Anda di halaman 1dari 3

1.

Pengenalan

Moral pada dasarnya berasal daripada perkataan Latin “mores’ yang membawa
maksud sama seperti etika (Ashmore, 1987). Moral merupakan satu kesedaran di
mana seseorang individu mampu untuk berfikir tentang tingkah laku betul atau salah.
Seseorang individu yang bermoral juga mampu untuk berfikir tentang perkara yang
perlu dipatuhi. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), insan bermaksud
makhluk yang dicipta dan tidak lepas daripada kealpaan atau kelalaian. Manakala
moral bermaksud ajaran atau pegangan tentang baik buruk sesuatu perbuatan.
Dapat ditakrifkan di sini bahawa, insan bermoral merupakan seseorang yang mampu
untuk menerima nilai-nilai murni serta peraturan yang diterima masyarakar sejagat.
Insan yang bermoral harus mempunyai kriteria seseorang yang bertingkah laku
dengan baik dan mampu untuk befikir tentang baik buruk sesuatu tindakan keatas
dirinya mahupun orang diskelilingnya. Tegaslah bahawa, pembentukan insan
bermoral datang datipada keimbangan dari pelbagai aspek iaitu perasaan, pemikiran
dan tindakan.

2. Ciri-ciri Pembentukan Individu Bermoral

Seorang insan yang bermoral merupakan seseorang yang seimbang dan


sempurna mengamalkan ketiga-tiga dimensi moral iaitu perasaan, pemikiran dan
tindakan. Sempurna dari ketiga-tiga aspek ini membolehkan seseorang itu mencapai
tahap kematangan moral.

2.1. Prinsip Altruisme

Prinsip Alturism adalah tingkah laku atau tindakan yang mempunyai ciri-ciri
yang bertujuan untuk kebaikan orang lain atas kepentingan sendiri. Keputusan
yang dibuat dan tindakan yang diambil adalah moral dan berperikemanusiaan.
Sikap atau perbuatan yang menyenangkan hati orang lain dan peduli terhadap
orang lain (Nagel et.al, 1970). Alturisme menghasilkan perasaan cinta, simpati
dan empati yang seterusnya menghilangkan harga diri, kebencian dan
ketamakan. Prinsip ini memerlukan setiap orang mempunyai nilai humanistik
dalam kehidupan seharian mereka. Ini untuk menanamkan kasih dan sayang
antara satu sama lain dan menjaga orang di sekeliling kita agar harmoni dalam
masyarakat kita dapat dicapai melalui penerapan prinsip altruisme ini. Sebagai
contoh, dikala Malaysia sedang dilanda dengan wabak Covid-19 yang
memerlukan bantuan dari segi kewangan, sebagai rakyat yang prihatin, saya
akan menderma setakat yang saya mampu ke tabung bencana negara dengan
harapan wang yang telah disumbangkan mampu untuk membantu orang lain
yang berada dalam kesusahan.

2.2. Prinsip Autonomi

Prinsip-prinsip Autonomi menggambarkan konsep penghakiman bebas dan


kebebasan memilih. Sekiranya pertimbangan dan tingkah laku dibuat oleh
seseorang dari paksaan luar tidak boleh dikategorikan sebagai tindakan moral.
Ini kerana individu terpaksa membuat pertimbangan adalah ketidakmampuan
untuk bertindak secara rasional dan adil. Dalam konteks ini, prinsip ini memberi
peluang kepada individu untuk melakukan apa yang tidak dikehendaki olehnya
selagi ia tidak sesuai dengan norma kehidupan masyarakat. Dalam prinsip ini,
kebebasan individu sangat penting selagi ia tidak bertentangan dengan norma
masyarakat dalam satu kawasan dan tidak mengundang kebimbangan kepada
orang lain. Individu yang mengamalkan prinsip autonomi ini akan berfikir secara
rasional dengan memikirkan tindakan baik dan buruk yang diambil terhadap diri
mereka dan masyarakat sekitar mereka agar tidak mengganggu keharmonian
kehidupan masyarakat. Sebagai contoh, saya memilih untuk tidak merokok
kerana saya tahu bahawa merokok membahayakan kesihatan saya. Saya tidak
merokok bukan kerana saya takut kepada ibu bapa atau guru tetapi kerana
kesedaran dalaman yang tinggi dan tidak mudah dipengaruhi oleh sesiapa.

2.3. Prinsip Keadilan

Prinsip Keadilan mementingkan saksama, seimbang, sama rata dan sama rasa.
Namun begitu tidak juga menunjukkan keadilan bila seseorang yang bekerja
lebih tetapi masih mendapat layanan yang sama. Bayaran setimpal adalah
keadilan bagi mereka dan bukan hanya sama dengan orang lain. Keadilan
merupakan satu prinsip moral yang mempertimbangkan prosedur untuk
mengagihkan keuntungan antara individu dan masyarakat. Keadilan juga
membawa makna tidak pilih kasih, tidak tamak untuk kepentingan diri sendiri.

3. Sumbangan Diri Terhadap Keluarga dan Masyarakat Dalam Kehidupan


Seharian
3.1. Sumbangan Terhadap Keluarga
3.1.1. A
3.1.2. B
3.2. Sumbangan Terhadap Masyarakat
3.2.1. A
3.2.2. B
4. Penutup

Anda mungkin juga menyukai