gong Balai iaitu Puan Noraini
Sulaiman, beliau menyatakan bahawa kebanyakan murid tahun lima masih tidak menyedari
bahawa mereka sudah melangkah ke tahap dua. Cara dan budaya pembelajaran murid tahap satu
adalah berbeza dengan murid tahap dua. Murid-murid ini tidak menunjukkan kesediaan yang
cukup untuk menjalani kehidupan sebagai murid tahap dua. Secara tidak langsung, murid ini
tidak bersedia untuk menghadapi tajuk dan kemahiran yang lebih mencabar.
Apabila keadaan ini berlaku, secara tidak langsung murid ini tidak akan dapat memahami isi
kandungan pelajaran dengan sepenuhnya dan mereka tidak akan dapat menguasai kemahiran
yang diajar dengan sempurna. Menurut Mok Soon Sang dalam bukunya Psikologi Pendidikan
‘Kesediaan belajar adalah faktor yang penting untuk membawa murid ke arah menjalankan
aktiviti pembelajaran dengan mudah , seronok dan berkesan’.
Menurut Puan Noraini lagi, ramai murid tahun lima yang telah lupa atau tidak mengingati teknik
atau konsep yang telah dipelajari sebelum ini. Ini terutamanya berlaku di awal penggal
persekolahan. Kesannya, akan menjadikan mata pelajaran bahasa Melayu Penulisan satu
matapelajaran susah bagi murid. Guru perlukan kemahiran dan pengetahuan untuk menarik
semula minat murid-murid. ‘Untuk mempelajari sesuatu ilmu, pelajar hendaklah menguasai
kemahiran asas atau pengalaman yang berkaitan’.(Mok Soon Sang . 2002).
Bilangan murid yang ramai di dalam sesebuah kelas juga menyumbang kepada tahap kefahaman
murid sewaktu pengajaran dan pembelajaran. Bilangan murid yang ramai juga akan
mengakibatkan guru tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada seluruh kelas. Ini akan
mengakibatkan murid yang pasif akan tertinggal sewaktu pembelajaran. Oleh yang demikian,
seseorang guru itu perlu merancang pengajaran yang akan berlaku supaya murid lebih bersedia
untuk belajar. Oleh itu , pembelajaran secara koperatif adalah kaedah yang paling berkesan untuk
memenuhi kehendak pelbagai tahap kebolehan murid.
Dalam setiap kelas, murid yang boleh dikategorikan kepada pelbagai tahap mengikut
kebolehan,iaitu cemerlang,sederhana dan lemah. Hasil daripada temubual dangan guru didapati
murid kurang kesediaan untuk belajar di dalam kelas.
Proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu penulisan sering berhadapan dengan
masalah yang melibatkan pencapaian murid yang rendah. Ini merupakan satu cabaran bagi guru-
guru. Mungkin kerana ramai murid akan merasa bosan dengan pembelajaran bahasa Melayu
Penulisan, proses pembelajaran perlu dipelbagaikan dari masa ke semasa. Oleh itu kajian yang
dilakukan akan membantu meningkatkan pencapaian murid. Salah satu cara pengajaran yang
akan dilakukan adalah pengajaran secara koperatif.
Begitu juga dengan kesukaran murid untuk memahami kemahiran-kemahiran bahasa Melayu
Penulisan. Ini memerlukan pelbagai usaha dan penambaikkan yang sesuai dilaksanakan untuk
mengatasi atau mengurangkan masalah tersebut. Pendidikan bahasa Melayu Penulisan di
peringkat sekolah menekankan penguasaan terhadap kemahiran lisan, bacaan dan menulis. (Noor
Azlan , 2004)
Pengajaran koperatif adalah pengajaran yang dilakukan melibatkan murid secara kumpulan kecil.
Cara pengajaan adalah berbeza dengan pengajaran secara tradisional. Oleh itu kajian akan
membuktikan bahawa pendekatan pengajaran koperatif dalam mata pelajaran bahasa Melayu
Penulisan akan meningkatkan pencapaian mereka.
Tujuan kajian ini adalah untuk melihat sejauh peningkatan pencapaian bahasa Melayu penulisan
terutama untuk Bahagian B bagi murid tahun lima. Diharap dengan adanya kajian sebegini akan
dapat membantu meningkatkan pencapaian penulisan di sekolah pada masa hadapan.
1.4.1 Sebagai satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui
perubahan dengan menggalakkan guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri dan
menjadi lebih kritis tentang amalan dan bersedia untuk mengubahnya. Ia melibatkan guru dalam
inkuari yang dijalankan oleh mereka serta melibatkan guru lain.
1.4.2 Membuat kajian ke atas satu amalan sosial yang dilihat sebagai satu tindakan yang paling
stratejik yang sentiasa boleh diaplikasikan.
1.4.3 Mengetahui minat murid tentang kaedah sesuai dengan kemampuan dan kebolehan murid.
1.5.3 Untuk melihat perbezaan kefahaman pelajar lelaki dan perempuan dalam penulisan tahun
lima.
1.6.2 Adakah pendekatan koperatif menarik minat murid tahun lima dalam bahasa Melayu
penulisan bagi kumpulan rawatan.
1.6.3 Adakah pencapaian murid perempuan lebih tinggi berbanding murid lelaki bagi kumpulan
rawatan dalam pembelajaran koperatif di kalangan murid tahun lima.
Semasa kajian ini dijalankan, akan terjadinya komunikasi pelbagai hala di antara murid dan juga
antara guru. Dalam masa yang sama juga , pelbagai aktiviti yang dijalankan akan mewujudkan
satu persekitaran belajar yang seronok dan ceria di dalam kelas. Ini akan mewujudkan sikap yang
bertanggungjawab serta kerjasama yang baik di antara ahli kumpulan. Pada masa yang sama,
guru juga dapat melatih rakan pembimbing untuk murid-murid lain.
Selain itu,kajian ini juga diharap akan dapat membantu guru besar dan pihak pentadbir sekolah
dalam usaha meningkatkan mutu pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Dapatan kajian ini
diharap akan dapat digunakan oleh pihak sekolah untuk kegunaan semua guru di sekolah.
Kajian ini dapat membantu pihak-pihak yang tertentu seperti Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan
Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) dalam usaha memberi pendedahan kepada guru-guru lain
tentang pelbagai kaedah dan gaya pengajaran terkini selaras dengan perkembangan dan
perubahan pesat dalam dunia pendidikan semasa.
Kajian ini juga diharap dapat membantu Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam
menggubal kurikulum yang sesuai dan selaras dengan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu agar
mampu bersaing dalam era globalisasi yang serba mencabar ini.
1.9.1 Menggunakan murid tahun lima Sekolah Kebangsaan Gong Balai. Mereka bukan
merupakan sampel perwakilan sebenar untuk sesuatu kawasan. Oleh itu, hasil dapatan kajian ini
tidak dapat digeneralisasikan kepada semua murid tahun lima.
1.9.2 Jumlah murid lelaki ialah 20 orang dan murid perempuan seramai 10 orang. Kumpulan
kawalan seramai 15 orang sementara kumpulan rawatan seramai 15 orang.
1.10 Definisi Operational
Pembelajaran Koperatif merupakan pembelajaran di dalam kumpulan kecil yang terdiri daripada
4 hingga 5 orang daripada pelbagai kemahiran serta jantina. Setiap ahli tersebut akan saling
bantu membantu sebagai satu pasukan untuk menyelesaikan satu tugasan demi mencapai sesuatu
tujuan. (Slavin , 1995). Di dalam kajian yang telah dibuat, murid telah dibahagikan kepada dua
kumpulan.
Pembelajaran Koperatif ialah satu proses pembelajaran yang melibatkan pelajar yang belajar
dalam kumpulan kecil. Setiap pelajar dalam kumpulan ini dikehendaki bekerjasama unutuk
memperlengkapkan dan memperluaskan pembelajaran diri sendiri dan juga ahli yang lain. (Esah
Sulaiman , 2003).
Murid-murid tahun lima di Sekolah Kebangsaan Gong Balai iaitu tempat kajian dijalankan.
Sekolah ini adalah sebuah sekolah luar bandar. Semua murid berusia lebih kurang sebelas tahun.
Kelas yang dijalankan ialah kelas 5 Baiduri iaitu kelas yang sederhana dan terlibat dalam kalian
ini. Murid di dalam kelas ini bercampur lelaki dan perempuan. Kebanyakan murid kelas ini
terdiri daripada keluarga petani dan nelayan.
1.11 Rumusan
Bab ini menghuraikan latar belakang, tujuan, objektif, soalan kajian, kepentingan dan batasan
kajian. Kemahiran asas membaca dan menulis amat penting kepada murid mengusai sebarang
tajuk dan kemahiran yang akan diajar. Ketidakbolehan dalam menguasai kemahiran membaca
dan menulis akan menjejaskan pengusaan murid dalam kemahiran seterusnya. Bagi memastikan
kemantapan murid mengusai kemahiran asas ini, proses pengajaran dan pembelajaran harus
diuruskan dengan cara yang lebih sistematik terutamanya dalam kaedah pengajaran dan
pembelajaran. Tanpa proses pengajaran yang sistematik, pengajaran dan pembelajaran berkesan
tidak mungkin dapat dilaksanakan. Ini akan mengyebabkan murid akan mudah berasa bosan dan
hilang tumpuan sewaktu proses pembelajaran Bahasa Melayu Penulisan dijalankan. Oleh itu
kajian yang dilakukan akan membantu meningkatkan pencapaian murid. Di akhir kajian kita
akan dapat melihat perbezaan kemajuan murid dalam menguasai kemahiran menulis karangan
Bahasa Melayu. Ini semua akan berlaku selepas sesi pengajaran dan pembelajaran dengan
menggunakan kaedah pembelajaran koperatif dijalankan..
BAB II
TINJAUAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
Dalam bab ini, akan membincangkan tentang kajian-kajian yang berkaitan dengan pembelajaran
koperatif. Pembelajaran koperatif adalah satu kaedah pembelajaran yang melibatkan murid
secara aktif. Kajian ini merupakan satu kajian yang akan menentukan hubungan pengajaran
koperatif dengan pencapaian murid. Di dalam satu kumpulan, murid akan dibahagikan kepada
kumpulan-kumpulan kecil. Bab ini memberikan tinjauan penulisan oleh individu atau kumpulan
yang telah membuat kajian dan mempunyai kaitan dengan keberkesanan pembelajaran koperatif
dalam pembelajaran bahasa Melayu Penulisan dalam kelas Tahun 5.
Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari
pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang
sama (Slavin, 1982). Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk
diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain. ‘Pembelajaran koperatif secara
keseluruhannya mampu menilai ``kebestarian'' seseorang individu dengan lebih ``bestari''.
Kebestarian dalam penilaian pembelajaran koperatif bukan hanya bergantung pada sejauh mana
seseorang murid dapat meluah kembali apa yang dipelajari tetapi memberi peluang
menggunakan pelbagai idea rakan sebaya untuk menjana pemikiran dan mencipta idea baru yang
lebih kreatif. ( Ismail Zain) dalam members.tripod.com/skypin/pendik/pendidik12
Ganjaran diberi kepada individu dan kumpulan dalam pelaksanaan kaedah ini.Individu dalam
kumpulan dikehendaki menunjukkan kefahaman masing-masing dan memainkan peranan
berbeza bergilir-gilir. Kemahiran sosial dan pemprosesan kumpulan digalakkan. Beberapa cara
pembelajaran koperatif telah diperkembangkan oleh tokoh-tokoh pendidikan, misalnya Jigsaw,
TGT (teams-games-tournaments), STAD (Students Teams- Achievement Division),Belajar
Bersama (Learning together), Permainan Panggil Nombor (Numbered Heads), dan Meja Bulat
(Round Table).
Menurut Mok Soo Sang (2002) terdapat beberapa ciri-ciri pembelajaran koperatif. Antaranya
ialah :
i. Pelajar-pelajar melibatkan diri secara aktif dan koperatif dalam pembelajaran kumpulan.
Pembelajaran koperatif merupakan satu kaedah yang boleh digunakan untuk menggalakkan
pelajar berfikir secara aktif. Pelajar digalakkan berfikir sendiri kemudian berbincang secara
berkumpulan. Para pelajar juga diminta memberi pendapat atau pandangan dan banyak
bertanyakan soalan mengenai topk pembelajaran yang telah dipelajari. Pelajar juga digalakkan
mencari maklumat tambahan atau bahan rujukan lain bagi memantapkan lagi pemahaman dalam
bahasa Melayu Penulisan.
Dalam pembelajaran koperatif sikap akauntabiliti dan tanggungjawab berkongsi adalah tinggi.
Pelajar yang lemah akan sentiasa dibantu oleh pelajar kumpualan koperatif lain. Antara ahli
kumpulan akan berkongsi maklumat untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru.
Pembelajaran koperatif merupakan satu sosial. Ini adalah disebabkan pembelajaran kopertif
berupaya menghasilkan perasaan yang positif antara satu sama lain, mengurangkan rasa tersisih
dan kesunyian, membina perhubungan saling membantu, meningkatkan pencapaian melalui
aktiviti-aktiviti kognotif sera memperbaiki kemahiran sosial.
Terdapat pelbagai kaedah pembelajaran koperatif yang telah digunakan dalam pendidikan.
Beberapa cara pembelajaran koperatif telah diperkembangkan oleh tokoh-tokoh pendidikan,
misalnya Jigsaw, TGT (teams-games-tournaments), STAD (Students Teams- Achievement
Division),Belajar Bersama (Learning together), Permainan Panggil Nombor (Numbered Heads),
dan Meja Bulat (Round Table) yang dipetik daripada www.usm.my/ education /kaunseling
/tips/Kaedah Pembelajaran Koperatif .Menurut dapatan Unversiti John Hopkin Amerika Syarikat
(Nor Azizah Salleh,1995) terdapat tiga jenis pembelajaran kumpulan kecil iaitu:
Kaedah ini melibatkan guru mengajar seluruh kelas , diikuti dengan pe;ajar belajar dalam
kumpulan heterogenus yang telah ditetapkan. Kemudian kumpulan – kumpulan tersebut diberi
tugasan serta diminta membuat perbincangan.
Kaedah ini pula guru akan mengajar seluruh kelas. Guru akan memberi beberapa soalan kepada
pelajar. Pelajar akan belajar dan berbincang dalam kumpulan masing – masing dengan soalan
yang diberikan. Kumpulan mestilah heterogenus. Kemudian salah seorang daripada kumpulan
duduk dalam kumpulan homogenus untuk menjawab soalan dan akhirnya pelajar tadi akan
kembali ke kumpulan yang asal untuk member laporan markah. Pemenang dikira melalui markah
yang paling tinggi.
Menurut Esah Sulaiman ( 2003) kaedah JIGSAW terbahagi kepada dua bahagian iaitu cantuman
I oleh Aronson dan Snapp dan cantuman II oleh Robert E.Salvin.
a. Cantuman 1
Kumpulan-kumpulan kecil dibentuk. Setiap ahli kumpulan hendaklah mengamalkan sikap saling
bergantung antara satu sama lain dan tolong-menolong dalam mendapatkan bahan , maklumat
dan menyiapkan tugasan.
b. Cantuman II
Setelah masalah dapat diselesaikan dan tugasan diserahkan kepada guru, ahli-ahli kumpulan akan
diberikan kuiz.
Terdapat banyak kajian-kajian yang lepas yang ada berkaitan dengan pembelajaran koperatif
yang dijalankan oleh penyelidik samada dari dalam negara dan luar negara. Kajian-kajian lepas
yang telah dijalankan merupakan kajian yang berkaitan dengan tahap amalan pembelajaran
kopertif di sekolah-sekolah.
Dalam konteks di Malaysia, hasil kajian S-L Gan (1992), menyatakan murid berpendapat
pembelajaran serta aktiviti dalam Pembelajaran Koperatif adalah menyeronokkan. Beliau juga
mendapati pendekatan Pembelajaran Koperatif dapat membantu dalam membentuk nilai murni,
mengeratkan hubungan antara kaum yang berbeza dan meningkatkan pencapaian akademik di
kalangan murid, maka Pembelajaran Koperatif adalah amat sesuai dilaksanakn di sekolah-
sekolah di Malaysia.
Dalam kajian Zulkifli bin Abd Wahab daripada Universiti Putera Malaysia yang telah
menjalankan kajian tentang keberkesanan pembelajaran koperatif dalam matapelajaran bahasa
Melayu Penulisan adalah berkisar di tiga buah sekolah di sekitar Daerah Muar. Kajian ini
dilakukan pada 2007. Menurut beliau,tahap amalan pembelajaran koperatif dikalangan murid
adalah tinggi dan manakala menurut perspetif guru adalah sederhana. Bagaimanapun,
pembelajaran ini dapat meningkatkan pencapaian murid.
Menurut Cheah dan June (1998/99), kelebihan dalam Pembelajaran Koperatif ialah murid dilatih
untuk berkomunikasi, mengurus konflik, memimpin dan membuat keputusan, semuanya
merupakan kemahiran sosial yang amat penting dalam dunia bekerja pada masa depan.
Kajian Cheah, Adlan, Baskaran dan Lim (2002), mendapati kesan kaedah Pembelajaran
Koperatif dalam meningkatkan bacaan pemahaman teks dalam bahasa Cina dan bahasa Tamil
adalah ketara dan dicadangkan supaya sukatan pelajaran kursus Diploma Pendidikan Malaysia
terus memberikan penekanan dalam kaedah Pembelajaran Koperatif .
Pembelajaran Koperatif mempunyai kesan yang positif terhadap sikap murid dalam
pembelajaran bahasa Melayu Penulisan. T. H. Gan (1999). D. W. Johnson dan R. T. Johnson
(1989) dari tiga ratus tujuh puluh lima kajian luar negeri yang dijalankan dalam jangka masa
sembilan puluh tahun mendapati pendekatan Pembelajaran Koperatif adalah paling berkesan
dalam situasi yang memerlukan pemikiran aras tinggi, idea-idea kreativiti, applikasi dalam dunia
sebenar dan melibatkan banyak penyelesaian masalah. Selain itu, juga didapati hubungan antara
individu menjadi lebih positif termasuk mereka yang berbeza dari segi kebolehan intelek,
kumpulan ethnik, kelas sosial dan keadaan fizikal. Jurnal Penyelidikan IPBL, Jilid 8, 2008 54
Kajian yang dibuat terhadap kesan Pembelajaran Koperatif dalam matapelajaran bahasa juga
menunjukkan kesan yang positif. Sherman & Thomas (1986), mendapati Pembelajaran Koperatif
dapat meningkatkan pencapaian murid cergas, sederhana dan lemah dalam bahasa. Kajian Slavin
(1990), Davidson (1985) dan Webb (1985), mendapati murid lebih bersikap positif terhadap
bahasa dan kebolehan untuk menjawab soalan penulisan juga meningkat.
Dapatan Nellson (1996) yang telah melaksanakan Pembelajaran Koperatif dalam mata pelajaran
Kimia, Sains dan Teknologi menunjukkan amalan Pembelajaran Koperatif menyebabkan murid
menjadi lebih gigih dan menghasilkan tugasan yang lebih berkualiti. Dees (1991), melaporkan
murid dapat mencari isi untuk penulisan dengan baik apabila dapat bekerja dalam kumpulan
kecil. Selain itu, beliau juga mendapati Pembelajaran Koperatif adalah sangat sesuai untuk
mereka yang tidak yakin dan lemah dalam mencari isi untuk tajuk-tajuk penulisan.
Di dalam persidangan Tech Prep , menurut Wan Absah (1997), menyatakan bahawa pendekatan
pembelajaran koperatif adalah antara kaedah pembelajaran yang berkesan dalam pendekatan
pengajaran konteksual. Kaedah pembelajaran koperatif boleh digunakan secara berkesan dalam
banyak matapelajaran terutama kelas yang mempunyai pelajar yang memiliki kebolehan yang
sama. (Roshidi dan Abdul Razak, 1995)
2.4 Rumusan
Daripada tinjauan litature yang dibuat, ketidakbolehan menguasai teknik menulis karangan
memang merupakan suatu fenomena yang perlu diatasi sebelum murid mempelajari sesuatu ke
peringkat yang lebih lanjut. Berdasarkan kajian-kajian lepas menunjukkan bahawa pembelajaran
koperatif mampu memberikan kesan yang positif terhadap murid. Ini adalah kerana pembelajaran
koperatif ini dapat membentuk sifat keyakinan pada diri sendiri dan ini membantu para murid
untuk mempertingkatkan lagi prestasi pelajaran. Guru juga dapat menjalankan proses pengajaran
dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Kesimpulan yang dapat kita buat di sini ialah
peningkatan pencapaian murid dalam bahasa Melayu Penulisan adalah bergantung kepada
kesesuaian kaedah yang digunakan.
BAB III
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
Kajian ini adalah bertujuan untuk menguji sejauh manakah keberkesanan kaedah pembelajaran
koperatif dapat meningkat minat serta prestasi murid dalam tajuk Penulisan Karangan Bahasa
Melayu Tahun Lima. Kajian ini juga akan membuktikan bahawa koperatif adalah salah satu cara
pembelajaran yang berkesan di dalam kelas semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Kajian ini juga membincangkan mengenai reka bentuk kajian, sampel kajian, prosuder pungutan
data, responden kajian dan teknik penganalisis data.
Kajian ini berbentuk kuasi eksperimen yang melibatkan dua kumpulan kelas Tahun 5 iaitu
kumpulan pertama disebut sebagai kumpulan rawatan dan kumpulan kedua disebut sebagai
kumpulan kawalan. Kedua-dua kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan akan diberi ujian pra
sebelum kajian dijalankan. Masa kajian dijalankan ialah selama 5 minggu dan pengkaji akan
menjalankan pengajaran kedua-dua kumpulan agar dapat mengurangkan ralat dalam kajian ini.
Untuk menjalankan kajian eksperimen ini, pengkaji memilih murid dari satu kelas, kumpulan
rawatan menerima pembelajaran secara koperatif manakala kumpulan kawalan akan menerima
pengajaran secara kaedah konvensional. Menurut Azizi Yahaya et. Al (2007), kumpulan
eksperimen biasanya menerima atau mengalami satu layanan baru yang sedang dalam kajian,
manakaala kumpulan kawalan menerima kawalan yang berbeza ataupun dikekalkan dalam
bentuk biasa. Kedua-dua kumpulan tersebut akan diberi ujian pra dan ujian pos sebelum dan
selepas kajian dijalankan. Walaupun sampel tidak dipilih secara rawak, pengkaji akan
memastikan bahawa sampel bagi kedua-dua kumpulan tersebut mempunyai taraf pencapaian
yang hampir sama berdasarkan keputusan peperiksaan pertengahan tahun bagi mata pelajaran
bahasa Melayu.
Tujuan reka kuasi eksperimen ini dipilih ialah untuk mengenal pasti perbezaan pencapaian
bahasa Melayu bagi kemahiran membina ayat tanya bagi kedua-dua kumpulan iaitu kumpulan
rawatan dan kumpulan kawalan. Di dalam reka bentuk kuasi eksperimen ini terdapat dua
pembolehubah yng dikaji iaitu pembolehubah bersandar dan pembolehubah tidak bersandar.Di
dalam kajian ini pembolehubah bersandar ialah pencapaian Kajian Tempatan bagi tajuk “
Kepentingan Rumah” yang diperoleh melalui ujian pra dan ujian pasca, manakala pembolehubah
tak bersandar ialah kaedah konvensional. Menurut Azizi Yahya et.al (2007), satu bahagian
daripada persekitaran yang dimanpulasikan adalah pembolehubah tak bersandar manakala kesan
tingkah laku manipulasi adalah pembolehubah bersandar.
Kajian ini juga berdasarkan jadual di bawah. Kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan akan
diberi ujian pos sebelum dilakukan kepada pendedahan kaedah koperatif. Jawapan pelajar akan
diproses untuk mencari min selepas dilakukan rawatan selama 5 minggu dan dilakukan ujian pos.
Selepas itu, dicari perbezaan min skor ujin pos berbanding dengan ujian pra bagi melihat
keberkesaanan terhadap kemahiran membina ayat-ayat gramatis. Ujian-ujian ini dijalankan untuk
16 orang murid yang telah dipilih untuk kumpulan rawatan dan 14 orang telah dipilih untuk
kumpulan kawalan.
PRA-POS
5 Bestari
Kawalan Tahun
Sampel kajian ini terdiri daripada tiga puluh orang pelajar murid Tahun Lima Baiduri daripada
Sekolah Kebangsaan Gong Balai, Marang Terengganu. Kumpulan ini akan diajar tajuk penulisan
Bahagian A yang sama oleh guru yang sama dengan kaedah yang berbeza bagi setiap sesi
pembelajaran. Sampel yang dipilih adalah berdasarkan pencapaian prestasi dalam bahasa Melayu
yang agak setara. Mereka ini akan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu 16 orang dalam
kumpulan rawatan dan 14 orang dalam kumpulan kawalan. Walau bagaimanapun keputusan
kajian ini tidak boleh digunakan sebagai satu generalisasi kerana ia merupakan satu kajian kes
sahaja.
Pelbagai instrument kajian telah digunakan dalam kajian ini. Dalam kajian ini ada dua jenis
soalan ujian iaitu ujian pra dan ujian pos. Soalan ini diambil daripada soalan OTI 1 yang
mengandungi bahagian A, iaitu memindahkan maklumat daripada gambar. Borang kaji selidik
juga merupakan salah satu insrtrumen dalam kajian ini. Lembaran kerja yang dibuat untuk
mendapatkan maklamat tentang kefahaman murid sebelum dan selepas pembelajaran dilakukan.
Gred pencapaian murid mengikut gred di dalam UPSR sebenar. Murid pula akan menulis lima
ayat berpandukan gambar yang diberi bagi mendapat maklum balas mengenai kaedah
pembelajaran yang diikuti.
Borang kaji selidik ini mengandungi maklumat latar belakang sampel kajian. Maklumat yang
dikehendaki ialah nama, umur, bangsa, jantina , alamat rumah, pekerjaan ibu/ayah /penjaga dan
keputusan PKBS 4 ( Tahun 4 - 2011). Dalam soalan selidik yang dibuat soalan yang dibina
berdasarkan soalan untuk menjuruskan kepada minat murid terhadap pembelajaran yang
dipelajari. Berikut adalah sebahagian contoh pengumpulan data dalam borang soal selidik.
1 : Ya 2 : Tidak
Dua set ujian yang sama iaitu ujian pra dan ujian pos. Ujian ini akan diberi kepada kesemua
murid. Ujian pra yang diberikan kepada murid ialah soalan yang diberi sebelum pembelajaran
berlaku. Ujian ini mengandungi soalan karangan. Ujian ini bertujuan untuk mengetahui tahap
kefahaman murid sebelum pembelajaran koperatif berlaku. Ujian pos pula ujian yang diberikan
kepada murid setelah pembelajaran berlaku. Ujian pos yang dilakukan adalah bertujuan untuk
melihat peningkatan pencapaian murid dalam bahasa Melayu Penulisan menggunakan
pembelajaran koperatif di dalam bilik darjah.
3.4.3 Pemerhatian
Pemerhatian yang dilakukan sepanjang pembelajaran berlaku. Pemerhatian ini dibuat untuk
melihat minat dan kesungguhan murid belajar semasa pembelajaran koperatif dibuat. Perubahan
tingkahlaku akan diperhati dan direkod oleh pengkaji.
Pada mulanya, kelas ini telah diberikan ujian pra terlebih dahulu sebelum pendekatan
pembelajaran secara koperatif dijalankan. Ujian ini hendaklah dijawab secara individu dan murid
tidak dibenarkan berbincang. Setelah itu, ujian pasca pula diberikan. Pada akhir kajian, kelas ini
dikehendaki menduduki satu ujian pasca. Bentuk ujian pasca ini adalah sama dengan ujian pra.
Peningkatan pencapaian akademik akan diukur berdasarkan perbezaan pencapaian mereka dalm
ujian pra dan ujian pasca. Masa yang diberikan untuk menjawab ujian pra dan pasca ialah 30
minit.
Dalam melaksanakan kajian, murid akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil yang
terdiri daripada dua atau empat orang. Kumpulan tersebut adalah ditentukan sendiri oleh guru
supaya murid yang lemah dapat dibimbing oleh murid yang pandai. Jangka masa untuk kajian ini
adalah selama lima minggu iaitu kumpulan ini akan didedahkan dengan kaedah pembelajarn
koperatif.
v. Pasukan yang memperoleh purata skor kumpulan yang tinggi akan diberi pengiktirafan.
Kajian ini telah dijalankan di Sekolah Kebangsan Gong Balai, Marang, Terengganu. Kajian ini
melibatkan 16 orang sampel kumpulan rawatan dan 14 orang sampel kumpulan kawalan.
Pengkaji akan meminta kebenaran daripada Guru Besar dan guru kelas untuk menjalankan kajian
ini. Setelah mendapat kebenaran daripada Guru Besar dan guru kelas, kedua-dua kumpulan
dikehendaki menduduki ujian pra. Pengkaji akan meminta bantuan guru kelas untuk menjalankan
kajian ini kerana ia melibatkan dua kumpulan. Setelah selesai ujian pra, pengkaji akan
menyemak skor yang diperoleh oleh sampel kedua-dua kelas.
Kumpulan kawalan akan diajar menggunakan kaedah konvensional manakala kumpulan rawatan
menggunakan kaedah pembelajaran koperatif. Kedua-dua pengajaran ini di jalankan dalam
tempoh 5 minggu. Pada hari terakhir kajian, semua pelajar dalam kumpulan rawatan dan
kumpulan kawalan akan menduduki ujian pasca, dengan mernggunakan set soalan yang sama
dengan ujian pra. Seterusnya skor ujian pasca akan dikumpulkan untuk dianalisis oleh
pengkaji.Kedua-dua kumpulan yang terlibat akan mengikut langkah-langkah pengumpulan data
berikut:
Bagi mendapatkan min minat murid tentang kaedah pembelajaran koperatif, pengkaji telah
membina sepuluh soalan soalselidik tentang kajian. Soalan soalselidik ini diberikan pada akhir
kajian. Soalan ini hanya diberikan kepada kumpulan rawatan sahaja. Soalan-soalan hanya
bertumpukan kepada minat murid mengenai kaedah pembelajran koperatif dan proses pengajaran
dan pembelajaran. Pengkaji mengumpul segala maklumat yang didapati dan membuat analisis.
3.8 Rumusan
Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kuasa eksperimen. Sesi tradisonal dan koperatif
terdiri daripada murid tahun lima seramai tiga puluh orang. Pelbagai instrumen dipilih bagi
memastikan kajian ini berjaya. Segala data yang diperolehi dari murid akan membuktikan
peningkatan pencapaian dan minat murid terhadap pembelajaran kopertif. Reka bentuk kajian
digunakan untuk membuat justifikasi kepada peningkatan pencapaian dan minat murid
menggunakan pembelajaran koperatif dalam tajuk penulisan karangan Bahagian A Bahasa
Melayu Tahun Lima.
BAB IV
DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan
Bab ini akan melaporkan semua keputusan dan dapatan dalam kajian berkenaan tajuk yang telah
dipilih. Ia melibatkan laporan tentang profil responden, laporan prestasi murid dan persepsi
murid terhadap penggunaan kaedah koperatif dalam penulisan Bahasa Melayu Tahun Lima.
Dalam bab ini juga akan mengkaji apakah pendekatan koperatif berjaya ataupun tidak
meningkatkan tahap pencapaian murid tahun lima dalam bahasa Melayu Penulisan Bahagian A
bagi kumpulan rawatan. Di samping terdapat perubahan tingkahlaku dari yang kurang baik
kepada sikap yang suka memberi idea dan cuba menjawab soalan walaupun tidak tepat dengan
itu, wujud nilai-nilai murni seperti kerjasama, rajin , hormat menghormati serta disiplin yang
tinggi dapat dipupuk. Kaedah dan pendekatan yang diamalkan seperti pengajaran dan
pembelajaran secara koperatif boleh diketengahkan untuk menjadi asas yang baik di dalam
kaedah belajar. Ini kerana, kaedah ini dapat menarik minat murid dan dapat menjadi
penyambung idea guru untuk mengajar dengan penuh kasih sayang. Ini kerana kaedah ini
menunjukkan keberkesanan yang tinggi terhadap prestasi pencapaian murid.
Bahagian ini akan melaporkan beberapa perkara berkaitan dengan maklumat latarbelakang
responden.
Taburan responden mengikut jantina dan kaum ditunjukan dalam jadual 4.1 di bawah
Melayu
Jumlah
20
20
10
10
30
30
Seramai 30 orang pelajar telah dipilih sebagai responden untuk kajian ini. Responden terdiri
daripada 20 orang pelajar lelaki dan 10 orang pelajar perempuan.
Bilangan pelajar lelaki lebih ramai daripada bilangan pelajar perempuan, dimana 20 oang pelajar
terdiri daripada pelajar lelaki dan selebihnya adalah pelajar perempuan. Jika dilihat dari segi
pecahan peratus, bilangan pelajar lelaki mewakili 66.67 % dan pelajar perempuan pula mewakili
33.33 %. Kesemua responden adalah berbangsa Melayu. Murid yang dikaji ialah murid tahun
lima di Sekolah Kebangsaan Gong Balai iaitu tempat kajian dijalankan. Murid terdiri daripada
murid luar bandar. Semua murid berusia lebih kurang sebelas tahun. Kelas yang dijalankan ialah
kelas 5 Baiduri iaitu kelas yang sederhana dan terlibat dalam kalian ini. Murid di dalam kelas ini
bercampur lelaki dan perempuan. Kebanyakan murid kelas ini terdiri daripada keluarga petani
dan nelayan.
(Pra) % Skor
(Pasca) % Peningkatan
R1 Lelaki 26 48 22
R2 Lelaki 44 76 32
R3 Lelaki 36 70 34
R4 Lelaki 28 44 18
R5 Lelaki 58 78 20
R6 Lelaki 74 82 09
R7 Lelaki 30 52 22
R8 Lelaki 90 90 0
R9 Lelaki 78 88 10
R10 Lelaki 46 62 24
R11 Lelaki 58 76 18
R12 Lelaki 90 90 0
R13 Lelaki 48 60 12
R14 Lelaki 64 78 14
R15 Lelaki 66 76 10
R16 Lelaki 66 80 14
R17 Lelaki 62 80 18
R18 Lelaki 56 68 12
R19 Lelaki 70 86 16
R20 Lelaki 36 58 22
R21 Perempuan 64 80 16
R22 Perempuan 22 46 22
R23 Perempuan 62 82 20
R24 Perempuan 80 96 16
R25 Perempuan 68 80 12
R26 Perempuan 84 92 08
R27 Perempuan 90 90 0
R28 Perempuan 80 90 10
R30 Perempuan 70 96 26
Rawatan
14.87
5.65
Kategori Gred
Pra Ujian
Pos Ujian
80-100 (Cemerlang)
08 ( 26.26 %)
16 ( 53.33 %)
60-79 (Sederhana)
10 ( 33.33 %)
09 ( 29.59 %)
40-49 (Lulus)
07 ( 23.33 %)
05 ( 17.08 %)
00-39 (Gagal)
05 ( 17.08 %)
00 ( 00.00 %)
Jadual 4.4. pula adalah analisis ujian pra dan juga ujian pasca mengikut kategori gred yang telah
ditetapkan. Bagi ujian pra, bilangan pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang adalah
sebanyak 8 orang ataupun sebanyak 26.26 %. Bilangan calon cemerlang meningkat sekali ganda
dalam ujian pasca berbanding ujian pra, dimana seramai 16 (53.33%) daripada 30 orang pelajar
telah berjaya dengan cemerlang. Sementara itu, seramai 10 orang pelajar atau 33.33 % telah
mendapat markah sederhana di dalam ujian pra. Keadaan agak berbeza dengan ujian pasca
apabila hanya ada 9 orang pelajar atau 29.59 % memperoleh gred sederhana. Bilangan calon gred
lulus dalam ujian pra adalah sebanyak 23.33 % yang melibatkan 7 orang pelajar dan terdapat 5
orang pelajar ( 17.08 %) pula telah gagal. Dalam ujian pasca pula, seramai 5 daripada 30 orang
pelajar telah berjaya mendapat gred lulus.
4.3.1. Adakah pendekatan koperatif meningkatkan bahasa Melayu penulisan tahun lima bagi
kumpulan rawatan berbanding kumpulan kawalan?
Bil Responden
(Kumpulan Rawatan) Jantina Ujian
Pra
( % ) Ujian
Pos
( % ) Markah
Peningkatan
Kumpulan 1
1. Responden 1 L 26 48 22
2. Responden 2 L 44 76 32
3. Responden 3 L 36 70 34
4. Responden 4 L 28 44 18
Kumpulan 2 1. Responden 5 L 58 78 20
2. Responden 7 L 30 52 22
3. Responden 10 L 46 62 24
4. Responden 11 L 58 76 18
Kumpulan 3 1. Responden 13 L 48 60 12
2. Responden 14 L 64 78 14
3. Responden 17 L 62 80 18
4. Responden 18 L 56 68 12
Kumpulan 4 1. Responden 20 P 36 58 22
2. Responden 21 P 64 80 16
3. Responden 22 P 22 46 22
4. Responden 23 P 62 82 20
Purata Markah ( Min ) 46.1 66.1 20.4
Bil Responden
Pra
(%) Ujian
Pos
(%) Markah
Peningkatan
1 Responden 6 L 74 82 09
2 Responden 8 L 90 90 00
3 Responden 9 L 78 88 10
4 Responden 12 L 90 90 00
5 Responden 15 L 66 76 10
6 Responden 16 L 66 80 14
7 Responden 19 L 70 86 16
8 Responden 24 L 80 96 16
9 Responden 25 P 68 80 12
10 Responden 26 P 84 92 08
11 Responden 27 P 90 90 00
12 Responden 28 P 80 90 10
13 Responden 29 P 94 100 06
14 Responden 30 P 70 96 26
Kumpulan Kawalan.
A 80-100 0 3
B 60-79 4 8
C 40-59 6 5
D 20-39 6 -
A 80-100 7 13
B 60-79 7 1
C 40-59 - -
D 20-39 - -
Jika dibandingkan dengan markah purata bagi kumpulan kawalan dalam ujian pra adalah 78.6
peratus manakala purata markah ujian pos adalah 88.3 peratus. Perbezaan purata markah
sebanyak 9.7 peratus sahaja. Ini menunjukkan satu peningkatan markah yang kurang berbanding
kumpulan rawatan sebanyak 20.4 peratus. Di mana kebanyakan murid menunjukkan peningkatan
markah.
Ini adalah kerana kumpulan kawalan hanya menerima latihtubi dari guru dan mereka belajar
sendiri sahaja berbanding kumpulan rawatan yang menerima pembelajaran secara koperatif.
Berdasarkan kepada analisis pencapaian kedua-dua kumpulan iaitu kumpulan rawatan dan
kumpulan kawalan menunjukkan peningkatan. Ini kerana hasil latih tubi dan ulangkaji pelajaran
yaang dijalankan oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru itu, pengajaran
dengan kaedah koperatif menunjukkan peningkatan yang lebih tinggi..
Rajah 4.5 : Perbezaan Min Pencapaian Kumpulan Kawalan Dengan Kumpulan Rawatan.
Ini menunjukkan pencapaian murid kumpulan rawatan lebih tinggi berbanding dengan kumpulan
kawalan. Berdasarkan analisis markah kumpulan rawatan, min markah ujiaan pra ialah 46.1
manakala purata markah ujian pos ialah 66.1. Perbezaan min markah ialah ialah 20.4. Manakala
min markah kumpulan kawalan untuk ujian pra ialah 70.0 berbanding min markah untuk ujian
pos ialah 78.6 dan min perningkatan markah hanya sebanyak 11.3. Ini jelas menunjukkan
bahawa pendekatan koperatif berjaya meningkatkan markah bahasa Melayu tahun lima bagi
kumpulan rawatan berbanding dengan kumpulan kawalan. Perbezaan min sebanyak 9.1.
Oleh itu, perbezaan min markah antara kedua-dua kumpulan ini cukup jelas. Maka dengan itu, ia
menjelaskan kepada persolaan yang dibina menjadi satu kebenaran iaitu pencapaian murid
kumpulan rawatan lebih tinggi daripada kumpulan kawalan adalah jelas dan tidak dapat
dinafikan lagi. Ia juga menunjukkan bahawa kaedah pengajaran koperatif menggunakan model
STAD adalah berkesan untuk meningkatkan pencapaian murid dalam bahasa Melayu.
4.3.2. Adakah pencapaian murid perempuan lebih tinggi berbanding murid lelaki bagi kumpulan
rawatan dalam pembelajaran koperatif di kalangan murid Tahun Lima?
Bil Responden
Pra
( % ) Ujian
Pos
( % ) Markah
Peningkatan
Kumpulan 1
1. Responden 1 L 26 48 22
2. Responden 2 L 44 76 32
3. Responden 3 L 36 70 34
4. Responden 4 L 28 44 18
Kumpulan 2 1. Responden 5 L 58 78 20
2. Responden 7 L 30 52 22
3. Responden 10 L 46 62 24
4. Responden 11 L 58 76 18
Kumpulan 3 1. Responden 13 L 48 60 12
2. Responden 14 L 64 78 14
3. Responden 17 L 62 80 18
4. Responden 18 L 56 68 12
Bil Responden
( %) Ujian Pos
( % ) Markah
Peningkatan
Kumpulan 4 1. Responden 20 P 36 58 22
2. Responden 21 P 64 80 16
3. Responden 22 P 22 46 22
4. Responden 23 P 62 82 20
Rawatan.
Gred Markah Ujian Pra Ujian Pos
A 80-100 0 1
B 60-79 2 8
C 40-59 6 3
D 20-39 4 -
mengikut gred
A 80-100 0 2
B 60-79 2 0
C 40-59 0 2
D 20-39 2 -
Analisis pencapaian kedua-dua kumpulan iaitu kumpulan murid lelaki dan murid perempuan
yang memaparkan bahawa terdapat beberapa peningkatan yang ketara di antara responden-
responden tersebut. Di dalam ujian pra tidak terdapat responden lelaki dan tidak seorang pun
responden perempuan mendapat A. Gred B dua responden perempuan. Dua lelaki yang
mendapat gred B. Gred C enam orang responden lelaki, manakala tidak ada responden
perempuan mendapat gred C. Empat orang responden lelaki mendapat gred D , manakala dua
responden perempuan mendapat D.
Jika dibandingkan dengan ujian pos , seorang responden mendapat gred A bagi responden lelaki
manakala dua orang responden perempuan mendapat gred A. Lapan orang responden lelaki telah
mendapat markah B dan tidak ada seorangpun perempuan yang mendapat markah B. Sementara
tiga orang responden lelaki telah mendapat C dan dua perempuan yang mendapat C. Tidak ada
lagi responden lelaki dan perempuan yang mendapat D. Ini menunjukkan terdapat sedikit
perbezaan di antara responden lelaki dan responden perempuan dari segi pencapaian. Jelaslah
menunjukkan bahawa pembelajaran koperatif berkesan dalam meningkatkan pencapaian murid
terhadap kemahiran membina ayat tanya dalam bahasa Melayu Tahun Lima.
Rajah 4.6: Perbezaan Min Pencapaian Murid Lelaki Berbanding Murid Perempuan Dalam
Kumpulan Rawatan
Ini membuktikan bahawa min pencapian murid lelaki dan perempuan bagi kumpulan rawatan
adalah hampir sama. Ini berdasarkan min markah murid lelaki dalam kumpulan rawatan adalah
20.5.Ini menunjukkan bahawa berlaku peningkatan markah yang tinggi dan patut diteruskan
kaedah ini. Manakala min markah bagi murid perempuan dalam kumpulan rawatan adalah 20.
Perbezaan min markah yang diperoleh oleh murid perempuan dalam kumpulan rawatan juga
menunjukkan peningkatan yang tinggi. Ini menunjukkan bahawa tiada perbezaan yang ketara
dari segi pencapaian antara murid lelaki dan murid perempuan dengan perbezaan min sebanyak
0.5. Terbuktilah bahawa murid lelaki dan perempuan dapat menerima pengajaran secara
koperatif dan mereka menunjukkan pencapaian yang tinggi di dalam ujian pos.
4.3.3 Adakah pendekatan koperatif berjaya menarik minat murid tahun lima terhadap Bahasa
Melayu penulisan Bahagian A?
5 Saya dapati cara berkumpulan yang digunakan oleh guru dapat meningkatkan penguasaan
penulisan. 27 3
7 Saya dapati dengan belajar secara kumpulan memudahkan saya menguasai kemahiran menulis.
10 20
10 Saya dapat menulis dengan baik setelah mengikuti cara yang digunakan oleh guru. 24 6
koperatif
Berdasarkan analisis data soalan kaji selidik iaitu saya sangat meminati Bahasa Melayu, seramai
29 (97.66%) sangat bersetuju mengatakan bahawa mereka sangat meminati mata pelajaran
Bahasa Melayu. Seorang pelajar (3.33%) pula menyatakan bahawa mereka tidak bersetuju.
Bagi item nombor 2 iaitu saya meminati Bahasa Melayu sejak tahun 1 menunjukkan perbezaan
yang agak ketara walaupun bagi skala tidak setuju dan setuju.Namun begitu, bilangan pelajar
yang memilih setuju bilangannya agak berkurangan. Seramai 26 (86.66%) pelajar memilih setuju
dan seramai 4 (13.33%) pelajar pula memilih tidak setuju.
Jika dilihat pada item ke 3 iaitu saya sangat bersemangat ketika belajar Bahasa Melayu secara
berkumpulan, didapati seramai 26(86.66%) pelajar memilih bersetuju. Bagi tidak setuju pula,
bilangan pelajar yang memilih ialah seramai 4 orang ataupun 13.34 %.
Berdasarkan item nombor 4 iaitu saya amat meminati cara yang digunakan oleh guru. Bagi skala
bersetuju, seramai 23 orang pelajar atau 79.99% telah memilih bersetuju. Bilangan pelajar yang
memilih skala tidak setuju adalah seramai 7 orang pelajar iaitu mewakili 20.01% sahaja.
Item nombor 5 iaitu saya dapati cara yang digunakan oleh guru dapat meningkatkan penguasaan
penulisan, menunjukkan taburan skala yang dipilih oleh pelajar agak menyeluruh. 90% iaitu kira-
kira 27 orang pelajar bersetuju manakala seramai 3 pelajar (10.00%) telah menyatakan tidak
bersetuju dengan kenyataan yang diberikan.
Taburan skala bagi item nombor 6 iaitu saya memberi sepenuh tumpuan ketika guru mengajar,
menunjukkan adanya taburan yang agak sekata. Bagi setuju seramai 18 orang pelajar atau 54%
telah memilih bersetuju. Namun begitu bilangan pelajar yang memilih kenyataan tidak bersetuju
mencatat bilangan yang agak besar ia seramai 12 orang.
Bagi item no 7 iaitu saya dapati dengan belajar secara kumpulan memudahkan saya menguasai
kemahiran menulis, taburan skala responden tidak menentu, dimana 10 responden telah memilih
setuju dan 20 orang lagi memilih tidak bersetuju.
Berdasarkan item 8 iaitu guru selalu membantu saya memahami apa yang tidak saya faham,
didapati taburan skal pilihan responden agak sekata. Bagi skala setuju seramai 21 orang pelajar
ataupun 63% telah memilihnya. Sementara itu bilangan responden yang menyatakan bahawa
guru membantu mereka memahami apa yang tidak difahami adalah seramai 9 orang.
Bagi item 9 iaitu bahasa amat penting dalam kehidupan saya, taburan skala pilihan responden
adalah sekata iaitu semua pelajar memilih untuk bersetuju. Item terakhir iaitu item ke 10 iaitu
saya dapat menulis dengan lancar setelah mengikuti cara yang digunakan oleh guru,
menunjukkan taburan skala pilihan responden amat tidak sekata. Bagi skala tidak setuju 6 orang
pelajar telah memilihnya iaitu 18%. Manakala selebihnya seramai 24 telah memilih bersetuju
mewakili 82%.
96.66 % 01
3.34 %
02. Saya lebih berminat belajar setiap topik dengan kaedah kumpulan mengikut kemampuan . 29
96.66 % 01
3.34 %
03. Saya dapati belajar penulisan berkumpulan lebih jelas dan mudah difahami. 30
100 % 00
0%
04. Saya mendapati belajar berkumpulan dapat memberi rangsangan kepada saya serta memberi
tumpuan yang lebih. 25
83.33 % 05
16.67 %
05. Saya dapati pembelajaran penulisan berkumpulan tidak membuang masa dan meyeronokan.
28
93.33 % 02
6.67 %
06. Saya dapati alat bantu belajar dapat memberi motivasi untuk saya terus maju di dalam
Bahasa Melayu. 26
86.66 % 04
13.34 %
07. Saya dapati ransangan gambar yang disediakan dapat memudahkan saya belajar.
29
96.66 %
01
3.34 %
96.66 % 01
3.34 %
09. Saya dapat memahami setiap penerangan dan penyampaian dengan mudah. 27
90.00 % 03
10.00 %
10. Saya dapati bahan bantu mengajar yang digunakan boleh dijadikan panduan pembelajaran
kendiri. 22
73.33 % 08
26.67 %
Rajah 4.8 : Analisa persepsi murid item 1: Saya dapati menulis berkumpulan
sangat menyeronokkan.
Berdasarkan analisis data soalan kaji selidik item 1 iaitu saya dapati menulis berkumpulan sangat
menyeronokan, seramai 29 (97.66%) bersetuju mengatakan bahawa mereka sangat seronok
ketika mengikuti mata pelajaran Bahasa Melayu. Seorang pelajar atau 3.33% pula menyatakan
bahawa mereka tidak pasti, manakala bagi tidak setuju, tiada pun pelajar yang memilih skala
berkenaan .
Rajah 4.9 : Analisa persepsi murid item 2 : Saya lebih berminat belajar setiap
Bagi item nombor 2 iaitu saya lebih berminat belajar setiap topik menggunakan kaedah
koperatif. Iaitu kaedah berkumpulan mengikut kemampuan telah menampakkan jurang
perbezaan yang agak ketara walaupun bagi skala tidak setuju, pelajar yang memilihnya. Bilangan
pelajar yang memilih skala setuju adalah seramai 29 orang responden. Bagi skala tak pasti pula,
bilangan responden yang memilih pernyataan ini adalah seramai seorang dan jika dilihat dari
segi pecahan peratusan, ia cuma melibatkan 3.33 % sahaja.
Jika dilihat pada item ke 3 iaitu saya dapati pembelajaran menggunakan kaedah koperatif lebih
jelas dan mudah difahami, kesemua responden bersetuju dengan pernyataan. Ini bermakna
,pernyataan berkenaan telah dipersetujui oleh 30 orang responden berbanding dengan pernyataan
tak pasti dan tak setuju.
Rajah 4.11 : Analisa persepsi murid item 4 : Saya mendapati pembelajaran
Berdasarkan item ke 4 iaitu saya mendapati pembelajaran menggunakan kaedah koperatif dapat
memberi rangsangan kepada saya serta memberi tumpuan yang lebih, didapati taburan skala
yang dipilih oleh pelajar lebih kepada setuju iaitu seramai 25 orang (83.33%) manakala pelajar
yang memilih tak pasti seramai 5 (16.67%) orang sahaja .
dan menyeronokkan.
Item ke 5 iaitu saya dapati pembelajaran menggunakan kaedah koperatif tidak membuang masa
dan menyeronokan, taburan skala yang dipilih oleh responden agak menyeluruh. Bagi skala
setuju, didapati bilangan pelajar yang memilihnya adalah seramai 28 orang ataupun 93.33 %
daripada keseluruhan pelajar. Seramai 2 orang responden (6.67%) telah memilih skala tak pasti.
Keadaan ini adalah lebih baik berbanding skala tidak bersetuju, dimana bagi pernyataan tak
setuju, tiada seorang pelajar pun yang memilihnya.
Rajah 4.13 : Analisa persepsi murid item 6: Saya dapati alat bantu belajar
Bahasa Melayu.
Taburan skala bagi item ke-6 iaitu saya dapati alat bantu belajar dapat memberi motivasi untuk
saya terus maju di dalam Bahasa Melayu, menunjukkan adanya jurang perbezaan yang agak
besar diantara kenyataan bersetuju dan tak pasti. Bagi kenyataan setuju, seramai 26 responden
telah memilih bersetuju dengan pernyataan berkenaan berbanding tak pasti yang hanya ada 4
orang responden sahaja. Namun begitu,jurang perbezaan diantara keduanya telah dapat
dikecilkan berbanding item nombor 5.
Item ke-7 iaitu saya dapati gambar ransangan yang disediakan memudahkan, rata-rata responden
telah bersetuju dengan kenyataan yang diberikan. Seramai 29 orangresponden mengakui
keberkesanan kaedah ini berbanding hanya seorang sahaja yang memilih kenyataan tidak pasti.
Berdasarkan item ke-8 iaitu penerangan yang disampaikan oleh guru mudah difahami, didapati
taburan skala pilihan responden menunjukkan jurang perbezaan yang masih ketara. Kenyataan
ini disokong dengan pilihan responden dimana seramai 29 daripada 30 orang telah bersetuju
dengan kenyataan ini. Hanya seorang pelajar yang memilih skala tak pasti. Bagi skala tak setuju
pula, tiada seorang pun yang telah memilihnya.
Rajah 4.16 : Analisa persepsi murid item 9: Saya dapat memahami setiap
Bagi item ke-9 iaitu saya dapat memahami setiap penerangan dan penyampaian dengan mudah,
rata-rata responden telah memilih bersetuju berbanding dengan skala lain. Bilangan pelajar yang
menyetujui pernyataan, saya dapat memahami setiap penerangan dan penyampaian teks dengan
mudah setelah menggunakan kaedah koperatif adalah seramai 27 orang berbanding tidak pasti
yang hanya melibatkan 3 orang responden sahaja.
Rajah 4.17 : Analisa persepsi murid item 10 : saya dapati bahan bantu
pembelajaran kendiri.
Item terakhir iaitu item ke-10 iaitu saya dapati bahan bantu mengajar yang digunakan boleh
dijadikan panduan pembelajaran kendiri, menunjukkan taburan skala pilihan responden tetap
tidak berubah. Namun begitu, jurang perbezaan diantara skala setuju dan tidak pasti mula
mengecil. Bagi skala setuju, bilangan responden yang bersetuju dengan pernyataan saya dapati
bahan bantu mengajar yang digunakan boleh dijadikan panduan pembelajaran kendiri adalah
seramai 22 orang ataupun 73.33 % daripada keseluruhan responden seramai 30 orang. Penurunan
bilangan responden yang bersetuju dengan pernyataan berkenaan telah menyebabkan bilangan
responden yang memilih skala tidak pasti telah meningkat dengan ketara berbanding dengan
pernyataan pada item pertama hingga ke 9. Didapati seramai 8 orang responden menyatakan
bahawa mereka tidak pasti dengan pernyataan yang diberi.
Untuk analisa secara keseluruhan min persepsi murid terhadap pembelajaran koperatif ini
mendapati bahawa 27.4 atau 91% bersetuju dan hanya 2.6 atau 9% tidak bersetuju. Ini
menunjukkan bahawa pendekatan koperatif ini sangat berkesan dan berguna dalam menjayakan
pembelajaran bahasa Melayu untuk pelajar tahun lima.
4.4 Rumusan
Bab ini telah melaporkan secara menyeluruh mengenai prestasi pelajar, keberkesanan
pembelajaran penulisan dengan menggunakan kaedah koperatif di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu tahun lima di Sekolah Kebangsaan Gong Balai, Marang. Namun
begitu pendapat pelajar tentang pengajaran dan pembelajaran serta beberapa kelemahan yang
dapat dikesan dalam proses pengajaran tidak diabaikan. Perbincangan yang berterusan mengenai
keputusan dan dapatan yang diperoleh dalam penyelidikan ini akan diterangkan dalam bab 5.
BAB V
5.1 Pendahuluan
Dalam bab ini pengkaji akan membincangkan hasil dapatan kajian yang telah dijalankan. Ianya
merangkumi ringkasan kajian, perbincangan tentang persepsi pelajar terhadap penggunaan
kaedah pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah koperatif, pencapaian pelajar hasil
dari pembelajaran menggunakan keadah tersebut, implikasi kajian dan juga saranan untuk kajian
selanjutnya.
Kajian ini telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Gong Balai, Marang Terengganu. Seramai 30
orang murid tahun lima di sekolah tersebut telah dipilih untuk menjadi sampel kajian ini. Tujuan
kajian ini ialah untuk mengkaji keberkesanan kaedah koperatif untuk pengajaran Bahasa Melayu
Penulisan Tahun Lima bagi meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid. Diharap
kajian ini dapat memberi peluang serta keyakinan kepada murid untuk membina pengalaman
mereka bagi menyelesaikan masalah penulisan di sekolah rendah. Dengan menggunakan kaedah
ini di dalam pengajaran dan pembelajaran, adalah diharapkan murid dapat membuat keputusan
secara bersama berdasarkan pengetahuan sedia ada, pengalaman yang lepas dan pengetahuan
yang diperolehi dalam bilik darjah, seterusnya membolehkan mereka menyelesaikan masalah
dengan lebih baik lagi. Besarlah harapan, bahan ini akan digunakan sebaik mungkin dengan
tujuan agar proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih tersusun dan sistematik.
Empat instrumen telah digunakan ketika menjayakan kajian ini, iaitu soal selidik tentang
persepsi murid terhadap Bahasa Melayu dan kaedah koperatif, soal selidik tentang keberkesanan
kaedah keperatif juga instrument ujian pra dan ujian pasca. Soal selidik digunakan untuk
mengkaji persepsi mereka terhadap penggunaaan kaedah pengajaran dan pembelajaran
menggunakan kaedah koperatif untuk Bahasa Melayu Tahun Lima. Ujian pra dan ujian pasca
pula digunakan untuk mengkaji pencapaian mereka sebelum dan selepas rawatan dijalankan. Set
soalan ujian pra dan pasca itu mengandungi beberapa aras kesukaran.
Sepanjang tempoh kajian, kaedah belajar berkumpulan telah digunakan oleh pengkaji semasa
proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Ujian pra telah diberi sebelum sesi pengajaran
dan pembelajaran dimulakan. Ujian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengesan sejauh mana
pencapaian pelajar sewaktu menggunakan kaedah tradisional . Pada peringkat seterusnya adalah
memberi pelajar ujian pasca. Dapatan keputusan menunjukkan prestasi pelajar semakin
meningkat hasil dari proses pembelajaran menggunakan kaedah ini. Persepsi murid juga didapati
positif setelah mengunakan bahan bantu mengajar berkenaan ketika proses pembelajaran
dijalankan. Bahagian seterusnya akan melaporkan keputusan yang diperolehi melalui analisis
soal selidik dan keputusan yang diperolehi dalam ujian pra dan ujian pasca.
Jadual 4.2 menunjukkan keberkesanan kaedah terhadap semua pelajar kecuali pelajar P8, P27
dan P28, kesemua pelajar dalam kajian ini telah menunjukkan peningkatan prestasi mereka
dalam kadar yang berbeza-beza hasil dari proses pembelajaran. Keputusan ujian juga
menunjukkan terdapat perbezaan min yang signifikan dalam min ujian pra dan ujian pasca. Ini
menunjukkan hipotesis null, Ho ditolak dan hipotesis alternatif, Ha diterima.
Keputusan ini menunjukkan terdapat peningkatan yang signifikan dalam prestasi pelajar selepas
mereka mengikuti pembelajaran menggunakan kaedah koperatif. Dapatan ini adalah selari
dengan dapatan beberapa ujian contohnya sepertimana yang di jalankan oleh Toh(1994) dan
Sabrina Bakar(1996) ada perbezaan yang signifikan dalam skor peningkatan antara pelajar-
pelajar yang telah didedahkan kepada berbagai mod pengajaran yang berbeza. Kajian mereka
juga mendapati bahawa mod pengajaran yang dikendalikan dengan mod pengajaran yang
menggunakan kaedah koperatif sebagai yang paling berkesan.
Min skor ujian pra ialah 63.33 dan min skor ujian pasca ialah 78.20. Peningkatan ini adalah
besar. Salah satu sebab peningkatan yang besar adalah kerana murid-murid yang terlibat dalam
kajian ini menunjukkan minat yang tinggi setelah bahan bacaan yang disediakan dapat menarik
perhatian mereka biarpun murid-murid yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada pelajar
pelbagai kebolehan . Adalah dipercayai jika keadah ini digunakan oleh murid yang pintar,
dijangkakan peningkatan prestasi adalah lebih tinggi lagi. Peningkatan prestasi murid yang
kurang memberangsangkan juga mungkin disebabkan masa pengajaran yang singkat.
Perkara ini adalah berkaitan dengan waktu pengajaran dan pembelajaran dilakukan. Sebenarnya,
ujian ini telah diberikan selepas perperiksaan akhir tahun dimana mood murid untuk belajar
menurun. Adalah dijangka sekiranya kaedah ini dilaksanakan secara berterusan prestasi murid
akan bertambah baik lagi apabila mereka dapat menghayati dan menguasai kemahiran.
Berdasarkan jadual 4.2 terdapat beberapa orang murid yang prestasinya berubah sedikit dalam
ujian pasca. Perkara ini mungkin berkaitan dengan sikap murid yang kurang kesungguhan untuk
membaiki kelemahan mereka. Kesilapan menyebut perkataan mengikut suku kata telah
menyebabkan perkataan yang diberi tidak dapat dijawab dengan tepat. Dalam beberapa kajian
didapati pelajar kembali semula kepada miskonsepsi yang asal buat beberapa lama kerana
pengajaran baru tidak memberi kesan kepada perubahan konsep.
5.3.2 Keberkesanan Pendekatan Koperatif Dalam meningkatkan Minat Murid Dalam Pengajaran
dan Pembelajaran Bahasa Melayu Penulisan.
Persepsi pelajar terhadap pengajaran Bahasa Melayu dapat dirumuskan kepada dua tema iaitu
minat murid terhadap Bahasa Melayu dan penerimaan murid dalam pembelajaran Bahasa
Melayu penulisan oleh guru mereka. Berdasarkan jadual 4.5.1 minat terhadap Bahasa Melayu
dikesan melalui item pertama iaitu saya sangat meminati Bahasa Melayu dan item ke-2 iaitu saya
meminati Bahasa Melayu sejak tahun 1. Peratusan yang memberi reaksi sangat setuju ialah
29(97.66%,) dan 26 ( 86.66% ) berbanding tidak pasti ialah 1 ( 3.33 %,) dan 4 (13.34 % ) . Ini
menunjukkan minat murid terhadap matapelajaran Bahasa Melayu amat tinggi sekali.
Melalui item ke-3 iaitu saya berasa bersemangat ketika belajar Bahasa Melayu secara
berkumpulan dan item ke-7 iaitu saya dapati dengan belajar secara kumpulan memudahkan saya
menguasai kemahiran membaca membuktikan pendekatan kaedah koperatif semasa rawatan
amat membantu murid meningkatkan kemahiran membaca. Ini di perkukuhkan lagi dengan
peratusan yang diberikan iaitu 86.66% dan 76.66% untuk reaksi setuju.
Melalui item ke-10 iaitu saya dapat membaca dengan lancar setelah mengikuti cara yang
digunakan oleh guru. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh guru mereka
amat berkesan. Peratusan yang memberi reaksi setuju ialah 25(83.33 % ) berbanding tidak setuju
ialah 16.67%.(5). Bagi meningkatkan prestasi murid, diharapkan pada masa akan datang, guru-
guru lebih kerap mempelbagaikan kaedah pengajaran untuk mengatasi miskonsep terutamanya
bagi perkataan-perkataan yang sukar seperti perkataan yang mengandungi lebih daripada tiga
patah perkataan di dalam satu-satu ayat.
5.3.3 Persepsi Murid Terhadap Penggunaan Pendekatan Koperatif Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran .
Persepsi murid terhadap pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah koperatif berwarna
dapat dirumuskan kepada dua iaitu penerimaan pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran
menggunakan pendekatan koperatif bagi meningkatkan prestasi dan juga tafsiran mereka
terhadap penggunaan kaedah ini berkenaan melalui proses pengajaran dan pembelajaran.
Antaranya ialah persepsi mereka terhadap pembelajaran berbantukan kawan-kawan dalam
mempertingkatkan minat dan motivasi untuk belajar, peranannya sebagai motovasi belajar dan
mengajar yang berkesan, juga sebagai satu alat yang membantu membantu meningkatkan
kefahaman mereka dalam pembelajaran terutama kemahiran menulis.
Keputusan ini adalah selari dengan dapatan kajian lain. Abdul Rahman Abdul Rashid(1995)
bahawa penggunaan BBM yang sesuai dan menarik dalam proses pengajaran asas bacaan dalam
kelas adalah penting kerana ia dapat mempertingkatkan kejayaan pembelajaran, lebih-labih lagi
untuk mata pelajaran pengajaran Bahasa Melayu. Pendapat ini disokong dengan satu pendapat
lain yang menyatakan bahawa motivasi dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai
merupakan faktor awal dalam meningkatkan penguasaan pelajar dalam membaca dan menulis
Keputusan ini menunjukkan bahawa murid percaya kaedah pengajaran dan pembelajaran
menggunakan pendekatan koperatif berjaya membantu mereka meningkatkan prestasi penulisan
dalam Bahasa Melayu Bahagian A di samping membantu mereka menguasai berbagai kemahiran
yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah. Toh(1994) dan Sabrina Bakar(1996) ada
perbezaan yang signifikan dalam skor peningkatan antara murid-murid yang telah didedahakan
kepada berbagai mod pengajaran yang berbeza. Kajian mereka juga mendapati bahawa mod
pengajaran yang dikendalikan dengan mod pengajaran yang menggunakan pendekatan ini
sebagai yang paling berkesan.
Dapatan kajian menunjukkan prestasi murid bertambah positif selepas mengikuti pembelajaran
menggunakan kaedah koperatif. Penggunaan bahan bantu mengajar seperti gambar-gambar
ransangan juga telah berjaya meningkatkan minat serta motivasi murid untuk mempelajari
Bahasa Melayu terutama bacaan dan penulisan. Rakan sebaya juga didapati memainkan peranan
yang besar dalam menjayakan proses pembelajaran menggunakan kaedah koperatif sebegini.
Antara implikasi kajian terhadap pendidikan Bahasa Melayu ialah :
Alternatif terbaik yang dapat dijalankan ketika proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan
Bahasa Melayu bagi meningkatkan penguasaan bacaan murid adalah dengan menggunakan BBM
. Dapatan kajian menunjukkan responden bersetuju menyatakan keseronokan belajar setelah
menggunakan ransangan gambar. Pelajar didapati dapat membina ayat sendiri berpandukan
gambar yang diberi. Keadaan ini jelas menggambarkan tentang kesediaan pelajar untuk
menerima pembelajaran berbantukan kaedah koperatif sebagai salah satu proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas Bahasa Melayu.
Guru-guru Bahasa Melayu juga perlu lebih kreatif dalam mempelbagaikan strategi dan kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang digunakan di dalam kelas agar murid lebih seronok dan
bersedia agar pencapaian responden dapat ditingkatkan dari masa ke semasa. Justeru itu,
kepelbagaian strategi pengajaran amat digalakan agar penyampaian isi kandungan pengajaran
secara langsung dapat disampaikan dengan lebih berkesan dan seterusnya sukatan pelajaran
dapat dihabiskan dengan mengambil kira tahap kefahaman murid dan juga tumpuan kepada latih
tubi secara individu dan kumpulan. Disamping itu juga, guru perlu lebih kerap menggunakan
bahan bantu mengajar di dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana cara tersebut telah
menunjukkan keberkesanannya dalam membantu meningkatkan pencapaian murid. Guru juga
perlu tahu menggunakan dan mengaplikasikan persekitaran murid untuk menambahkan
keyakinan murid terhadap proses pengajaran.
Sokongan pihak pentadbiran sekolah amat penting dalam merielisasikan kejayaan kaedah ini.
Bagi memastikan kejayaan murid menguasai kemahiran membaca, pihak pentadbiran sekolah
memainkan peranan yang cukup penting. Cara terbaik yang boleh dilakukan adalah dengan
memberi pendedahan mengenai pembelajaran koperatif ini dengan lebih meluas kepada semua
guru tidak kira sama ada secara formal atau pun tidak.
Selain itu juga, pengajaran dan pembelajaran sebegini seharusnya diterapkan dalam kursus
dalaman yang dijalankan oleh sekolah. Usaha ini tidak akan berjalan dengan lancar seandainya
tiada usaha berterusan dilaksanakan di peringkat atasan. Lantaran itu, kaedah pembelajaran
koperatif juga perlu dipraktikkan seawal tahun pertama mengajar bagi membiasakan guru
mendapat pengalaman, teknik pengajaran serta pembelajaran yang lebih berkesan. Penggunaan
bahan bantu mengajar yang sesuai dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan
oleh pihak pentadbiran perlu berterusan agar masalah yang terbeban dibahu para pendidik dapat
diatasi. Galakan yang berterusan dari pihak pentadbir untuk guru yang menggunakan kaedah ini
semasa P&P dijalankan, terutamanya bila mengajar murid tahap satu boleh menyumbang impak
yang besar terhadap dunia pendidikan.
Penggunaan pendekatan dan bahan bantu mengajar yang bersesuaian dengan tahap kebolehan
pelajar secara berkesinambungan dan berterusan sudah semestinya dapat meningkatkan
pencapaian murid dari masa ke semasa. Bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih
menyeronokan serta dapat meningkatkan kemahiran menulis dikalangan murid, satu garis
panduan sama ada dalam bentuk modul atau manual untuk guru-guru perlu disediakan oleh pihak
pentadbiran agar masalah membaca dapat dikurangkan. Apa yang perlu diperhatikan adalah
konsep dan perlaksanaan kaedah pembelajaran koperatif amat berbeza jika dibandingkan dengan
kaedah pengajaran secara tradisional yang tidak berstruktur.
Bagi memastikan masalah buta huruf dikalangan pelajar terhapus, satu modul pembelajaran yang
baik perlulah disediakan dengan segera bagi menghasilkan penulisan yang baik lengkap yang
pada masa sekarang yang masih menggunakan kaedah lama iaitu `talk n chalk` sahaja dimana
ayat-ayat ditulis dengan cara lama dan amat membebankan pelajar terutamanya terhadap murid
yang mempunyai masalah membaca dan menulis.
5.5 Cadangan Kajian
5.5.1 Pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah koperatif ini di dalam penulisan
sepatutnya dimulakan seawal pelajar di tahun 1 lagi.
Masa kajian yang diperuntukan selama enam minggu adalah terlalu singkat jika dibandingkan
dengan hasil yang diharapkan oleh pengkaji kerana dalam tempoh yang begitu singkat telah
menyebabkan peningkatan prestasi murid tidak begitu memberangsangkan. Kajian lebih
mendalam, diharap dapat dilaksanakan di masa depan terutamanya ketika pengajaran dan
pembelajaran penulisan berbantukan kaedah koperatif dilaksanakan oleh pengkaji.
Selain itu juga, kajian ini perlu dijalankan lebih awal iaitu sebelum peperiksaan akhir tahun agar
semangat murid untuk belajar masih tinggi. Guru juga seharusnya menmanfaatkan kemajuan
bidang sain dan teknologi agar bahan bacaan yang bermutu seperti menghasilkan bahan bacaan
menggunakan perisian komputer dan teknologi terkini dapat dilaksanakan sendiri. Dalam usaha
memantapkan kaedah pengajaran dan pembelajaran penulisan, perisian yang lebih bermuta amat
diperlukan oleh pendidik bagi memastikan perlaksanaan pengajaran dan pebelajaran berjalan
dengan lancar selaras dengan peningkatan prestasi pelajar. Oleh itu, adalah menjadi harapan
warga pendidik agar Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia serta Pusat Perkembangan
Kurikulum dan Bahagian Teknologi Pendidikan dapat menyediakan perisian ini. Kerjasama
kerajaan negeri Terengganu dengan membekalkan e-book kepada pelajar ternyata berjaya
membuka minda pelajar tahun lima kepada teknologi maklumat.
Kajian ini dijalankan terhadap 30 orang murid sekolah rendah sahaja. Untuk mengetahui
keberkesanannya kaedah pembelajaran dan pengajaran koperatif di dalam penulisan dengan lebih
mendalam, kajian seharusnya dilakukan pada bilangan murid yang lebih ramai. Seterusnya
kajian juga boleh dilakukan untuk mencari perbandingan keberkesanan kaedah ini dari aspek
demografi seperti perbandingan antara kawasan bandar dan luar bandar, jantina, taraf sosio
ekonomi dan sebagainya. Di samping itu kajian boleh dilakukan pada perkataan lain agar
keberkesanannya dalam pengajaran Bahasa Melayu dengan menggunakan perkataan-perkataan
yang lebih mencabar dapat ditentukan.
5.5.3 Pendekatan Kajian
Kajian ini berkenaan satu kumpulan eksperimen yang diberi ujian pra dan ujian pasca. Melalui
pendekatan ini keberkesanan kaedah ini dapat ditentukan dengan lebih baik lagi. Adalah
dicadangkan supaya reka bentuk eksperimental yang melibatkan kumpulan kawalan dan
kumpulan rawatan dijalankan. Seterusnya kajian ini dilakukan dalam bentuk tinjauan secara
kuantitatif. Melalui pemerhatian ke atas aktiviti pembelajaran pola interaksi yang berlaku boleh
dianalisis untuk mengetahui apakah yang sebenarnya proses-proses yang terlibat yang
menyebabkan peningkatan prestasi murid. Untuk memahami proses pembelajaran dengan lebih
mendalam satu kajian berbentuk kualitatif harus dilakukan. Melalui pendekatan ini justifikasi
terhadap kekuatan dan kelemahan kaedah ini boleh dibuat dengan lebih baik lagi. Selain itu,
melalui temubual perasaan murid dan apa yang mereka fikirkan boleh diketahui dengan lebih
mendalam.
Dapatan kajian menunjukkan terdapat murid yang tidak berubah prestasinya dalam ujian pasca.
Satu kajian lanjut perlu dijalankan untuk mengenalpasti punca masalah ini. Muhamad
Kasim(2003) masalah ini ada kemungkinan juga disebabkan murid tersebut tidak dapat
mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran penulisan dengan menggunakan kaedah ini
kerana mereka menghadapi masalah kesihatan seperti rabun warna, rabun dekat, rabun jauh atau
mungkin mereka beranggapan bahawa mempelajari penulisan adalah tugas yang membebankan.
Walau bagaimanapun, persoalan sama ada perkara ini juga berlaku dalam pengajaran dan
pembelajaran harus ditentukan melalui satu kajian khas yang lain.
Ibu bapa seharusnya menyedari bahawa anak-anak yang kurang cemerlang dalam aktiviti
menulis seharusnya memerlukan perhatian dan bimbingan yang lebih daripada mereka
berbanding dengan anak-anak mereka yang mempunyai tahap kecerdasan yang tinggi. Dalam hal
ini ibu bapa perlulah memainkan peranan penting dalam proses pembelajaran anak-anak mereka
di rumah. Antara cadangan yang boleh diaplikasikan oleh ibu bapa ketika mengajar anak-anak
mereka menulis ialah melalui:
a) Ibu bapa perlulah sentiasa berhubung serta mendapatkan kerjasama dari pihak sekolah dan
juga guru Bahasa Melayu untuk mengetahui pencapaian anak-anak mereka supaya amalam
pengajaran yang digunapakai oleh guru dapat dijalankan di rumah sendiri tanpa wujudnya
masalah yang rumit.
b) Bagi memastikan kemahiran menulis bertambah baik, ibu bapa disarankan agar bekerjasama
dengan guru untuk mengajar anak mereka ketika berada di rumah. Latih tubi menulis pekataan
dan ayat mudah secara berterusan akan mengukuhkan lagi ingatan anak-anak mereka dan
seterusnya dapat membantu pelajar untuk menguasai kemahiran menulis.
c) Bahan tulisan yang sesuai juga boleh diberikan kepada responden yang bermasalah agar minat
anak-anak kecil untuk menguasai kemahiran menulis terus meningkat. Galakkan yang berterusan
secara tidak langsung akan memberi kepada rangsangan anak-anak untuk terus berusaha
menguasai kemahiran menulis.
5.6 Rumusan
Proses penulisan adalah satu proses yang berterusan dan berkesinambungan daripada bacaan.
Dalam membantu mencipta satu teknik serta kaedah pengajaran penulisan yang lebih berkesan
dan afektif, guru memainkan peranan yang penting. Pelbagai cara boleh digunakan oleh guru
bagi meningkatkan pemahaman murid seperti menggunakan kaedah latih tubi, tutorial juga
permainan bahasa. Kebijaksanaan guru menggunakan pelbagai kaedah pengajaran dapat
membantu pelajar memahami konsep dengan lebih baik jika dibandingkan kaedah tradisional
yang banyak menghafal berbanding faham konsep. Di sini kerjasama dan pertimbangan yang
sewajarnya daripada ibubapa dan masyarakat juga perlu.
Hasil daripada kajian yang telah dijalankan, kaedah pembelajaran penulisan menggunakan
kaedah koperatif memang dapat meningkatkan lagi prestasi dan minat murid terhadap Bahasa
Melayu. Kaedah pengajaran ini dapat menjana idea murid secara kumpulan mahu pun individu.
Oleh itu kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran penulisan yang sesuai amat perlu
diaplikasikan dengan betul dan berterusan. Perkembangan pengajaran menggunakan kaedah
koperatif adalah cepat serta dapat meningkatkan minat murid. Selain itu, penggunaannnya yang
berterusan akan memberikan keyakinan kepada guru dalam menyampaikan pengajaran dan
secara tidak langsung serta menggalakkan para guru mencipta sendiri bahan bantu mengajar
sebagai sumber utama dalam pengajaran dan pembelajaran.
Dalam hal ini, guru perlulah bertindak sebagai fasilitator bagi memantau perkembangan murid.
Bahan Bantu Mengajar yang mencukupi akan menyebabkan murid menjadi aktif dan seterusnya
meningkatkan input. Dalam hal ini, guru harus menyedari bahawa kefahaman sesuatu konsep
Bahasa Melayu boleh disemai dikalangan murid-murid lemah sekiranya kaedah yang digunakan
bersesuaian dan dapat menarik minat mereka. Lantaran itu, guru perlulah memperbanyakkan lagi
bahan rujukan demi meningkatkan keberkesanan kaedah ini berbanding dengan kaedah
tradisional .
BAB 1
PENGENALAN
Penguasaan kemahiran menulis bukan hanya bergantung kepada bakat semata-mata malah
dipengaruhi juga oleh pengajaran menulis yang bersistem dan berkesan (Yahya Othman, 2005;
Ahmad Khair Mohd. Nor, 2005). Oleh itu, dalam pengajaran kemahiran menulis, penguasaan
peringkat asas adalah dimulakan dengan menulis huruf, perkataan, ayat dan akhirnya sebuah
wacana yang dapat difahami apabila dibaca (Yahya Othman, 2005). Dalam penghasilan sesebuah
penulisan, pengarang juga perlu menyampaikan idea secara jelas, tepat, dan berkesan. Pemilihan
kata perlu disesuaikan dengan tujuan karangan sama ada untuk tujuan perbahasan, memujuk,
memberi pendapat, atau untuk bercerita. Perkembangan isi dan huraian juga dibuat dalam bentuk
perenggan yang mencirikan kesatuan sesebuah karangan. Oleh itu, murid perlu mendapat
pendedahan dan mengetahui teknik menulis yang baik semasa di bangku sekolah. Penguasaan
kemahiran menulis juga dapat membantu memantapkan penggunaan bahasa yang mengandungi
nilai estetika seperti yang terdapat dalam penulisan karangan fakta, naratif, sajak, pantun dan
sebagainya. Namun, kegagalan dalam menguasai kemahiran menulis mengakibatkan pelajar
sukar hendak menyatakan mesej dalam bentuk tulisan.
Haron (1990) dalam Yap Kim Fatt (1991) berpendapat bahawa penulisan melibatkan kemahiran
menyampaikan maklumat, idea, perasaan, dan pandangan yang terdapat dalam pemikiran penulis
melalui bahasa dan bukan sekadar menyusun atau menggubah perkataan, frasa dan ayat.
Kemahiran mengarang mampu dikuasai oleh sesiapa sahaja sekiranya terdapat pengubahsuaian
kurikulum dan juga penyediaan bahan pengajaran yang sesuai (Faridah Serajul Haq dan rakan-
rakan, 2001). Proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis juga perlu diberi perhatian
bagi menjamin kecemerlangan pencapaian penulisan dalam kalangan murid. Dalam pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran, guru seharusnya memiliki pengetahuan kandungan, pengatahuan
am, kemahiran pedagogi dan sikap yang menggalakkan pembelajaran agar pengajaran mereka
berkesan (Syed Lutfi Syed Hamzah, 1994).
Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia Semakan (2003), menegaskan bahawa tumpuan dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia (BM) ialah supaya murid dapat menggunakan
BM secara berkesan dalam kehidupan harian, bidang pekerjaan dan sebagai bahasa ilmu untuk
pembelajaran seumur hidup. Selain itu, dalam pengajaran bahasa khususnya penulisan, guru juga
perlu mempertimbangkan pelbagai gaya pembelajaran, minat dan kecerdasan yang berbeza
antara satu sama lain dalam kalangan murid dengan menggunakan strategi berpusatkan murid.
Kementerian Pelajaran berusaha untuk menerapkan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar
dengan memberi penekanan kepada proses kognitif dalam isi pelajaran dan pengetahuan. Proses
kognitif seperti yang terkandung dalam kurikulum dikembangkan melalui isi kandungan yang
dipelbagaikan dari segi pendekatan, strategi berfikir serta mempunyai kualiti intelek yang tinggi.
Dalam konteks pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), guru harus
melakukan penerapan nilai murni, dan penggunaan bahan yang merentas pelbagai disiplin dalam
proses pengajaran (Roselan Baki, 2003). Teknik pengajaran guru juga mestilah sesuai dengan
kebolehan murid dengan mengambil kira penggunaan kaedah pembelajaran berasaskan kajian
masa depan, kecerdasan pelbagai dan konsep konstruktivisme untuk meningkatkan minat murid
terhadap pelajaran. Penggunaan pendekatan pembelajaran koperatif merupakan satu daripada ciri
pembelajaran konstruktivisme yang membolehkan murid memiliki lebih kemahiran sosial.
Pembelajaran secara konstruktivisme juga membolehkan murid memperoleh beberapa kemahiran
seperti lebih berfikir, lebih memahami, lebih mengingati, berkeyakinan, berinteraksi dan
menyeronokkan (Pusat Perkembangan Kurikulum 2001).
Kaedah pengajaran yang digunakan dalam kelas menjadi salah satu faktor yang membuatkan
murid menjadi pasif dan kurang berinteraksi sesama rakan dalam melakukan tugasan. Oleh itu,
salah satu teknik yang dapat membantu guru dan murid dalam melancarkan proses pengajaran
dan pembelajaran ialah menggunakan Kaedah Pembelajaran Koperatif (KPK). KPK merujuk
kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid yang terdiri daripada pelbagai kebolehan
bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama (Slavin, 1982).
Sasaran utama adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi
juga untuk rakan-rakan yang lain. Lima unsur asas dalam pembelajaran koperatif iaitu saling
bergantung antara satu sama lain secara positif, saling berinteraksi secara bersemuka,
akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri, kemahiran koperatif, dan pemprosesan
kumpulan. Pembelajaran koperatif menjadi popular pada tahun 1980-an kerana positifnya
terhadap pencapaian iaitu yakin diri, kedinamikan pergaulan antara individu dan motivasi diri
(Mahzan Arshad, 2003). Strategi ini juga menegaskan bahawa murid seharusnya tidak dibezakan
dengan warna kulit, keturunan, agama, jantina mahupun mental masing-masing (Kamaruddin
Tahir, 2005). Semangat kerjasama, tolong menolong dan bertindak sebagai satu pasukan perlu
dibajai dalam diri murid agar menjadikan murid lebih faham, yakin dan seronok untuk belajar
(Johnson & Johnson, 1989).
Pernyataan Masalah
Dalam proses penulisan, masalah yang sering dihadapi oleh seseorang ialah untuk memulakan
penulisan. Memulakan penulisan bukanlah sekadar persoalan kebolehan semata-mata atau soal
pengetahuan tentang sesuatu kerana pakar yang berpengetahuan dan berkemahiran pun turut
menghadapi masalah yang serupa (Flower, 1985 dalam Roselan Baki, 2003).
Kelemahan dalam menulis karangan adalah salah satu punca murid gagal mencapai keputusan
yang baik dalam peringkat Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) mahupun peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM). Penguasaan bahasa yang lemah dalam kalangan murid Cina
menyebabkan pencapaian mereka dalam bidang akademik rendah kerana mereka tidak dapat
menyatakan sesuatu dengan baik dan berkesan melalui tulisan. Penutur bahasa Melayu keturunan
Cina adalah yang paling banyak menghadapi masalah gangguan bahasa ibunda dan pengaruh
dialek tempatan dalam penguasaan bahasa (Abd. Aziz Abd. Talib, 2000). Hal ini disebabkan
struktur bahasa Cina berbeza dengan Bahasa Malaysia.
Selain itu, terdapat juga murid yang lemah dan berada pada tahap minimum dalam penulisan.
Murid kurang mampu untuk mengarang dengan baik tanpa bantuan guru. Ini berlaku
terutamanya bagi karangan berbentuk fakta dan karangan berbentuk naratif. Pemeriksaan
terhadap beberapa buah karangan yang ditulis oleh murid dalam ujian di sekolah memperlihatkan
bahawa pencapaian dalam penulisan karangan murid-murid tersebut tidak mencapai tahap yang
memuaskan. Mereka kekurangan idea untuk menghasilkan karangan. Kemahiran penulisan
dalam kalangan murid bukan Melayu kurang memuaskan dari segi ejaan, pemilihan kata (diksi),
kosa kata, struktur ayat, jenis ayat dan sebagainya.
Kelemahan murid dalam penulisan karangan juga tidak dapat dinafikan dengan kaedah yang
digunakan oleh guru semasa mengajar menulis dalam kelas. Kaedah pengajaran yang digunakan
dalam kelas menjadi salah satu faktor yang membuatkan murid menjadi pasif dan kurang
berinteraksi sesama rakan dalam melakukan tugasan (Roselan Baki, 2003). Cara dan gaya
pengajaran guru dalam kelas lebih kepada memberi pendedahan secara menyeluruh tentang
sesuatu tajuk dan mengamalkan pendekatan membincangkan isi untuk menghabiskan sukatan
pelajaran. Tambahan pula, suasana dalam kelas lebih berorentasikan peperiksaan iaitu memberi
penekanan kepada pencapaian akademik semata-mata.
Kebanyakan guru memainkan peranan utama dalam pengajaran kemahiran penulisan khususnya
dalam memberikan isi-isi karangan. Murid-murid kurang dilatih untuk meneroka maklumat
sendiri melalui pelbagai bahan sumber. Selalunya guru mengawal dari segi isi, bukan berperanan
membantu menyaring dan menyusun maklumat yang telah diterokai oleh mereka. Kawalan
begini sebenarnya akan mendorong murid terlalu banyak bergantung kepada guru. Keadaan ini
seterusnya menyebabkan murid kurang berkemahiran untuk mengarang.
Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan untuk meneliti keberkesanan Kaedah Pembelajaran Koperatif (KPK) dalam
pengajaran aspek kemahiran menulis karangan fakta dan karangan naratif dalam kalangan murid
bukan Melayu . Objektif kajian ini seperti di bawah:
Mengenal pasti pencapaian penulisan karangan jenis fakta dan naratif dalam pra ujian.
Mengenal pasti pencapaian penulisan karangan jenis fakta dan naratif dalam pasca ujian.
Mengenal pasti sama ada wujud perbezaan pencapaian dalam penulisan karangan jenis fakta.
Mengenal pasti sama ada wujud perbezaan pencapaian dalam penulisan karangan jenis naratif.
Mengenal pasti sama ada wujud perbezaan pencapaian dalam penulisan jenis fakta dan naratif
dalam pra ujian dan pasca ujian.
Persoalan Kajian
Adakah terdapat perbezaan yang signifikan tahap pencapaian penulisan karangan jenis naratif
antara pra ujian dengan pasca ujian?
Adakah terdapat perbezaan yang signifikan tahap pencapaian penulisan karangan antara jenis
fakta dengan naratif dalam pra ujian dan pasca ujian?
Kepentingan kajian
Kemahiran menulis memberi peluang kepada murid menyampaikan buah fikiran mereka dengan
berkesan kepada pembaca (Liew Siew Lin, 2003 dalam Yahya Othman 2005). Sekiranya
kemahiran menulis tidak dikuasai sebaik-baiknya, tidak mustahil bahawa walaupun
perkembangan teknologi maklumat bergerak dengan pantas, namun kita akan tertinggal Tanpa
keupayaan menulis yang tinggi, kemahiran dan kepakaran seseorang akan tenggelam kerana
tidak dapat disebarkan, dibuktikan dan dikaji (Maharom Mamat, 2000). Justeru, kajian ini
diharap dapat memberi maklumat tentnang keberkesanan kemahiran menulis karangan fakta dan
karangan naratif kepada murid, guru-guru dan juga para penyelidik pada masa akan datang.
Hasil kajian ini penting untuk membantu para murid yang mempunyai masalah tidak berminat
untuk belajar, prestasi merosot, murid tidak aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan
pelajar yang sering menimbulkan masalah disiplin dalam bilik darjah. Oleh yang demikian,
kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar
bukan Melayu, di sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan di daerah Klang, Selangor dalam
penguasaan kemahiran menulis karangan fakta dan karangan naratif.
Kepada guru-guru BM, kajian ini mendedahkan kaedah pengajaran koperatif yang boleh dicuba
dalam pengajaran menulis karangan BM. Justeru, kajian ini diharap akan menjadi satu amalan
kepada guru-guru BM dan mencuba kaedah baru dalam pengajaran penulisan. Dengan cara ini,
pengajaran dan pembelajaran BM menjadi lebih menarik.
Kajian ini juga diharap dapat menambah koleksi bahan rujukan tentang penyelidikan yang
dijalankan dalam bidang penulisan pada masa akan datang yang boleh dijadikan sumber rujukan
kepada para penyelidik.
Batasan Kajian
Kajian ini memberi penekanan kepada keberkesanan KPK dalam penulisan karangan fakta dan
karangan naratif BM dalan kalangan murid tingkatan dua. KPK digunakan kerana kaedah ini
lebih menekankan pembelajaran secara kumpulan yang bersesuaian dengan saranan agar aktiviti
kumpulan dititikberatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini menggunakan
kaedah eksperimental satu kumpulan eksperimen (KE). Kumpulan eksperimen ini ditadbirkan
dua jenis ujian iaitu praujian dan pasca ujian bagi membandingkan tahap penguasaan menulis
karangan fakta dan karangan naratif. Kajian ini melibatkan sampel yang terdiri daripada 40 orang
murid bukan Melayu tingkatan dua di sebuah sekolah menengah di daerah Klang, Selangor. Data
dianalisis menggunakan perisian “SPSS” Versi 1.5. Ujian-t digunakan untuk mengukur sama ada
wujud keberkesanan antara dua min iaitu pra ujian dan pasca ujian.
Definisi Operasional
Kajian ini melibatkan penggunaan beberapa istilah dan konsep yang perlu dijelaskan. Antara
istilah dan konsep yang digunakan ialah:
Keberkesanan pembelajaran
Perkataan ‘keberkesanan’ berasal daripada ‘kesan’. Kamus Dewan (2002:663) ‘Kesan’
membawa maksud tanda yang ditinggalkan oleh sesuatu, bekas sama ada kebaikan atau
keburukan. Manalaka ‘keberkesanan’ membawa maksud berkesannya sesuatu tindakan atau
perbuatan.
Dalam konteks kajian ini ’keberkesanan’ bermaksud hasil atau akibat yang terjadi daripada
penggunaan kaedah pembelajaran koperatif dalam proses penulisan karangan fakta dan karangan
naratif dalam kalangan murid bukan Melayu.
Manakala KPK ialah strategi yang diperkenalkan dalam sistem pembelajaran bestari. Dengan
strategi ini, murid-murid digalakkan berdikari dalam meneroka ilmu daripada pelbagai sumber.
Kaedah pembelajaran ini membolehkan pelajar yang heterogen bekerjasama dalam kumpulan
kecil untuk mencapai matlamat bersama (Gan, 1999). Hal ini bermakna, pengelompokan murid
kepada kumpulan kecil merupakan langkah awal yang mesti dipatuhi oleh seseorang guru dalam
pelaksanaan kaedah ini. Langkah seterusnya diserahkan kepada kumpulan-kumpulan murid
berkenaan untuk berbincang dan melantik ketua, pencatat, pelapor dan seumpamanya. Aktiviti
ini memberi ruang kepada murid-murid tadi untuk berinteraksi serta menyesuaikan diri antara
satu sama lain. Aktiviti ini sangat penting kepada murid yang lemah menguasai literasi membaca
dan menulis.
Dalam konteks kajian ini, KPK merujuk kepada penggunaan teknik Putaran Giliran (Round
Robin) dan Meja Bulat (Round Table) kumpulan eksperimen dalam penulisan karangan fakta
dan karangan naratif dalam kalangan murid bukan Melayu. Melalui KPK murid dapat belajar
secara bekerjasama untuk mencapai matlamat pembelajaran dalam penulisan kedua-dua
karangan tersebut.
Teknik Putaran Giliran (Round Robin) dan Meja Bulat (Round Table)
Dalam teknik Putaran Giliran (Round Robin), setiap ahli dalam kumpulan akan mengutarakan
pendapat masing-masing secara lisan mengikut putaran giliran mereka (Kagan, 1994; Zawiah
Abd. Shukor, 2001). Matlamatnya adalah untuk memberikan setiap ahli peluang mengemukakan
idea masing-masing sambil menerima dan menolak idea yang lain secara diplomasi. Melalui
teknik ini berlakulah proses bertukar-tukar idea dan pandangan agar idea yang diperuntukan itu
akan menjadi lebih jelas dan bermakna.
Manakala teknik Meja Bulat (Round Table) pula, ahli kumpulan dapat berkongsi maklumat
secara bergilir-gilir dalam mencurahkan idea yang dibincangkan. (Kagan, 1994; Zawiah Abd.
Shukor, 2001). Setiap ahli memerlukan tambahan idea untuk melengkapkan tugasan. Aktiviti
berkongsi maklumat ini dapat dilaksanakan oleh ahli dalam kumpulan agar perkara yang
dibincangkan itu menghasilkan satu idea yang sangat bermakna. Melalui penurunan idea
tersebut, setiap ahli digalakkan untuk membaca dan menyemak hasil tugasan mereka agar
tugasan mereka mantap dan bermakna. Akhirnya, menerusi teknik tersebut, mereka dapat
menguasai kemahiran menulis dengan baik. Kedua-dua teknik ini hampir sama dengan teknik
Cooperatif Integrated Reading and Composition (CIRC).CIRC merupakan program
komprehensif untuk mengajarkan membaca dan menulis pada peringkat sekolah menengah
(Madden, Slavin, & Stevan, 1986 dalam Stavin 2008). Para murid ditugaskan untuk berpasangan
dalam kumpulan mereka untuk belajar dalam serangkaian kegiatan yang bersifat kognitif,
termasuk membacakan certia satu sama lain, membuat prediksi mengenai bahagian akhir
berkaitan cerita naratif. Mereka juga saling bekerjasama dalam menghasilkan cerita, menulis
idea, dan melatih pengucapan, penerimaan dan kosa kata (Slavin, 2008 halaman 16-17)
Menulis Karangan
Menulis adalah menggunakan simbol visual yang berfungsi sebagai komunikasi (Yahya Othman,
2005). Huraian Sukatan Pelajaran (2003) menghuraikan kemahiran menulis sebagai keupayaan
murid menulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan
kreatif yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan menggunakan
ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang kemas.
Menurut Byrne (dalam Robiah Kulop Hamzah, 1999) penulisan ialah urutan ayat-ayat yang
disusun dalam susunan tertentu dan berkait rapat antara satu sama lain dengan cara-cara tertentu.
Urutan ini mungkin panjang dan mungkin pendek. Walau bagaimanapun, urutan ayat-ayat ini
dapat membentuk satu kesatuan yang jelas maksudnya.
Menulis ialah proses memberikan simbol-simbol grafik bagi melambangkan bahasa dalam
menyusun perkataan, rangkai kata, ayat dan seterusnya unit-unit yang lebih panjang mengikut
peraturan-peraturan tertentu dengan menunjukkan wacana dan penglahiran idea yang jelas dan
tersusun (Kamarudin Hj. Husin, 1998).
Dalam kajian ini, menulis karangan adalah menulis karangan jenis karangan naratif dan karangan
fakta.
Karangan Naratif
Karangan naratif menceritakan semula peristiwa-peristiwa yang telah berlaku menurut susunan
kronologi peristiwa-peristiwa itu terjadi (Abdd. Aziz Abd. Talib, 1989). Teks naratif
menampilkan pelbagai cerita dan disusun dalam satu pola yang mengandungi bahagian
pengenalan, perkembangan dan akhiran (Mahzan Arshad, 2003). Penulisan naratif boleh bersifat
peribadi dan umum. Naratif peribadi merupakan peristiwa yang melibatkan diri penulis sendiri.
Naratif umum pula peristiwa yang didengar atau diimaginasikan oleh penulis. Penulisan naratif
biasanya dipaparkan mengikut urutan yang kronologi (Roselan Baki, 2003).
Dalam konteks kajian ini, penyelidik membuat penilaian tentang karangan naratif umum iaitu
peristiwa yang diimaginasikan oleh penulis.
Karangan Fakta
Karangan fakta lebih memerlukan pernyataan fakta dan huraian yang mantap. Segala tanggapan
yang bertentangan tentang sesuatu isu atau perkara haruslah disokong dengan hujah-hujah dan
fakta sebagai pembuktian. Setiap fakta yang dinyatakan perlu diperkuat dengan huraian
sokongan yang mengandungi keterangan, contoh, analogi, anekdot atau ungkapan berwibawa
(Roselan Baki, 2003).
Dalam konteks kajian ini, karangan fakta merujuk kepada suatu tajuk perbincangan atau
pendapat yang memerlukan fakta atau hujah-hujah yang konkrit sebagai bukti untuk menyokong
pernyataan.
BAB II
SOROTAN LITERATUR
Pengenalan
Bab ini membincangkan aspek yang berkaitan sorotan literatur seperti teori yang mendasari
pembelajaran koperatif dalam kemahiran menulis karangan, rajah pembelajaran koperatif, ciri-
ciri karangan yang bermutu, prinsip-prinsip pembelajaran koperatif, kesan pembelajaran
koperatif dan kajian-kajian yang pernah dijalankan berkaitan pembelajaran koperatif.
Teori Psikologi Leo S.Vygotsky dalam Proses Penulisan
Pelbagai perspektif mempengaruhi pengajaran kemahiran literasi amnya, dan penulisan
khususnya, seperti perspektif pemprosesan maklumat, perspektif naturalis, dan perspektif
Vygotskian (McCathey & Raphael, 1992 dalam Roselan Baki, 2003). Teori psikologi Vygotsky
(1978) yang mengaitkan interaksi lisan dengan pemikiran, sejarah sosial dan budaya melahirkan
perspektif baru tentang proses pengajaran dan pembelajaran (Roselan Baki, 2003). Proses
pembelajaran bermula daripada konteks sosial ke konteks individual, dengan interaksi lisan
sebagai medium dan alat yang menghubungkan kedua-dua konteks berkenaan. Interaksi lisan
memungkinkan pembinaan pengetahuan, kefahaman dan makna berdasarkan idea dan pemikiran
yang murid miliki, dan perolehi daripada orang lain. Untuk kajian ini, perspektif Vygotskian
yang menghubungkaitkan proses kognitif dengan sejarah dan budaya komuniti menjadi
sebahagian proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Proses pembelajaran
bermula daripada konteks sosial ke konteks individual, dengan interaksi lisan sebagai medium
dan alat yang menghubungkan kedua-dua konteks berkenaan. Sehubungan dengan itu, KPK
berfokuskan perbincangan dalam kumpulan iaitu murid berinteraksi antara satu sama lain secara
lisan untuk mendapatkan idea dan bertukar-tukar pendapat dalam proses pembelajaran penulisan
karangan.
Harste dalam Mahzan Arshad (2003), berpendapat bahawa manusia tidak mengetahui sesuatu
perkara dengan sendirinya. Segala pengetahuan adalah hasil daripada penggabungan
pengetahuan dengan orang lain yang kita kenali serta dapat membezakan apa yang kita tahu
dengan apa yang orang lain tahu. Apabila guru memberi peluang kepada murid melakukan
aktiviti interaksi dalam kelas, lebih banyak pembelajaran berlaku.
Dalam hal ini, kanak-kanak belajar apabila mereka terlibat dengan aktiviti budaya dan sosial di
sekeliling mereka. Interaksi dengan orang lain di persekitaran mereka terutamanya ibu bapa dan
rakan sebaya akan membantu mereka dalam proses perkembangan (Vygotsky, 1978 dalam
Roselan Baki, 2003). Hasil daripada interaksi dengan orang lain, kanak-kanak belajar untuk
memahami sesuatu atau mula mendapat pengetahuan. Pengetahuan itu akan menjadi pengalaman
yang membantu proses pembelajaran.
Dalam kajian Marohaini Yusoff (1999) mendapati bahawa sepanjang proses menulis karangan,
murid seringkali berinteraksi dengan kawan-kawan walaupun guru tidak membenarkan mereka
bercakap dan berkongsi pendapat ketika menulis karangan dalam bilik darjah. Sauders dalam
Ahmad Zaini (2000) menegaskan tentang perlunya bekerjasama dengan rakan sebaya dalam
pembelajaran menulis terutamanya untuk merangka, menulis bersama, membetulkan kesilapan
bersama dan menerbitkan bersama.
Pendapat-pendapat di atas adalah selari dengan perspektif psikologi sosiolinguitik yang melihat
proses menulis sebagai satu proses yang melibatkan aktiviti kognitif, sosial dan bahasa dalam
meningkatkan pengetahuan literasi (berbahasa) murid. Hal ini disebabkan kanak-kanak
menguasai pengetahuan literasi ketika mereka berhubung dengan orang lain dan mereka dapat
meningkatkan penguasaan literasi mereka jika mereka dapat berinteraksi dalam masyarakat
secara bermakna.
Menurut Mahzan Arshad (2003), terdapat tiga kaedah menulis dalam Bahasa Malaysia iaitu
menulis bebas, menulis berkolabratif dan menulis berkoperatif. Menulis bebas hanya
memerlukan bantuan yang minima daripada guru dan sumber lain. Tujuannya adalah untuk
menggalakkan murid bebas menggunakan kreativiti untuk menghasilkan karya yang diingini.
Menulis berkolabratif dilakukan secara berpasangan secara bergilir-gilir untuk berkongsi idea
seperti bergilir-gilir menghasilkan perenggan dalam karangan untuk membantu murid yang
kurang bermotivasi dalam menulis. Menulis berkoperatif ialah satu kaedah pengajaran menulis
yang memerlukan guru memberi bantuan kepada murid. Guru dan murid akan sama-sama
menulis di papan tulis. Cara lain ialah setiap ahli dalam kumpulan sama-sam mencari isi penting,
membuat huraian dan mencari contoh yang sesuai bagi huraian.
Berdasarkan teknik-teknik dan prinsip-prinsip KPK, pengkaji mengguna teknik Round Robin
(Putaran Giliran), Meja Bulat (Round Table) dalam penulisan karangan fakta dan karangan
naratif. Dalam teknik Round Robin, setiap ahli dalam kumpulan akan mengutarakan pendapat
masing-masing secara lisan mengikut putaran giliran mereka. Melalui teknik ini berlakulah
proses bertukar-tukar idea dan pandangan agar idea yang diperuntukan itu akan menjadi lebih
jelas dan bermakna.
Manakala dalam teknik Round Table pula, ahli kumpulan dapat berkongsi maklumat secara
bergilir-gilir dalam mencurahkan idea yang dibincangkan. Setiap ahli memerlukan tambahan
idea untuk melengkapkan tugasan. Aktiviti berkongsi maklumat ini dapat dilaksanakan oleh ahli
dalam kumpulan agar perkara yang dibincangkan itu menghasilkan satu idea yang sangat
bermakna. Melalui penurunan idea tersebut, setiap ahli digalakkan untuk membaca dan
menyemak hasil tugasan mereka agar tugasan mereka mantap dan bermakna. Akhirnya,
menerusi teknik tersebut, mereka dapat menguasai kemahiran menulis dengan baik. KPK yang
digunakan dalam kajian ini boleh ditunjukkan dalam Rajah 1.
Rajah 1: Pengajaran KPK dalam penulisan karangan fakta dan naratif BM.
Rajah 1 menunjukkan cara pelaksaan pengajaran menggunakan KPK semasa rawatan dijalankan
ke atas sampel kajian. Rancangan pelajaran bagi sesi rawatan tersebut adalah seperti dalam
lampiran A yang disertakan. Dalam pengajaran penulisan karangan, murid dilatih untuk
bekerjasama menghargai isi, memberi contoh dan menulis dengan bahasa yang betul, tepat dan
berkesan. Di samping itu murid dilatih untuk membanding hasil kerja sendiri dengan hasil kerja
rakan-rakan dalam bilik darjah. KPK ini dijalankan dijalankan untuk membantu murid menulis
dengan lebih berkesan.
Dari segi perspektif guru, karangan yang dianggap bermutu mestilah mempunyai ciri-ciri berikut
(Abdul Hamid Ahmad, 1998). Antara ciri tersebut ialah isi karangan bertepatan dengan kaedah
soalan atau tajuk, isi karangan dihurai dengan tepat dan diberi contoh yang sesuai. Selain itu,
idea dijalin mengikut urutan kepentingan dengan menggunakan penanda wacana, pemilihan
perkataan mestilah tepat, isi karangan menepati mod wacana penulisan, gaya bahasa menarik dan
mempunyai kepelbagaian. Di samping itu, ayat digunakan hendaklah gramatis, berkesan dan
tidak ada kesalahan tata bahasa. Unsur peribahasa diselitkan secara berkesan, penggunaan tanda
baca yang tepat serta setiap perenggan hanya mempunyai satu isi sahaja.
Laporan Lembaga Peperiksaan Malaysia bagi SPM 2002 (Lembaga Peperiksaan Malaysia,
Kementerian Pelajaran Malaysia, 2003) menggariskan maksud karangan yang cemerlang sebagai
karangan yang dapat memberi takrif kepada tajuk dengan baik, menyertakan contoh yangs
sesuai, mengemukakan isi lebih daripada tiga dan menghuaraikan serta mengembangkan isi
dengan jelas. Isu-isu yang diutarakan dapat dikupas secara matang dan dikaitkan setiap isu
dengan keadaan semasa. Idea-idea yang dikemukan pula matang, jelas dan teratur.
Dari aspek bahasa pula, karangan ditulis dengan bahasa yang memuaskan, lancar, terdapat
kepelbagaian dan keragaman dalam struktur ayat, gramatis dan pemilihan diksi yang sesuai
mengikut tajuk yang dibincangkan. Kesalahan bahasa pula kecil dan tidak ketara. Pengolahan,
penyampaian dan pemerengganan menarik dan berkesan.
Menurut Lembaga Peperiksaan lagi, sesuatu karangan dinilai sebagai sederhana apabila karangan
yang dihasilkan agak samar dengan tajuk yang diberi, kurang jelas dan gagal mengemukakan isi
yang tepat. Isi dalam karangan kurang dan bercampur aduk, kurang sesuai, kurang berkembang,
idea dan contoh yang diberikan kurang matang. Bahasa kurang memuaskan dan kadangkala
salah penggunaannya. Kepelbagaian dan keragaman ayatnya juga kurang. Pengolahan kurang
menarik dan kurang berkesan.
Karangan dinilai sebagai lemah apabila murid gagal menulis mengikut kehendak soalan,
memberi takrif yang kurang tepat kepada tajuk, memberi isi yang tidak jelas, kabur dan tidak
berkaitan. Huraian isi kurang, tidak berkembang atau lemah, contoh kurang tepat, bahasa yang
digunakan tidak lancer dan banyak melakukan kesalahan tatabahasa sehingga sukar
memahamimaksud ayat. Struktur ayat lemah dan tiada keragaman serta kurang daripada 100
patah perkataan.
Rasa tanggungjawab untuk menyiapkan tugasan antara ahli kumpulan juga terkandung dalam
elemen KPK. Setiap kumpulan bertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri dan mesti
mempunyai kesedaran untuk bekerjasama dan meyumbang tenaga untuk melaksanakan sesuatu
tugasan dengan sempurna. Setiap orang dalam kumpulan harus belajar dan terlibat secara aktif
untuk membantu kumpulannya berjaya (Jacobs, 1995). Selain itu, kemahiran sosial perlu diberi
penekanan yang berfungsi secara berkesan dalam kumpulan. Kemahiran sosial penting kerana
tanpa kemahiran sosial, ahli kumpulan akan menghadapi kesukaran dalam melaksanakan aktiviti
kumpulan. Antara kemahiran sosial yang harus ditekankan kepada ahli kumpulan ialah aspek
kepimpinan, saling percaya, kemahiran komunikasi, membuat keputusan dan sebagainya. Prinsip
yang terakhir ialah pemprosesan kumpulan. Tugasan perlu dilakukan secara muafakat dan
keputusan yang dibuat adalah hasil persetujuan bersama. Setiap ahli harus saling bantu-
membantu, membuat keputusan bersama dan berusaha membuat pembaikan dalam tugasan.
Dalam hal ini, guru dan murid harus berupaya membuat refleksi sejauhmana P&P telah berjaya
(Kagan, 1994).
Berdasarkan domain afektif, Sharon & Slavin (1989) dalam Zakaria Kassim (2003) menyatakan
pembelajaran koperatif meninggalkan pelbagai kesan yang dapat dikenal pasti seperti lebih
bekerjasama, saling meningkatkan harga diri dan menyayangi sekolah. Kajian yang dijalankan
menunjukkan murid yang belajar secara koperatif lebih bekerjasama dan saling bergantungan
antara satu sama lain berbanding kaedah pembelajaran secara individu.
Setelah dapat bekerjasama dalam kumpulan mereka juga akan saling menerima dan bertukar-
tukar idea antara satu sama lain. Perhubungan dengan individu akan mewujudkan persahabatan
tanpa mengira kaum dan kedudukan. Seterusnya pelajar berasakan diri mereka diterima dan
dihargai oleh rakan-rakan. Harga kendiri mereka akan meningkat dan secara tidak langsung
mereka akan lebih menyanyangi sekolah dan berminat untuk belajar.
Sehubungan itu, Johnson and Johnson (1994) dalam Mahzan Arshad (2003) menjelaskan bahawa
belajar secara berkoperatif memberi peluang kepada pelajar untuk terlibat dalam aktiviti sosial
dalam bilik darjah dengan aktif. Kumpulan pembelajaran berkoperatif boleh terdiri daripada tiga
orang atau lebih dalam satu-satu kumpulan. Ahli-ahli dalam kumpulan perlu bekerjasama untuk
mencapai objektif pembelajaran. Secara tidak langsung, mereka perlu menguatkan nada suara
supaya didengari dan difahami oleh ahli kumpulan lain. Teguran sesama ahli perlu dilakukan
dengan sewajarnya agar dinamik kumpulan tidak hancur dan gerak kerja berjalan lancar.
Zakaria Kassim (2003) bersetuju bahawa kaedah pembelajaran koperatif dapat mengendalikan
pelajar melaksanakan tugas-tugas secara bersemuka. Kaedah pembelajaran koperatif juga
mendorong pelajar berinteraksi dan berkomunikasi dengan rakan sebaya secara harmoni. Dengan
cara demikian, kaedah pembelajaran koperatif memupuk nilai-nilai murni seperti kejujuran,
bekerjasama, saling menghormati, bertanggungjawab, bertolak-ansur berperikemanusiaan,
sanggup berkorban sepakat dan berinisiatif. Pelaksanaan tugas secara berkoperatif dapat
menumpukan pelakuan dan keyakinan diri murid.
Berdasarkan domain kognitif pula, kajian oleh beberapa tokoh pengkaji (Deuttsh, 1949; Thomas,
1957; Hulten dan De Vries, 1976; Madden dan slavin, 1983; Robert E. Slavin, Terjemahan
Nurulita, D.Zubaedi, 2008) menunjukkan pembelajaran koperatif boleh meningkatkan
pencapaian dan kemahiran kognitif pelajar. Pembelajaran koperatif yang menggunakan
kerjasama dalam kumpulan kecil yang terdiri daripada pelajar dari pelbagai kebolehan
membolehkan pelajar bekerjasama untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan bagi
menghasilkan pembelajaran secara maksimum. Dalam hal ini, kerjasama dalam kumpulan sangat
diperlukan supaya setiap individu dapat mencapai apa yang dihasratkan dan dapat memperoleh
manfaat bersama (Kagan, 1994).
Sehubungan itu, semua kaedah belajar bersama menekankan tanggungjawab setiap ahli dalam
kumpulan dengan tidak mengambil kira pencapaian akademik. Apabila yang cerdas berada
dalam kumpulan yang kurang cerdas, namun ia akan memberi faedah kepada golongan yang
berbeza dalam satu kumpulan (Robert E. Slavin, 2008).
Jika dijalankan dengan sempurna, setiap pelajar mempunyai tanggungjawab untuk menguasai
sesuatu subtopik serta berpeluang berkongsi pengetahuannya dengan ahli kumpulan yang lain.
Untuk tujuan ini, pelajar perlu betul-betul memahami subtopik itu, bukan sekadar menghafal
sesuatu topik. Ini mengakibatkan pemprosesan pada aras yang lebih tinggi, yang meningkatkan
daya ingatan dan seterusnya membolehkan mereka menunjukkan pencapaian yang lebih baik.
Justeru, kumpulan murid yang diajar dengan pendekatan pembelajaran koperatif mencatat
pencapaian yang lebih tinggi berbanding dengan kumpulan murid yang diajar melalui kaedah
tradisional (Cheah dan Poon, 1998). Dengan menggunakan kaedah kumpulan kecil, pelajar-
pelajar dapat berkongsi kekuatan dan membaiki kelemahan masing-masing. Selain itu,
kemahiran interpersonal dapat dibentuk selain daripada belajar menyelesaikan masalah bersama-
sama. Melalui penempatan ke dalam kumpulan dan memberi tugasan kepada mereka
menyebabkan mereka perlu bekerjasama, saling bergantung antara satu sama lain.
Tanggungjawab menyelesaikan tugasan merupakan kaedah yang amat baik untuk memberi
peluang kepada pelajar memenuhi keperluan sosial mereka. Permuafakatan ini akan membantu
dan menggalakkan pembelajaran yang aktif.
KPK boleh menjadi satu asas yang kukuh untuk membina peribadi insan mulia, menanam nilai-
nilai positif hidup bermasyarakat selain membantu perkembangan emosi dan mental pelajar
(Robert E. Slavin, 2008). Perkembangan koperatif tidak hanya berperanan meningkatkan prestasi
akademik sahaja, malah harus dilihat dalam aspek yang lebih luas iaitu pembentukan sahsiah
generasi akan datang.
Sehubungan dengan itu, beliau bersutuju bahawa KPK juga mendorong pelajar meningkatkan
pencapaian pelajar dalam mata pelajaran. Murid lebih cenderung dan berminat belajar sambil
bertukar-tukar pendapat atau berinteraksi dengan rakan. Ini jelas menunjukkan bahawa kaedah
pembelajaran koperatif menyumbang kepada peningkatan pelajar jika dibandingkan dengan
kaedah pembelajaran secara tradisonal.
Manusia tidak mengetahui sesuatu perkara dengan sendirinya. Segala pengetahuan adalah hasil
daripada penggabungan pengetahuan dengan orang lain yang kita kenali serta dapat membezakan
apa yang kita tahu dengan orang lain tahu. (Harste dalam Mahzan Arshad, 2003). Apabila guru
memberi peluang kepada pelajar melakukan aktiviti interstektualiti dalam kelas, lebih banyak
pembelajaran berlaku.
Dalam menghasilkan penulisan misalnya, pelajar gemar berinteraksi dengan aktif dengan
membuat perbandingan antara teks yang ditulisnya dengan teks yang ditulis oleh rakan yang lain.
Hasil penulisan secara individu ini apabila digabung akan menghasilkan penulisan yang mantap.
Dalam hal ini, Saunders (1999) dalam Ahmad Zaini (2000) menegaskan tentang perlunya
kerjasama dalam pembelajaran menulis terutamanya untuk merangka, menulis bersama,
membetulkan kesilapan bersama dan menerbitkan bersama.
Pendapat-pendapat di atas adalah selari dengan perspektif psikologi sosiolinguistik yang melihat
proses menulis sebagai satu proses yang melibatkan aktiviti kognitif, sosial dan bahasa dalam
meningkatkan pengetahuan literasi (berbahasa) pelajar. Ini adalah kerana kanak-kanak
menguasai pengetahuan literasi ketika mereka berhubung dengan orang lain dan mereka dapat
meningkatkan penguasan literasi mereka dalam masyarakat secara bermakna.
Kajian yang serupa dilakukan oleh Suraya (1999) dalam Masitah Zainuddin (2005), di Negara
Brunei Darul Salam. Beliau menggunakan kaedah pembelajaran koperatif STAD, ke atas pelajar
tingkatan tiga dalam jangka masa enam minggu. Hasil kajian mendapati bahawa pendekatan
pembelajaran koperatif begitu berkesan berbanding tradisional.
Ahmad Zaini Yaacob (2000) yang mengkaji tentang kesan pembelajaran koperatif dalam
kalangan pelajar tingkatan empat di luar bandar. Beliau telah menyelidik cara pembelajaran
koperatif dapat meningkatkan mutu penulisan pelajar. Enam aspek yang spesifik dalam penulisan
karangan telah ditumpukan dalam kajian beliau iaitu kematangan fikiran, perbendaharaan kata,
olahan, struktur kata, isi dan kesalahan bahasa. Beliau telah mendedahkan teknik koperatif
kepada kumpulan rawatan. Mereka diajar cara bekerjasama dalam kumpulan untuk
menghasilkan karangan. Pelajar yang didedahkan dengan kaedah ini didapati meningkat dari segi
perancangan, penjanaan idea, mencari bahan, olahan dan struktur kata dalam karangan pelajar.
Dapatan kajian beliau menunjukkan pembelajaran koperatif dapat meningkatkan aspek-aspek
tersebut dalam mutu penulisan pelajar.
Zawiah Abd. Shukor dan rakan-rakan (2001), telah membuat kajian yang lebih menarik tentang
pengajaran penulisan dengan mencuba strategi pembelajaran koperatif menggunakan teknik
‘Round Robin’ dan ‘Round Table’ dalam proses penulisan dalam kalangan murid tahun empat
sebuah sekolah rendah. Kajian yang dilakukan oleh mereka cuba meninjau kekuatan dan
kelemahan kedua-dua teknik berkenaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran penulisan
karangan. Kajian ini juga telah melihat cara pengguna teknik ini boleh mendorong murid untuk
menghasilkan karangan yang baik.
Roslina Othman (2002) telah mengkaji tentang strategi pembelajaran koperatif dalam kalangan
kanak-kanak bermasalah pendengaran di Kelantan pula mendapati kanak-kanak yang mengikuti
strategi pembelajaran koperatif telah menunjukkan pencapaian lebih baik dalam mengenal huruf
dan suku kata berbanding kanak-kanak yang belajar dengan kaedah tradisional.
Khadijah Ahmad (2005) yang mengkaji tentang keberkesanan pembelajaran koperatif dalam
menulis karangan BM. Kajian dilakukan terhadap 30 orang pelajar di Sekolah Menengah di
daerah Kuala Nerang, Kedah. Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat perbezaan dan
peningkatan dari segi penulisan karangan terhadap kaedah yang digunakan oleh guru dalam
penulisan karangan. Terdapat perbezaan yang signifikan antara pencapaian pelajar dalam
menulis karangan sebelum dan selepas dirawat dengan kaedah pembelajaran koperatif. Hasil
hubungan interaksi sesama ahli kumpulan atau rakan sebaya telah berjaya meningkatkan
pengetahuan kebolehan pelajar dalam menulis isi karangan.
Masitah Zainuddin (2005), dalam kajiannya tentang keberkesanan teknik pembelajaran koperatif
dalam penulisan karangan BM pelajar tingkatan dua. Kaedah yang digunakan adalah kaedah
eksperimen yang memakan masa selama hampir sebulan. Sampel kajian terdiri daripada 30
orang pelajar sekolah menengah, di daerah Kangar, Perlis. Hasil kajian mendapati bahawa
pembelajaran koperatif berjaya meningkatkan penulisan dalam karangan setelah sesi rawatan
dijalankan. Pelajar didapati bekerjasama, tolong menolong dan bertindak sebagai satu pasukan
yang mantap tanpa mengira perbezaan yang wujud sesama mereka. Pembelajaran koperatif juga
boleh membina kemahiran menulis yang berkualiti tinggi di samping mengatasi masalah
kesantunan mengembang, menghurai, menjana supaya lebih mantap dan bernas.
Taylor, E. (2000) melalui kajian beliau terhadap murid yang diajar mengunakan unsur naratif
iaitu cerita rakyat. Hasil kajian mendapati teknik ini berkesan untuk murid lemah serta murid
yang cemerlang pada masa sama. Cerita rakyat memperkenalkan penggunaan bahasa yang
pelbagai kepada murid. Berdasarkan pemerhatian beliau terhadap murid yang diajar
menggunakan cerita rakyat, beliau mendapati murid-murid ini menunjukkan minat serta
bersemangat untuk belajar. Pada akhir pengajaran, murid-murid mengulas bahawa sesi
pengajaran menggunakan cerita rakyat merupakan bahagian yang paling disukai mereka. Cerita
rakyat mempunyai ciri-ciri istimewa yang sesuai untuk pengajaran bahasa. Pengulangan pada
bahagian-bahagian tertentu membolehkan perbendaharaan kata serta tatabahasa baharu
diperoleh. Malah sangat sesuai untuk meningkatkan kemahiran mendengar, bertutur, membaca
dan menulis.
Dayang Rositer Awang Ibrahim (2001), mengkaji tentang keberkesanan penggunaan Kaedah
Pembelajaran Koperatif (KPK) dalam pengajaran dan pembelajaran aspek tatabahasa Bahasa
Melayu. Kajian eksperimental menggunakan Rekabentuk Kumpulan Kawalan Pra-Ujian-Pasca-
Ujian telah dijalankan di sekolah Menengah di daerah Kapar, Klang, yang melibatkan 64 orang
pelajar. Pelajar ini dibahagikan kepada dua kumpulan rawatan secara padanan iaitu 32 dalam
eksperimen (KPK) dan 32 lagi dalam kumpulan kawalan (kaedah tradisional). Hasil kajian
mendapati bahawa KPK secara relatif lebih berkesan dalam pengajaran tatabahasa berbanding
dengan kaedah tradisional.
Nor Azizah Salleh dan kawan-kawan (2002), mengkaji sejauh manakah pembelajaran koperatif
dalam mata pelajaran Sains dapat menerapkan nilai murni; bekerjasama; berdikari; kasih sayang;
kebersihan mental; kejujuran ; kerajinan dan rasional. Seramai 990 orang pelajar tingkatan dua
dari 12 buah sekolah di Selangor diambil sebagai sampel dalam kajian ini. Alat kajian yang
digunakan ialah soal selidik (pra ujian dan pasca ujian), pemerhatian guru dan temu bual pelajar.
Kaedah kuasi eksperimen dijalankan dengan mengambil setiap sekolah dua buah kelas dijadikan
sample, sebuah dijadikan kelas eksperimen dan sebuah lagi dijadikan kelas kawalan. Hasil kajian
menunjukkan semua nilai murni yang dapat diterapkan melalui kaeadah pembelajaran koperatif
dan setiap nilai murni didapati berbeza antara sekolah.
Kajian oleh Zakaria Kassim (2003) memberi tumpuan kepada kemahiran komunikasi,
pembabitan dan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran perdagangan melalui kaedah
permainan jigsaw II dan STAD (Students Teams- Achievement Division atau dikenali Kumpulan
Pembahagian Pencapaian Murid). Beliau menjalankan kajian secara kuasi eksperimen selama 11
minggu bagi memastikan kesan kedua-dua kaedah ke atas pencapaian, pembabitan dan amalan
berkomunikasi pelajar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kaedah pembelajaran koperatif
menyumbang kepada peningkatan pelajar jika dibandingkan dengan kaedah pembelajaran secara
konversional.
Faridah Hanim (2003), dalam kajiannya terhadap empat orang guru matematik di sebuah sekolah
menengah. Secara spesifik kajian ini meneroka faktor-faktor yang mendorong guru matematik
mengamalkan pembelajaran koperatif di samping mengenal pasti masalah-masalah yang
dihadapi oleh mereka. Hasil kajian mendapati bahawa lima faktor yang mempengaruhi guru
matematik mengamalkan pembelajaran koperatif iaitu pelajar, guru, kemudahan fizikal,
kumpulan sokongan dan budaya sekolah. Terdapat tujuh masalah yang telah dikenal pasti
menyulitkan pelaksanaan pembelajaran koperatif adalah pelajar, guru, masa, kaeadah
penagajaran dan pembelajaran, pengurusan bilik darjah, latihan dan kandungan pelajaran.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru matematik mempunyai pengetahuan yang sederhana
mengenai pelaksanaan pembelajaran koperatif dalam pengajaran bilik darjah masing-masing.
Antara kaedah yang kerap digunakan oleh mereka ialah kaedah berstruktur, jigsaw dan Team-
Games-Tournaments. Hampir kesemua elemen dalam pembelajaran koperatif diterapkan dalam
pengajaran dan pembelajaran kecuali kemahiran social dan refleksi kumpulan.
Tok Hoon Seng (2006) dalam kajiannya yang bertajuk “Cooperative Learning And Achievement
In English Language Acquisition N A Literature Class In A Secondary School”, menyatakan
bahawa pembelajaran koperatif adalah satu usaha untuk mengelompokkan pelajar yang terdiri
daripada pelbagai kebolehan ke dalam kumpulan kecil demi menuju ke arah sasaran umum.
Pernyataan tersebut diperkuatkan lagi dengan dapatan kajian oleh oleh Siti Hajar Abd Hamid
(2007) dalam kajiannya yang bertajuk “Pembelajaran Koperatif Menggunakan EPembelajaran Di
Kalangan Pelajar Yang Mengambil Subjek Telekomunikasi Dan Rangkaian, Fakulti Pendidikan,
UTM Skudai Johor”. Hasil kajian menunjukkan bahawa penggunaan kaedah pembelajaran
secara koperatif dapat membantu pelajar dan guru di sekolah dalam usaha untuk memantapkan
strategi pengajaran dan pembelajaran mereka.
Zaenab Hanim dan kawan-kawan (2004), dalam kajiannya tentang Penggunaan Kaedah
Pembelajaran Koperatif (KPK) dalam Pengajaran Matematik: Penyelidikan Sekolah Rendah,
mengkaji tiga pemboleh ubah paling penting tentang kemampuan guru, memotovasikan pelajar
dalam PK yang bertujuan untuk mengubah amalan guru dalam pengajaran dan pembelajaran.
KPK yang digunakan dalam kajian ialah struktur jigsaw, Tind The Find dan Pairs Check. Hasil
penyelidikan menunujukkan bahawa kemampuan guru mengalami masalah pada peringkat awal
tindakan. Namun kemampuan guru tersebut semakin meningkat pada peringkat pusingan akhir.
Dapatan juga menunjukkan bahawa kemampuan guru memotivasikan pelajar pada peringkat
awal tindakan adalah rendah dan meningkat pada bahagian akhir. Keseluruhannya, kemampuan
guru menstruktur PK adalah tinggi daripada pemboleh ubah yang lainnya.
Ruslim Mohd. Salleh (2005), menjalankan kajian berbentuk eksperimen untuk melihat kesan
pembelajaran koperatif kaedah Jigsaw terhadap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran
Pendidikan Islam tingkatan empat. Kajian dijalankan selama 10 minggu di sebuah sekolah
menengah di daerah Kulim, Kedah. Seramai 60 orang pelajar tingkatan empat dipilih untuk
menduduki ujin pra dan seterusnya dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan eksperimen
didedahkan dengan pengajaran menggunakan kaedah pembelajaran koperatif manakala
kumpulan kawalan menggunakan kaedah pengajaran sedia ada. Hasil kajian mendapati bahawa
kaedah pembelajaran koperatif yang menggunakan kaedah jigsaw telah meningkatkan
pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam.
Hwang et al. (2005) dalam Cheah Cheah Tong Tiat dan kawan-kawan (2007) yang mengkaji
tentang Keberkesanan Kaedah Pembelajaran Koperatif dalam penmbelajaran bacaan pemahaman
teks di kalangan murid SJK (c) dan SJK (T), mengesahkan jangkaan yang pembelajaran bersama
membolehkan pedagogi menjadi lebih berkesan dalam menambah keupayaan pelajar-pelajar
untuk memperolehi pengetahuan perakaunan daripada satu tradisional kuliah kaedah dalam pasif
selaras persekitaran pembelajaran. Kajian ini melanjutkan Hwang et al.'s (2005) mengkaji
dengan meneroka keberkesanan menggunakan pembelajaran bersama di darjah-darjah ilmu
berbeza di dalam Bloom (1956) taksonomi. Penemuan-penemuan positif pereplikaan ini dan
sambungan adalah penting kerana mereka harus mengukuhkan keyakinan pengajar-pengajar
perakaunan yang mengajar di satu persekitaran pembelajaran yang pasif dalam melaksanakan
pedagogi ini untuk menyampaikan topik-topik perakaunan yang telah menjadi semakin lebih
kompleks atas dua dekad lepas.
Cheah Tong Tiat dan kawan-kawan (2007), dalam kajiannya bertajuk Keberkesanan Kaedah
Pembelajaran Koperatif Dalam Pembelajaran Bacaan Pemahaman Teks Di Kalangan Murid SJK
( C ) Dan SJK ( T ).Tujuan kajian dijalankan untuk meninjau keberkesanan kaedah Pembelajaran
Koperatif (PK) Bahagian Pencapaian Pasukan Pelajar BPPP (Student Teams-Achievement
Divisions-STAD) dan kaedah Pembelajaran Tradisional (PT) terhadap pencapaian bacaan
pemahaman teks Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Kajian dilakukan terhadap murid darjah lima
dari dua buah sekolah jenis kebangsaan Cina (SJK C) dan sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJK
T). Seramai 160 orang murid dari dua buah sekolah Cina dan Tamil telah terlibat sebagai sampel
kajian. Keputusan kajian telah menunjukkan bahawa kaedah PK (BPPP) merupakan kaedah yang
lebih berkesan berbanding dengan kaedah PT dalam pencapaian bacaan pemahaman teks. Hasil
kajian menunjukkan terdapat perbandingan, peningkatan pencapaian pemahaman teks bagi
pelajar yang mengikuti kaedah PK (BPPP) heterogenous adalah lebih tinggi daripada pelajar
yang mengikuti kaedah PK (BPPP) homogenous.
Kajian oleh Azizi Hj. Yahaya, Intan Sapinas Binti Bahuri (2007) untuk meninjau faktor-faktor
yang mempengaruhi amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar Tingkatan Dua Maktab
Rendah Sains Mara Gerik, Perak. Responden kajian terdiri daripada 132 orang pelajar Tingkatan
Dua Maktab Rendah Sains Mara Gerik, Perak. Instrumen yang telah digunakan di dalam kajian
ini adalah satu set soalan soal selidik. Hasil kajian, didapati bahawa faktor rakan sebaya
merupakan faktor yang paling dominan terhadap amalan pembelajaran koperatif di kalangan
pelajar Tingkatan Dua Maktab Rendah Sains Mara Gerik, Perak.
Rumusan
Berdasarkan tinjauan dan kajian yang dijalankan, jelaslah bahawa strategi pengajaran dan
pembelajaran secara koperatif mendatangkan kesan yang positif sewaktu sesi pengajaran dan
pembelajaran dalam kelas rawatan. Sikap dan perlakuan mereka didapati mengalami perubahan
menerusi pembelajaran koperatif. Mereka melibatkan diri secara aktif dalam segala aktiviti yang
dirancang oleh guru kerana mempunyai tanggungjawab untuk menaikkan imej kumpulan
masing-masing. Semangat perpaduan, kerjasama dan saling bantu membantu amat penting
memandangkan kaedah pembelajaran yang menekankan persaingan. Oleh itu, pengkaji
berpendapat bahawa pembelajaran koperatif juga sesuai digunakan dalam apa jua mata pelajaran
yang hendak diajarkan kepada pelajar.
BAB III
METODOLOGI KAJIAN
Pengenalan
Bab ini akan membincangkan metodologi yang digunakan dalam menjalankan kajian ini. Aspek-
aspek yang dibincangkan ialah kerangka konseptual kajian, reka bentuk kajian, pemilihan
sampel, tempoh masa kajian, prosuder kajian, instrumen kajian, tatacara pengumpulan dan
penganalisisan data statistik.
Namun dalam kajian ini, melibatkan dua teknik dalam KPK iaitu Putaran Giliran dan Meja
Bulat. Dalam pengajaran dan pembelajaran penulisan karangan, aktiviti kumpulan digunakan
untuk aktiviti perbincangan hasil yang diperoleh. Tujuannya adalah untuk meningkatkan tahap
pencapaian murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran khususnya dalam menulis
karangan fakta dan karangan naratif. Dapatan kajian ini, didapati bahawa KPK menggunakan
Putaran Giliran dan Meja Bulat dapat meningkatkan pencapaian murid dalam penulisan karangan
fakta dan naratif seperti Rajah 2.
Pasca ujian
Rawatan
Pra ujian
Pra ujian
Pemilihan sampel
Berdasarkan Rajah 3 di atas pembolehubah bersandar kajian ini adalah skor pra ujian dan skor
pasca ujian ujian yang diperolehi dari kumpulan yang dikaji. Untuk mendapatkan skor tersebut,
penyelidik menjalankan satu ujian pencapaian untuk menguji penguasaan kemahiran menulis
karangan fakta dan karangan naratif Bahasa Malaysia (BM) murid. Oleh itu penyelidik akan
menguji penguasaan kemahiran menulis karangan fakta dan naratif BM murid melalui pengujian.
Hasil daripada sesuatu ujian akan dapat membantu guru menentukan hala-tuju dalam proses
pengajarannya, khasnya dalam menentukan objektif, kaedah dan bahan yang sesuai untuk pelajar
(Popham, 2000:10).
Pembolehubah tak bersandar dalam kajian ini ialah kaedah rawatan, iaitu kaedah pembelajaran
koperatif (KPK). KPK yang digunakan ialah Putaran Giliran(Round Robin) dan Meja Bulat
(Round Table). Kaedah ini mudah dan sesuai digunakan bagi guru yang hendak mencuba KPK
dalam bilik darjah (Kagan, 1994:71) dalam Zawiah Abd. Shukor (2001). Kaedah ini digunakan
sebagai bahan rawatan utama yang bersesuaian dengan objektif utama kajian ini, iaitu untuk
melihat sejauh manakah berkesannya KPK dalam meningkatkan prestasi murid dalam tingkatan
dua dalam pembelajaran aspek kemahiran menulis karangan BM.
Secara ringkasnya, penyelidikan ini dijalankan dengan menggunakan kaedah eksperimental yang
berasaskan reka bentuk kajian seperti yang digambarkan dalam rajah 3
Nota:
Simbol O mewakili olahan pembolehubah tak bersandar.
Simbol C mewakili cerapan terhadap pembolehubah bersandar. C1 digunakan untuk cerapan
pertama iaitu pra ujian.
Simbol C2 mewakili cerapan terhadap cerapan kedua dan biasanya untuk mencerap pasca ujian.
Tempat Kajian
Kajian ini di jalankan di sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di daerah Klang.
Tempat ini dipilih berdasarkan ciri-ciri yang didapati memenuhi syarat-syarat dan keperluan
kajian, khususnya populasi kajian. Semua murid di sokolah ini adalah terdiri daripada kaum Cina
yang menggunakan bahasa ibunda iaitu Bahasa Teochu dalam pertuturan seharian. Salah sebuah
sekolah yang terletak di daerah Pelabuhan Klang telah dipilih oleh pengkaji, iaitu sekolah gred
B.
Selain itu, di tempat kajian terdapat ciri-ciri heterogenus yang mewakili murid lelaki dan
perempuan yang mempunyai pelbagai kebolehan. Kerjasama baik yang ditunjukkan oleh
pentadbir sekolah berkenaan juga memudahkan pengkaji mengakses maklumat untuk keperluan
kajian ini.
Sampel Kajian
Sampel yang dipilih terdiri daripada murid tingkatan dua di sebuah sekolah menengah. Jumlah
sampel hendaklah melebihi 30 unit kerana andaian taburan normal biasanya dipenuhi apabila
saiz sampel melebihi 30 unit (Mohd. Majid Konting, 2005). Seramai 40 orang murid telah dipilih
secara rawak yang terdiri terdiri daripada lelaki dan permpuan. Bilangan seramai ini
memudahkan aktiviti pembahagian kumpulan. Daripada jumlah tersebut terdapat 10 orang murid
lelaki dan 30 murid perempuan. Penentuan ini dibuat dengan memilih murid yang mempunyai
ciri-ciri heterogenus dari segi kebolehan dan pencapaian mereka. Secara amnya pecahan
bilangan murid boleh diringkaskan seperti Jadual 1 di bawah.
Pengkaji memilih murid tingkatan dua kerana sampel sudah mempunyai pengalaman menulis
karangan setahun di tingkatan satu dan dianggap mahir dalam penulisan karangan. Kriteria yang
dipertimbangkan semasa memilih sampel kajian kerana mereka mempunyai pencapaian
akademik yang berbeza dan terdiri daripada murid lelaki dan perempuan yang mempunyai ciri-
ciri heterogenus dari segi pencapaian dan jantina. Keputusan dalam UPSR dan keputusan
Peperiksaan Pertengahan Tahun menjadi asas pemilihan sampel. Sampel kemudian dirawat
dengan menggunakan KPK dalam penulisan karangan.
Prosedur Kajian
Secara amnya kajian ini dijalankan dalam tiga peringkat. Pada peringkat pertama, pengkaji
menjalankan aktiviti eksperimental seperti penerangan, pra ujian, kaedah belajar secara
berkumpulan. Tujuan perbincangan ini adalah untuk memberi gambaran kepada pelajar tentang
kaedah pembelajaran secara berkoperatif.
Peringkat kedua merupakan sesi rawatan. Jenis rawatan yang diberikan ialah menulis karangan
secara kerjasama dan berkongsi idea atau menulis secara berkoperatif dengan menggunakan
teknik Putaran Giliran dan Meja Bulat. Rancangan pelajaran bagi sesi rawatan tersebut adalah
seperti dalam lampiran A.
Dalam pengajaran dan pembelajaran menulis karangan fakta dan karangan naratif, murid dilatih
untuk bekerjasama memberi pendapat, menghurai isi, memberi contoh bagi isi, menulis karangan
dengan bahasa yang betul, mengolah isi karangan dan membaiki kesalahan bersama rakan dalam
kumpulan. Di samping itu, murid dilatih untuk membanding hasil kerja sendiri dengan hasil
kerja rakan-rakan dalam bilik darjah.
Peringkat ketiga dalam eksperimen ialah setelah selesai menjalani pembelajaran menulis secara
berkoperatif, satu pasca ujian diberikan kepada pelajar. Data yang dikumpulkan melalui ujian ini
dibandingkan dengan data yang diperolehi dalam pra ujian untuk melihat keberkesanan KPK ke
atas pengajaran penulisan karangan fakta dan karangan naratif. Pelaksanaan KPK ke atas
kumpulan eksperimen adalah seperti Jadual 2 di bawah:
Perjumpaan
Aktiviti
1
Perjumpaan pertama, murid diberikan soalan pra untuk menjawab dalam masa 40 minit sebelum
menjalani sebarang rawatan.
2
Penerangan tentang cara Pembelajaran Koperatif iaitu pembentukan kumpulan, ciri-ciri
kumpulan yang baik, dan fungsi kumpulan.
3
Pengenalan pendahuluan karangan yang terdiri daripada definisi tajuk, bukti, contoh, persoalan
dan pendapat tokoh. Murid dikehendaki menjalankan perbincangan dalam kumpulan.
4
Cara mendapatkan isi. Murid didedahkan dengan cara mencari isi berdasarkan isi, huraian, dan
contoh. Setiap isi dihurai berserta contoh. Pembentangan secara kumpulan dan soal jawab.
5
Cara mengembangkan isi. Setiap kumpulan perlu membincangkan isi-isi dan membuat
pembentangan. Setelah itu, sesi soal jawab dan kupasan isi.
6
Cara menyusun keutamaan isi. Perbincangan isi oleh setiap kumpulan, kemudian pembentangan
isi oleh ahli kumpualn. Seterusnya sesi soal jawab dan kupasan isi.
7
Penggunaan penanda wacana. Guru menerangkan kepentingan wacana dan gunanya. Murid
mencari dan menyenaraikan penanda wacana daripada teks yang diberi sebagai latihan.
8
Membuat penutup atau kesimpulan. Penerangan cara menulis penutup oleh guru. Perbincangan
penutup dalam kumpulan. Sesi soal jawab dan mencari penutup terbaik antara kumpulan.
9
Latihan menulis karangan berdasarkan apa yang didedahkan. Pembentangan hasil kumpulan,
penilaian karangan terbaik, sesi soal jawab dan rumusan kelemahan karangan.
10
Murid menjawab soalan pasca dalam masa 40 minit setelah selesai menjalani kelas rawatan.
Karangan yang diajarkan setiap minggu pelaksanaan rawatan ini adalah seperti dalam Lampiran
A.
Sehubungan itu, pemarkahan ke atas penulisan pelajar dibuat dengan mengambil contoh
pemarkahan yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia dalam PMR 2007. Kriteria
pemarkahan yang baik (A1 dan A2), sederhana (B dan C), dan lemah (D dan E) adalah seperti
Jadual 3 di bawah.
Jadual 3: Pemarkahan bagi karangan Karangan Respons terbuka (40 markah),
Kriteria Penskoran Bahagian C; Lembaga Peperiksaan 2008.
Peringkat
Markah
Kriteria
Cemerlang
33-40
(37-40)
(33-36)
-Penggunaan pelbagai jenis kata yang luas dan tepat.
-Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum.
-Penggunaan penanda wacana yang betul.
-Ejaan dan tanda baca yang betul.
-Penggunaan kosa kata luas dan tepat.
-Idea yang relevan dengan huraian yang jelas beserta dengan contoh yang sesuai.
-Pengolahan menarik dan berkesan dengan pemenggalan yang sesuai dan format menepati
kehendak tugasan.
-Penggunaan ungkapan yang mudah seperti peribahasa, pantun, cogan kata dan frasa yang
menarik.
Kepujian
25-32
(29-32)
(25-28)
Baik
17-24
(21-24)
(17-20)
-Penggunaan pelbagai jenis kata yang sesuai.
-Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum.
-Penggunaan penanda wacana yang masih sesuai.
-Eejaan dan tanda baca yang betul
-Penggunaan kosa kata luas.
-Idea yang relevan dengan huraian yang masih jelas.
-Pengolahan menarik dan berkesan dengan pemenggalan yang sesuai dan format menepati
kehendak tugasan.
Memuaskan
09-16
(13-16)
(09-12)
Penguasaan
minimum
01-08
(05-08)
(01-04)
Bagi tujuan kajian ini, pemarkahan terhadap isi, pengolahan dan bahasa dibuat secara holistik
berdasarkan kategori seperti jadual di atas. Markah penuh yang boleh diperoleh ialah 40 markah.
Jumlah markah yang diperoleh murid kemudiannya ditukarkan dalam bentuk peratus
Instrumen Kajian
Instrumen kajian ini ialah dua set soalan ujian menulis karangan. Pra ujian dan pasca ujian
digunakan untuk mengukur kebolehan murid dalam menulis karangan fakta dan karangan naratif.
Panjang karangan yang perlu ditulis oleh murid bagi ujian ini tidak kurang daripada 180 patah
perkataan. Ujian menulis karangan ini dibina sendiri oleh pengkaji. Kedua-dua ujian ini ditadbir
dengan soalan ujian yang sama. Tajuk karangan fakta ialah "Punca-punca berlakunya masalah
gengsterisme dalam kalangan murid”. Tujuan pra ujian diadakan adalah untuk menilai kebolehan
mengarang murid sebelum rawatan dijalankan.
Dalam karangan naratif pula tajuk yang diberikan menghendaki murid melengkapkan cerita
dengan ayat yang berikut ..... ’’Dia menyesal. Tetapi dia tidak mengulangi masa yang telah
berlalu. Dia malu kerana telah mencemarkan nama baik keluarganya” sesal dahulu pendapatan,
sesal kemudian tidak berguna lagi. Tujuan diadakan pasca ujian adalah untuk melihat pencapaian
murid dalam mengarang setelah mereka didedahkan dengan pendekatan koperatif dalam menulis
karangan fakta dan karangan naratif.
Kesahan Instrumen
Soalan bagi ujian menulis karangan ini telah diuji kesahannya oleh dua orang guru Bahasa
Malaysia di sekolah berkenaan yang mempunyai pengalaman mengajar melebihi tiga tahun.
Selain itu, untuk memastikan soalan tersebut mempunyai kesahan kandungan yang tinggi,
pengkaji juga telah membandingkan soalan-soalan tersebut dengan peperiksaan sekolah-sekolah
menengah yang lain.
Sehubungan itu, untuk menentukan kesahan pembahagian markah bagi menilai ujian penulisan
karangan fakta dan karangan naratif, sebanyak sepuluh karangan yang telah diperiksa oleh
pengkaji telah dipilih secara rawak untuk dinilai semula oleh guru yang mengajar lebih dari tiga
tahun. Didapati markah yang diberikan oleh pengkaji dengan guru berkenaan menunjukkan
hubungan yang hampir sama.
BAB 1V
DAPATAN KAJIAN
Pengenalan
Bab ini akan membentangkan dapatan kajian untuk melihat keberkesanan Kaedah Pembelajaran
Koperatif (KPK) dalam pengajaran aspek kemahiran menulis karangan fakta dan karangan
naratif dalam kalangan murid bukan Melayu di sekolah menengah. Selain itu, dapatan kajian
bertujuan untuk menjawab persoalan kajian dan kajian yang telah dibentuk. Data diananlisis
dengan menggunakan program Statistical Package For Sosial Science (SPSS 15). Pembentangan
hasil analisis kajian dijalankan secara analisis deskriptif dan analisis inferens.
Soalan kajian tersebut dinyatakan seperti di bawah:
Sejauh manakah tahap pencapaian penulisan karangan dalam pra ujian?
Sejauhmanakah tahap pencapaian penulisan karangan dalam pasca ujian?
Adakah terdapat perbezaan yang signifikan tahap pencapaian penulisan karangan jenis fakta
antara pra ujian dengan pasca ujian?
Adakah terdapat perbezaan yang signifikan tahap pencapaian penulisan karangan jenis naratif
antara pra ujian dengan pasca ujian?
Adakah terdapat perbezaan yang signifikan tahap pencapaian penulisan karangan antara jenis
fakta dengan naratif dalam pra ujian dan pasca ujian?
Bahagian analisis deskriptif hanya melibatkan analisis berkaitan taburan frekuensi, peratus, skor
min dan sisihan piawai. Manakala bahagian analisis inferens akan melibatkan analisis berkaitan
Ujian-t. Bagi tujuan analisis inferens aras signifikan yang ditetapkan ialah 0.05. Pemilihan ujian
analisis dapatan berdasarkan kepada objektif kajian yang bertujuan untuk menjawab persoalan-
persoalan kajian yang dikemukakan.
Jadual 4 menunjukkan pecahan sampel kajian mengikut jantina. Sampel kajian terdiri daripada
10 orang atau 25% murid lelaki dan 30 orang atau 75% murid perempuan. Ini menunjukkan
bahawa sampel karangan murid perempuan lebih ramai berbanding murid lelaki.
Persoalan Kajian 1
Jadual 7 menunjukkan taburan markah pra ujian karangan naratif. Markah minimum yang
diperoleh murid semasa pra ujian dijalankan ialah 12 markah dan markah maksimum ialah 36
markah. Didapati murid kerap mendapat 20 markah yang diperoleh seramai 17 orang murid atau
sebanyak 42.5 peratus. Markah kedua kerap yang diperoleh murid pula ialah 16 markah yang
diperoleh seramai 8 orang murid atau 20 peratus. Perbezaan sebanyak 9 orang murid wujud di
antara markah yang kerap diperoleh murid atau sebanyak 22.5 peratus.
Rajah 5: Perbandingan Taburan Markah Pra ujian Karangan Fakta dan Karangan Naratif
Rajah 5 menunjukkan markah pra ujian karangan fakta dan karangan naratif. Didapati murid
dalam karangan fakta kerap mendapat 16 markah manakala murid dalam karangan naratif kerap
mendapat 20 markah. Perbezaan sebanyak 4 markah wujud antara markah yang kerap diperoleh
kedua-dua jenis karangan.
Jadual 8: Taburan Min dan Sisihan Piawai Pra ujian Karangan Fakta dan Karangan
Naratif
Jadual 9 menunjukkan peringkat pencapaian murid pra ujian dalam karangan fakta. Dalam pra
ujian karangan fakta, didapati seorang murid mendapat keputusan Cemerlang dengan 2.5 peratus.
Seramai 8 orang murid atau 20 peratus daripada sampel kajian mendapat keputusan Baik dan
Memuaskan. Murid paling ramai mendapat keputusan Kurang Memuaskan iaitu seramai 24
orang atau sebanyak 57.5 peratus.
Rajah 6 menunjukkan peringkat pencapaian murid semasa pra ujian untuk karangan fakta dan
karangan naratif. Dapatan menunjukkan murid semasa menjawab karangan fakta ramai berada
dalam peringkat pencapaian Kurang Memuaskan. Manakala murid semasa menjawab soalan
karangan naratif banyak mendapat peringkat Memuaskan. Murid semasa menjawab karangan
naratif lebih ramai mendapat peringkat pencapaian Memuaskan berbanding karangan fakta iaitu
seramai 21 orang murid atau sebanyak 52.5 peratus. Manakala peringkat Pencapaian Minimum
paling ramai diperoleh murid karangan fakta berbanding karangan naratif iaitu seramai 15 orang
murid atau 35 peratus.
Persoalan Kajian 2
Sejauhmanakah tahap pencapaian penulisan karangan dalam pasca ujian?
Untuk menjawab persoalan ini Jadual 11 merupakan taburan markah pasca ujian karangan fakta,
Jadual 12 ialah taburan markah pasca ujian karangan naratif, Rajah 3 ialah perbandingan taburan
markah karangan fakta dan naratif, Jadual 13 ialah taburan nilai min dan sisihan piawai karangan
fakta dan naratif, Jadual 14 ialah peringkat pencapaian murid karangan fakta, Jadual 15 ialah
peringkat pencapaian murid karangan naratif dan Rajah 4 ialah perbandingan peringkat
pencapaian murid karangan fakta dan karangan naratif.
Jadual 11 : Taburan Markah Pasca ujian Karangan Fakta
Jadual 11 menunjukkan taburan markah pasca ujian karangan fakta. Markah minimum yang
diperoleh murid ialah 16 markah dan markah maksimum ialah 38 markah. Murid semasa pasca
ujian karangan fakta kerap mendapat 20 markah iaitu seramai 10 orang murid atau sebanyak 25
peratus. Markah kedua yang kerap diperoleh murid ialah 16 markah iaitu seramai 8 orang murid
atau sebanyak 20 peratus. Perbezaan kekerapan antara markah yang kerap dan kedua kerap yang
diperoleh murid ialah 2 orang murid atau 5 peratus sahaja.
Jadual 12 menunjukkan taburan markah pasca ujian karangan naratif. Didapati markah minimum
yang diperoleh murid ialah 16.8 markah dan markah maksimum ialah 38 markah. Markah yang
kerap diperoleh murid ialah 24 markah yang diperoleh seramai 13 orang murid atau 32.5 peratus.
Ini diikuti dengan 20 markah yang diperoleh seramai 12 orang atau 30 peratus. Perbezaan
seramai seorang murid sahaja atau sebanyak 2.5 peratus di antara markah kerap dan kedua kerap
diperoleh murid semasa menjawab karangan naratif pasca ujian.
Rajah 7: Perbandingan Taburan Markah Pasca ujian Karangan Fakta dan Karangan
Naratif
Rajah 7 menunjukkan taburan markah pasca ujian karangan fakta dan karangan naratif. Didapati
semasa pasca ujian karangan fakta, murid paling kerap mendapat 20 markah manakala karangan
naratif 24 markah. Perbezaan sebanyak 4 markah wujud antara markah yang paling kerap
diperoleh murid dalam karangan fakta dan karangan naratif.
Jadual 13: Taburan Min dan Sisihan Piawai Pasca ujian Karangan Fakta dan Karangan
Naratif
Jadual 13 menunjukkan taburan nilai min dan sisihan piawai karangan fakta dan karangan
naratif. Didapati nilai min yang diperoleh murid semasa pasca ujian karangan fakta ialah 23.55
dengan nilai sisihan piawai 6.56. Manakala nilai min karangan naratif ialah 23.82 dengan nilai
sisihan piawai 4.50. Dapatan menunjukkan nilai min karangan naratif adalah lebih besar
berbanding nilai min karangan naratif pasca ujian.
Jadual 14 menunjukkan peringkat pencapaian murid semasa pasca ujian karangan fakta. Murid
didapati paling ramai mendapat peringkat Memuaskan iaitu sebanyak 19 orang atau 47.5 peratus.
Peringkat kedua ramai diperoleh murid ialah peringkat Baik iaitu seramai 9 orang atau 22.5
peratus. Perbezaan sebanyak 10 orang murid atau sebanyak 25 peratus antara peringkat paling
banyak dan kedua diperoleh murid.
Jadual 15 menunjukkan peringkat pencapaian murid semasa pasca ujian karangan naratif.
Didapati murid kerap berada dalam peringkat pencapaian Memuaskan iaitu diperoleh seramai 30
orang murid atau 75 peratus. Peringkat kedua ramai yang diperoleh murid ialah peringkat Baik
dengan 6 orang murid atau sebanyak 15 peratus. Murid yang mendapat peringkat Memuaskan 24
orang lebih ramai berbanding murid yang memperoleh peringkat Baik atau perbezaan sebanyak
60 peratus.
Rajah 8: Peringkat Pencapaian Murid Pasca ujian Karangan Fakta dan Karangan Naratif
Rajah 8 menunjukkan perbandingan peringkat pencapaian murid semasa pasca ujian karangan
fakta dan karangan naratif. Murid-murid paling ramai mendapat peringkat Memuaskan dalam
kedua-dua jenis karangan. Namun, murid karangan naratif 11 orang lebih ramai atau 27.5 peratus
lebih banyak mendapat peringkat Memuaskan berbanding ketika menjawab karangan fakta.
Walau bagaimanapun, terdapat seorang murid atau 2.5 peratus yang mendapat peringkat
Pencapaian Minimum.
Persoalan 3 :
Adakah terdapat perbezaan tahap pencapaian penulisan karangan jenis fakta antara pra ujian
dengan pasca ujian?
Jadual 16: Ujian-t Perbezaan di Antara Pra ujian dengan Pasca ujian Bagi Penulisan
Karangan Fakta
Jadual 16 menunjukkan perbezaan di antara pra ujian dengan pasca ujian bagi penulisan
karangan fakta. Berdasarkan jadual tersebut, skor min pra ujian bagi penulisan karangan fakta
adalah 19.76 dan sisihan piawai adalah 6.40. Manakala skor min pasca ujian bagi penulisan
karangan fakta adalah 23.55 dan sisihan piawai adalah 6.56. Terdapat perbezaan di antara pra
ujian dengan pasca ujian bagi penulisan karangan fakta yang signifikan, t (39) = 10.80, p =
0.0001.
Jadual 17 : Ujian-t Perbezaan di Antara Pra ujian dengan Pasca ujian Bagi Penulisan
Karangan Naratif
Jadual 17 menunjukkan perbezaan di antara pra ujian dengan pasca ujian bagi penulisan
karangan naratif. Didapati skor min pra ujian bagi penulisan karangan naratif adalah 19.65 dan
sisihan piawai adalah 3.98. Manakala skor min pasca ujian bagi penulisan karangan naratif
adalah 23.82 dan sisihan piawai adalah 4.50.
Ujian-t yang dijalankan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan di antara pra ujian
dengan pasca ujian bagi penulisan karangan naratif iaitu, t (39) = 5.54, p = 0.0001.
Persoalan 5:
Adakah terdapat perbezaan tahap pencapaian penulisan karangan antara jenis fakta dengan
naratif dalam pra ujian dan pasca ujian?
Jadual 18 : Ujian-t Perbezaan di Antara Penulisan Fakta dan Penulisan Naratif Di Dalam
Penulisan Karangan
Jadual 19 : Ujian-t Perbezaan di Antara Penulisan Fakta dan Penulisan Naratif Di Dalam
Penulisan Karangan
Manakala Jadual 19 menunjukkan semasa pasca ujian skor min karangan fakta ialah 23.55
dengan nilai sisihan piawai 6.56. Skor min pasca ujian karangan naratif pula ialah 23.82 dengan
nilai sisihan piawai 4.50. Berdasarkan ujian-t yang dijalankan didapati tidak terdapat hubungan
yang signifikan di antara karangan fakta dan karangan naratif semasa pasca ujian iaitu, t (39) =
0.27, p = 0.80, d = 0.04. Perbezaan kecil juga berlaku di antara markah karangan fakta dan
karangan naratif pasca ujian iaitu, d = 0.40.
BAB V
Pengenalan
Bab ini membincangkan data yang diperolehi dalam kajian. Bab ini juga mengemukakan
rumusan dan cadangan untuk kajian lanjut yang boleh dilakukan pada masa akan datang.
Persoalan 1
Sejauh manakah tahap pencapaian penulisan karangan dalam pra ujian?
Berdasarkan dapatan kajian dalam bab 4, didapati dalam pra ujian karangan fakta, ramai murid
berada pada peringkat pencapaian Kurang Memuaskan. Manakala murid dalam karangan naratif
banyak murid mendapat peringkat Memuaskan. Peringkat pencapaian Memuaskan dalam
karangan naratif lebih ramai berbanding karangan fakta iaitu seramai 21 orang murid atau
sebanyak 52.5 peratus. Manakala peringkat Pencapaian Minimum paling ramai diperoleh murid
karangan fakta berbanding karangan naratif iaitu seramai 15 orang murid atau 35 peratus.
Daripada keputusan markah yang diperoleh, didapati murid mendapat markah yang lebih tinggi
dalam menulis karangan naratif. Hal ini disebabkan bahawa murid beranggapan bahawa
penulisan karangan berbentuk imaginatif atau naratif adalah lebih mudah berbanding dengan
karangan fakta.
Dapatan kajian ini relevan dengan kajian oleh Taylor, E. (2000) melalui kajian beliau terhadap
murid yang diajar mengunakan cerita rakyat. Didapati teknik ini berkesan untuk murid lemah
serta murid yang cemerlang pada masa sama. Cerita rakyat memperkenalkan penggunaan bahasa
yang pelbagai kepada murid. Dapatan kajian mendapati murid-murid ini menunjukkan minat
serta bersemangat untuk belajar. Pengulangan pada bahagian-bahagian tertentu membolehkan
perbendaharaan kata serta tatabahasa baharu diperoleh. Malah sangat sesuai untuk meningkatkan
kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
Persoalan 2
Sejauhmanakah tahap pencapaian penulisan karangan dalam pasca ujian?
Dapatan menunjukkan skor min pasca ujian bagi penulisan ujian fakta adalah lebih tinggi
daripada skor min pasca ujian bagi penulisan karangan naratif. Didapati semasa pasca ujian
karangan fakta, murid paling kerap mendapat 20 markah manakala karangan naratif 24 markah.
Perbezaan sebanyak 4 markah wujud antara markah yang paling kerap diperoleh murid dalam
karangan fakta dan karangan naratif. Murid-murid paling ramai mendapat peringkat Memuaskan
dalam kedua-dua jenis karangan. Namun, dalam karangan naratif seramai 11 orang lebih ramai
atau 27.5 peratus lebih banyak mendapat peringkat Memuaskan berbanding ketika menjawab
karangan fakta. Walau bagaimanapun, terdapat seorang murid atau 2.5 peratus yang mendapat
peringkat Pencapaian Minimum. Hal ini disebabkan murid sudah dapat menghuraikan isi-isi
penting dengan baik setelah rawatan KPK diberikan.
Dapatan kajian di atas selaras dengan hasil kajian yang dilakukan oleh Ahmad Zaini Yaacob
(2000) yang mengkaji tentang kesan pembelajaran koperatif dalam kalangan pelajar tingkatan
empat di luar bandar. Pelajar yang didedahkan dengan kaedah ini didapati meningkat dari segi
perancangan, penjanaan idea, mencari bahan, olahan dan struktur kata dalam karangan pelajar.
Dapatan kajian beliau menunjukkan pembelajaran koperatif dapat meningkatkan aspek-aspek
tersebut dalam mutu penulisan pelajar.
Persoalan 3
Adakah terdapat perbezaan yang signifikan tahap pencapaian penulisan karangan jenis fakta
antara pra ujian dengan pasca ujian?
Dapatan kajian mendapati terdapat perbezaan yang signifikan di antara pra ujian dengan pasca
ujian. Skor min pra ujian bagi penulisan karangan fakta adalah 19.76 dan sisihan piawai adalah
6.40. Manakala skor min pasca ujian bagi penulisan karangan fakta adalah 23.55 dan sisihan
piawai adalah 6.56. Dapatan juga menunjukkan terdapat perbezaan di antara pra ujian dengan
pasca ujian bagi penulisan karangan fakta yang signifikan, t (39) = 10.80, p = 0.0001, d = 0.17.
Namun, perbezaan adalah kecil iaitu, d = 0.17 di antara pra ujian dan pasca ujian bagi penulisan
karangan fakta. Kesimpulan yang dibuat ialah pencapaian karangan fakta dan karangan naratif
dalam pasca ujian lebih tinggi berbanding dengan pra ujian.
Dapatan kajian ini relevan dengan kajian oleh Khadijah Ahmad (2005) yang mengkaji tentang
keberkesanan pembelajaran koperatif dalam menulis karangan BM. Dapatan kajian mendapati
bahawa terdapat perbezaan dan peningkatan dari segi penulisan karangan terhadap kaedah yang
digunakan oleh guru dalam penulisan karangan. Terdapat perbezaan yang signifikan antara
pencapaian pelajar dalam menulis karangan sebelum dan selepas dirawat dengan kaedah
pembelajaran koperatif. Hasil hubungan interaksi sesama ahli kumpulan atau rakan sebaya telah
berjaya meningkatkan pengetahuan kebolehan pelajar dalam menulis isi karangan.
Secara keseluruhannya, penggunaan Kaedah Koperatif dalam pengajaran karangan fakta yang
dijalankan adalah berkesan untuk meningkatkan skor penulisan karangan murid menulis
karangan fakta. Kaedah pengajaran dan pembelajaran secara berkumpulan ini sekali gus dapat
menarik minat murid dalam penulisan karangan. Justeru, Kaedah Koperatif ini boleh dijalankan
di sekolah-sekolah bagi membantu meningkatkan tahap pencapaian penulisan karangan murid.
Kajian mendapati terdapat perbezaan yang signifikan di antara pra ujian dengan pasca ujian bagi
penulisan karangan naratif iaitu, t (39) = 5.54, p = 0.0001. Skor min pra ujian bagi penulisan
karangan naratif adalah 19.65 dan sisihan piawai adalah 3.98. Manakala skor min pasca ujian
bagi penulisan karangan naratif adalah 23.82 dan sisihan piawai adalah 4.50. Ini bermakna
terdapat peningkatan skor min penulisan karangan naratif pasca ujian berbanding pra ujian.
Dapatan kajian di atas disokong dengan hasil kajian Zawiah Abd. Shukor dan rakan-rakan
(2001), dengan mencuba strategi pembelajaran koperatif menggunakan teknik ‘Round Robin’
dan ‘Round Table’ dalam proses penulisan dalam kalangan murid tahun empat sebuah sekolah
rendah. Kajian ini juga menunjukkan bahawa pengguna teknik ini boleh mendorong murid untuk
menghasilkan karangan yang baik.
Berdasarkan dapatan di atas dapat disimpulkan bahawa KPK adalah sesuai dan berkesan untuk
murid bukan Melayu dalam pembelajaran penulisan karangan naratif.
Kajian menunjukkan ujian-t yang dijalankan terhadap skor markah pra ujian mendapati tidak
terdapat perbezaan yang signifikan di antara tahap pencapaian penulisan karangan jenis fakta
dengan naratif, t (39) = 0.12, p = 0.91, d = 0.02. Skor min penulisan karangan naratif adalah
19.65 dan sisihan piawai adalah 3.97.
Kajian juga mendapati bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara karangan fakta
dan karangan naratif semasa pasca ujian iaitu, t (39) = 0.27, p = 0.80, d = 0.04. Perbezaan kecil
juga berlaku di antara markah karangan fakta dan karangan naratif pasca ujian iaitu, d = 0.40.
Aktiviti ini juga melatih murid untuk mendengar arahan dengan teliti dan seterusnya
melaksanakan arahan dengan cepat dan tepat, sekali gus dapat menyemaikan sikap
tanggungjawab antara ahli kumpulan. Dalam KPK ini, murid yang cerdas dapat membantu murid
yang lemah sama ada secara langsung atau idak langsung. Perkongsian maklumat ini dapat
membantu mereka menghasilkan karangan yang lebih baik.
Bagi murid yang kurang mampu dalam kemahiran berfikir, teknik Putaran Giliran dapat
meningkatkan keupayaan mereka dalam penulisan karangan. Mereka dapat memberikan
pendapat dan mendengar komen daripada kumpulan yang lain. Namun demikian, guru pelu
sentiasa membimbing murid untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang lebih positif.
Teknik ini juga dapat memdorong murid untuk matang dalam berfikir kerana proses
pemerolehan maklumat yang relevan, penyaringan maklumat dan penghasilan maklumat dalam
bentuk lisan dan tulisan yang memerlukan penjanaan fikiran. Sekiranya aktiviti ini berterusan,
murid dapat berfikir dengan matang yang boleh membantu penghasilan penulisan karangan yang
baik. Keberanian dalam mengemukakan pendapat dan kebolehan mengawal emosi merupakan
aspek yang penting bagi melahirkan murid yang berwibawa, dan berfikiran positif. Sikap ini
akan dapat memupuk sikap rasional dalam diri mereka.
Walau bagaimanapun, penggunaan teknik ini juga ada kelemahannya. Dalam proses pengajaran
karangan, teknik Putaran Giliran boleh menyebabkan kelas menjadi bising. Keadaan ini beleh
mengganggu pembelajaran sekiranya tidak dikawal dengan baik oleh guru. Justeru,guru perlu
mentadbir kelas dengan baik dan mengatur serta memastikan pembelajaran berlaku setiap masa.
Dari segi masa, proses pembelajaran menggunakan teknik ini memerlukan masa yang lebih
panjang, terutamanya bagi aktiviti pengumpulan dan penyaringan maklumat. Penyaringan
maklumat memerlukan ketelitian agar hasil yang diperoleh tepat dan relevan. Perbincangan
dapatan kajian ini selaras dengan kajian Masitah Zainuddin (2005), dalam kajiannya tentang
keberkesanan teknik pembelajaran koperatif dalam penulisan karangan BM pelajar tingkatan
dua. Kaedah yang digunakan adalah kaedah eksperimen yang memakan masa selama hampir
sebulan. Sampel kajian terdiri daripada 30 orang pelajar sekolah menengah, di daerah Kangar,
Perlis. Hasil kajian mendapati bahawa pembelajaran koperatif berjaya meningkatkan penulisan
dalam karangan setelah sesi rawatan dijalankan. Pelajar didapati bekerjasama, tolong menolong
dan bertindak sebagai satu pasukan yang mantap tanpa mengira perbezaan yang wujud sesama
mereka. Pembelajaran koperatif juga boleh membina kemahiran menulis yang berkualiti tinggi di
samping mengatasi masalah kesantunan mengembang, menghurai, menjana supaya lebih mantap
dan bernas.
Cadangan Kajian
Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan KPK dalam proses pengajaran dan
pembelajaran memberikan kesan positif dalam meningkatkan pencapaian murid khususnya
dalam penulisan karangan fakta dan karangan naratif.
Dapatan ini diharap dapat membuka minda para pendidik, khasnya guru bahasa Malaysia untuk
membuat refleksi tentang kaedah pengajaran yang mereka amalkan dalam bilik darjah. Guru-
guru hendaklah berusaha untuk menggunakan KPK dalam pengajaran karangan dengan
memperbanyakkan aktiviti kumpulan belajar bersama supaya murid dapat berbincang dan
berkongsi masalah dalam penulisan karangan. Sewaktu teknik ini dilaksanakan, guru berpeluang
untuk memantau penggunaan bahasa murid, sama ada dalam lisan mahupun tulisan.Guru juga
perlu sentiasa membaiki kesilapan bahasa murid dalam semua aspek. Semakan yang teliti
terhadap penulisan murid perlu diadakan dari semasa ke semasa agar mempertingkatkan lagi
penguasaan kemahiran menulis dalam kalangan murid.lisan karangan yang me
Hasil karangan sebahagian murid yang kurang memuaskan adalah berpunca daripada jarak jarak
masa yang terlalu lama antara aktiviti prapenulisan dengan penulisan karangan. Teknik Putaran
Giliran dan Meja Bulat telah mampu menyediakan minda murid untuk menulis karangan. Namun
demikian, kesediaan terganggu oleh sebab had masa yang ditetapkan. Oleh itu, dicadangkan agar
masa untuk pengajaran dan pembelajaran penulisan karangan yang menggunakan teknik ini
dipanjangkan sehingga murid selesai menulis karangan. Waktu satu jam biasanya diperuntukkan
untuk pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia tidak sesuai untuk pengajaran kemahiran
menulis karangan menggunakan teknik pembelajaran koperatif. Ini adalah disebabkan penulisan
karangan merupakan satu pakej PKP yang tidak boleh diasing-asingkan. Aliran idea terhenti dan
mewujudkan keinginan yang berlainan pada masa murid menulis. Walau bagaimanapun,
dicadangkan agar percubaan lain dibuat pada masa akan datang, iaitu masa untuk aktiviti yang
menggunakan kedua-dua teknik ini dalam prapenulisan diteruskan hingga terhasilnya karangan
tanpa terikat dengan waktu satu jam yang ditetapkan. Hal ini bertujuan untuk memastikan sama
ada pencapaian murid boleh berubah dengan cara ini ataupun tidak.
Kesimpulan
Kajian ini telah berusaha untuk melihat sejauhmana keberkesanan KPK dalam penulisan Bahasa
Malaysia. KPK merupakan teknik yang bukan sahaja boleh dilaksanakan dalam pengajaran dan
pembelajaran penulisan karangan, malah dalam semua bentuk pembelajaran. Kajian-kajian yang
terdahulu telah berjaya membuktikan KPK dari segi keberkesannya untuk meningkatkan
pencapaian akademik murid di samping meningkatkan motivasi, kerjasama, tanggungjawab
pelajar dalam pembelajaran. Sehubungan itu, untuk melihat keberkesanan KPK ini, banyak
perkara yang perlu diberikan perhatian khususnya komitmen yang tinggi daripada pihak guru
agar penggunaan teknik ini dapat memberikan hasil yang optimum.
BIBLIOGRAFI
Abdul Aziz Talib. (ed) (1989). Pengajaran dan pengujian Bahasa: Kuala Lumpur:
Nurin Enterprise.
Abd. Aziz Abd. Talib (2000). Pedagogi bahasa Melayu: Prinsip, kaedah dan teknik.
Kuala Lumpur: Utusan Publication&Distributors Sdn. Bhd.
Abdul Hamid Ahmad. (1998). Persepsi dan kepercayaan guru dan pelajar terhadap
karangan berkualiti. Disertasi untuk sarjana Pendidikan yang tidak diterbitkan.
Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.
Abdul Shukor Shaari (2001). Penulisan Karangan: Beberapa Proses Yang Harus.
Dewan Bahasa. Februari, 1 (2): 24-27.
Allen, V.G (1991). Teaching Blingual & ESL Children, Dalam Flood J, Jensen, J.M.
Lapp, D. & squire, J.R. Hand book of research on teaching the English Language
Arts. New York: Macmillan.
Arbak Othman. (1989). Mengajar tatabahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Azizi Hj. Yahaya, Intan Sapinas Binti Bahuri (2007). Tinjauan amalan pembelajaran
koperatif di kalangan pelajar tingkatan dua Maktab Rendah Sains Mara,
Gerik, Perak. Fakulti Pendidikan. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia
Faridah Serajul Haq, Nooreiny Maarof & Raja Mohd Fauzi Raja Musa (2001). Masalah
penulisan naratif di kalangan pelajar sekolah menengah. Jurnal Pendidikan 27. Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Ismail Ahmad, (2004). Penulisan Saintifik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jacobs, M. G., Gan, S. L. & Ball, J. (1995). Learning cooperative learning via
cooperative learning: A sourcebook of lesson plans for teacher education
on cooperative learning. Singapore: SEAMEO, Regional Language Centre.
Johnson, D.J., & Grant, J.O (1989). Written Narratives of Normal& Learning
disebled of Dysledvia, 39: 140-156.
Kagan, M., & Kagan, Spencer.(1994). Advanced cooperative learning: Playing with elements.
Los Angeles, CA: Kagan Cooperative Learning..
Kamaruddin Tahir (2005). Kesan strategi koperatif dalam meningkatkan tahap
pemahaman di kalangan pelajar tingkatan 1. Universiti Malaya:
Tesis Sarjana Pendidikan yang tidak diterbitkan.
Maharom Mamat (2000). Kemahiran menulis dan pengajian umum: Antara sikap dan
keperluan, Persidangan Kebangsaan Pengajian Umum di Alaf Baru.
Bangi: 18-19 April.
Marohaini Yusoff (1999). Strategi pengajaran bacaan dan kefahaman ke arah kemantapan
pembelajaran di sekolah menengah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Marohaini Yusoff (2004). Perlakuan dan proses menulis karangan bahasa Melayu.
Kuala Lumpur: Penerbitan UM.
McCarthey, S.J. & Raphael, T.E. (1992). Alternative perspectives of reading/ writing
connections. Dlm. Irwin, S. & Doyle, M. (pnyt), Reading/ Writing Connection.
Newark, DE: International Reading Associaton.
Nawi Ismail (2002). Permasalahan dalam penyampaian isi karangan. Pelita Bahasa, Ogos, 14
(08): 44-45.
Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir (2003). Teori Bahasa: Implikasi terhadap pengajaran
tatabahasa. Tanjung Malim: Penerbit UPSI.
Nik Safiah Karim (2004). Bahasa Melayu sedekad yang lalu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Nor Azizah Salleh, Siti Rohayah Ariffin & Musa Daia (2002). Penerapan nilai murni
melalui pembelajaran koperatif dalam Sains. Jurnal Pendidikan.
Jilid/ Volume 27, Mei.
Rohani Salleh (2002). Kajian terhadap pencapain bahasa Melayu bagi pelajar
berprestasi rendah sekolah menengah atas.
UM: Tesis Sarjana Pengajian Bahasa Moden yang tidak diterbitkan.
Rusnah Hashim (2003). Perlakuan dan proses pengajaran pra menulis karangan dua
orang guru tingkatan 4. UM: Tesis Sarjana yang tidak diterbitkan.
Suppiah Nachiappan (2006). Penggunaan gaya bahasa dan pemprosesan informasi dalam
penulisan karangan melalui analisis hermeneutik. Perak: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan
Idris.
Siti Zaleha M. Hashim (2005). Penulisan Kreatif Latihan Berfikir Yang Baik-Satu Pengalaman.
Pelita Bahasa. Julai, 18 (7): 18-20.
Syed Lutfi Syed Hamzah (1994). Peranan guru dalam meningkatkan mutu pendidikan
bagi mencapai matlamat wawasan. Dalam Yaakub Isa (pnyt.). Guru yang efektif.
Kuantan: Jawatankuasa Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Pahang.
Taylor, K. E. (2000). Using Folktales. United State of America: Cambridge University Press.
Yahya Othman (2005). Trend dalam pengajaran bahasa Melayu. Kuala Lumpur;
PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Yap Kim Fat (1991). Kesan sambutan interaktif penulisan karangan pPelajar tingkatan
4. Desertasi untuk sarjana pendidikan yang tidak diterbitkan. Fakuti Pendidikan.
Universiti Malaya.
Zaenab Hanim, Rahmat Soe’oed, Siti Rihayah Ariffin & Noriah Ishak (2004)..
Penggunaan kaedah pembelajaran koperatif (PK) dalam pengajaran matematik.
Penyelidikan Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan, Jilid/ Volume 29.
Zawiah Abd. Shukor, Suria Baba, Nadzeri Hj. Isa (2001). Strategi pembelajaran
koperatif menggunakan teknik ‘Round Robin’ dan ‘Round Table’ dalam
proses penulisan: Satu Tinjauan. Forum Penyelidikan Pendidikan.
Institut Bahasa Melayu Malaysia.
http://www.ipsah.edu.my/LamanR&D2007/KajianPemantauanBPG/Bahasa01.htm -
keberkesanan-koperatif
http://www.mpbl.edu.my/math/pedagogi/Kenal%20&%20Cinta%20CL-Seminar
%20MPGaya.pdf – kenali dan cintai
http://eprints.utm.my/6040/1/aziziyahkoperatif.pdf - aziziyah
….http://mariam-adi.blogs.smjk.edu.my/pembelajaran-koperatif/
www.usm.my/education/kaunseling/tips/Kaedah%20Pembelajaran%20Koperatif.doc - - kaedah
koperatif
http://kamekdankitak.blogspot.my/2011/12/kajian-tindakan.html
KAJIAN TINDAKAN
Kajian Tindakan diadakan adalah bertujuan bertujuan untuk membantu meningkatkan atau
mengurangkan masalah penguasaan murid dalam sesuatu kemahiran dalam mata pelajaran
tertentu yang diajar.
Kajian tindakan adalah sebagai salah satu pendekatan P&P dalam bilik darjah yang mempunyai
beberapa kebaikan, antaranya:-
Membantu guru berhubung dengan penambahbaikan kebiasaan atau budaya
pengajaran dalam bilik darjah.
Menyediakan ruang kepada guru untuk menggilap kreativiti dan inovasi
terutama dalam menyelesaikan permasalahan dalam pengajaran guru dan
pembelajaran murid.
Membantu guru untuk memperkembangkan profesionalisme melalui proses
penemuan kendiri.
Oleh kerana guru mempunyai autoriti dalam bilik darjah masing-masing maka
kajian tindakan akan membantu mereka untuk mencuba pendekatan-
pendekatan pengajaran yang difikirkan perlu dan sesuai dengan murid masing-
masing.
LOKASI KAJIAN :
Kelas 6 Amanah, Sekolah Kebangsaan Taman Keramat 1, Jalan Enggang Timur 54200 Kuala
lumpur.
FOKUS KAJIAN
Mata Pelajaran Bahasa Melayu Kemahiran Ejaan dan Membina Ayat.
Kajian ini adalah bertujuan untuk meningkatkan tahap penguasaan kemahiran mengeja serta
membina ayat kalangan murid-murid darjah 6 Amanah. Kajian dijalankan di kalangan murid-
murid yang sedang mengikuti pendidikan secara formal dalam darjah 6 Amanah di Sekolah
Kebangsaan Taman keramat 1.
I. Mengenal pasti kelemahan murid dari aspek ejaan dan pembinaan ayat,
seterusnya berusaha mencari ruang dan kekuatan menyelesai masalah ini.
II. Mengenalpasti sama kaedah kuiz serta permainan bahasa dapat membantu serta
membetulkan kesilapan ejaan dan pembinaan ayat di kalangan murid-murid Sekolah Kebangsaan
Taman Keramat , sekaligus meningkatkan lagi prestasi keputusan UPSR murid-murid .
III. Menyemai serta memupuk keyakinan diri dikalangan murid-murid untuk terus
menguasai kemahiran berbahasa dengan lebih mantap.
IV. Meningkatkan kemahiran murid mengeja pelbagai kosa kata serta membolehkan
murid menggunakan kosa kata tersbut dalam pembinaan ayat serta memaksimakan penggunaan
kamus secara efektif untuk membuat rujukan ejaan koas kata yang dipelajari.
i. Murid lemah akan terus kekal menjadi lemah, malahan berterusan sehingga ke sekolah
menengah .
ii. Pengajaran dan pembelajaran dalam kelas mata pelajaran saya menjadi statik tidak dinamik.
iii. Prestasi sekolah saya tidak menerima sebarang kemajuan serta anjakan perubahan.
iv. Peratus murid lemah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu semakin bertambah.
v. Keputusan UPSR tahun semasa sekolah saya akan jatuh.
vi. Saya akan sentiasa berasa bersalah kerana tidak melaksanakan tanggungjawab saya sebagai
seorang yang bergelar pendidik dengan penuh kesungguhan.
vii. Apa yang paling memalukan jika saya tidak menjalankan tindakan ini , terhadap anak didik
saya , suatu hari nanti anak didik saya akan berpaling kepada saya dengan tohmahan yang benar ,
bahawa saya adalah seorang guru yang pemalas dan tidak bertanggungjawab.
i. Saya akan dapat merasakan kepuasan dalam bidang tugas yang telah diamanahkan Negara
kepada saya.
ii. Peratus murid lemah dalam ejaan dan kemahiran membina ayat akan dapat dikurangkan.
iii. Murid lemah dalam penulisan serta mata pelajaran lain akan dapat diatasi dengan
penguasaan ejaan dan membina ayat.
iv. Peratus pencapaian prestasi UPSR bagi mata pelajaran Bahasa Melayu akan dapat
ditingkatkan.
v. Saya mempunyai peluang mempelbagaikan kaedah serta pendekatan untuk mengajar dan
menyelesaikan permasalah dalam bilik darjah semasa PnP Bahasa Melayu dijalakan serta
berkongsi dengan rakan guru yang lain.
vi. Apa yang paling benar , adalah tanggungbjawab saya berusaha memastikan semua murid
tahun 6 Amanah yang lemah , telah diusahakan sedaya upaya yang saya mampu untuk
menguasai kemahiran yang diajar oleh saya sebagai guru mata pelajaran sekaligus guru kelas
sebelum murid-murid saya melangkah ke alam Sekolah Menengah.
TEKNIK,PENDEKATAN ATAU MODEL YANG DIGUNAKAN
Demi memastikan tanggungjawab yang digalas terlaksana, saya telah memilih teknik dan
pendekatan yang sesuai bagi memastikan murid-murid saya seronok belajar bersama saya pada
setiap hari Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dijalankan. Antara Teknik serta
Pendekatan yang digunakan.
2. Murid akan diarahkan mengeluarkan buku tulis masing-masing, dan bersedia mendengar
perkataan yang cikgu sebut.
5. Murid akan mengeja perkataan dengan cara memerhati dan mendengar sebutan daripada mulut
guru,
6. Murid akan mengeja dan menulis di dalam buku tulis masing-masing.
7. Setelah selesai, ejaan . Guru mengarahkan murid-murid membuka( halaman Buku Teks,
Lembaran Edaran , Langanan Harian Didik, Bahan Bercetah , Kamus Dewan atau apa jua bahan
bercetak yang digunakan oleh guru pada hari tersebut sebagai sumber Pengajaran dan
pembelajaran.
8. Murid-murid diarah menyemak ejaan perkataan yang diberikan berdasarkan halaman teks.
9. Murid yang dapat mengeja betul semua , diberikan hadiah atau ganjaran.
10. Pada awal tahun murid hanya mampu mengeja dengan betul 1 atau 2 sahaja dari pada 10
perkataan dengan betul. Tetapi pada bulan ketiga murid mula dapat mengeja 9 hingga 10 ejaan
dengan betul.
2. Guru akan menyebut 5 perkataan . Murid menulis dalam buku Ejaan.
3. Murid diarahkan dalam kumpulan bekerjasama , memilih 1 daripada 5 perkataan untuk membina
ayat mudah.( Kooperatif Learning).
4. Setiap kumpulan di minta memastikan ayat kumpulan masing-masing betul dari aspek ejaan dan
struktur ayat.
6. Kumpulan lain akan menyemak ayatyang telah ditulis dipapan tulis.
7. Kumpulan yang menulis ayat dengan struktur ayat dan ejaan yang betul akan mendapat hadiah.
Teknik “ WAK”
W – watak
A - aktiviti
K - keterangan
Langkah .
1. Guru akan arahkan murid memerhati grafik / gambar yang terdapat dalam halaman buku teks,
akhbar didik, lembaran edaran, atau apa jua bahan bergambar yang berkaitan dengan aktiviti.
2. Guru akan bombing murid-murid meambina ayat mudah menggunakan teknik “ WAK”.
3. Perkara yang paling penting ialah saya berpeluang menyemak kerja murid secara individu
memandangkan jumlah murid yang tidak ramai. Semasa menyemak secara individu saya dapat
menerangkan kepada murid sambil memberikan motivasi , rangsangan serta pujian kepada murid
dengan cara ini , murid juga mendapat sentuhan tangan saya , saya juga akan menepuk bahu
murid agar murid berasa lebih dekat dengan saya serta berkeyakinan diri untuk terus memajukan
diri.
Langkah
1.Selain menggunakan teknik asas pembinaan ayat ( Subjek dan Predikat ), atau teknik WAK ,
bagi membolehkan murid-murid kumpulan lemah menguasai kemahiran membina ayat, saya
juga menggunakan teknik Model” SALAK “.
2. Untuk kumpulan murid lemah kelas 6 Amanah saya menggunakan asas “ SALAK “, iaitu “
SAK” iaitu Siapa,Aktiviti dan Keterangan.
3. Teknik ini akan di kembangkan lagi jika murid saya menguasai asas “ SAK “ kepada yang
lebih kompleks iaitu “ SALK” iaitu Siapa, Aktiviti, Lokasi dan keterangan. Seterusnya kepada
yang lebih tinggi iaitu “ SALAK “.
4. Sepanjang menggunakan teknik WAK dan SALAK , murid lebih cepat dan mahir membina
ayat. Kemahiran membina ayat sangat penting untuk murid terus menguasai kemahiran menulis.
CONTOH 1
Teknik membina ayat menggunakan Kaedah WAK dan SALAK diguna dan diaplikasikan
semasa Pengajaran Mikro kelas ( 5 rahmat ) baru-baru ini.
Tahun : 5 Rahamat
Tema : Kekeluargaan
Tarikh : 25.10.2011
Contoh : Lembaran aktiviti untuk membina ayat mudah menggunakan Teknik” WAK” atau
“ SALAK.”
Lembaran aktiviti
Arahan : Tulis lima tentang aktiviti- aktiviti yang terdapat di dalam gambar tersebut.
1……………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
2……………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
3……………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
4……………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
5……………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………
CONTOH 2 : Aktiviti Ejaan di terapkan di dalam PnP Makro baru-baru ini.
Tahun : 5 Ehsan.
Fokus utama : 6.1 aras 1 ( i) merujuki kamus untuk mencari makna,sebutan yang betul,
Ejaan dan penggunaan perkataan yang tepat.
Fokus sampingan : 11.2 aras 3(i) : mengemukakan pendapat tentang mesej yang
terdapat
dalam bahan.
i) merujuki kamus untuk mencari makna perkataan dan frasa yang betul.
ii) Menjelaskan mesej dan nilai yang terdapat dalam bahan.
Sistem bahasa:
Pengetahuan sedia ada :Murid-murid pernah mengikuti aktiviti gotong-royong yang pernah
dijalankan di sekolah.
2.Murid
Guru sebagai diminta 2.Murid menyatakan
fasilitator. menyatakan kata ganda yang
kata ganda terdapat dalam
yang terdapat di petikan.
dalam petikan
3.Murid-murid
KBKK 3.Guru mencari beberapa
Memahami dan meminta murid- nilai murni yang Nilai:
mengesan murid mencari tersirat di dalam kerjasama
maklumat beberapa nilai petikan secara
murni yang berkumpulan.
tersirat didalam
petikan dalam
kumpulan
4.Wakil
4.Guru kumpulan ,menaip
meminta wakil nilai yang didapati
kumpulan didalam computer Nilai: Yakin
menaip nilai dan dipancar terus diri
yang didapat di pada skrin.
dalam computer (perbincangan guru
murid-murid)
Aktiviti Ejaan
1.___________________________________________
2.___________________________________________
3.___________________________________________
4.___________________________________________
5.___________________________________________
1.___________________________________________
2.___________________________________________
3.___________________________________________
4.___________________________________________
5.___________________________________________
Baca petikan berikut dengan teliti mengikut sebutan dan intonasi yang betul.
Pada hari Ahad yang lepas , satu program memperindah taman rekreasi di
Desa Harmoni telah diadakan. Kegiatan ini telah disertai oleh penduduk desa.Mereka telah
berkumpul di pintu gerbang taman itu sejak pukul 7.30 pagi untuk pembahagian kerja
kumpulan.
Pada pukul 8.00pagi, ketua kampong telah menyampaikan ucapan. Beliau telah menyeru
penduduk mengamalkan sikap bersatu padu agar keadaan di desa sentiasa harmoni.
Pada pukul 8.15 pagi, kegiatan memperindah taman dimulakan. Antara kerja yang telah
dilakukan oleh mereka termasuklah membersihkan kawasan taman, memangkas ranting pohon ,
menanam pokok hiasan dan pokok bunga, membersihkan kawasan air terjun buatan, mengecat
wakaf dan membaiki pagar taman.
Pada pukul 10.30 pagi, mereka berehat untuk kudapan. Pada pukul 11.00 pagi pula, satu
pengumuman telah dibuat oleh pengerusi persatuan. Beliau menyatakan bahawa satu
pertandingan teka-teki akan diadakan pada sebelah petang.
Pada pukul 12.45 tengah hari, mereka berminat untuk merarau. Selepas itu, pada pukul 1.30
petang,pertandingan teka-teki pun diadakan. Hadiah berupa hamper telah disampaikan kepada
pemenang pada pukul1.45petang. Cenderamata juga telah diberikan kepada mereka yang
menyertai program itu.
Program itu telahberakhir pada pukul 2.00 petang. Mereka berasa bangga dan gembira aabila
melihat taman itu bertambah indah.
AKTIVITI 3
1.______________________________________________________________________
2.______________________________________________________________________
3.______________________________________________________________________
4.______________________________________________________________________
5.______________________________________________________________________
Tuliskan lima nilai murni yang kamu dapati dalam petikan dalam satu perenggan.
1. KEKUATAN
Kelebihan dan kekuatan yang dapat dirasai dan dikesan sepanjang saya menjalankan kajian
tindakan melalui pemulihan ini ialah, kekuatan yang ada pada murid sendiri, walaupun murid
saya lemah dalam ejaan namun murid-murid kelas 6 Amanah menguasai kemahiran membaca
walaupun masih kurang lancer. Kekuatan yang ada ini membantu saya lebih mudah mencapai
objektif saya di dalam melaksanakan pemulihan melalui tindakan ini. Dalam Modul OUM
HBML1103(2007) dinyatakan bahawa kaedah permainan bahasa adalah salah satu cara dalam
mempelajari bahasa melalui teknik permainan. Penglibatan dalam permainan telah memberi
peluang kepada pelajar memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat
dianogstik. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran
berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
Di samping itu, penggunaan permainan bahasa seperti kuiz sebagai satu teknik
pengajaran dan pembelajaran mempunyai beberapa kelebihan antaranya ialah sebagai bahan
rangsangan sama ada semasa memulakan sesuatu pelajaran, pada pertengahan atau akhir
pembelajaran. Penggunaan permainan bahasa ini dapat menarik minat dan perhatian pelajar
kerana aktiviti yang dijalankan menyeronokan dan pelajar dapat terlibat secara aktif.
Jesteru itu, kelebihannya sebagai satu teknik mengulang kaji dan pengukuhan akan
membantu pelajar meningkatkan kefahaman dan ingatan terhadap mereka terhadap
pembelajaran. Pelajar berpeluang menggunakan kemahiran bahasa yang ada pada mereka dalam
konteks dan situasi sebenar dan bermakna. Ini kerana semasa bermain, pelajar akan bertindak
balas secara spontan Keseronokan bermain seperti ini akan menghidupkan keinginan pelajar
untuk belajar, berfikir, mendengar dan mengeluarkan buah fikiran secara berkesan.
Selain itu, kekuata yang ada pada saya sendiri ialah kebolehan saya mengawal kelas ,
keadaan ini membolehkan saya menyampaikan pengajaran dan pembelajaran dengan mudah.
Semasa pengajaran “macroteaching “ dan “ microteaching “ saya juga telah
menggunakan kaedah dan pendekatan yang sama seperti mana murid-murid kelas 6 Amanah,
ternyata kaedah ini memberikan keseronokan kepada murid , murid lebih terangsang serta
bersaing untuk memberikan jawapan yang tepat dan betul.
2. KELEMAHAN
Kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti dalam pelaksanaan kajian ini ialah
kerjasama di kalangan ibu bapa atau penjaga pelajar sendiri , di mana ibu bapa atau penjaga
tidak memantau tugasan yang diberikan kepada murid-murid sebagai latihan lanjutan dirumah.
Apa yang belaku murid akan membawa kembali latihan yang diberi tanpa disiapkan dengan
memberikan pelbagai alasan. Keadaan ini amat menyedihkan. Sebagai tindakan saya untuk saya
mengatasi masalah in saya tidak memberikan latihan di rumah , saya mengarahkan murid-murid
menyiapkan juga latihan diberikan disekolah. Keputusannya amat memberangsangkan. Selain
itu , terdapat kekangan serta halangan lain, antaranya ialah murid kerap ponteng sekolah , situasi
ini memyebabkan murid lemah ini semakin ketinggalan.
3.Langkah Mengatasi
Kekuatan dan kelemahan , adalah merupakan cabaran dan halangan yang pastinya terdapat di
mana-mana sahaja, walaubagaimanapun saya akan sedaya upaya berusaha memperbaiki serta
mendidik dan membimbing anak didik saya yang masih lemah agar mereka akan lebih bersedia
berdepan dengan cabaran masa depan..
ANALISIS MATA PELAJARAN UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR)
SK TAMAN KERAMAT 1
TAHUN 2011
BAHASA 132 9 6.8 38 28.8 46 34.8 93 70.5 32 24.2 7 5.3 39 29.5 2.92
INGGERIS
MATEMATIK 132 23 17.4 28 21.2 65 49.2 116 87.9 10 7.6 6 4.5 16 12.1 2.61
SAINS 132 9 6.8 54 40.9 51 38.6 114 86.4 10 7.6 8 6.1 18 13.6 2.65
PEMBELAJARAN KOPERATIF
Pembelajaran koperatif adalah strategi pengajaran yang berstruktur dan sistematik, iaitu ahli-
ahli dalam sebuah kumpulan kecil sahaja bekerja bersama-sama untuk mencapai suatu
matlamat yang sama.
Dalam pembelajaran koperatif, terdapat hubungan saling bergantungan yang positif pada
matlamat pelajar. Pelajar merasakan mereka boleh mencapai matlamat, jika hanya pelajar lain
dalam kumpulan mencapai matlamat pembelajaran mereka. Kejayaan sesebuah kumpulan
bergantung kepada hasil kerja yang dilakukan oleh setiap ahli kumpulan.
1. Pembelajaran koperatif dilakukan bertujuan untuk memastikan pelajar yang dilantik sebagai
ketua perlu memainkan peranan dan tanggungjawabnya untuk memastikan kejayaan tugasan
yang dihasilkan bersama ahli kumpulannya.
2. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menggalakkan pelajar menjadi seorang aktif, bekerjasama
dan menghormati antara satu sama lain.
3. Menggalakkan pelajar untuk membantu setiap ahli kumpulan yang lemah iaitu dengan cara
memberikan tunjuk ajar kepada mereka.
Teori Pelaziman Operan ialah tingkahlaku secara tidak sengaja. Ia fokus kepada pembelajaran di
mana tingkah laku sengaja diperkukuh atau dilemahkan oleh konsekuen.
Hukum kesan Thorndike (Thorndike's Law of Effect) menyatakan bahawa sebarang tindakan
yang menghasilkan kesan yang memuaskan atau menyeronokkan mempunyai kemungkinan yang
besar akan diulang.
Salah satu yang dapat dilihat ialah melalui ganjaran. Ganjaran merupakan peneguhan positif
diberi selepas sesuatu tingkahlaku berlaku dengan tepat boleh mengukuh dan mengekalkan
tingkah laku pelajar yang berkenaan.
1. Guru akan memberikan ganjaran kepada pelajar contonya melalui token apabila pelajar
menjawab soalan dengan betul. Secara tidak langsung ini akan menggalakkan pelajar untuk
menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh guru.
2. Selain itu, ia juga akan menggalakkan penyertaan pelajar di dalam kelas kerana pelajar akan
bersaing antara satu sama lain untuk menjawab soalan daripada guru.
3. Pelajar dapat berfikir dengan cepat dan dapat menguji sejauhmana mereka faham tentang topik
yang diajar oleh guru berkenaan.
Kerangka teoritikal
Kerangka teoritikal membentuk konsep, terma, definisi, model dan teori yang menjadi asas
disiplin bagi kajian yang hendak dilaksanakan. Seterusnya akan membentuk "masalah" kajian,
soalan kajian, pengumpulan data dan analisis serta bagaimana mentafsir data.
Satu kaedah untuk menentukan kerangka pemikiran ialah melalui tinjauan literatur dengan
pembacaan yang berkait rapat dengan tajuk yang dikaji. Sepanjang pencarian berkenaan,
pengkaji akan berjumpa dengan tajuk jurnal, kata kunci dan maklumat-maklumat lain, konsep,
model dan teori yang berbagai-bagai jenis.
Pengkaji harus bijak memilih kerangka teoritikal kerana ia akan menjadi panduan dalam proses
penyelidikan bagi mengenal pasti terma yang relevan dengan konsep, definisi pemboleh ubah,
soalan-soalan khusus yang hendak diselidik, memilih responden kajian, prosedur pemilihan,
strategi pengumpulan data, teknik menganalisis dan interpretasi hasil dapatan kajian.
KERANGKA KONSEPTUAL
Kerangka Konseptual adalah antara jenis teori yang mencuba untuk menghubungkan kesemua
aspek yang ditemui ( definisi masalah, tujuan,sorotan kajian, metodologi,pengumpulan dan
penganalisisan data. Kerangka Konseptual berperanan sebagai peta yang berkaitan dengan
penemuan secara impirikal (pemerhatian atau ujian ). Ini kerana, kerangka konseptual
berpontensi sangat hampir kepada penemuan impirikal mereka menggunakan bentuk-bentuk
yang b erbeza bergantung kepada persoalan atau masalah kajian.
Tajuk
Karaoke atau Nyanyian dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Objektif
1) Membantu meningkatkan kefahaman pelajar terhadap pengajaran bahasa Melayu.
2) Meningkatkan pencapaian pelajar terhadap subjek bahasa Melayu.
Tempat Kajian
Bilik darjah
Sample Kajian
Pelajar Bermasalah Pembelajaran
Kaedah Kajian
Kajian kepustakaan
Menggunakan model Kemmis dan McTaggard
Menggunakan kaedah interaksi berpusatkan pelajar.
Analisis Data
Data dianalisis berdasarkan hasil pemerhatian terhadap pencapaian, focus dan minat pelajar
selama kajian dijalankan.
Rumusan
Menggunakan model Kemmis dan Mc Taggard yang terdiri daripada 4 fasa, iaitu merancang,
bertindak, pemerhatian dan refleksi.
Langkah 1: Mengenal pasti masalah
Bagi mengenal pasti tahap penguasaan pelajar dalam mengenali huruf-huruf vokal dan
konsonan, pengkaji akan membuat pemerhatian terhadap pelajar.
Pemerhatian akan dilakukan semasa proses P& P.
Langkah 2: Merancang
Dalam kajian ini, pengkaji akan menggunakan kaedah karaoke atau nyanyian untuk membantu
pelajar dapat menguasai kemahiran mengenal huruf vokal dan konsonan.
Sebelum kajian ini dijalankan kami meminta pelajar menyebut huruf-huruf vokal dan konsonan.
Kemudian kami akan menggunakan kaedah nyanyian atau karaoke dalam proses P&P.
Langkah 3: Tindakan
Proses P& P akan dijalankan menggunakan Kaedah nyanyian atau karaoke sehingga pelajar
dapat menguasai isi pelajaran.
Langkah 4: Pemerhatian
Pemerhatian akan dibuat terhadap fokus, minat dan pencapaian pelajar. Pencapaian pelajar
melalui latihan dalam lembaran kerja.
Langkah 5: Refleksi
Penambahbaikan perlu dilakukan sekiranya masih terdapat pelajar yang tidak menguasai isi
pelajaran. Berdasarkan model Kemmis dan Mc Taggard ini, pengulangan perlu dilakukan
daripada proses permulaan sekiranya masih ada pelajar yang lemah. Hal ini bertujuan untuk
memastikan setiap objektif dapat dicapai
KERANGKA OPERASIONAL
Kerangka operasional adalah penjelasan tentang pembolehubah-pembolehubah yang terdapat
dalam konsep-konsep yang dipilih dan hubungan antara pembolehubah-pembolehubah
tersebut, serta hal-hal yang dijadikan alat pengukuran untuk mengukur pembolehubah-
pembolehubah yang bersangkutan. Definisi operasional ini diberikan mengikut fahaman
pengkaji, bukannya dengan merujuk kamus.
Berdasarkan kajian yang dijalakan, beberapa perkataan akan didefinisikan. Antaranya;
Karaoke
Karaoke adalah hiburan interaktif yang dinyanyikan mengikut lagu yang dirakamkan. Selalunya
lirik sesuatu lagu ditayangkan pada skrin. Dalam kajian ini, pengkaji akan menggunakan cd
nyanyian kanak-kanak yang berkaitan dengan bahasa Melayu semasa sesi P&P.
Nyanyian
Nyanyian adalah sebutan bersuara yang dinyatakan dalam bentuk lagu dan irama. Dalam kajian
ini, pengkaji akan mengajar pelajar tentang huruf vocal, konsonan dan pola-pola vokal dengan
kaedah nyanyian
TUJUAN
1. Menggunakan pendekatan karaoke/nyanyian dalam mewujudkan suasana PnP yang kondusif bagi
menimbulkan minat dalam mata pelajaran bahasa Melayu.
2. Pelajar mendapat pengalaman muzik yang memadai bagi mencetus dan memperkembang minat dan
bakat mereka dalam seni muzik.
3. Menjadikan mata pelajaran meresap ke dalam minda pelajar kerana lagu yang disukai akan mereka
nyanyikan berulang-ulang dengan kemahuan mereka sendiri.
4. Kebanyakan guru bahasa Melayu menggunakan kaedah pengajaran secara kuliah. Ini akan
membuatkan pelajar menjadi jemu dan hilang tumpuan.
5. Muzik merupakan medium yang bertindak sebagai terapi untuk mengurangkan tekanan pelajar,
meluahkan perasaan, fikiran dan imaginasi dalam usaha membina kreativiti pelajar.
6. Memberi peluang pelajar melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran yang menggembirakan serta
memberi pengetahuan dan pengalaman dengan berkesan.
PERNYATAAN MASALAH
1. Masalah penguasaan bahasa Melayu sama ada secara keseluruhan atau aspek-aspek tertentu dalam
bahasa Melayu.
2. Terdapat sebilangan murid yang masih lemah penguasaan mereka dalam pembinaan ayat. Ini
mempengaruhi kemampuan mereka untuk mengarang.
3. Sikap pelajar –
a. Masalah penguasaan bukan sahaja dalam kalangan pelajar bukan Melayu, tetapi juga oleh masyarakat
Melayu. Pelajar biasanya mengambil mudah perkara ini kerana bahasa tersebut merupakan bahasa
ibunda mereka. Mereka menganggap bahawa mereka sudah menguasai kemahiran bahasa Melayu
sebagai pertuturan harian berbanding sebagai bahasa ilmu. Ini adalah kerana mereka menganggap
kedua-kedua aspek di atas adalah sama. Pembelajaran bahasa Melayu tidak dititikberatkan kerana
masyarakat Melayu beranggapan mereka sudah menguasai kemahiran menggunakan bahasa Melayu
memandangkan mereka boleh bertutur dengan baik.
4. Persekitaran rumah - Tahap penguasaan bahasa Melayu dipengaruhi oleh tahap sosioekonomi dan
perkerjaan ibu bapa.
5. Peranan guru - Guru yang tidak kreatif, tiada pengetahuan tentang teori, pendekatan, kaedah dan
teknik pengajaran yang bersesuaian dengan tahap pencapaian, motivasi dan kefahaman pelajar serta
menyampaikan pengajaran secara mendatar juga menjadikan pengajaran bahasa Melayu kurang
diminati oleh pelajar.
AKTIVITI 8: TUGASAN 4
Berdasarkan tajuk kajian
Huraikan– cadangan untuk mengatasi kelemahan pengajaran-pengajaran subjek berkenaan
berdasarkan
· Fikir sendiri cadangan secara individu (5 minit)
· Fikir cadangan dalam pasukan (15 minit )
· Minta cadangan dari luar pasukan ( perlu temubual rakan-rakan dalam pasukan lain)
· Berdasar literatur review (bincang dalam pasukan)
· Bentang dan lapor dalam blog penyataan masalah kt
KUMPULAN LAIN
1. Membimbing pelajar dengan kemahiran yang dapat membantu pelajar lulus dalam
matapelajaran Bahasa Melayu
2. Mewujudkan sekumpulan pelajar yang dapat membantu antara mereka dalam
menyelesaikan masalah dalam menguasai kemahiran-kemahiran dalam matapelajaran
Bahasa Melayu
3. Memberikan peluang kepada pelajar untuk berdamping dengan guru matapelajaran dan
ini dapat memberikan mereka peluang untuk memperbaiki kelemahan mereka dalam
matapelajaran ini.
Matlamat kajian tindakan (satu ayat / penyataan umum apa yang hendak dicapai di akhir kajian)
Bentuk objektif kajian
– Meneroka…
– Menilai …
Bentuk soalan kajian
– Bagaimana….? (proses)
– Adakah…..? (penilaian proses / produk)
Persoalan Kajian
i) Bagaimana kaedah nyanyian / karaoke dapat meningkatkan kefahaman pelajar terhadap subjek
Bahasa Melayu
ii) Adakah nyanyian / karaoke dapat meningkatkan penguasaan mereka dalam subjek Bahasa Melayu
THINK-PAIR-SHARE
TERHADAPMARKAT PENCAPAIAN KARANGAN BAHASA MELAYUPELAJAR TINGKATAN
4Munsyi Norliza binti Abu Bakar Jabatan Pengajian MelayuIPGM Kampus Perempuan Melayu,
MelakaABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk meninjau kesan pembelajaran koperatif think-pair-shareterhadap markat
pencapaian karangan Bahasa Melayu pelajar tingkatan 4. Kajiandijalankan menggunakan reka bentuk
kuasi-eksperimen model single group pretest-posttest design terhadap 30 orang responden yang terdiri
daripada pelajar Tingkatan Empat SekolahMenengah Kebangsaan Bandar Maharani, Muar, Johor.
Dapatan kajian dinyatakan dalambentuk jadual yang diperoleh daripada analisis yang dibuat melalui min,
sisihan lazim danujian-t. Kajian menunjukkan min pencapaian pelajar dalam ujian pra adalah di
peringkat memuaskan, manakala pencapaian dalam ujian pasca berada pada tahap cemerlang .Ujian-t
yang dijalankan mendapati terdapat perbezaan yang signifikan antara pencapaian pelajar dalam ujian pra
dan ujian pasca penulisan karangan berpandu Bahasa Melayu menggunakan strategi pembelajaran
koperatif teknik Think-Pair-Share. Pelajar memperoleh pencapaian yang lebih baik dalam ujian pasca
berbanding pencapaian dalamujian pra .
Globalisasi telah mengubah senario pendidikan kini. Pendidikan di Malaysia telahmengalami reformasi
untuk mencapai Wawasan 2020 agar dapat melahirkan generasi baruyang boleh bersaing di arena
antarabangsa. Sehubungan dengan itu, warga pendidikperlulah peka dengan perubahan dalam sistem
pendekatan serta sentiasa bersifat dinamikdalam menongkah arus perubahan ini. Warga pendidik yang
merupakan pencorak generasibaru Malaysia harus bersedia untuk melakukan perubahan dalam proses
pengajaran danpembelajaran agar produk yang dihasilkan oleh institusi pendidikan dapat
memenuhituntutan pasaran pekerjaan yang semakin mencabar kini.
Dalam menuju pendidikan bertaraf dunia, kita memerlukan paradigma dalampengajaran dan
pembelajaran. Potensi diri pelajar perlulah dieksploitasi secara maksimumdan optimum agar
pembelajaran dan pengajaran bukan sahaja menjadi lebih menarik danberkesan malah menjadi pemangkin
ke arah kecemerlangan dalam pencapaian diri pelajar-pelajar. Peranan guru terpaksa ditransformasikan
daripada penyampai ilmu pengetahuankepada pemudah cara atau fasilitator; membimbing pelajar
meneguhkan strategipembelajaran dan pemprosesan maklumat agar mereka berupaya menentukan hala
tujupemikiran mereka serta merangka strategi pencapaian.(BPG 2002)Oleh itu, transformasi bukan sahaja
dari sudut medium penyampaian ilmu pengetahuaniaitu guru tetapi juga peranan pelajar itu sendiri.
Pelajar perlu berupaya menjanapemahaman dan pengetahuan mereka secara maksimum dengan
mengeksploitasi pelbagaisumber ilmu pengetahuan yang ada kini,(KPM 1999). Untuk mencapai matlamat
tersebut,pelajar perlu melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran dan pengajaran
yangdirangka. Suasana pembelajaran yang kondusif akan dapat melibatkan pelajar secara aktif dalam
pembelajaran iaitu melalui kepelbagaian aktiviti seperti penyelesaian masalah,pembelajaran secara
pengalaman, dan pengaplikasian teknologi secara inovatif.
Pernyataan Masalah
Penulisan karangan merupakan satu kemahiran menulis bagi menguji kemampuan pelajar dalam
berbahasa serta dapat menyampaikan isi dengan huraian yang lengkap. Dalampengajaran bahasa, strategi
pengajaran yang disarankan ialah pengajaran danpembelajaran berpusatkan pelajar(PPK 2001). Kaedah
pengajaran dan pembelajaran guruantara yang disarankan dalam sukatan pelajaran sekolah bestari ialah
pembelajaran secarakoperatif (KPM 1999), justeru pada tahun 2010 semua sekolah di Malaysia akan
dijadikansekolah bestari. Namun, penggunaan strategi pembelajaran tradisional masih meluas
dalamkalangan guru iaitu pendekatan berpusatkan guru kerana guru masih kurang kemahirandan
kepakaran dalam menguasai strategi pengajaran dan pembelajaran (Salbiah 2000).Oleh itu, pengkaji
berpendapat amatlah perlu untuk mengkaji penggunaan strategipengajaran dan pembelajaran dalam
meningkatkan kemahiran menulis dalam kalanganpelajar.
)Rajah 1.1 Kerangka Konseptual Kajian Kesan Pembelajaran Koperatif Terhadap MarkatPencapaian
Karangan Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 4Kajian ini menggunakan kaedah kuasi-
eksperimen
(Wiersma 2000, Jackson 2003). Satu kumpulan rawatan akan dipilih secara
intact
dandiberikan ujian pra dalam penulisan karangan berpandu bagi menguji pencapaian mereka.Rawatan
akan dijalankan selama 4 minggu menggunakan strategi pembelajaran koperatif
think-pair-share.
Selepas itu ujian pasca akan diberikan untuk melihat pencapaian pelajar dalam penulisan karangan
berpandu.Objektif Kajian:
Mengenal pasti pencapaian pelajar dalam ujian pra penulisan karangan berpanduBahasa Melayu
menggunakan strategi pembelajaran koperatif model
Think-Pair-Share
Mengenal pasti pencapaian pelajar dalam ujian pasca penulisan karangan berpanduBahasa Melayu
menggunakan strategi pembelajaran koperatif model
Think-Pair-Share
Mengenal pasti perbezaan pencapaian pelajar antara ujian pra dan ujian pasca dalampenulisan karangan
berpandu Bahasa Melayu menggunakan strategi pembelajarankoperatif model
Think-Pair-Share
Soalan Kajian
Sejauh mana pencapaian pelajar dalam ujian prapenulisan karangan berpanduBahasa Melayu
menggunakan strategi pembelajaran koperatif model
Think-Pair-Share
Activity (107)
http://bmm3105rozana.blogspot.my/2014/01/prosiding-kajian-tindakan-saya.html
PROSIDING
DISEMBER 2013
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBEZAKAN ‘DARI’ DENGAN ‘DARIPADA’ MENGGUNAKAN PEMBELAJARAN
KOPERATIF BAGI MURID TAHUN 4 DELIMA
Oleh:
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk membantu meningkatkan kemahiran membezakan kata sendi nama ‘dari’ dengan
‘daripada’ dalam pembelajaran koperatif bagi murid daripada Tahun 4 Delima Sekolah Kebangsaan Changkat Tin,
Tanjong Tualang Perak. Kumpulan sasaran kajian saya ini melibatkan 12 orang murid yang terdiri daripada 6 orang
lelaki dan 6 orang perempuan. Data dianalisis secara deskriptif. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah
Ujian 1, Ujian 2 dan hasil temu bual dengan murid. Hasil analisis data mendapati murid menunjukkan
peningkatan. Dalam Ujian 1, 7 orang pelajar lulus manakala dalam Ujian 2 kesemua 12 orang telah lulus dengan 5
orang memperoleh markah cemerlang. Oleh itu, pengajaran koperatif ini boleh digunakan bagi meningkatkan
kemahiran membezakan penggunaan kata sendi ‘dari’ dengan ‘daripada’ dalam ayat Bahasa Melayu .
Pengenalan
Kata sendi nama adalah terdiri daripada golongan kata yang digunakan untuk menyambungkan frasa nama dengan
kata atau frasa-frasa dalam ayat. Kata sendi menunjukkan perkaitan antara satu frasa atau perkataan dengan frasa
atau perkataan yang lain. Menurut Tatabahasa Dewan edisi ketiga (2008) kata sendi bermaksud perkataan yang
diletakkan di hadapan frasa nama dengan mempunyai tugas atau fungsi tertentu.
Penguasaan tatabahasa dengan baik adalah amat diperlukan untuk membolehkan kita menggunakan bahasa
dengan berkualiti sama ada dilahirkan secara pengucapan atau bertulis. Dalam bidang pendidikan, tatabahasa
tidak lagi dilihat sebagai unsur terasing dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa, sebaliknya unsur asas
yang mendasari setiap kemahiran berbahasa yang dipupuk iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis
(Awang Sariyan, 1991:754). Selain itu, penulisan yang baik dengan tatabahasa yang betul dapat menampilkan imej
seseorang lebih baik atau institusi yang berwibawa. Kesalahan dalam penggunaan kata sendi merupakan salah
satu daripada kesalahan tatabahasa yang sering didapati. Antara kata sendi yang menjadi masalah ialah kata sendi
‘dari’ dan ‘daripada’ yang mana setiap satu membawa maksud yang berbeza.
Menurut Za’ba (2000), ada beberapa kata sendi nama yang digunakan secara salah, antaranya termasuklah ‘dari’
dan ‘daripada’. Kesalahan tatabahasa ini bukan sahaja berlaku dalam kalangan murid di bilik darjah tetapi juga
orang dewasa. Ini disebabkan ramai yang masih belum dapat menguasai rumus-rumus tatabahasa yang telah
dipelajari. Masalah ini menjadi lebih serius jika tidak diberi perhatian. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa
rasmi akan dicemari.
Fokus Kajian
Kajian ini telah difokuskan pada masalah membezakan kata sendi ‘dari’ dengan ‘daripada’ dalam ayat. Ini
disebabkan dalam kalangan murid Empat Delima didapati kerap melakukan kesilapan akibat kekeliruan apabila
membina ayat yang mengandungi kata sendi ‘dari’ dan ‘daripada’. Murid tidak dapat membezakan sama ada ingin
menggunakan kata sendi ‘dari’ ataupun ‘daripada’. Contoh kesilapan yang dilakukan seperti ‘daripada Ipoh’, ‘dari
ayah’ dan ‘daripada semalam’.
Objektif Kajian
Meningkatkan kemahiran membezakan penggunaan kata sendi ‘dari’ dengan ‘daripada’ dalam ayat bahasa Melayu.
1. Meningkatkan kemahiran membezakan kata sendi ‘dari’ dan ‘daripada’ menggunakan pembelajaran koperatif.
Soalan Kajian
1. Adakah kaedah pembelajaran koperatif dapat meningkatkan kemahiran membezakan kata sendi ‘dari’
dan ‘daripada’?
Tinjauan Literatur
Pembelajaran koperatif ialah satu proses pembelajaran yang melibatkan pelajar yang belajar dalam kumpulan
kecil. Setiap pelajar dalam kumpulan ini dikehendaki bekerjasama untuk memperlengkapkan dan memperluaskan
pembelajaran diri sendiri dan juga ahli yang lain. (Esah Sulaiman, 2004)
Menurut Gardner (2002), kaedah belajar secara berkumpulan merupakan kaedah yang sangat berguna dalam
strategi pengajaran dan pembelajaran. Kumpulan belajar yang distruktur dengan baik adalah sangat efektif untuk
mencapai bilik darjah yang inklusif.
Manakala Slavin (Isjoni,2006) pula ada mengatakan bahawa koperatif adalah suatu model pembelajaran di
mana kanak-kanak belajar dan bekerjasama dalam kelompok-kelompok kecil secara kerjasama yang anggotanya 4-
6 orang dengan struktur kelompok heterogen.
Pembelajaran koperatif pada dasarnya percaya bahawa pembelajaran menjadi sangat efektif apabila pelajar
terlibat secara aktif dalam berkongsi idea dan bekerja secara koperatif dalam menyudahkan tugasan akademik
(Effendi Zakaria & Zanaton Iksan,2007). Pendapat ini turut disokong oleh Johnson dan Johnson (1991) yang
mengatakan pembelajaran koperatif melibatkan pelajar bekerjasama dalam mencapai objektif pelajaran.
Za’ba (2000) menyatakan,“Ada beberapa perkataan kata sendi nama yang orang-orang kerap tersilap
memakainya, antaranya termasuklah ‘dari’ dan ‘daripada’ tidak betul mengikut kehendak resaman bahasa Melayu,
terutama dalam karangan”.
Demikian juga Awang Sariyan (1981) mendapati bahawa terdapat beberapa kata sendi nama yang sering
digunakan dengan salah iaitu antaranya ‘dari’ dan ‘daripada’.
Metadologi Kajian
Kumpulan Sasaran
Kumpulan sasaran adalah seramai dua belas orang yang terdiri daripada murid Tahun 4 Delima. Peserta kajian
terdiri daripada enam orang lelaki dan enam orang perempuan. Mereka mempunyai purata umur dalam
lingkungan sepuluh tahun. Prestasi akademik peserta kajian berada di tahap sederhana dan lemah. Semua
peserta kajian terdiri daripada bangsa Melayu dan tinggal di kawasan kejiranan berhampiran dengan sekolah.
Ujian 1 dijalankan sebelum memulakan sebarang tindakan dan bertujuan untuk mengesan masalah kata sendi
‘dari’ dan ‘daripada’ yang dihadapi. Manakala, Ujian 2 dijalankan selepas selesai semua tindakan dan bertujuan
untuk menentukan penggunaan akronim dalam pembelajaran koperatif dapat membezakan kata sendi ‘dari’
dengan ‘daripada’. Soalan-soalan yang dibina dalam Ujian 2 adalah soalan yang sama dengan Ujian 1.
Temu bual
Temu bual dijalankan sebelum dan selepas tindakan dijalankan. Temu bual ini bertujuan untuk mengetahui
kemahiran peserta kajian menggunakan kata sendi nama ‘dari’ dan ‘daripada’ menggunakan pembelajaran
koperatif.
MODEL
AKTIVITI
KURT LEWIN
Ujian 1 dijalankan untuk melihat sejauh mana pengetahuan peserta kajian tentang kata sendi ‘dari’ dan
‘daripada’. Pengkaji telah menjalankan Ujian 1 yang mengandungi 25 soalan daripada tiga bahagian iaitu bahagian
A memilih jawapan yang betul, bahagian B soalan aneka pilihan, manakala bahagian C mengisi tempat kosong
dengan kata sendi nama ‘dari’ atau ‘daripada’ Seramai dua puluh satu orang murid telah membuat ujian ini dan
pengkaji telah mengenal pasti dua belas orang murid untuk dijadikan sebagai peserta kajian. Markah peserta
kajian direkodkan. Pengkaji membuat temu bual awal dengan peserta kajian.
Pengajaran dijalankan secara pembelajaran koperatif menggunakan aktiviti jigsaw dan meja bulat.
Penerangan tentang kata sendi ‘dari’ yang menunjukkan masa.. Menegaskan penggunaan huruf M untuk
menunjukkan masa. Seterusnya diperkenalkan pula kata sendi ‘dari’ yang menerangkan arah dan tempat.
Pengkaji menegaskan penggunaan huruf A untuk menunjukkan arah dan T untuk menunjukkan tempat. Pada akhir
pengajaran, pengkaji menegaskan semula tentang pengunaan kata sendi ‘dari’ yang menggunakan huruf iaitu M
untuk masa, A untuk arah dan T untuk tempat. Maka bagi kata sendi ‘dari’ peserta kajian hanya ingatkan akronim
‘MAT’ sahaja. Pengajaran dijalankan selama dua hari.
Dengan menggunakan peta minda, pengkaji menguji penguasaan peserta kajian dalam membezakan
penggunaan kata sendi ‘dari’ dengan ‘daripada’. Menerangkan cara mudah untuk peserta kajian mengingat
penggunaan ‘dari’ dengan ‘daripada’ iaitu menggunakan akronim “MAT’ untuk ‘dari’ dan ‘SPM’ untuk ‘daripada’.
Sepanjang sesi pengajaran pengkaji menggunakan pembelajaran koperatif bagi aktiviti meja bulat.
Ujian 2 dijalankan dengan soalan yang sama dengan Ujian 1. Tujuan dijalankan Ujian 2 ini adalah untuk
menilai kemampuan peserta kajian dalam membezakan kata sendi ‘dari’ dengan ‘daripada’, setelah menjalani
enam sesi pengajaran dengan menggunakan kaedah pembelajaran koperatif. Pengkaji menjalankan temu bual
bersama peserta kajian. Data-data yang dikumpul dan dianalisis bagi membolehkan penambahbaikan dan juga
penyelesaian yang baru dapat dijalankan.
Dapatan Kajian
Soalan Kajian 1 : Adakah kaedah pembelajaran koperatif dapat meningkatkan kemahiran membezakan kata sendi
‘dari’ dan ‘daripada’?
Peserta kajian dapat meningkatkan kemahiran dalam kata sendi ‘dari’ dan ‘daripada’ dengan baik. Pengkaji
menggunakan pembelajaran koperatif dalam pengajarannya. Ini dapat dilihat dalam aktiviti yang dijalankan
sepanjang pengajaran kata sendi ‘dari’dan ‘daripada’ dan peserta kajian telah menunjukkan peningkatan yang baik.
Mok (1990) menyatakan pembelajaran secara bekerjasama dalam kumpulan dapat meningkatkan lagi motivasi
belajar murid, di mana ia mempunyai beberapa kelebihan. Setiap aktiviti pengajaran dilekatkan dalam buku ‘Mari
Fikir Bersama’. Antara aktiviti yang dijalankan dan yang terdapat dalam buku ‘Mari Fikir Bersama’ adalah seperti:
Aktiviti kajian dijalankan secara berperingkat-peringkat. .Menurut Gagne, (1986,dalam Boon Pong Ying,2009)
pemeringkatan pembelajaran penting bagi membantu dengan menyusun peringkat pembelajaran daripada
peringkat asas kepada peringkat lebih kompleks. Oleh yang demikian, bagi menjalani setiap peringkat, murid
sangat memerlukan satu medium yang boleh menjadi pemangkin dalam proses pembelajaran berperingkat
tersebut. Dapatan ini menunjukkan kaedah yang digunakan oleh pengkaji bagi meningkatkan kemahiran kata
sendi ‘dari’ dan ‘daripada’ begitu berkesan. Ini diperkuatkan dengan temu bual yang telah dijalankan kepada
peserta kajian.
Jika dilihat daripada temu bual yang telah dijalankan didapati bahawa peserta kajian lebih mudah memahami
kemahiran yang diajar dengan menggunakan kaedah koperatif. Ini dapat dilihat dalam Jadual 1 di mana peserta
kajian sebahagian besar telah menguasai penggunaan kata sendi ‘dari’ dengan ‘daripada’. Dalam Rajah 1 pula
100% peserta kajian suka belajar secara berkumpulan berbanding secara individu. Ini jelas menunjukkan bahawa
pembelajaran koperatif ini dapat meningkatkan penguasaan peserta kajian dan menimbulkan keseronokan kepada
mereka. Peserta kajian dapat belajar dan menjalankan aktiviti bersama-sama ahli kumpulan. Menurut Sandra dan
Shickley (2006) , pelajar seronok dapat peluang untuk belajar dalam kumpulan. Selain itu, peserta kajian juga
dapat bekerjasama dan melahirkan idea-idea dengan berkesan.
Jadual 1