Anda di halaman 1dari 2

1.

Huraikan dua pandangan anda tentang program Pembangunan Profesionalisme


Berterusan (PPB).

Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) ditakrifkan sebagai pengalaman


pembelajaran guru dan pemimpin sekolah melalui pelibatan secara formal dan tidak formal
dalam pelbagai aktiviti PPB sepanjang kerjaya untuk peningkatan pengetahuan, kemahiran,
kepakaran dan amalan nilai serta ciri-ciri profesional yang berkaitan bagi meningkatkan
kualiti pendidikan untuk memenuhi keperluan pendidikan abad ke-21. PBB juga adalah
usaha bersepadu bagi memastikan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP)
melengkapkan diri atau dilengkapkan dengan pengetahuan profesional, kemahiran
profesional dan nilai serta amalan profesional keguruan melalui Latihan Dalam
Perkhidmatan (LDP) yang terancang berteraskan pembangunan kompetensi, pembelajaran
berterusan dan laluan kerjaya

2. Bincangkan tiga kepentingan PPB kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP).

Antaranya, PPM membantu meningkatkan pemahaman dan penghayatan berhubung teori


pembelajaran, amalannya, kurikulum baharu dan kandungannya. Melalui ini, guru dapat
menjalankan tugasnya dalam keadaan yang sistematik dan dapat membangunkan diri dari
satu peringkat ke satu peringkat. Seterusnya, ia mendorong perubahan sikap ke arah lebih
postif, Contohnya positif terhadap peranan dan tanggungjawab, postif terhadap murid, positif
terhadap perubahan kurkulum dan perubahan-perubahan berhubung dasar pendidikan.
Selain itu, PPB membangunkan kemahiran dalam perancangan dan pelaksanaan PDP.
Dengan adanya penglibatan guru dalam aktiviti PPB seperti kursus-kursus yang
meningkatkan kualiti di bilik darjah yang ditawarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia,
guru dapat mempelajari cara untuk menjalankan Pdpc yang berkesan.

3. Huraikan kebolehlaksanaan salah satu aktiviti PPB berasaskan individu.

Dalam PPB yang telah dibangunkan, guru perlu melengkapkan ciri pendidik professional
abad ke-21 demi memastikan guru kekal releven dan efektif dalam dunia pendiidkan yang
sentiasa dinamik dan sentiasa menuntut keberhasilan murid secara holistic. Aktiviti
penyelidikan adalah antara perkara yang perlu dilaksananakan oleh guru. Hal ini kerana,
guru perlu menyahut seruan KPM agar membudayakan penyelidikan dalam bidang
pendidikan. Kajian tindakan merupaka proses mengkaji amalan Kediri untuk menyelesaikan
masalah dalaman guru. Seseorang guru akan mengalami satu lingkaran yang melibatkan
proses perancangan , pelaksanaan, pemerhatian, dan refleksi apabila menjalankan kajian
tindakan. Kursus Kajian Tindakan telah tersenarai sebagai salah satu aktiviti PPM KPM
sejak tahun 1988 yang melibatkan pensyarah Institut Pendiidkan Guru (IPG). Antara
kepentingan kajian tindakan adalah untuk membantu guru mengenal pasti kekuatan dan
kekurangan PDP yang dikendalikannya. Seterunsya, guru juga meningkatkan
keupayaannya dalam pedagogi dan kandungan pelajaran. Guru juga boleh
mengembangkan profesionalisme dengan pelbagai kemahiran sewaktu menjalankan kajian
tindakan. Pada masa kini, banyak pihak yang menganjurkan seminar dan persidangan yang
memberikan peluang kepada guru untuk membentangkan kajian tindakan mereka.
Penganjuran seminar membuka peluang kepada guru untuk berbincang apa-apa sahaja isu
dan perkara yang berkaita dengan PBD dan pengembangan diri mereka.

Anda mungkin juga menyukai