Anda di halaman 1dari 3

Tutorial 12 M13

1. Kategorikan dan perincikan bidang-bidang perkembangan dan sumbangan


seperti Ilmu Undang-undang, Ilmu Kaji Bintang, Ilmu Perubatan, Matematik,
Falsafah, Sejarah Kejuruteraan dan Pertukangan.

Tamadun Mesopatamia
Ilmu Undang-undang  Kod undang-undang Hammurabi
 Berteraskan hak rakyat terhadap keadilan
 Mengandungi lebih kurang 282 undang-undang yang
dipahat pada tembok serta tiang besar untuk rujukan
rakyat.
Ilmu Matematik  Membawa kepada perkembangan ilmu matematik
seperti sistem mengira perpulahan, menambah,
menolak, mendarab , membahagi dan punca ganda dua.
Ilmu Perubatan  Tujuannya adalah kerana mementingkan kesihatan
tentera menggunakan ubatan herba.
 Ramuan perubatan dikatalogkan dan disampelkan
penggunaannya dan cara mengubatinya telah dicatatkan
Ilmu Falsafah  Epik Gilgamesh
 Hasil sastera yang tertua, mengandungi falsafah dan
cara hidup orang Mesopotamia.
Ilmu Astronomi/ Kaji  Membolehkan mereka menggunakan jalan laut dan
Bintang mencipta kalender yang mengandungi 12 bulan dalam
satu tahun.
 Pencerapan terhadap pergerakan bulan, bintang dan
matahari.
Ilmu Kejuruteraan  Penciptaan roda - untuk tujuan peperangan atau
kegunaan pada masa aman
 Kincir air - mengalirkan air ke kawasan tandus dan
meningkatkan hasil pertanian

Tamadun Mesir
Ilmu Perubatan  Pengamalan perubatan diberi status tinggi dan
berkhidmat untuk firaun dan masyarakat.
 Mereka memumiakan mayat kerana ia berkait dengan
kepercayaan orang Mesir
 Mereka mahir dalam bidang fizik, kimia dan perubatan
Ilmu Matematik  Ilmu geometri, matematik dan sains melahirkan
pengurus pertanian, bekalan air dari Sg. Nil, bangunan
dan piramid
 Mereka menggunakan ilmu ini untuk mengawal banjir
 Pengetahuan matematik dan sains berjaya menukar
padang pasir menjadi kawasan pertanian hasil
kemajuan pengairan.
 Ilmu matematik dan astronomi turut membantu orang
Mesir mencipta kalendar 365 hari dan 12 bulan setahun
Ilmu Undang-undang  Firaun adalah ketua hakim
 Seseorang yang didakwa bersalah jika tidak dapat bukti
berkenaan maknanya dia tidak bersalah
Ilmu Kejuruteraan  Seni bina piramid hasil ilham Imhotep
 Imhotep membina bangunan menggunakan batu bata
Ilmu Kaji Bintang  Digunakan di jalan laut
 Kalender diciptakan
Tamadun India
1. Bidang Ekonomi
- Mata wang telah diperkenalkan sejak zaman Gupta.

2. Seni Bina
- Berupaya membina binaan yang sangat baik dan lengkap dan dapat dilihat melalui
binaan Great Bath.
- Binaan tamadun india banyak berteraskan agama Hindu dan Buddha kerana
binaan kompleks kuil di Gua Ajanta dan di Gua Ellora, Angkor Wat dan Candi
Borobudur.

3. Sains dan Teknologi


- Ahli matematik India telah mengetahui tentang konsep geometri dan mendorangnya
memperkenalkan sistem nombor iaitu angka Brahmin dan angka Kharosti yang
mencecah ke angka perpuluhan
- Pengetahuan dalam bidang astronomi pula dipetik daripada Rig Veda
- Batu bata dihasilkan melalui pembakaran dengan suhu yang tinggi

4. Agama
- Tempat asal Hindu dan Buddha

5. Yoga
- Masyarakat tamadun ini memperkenalkan yoga kepada dunia
- Yoga diamalkan untuk kesihatan, kelangsiran badan dan sebagainya

6. Bahasa dan Kesusteraan


- Bahasa Sanskrit dan Tamil berasal daripada tamadun India dan masih digunakan
oleh orang India sehingga hari ini

7. Falsafah
- Kitab Veda terdiri daripada Rig Veda, Yajur Veda, Sama Veda dll
- Falsafah bukan Veda pula bersumberkan ajaran Cavaka, Jainisme dan Buddhisme

Tamadun Hwang Ho
1. Pemerintahan
- Jenis : Monarki
- Dikenali sebagai pemerintahan beraja
- Ketua negara adalah raja yang berkusa mutlak
- Gelaran raja ditukur kepada maharaja

2. Pertanian
- Membawa kepada kemajuan dalam teknologi pembajakan
- Penciptaan cangkul dan sabit dengan menggunakan kayu lalu digantikan dengan
besi untuk meningkatkan keberkesanan bekerja
- Menggunakan batas untuk tujuan penanaman

3. Ekonomi
- Pembinaan sistem pengairan menjadi tumpuan pemimpin China terutama pada
zaman Dinasti Shang untuk pembangunan pertanian

4. Sistem Tulisan
- Ideogram berkembang secara evolusi serta digunakan secara meluas dalam
bidang penulisan dan peretakan
- Tulisan ini diajar sekolah-sekolah di China
5. Kepercayaan
- Unsur pemujaan roh nenek moyang telah dijalankan sejak zaman Shang telah
diteruskan hingga hari ini. Namun, unsur korban manusia tidak lagi diamalkan dan
digantikan dengan unsur makanan, duit kertas dan barangan perhiasan.
- Konsep Yin (kuasa pasif) dan Yang (kuasa aktif) serta Feng Hsui masih terdapat
dalam masyarakat China sehinggan hari ini.
- Yin dan Yang: Orang china mempercayai Yin dan Yang ialah dua unsur penting
dalam alam semesta dan kejadiannya serta perlu saling melengkapi.
- Feng Hsui: Falsafah Taoisme yang berlandaskan falsafah alsm semesta yang
merujuk pada hubungan antara manusia dengan alam sekitar (terutama hubungan
harmoni dengan alam sekitar).

6. Sistem Kalender
- Semasa pemerintahan Shang, sistem kalender telah diperkenalkan, iaitu terdapat
30 hari sebulan dan 360 hari setahun.
- Kalender digunakan oleh raja untuk menentukan musim menanam dan musim
menuai.
- Amalan sistem kalender turut digunakan untuk menjalankan aktiviti harian seperti
upacara perkahwinan, pemburuan dan pengebumian.

7. Falsafah Perang SunTzu


- Karya Sun Tzu, the Art of War yang membicarakan selok-belok perang dan
bagaimana musuh telah diulang cetak ke dalam pelbagai bahasa pada hari ini.
- Falsafah tersebut juga diaplikasi sebagai taktit dalam urusan perniagaan pada hari
ini.

Anda mungkin juga menyukai